Anti Kemurungan

26
Anti Kemurungan Pengenalan Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis ubat anti kemurungan iaitu: Trisiklik (Tricyclic) RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A) SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors) SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors) Bagaimana ia bertindak? Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin. Bagaimana anda mengambil ubat ini? Ambil ubat setiap hari seperti yang diarahkan. Jangan ubah dos ubat sendiri. Kesan terapeutik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah penting. Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil. Rujuk kepada doktor anda sekiranya kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin mencadangkan ubat dari jenis yang lain. Kesan Mudarat Trisiklik Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di kalangan warga emas, ubat ini mungkin menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak dari menggunakan trisiklik sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka mungkin mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.

Transcript of Anti Kemurungan

Page 1: Anti Kemurungan

Anti Kemurungan

Pengenalan

Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda

kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis ubat anti kemurungan iaitu:

Trisiklik (Tricyclic)

RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)

SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)

SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)

Bagaimana ia bertindak?

Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai

pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain.

Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.

Bagaimana anda mengambil ubat ini?

Ambil ubat setiap hari seperti yang diarahkan. Jangan ubah dos ubat sendiri.

Kesan terapeutik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah

penting.

Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil.

Rujuk kepada doktor anda sekiranya kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin

mencadangkan ubat dari jenis yang lain.

Kesan Mudarat

Trisiklik

Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan

jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di kalangan warga emas, ubat ini mungkin

menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak

dari menggunakan trisiklik sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka

mungkin mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.

RIMAS

Elakkan mengambil ubat RIMAs dengan makanan yang mengandungi Tyramine (contoh: keju,

minuman beralkohol, cokelat, dadih, sos soya) kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Jika anda mengambil ubat RIMA, doktor atau ahli farmasi akan memberikan anda senarai makanan

yang perlu dielakkan.

Page 2: Anti Kemurungan

SSRIs

Kesan sampingan pada perut adalah biasa dan ianya berkait rapat dengan dos ubat. Ini termasuklah

rasa mual, muntah, perut tidak selesa (dyspepsia), sakit perut, cirit birit, sembelit, tiada selera

makan dan kehilangan berat badan. Terdapat juga kesan sampingan lain yang berkaitan dengan

ubat ini.

Sekiranya anda rasa kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh SSRI yang anda ambil, sila

sahkan dengan doktor atau ahli farmasi.

SNRIs

Kesan sampingan ubat ini adalah serupa dengan SSRIs.

Langkah Berjaga-jaga

1. Memandu atau menggunakan jentera

Terdapat ubat antikemurungan yang menyebabkan kesan mengantuk dan melambatkan tindakbalas

anda. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan pengendalian mesin atau

pemanduan.

2. Gejala gian

Ubat antikemurungan selalunya tidak menyebabkan ketagihan tetapi sesetengah orang mungkin

mengalami gejala gian apabila mereka berhenti menggunakan ubat SSRIs or SNRIs. Kesannya

termasuklah perut tidak selesa, gejala selsema, keresahan, pening, mimpi ngeri pada waktu malam

dan mengalami sensasi seperti terkena kejutan elektrik. Bagi mengurangkan kesan sampingan ubat

ini, doktor akan menurunkan dos ubat secara berkala. Jangan berhenti mengambil ubat ini

secara mendadak.

3. Golongan remaja

Jika mendapat preskripsi doktor, Ubat SSRIs boleh diambil oleh golongan yang berumur di bawah

18 tahun, tetapi dengan lebih berhati-hati.

4. Kehamilan

Elakkan daripada menggunakan sebarang jenis ubat antikemurungan sewaktu hamil, terutamanya

dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan kerana ia menyebabkan risiko kecacatan pada bayi yang

bakal dilahirkan. Pada kebiasaannya rawatan alternatif akan dipertimbangkan kecuali dalam

keadaan kemurungan yang teruk dan boleh mengancam nyawa ibu atau anak, penggunaan ubat

anti kemurungan tidak dapat dielakkan.

Kaedah Penyimpanan

Simpan ubat anda di dalam bekas asal dan ditutup ketat. Simpan pada suhu bilik dan jauhkan

daripada kanak-kanak, keadaan panas dan kelembapan yang melampau.

Page 3: Anti Kemurungan

Antipsikotik ubat utk sakit mental

Pengenalan

Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental

yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).

Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptik'.

Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan

komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.

Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal

semula.

Jenis-jenis Antipsikotik

1. Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama): o Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil®", Thioridazine "Melleril®",

Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine

"Stelazine®"). o Butyrophenones (Haloperidol)

o Thioxanthenes (Flupenthixol "Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")

o Benzamides yang diubah (Sulpiride)

2. Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua): o Clozapine (Clozaril®)

o Olanzapine (Zyprexa®)

o Risperidone (Risperdal®)

o Quetiapine (Seroquel®)

o Aripiprazole (Abilify®)

o Ziprasidone (Geodon®)

o Sertindole (Serlect®)Clozapine

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :

1. Kesan sampingan Ekstrapiramidal: o Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur

pada pesakit dewasa atau warga tua o Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau

remaja o Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi

o Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku

selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi

2. Kesan sampingan yang lain

Page 4: Anti Kemurungan

o Peningkatan selera makan

o Pertambahan berat badan

o Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis

o Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit

o Mengantuk

o Tekanan darah rendah

Langkah Berjaga-jaga

Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :

Kerosakan hati

Kerosakan ginjal

Masalah jantung

Penyakit Parkinson

Epilepsi (sawan)

Kemurungan

Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)

Pembesaran prostat

Glaukoma

Peringatan

Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor

Maklumat Am

Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan

terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat

Gabungan ubat kumpulan ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh

menyebabkan kesan mengantuk yang kuat

Hadkan pengambilan alkohol

Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan

sampingan ubat ini

Perlu perhatian yang lebih kepada mereka yang mengandung

Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda

Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah

Kaedah Penyimpanan

Page 5: Anti Kemurungan

Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna

Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain

Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak

 Arak / Minuman Keras / Alkohol

Adakah anda tahu apa itu alkohol?

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya

diminum ketika bersosial atau digunakanuntuk mempertingkatkan

"mood"

Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum

Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir,

wain, brandi dan wiski

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?

Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat

Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?

Faktor persekitaran contohnya : o Mudah didapati

o Tidak mahal

o Pengiklanan yang menarik di media

Faktor Sosial : o Pengaruh rakan sebaya

o Latarbelakang keluarga

o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal

o Budaya

Faktor Biologi : o Keturunan

o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

Mitos Realiti

Page 6: Anti Kemurungan

Penggunaan alkohol membuat

seseorang individu berasa

seperti dewasa.

Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah

lebih matang dan dapat berfikir secara rasional.

Mereka juga kurang bermasalah.

Alkohol memudahkan mereka

mendapat ramai kawan dan

diterima sebagai sebahagian

dari kumpulan tersebut.

Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih

dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa

mengambil berat. Perhubungan antara kawan

juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.

Alkohol membuatkan seseorang

itu nampak "cool" dan berjaya.

Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini

jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.  

Alkohol menghilangkan rasa

bosan dan memberi

keseronokan.

Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila

seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti

sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah

pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan

mudah dilupakan.  

Adalah lebih baik mengambil

alkohol semasa remaja supaya

anda boleh berhenti

mengambilnya semasa dewasa

ketika anda mempunyai lebih

tanggungjawab.

Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang

penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan

ketagihan hingga ke peringkat dewasa.

Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda

menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat

apabila dewasa kelak.

Alkohol dapat membantu

melepaskan anda dari

permasalahan dalam hidup.

Menghilangkan masalah melalui penggunaan

alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek

sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara

untuk menangani masalah adalah tidak benar.

Penggunaannya akan menimbulkan lebih

banyak masalah dalam jangka pendek dan

panjang.

Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?

Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial

termasuk :

Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran

Page 7: Anti Kemurungan

Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik

Kelakuan Delinkuen/salah laku

Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:

Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau

jelas, bingung dan bercelaru).

Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar

bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:

Kerosakan otak yang kekal

Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)

Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)

Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)

Kanser usus

Penurunan naluri seks dan mati pucuk

Keguguran spontan

Bayi yang tidak normal

Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :

Perubahan personaliti

Kemurungan

Bunuh diri

Kelakuan agresif

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?

Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :

Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).

Menunjukkan perilaku yang ganas.

Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Page 8: Anti Kemurungan

Apakah itu ketagihan alkohol?

Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.

Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?

Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol

Gagal untuk berhenti dari terus minum

Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)

Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum

Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh

alkohol

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?

Anda sepatutnya :

Mengamalkan gaya hidup sihat

Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi

Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol

Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman

atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan

Rakan Muda

Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja

Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam,

disko dan sebagainya.

Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di

atas (Lihat Penyelesaian masalah)

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?

Dapatkan pertolongan secepat mungkin

Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor

sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

Bunuh diri dan cubaan membunuh diri

Pengenalan

Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat /nyawa. Apabila perbuatan itu

gagal, ianya dipanggil cubaan membunuh diri. Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara

bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta

manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri

Page 9: Anti Kemurungan

di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan

membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.

Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius

seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara

faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah

mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian

mereka yang disayangi dan kesepian.

Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?

Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.

Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri.

Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.

Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan

Penyalahgunaan dadah

Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan

menulis 'suicide note'

Komplikasi

Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan

rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan

kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan

penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Rawatan

Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh

diri?

Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.

Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos

yang berlebihan.

Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.

Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan

Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang

pertimbangan anda.

Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon

Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang

selanjutnya

Page 10: Anti Kemurungan

Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?

Ambil berat/serius luahan/aduan

Jangan mengkritik

Jangan berjanji tentang kerahsiaan

Dapatkan bantuan profesional

Pelajari tanda-tanda awal

Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri

Berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah

Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

Rehabilitasi

Belajar teknik menangani stres

Kumpulan sokongan

THE BEFRIENDERS

Bunuh Diri

Apa itu bunuh diri?

Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga menyebabkan

kematian.

Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:

Konflik keluarga

Kegagalan personaliti

Kehilangan sesuatu

Kesukaran berkomunikasi

Penyalahgunaan bahan terlarang

Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini

Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?

Page 11: Anti Kemurungan

Sebab-sebab seseorang mengambil keputusan cuba membunuh diri termasuklah:

Kemurungan

Salah faham dengan ibu bapa

Gagal dalam perhubungan

Gagal dalam peperiksaan

Didera

Dibuli

Di tinggal sendirian

 

Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?

Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:

Berperasaan

Sedih

Marah

Gelisah

Rasa bersalah

Menyisihkan diri dari aktiviti sosial

Tidak boleh tidur

Hilang selera makan

Sentiasa memikirkan tentang kematian

Tidak boleh melakukan aktiviti harian

Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:

Minum arak

Merokok

Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah

Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:

Memberi barang yang disayangi

Meminta maaf

Bercakap tentang kematian

Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?

Page 12: Anti Kemurungan

Minta bantuan segera:

Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai

Hubungi talian bantuan

Seperti: BEFRIENDERS

Dapatkan nasihat keagamaan

Jumpa doktor

Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?

Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN!!!

Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?

Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:

Ibu bapa

Rakan karib

Guru kaunseling

Guru agama

Cari seseorang yang boleh:

Mendengar

Memujuk

Mampu memberi nasihat

ATAU

Minta nasihat daripada:

Doktor

Pakar psikologi

Pakar psikiatri

Delirium (Meracau/kekeliruan akut)

Pengenalan

'Delirium' adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-tiba

atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). 'Delirium' atau kekeliruan yang akut,

Page 13: Anti Kemurungan

bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa jenis gejala-

gejala) yang berlaku akibat proses penyakit. 'Delirium' ini kerap berlaku di kalangan pesakit dalam

hospital, melingkungi 10-20% pesakit di wad perubatan dan pembedahan. Kadar kekerapan

berlakunya 'delirium' di kalangan pesakit warga emas meningkat lebih tinggi, menjangkau 30-40%.

Kadar di kalangan kanak-kanak juga tinggi.

Ada banyak sebab-sebab 'delirium' berlaku, termasuk penyakit fizikal yang teruk, penyakit yang

berlaku secara langsung atau tidak langsung ( contohnya; jangkitan, kecederaan, keracunan, dan

sebagainya); atau boleh di sebabkan dadah dan alkohol. Di kalangan warga emas, penyebab yang

paling kerap adalah jangkitan saluran kencing.

Tanda-tanda dan gejala

'Delirium', mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia, penyakit

kemurungan dan penyakit psikosis. Tanda-tanda yang utama 'delirium' adalah:

Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah.

Keliru terhadap masa, tempat dan orang.

Hilang tumpuan

Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-tanda

psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah); perubahan

emosi dan juga gangguan tidur. 'Delirium'di kalangan warga emas, mungkin akan mengambil masa

yang agak lama untuk pulih.

Komplikasi

Kebanyakan daripada pesakit yang mengalami delirium pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun

kadar untuk pulih di kalangan warga emas berbeza, dari 4 hingga 40%, dan masalah ingatan

mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.

'Delirium' boleh menyebabkan seseorang berada di hospital pada masa yang lebih, dan boleh

meningkatkan risiko kematian.

Rawatan

Oleh kerana 'delirium' adalah satu masalah yang serius, adalah baik sekiranya pesakit dimasukkan

ke hospital. Perawat perlulah lebih peka kepada tanda-tanda delirium terutamanya di kalangan

warga emas.

Kenal pasti dan rawat punca 'delirium' secepat mungkin.

Rawatan sokongan termasuk membantu pesakit mengorientasikan diri mereka kepada persekitaran,

memberi arahan seringkas yang mungkin, dan sebagainya. Strategi-strategi lain termasuk memberi

pembelajaran kepada ahli keluarga tentang keadaan pesakit serta menggalakkan mereka supaya

menemani pesakit semasa dalam wad.

Page 14: Anti Kemurungan

Kadang-kadang rawatan ubatan perlu digunakan untuk mengawal masalah psikotik dan tingkah

laku.

Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor individu termasuk umur, penurunan kognitif [cognitive deficit], penyakit lain

yang berlaku pada masa yang sama [ko-morbid] dan episod-episod 'delirium' yang lepas.

Faktor-faktor bersabit prosedur semasa pembedahan.

Penyakit-penyakit lain seperti kelecuran akibat kebakaran, AIDS, jangkitan lain, perubahan

metabolik dan sebagainya.

Faktor-faktor berkait dengan ubatan termasuk ketagihan dadah dan alkohol.

Faktor-faktor sekitar termasuk stres, pengasingan sosial, kerosakan deria dan kelumpuhan

yang berpanjangan dan sebagainya.

Rehabilitasi

Setelah keluar dari hospital, pesakit mungkin memerlukan penilaian yang berterusan, dan juga

perawatan dari segi defisit kognitif dan fungsi harian. Kebiasaannya ia di dalam bentuk rawatan cara

kerja dan fisioterapi yang berterusan

Dementia (nyanyuk)

Pengenalan

Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam

menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka

juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

Berapa kerap berlakunya dementia?

Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun

peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia

mengalami penyakit Alzheimer.

Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?

Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.

Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis,

penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi

Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.

Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.

Page 15: Anti Kemurungan

Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan

penyakit berlaku.

Tanda-tanda dan gejala

Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan

kehidupan harian.

Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan

pakaian.

Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi

percakapan (echolalia).

Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa

dilalui

Hilang keupayaan membuat penilaian

Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang

ingin di beli semasa keluar membeli belah.

Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.

Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin

mengalami perubahan dalam tingkah laku.

Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang

cepat marah, cemburu atau penakut (timid)

Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana

ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia

Komplikasi

Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:

Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental

Peningkatan dalam kadar kematian.

Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.

Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan

mental di kalangan penjaga.

Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.

Bolehkah dementia dirawat?

Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan

penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit. Ada

Page 16: Anti Kemurungan

terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan

fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah

emosi.

Pencegahan

Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan

sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga

mengurangkan risiko mendapat dementia.

Rehabilitasi

Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk

memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti

yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi

Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan

tentang aktiviti yang berkesan.

Kumpulan sokonganAlzheimer's Disease Foundation of MalaysiaJohor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA)

Ekstasi

Apakah Ekstasi?

Ia adalah sejenis dadah dari kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS). Secara kimianya, ia

dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) Seperti lain-lain dadah yang

diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses

pembuatannya yang dijalankan secara haram. Penipuan sering berlaku dengan penambahan bahan

lain yang lebih murah.

Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu ia boleh meningkatkan risiko untuk

mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas

mengambilnya.

Apakah nama lain untuk Ekstasi?

Ekstasi juga dikenali sebagai 'love drug', 'yuppie drug', 'pink lady' dan 'playboy'.

Adakah Ekstasi merbahaya kepada kesihatan?

Ya. Ekstasi mempunyai banyak kesan yang buruk kepada kesihatan.

Ekstasi Menyebabkan Ketagihan Secara Psikologi

Page 17: Anti Kemurungan

Penagihnya akan bergantung kepada dadah ini secara psikologi. Mengambil dadah ini

menjadi lebih utama dari segala aktiviti lain dalam kehidupan penagihnya. Ia akan menjadi

semakin sukar untuk penagih berhenti atau mengurangkan penggunaan Ekstasi.

Ekstasi Menyebabkan Masalah Psikiatri

Kelakuan yang pelik, paranoia (perasaan syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang

kukuh), kemurungan dan berhalusinasi (mengalami sesuatu yang tidak wujud).

Kesan Ekstasi Pada Sistem Saraf Pusat

Kesan dadah ini kepada sistem saraf pusat tubuh ialah dengan meningkatkan suhu badan,

peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah. Ini ditambah pula dengan terlalu panas

dan meminum air yang banyak akan menyebabkan otak menjadi bengkak, pendarahan

dalam otak, kerosakan otak dan kematian.

Kesan jangka panjang dadah ini ialah kerosakan yang kekal pada urat saraf dan sebahagian

daripada otak

Ekstasi Merosakan Jantung

Ia menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat dari biasa

Ia juga meningkatkan tekanan darah

Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang tidak menentu, kegagalan jantung dan

kematian

Ekstasi Merosakan Otot, Sendi dan Tulang

Menari terlalu lama yang disebabkan oleh Ekstasi boleh mencederakan otot, sendi-sendi

dan tulang.

Ekstasi Menganggu Keupayaan Darah Untuk Membeku

Ekstasi mungkin akan memberhentikan keupayaan darah untuk membeku yang

mengakibatkan pendarahan dalaman dan kematian kepada penagihnya

Ekstasi Membahayakan Kehamilan

Ekstasi mungkin dapat melepasi uri dan membahayakan janin dalam kandungan.

Keguguran boleh berlaku.

Page 18: Anti Kemurungan

Ekstasi Membahayakan Pengguna Jalanraya

Risiko untuk berlakunya kemalangan bertambah apabila pemandu kenderaan berada di

bawah pengaruh Ekstasi kerana gangguan peglihatan, halusinasi dan pengurusan yang

lemah

Ekstasi Mendedahkan Penagihnya Kepada Eksploitasi Seksual dan Seks Yang Tidak Selamat

Remaja, terutama sekali gadis yang berada di bawah pengaruh Ekstasi, akan terdedah

kepada bahaya eksploitasi seksual, seperti seks yang tidak selamat, kemungkinan untuk

mendapat jangkitan HIV, Hepatitis dan lain-lain sakit kelamin.

Siapa sahaja yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetis, penyakit hati,

sawan (epilepsy) dan sejarah penyakit mental atau mudah panik berhadapan dengan bahaya

secara fizikal dan psikologi apabila mengambil Ekstasi.

Bagaimana kematian boleh berlaku pada penagih Ekstasi?

Tiada kaitan antara dos yang diambil dengan risiko kesan sampingan yang serius atau kematian.

Seseorang itu boleh maut hanya dengan mengambil cuma sebiji sahaja pil Ekstasi. Kebanyakan kes

kematian akibat Ekstasi berlaku pada penagih yang biasa mengambilnya tanpa sebarang kesan

sampingan yang merbahaya. Tiada siapa tahu mengapa setengah orang mempunyai kesan

sampingan yang teruk kepada dadah ini.

Kesan rangsangan dadah ini menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, suhu badan naik

terlalu tinggi dan denyutan jantung yang terlalu laju. Ini akan mengakibatkan serangan sakit

jantung dan pendarahan dalam otak

Kepanasan yang melampau dan kekeringan o Berpeluh yang berlebihan yang disebabkan oleh kepanasan dan kegagalan untuk

menggantikan garam dan air yang hilang melalui peluh yang berlebihan

menyebabkan kekeringan. Tubuh akan cuba mengekalkan air didalam badan

dengan memberhentikan fungsi perpeluhan dan buah pinggang o Kepanasan menyebabkan terjadinya kekejangan, koma kegagalan buah pinggang

yang akut dan kematian

Meminum terlalu banyak air o Beberapa kes kematian telah berlaku akibat dari meminum air yang terlalu banyak

dalam masa yang singkat kerana terlalu dahaga o Di bawah pengaruh Ekstasi, pernah terjadi penagihnya meminum air sebanyak 20

liter dalam masa 3 jam. Kesannya darah menjadi cair dan sel-sel tubuh

mengembang yang mana boleh membawa kematian di otak kerana sel-sel otak

mengembang dan akhirnya tertekan oleh tulang tengkorak.

Page 19: Anti Kemurungan

o Bahagian otak yang mengawal jantung dan pernafasan akan mengalami kerosakan

kekal dan orang itu akan mati o Dadah ini menyebabkan tubuh mengeluarkan sejenis hormon iaitu hormon

antidiuretic yang menghalang buah pinggang membuang air yang berlebihan yang

menyebabkan ia menjadi semakin teruk

Apa pandangan undang-undang mengenai Ekstasi?

Menurut Akta Dadah Merbahaya (Pindaan 1998), sesiapa yang memiliki dadah jenis MDMA:

Kurang dari 5mg boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) akta tersebut yang membawa

kepada hukuman denda tidak lebih dari RM 100,000 dan/atau penjara penjara tidak lebih

dari 5 tahun

5mg dan kurang dari 30mg, boleh didakwa di bawah seksyen 39A(1) akta tersebut yang

membawa hukuman penjara antara 2-3 tahun dan dirotan sebanyak 3 - 9 kali.

30mg dan kurang dari 50mg boleh didakwa dibawah seksyen 39A(2) akta dadah merbahaya

yang membawa hukuman penjara antara 5 tahun ke seumur hidup dan rotan tidak kurang

dari 10 kali

50mg atau lebih, dianggap sebagai pengedar dadah dan membawa hukuman mandatori

hukuman mati jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 39B akta

Di bawah akta ini hukuman mandatori rotan sehingga 3 kali, untuk kakitangan kerajaan yang

berkerja di pusat pemulihan, lokap polis, penjara dan pusat tahanan yang ditangkap bersama

dengan dadah tersebut.

Gangguan mental selepas bersalin

Pengenalan

Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita

yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh

dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi

masalah. Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

Gangguan emosi postpartum

Kemurungan postpartum atau meroyan

Psikosis postpartum, juga disebut meroyan

(Postpartum=waktu selepas bersalin)

Ganguan emosi postpartum

Page 20: Anti Kemurungan

Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul

beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu,

gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

Kemurungan postpartum

Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam

masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri

dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin

berterusan sehingga dua tahun.

Psikosis postpartum

Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlah

kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari

sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas

beberapa bulan kemudian.

Tanda-tanda dan gejala

Gangguan emosi postpartum

Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah

Mudah menangis

Mudah melenting

Gelisah

Kurang penumpuan

Kurang selera makan dan gangguan tidur

Kemurungan postpartum

Perasaan murung

Letih lesu dan tidak bermaya

Suka memencilkan diri

Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial

Salah faham akan kehendak bayi

Kurang penumpuan dan daya ingatan

Psikosis postpartum

Gangguan tidur dan perubahan selera makan

Mudah resah

Page 21: Anti Kemurungan

Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan

Perasaan dan kelakuan yang pelik

Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di

sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)

Komplikasi

Bayi-bayi kepada ibu yang menghidapi penyakit mental selepas bersalin kelak berkemungkinan

mempunyai masalah dalam emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Di samping itu di kalangan kes-

kes yang melampau, ibu yang mempunyai penyakit mental selepas bersalin ini boleh mencederakan

bayi mereka.

Rawatan

Gangguan emosi ringan postpartum

Pendidikan mengenai gangguan emosi ini amatlah penting. Ibu yang diganggu dengan

masalah emosi ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan juga bantuan dalam

mengurangkan punca tekanan psikologi. Ahli keluarga hendaklah membawa ibu untuk

berjumpa dengan doktor sekiranya tanda-tanda penyakit didapati semakin teruk.

Kemurungan postpartum

Pendidikan, memberi ketenangan dan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga adalah

amat digalakkan untuk membantu dalam proses pemulihan. Psikoterapi sokongan dan terapi

kognitif didapati berkesan, di samping ubat-ubatan yang diberikan dalam kes-kes tertentu.

Bagi kes-kes yang teruk, pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan

dalam kes begini, perjumpaan antara ibu dan anak digalakkan.

Psikosis postpartum

Kemasukan ke wad mungkin diperlukan. Ubat-ubatan diberikan untuk mengawal gejala-

gejala. Dalam setengah kes-kes yang teruk terapi "elektrokonvulsif" mungkin diperlukan. Ahli

keluarga pula perlu diberi penerangan mengenai penyakit ini.

Pencegahan

Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah

penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan

sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental

postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang

dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi

ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.

Page 22: Anti Kemurungan

Rehabilitation

Kemurungan postpartum

Psikosis postpartum

Kumpulan sokongan

www.postpartum.net

Rujukan

Postpartum Depression Fact Sheet: National Women's Health Information Centre.(www.4woman.gov)

American Association of Family Physicians (www.aafp.org)

Kemurungan

Pengenalan

Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi

peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau

terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian. Kemurungan

adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada golongan orang dewasa

menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.

Tanda & gejala

1. Perubahan perasaano Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.

2. Gangguan terhadap fungsi kognitifo Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.

o Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.

o Fikiran ingin membunuh diri.

o Hilang keseronokan

o Hilang tumpuan

o Hilang minat

3. Tanda Biologio Hilang selera makan

o Hilang berat badan

o Gangguan tidur

o Hilang keinginan seksual

o Gangguan kitaran haid

o Cepat lesu.

Komplikasi

Page 23: Anti Kemurungan

Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan.

Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia

mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Rawatan

Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan rawatan

adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum sesuatu diagnosa

dibuat dan rawatan dimulakan.

1. Pharmacotherapy: o Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubat-ubatan

ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia

menerima lain-lain rawatan.

2. Terapi Psychologikal: o Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu

memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi

mengatasi tekanan yang dihadapinya.

3. Terapi Kognitif o Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang

berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik

terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik

kejadian itu.

4. Terapi Berkumpulan o Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah yang

sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang

pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut.

5. Terapi "Electro-convulsive" o Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang

perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia

juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi

mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan

penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri

yang tinggi.

 

Langkah Pencegahan

Teknik mengurangkan stress.

Pemulihan

Page 24: Anti Kemurungan

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan

pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di

dalam masyarakat seperti sediakala.

Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan

carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.

Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di

dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk

berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.

Kumpulan Sokongan

KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)

MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)

Kumpulan-kumpulan Sokongan Kelurga disetiap negeri