Antologi Sajak Anak Bumi Tercinta & Anak Laut
Transcript of Antologi Sajak Anak Bumi Tercinta & Anak Laut
ANALISIS SASTERA ; SajakMardhiyyah, Shalinah,
ShahirahAmirah, Syafiqah, Azlinda
Anak Bumi Tercinta
• Bahasa – Rahman Shaari
• Ketika Kami Bercerita Tentangnya – Lim Swee Tin
• Usia – Siti Zainon Ismail
Anak Laut
• Aku Menjadi Lebih Berani – Latifah Haji Shebli
• Anak Laut – Rahimidin Zahari
• Manusia dan Kesejahteraan – Salmi Manja
Yang Akan Datang
• Tema• Nada• Persoalan• Gaya Bahasa
tolong beri perhatian yang sepenuhnya (:
BAHASA
TEMA
• Penggunaan bahasa yang sempurna dalam setiap aspek kehidupan
NADA
• Nada sajak bahasa ini adalah patriotik
PERSOALANI. Bahasa itu penting dalam ibadah.
• “dengan bahasa• orang beriman menikmati ibadah• khusyuk dan pasrah” (rangkap 4, baris 4-6)
• Ini memberitahu kita tentang penggunaan bahasa yang dapat melaksanakan sesuatu ibadah lagi mengusyukkan dengan bahasa yang amat penting.
PERSOALAN II. Bahasa itu penting dalam berkomunikasi.
“Bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahsa adalah pelentur ranting perasaan yang bersiur” (rangkap 2)
Dengan bahasa, manusia dapat berbicara dan berkomunikasi.
PERSOALAN III. Bahasa penting untuk tujuan-tujuan
persefahaman dan perpaduan. “Dengan bahasa budi dipertinggi mesra diperlebar dengan bahasa kita akan menjadi kita bersama.” (rangkap 5) Ini menunjukkan bahawa dengan adanya
bahasa, manusia dapat memahami satu sama lain.
PERSOALAN• IV. Bahasa digunakan untuk pengukuhan
hasrat dan impian bangsa.
“Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini?” (rangkap 6)
Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting dalam mendapat sebulat kata daripada setiap orang, serta supaya sesebuah bangsa itu kukuh.
Gaya Bahasa
RIMARima adalah bentuk perulangan bunyi pada suatu rangkaian puisi.
Rima sajak ini bebas dan tidak terikat dengan puisi tradisional.
Gaya Bahasa
Contoh :
Bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur
(rangkap kedua)
←←
Di dalam rangkap ini, Di dalam rangkap ini, suku kata suku kata ''urur'' ada ada pada akhir setiap pada akhir setiap baris. Ini menjadikan baris. Ini menjadikan bentuk rima rangkap bentuk rima rangkap ini berpola ini berpola a-a-a-aa-a-a-a..
Gaya BahasaDengan bahasapemimpin memaparkan arah
di pentas siasah,
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah.
(rangkap keempat)
←←Rima rangkap ini Rima rangkap ini berpola berpola a-b-b-a-b-ba-b-b-a-b-b..
Gaya Bahasa
ALITERASI Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi
konsonan.
Gaya Bahasa• ranting perasaan yang bersiur (rangkap 2, baris 4)
pemimpin memaparkan arah (rangkap 4, baris 2)
←←Di dalam contoh ini, Di dalam contoh ini, konsonan konsonan 'r''r' telah telah diulang sebanyak empat diulang sebanyak empat kalikali
←←Di dalam contoh ini pula, Di dalam contoh ini pula, konsonan konsonan 'm''m' telah telah diulang sebanyak empat diulang sebanyak empat kalikali
Gaya Bahasa
ASONANSIAsonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi
vokal, iaitu a, e, i, o, u.
Gaya Bahasa• Mari kita berbahasa (rangkap 1, baris 1)
Orang beriman menikmati ibadah
(rangkap 4, baris 5)
←←Di dalam contoh ini, bunyi Di dalam contoh ini, bunyi vokal vokal 'a''a' telah diulang telah diulang sebanyak lima kalisebanyak lima kali
←←Di dalam contoh ini, bunyi Di dalam contoh ini, bunyi vokal vokal 'i''i' telah diulang telah diulang sebanyak empat kalisebanyak empat kali
Gaya Bahasa
ANAFORAAnafora ialah gaya bahasa repetisi yang
merupakan perulangan kata pertama.
Gaya Bahasa
Terlihat fakta padu Terlihat sinar ilmu Terlihat cinta biru(rangkap 3, baris 2-4)
←←perkataan perkataan 'terlihat''terlihat' diulang pada diulang pada permulaan permulaan setiap barissetiap baris
Gaya Bahasa
METAFORAMetafora ialah perbandingan secara langsung yang menggabungkan dua
perkataan,iaitu satu perkataan abstrak dan satu lagi perkataan konkrit.
Gaya Bahasa
“terlihat cinta biru”
Ketika Kami Bercerita
Tentangnya
TEMA• pengorbanan seorang ayah demi
anak-anaknya
-Anak-anak sedang bercerita tentang kesusahan dan kepayahan yang dilalui bapa mereka untuk membesarkan mereka serta pengorbanan dan harapan bapa mereka bagi mereka
NADA• melankolik
- Penyajak ingin menyampaikan perasaan sedih dan terharu yang dirasakan dirinya dan adik beradiknya sewaktu mereka mengenangkan keperitan, pengorbanan dan harapan bapa mereka.
PERSOALAN• hubungan antara bapa dan anak
yang akrab dan kemiskinan keluarga penyajak
• hubungan antara bapa dan anak itu sungguh rapat sehinggakan si anak itu dapat mengenali cara bapanya tidur
PERSOALAN• kesusahan dan kepayahan seorang
ayah lalui ketika membesarkan anak-anaknya dan kesedaran anak-anaknya tentang kesusahan tersebut
• bapa penyajak meluangkan masa setiap malam untuk bersembang bersama anak-anaknya.
• penyajak dan adik-adiknya sedar akan kepayahan yang dilalui ayah mereka untuk membesarkan mereka.
PERSOALAN• anak-anak yang memahami
masalah masa lalu bapanya dan kehidupan mereka yang susah
• tidak mengungkit perkara-perkara yang lepas
• memahami bahawa kehidupan mereka sekeluarga susah dan mereka harus menerima takdir kehidupan ini
PERSOALAN• harapan seorang bapa yang ingin
anak-anaknya lepas dari lingkaran kemiskinan
• bapa penyajak ingin anak-anaknya keluar dari lingkaran kemiskinan
• dia juga tidak ingin keturunannya terus terperangkap dalam lingkaran kemiskinan
Gaya BahasaMETAFORA
laut sejarahnya (Rangkap 3, Baris 3)
seperti juga di hutan kehidupan ini (R3,B5)
semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu (R5,B1&2)
Perkataan ‘laut’ digunakan untuk menjelaskan sejarah bapa yang begitu luas dan
penuh pancaroba
Perkataan ‘hutan’ digunakan untuk menerangkan bagaimana kehidupan penuh dengan onak
dan duri.
‘Ombak’ dan ‘gelombang’ digunakan untuk menerangkan
bagaimana bapa tidak mahu apa yang telah terjadi pada dirinya terjadi pada anak-anaknya di masa hadapan
Gaya BahasaSIMILE
seperti juga di hutan kehidupan ini (R3,B5)
Penyajak ingin menerangkan bagaimana sejarah bapa yang tidak pernah lepas dari
ujian bagaikan kehidupan yang penuh dengan dugaan.
Gaya BahasaAsonansi
lama sekali bapa menemani kami (R2,B2)
vokal ‘a’ diulangkan. Penyajak menggunakan unsur bunyi ini untuk mengindahkan sajak dan membuatnya lebih sedap didengar ketika dibaca
Gaya BahasaAliterasi
mengisi malam-malam seperti selalunya (R2,B3)
huruf ‘m’ diulangkan untuk mengindahkan sajak dan membuatnya lebih menarik untuk didengar ketika dibaca
Usia
TEMA• bagaimana seseorang mencapai
kedewasaan berdasarkan pengalamannya
- dia ingin memperbaiki dirinya menghala ke arah yang benar dan kini menanti usia tuanya
NADA• nada melankolik dan keinsafan
- dia berasa insaf dan ingin bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang hidupnya
PERSOALAN
• Keinsafan dalam hidup yang penuh godaan
- penulis ingin membersihkan diri daripada noda-noda
…« dengan keinginan sederhana kulepaskan kupu-kupu semalam » [rangkap 1, baris 3-4]
PERSOALAN• Hidup manusia di dunia yang hanya
mementingkan diri sendiri
- penulis dibesarkan dengan kecintaan diri yang akhirnya membuat hatinya menjadi keras
…« Atas kecintaan diri hidup didewasakan menjadi kristal padu » [rangkap 2, baris 1-3]
PERSOALAN• Kesyukuran terhadap Tuhan
- penulis berasa syukur terhadap Tuhan kerana tanpa kehendakNya, dia pasti sudah tidak hidup lagi untuk mengubah hidupnya
…« Tanpa keizinan-Mu… lorong kecilku menjadi ungu » [rangkap 3, baris 1 & 4-5]
Gaya Bahasa• Inversi
“Telah kususun letakmu” [rangkap 1, baris 1]
Predikatnya telah diletakkan di depan subjek supaya memberi penekanan pada perkataan yang pertama. Strukturnya sepatutnya begini: “Ku telah susun letakmu”.
Gaya Bahasa• Aliterasi
“kulepaskan kupu-kupu semalam”
[rangkap 1, baris 5] “melalui jendela” [rangkap 1, baris 6]
Pengulangan huruf konsonan ‘k’ dan ‘l’ dapat dilihat dalam baris-baris di atas
Gaya Bahasa• Metafora
“menjadi kristal padu”
[rangkap 2, baris 3]
…• Perkataan ‘kristal’, yang mencerminkan
sesuatu yang kuat dibandingkan dengan ‘padu’ yang bererti menyatukan beberapa perkara dengan padat.
• Apabila digunakan bersama, ia bermaksud bahawa hidup menjadi lebih matang melalui pengalaman
Gaya Bahasa• Asonansi
“seharusnya kita berhati-hati memantulkan kembali ke hala yang satu” [rangkap 2, baris 5-7]
Huruf vokal ‘a’ diulang beberapa kali untuk menarik perhatian pembaca kepada apa yang ingin disampaikan.
Anak Laut
TEMA• mengutarakan tema semangat
seorang tua yang masih lagi mencintai pekerjaannya sebagai nelayan
- masih lagi membara semangatnya untuk mencari sedikit rezeki daripada sumber laut
NADA• Membawa nada kesedihan dan
keinsafan terhadap hidup ini.
- nelayan menyamakan hidupnya dengan nasib kolek yang sudah tua dan terdampar di tepi laut.
PERSOALAN• penderitaan hidup nelayan
- hidup menderita kerana sering mendapat hasil yang sedikit ketika menjalankan pekerjaannya.
« menjaring sedikit rezeki » [rangkap 1, baris 4]
PERSOALAN• nelayan yang masih mengamalkan
cara tradisi
- bergantung hidup dengan menangkap ikan cara tradisi; menggunakan jaring dan sampan untuk mencari rezeki di laut
…« mengembalikan rindunya pada kolek »
[rangkap 1, baris 2]
« menjaring sedikit rezeki » [rangkap 1, baris 4]
PERSOALAN• kerinduan nelayan yang sudah tua pada
pekerjaanya sebagai nelayan dulu
- rindu akan masa silamnya yang sering ke laut untuk mencari rezeki walaupun ia hanya sedikit
…
« mengembalikan rindunya pada kolek » [rangkap 1, baris 2]
Gaya Bahasa• Simile
“ bagai buih kecil yang terapung di air”[ rangkap pertama, baris ketiga ]
Kata perbandingan “bagai” digunakan untuk menunjukkan persamaan antara rezeki yang sedikit dan buih kecil.
Gaya Bahasa• Metafora
“ kaki udang yang bersimpati ”[ rangkap satu, baris sembilan ]
Perbandingan secara langsung perasaan manusia dan kaki udang membuktikan penggunaan metafora dalam sajak ini.
Gaya Bahasa• Personifikasi
“menampakkan urat jalur-jalur tua”[ rangkap dua, baris dua ]
Perkataan “urat” yang terdapat pada baris ini memberi sifat kemanusiaan kepada kolek dan ini membuktikan penggunaan personifikasi.
Gaya Bahasa• Aliterasi
“segar angin laut”[ rangkap satu, baris satu ]
Pengulangan vokal “a” digunakan pada baris tersebut.
Gaya Bahasa“menjaring sedikit rezeki”[ rangkap satu, baris empat ]
Pengulangan vokal “i” digunakan pada baris tersebut.
Gaya Bahasa• Asonansi
“dan sisik ikan,”[ rangkap satu, baris lima ]“kulit ketam”[ rangkap satu, baris enam ]
Pengulangan konsonan “k” membuktikan unsur-unsur asonansi dalam sajak ini.