ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

42
Senandung Raya Bergema Lagi (Khas Buat Pesakit Kanser) Dendangan lagu raya mula kedengaran Di radio, televisyen dan pusat membeli-belah Sudah lebih separuh Ramadan bertandang Kenangan raya lepas mengusik kalbu Berjuang melawan sakitnya kanser Sakitnya perut akibat kanser Allah saja yang tahu Sakitnya kulit dihiris pisau doktor di pagi raya Ibu, ayah, adik-adik dan anak-anak ziarah di pagi raya Semua berbaju baru walaupun hati retak seribu Isteri setia di sisi Berbaju raya di tepi katil pesakit Remuk redam hati ini Tika insan lain bergembira di pagi raya Ku terbaring lesu di katil hospital Kuih raya di rumah tidak bersentuh http://serirengas.blogspot.com

description

MY WEBSITE: http;//serirengas.blogspot.com

Transcript of ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Page 1: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Senandung Raya Bergema Lagi

(Khas Buat Pesakit Kanser)

Dendangan lagu raya mula kedengaran

Di radio, televisyen dan pusat membeli-belah

Sudah lebih separuh Ramadan bertandang

Kenangan raya lepas mengusik kalbu

Berjuang melawan sakitnya kanser

Sakitnya perut akibat kanser Allah saja yang tahu

Sakitnya kulit dihiris pisau doktor di pagi raya

Ibu, ayah, adik-adik dan anak-anak ziarah di pagi raya

Semua berbaju baru walaupun hati retak seribu

Isteri setia di sisi

Berbaju raya di tepi katil pesakit

Remuk redam hati ini

Tika insan lain bergembira di pagi raya

Ku terbaring lesu di katil hospital

Kuih raya di rumah tidak bersentuh

Baju raya jadi perhiasan almari

Oh Tuhan!

http://serirengas.blogspot.com

Page 2: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Ku terima ujianMu dengan tabah

Kerana aku hanya hambaMu yang kerdil

Apalah sangat derita ini

Dibanding derita umat terdahulu

Menanggung azab di tangan kuffar

Demi menegak Islam tercinta

Kini gema raya berkemundang lagi

Ku syukuri nikmatMu Ya Allah

Kini ku dapat kembali merasai indahnya suasana raya

Seperti insan lain

Betapa riangnya hati melihat anak-anak dan isteri

Sibuk bersiap menanti lebaran

Semoga lebaran ini penuh ceria

bersama rahmat Allah

Buat teman-temanku yang masih bertarung melawan kanser

Tabahkan hati kalian

Kerana sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Buat teman-temanku yang dah pergi

Ku sedekahkan Al-Fatihah

Moga damailah kalian di alam Barzakh

Bersama limpah rahmat llahi.

http://serirengas.blogspot.com

Page 3: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Cikgu Muhamad Zaini Ismail

Kg.Rengas,Bachok,Kelantan. 26.8.2010 4.30 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 4: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Nasi Bungkus Upih Pinang

Sejuk air di kali

Menyirami tubuh si anak

Di dinihari bersama kukukAzikir si ayam jantan

Gelap fajar subuh

Tidak mematah semangat si anak kecil

Bersiap diri mencari ilmu

Si anak kecil bertemankan obor daun kelapa

Menuju ke sekolah penuh azam di dada

Satu hari nanti akan ku bangunkan kampungku

Kampung terpinggir dari arus kemajuan

Kasut Fung Keong bocor jarinya

Basah disirami embun pagi

Jam 7.30 mesti sampai ke sekolah

Kalau tidak keliling padang

Waktu rehat menjelma sudah

Si anak kecil bersama teman

Di bawah pohon tembesu membuka bekalan

Nasi dibungkus upih pinang

Tembikai pula penghilang haus

Si anak kecil tak pernah bersedihhttp://serirengas.blogspot.com

Page 5: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Walau berbekal sepuluh sen cuma

Itupun disimpan untuk raya

Buat beli bunga api penyeri raya

Kerana dia tahu ibu tak mampu memberi dulang emas

Kasut raya adalah kasut sekolah

Baju raya adalah baju kokurikulum

Kini anak kecil itu berdiri di depan muridnya

Bercerita kisah silam

Bercerita derita lampau

Moga anak didiknya

Menjadi insan berilmu

Agar hidup bahagia selalu.

Zaini al-Rengasi

27.8.2010

4.00 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 6: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

http://serirengas.blogspot.com

Page 7: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Sekelumit derita segunung harapan

(khas buat pesakit kanser)

Di dinihari bersama titisan embun

Bersama kukukan rindu si ayam jantan

Tika insan lain diulit mimpi

Tika insan lain dibuai hilai tawa

Ku meratap merintih kesakitan

Air mata membasahi pipi yang hanya berbalut kulit

Di ranting harapan

Ku merayu padaMu Penciptaku

Ku menitip doa untuk kesekian kalinya

Ya Rabb!

Sembuhlah sakitku ini

Rasanya tak betah lagi menanggung derita ini

Bagai sembilu menikam setiap urat sarafku

Ya Latif! Yang Maha lembut!

Kepadamu ku bermunajat

Di penjuru malam

Bersama kepedihan ini

Bersama kedinginan malam

Ya Rahman Ya Rahim,

Dengarlah rintihan hambamu

Yang entah ke berapa kali inihttp://serirengas.blogspot.com

Page 8: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Pun ku tak pernah jemu

Menadah kedua tangan ku yang hina ini

Memohon kemaafan

Atas dosa-dosa lampau

Ku mohon agar derita ini sebagai kifarah dosaku

Moga syurga menanti...........................

Zaini al-Rengasi

26.7.2010

3.00 a.m

http://serirengas.blogspot.com

Page 9: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Seorang Guru Kecil

Di jendela hidup

Kau merenung lebuh raya kehidupan

Dari seorang guru kecil

Dari seorang yang baru belajar bertatih

Kini kau telah merasai masam-manis

Perjuangan seorang guru kecil

Hari di dada akhbar seorang murid mu gugur

Demi tugas mulia

Membanteras pengkhianat bangsa

Hiba hati bercampur bangga

Muridmu pejuang rupanya

Semalam hatimu berbunga mekar

http://serirengas.blogspot.com

Page 10: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Seorang muridmu berdiri di puncak dunia

Mengibar jalur gemilang

Menobat Malaysia di peta dunia

Entah berapa banyak kegemilangan dicapai muridmu

Tapi kau masih tetap guru kecil

Dengan kereta proton burukmu

Dengan penuh sabar mendidik anak bangsa

Agar bangsamu tidak dipijak di bumi sendiri

Agar bangsamu berdiri sama tinggi

Duduk sama rendah

Di pentas dunia

Yang tak kenal erti belas kasihan.

Zaini al-rengasi

21.7.2010

2.30 am

http://serirengas.blogspot.com

Page 11: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Seekor Kucing dan anak-anaknya

Panggilan mesramu mententeramkan anak-anakmu

Kau berikan mereka susumu

Dengan penuh kasih sayang

Tiada pilih kasih antara anak-anakmu

Seekor kucing tua

Pelik memandang tuannya

Anak disusui susu binatang

Ia keliru insan membuang anaknya

Sedangkan ia setia menjaga anak-anaknya

Dari gangguan bapa durjana

Yang akan membaham anak-anaknya

Dia setia mencari seekor tikus untuk anak-anaknya

Kucimg itu menjadi keliru..............

http://serirengas.blogspot.com

Page 12: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

TERIMA KASIH RASULULLAH

Berkat perjuanganmu Ya Rasulullah

Kami dapat mengecap nikmat iman

Kau sanggup dipulau demi kalimah tauhid

Kau pasrah dilontar batu pemuda Bani Thaqif

Tika mengundur diri daripada dibunuh

Kau rela kesejukan dalam kegelapan gua Thur

Ditemani Abu Bakar al-Sidik

Tidak bersedih, tidak takut

kerana Allah bersamamu

Itu semua tidak mematah api perjuangan

Madinah medan perjuangan baru

Menyatukan Ansar dan Muhajarin

Membentuk negara Islam dalam negara pelbagai puak

Negara Islam perlu dibangunkan

Biar anak menjadi yatim,

Biar isteri menjadi janda

Perang Badar menjadi saksi

Meskipun pejuang sedikit cuma

Kafir Quraisy rebah tersungkur

http://serirengas.blogspot.com

Page 13: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Perintah Rasul jangan diingkar

Tetaplah kamu di puncak Uhud

Jangan hiraukan perjuangan kami di lembah

Harta menggamit segelintir pemanah

Khalid al-Walid mengalahkan pejuang

Sahabat berbentengkan tubuh melindungi Rasul

Biar mati bergelimpangan syahid

Pemimpin jangan rebah

Agar api biar perjuangan terus menyala

Perang Khandak bertahan di Madinah

Sanggup berlapar membina parit

Musuh mengepung berminggu-minggu

Bantuan Allah tiba jua

Badai menghempas tentera bersekutu

Tegaklah negara Islam Madinah

Pembukaan Mekah merintis kejayaan

Berhala dihancur

pemuka Quraisy menerima Islam

Berduyunlah manusia menerima Islam

Tersebarlah Islam ke pelusuk dunia.

Zaini al-rengasi http://serirengas.blogspot.com 1 Mac 2010http://serirengas.blogspot.com

Page 14: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

PUISI BUAT IBU DAN AYAH

Kau umpama lilin membakar diri

Berpagi berpetang menghayun cangkul

Bergelumang dengan selut,pacat dan lintah

Malam begitu panjang

Menunggu hari esok menerus bakti

Malam bicara hari esok

Masih adakah beras,

Masih adakah ikan pekasam

Masih adakah ubi kayu

Masih adakah rantai untuk digadai

Anak-anakmu makin dewasa

Putera sulung ke menara gading

Seekor lembu bertukar tangan

Puteramu melanjut pengajian

Sebidang tanah terlepas tangan

Kini kau mampu tersenyum

Anak-anakmu berjaya dalam hidup

Walaupun kini jauh ditinggalkan

Pun ujian tak pernah padamhttp://serirengas.blogspot.com

Page 15: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Anak sulungmu menderita kanser

selepas anak lelakimu dan menantumu pergi menemui Ilahi

Cucumu pula menderita sakit buah pinggang

Ini lumrah kehidupan

Hidup ini penuh ujian

Berputar ibarat roda

Akhirat jua bahagia abadi

Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang sabar

Zaini al-rengasi

http://serirengas.blogspot.com

25/11/2009

3.15 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 16: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

SIMPAN DULU TANGISMU

Biar derita membadai jasad

Lemparkan senyum

Pada setiap insan

Kerana senyum ubat paling mujarab

Yakinlah setiap penyakit ada ubatnya

Lemahnya insan belum menemuinya

Bedah,endoskopi,ct-scan,pet-scan lumrah rawatan

Barrium,fistulagram hadapi dengan tabah

Kimoterapi,radioterapi,hormon terapi

Muntah,badan tak bermaya,rambut gugur

Usah mematahkan harapanmu

Derita tanggung sendiri

tahulah kita siapa sahabat siapa kawan

inilah putaran hidup

sebelum kita dijemput menemuiNya

bangunlah di tengah malam

jangan lagi simpan tangismu

mohonlah padaNya

sakit itu penghapus dosa

jangan kita marah padaNya

kerana kita hambaNya

dan dunia ini tempat ujian.http://serirengas.blogspot.com

Page 17: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

3 mac 2010

3.30 pagi

BUDI DITABUR HASIL DITUAI

Di jalan raya ada api kemarahan

Manusia hilang kemanusiaannya

Masing-masing mengejar destinasi

Hilang sudah bangsa beradab

Di kaunter berbaris panjang

Muka resah di mana-mana

Hilang sudah erti kesabaran

Yang berhati batu memotong giliran

Yang lemah memendam kemarahan

Hilang budaya bertanya khabar bertegur sapahttp://serirengas.blogspot.com

Page 18: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Apa yang dikejar wahai insan

Apakah kiamat hampit tiba

Tak mengapa kalau panggilan llahi telah kedengaran

Tetapi masjid cuma beberapa saf

Susah sangatkah mengukir senyuman

Susah sangatkah bertegur sapa

Budi bahasa budaya kita

Zaini al-rengasi

Serirengas.blogspot.com

1.3.2010

http://serirengas.blogspot.com

Page 19: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

GURU...... KAULAH PEJUANG

Dulu kita dipuja

Menjadi pilihan menjadi menantu

Dulu kalianlah pejuang

Pejuang kemerdekaan

Pejuang bahasa

Persaudaraan Sahabat Pena

Pun SITC menjadi saksi

ASAS 50 , GAPENA kalianlah

Kini suara kalian lenyap ditelan globalisasi

Orang lebih memandang kilauan emas

Suara kalian ibarat melukut di tepi gantang

PPSMI menjadi bukti

Bukan kalian berjuang menegak bahasa

Tetapi pejuang bahasa di luar sana

Tabik A.Samad Said,

Syabas Dato’Hassan Ahmad

Mungkin guru-guru terikat dengan akta

Atau sudang hilang semangat perjuangan

Kini bahasa Melayu kembali bermayahttp://serirengas.blogspot.com

Page 20: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Bahasa Melayu bahasa ilmu

Bangunlah guru dari tidur yang lena

Bangunkan anak bangsamu

Kerana merekalah pencorak bangsa pembangun negara

Menghadapi dunia tanpa sempadan

Yang tak mengenal erti belas kasihan

Lihatlah anak bangsamu,

Dadah..................merekalah

Merempit ............merekalah

Usah ulangi sejarah kejatuhan Melaka

Empayar besar berkubur dek penjajah durjana

Akibat kealfaan diri sendiri

Empayar Melaka cuma tinggal dalam kenangan

Sebagai kitab sejarah kita semua

Penuh segala iktibar dan pengajaran.

Zaini al-rengasi

Serirengas.blogspot.com

5.3.2010

5.00 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 21: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

PESAN BUAT ANAK-ANAKKU

Wahai anak-anakku

Janganlah kamu mempersekutukan Allah

Kerana ia benar-benar kezaliman yang besar

Jangan anak-anakku mudah mengalah dalam perjuangan

Kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar

Hai anakku!

Berbuat baiklah kepada Ummi

Membelaimu dengan cinta bersemi

Bersyukurlah pada Allah Anak-anakku

Kau masih ada Abah dan Ummi

Walaupun kanser merampas ibumu

Wahai anak-anaku,

Dirikanlah solat,

Suruhlah manusia berbuat baik

Dan cegahlah manusia dari melakukan kemungkaran

Dan bersabarlah atas ujian yang datang

Kerana Allah bersama orang-orang yang sabar

http://serirengas.blogspot.com

Page 22: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Wahai anak-anakku,

Bersyukurlah kepada Allah

Atas rezeki yang melimpah

Jangan anak menjadi gundah

Andaikata rezeki terluluh

Rezeki itu dari Allah

KepadaNya kita memohon

Besyukurlah

Atas rezeki yang ada.

Zaini al-rengasi

Wad 7 Selatan HUSM Kubang Kerian

8 Mac 2010

http://serirengas.blogspot.com

Page 23: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN

Hari ini aku menderita sakit kanser

Ikut adat, ikut statistik

6 bulan lagi hidupku

Kemudian aku akan pergi menemui Penciptaku

Membawa amalan tak seberapa

Dosaku bergunung-gunung

Hanya rahmatMu yang ku pinta

Kerana aku tak layak untuk syurgaMu

Tetapi ku tak sanggup menahan seksa nerakaMu

Tiga tahun sudah berlalu

Takdir mengatasi ramalan doktor

Sudah ramai teman yang sihat menziarahiku

Tetapi terlebih dahulu dijemput menemuiNya

Moga roh mereka di sisi solehin

Terima kasih Ya Allah

Kau masih memberiku kesempatan

Untuk bertaubat

Terimalah taubatku

Ampunilah dosa-dosaku

Tempatkan aku bersama para Rasul dan Nabi

Ya Allah Engkau Maha Pengampunhttp://serirengas.blogspot.com

Page 24: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Engkau Maha Pemurah.

Zaini al-rengasi

Teratak Serirengas

3.20 pagi

25.11.2009

http://serirengas.blogspot.com

Page 25: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

SABAR ITU INDAH

(Buat pesakit kanser)

Berita itu merenggut jantungmu

Kanser anda tahap 4

Pengetahuan mengenai kanser

Membuat kau mengucapkan

Selamat tinggal dunia

Selamat tinggal alam fana

Pun hidup berterusan

Kimoterapi,radioterapi menjadi rutin

x-ray, ct-scan,pet-scan,bone-scan

penentu perjalanan

duit mengalir laju

kimoterapi sebagai gantinya

pun masih ada kerajaan dan yayasan berhati mulia

membantu sekadar yang terdaya

sabarlah kerana sabar itu indah

sabarlah sesabar Nabi Ayub a.s.

datuk nenek kita berasal dari syurga

syurgalah matlamat kita

gembirakan hatimuhttp://serirengas.blogspot.com

Page 26: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

kerana inilah kifarah dosa

moga doa kita diterimanya

agar ada sekelumit cahaya

ataupun syurga menanti kita

rumah yang kekal abadi

zaini al-rengasi

cancer survivor

serirengas.blogspot.com

21.11.2009

1.45 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 27: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Sajak Buat Sahabatku..........

Kenapa kini kau menyepi

Sejak ku sakit kau pergi menjauh

Dulu waktu seperjuangan

Kau pemberi semangat

Ketika ku menempuh ujian hebat dariNya

Kata-katamu sahabat

Membuat ku tabah

Waktu ku kehilangan insan tercinta

Dalam membina modal insan

Ke kota kita harungi

Ke pulau kita seberangi

Ke pantai kita selusuri

Kini kau menghilang dari ruang persahabatanku

Hingga ku takut menjejakimu

Mungkin kau sudah membina keluarga baru

Ku tidak diperlukan lagi

Kau biarkan ku terkapai-kapai

Menempuh derita ini seorang diri

Ingin sekali persahabatan ituhttp://serirengas.blogspot.com

Page 28: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Terjalin kembali

Sementara umurku masih berbaki

Zaini al-rengasi

Serirengas.blogspot.com

6.15 petang

http://serirengas.blogspot.com

Page 29: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

DAN AIR MATA PUN BERGUGURAN

Sakit ini bukan kupinta

Walaupun pernah terlintas

Waktu sihat sebelum waktu sakit

Lebih baik sakit dari beban kerja yang bertimbun

Amanah berat yang terpaksa dipikul

Sakit ini amat memeritkan

Derita fizikal usah cerita

Derita batin apatah lagi

Bila ingat anak-anak dan isteri

Yang dipinjamkan Allah

bakal ditinggalkan

Air matapun laju berguguran

Aku pasrah

Aku milikNya

Bila tiba masanya

Tidak boleh bertangguh walau sesaat

Selamat datang ajalku

Ku pohon padaMu Ya Allah

Ampunilah daku

Tempatkan daku bersama

Para Nabi dan Rasul

http://serirengas.blogspot.com

Page 30: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Dan air mata terus bercucuran

Selebat hujan di bulan Disember

Zaini al-rengasi

Cancer survivor

Serirengas.blogspot.com

6.00 petang

20.11.2009

http://serirengas.blogspot.com

Page 31: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

HIBURKANLAH HATIMU

Jika musibah tiba

Hiburkanlah hatimu

Ada hikmah di sebaliknya

Jika kau sakit

Hiburkanlah hatimu

Dosamu diampunkan Allah

Tiada lagi insan yang dengki

Kerana kau tiada lagi berpangkat

Jika kau dikemoterapi

Muntah dan letih melampau,rambut gugur

Hiburkanlah hatimu

Kini kau terlantar di rumahmu

Tidak perlu memerah keringat

Tidak perlu memerah otak

Mencari rezeki yang tak pernah cukup

Kini kau ada waktu melihat kebesaran Allah

Kini kau ada waktu menilik kitab Allah

Dan mendekatkan diri kepadaNya.

Zaini al-rengasi 20.11.2009 8.10 pagihttp://serirengas.blogspot.com

Page 32: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

BERARAK MENDUNG KELABU

DERITA LALU INGIN KUPADAM DARI DIARI HIDUP

TAK INGIN LAGI HIDUP BERENDAM AIR MATA

TAK INGIN LAGI HIDUP MEMBEBAN INSAN LAIN

INGINKU HIDUP BAK POKOK

MENJULANG TINGGI KE ANGKASA

RELAKU DIHENTAM BADAI

DARI HIDUP BAK RUMPUT DI BUMI

HIDUP SUBUR SELESA DI MUKA BUMI

TAPI SELALU DIPIJAK ORANG

PUN BEGITU

KALAU MELIHAT BINTANG DI LANGIT

JANGAN LUPA RUMPUT DI BUMI

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.

INNA LILLAH HI WAINNA ILAI HIRAJIUUN.

http://serirengas.blogspot.com

Page 33: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

USAH BERSEDIH TEMANKU

(BUAT PESAKIT KANSER)

Temanku,

Usah bersedih penyakit yang menjenguk

Ia sebagai kifarah dosa

Ia sebagai peringatan kepada kita

Ia sebagai peluang bertaubat

Ia sebagai peluang menambah amal

Temanku,

Tabahkan hati ketika jarum ditusuk

Di lengan, di kaki,di leher atau di dada

Itu lumrah bagi kita

Walaupun sakit tak tertanggung

Sabarlah !

kerana Allah bersama orang-orang sabar

Temanku,

Usah takut mati

Walaupun itulah statistik kita

Hidup kita tak lama

Tapi ajal maut di tangan Tuhan

Tak boleh percepat walau sesaat

Tak boleh lambat walau sesaathttp://serirengas.blogspot.com

Page 34: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Temanku,

Kini kau telah aman bersemadi

Tinggallah kami yang masih bernafas

Menanggung derita sakit ini

Menerus sisa-sisa umur

Cuma kami pohon

Ya Allah berikan kami

Keimanan yang jitu

Kesabaran yang tinggi

Sehebat kesabaran Nabi Ayub

Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin .

Zaini al-rengasi

Cancer survivor

Serirengas.blogspot.com

15.11.2009

3.15 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 35: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Kematian itu satu permulaan

Izrail datang menjemput

Bermulalah alam akhirat

Menuju barzakh tempat bersemadi

Sebelum tibanya hari kiamat

Sangkakala ditiup Isafil

Bangkitlah kita dari kubur

Untuk dihisab amalan kita

Tangan kanankah

Tangan kirikah

Amalan diterima

Berbahagialah siapa yang mendapat surat amalannya

Dengan tangan kanan

Senanglah ia melintas titian

Menuju syurga kekal abadi

Deritalah siapa menerima surat amalan

Dengan kiri

Terjatuh ke neraka tika meniti titian

Azab menanti tidak terperi

Sebelum tiba saat ituhttp://serirengas.blogspot.com

Page 36: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Marilah kita tingkatkan amal

Laksanakan tugas kita

Amar makruf nahi mungkar

Moga syurga menanti

Bahagia kekal abadi.

Zaini al-rengasi

Cancer survivor

http://serirengas.blogspot.com

16.3.2010

5.20 pagi

http://serirengas.blogspot.com

Page 37: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

ANDAI KU TAHU

Andai ku tau

bila tiba ajalku

Tuhan jangan ambil lagi umurku

Aku takut dosa yang pernah ku lakukan

Ingin sekali aku tingatkan amalku

Andai ku tahu

Bila Izrail mahu menjemputku

Izinkan aku bertaubat kepadaMu

Aku takut semua dosa-dosaku

Aku takut dosa yang terus menghantuiku

Ampunilah daku,

Deraian air mata taubat kepadaMu

Di dihihari yang hening

Aku sangat takut pada nerakaMu

Dan rindu pada syurgaMU

Andaiku tahu kapan tiba ajalku

Ingin sekali aku memohon maaf

Kepada setiap insan

Yang mungkin pernah kuzalimi

Kerana aku manusia biasahttp://serirengas.blogspot.com

Page 38: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Bukan maksum dari dosa

Pun aku tau bila tiba ajalku

Tiada dapat ditangguh walau sesaat

Tidak dapat di duhului walau sedetik

Cuma rahmatMu yang kuharapkan.

Zaini al-rengasi

25.11.2003.35 am

http://serirengas.blogspot.com

Page 39: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Melayu Selalu Lupa

Dulu kitalah pelaut meneroka samudera

Dulu kita jejak kaki ke Ryukyu

Dulu kita menghuni Pulau Syechelles

Adilkah hidup ini

Inilah dugaan yang kuhadapi

Hilangnya cinta pertama di pusara

Setelah ditikam derita bertahun

Cinta berputik semula

Mencari cinta membawa ke syurga

Namun cinta terbagi dua

Antara cinta kekasih

Dan sayang permata hati

Sukarnya bila cinta kita direbut

Antara dua insan tersayang

Satu ideologi satu hati

Dua famili dua ideologi

Tersepit hati antara dua ideologi

Pangkat diberi

Bimbang amanah tak dapat dilaksana

Bernaung pula di bawah diktatorhttp://serirengas.blogspot.com

Page 40: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Mendidik pula insan

Yang belum mengenal erti hidup

Berhibur cuma yang didambakan

Pendidik yang tidak amanah

Rezeki masuk amanah terkubur

Ditegur salah tak ditegur lagi salah

Di teratak pula udara dicemari

Jalan perdamain sudah buntu

Timbang tara menjadi wadah

Penjajah mesti dihalau

Maka sakitlah diri

Kos ubat yang bagai emas

Kerjaya dihujung tanduk

Pun masih diberi kesempatan oleh Ilahi

Menerus perjuangan masih berbaki

Masih berpeluang memohon kemaafan dariMu

Agar syurga menanti

14.11.2009

2.30 am

Zaini al-rengasi

http://serirengas.blogspot.com

Page 41: ANTOLOGI SAJAK UNTUK PESAKIT KANSER

Serirengas.blogspot.com

http://serirengas.blogspot.com