ANTONIM

download ANTONIM

of 20

description

latihan

Transcript of ANTONIM

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    1

    Antonim ialah perkataan berlawanan erti

    Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini.

    1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.

    A kabur

    B pudar

    C terang

    D senang

    2 Kevin sering datang ke rumah saya, kata Muniandy.

    A jarang-jarang

    B kadangkala

    C selalu

    D kerap

    3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.

    A sokongan

    B galakan

    C sindiran

    D cacian

    4 Orang yang berbaju merah itu gila.

    A baik

    B waras

    C berguna

    D sempurna

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    2

    5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.

    A diserahkan

    B dirampas

    C dipinjam

    D diterima

    6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.

    A longgar

    B lembut

    C kendur

    D ringan

    7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .

    A renggang

    B lama

    C jauh

    D baik

    8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.

    A menghabiskan

    B mengunyah

    C menyimpan

    D menelan

    9 Cuaca malam ini panas.

    A hangat

    B sejuk

    C suam

    D merah

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    3

    10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .

    A elok

    B lucu

    C tepat

    D menarik

    11 Aqila tidak suka menonton filem jenaka. A sedih B lasak C ganas D rencana

    12 Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak berkuasa.

    A diabaikan B diteruskan C ditundakan D diselesaikan

    13 Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung olehpenculiknya.

    A dilepaskan

    B dipenjara

    C dibunuh

    D diperap

    14 Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.

    A tertangguh

    B separuh

    C selesa

    D siap

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    4

    15 Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.

    A kasar B Kesat C keras D ketat

    16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu.. A akrab B baik C putus D mesra

    17 Saya meluat akan sikapnya yang suka bertanya. A suka B benci C terpesona D menyampah

    18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah. A gila B waras C mabuk D terencat

    19 Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh. A mempersilakan B mengundang C menjemput D menghalau

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    5

    20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.

    A tulus B setuju C sangsi D berharap

    21 Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk. A tebal B karat C rosak D tumpul

    22 Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan oleh juruacara.

    A seronok

    B marah

    C sedih

    D ceria

    23 Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.

    A tiba

    B sampai

    C berlepas

    D bergerak

    24 Rumah mereka berdekatan dengan sekolah. A berjauhan B berhampiran C bersebelahan D bertentangan

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    6

    25 Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira. A kuat B tebal C kering D lembap

    26 Saya tidak suka memakai baju yang tebal. A nipis B lebat C padat D sendat

    27 Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya. A bijak B bodoh C cerdik D pintar

    Soalan 28 berdasarkan gambar 1

    Gambar 1

    28 Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas. A mekar B kuncup C kempis D kembung

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    7

    29 Mei Lan gemar akan durian. A suka B duka C Benci D sayang

    30 Rumah saya terletak di belakang pasar raya. A kiri B sisi C tepi D hadapan

    31 Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu.

    A kusut

    B buruk

    C hodoh

    D kemas

    32 Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, kata guru besar.

    A khas

    B biasa

    C umum

    D tertentu

    33 Biskut yang baru dibelinya lemau .

    A garing

    B keras

    C rapuh

    D rangup

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    8

    34 Pokok sentul di hujung kampung itu condong.

    A tegak

    B lurus

    C senget

    D tumbang

    35 Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari.

    A kembang

    B cantik

    C mekar

    D subur

    36 Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah.

    A diajak

    B ditegah

    C diherdik

    D dijemput

    37 Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap.

    A patuh

    B lemah

    C sopan

    D gemalai

    38 Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh.

    A mendarat

    B berlabuh

    C berhenti

    D bergerak

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    9

    39 Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian.

    A kekayaan

    B kemajuan

    C kemewahan

    D keuntungan

    40 Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor.

    A lama

    B kekal

    C sekejap

    D sekarang

    41 Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh. A kotor B harum C comot D kemas

    42 Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. A sukar B payah C susah D senang

    43 Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu. A kuat B cemas C berani D gementar

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    10

    44 Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu.

    A membenarkan

    B menghalau

    C menegah

    D memberi

    45 Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga. A tergopoh gapah B kelam-kabut C senang D tenang

    46 Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini. A tenteram B serabut C bahagia D risau

    47 Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu. A membangkang B membenar C menyetujui D menafikan

    48 Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi.

    A olok-olok

    B main-main

    C betul-betul

    D diam-diam

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    11

    49 Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu. A samar B keliru C ceria D jelas

    50 Bilik yang disewa itu agak luas. A kecil B lebar C selesa D sempit

    51 Ibu menanam pokok bunga ros di halaman rumah. A menyemai B mencabut C membaja D menjirus

    52 Perniagaan Encik Sham semakin merosot sejak sebulan yang lalu. A mengecil B meningkat C membesar D meluas

    53 Dia kelihatan resah apabila menerima berita sedih itu. A tenang B gelisah C bimbang D dukacita

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    12

    Soalan 54 berdasarkan gambar 2

    Gambar 2

    54 Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan jenis haiwan tersebut. A liar B buas C jinak D ganas

    55 Hujan lebat telah turun tidak berhenti-henti sejak malam tadi. A banyak B gerimis C sedikit D deras

    56 Air sungai itu menjadi tohor pada waktu-waktu tertentu. A banyak B sedikit C dalam D cetek

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    13

    57 Shamini membangkang cadangan abangnya untuk makan angin ke Melaka.

    A menolak B membantah C menyokong D membidas

    58 Kakaknya gemar memakai pakaian yang berwarna gelap. A putih B pudar C cerah D terang

    59 Pencemaran sungai tersebut berpunca daripada kilang yang beroperasi di hulu sungai tersebut.

    A hilir B muara C hujung D tebing

    60 Ibu menegah abang mandi pada waktu pagi untuk menjaga kesihatannya. A melarang B mendorong C menghalang D menyuruh

    61 Pada musim ini pokok buah-buahan di dusun Pak Ali melawas.

    A menjadi

    B berlambak

    C menimbun

    D berkurangan

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    14

    62 Mei Ling berasa dukacita apabila mengetahui bahawa dia gagal dalam peperiksaan itu.

    A rianglulus

    B sedihberjaya

    C sukacitakalah

    D gembiratumpas

    63 Kata-kata yang diucapkan oleh Abang Shazni benar-benar mengecewakan Ai Ling.

    A mendamaikan

    B menambahkan

    C menyenangkan

    D menggembirakan

    64 Aminah kecundang dalam pertandingan itu.

    A gagal

    B tewas

    C berjaya

    D meningkat

    65 Banyak manfaat jika kita melibatkan diri dalam kegiatan itu.

    A sia-sia

    B keburukan

    C kerosakan

    D kesilapan

    66 Suzana amat kagum melihat suasana perkampungan tradisional di Kampung Chendering,Terengganu.

    A klasik

    B moden

    C dinamik

    D kontemporari

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    15

    67 Seramai 51 orang telah terperangkap dalam operasi yang dijalankan semalam.

    A sekat

    B timpa

    C bebas

    D kurung

    68 Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung.

    A disukai

    B dihalang

    C disenangi

    D dipersetujui

    69 Shafiq bercadang untuk melipatgandakan aktiviti berpersatuan.

    A meredakan

    B menurunkan

    C menyingkatkan

    D mengurangkan

    70 Semakin hari semakin maju perniagaannya.

    A mundur

    B lembap

    C malas

    D lesu

    71 Ezad berhasrat berhenti menjadi kelasi kapal kerana tidak sanggup berpisah begitu lama dengan keluarganya.

    A anak kapal

    B awak-awak

    C jurumudi

    D nakhoda

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    16

    72 Mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan serius. A Biasa B Parah C ringan D Berat

    73 Pintu kereta itu kelihatan rapat.

    A kuat

    B Ketat

    C Kejap

    D renggang

    74 Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh A belayar B bergerak C mendarat D bertambat

    75 Pihak pembangkang memenangi pertandingan perbahasan itu. A pencadang B penyokong C pembahas D penonton

    76 Nadirah makan dengan sopan sekali. A lahap B bising C gemuruh D rakus

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    17

    77 Anak pasangan itu sering mengingati jasa ibu bapanya. A mengeji B melupai C menolak D membiarkan

    78 Persengketaan antara negara itu terus berpanjangan. A Permusuhan B Persahabatan C Perundingan D Perdamaian

    79 John fasih berbahasa Melayu.

    A petah B gugup C gagap D lancar

    80 Wajah Noni kelihatan berseri apabila menerima berita itu. A muram B suram C masam D ceria

    81 Pihak polis berjaya membongkar kes pembunuhan itu. A menyembunyikan B mengeluarkan C membuka D menutup

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    18

    82 Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa.

    A Penutupan B Pengambilan C Penyampaian D Penganugerahan

    83 Mangsa bot karam yang terapung di laut sejak semalam telah diselamatkan. A tenggelam B hilang C hanyut D timbul

    84 Pertelagahan antara kedua-dua pihak itu telah lama berlaku. A Pergaduhan B Perdamaian C Permusuhan D Pertengkaran

    85 Saya amat jahil dalam bidang astronomi. A prihatin B pintar C asing D arif

    86 Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya. A fakir B mewah C melarat D merempat

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    19

    87 Adik menyedut air dengan penyedut minuman. A menghembus B membuang C menghisap D meniup

    88 Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang. A mengangguk B menggeleng C menunduk D memaling

    89 Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu. A mengumumkan B memberitahu C memendam D merendam

  • LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM

    Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

    20

    ANTONIM

    1 A 2 A 3 D 4 B 5 A

    6 C 7 A 8 D 9 B 10 D

    11 A 12 B 13 A 14 D 15 A

    16 A 17 A 18 B 19 D 20 C

    21 D 22 C 23 C 24 A 25 C

    26 A 27 B 28 B 29 C 30 D

    31 A 32 C 33 D 34 A 35 C

    36 B 37 C 38 B 39 D 40 B

    41 D 42 D 43 C 44 A 45 D

    46 A 47 D 48 C 49 D 50 D

    51 B 52 B 53 A 54 C 55 B

    56 C 57 C 58 C 59 A 60 B

    61 A 62 A 63 D 64 C 65 A

    66 B 67 C 68 D 69 D 70 A

    71 D 72 C 73 D 74 A 75 A

    76 A 77 B 78 D 79 C 80 A

    81 D 82 B 83 A 84 B 85 D

    86 B 87 A 88 C 89 C