Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP...
Transcript of Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP...
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau
Pinang (AIKNPP) Tahun 2019
Tajuk
Ahli-ahli Kumpulan
1. Max Mok Soon Hong
2. Muhammad Khalil bin Ismail
3. Abdul Rahim bin Abdul Razak
4. Ahmad Syaihan bin Ishak
5. Zaid Ahamad
Muka surat 1 drp 12
Peralatan Pengukur Copper Current Collector yang Membantu Mendapatkan Ukuran
yang Lebih Tepat dan Berulangan
LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
1. PENGENALAN
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang
Perbadanan Bukit Bendera telah ditubuhkan pada tahun 2009 melalui enakmen yang
telah dipersetujui melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Objektif utamanya
adalah untuk menguruskan system kerata api funikukar, membangun dan
memelihara Bukit sebagai tempat pelancongan, dan menjadi tempat pelancongan
yang bertaraf dunia.
Visi
Untuk menjadikan tempat pelancongan tanah tinggi pilihan di Malaysia
Misi
Perbadanan Bukit Bendera komited dalam pemeliharaan dan pengawasan warisan
alam semula jadi dan sejarah Bukit Bendera melalui pemuliharaan, pendidikan eko-
pelancongan, inovasi,keselamatan dan amalan hijau untuk generasi yang akan
datang.
2. Penerangan mengenai Jabatan/Bahagian/Unit
- Latar belakang bahagian operasi funikular
Bahagian Operasi Funikular diwujudkan adalah untuk mengendalikan dan
menyelaraskan sistem Funikular sama ada dari segi pengoperasian dan
penyelengaraan bagi memastikan ianya sentiasa dapat memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan yang mengunjungi Bukit Bendera. Sistem Funikular
merupakan aset terpenting di Perbadanan Bukit Bendera yang menjadi nadi utama
bagi membawa pelancong dari stesen bawah ke stesen atas Bukit Bendera. Sistem
ini juga telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong bagi pelancong tempatan
dan pelancong antarabangsa.
3. OBJEKTIF BAHAGIAN OPERASI FUNIKULAR
a) Mengendalikan operasi sistem funikular dengan selamat dan selesa dengan
mencapai kadar kemalangan sifar.
b) Bertanggungjawab untuk menyelanggara sistem funikular melalui program
penyelenggaraan yang terancang dan efektif.
c) Memacu pengoperasian dan penyelenggaraan funikular kearah yang lebih
sistematik dan cekap bagi mewujudkan hasil kerja yang lebih berkualiti.
d) Bersiap sedia terhadap kegagalan sistem dan segala kecemasan yang mungkin
berlaku sepanjang operasi.
Muka surat 2 drp 12
4. PENGENALAN MENGENAI INOVASI
i. Tujuan projek mencipta Peralatan Pengukur Copper Current
Collector
Tujuan projek ini dilaksanakan adalah bagi memudahkan dan menjimatkan masa
bagi kerja-kerja pengukuran ‘copper power collector’ yang dibuat setiap hari
mengikut senarai semak yang telah ditetapkan. Oleh itu, alat ini direka dan dihasilkan
bagi memenuhi keperluan penggunaan serta mendapatkan ukuran yang sekata
walaupun digunakan oleh orang yang berbeza. Menghasilkan cara yang mudah dan
pantas serta selesa digunakan untuk melaksanakan tugas dalam kerja-kerja
mengukur ‘copper power collector’ tersebut, berbanding menggunakan kaedah lama
iaitu menggunakan ‘vernier caliper’.
ii. Objektif
a) Menghasilkan reka bentuk bagi memudahkan kerja-kerja pengukuran
“Copper Power Collector”.
b) Mudah dan ringkas untuk digunakan.
c) Selamat untuk digunakan.
d) Mendapatkan ukuran yang tepat berulang kali.
e) Sentiasa dalam keadaan stabil.
f) Mudah diubah suai/ tukar tempat.
g) Tidak memerlukan penyelengaraan.
h) Tidak memerlukan tenaga mahir untuk pengendaliannya.
i) Menjimatkan masa ketika penyelanggaraan.
5. Proses Perlaksanaan
Dalam proses mereka bentuk dan menghasilkan peralatan Peralatan Pengukur
‘Copper Current Collector’ terdapat beberapa ciri-ciri dan aspek yang perlu
diambil kira iaitu :
a) Sesuai untuk penggunaan pada ruang tempat yang sempit
b) Membantu dari segi pengukuran yang hendak dilakukan disamping memberi
bacaan yang tepat dan berulang-ulang.
c) Tidak memerlukan tenaga mahir untuk pengendaliannya.
d) Tidak memerlukan penyelengaraan.
e) Menjimatkan masa ketika penyelanggaraan
Muka surat 3 drp 12
6. Pengenalan “Current Collector”:
a) Merupakan alat pengalir elektrik untuk disambungkan kepada power rail.
b) Ianya terletak dibahagian struktur badan koc dan disambungkan pada
“power rail” yang terdapat dibahagian tepi landasan.
c) Mempunyai 6 unit “current collector” bagi setiap koc.
d) Terdapat 1 unit “copper finger” pada setiap “current collector” yang berfungsi
sebagai pengalir electrik untuk disalurkan pada komponen di dalam koc.
Power rail
Copper on collector shoe
Gambar sebenar pemasangan “current
collector” pada bahagian koc.
Muka surat 4 drp 12
7. Penghasilan Reka Bentuk Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’
Dalam menghasilkan reka bentuk peralatan pengukur tersebut, pelbagai peralatan
pengukuran diambil sabagai rujukan untuk dijadikan sebagai “prototype” seperti,
a) Caliper
b) Pembaris
c) Dial gauge indicator
Konsep Reka bentuk Jig
8. Pengenalan reka bentuk Peralatan Pengukur:
a) Mempunyai indikator seperti skala pada pembaris beserta nombor untuk
memberi bacaan yang tepat.
b) Indikator yang berada dibahagian tepi dan boleh diubah kedudukannya bagi
mengukur keseluruhan permukaan copper
c) Mudah untuk diambil bacaan dan digunakan oleh operator.
d) menggunakan konsep bearing dan spring pada indikator untuk
mendapatkan bacaan.
Muka surat 5 drp 12
e) Terdapat garisan yang berwarna merah pada skala bagi menunjukkan tahap
maksimum kehausan copper yang telah digunakan.
f) Oleh demikian, apabila bacaan menunjukkan pada tahap gasisan yang
berwarna merah, copper tersebut haruslah ditukar ganti kepada yang baru.
Setelah konsep “Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector” direka bentuk,
konsep tersebut dapat dianalisis dan dapat dibuat perbandingan di antara cara yang
sedia digunakan sekarang iaitu melalui penggunaan caliper.
9. Proses Penghasilan Peralatan Pengukur
Setelah konsep jig yang direka mendapat kelulusan dari pihak pengurusan, kerja-
kerja penghasilan dilakukan dengan bantuan pihak luar (vendor).
10. Kos Penghasilan
Kos penghasilan dilakukan dengan memilih beberapa sebut harga yang paling
minimum oleh syarikat-syarikat luar yang mampu menghasilkan peralatan pengukur
tersebut mengikut rekabentuk yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa syarikat luar yang berminat untuk terlibat dalam penghasilan
peralatan pengukur tersebut namun hanya satu syarikat yang dipilih melalui sebut
harga yang paling minimum, :
Nama Syarikat Kos yang dinyatakan
dalam sebut harga
Tempoh masa untuk
penghasilan
Teknik Utara Engineering RM 2800 3 minggu
MFM Industries SDN.BHD RM 2100 2 – 3 minggu
Multitech Engineering RM 2500 3 minggu
Setelah diteliti dan dipersetujui oleh pihak pengurusan, projek penghasilan
Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’ ini telah melantik syarikat MFM
Muka surat 6 drp 12
Industries Sdn. Bhd. Untuk menjalankan kerja-kerja pendimensian dan pemesinan
serta menghasilkan produk yang sedia digunakan. Ini adalah kerana syarikat
tersebut menawarkan harga yang terendah dan difikirkan munasabah untuk
membina satu produk baru untuk digunakan oleh bahagian operasi.
Bentuk Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’ selepas dihasilkan oleh
syarikat pembuatan.
11. KATEGORI INOVASI
Inovasi yang dihasilkan ini dapat dikategorikan sebagai produk inovasi. Ianya dapat
meminimumkan proses masa, mengurangkan kesilapan dan mudah digunakan
seperti yang telah diterangkan diatas.
Produk inovasi ini juga dapat meningkatkan produktiviti perkhidmatan yang merujuk
kepada kepuasan pelanggan (tempoh menunggu pelanggan) dan impak positif
kepada organisasi.
12. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
a. Impak sebelum dengan penggunaan caliper
I. Pekerja mengambil masa yang terlalu lama dalam kerja-kerja pengukuran
copper.
II. Keputusan bacaan kurang tepat apabila di ambil oleh orang yang berbeza.
III. Peralatan pengukuran perlu dilakukan calibration setiap tahun.
IV. Memerlukan tenaga mahir dalam penggunaan peralatan caliper bagi
memastikan mendapat bacaan yang tepat.
Indicator hijau, kuning dan merah
menunjukan tahap penggunaan
copper.
Hijau : selamat digunakan
Kuning : tahap persediaan
Merah : tidak selamat digunakan
Muka surat 7 drp 12
Proses mengukur “copper” menggunakan cara sedia ada.
Langkah 1
Power pickup dikeluarkan dari power rail
bagi kerja-kerja pengukuran copper.
Masa: 30 saat
Langkah 2
Copper dikeluarkan terlebih dahulu dari
collector shoe bagi tujuan melakukan kerja
pengukuran. Peralatan yg sesuai diperlukan
untuk mengeluarkan copper dari “holder
power collector”.
Masa:20 saat/ unit X 6 unit / koc = 120 saat
Muka surat 8 drp 12
Langkah 3
Copper diukur dengan menggunakan
caliper setiap satu
Masa:30 saat / unit X 6 unit = 180 saat
Langkah 4
Setelah siap di ukur, copper dipasang
kembali pada collector shoe.
Masa:45 saat/ unit X 6 unit = 270 saat
Muka surat 9 drp 12
b. Impak selepas penggunaan ‘Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’
I. Pekerja tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama dalam kerja-kerja
pengukuran copper
II. Keputusan bacaan tepat
III. Peralatan pengukuran tidak perlu dilakukan penentukuran.
IV. Tidak memerlukan tenaga mahir dalam penggunaan jig bagi memastikan
mendapat bacaan yang tepat.
Proses mengukur “copper” menggunakan ‘Peralatan Pengukur ‘Copper Current
Collector’
Langkah 1
Power pickup dikeluarkan dari power rail bagi
kerja-kerja pengukuran copper.
Masa: 30 saat
Langkah 2
Peralatan Pengukur diletakkan terus pada
collector shoe bagi mendapatkan bacaan
ketinggian copper yang tinggal.
Masa: 10saat/unit X 6unit = 60 saat
Muka surat 10 drp 12
Perbandingan masa yang diambil menggunakan cara sediaguna berbanding konsep yang
dicadangkan Peralatan Pengukur ‘Copper Current Collector’
Method sediaguna Caliper “Jig Measuring Device For Copper Current
Collector”
langkah 1 30 saat langkah 1 30 saat
langkah 2 120 saat langkah 2 60 saat/koc
langkah 3 180 saat
langkah 4 270 saat
Jumlah jangka
masa 600 saat
Jumlah jangka
masa 90 saat
JADUAL PERBEZAAN PENGGUNAA JIG DAN CALIPER
Baik 1 - 3
Sederhana 4 -7
Sangat baik 8 - 10
Konsep Masa Keselamatan Ketepatan Saiz Kos Penyelenggaraan Penggunaan Jumlah
Jig 10/10 10/10 10/10 10/10 8/10 10/10 10/10 95%
caliper 5/10 7/10 10/10 10/10 10/10 10/10 5/10 81%
13. IMPAK INOVASI
Inovasi yang dihasilkan ini dapat dikategorikan sebagai produk inovasi. Ianya dapat
meminimumkan proses masa, mengurangkan kesilapan dan mudah digunakan
seperti yang telah diterangkan diatas.
Produk inovasi ini juga dapat meningkatkan produktiviti perkhidmatan yang merujuk
kepada kepuasan pelanggan (tempoh menunggu pelanggan) dan impak positif
kepada organisasi.
14. ELEMEN INOVASI
i. Menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan berfikiran kreatif serta inovatif dalam
penciptaan peralatan yang digunakan seharian serta menambah baik dan
permudah cara. Dapat menyelesaikan masalah membuat keputusan dan
mengurangkan kesilapan serta penjimatan kos.
ii. Keberkesanan dalam perlaksanaan kerja-kerja seharian dan meningkatkan
produktiviti serta kepuasan pelanggan serta memberi rating positif kepada
organisasi.
Muka surat 11 drp 12
15. KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat terhadap “Peralatan Pengukur ‘Copper
Current Collector’, terdapat banyak kelebihan yang dapat di tambah baik dari segi
penjimatan masa, ketepatan kepada bacaan ukuran, proses membuat keputusan serta
lebih praktikal dan mesra pengguna.
Setelah kedua dua konsep dianalisis, konsep yang lebih praktikal untuk digunakan
adalah konsep peralatan pengukur walaupun mempunyai peratusan yang hampir sama
dengan konsep caliper.
Ini kerana cara penggunaan untuk konsep peralatan pengukur adalah lebih mudah dan
berkonsepkan mekanikal serta lebih praktikal dalam membuat keputusan menukarkan
“copper current collector” yang telah haus secara maksimum dan sekata.
Disediakan oleh:
Muhammad Khalil Ismail / Bahagian Operasi Funikular
Tel : 0195759150
Email : [email protected]