ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN)...

22
ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013

Transcript of ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN)...

Page 1: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013

Page 2: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

1

ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT) – SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETSM (STAMPS)

KANDUNGAN MUKA SURAT A. Ringkasan Eksekutif................................................................ 2

B. Laporan Penuh

Aspek Teknikal STAMPS........................................................ 3

Kriteria 1: Kreativiti.................................................................. 3 Kriteria 2: Relevan................................................................... 5 Kriteria 3: Signifikan................................................................. 7 Kriteria 4: Keberkesanan......................................................... 9 Kriteria 5: Kelestarian............................................................... 11 Kriteria 6: Kualiti dan Pengiktirafan.......................................... 13 Kriteria 7: WayForward............................................................ 15 LAMPIRAN.............................................................................. 17

Page 3: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

2

A. Ringkasan Eksekutif

‘Stamp Assessment and Payment System’ (STAMPS) ialah Sistem Taksiran dan

Pembayaran Duti Setem secara elektronik melalui Internet. Sistem ini merupakan kaedah

alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM) selain daripada penyeteman secara manual. STAMPS bukan sahaja memodenkan

semua proses penyeteman, malah ia merangkumi keseluruhan proses yang berkaitan

termasuk pembayaran dalam talian, pengurusan profil pengguna, pengurusan perakaunan,

pelaksanaan Stesen Kerja Jarak Jauh (SKJ) dan integrasi sistem. STAMPS boleh dicapai

melalui laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my.

STAMPS dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan perkhidmatan penyeteman

yang lebih cekap dan berkesan dengan merealisasikan konsep satu perkhidmatan, satu

penyampaian dan ‘No Wrong Door Policy’ dengan merangkumkan keseluruhan proses

penyeteman dalam satu sistem yang bersepadu. Ianya amat memudahkan pelanggan

kerana pelanggan tidak perlu ke Pejabat Setem untuk melakukan urusan penyeteman.

Konsep No Wrong Door diamalkan dengan membenarkan pembayar duti membuat bayaran

di mana-mana Pejabat Setem.

Keberkesanan pelaksanaan STAMPS dapat diukur melalui peningkatan jumlah kutipan hasil

serta tahap kesedaran pengguna di kalangan ejen/peguam. Sistem ini bersifat fleksibel dan

boleh diadaptasikan kepada keperluan baru dengan mudah dan pantas. Kewujudan

STAMPS sangat relevan dan signifikan dengan agenda nasional kerana keupayaannya

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam selain bermanfaat dalam

menjana pendapatan negara. Secara keseluruhannya, STAMPS telah mempertingkatkan

sistem penyampaian LHDNM dalam aktiviti penyeteman, mengurangkan ketirisan hasil dan

juga mengurangkan kes pemalsuan.

Page 4: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

3

B. Laporan Penuh

ASPEK TEKNIKAL STAMPS

Aspek teknikal STAMPS adalah seperti di Lampiran.

KRITERIA 1 : KREATIVITI

Mengikut proses secara manual, surat cara perlu dibawa ke pejabat setem untuk

disetemkan. Melalui STAMPS, imej surat cara berkaitan dilampirkan ke dalam sistem. Data

dan lampiran berkaitan kekal disimpan secara maya. Modul Carian Pintar boleh digunakan

digunakan untuk pencarian maklumat. Penyimpanan dokumen secara fizikal digantikan

dengan penyimpanan imej dokumen dan dengan itu mengatasi masalah kekurangan tempat

simpanan dokumentasi fizikal.

STAMPS mempunyai Modul Sistem Kerja Jauh (SKJ), di mana pegawai boleh mengakses

STAMPS menggunakan capaian internet luar. SKJ menjadi alternatif kepada pegawai untuk

menyelesaikan tunggakan kerja di luar waktu pejabat mengikut kesesuaian masa sendiri.

SKJ membuktikan komitmen LHDNM dalam memastikan setiap permohonan penyeteman

diproses segera. Integriti pegawai dipelihara melalui ID khas SKJ di mana akses kepada

STAMPS menggunakan capaian internet luar hanya dibenarkan melalui ID khas ini.

STAMPS dibangunkan dengan keupayaan mewujudkan kolaborasi dengan JPPH. Pegawai-

pegawai JPPH dibekalkan dengan ID berperanan JPPH untuk memasukkan nilaian harta

tanah yang diperlukan bagi tujuan pengiraan duti. Komunikasi antara pegawai LHDNM dan

JPPH dibuat dalam talian dengan merujuk catatan pada log. Proses ini dapat mengurangkan

risiko kehilangan dokumen dalam transit dan berjaya memendekkan masa keseluruhan

proses taksiran duti.

Sebelum sijil/resit setem diperkenalkan pada 16 Feb 2009, kaedah penyeteman yang

digunakan adalah Setem Pelekat, Setem Tertera, Resit Rasmi dan Duti Kompaun. Pindaan

Akta Setem 1949 dibuat dengan memasukkan sijil/resit setem yang dicetak daripada

STAMPS menggunakan kertas bersaiz A4, 80 gsm dan dikepilkan bersama-sama surat cara

sebagai tambahan kepada kaedah penyeteman sedia ada. Sijil/resit boleh dicetak oleh

Page 5: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

4

pengguna menggunakan mesin pencetak biasa tanpa kos yang membebankan. Bagi tujuan

keselamatan, sistem hanya membenarkan sijil/resit dicetak sekali sahaja.

Pelaksanaan STAMPS dapat menghapuskan kegiatan penipuan setem tertera dan setem

hasil. Ini adalah kerana sijil/resit setem mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan

sukar untuk dipalsukan. Setiap sijil/resit yang dicetak mempunyai nombor siri yang unik.

STAMPS menyediakan kemudahan untuk pengguna membuat semakan ketulenan sijil/resit

setem. Semakan ketulenan boleh dibuat oleh orang awam di laman utama STAMPS dengan

memasukkan nombor adjudikasi dan nombor siri sijil/resit yang ingin disemak. Dengan cara

ini, jenis transaksi, butiran perjanjian dan maklumat pembayaran dokumen fizikal boleh

dibandingkan dengan data yang diperolehi dari semakan ketulenan.

Page 6: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

5

KRITERIA 2 : RELEVAN

Objektif utama STAMPS pada masa ia dibangunkan adalah selaras dengan agenda nasional

pada masa itu, iaitu pengurangan kos urusan/menjalankan perniagaan, pembaharuan

melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, serta meningkatkan kecekapan

pentadbiran kerajaan melalui perlaksanaan kerajaan elektronik. Kini, setelah empat (4) tahun

dalam persekitaran produksi, STAMPS masih relevan dan signifikan dengan agenda

nasional semasa iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini adalah

kerana keupayaannya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam di

samping meningkatkan hasil negara.

STAMPS mewujudkan kolaborasi dengan JPPH untuk penyeteman surat cara Pindah Milik

Harta Tanah. STAMPS menawarkan proses penyeteman yang lebih efisien selari dengan

transformasi negara ke arah kerajaan elektronik. Kolaborasi dengan JPPH mengurangkan

risiko kehilangan dokumen dalam transit dan berjaya memendekkan masa keseluruhan

proses.

Peranan ejen yang dibuka kepada kumpulan sasar seperti firma guaman, bank, wakil

syarikat dan ejen pembayar duti secara tidak langsung membantu industri mengurangkan

kos operasi dan perkhidmatan. Ini adalah kerana ejen tidak perlu hadir ke kaunter LHDNM,

komunikasi hanya dibuat melalui STAMPS dan e-mel. Rakyat yang mendapatkan khidmat

ejen dapat menikmati perkhidmatan yang cepat dan cekap dengan kos yang rendah.

Sistem maklumat komunikasi kini bergerak pantas dan lebih terarah kepada penggunaan

Internet. STAMPS memodenkan proses penyeteman dengan mengautomasikan

penghantaran data dan dokumen. Notis taksiran dapat dikeluarkan dan disampaikan dengan

lebih tepat dan cepat melalui janaan komputer berbanding penghantaran notis secara pos

atau serahan tangan yang kini kurang praktikal.

Kolaborasi bersama CIMB Berhad dan juga MyClear dalam menjayakan pembayaran duti

secara elektronik telah melengkapkan keseluruhan proses penyeteman secara dalam talian.

Masalah pembayaran secara manual yang terdedah risiko penipuan, rompakan dan

kehilangan tunai semasa proses penghantaran dapat diselesaikan. Di samping itu, belanja

Page 7: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

6

mengurus bagi tujuan pembayaran duti setem dan kos upah penghantar dokumen dapat

dikurangkan. Pembayaran duti setem secara elektronik lebih praktikal dan ekonomik untuk

jumlah duti yang kecil contohya duti di bawah RM10.00.

Dari segi perakaunan, pengurusan akaun juga dilihat lebih mudah kerana pembayaran

dibuat secara elektronik. Penaksir tidak lagi perlu menyemak senarai cek yang diterima

dengan penyata pemungut sebelum penerimaan dihantar ke bank. Ketirisan hasil melalui

risiko cek tak laku dan penipuan penyeteman dapat diatasi melalui transaksi ini.

Page 8: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

7

KRITERIA 3 : SIGNIFIKAN

STAMPS secara umumnya telah memberi perkhidmatan berkualiti kepada kerajaan dan

rakyat dengan menunjukkan keberhasilan signifikan berdasarkan aspek-aspek berikut:

Kualiti

Melalui STAMPS, setiap permohonan dapat disemak dan diproses secara telus untuk

memastikan ketepatan taksiran. Sebagai contoh, penaksir boleh melihat dokumen yang

dilampirkan berulang kali bagi memastikan data yang di input ke dalam sistem oleh

pemohon adalah tepat. Sistem akan mengira duti secara automatik. Semakan semula

dibuat di peringkat pelulus semasa pengindorsan. Sekiranya terdapat kesilapan atau

pemohon tidak berpuas hati dengan taksiran yang dikeluarkan, taksiran akan

dibetulkan atau notis pindaan dijana sebelum bayaran duti dibuat. Kesilapan dapat

dikesan di peringkat awal dan rayuan boleh dibuat serta merta.

Sistem Penyampaian

STAMPS menampakkan keberhasilan apabila masa menunggu untuk urusan

penyeteman dapat dikurangkan secara signifikan. Lebih banyak penyeteman dapat

dilakukan apabila proses penyeteman disingkatkan. Ini memenuhi objektif asal

pembangunan STAMPS, iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar

cukai. Selain itu, permohonan penyeteman dan pembayaran boleh dibuat pada bila-bila

masa tanpa menunggu kaunter beroperasi mulai jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang

dan tidak hanya terhad pada hari bekerja sahaja.

Penjimatan kos

STAMPS dengan ketara menjimatkan kos masa, belanja dan tenaga disebabkan faktor

berikut:

Tiada lagi borang permohonan manual dicetak untuk diisi oleh pelanggan;

Tiada lagi cetakan notis taksiran manual;

Tidak lagi perlu menelefon ejen/pembayar duti untuk memaklumkan notis taksiran

telah dikeluarkan dan notis kepada pembayar duti tidak perlu diposkan;

Kos pengangkutan dan tenaga kerja dijimatkan kerana penghantaran dokumen

secara manual kepada JPPH dihentikan terus.

Page 9: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

8

Kos upah dan kos pengangkutan firma guaman dan ejen dikurangkan dan secara

tidak langsung kos perkhidmatan yang ditanggung oleh pelanggan juga

dikurangkan.

Penjanaan ekonomi dan peningkatan kemahiran dan kepakaran

Pelancaran STAMPS turut memberi peluang ekonomi dan pekerjaan kepada syarikat-

syarikat pembekal. Mereka yang menerima manfaat daripada peluang pekerjaan ini,

dapat meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam teknologi maklumat dan urusan

duti setem yang boleh digunakan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Secara keseluruhannya, STAMPS dapat menaikkan imej Kerajaan dalam

mempersembahkan proses kerja yang lebih efisien, tepat dan selamat. Segala proses

kutipan hasil duti setem dijalankan dengan lebih cepat dan memberi impak positif kepada

rakyat terutamanya pembayar cukai.

Page 10: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

9

KRITERIA 4 : KEBERKESANAN

Keberkesanan STAMPS boleh dilihat melalui bilangan taksiran yang diproses oleh LHDNM

dan jumlah kutipan yang dihasilkan setiap tahun:

Tahun 2008 – Sejumlah 181,541 surat cara diproses dengan kutipan sebanyak

RM 614.37 juta

Tahun 2009 – Sejumlah 453,765 surat cara diproses dengan kutipan sebanyak

RM962.26 juta

Tahun 2010 – Sejumlah 529,678 surat cara diproses dengan kutipan sebanyak

RM 2,303.39 juta

Tahun 2011 – Sejumlah 1,060,156 surat cara diproses dengan kutipan sebanyak

RM 3,155.81 juta

Tahun 2012 – Sejumlah 1,459,808 surat cara diproses dengan kutipan sebanyak

RM 3,753.83 juta

STAMPS sememangnya membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan LHDNM

dalam proses pungutan cukai. Pungutan STAMPS meningkat setiap tahun di mana catatan

pungutan duti setem berjumlah RM4.6 bilion pada tahun 2011 berbanding RM4.1 bilion pada

tahun 2010, peningkatan sebanyak 12%. Jumlah kutipan terus meningkat kepada RM5.6

bilion pada tahun 2012 dengan peningkatan sebanyak 22%, jika dibandingkan dengan

kutipan berjumlah RM3.6 bilion pada tahun 2008, iaitu tahun sebelum penggunaan STAMPS

dimulakan. Ini menunjukkan penggunaan STAMPS telah meningkatkan keupayaan LHDNM

dan secara langsungnya meningkatkan keupayaan Kerajaan untuk melaksanakan pelbagai

projek yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

STAMPS mempunyai nilai ciptaannya yang tersendiri dan tidak terdapat pada mana-mana

sistem yang lain. Proses manual penyeteman yang rumit telah diterjemahkan dalam bentuk

teknologi maklumat, selari dengan matlamat asal pembangunan STAMPS, iaitu

keberkesanan dalam meningkatkan prestasi LHDNM dalam menguruskan pungutan cukai

duti setem.

Sistem ini dibangunkan berteraskan Akta Duti Setem 1949 yang tertakluk kepada perubahan

dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, sistem ini bersifat fleksibel dan boleh

Page 11: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

10

diadaptasikan kepada keperluan baru dengan mudah dan pantas. Untuk memberi

kemudahan kepada rakyat, STAMPS juga telah diintegrasikan dengan sistem-sistem lain

dalam LHDNM dan sistem luar seperti eKL, bank, dan lain-lain.

Melalui STAMPS, ejen/peguam mudah menyemak status taksiran dan melihat notis taksiran

tanpa perlu menelefon atau hadir ke kaunter LHDNM. Pertanyaan dan khidmat nasihat

berkaitan taksiran yang dikeluarkan dibuat menerusi e-mel. Ini dibuktikan dengan

peningkatan pertanyaan menerusi e-mel yang diterima oleh Meja Bantuan STAMPS. Praktis

ini menjimatkan kos dan masa selain memberikan ruang kepada pegawai LHDNM untuk

menjawab persoalan dengan lebih tepat dan berkesan secara bertulis.

Page 12: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

11

KRITERIA 5: KELESTARIAN

Sistem STAMPS diintegrasikan dengan sistem-sistem ICT lain seperti berikut:

Sistem Bank bagi pembayaran dalam talian;

Sistem Data Gudang bagi penghantaran data penyeteman untuk gudang data;

Sistem eRAS bagi proses bayaran balik, penghantaran data kutipan kaunter dan

kutipan pembayaran dalam talian ke eRAS; dan

Sistem Frangki Digital untuk semakan ketulenan setem tertera melalui laman

STAMPS.

Sistem STAMPS menggunakan kaedah perkhidmatan berasas web (webservices) bagi

integrasi secara waktu nyata (real time) dan kaedah penjadual (scheduler) bagi integrasi

yang melibatkan kerja kelompok (batch job).

Boleh dicapai oleh pengguna di alamat https://stamps.hasil.gov.my. dan boleh juga dicapaii

di laman utama portal rasmi LHDNM. Akses ke dalam STAMPS oleh pengguna berdaftar

boleh dibuat pada bila-bila masa melalui talian Internet.

STAMPS, dengan 20,871 bilangan pengguna, mampu menampung hubungan aktif (active

connection) sebanyak 4,000 sesi (session) pada satu-satu masa dengan capaian tertinggi

adalah 1,600 sesi (session). Melalui kebolehcapaian sistem yang tinggi, purata transaksi

yang dicapai oleh sistem adalah sebanyak 150,000 sebulan. Setiap laman boleh dicapai oleh

pengguna secara purata dalam masa kurang dari 3 saat, statistik boleh dicapai, purata

kurang 10 saat dan aktiviti muat naik serta muat turun lampiran kurang 5 saat iaitu sejajar

dengan tanda aras yang termaktub dalam Service Level Agreement (SLA).

Sebarang laporan kegagalan diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan SLA

berdasarkan masalah tahap 1,2, dan 3. Dokumen SLA dirangka dan didokumenkan dengan

lengkap bagi memastikan kegagalan sistem dikurangkan.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna luar disalurkan ke Meja Bantuan melalui e-mel

[email protected] manakala pengguna dalaman menggunakan e-mel

Page 13: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

12

[email protected]. Selain daripada itu pautan kepada e-mel pentadbir

sistem boleh didapati di laman utama STAMPS dan juga portal rasmi LHDNM.

Sistem ini dibangunkan secara penyumberan luar (Outsource) oleh pihak pembekal yang

telah dilantik dan dengan kerjasama pegawai LHDNM yang sentiasa memastikan pihak

vendor benar-benar memahami keperluan dan proses kerja penyeteman surat cara. LHDNM

memberi input penting dari segi proses kerja dan logik pembangunan sistem serta

menyediakan infrastruktur yang lengkap. Kerjasama yang mantap ini berjaya menjadikan

STAMPS sistem yang berjaya, praktikal dan bermanfaat.

Perisian yang digunakan untuk membangun sistem ini adalah perisian terbuka (Open

Sources) PHP dan juga pangkalan data Oracle 10g.

Page 14: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

13

KRITERIA 6 : KUALITI DAN PENGIKTIRAFAN

STAMPS menepati proses penyeteman menurut Akta Setem 1949 dan mendapat sokongan

firma guaman, bank, syarikat swasta, setiausaha syarikat dan ejen berdaftar. Ini dibuktikan

dengan peningkatan senarai ejen luar aktif yang mencecah kepada 16,371 sehingga 31

Januari 2013 berbanding 2,600 ejen pada awal pengenalannya. Semasa pembangunan

dijalankan, ujian penerimaan pengguna (User Acceptance Test - UAT) dilakukan berulang

kali bagi memastikan ketepatan setiap proses. Tindakan pembetulan direkod dengan

lengkap bagi tujuan semakan. Ujian rintis dilaksanakan dengan penglibatan pengguna luar

termasuk ejen/peguam dan JPPH bagi memastikan kelancaran sistem sebelum ke

persekitaran produksi.

Kumpulan penerima e-mel khas diwujudkan melibatkan pegawai-pegawai STAMPS, meja

bantuan dan kumpulan pembekal bagi memantau permasalahan yang dibangkitkan. Aktiviti

penyelenggaraan oleh pihak pembekal dipantau mengikut jadual dan SLA yang ditetapkan.

Penyelenggaraan berkala dilaksanakan pada pangkalan data, perkakasan dan perisian.

Laporan daripada pihak pembekal disemak oleh Ahli Jawatan Kuasa Kerja LHDNM. Wakil

pembekal ditempatkan di lokasi pentadbir sistem bagi memastikan kestabilan sistem setiap

masa dan tindakan terhadap permasalahan dipantau serta merta.

STAMPS dibina berdasarkan keperluan pengguna bertujuan mempercepat dan

memudahkan proses kerja. Pejabat Duti Setem mengendalikan permohonan taksiran duti

setem yang tinggi setiap hari. Beban kerja yang melibatkan kuantiti permohonan dan proses

semakan dan pengeluaran notis yang memakan masa dapat dikurangkan. Ini diakui oleh

PEMUDAH dalam laman sesawang rasminya di mana proses penyeteman taksiran pindah

milik hartanah dipendekkan daripada 30 hari kepada kurang 10 hari.

Pencapaian Pendaftaran Harta Tanah dipantau oleh PEMUDAH melalui mesyuarat yang

diadakan secara berkala oleh Focus Group on Registering Property yang turut dianggotai

oleh LHDNM bagi memastikan objektif meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam

berada di landasan yang betul. Melalui pengurangan kos operasi dan pengurangan tempoh

urusan penyeteman, STAMPS secara tidak langsung membantu Malaysia berada di tangga

12 secara keseluruhan pada tahun 2012 dalam ranking ‘Ease of doing business’ di mana

Page 15: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

14

petunjuk yang dirujuk mempunyai kaitan dengan duti setem terutamanya dalam bidang

‘registering property, starting of business, getting credit dan enforcing contract’.

Isu pemalsuan setem hasil dan setem tertera dapat dihapuskan dengan sijil setem. Modul

semakan ketulenan penyeteman yang dibangunkan dalam STAMPS menjadikan LHDNM

dilihat serius dalam menangani jenayah penipuan melalui penggunaan teknologi secara

menyeluruh.

Page 16: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

15

KRITERIA 7 : WAYFORWARD

Sebagai sistem yang fleksibel terhadap pembaharuan dan penambahbaikan, STAMPS

berkemampuan untuk diperkembangkan lagi fungsinya. Antara perancangan yang telah

diatur adalah:

1. Integrasi dengan Pejabat Tanah

Sistem dibangunkan dengan kemudahan untuk berintegrasi dengan keseluruhan

proses pendaftaran hak milik harta tanah. Dengan cara ini, pendaftaran hak milik

boleh dilakukan lebih pantas dan pada masa yang sama, dapat mengelakkan

penipuan yang merugikan kerajaan dan rakyat.

2. Sistem taksiran sendiri

Pada masa ini, semua surat cara perlu dihantar ke pejabat setem sama ada secara

fizikal atau dalam talian untuk disemak sebelum taksiran dikeluarkan. Bagi

mempercepatkan proses penyeteman pada masa akan datang, pembayar duti boleh

membuat taksiran sendiri bagi surat cara yang dibenarkan oleh Pemungut Duti Setem.

Dengan cara ini, proses penyeteman dapat dipendekkan dan orang awam akan

mendapat pendedahan meluas berkaitan duti setem. Sehubungan itu, penggunaan

tenaga kerja LHDNM boleh dipindahkan kepada aktiviti pematuhan bagi

memperluaskan lagi asas dan dengan itu meningkatkan hasil kerajaan.

3. Memperluaskan kemudahan bayaran secara elektronik kepada bank-bank lain.

Ketika ini, pembayaran secara elektronik melalui medium FPX hanya disertai oleh

CIMB, Bank Islam, Maybank, Public Bank dan RHB. Manakala bayaran melalui

perbankan Internet hanya disertai oleh CIMB. Adalah dirancangkan, kemudahan

bayaran secara elektronik akan diperluaskan kepada bank-bank lain. Melalui cara ini

pemalsuan cek dapat dibanteras. Firma guaman dan pihak ejen dapat

meminimumkan kos cetakan dan upah penghantar dokumen. Secara keseluruhan,

kos pentadbiran untuk urusan kerajaan dapat dikurangkan dan memberi manfaat

kepada rakyat secara keseluruhannya.

Page 17: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

16

4. Semakan status melalui khidmat pesanan ringkas (sms)/mobile

Bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, perancangan akan datang

adalah untuk menyediakan kemudahan semakan status taksiran dan semakan

ketulenan sijil kepada ejen dan pembayar duti. Jika pada masa ini hanya ejen yang

mempunyai ID pengguna dapat menyemak status permohonan taksiran, pada masa

akan datang, status taksiran akan turut dipanjangkan kepada ejen dan pembayar duti

melalui sms/mobile. Di samping itu, status ketulenan sijil turut boleh disemak melalui

medium yang sama. Melalui cara ini, ejen/peguam yang dilantik oleh pembayar duti

akan lebih bertanggung jawab dalam memberikan perkhidmatan kepada orang awam

memandangkan pelanggan dapat memperoleh maklumat secara telus daripada

kerajaan.

Page 18: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

17

LAMPIRAN

ASPEK TEKNIKAL STAMPS

Page 19: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

18

Page 20: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

19

Page 21: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

20

Page 22: ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2013habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1151-stamp-assessment-a… · alternatif untuk penyeteman surat cara/dokumen di Lembaga Hasil Dalam Negeri

SISTEM TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN SETEM ‘STAMP ASSESSMENT AND PAYMENT SYSTEM’ (STAMPS)

21