Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM)...

10
Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016 Tarikh Tutup Pencalonan: 15 Mac 2016 Penyertaan dibuka kepada semua agensi sektor awam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) www.mampu.gov.my

Transcript of Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM)...

Page 1: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016

Tarikh Tutup Pencalonan:

15 Mac 2016

Penyertaan dibuka kepada semua agensi sektor awam termasuk pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

www.mampu.gov.my

Page 2: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Isi Kandungan

Isi Kandungan

Latar Belakang ________________________________________ 1

Tafsiran Inovasi _______________________________________ 3

Kriteria Penilaian ______________________________________ 4

Mekanisme Penilaian ___________________________________ 5

Jadual Pelaksanaan ___________________________________ 6

Format Pencalonan ____________________________________ 7

Urus setia AIPM 2016 __________________________________ 8

Alamat Urus setia _____________________________________ 8

Page 3: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 01

Latar Belakang

Latar Belakang

Struktur Pengiktirafan Sektor Awam

Program pengiktirafan dalam sektor awam telah dimulakan pada

tahun 1990 dengan pengenalan program Anugerah Kualiti Perdana

Menteri (AKPM) dan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam (AKPA)

seiring dengan agenda Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang

dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1989.

Tahun 2010 telah menyaksikan satu peralihan daripada Gerakan

Budaya Kerja Cemerlang (1989-2009) kepada Gerakan

Transformasi Sektor Awam (2010-kini) yang bercirikan

pembaharuan secara lonjakan mega dan bukan lagi bersifat

incremental/berdikit-dikit. Struktur baharu pengiktirafan sektor

awam yang diperkenalkan turut mencerminkan konsep ini melalui

pemberian ganjaran wang tunai yang lumayan dan setimpal dengan

taraf anugerah yang unggul dan berprestij.

Page 4: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 02

Latar Belakang

Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM)

Mulai tahun 2010, Kerajaan telah memperkenalkan Anugerah

Inovasi Perdana Menteri atau AIPM bagi mengiktiraf penghasilan

inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi dalam sektor awam.

Pengiktirafan terunggul sektor awam ini yang membawa hadiah

wang tunai sebanyak RM1 juta, trofi dan sijil merupakan cerminan

kepada komitmen Kerajaan untuk memperkenalkan pendekatan

baharu yang bersifat radikal bagi menyokong Agenda Transformasi

Negara.

Senarai Penerima AIPM

2009: Lembaga Hasil Dalam Negeri - Mengenengahkan

Pendekatan Baharu Yang Mesra Pelanggan Dalam Kutipan

Hasil

2010: Kolaborasi Strategik Angkatan Tentera Malaysia dan

Polis Diraja Malaysia - Memecahkan Tembok Keterpisahan

Demi Memelihara Keselamatan Negara

2011: Institut Jantung Negara - Menggabungjalin Kehebatan

Perubatan dan Inovasi Untuk Menghasilkan Impak Positif

Dalam Bidang Kesihatan

2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas

Sempadan Melestari Kesejahteraan Sejagat

2014: Pusat Transformasi Bandar (UTC) - Horizon Baharu

Penyampaian Perkhidmatan

2015: Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia –

Tanggungjawab Sosial Ke Arah Kualiti Hidup Luar Bandar

Untuk maklumat lanjut berhubung inisiatif atau agensi penerima AIPM, sila layari

Hab Inovasi Sektor Awam (HISA) di pautan http://habinovasi.mampu.gov.my

Page 5: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 03

Tafsiran Inovasi

Tafsiran Inovasi

Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh ditafsirkan

sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti

dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut

boleh diperoleh dari dalam dan luar atau melalui proses

penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau

diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan jabatan/agensi.

Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output

semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada

amalan sedia ada.

Skop pelaksanaan inovasi bagi transformasi perkhidmatan awam

adalah luas dan merangkumi proses yang menyeluruh termasuk

inovasi tadbir urus, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar,

inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi pendidikan,

inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi

jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan.

Dari perspektif pengurusan, inovasi boleh dilaksanakan dalam

pelbagai aspek termasuk pengurusan pelanggan, budaya kerja,

pengurusan strategik dan kepimpinan organisasi, sumber manusia,

kewangan dan aset, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),

pengurusan projek pembangunan dan sebagainya. Ianya boleh

melibatkan perubahan ketara dari segi sistem dan prosedur,

borang, lesen dan permit serta undang-undang dan peraturan.

Page 6: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 04

Kriteria Penilaian

Kriteria Penilaian

KREATIVITI

Keunikan dan pendekatan di luar kotak dari segi usaha atau idea yang asli, tersendiri, diadaptasi atau yang melangkaui norma biasa

Penghasilan inovasi yang menawarkan penyelesaian kreatif dan melangkaui ekspektasi pelanggan

Mempermudahkan keadaan semasa dan mengurangkan kekangan atau jurang ke arah peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan

KEBERKESANAN

Mendatangkan faedah yang nyata dari aspek capaian hasil yang segera, ketara, jelas dan diterima umum

Meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar dari aspek penerimaan atau peningkatan tahap penggunaan sesuatu inovasi

Penciptaan nilai awam melalui pengenalan dasar, program, infrastruktur, teknologi atau perkhidmatan yang memajukan kepentingan orang ramai

Kelestarian inovasi dari aspek keupayaan untuk memberi faedah secara berterusan atau berpotensi untuk replikasi dalam sektor awam

Disempurnakan dalam garis masa yang singkat dan mencabar norma kebiasaan serta tidak berkompromi dalam aspek kualiti

RELEVAN

Memenuhi agenda nasional dan menyokong dasar, program atau tumpuan semasa Kerajaan

Mengambil kira persekitaran semasa dari aspek keupayaan memenuhi ekspektasi, kehendak atau keadaan semasa

Menyokong konsep pentadbiran awam yang seamless melalui tahap jaringan kolaborasi dan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak

SIGNIFIKAN

Keberhasilan (outcome) inovasi memenuhi objektif yang ditetapkan

Penjimatan kos/sumber yang ketara dari segi penggunaan sumber yang optimum serta menghasilkan pulangan yang maksimum

Mempunyai kepentingan yang nyata dari segi kemampuannya untuk menawarkan alternatif penyelesaian kepada isu semasa

Page 7: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 05

Mekanisme Penilaian

Mekanisme Penilaian

Mekanisme penilaian calon-calon penerima AIPM melibatkan tiga

peringkat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Saringan di peringkat

MAMPU serta Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa

Pemilihan dengan keahlian merentasi sektor awam, swasta,

akademia dan NGO. Jawatankuasa Pencalonan bertanggungjawab

mengesyorkan calon-calon senarai pendek kepada Jawatankuasa

Pemilihan yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha

Negara.

Page 8: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 06

Jadual Pelaksanaan

Jadual Pelaksanaan

Page 9: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 07

Format Pencalonan

Format Pencalonan

BIL. PERKARA

Nama Kementerian/Jabatan/Agensi:

Nama Inisiatif Inovasi:

Pegawai Bertanggungjawab:

(Nama/Jawatan/Telefon/E-mel)

1.

Ringkasan Inovasi

(tidak melebihi 500 patah perkataan)

2. Latar Belakang

3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

4. Objektif/Tujuan Inisiatif

5. Penerangan mengikut kriteria AIPM seperti berikut:

(a) Kreativiti

(b) Keberkesanan

(c) Relevan

(d) Signifikan

6. Pencapaian dan Pengiktirafan Yang Diperoleh

Page 10: Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016habinovasi.mampu.gov.my/linkslider/BROSUR_AIPM_2016.pdf · 2013: Mercy Malaysia - Kesukarelawanan Merentas ... inovasi desa, inovasi korporat,

Ms. 08

Urus setia AIPM 2016

Urus setia AIPM 2016 Seksyen Inovasi dan Pengiktirafan, Bahagian Perundingan Pengurusan 2

Puan Dayang Ku Uteh binti Awang Ku Mashhor

Timbalan Pengarah

03-8872 5159

[email protected]

Encik Amri bin Ismail

Ketua Penolong Pengarah Kanan

03-8872 5157

[email protected]

Puan Malathy Narayanan

Ketua Penolong Pengarah

03-8872 5030

[email protected]

Cik Meera Devi Daran

Penolong Pengarah

03-8892 7451

[email protected]

Alamat Urus setia

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU)

Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(U/P: Urus Setia AIPM 2016)