Anugerah produk terbaik

12
1.0 BARANGAN /PRODUK 1.1 Keaslian projek Untuk menyertai konvensyen pada hujung bulan Mac, kami telah menghasilkan sebuah produk kreatif dan telah diberi nama “Homemade Brooch”. Produk ini terbukti keasliannya kerana kami telah mengkaji dan membuat beberapa kerja ini dengan kerjasama antara semua kumpulan bersertakan idea daripada pelajar serta bimbingan guru-guru pembimbing. 1.2 Kreativiti Dengan kerjasama dan buah fikiran antara ahli, kami dapat mencipta sebuah produk yang boleh menguntungkan. Produk ini menggunakan beberapa jenis bahan. Salah satunya ialah, kain jenis felt. Kain ini ialah kain yang cantik dan kemas. Dengan menggunakan kain itu, kami dapat menghasilkan pelbagai bahan- bahan kreatif mengikut perubahan ‘style’ pada masa kini. Contohnya ialah, key chain. 1

Transcript of Anugerah produk terbaik

Page 1: Anugerah produk terbaik

1.0 BARANGAN /PRODUK

1.1 Keaslian projek

Untuk menyertai konvensyen pada hujung bulan Mac, kami telah menghasilkan sebuah

produk kreatif dan telah diberi nama “Homemade Brooch”. Produk ini terbukti keasliannya

kerana kami telah mengkaji dan membuat beberapa kerja ini dengan kerjasama antara semua

kumpulan bersertakan idea daripada pelajar serta bimbingan guru-guru pembimbing.

1.2 Kreativiti

Dengan kerjasama dan buah fikiran antara ahli, kami dapat mencipta sebuah produk yang

boleh menguntungkan. Produk ini menggunakan beberapa jenis bahan. Salah satunya ialah, kain

jenis felt. Kain ini ialah kain yang cantik dan kemas. Dengan menggunakan kain itu, kami dapat

menghasilkan pelbagai bahan-bahan kreatif mengikut perubahan ‘style’ pada masa kini.

Contohnya ialah, key chain.

1.3 Bahan-bahan

Antara bahan-bahan yang kami guna ialah, kain felt, gam, pin, glue gun dan lain-lain.

Bahan-bahan ini agak mahal, tetapi ia amat menguntungkan jika dijual dalam bentuk brooch

yang cantik serta menjadi kegilaan remaja-remaja pada zaman kini.

1

Page 2: Anugerah produk terbaik

2.0 PERANCANGAN PENGELUARAN

2.1 Perancangan dan Matlamat.

Ahli-ahli PUM Aozora Sdn. Bhd. MRSM Kuala Klawang telah bekerjasama dengan

pengurus pengelaran kami dalam merancang dan menetapkan matlamat bagi produk “HOME

MADE BROOCH” kami. Hasil kerjasama tersebut, kami telah merancang untuk

mempelbagaikan produk kami daripada sebuah kerongsang biasa kepada kerongsang yang dapat

menarik minat remaja untuk membelinya. Oleh itu, kami menggunakan kain felt yang berwarna-

warni dan sesuai untuk remaja. Dengan ini, kesemua ahli syarikat kami dapat menonjolkan

kreativiti masing-masing dalam menyiapkan produk kreatif ini. Hal ini dapat menimbulkan minat

dan keseronokan. Selain itu, kami mensasarkan matlamat yang tinggi iaitu keuntungan yang

melebihi 50% daripada kos pengeluaran yang dikeluarkan.

2

Page 3: Anugerah produk terbaik

2.2 Carta Pengeluaran

3

Cetusan Idea

Perancangan Projek

Modifikasi Perancangan

Diluluskan Tidak Diluluskan

Proses Pengeluaran

Inventori Sumber Input Prosedur Keluaran Kawalan Kos Keunikan

Projek/Produk Pembungkusan Barang Siap

Memohon Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah

Page 4: Anugerah produk terbaik

Carta tersebut merupakan panduan kasar terhadap semua produk mahupun perkhidmatan

yang dibuat atau ditawarkan.Ini akan memudahkan semua ahli syarikat Aozora Sdn. Bhd.

Berusaha kearah penghasilan dan pengeluaran produk yang bermutu tinggi dan memperoleh

keuntungan yang disasarkan.

2.3 Arahan Kerja Pengeluaran

Sememangnya guru-guru pembimbing bagi syarikat kami sangat proaktif dan sentiasa

menasihati kami agar sentiasa melaksanakan perancangan pengeluaran produk yang boleh

membawa keuntungan kepada syarikat kami. Hal ini bagi memastikan kesemua ahli syarikat

Aozora Sdn. Bhd. Melakukan tugasan yang diberi dengan sistematik dan efisien.

4

Page 5: Anugerah produk terbaik

2.4 Pembahagian Tugas

Produk yang dirancang semestinya perlu disiapkan mengikut jangka masa yang telah

ditetapkan. Oleh hal demikian, kami telah membahagikan tugasan mengikt kumpulan yang telah

ditetapkan. Berikut merupakan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli

kumpulan bagi menjayakan produk tersebut :

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3

3 Mengumpul bahan4 Menggunting kain felt

5 Memulakan proses6 Membuat kemasan

7 Membentuk produk

2.5 Penentuan Bahan Dan Bekalan

Bahan-bahan yang kami gunakan merupakan antara bahan yang sentiasa menarik minat

para remaja kini. Kami telah memilih kain jenis felt sebagai bahan utama bagi membuat

kerongsang tersebut. Selain itu, kami telah menggunakan glue gun, gam dan reben dengan ini,

peratusan bagi syarikat kami mendapat keuntungan lebih tinggi disebabkan bahan-bahan

tersebut. Kami telah mendapatkan bahan-bahan ini dari kedai jahitan.

5

Page 6: Anugerah produk terbaik

3.0 PROSES PENGELUARAN

3.1 Spesifikasi Produk

Pada permulaan proses penghasilan produk, kami telah berkerjasama dengan penasihat-

penasihat kami untuk membeli dan mengumpul bahan-bahan yang boleh digunakan untuk

penghasilan produk kami. Selepas itu, kami memilih dua fabrik yang sesuai dan menarik

sebelum dipotong menjadi bulat sebagai bentuk asalnya dan pastikan saiz kedua-duanya

berlainan. Dengan menggunakan seutas benang jahit, jahitkan bahan produk untuk menghasilkan

kedutan pada kedua-dua kain tersebut dan jahitkan kedua-dua kain sekali. Kemudian kami

menggunakan butang-butang baju terpakai sebagai hiasan yang dijahit di tengah-tengah produk

tersebut. Langkah yang terakhir ialah jahitkan pin di belakang produk tersebut dan akhirnya siap

produk kami. Sebelum kami meninggalkan bilik PUM kami mengemas bahan-bahan yang telah

digunakan semasa proses penghasilan produk dan untuk sebagai langkah menjaga kualiti bahan

tersebut.

6

Page 7: Anugerah produk terbaik

3.2 Kawalan Kualiti

Kawalan kualiti amat penting bagi kami ahli Syarikat Aozora Sdn. Bhd. Bagi memastikan

kualiti produk yang dihasilkan iaitu “homemade brouch” dapat diteruskan, pihak Syarikat

Aozora Sdn.Bhd telah melaksanakan beberapa langkah. Kami akan sentiasa memastikan produk

keluaran kami sentiasa dipasarkan dari semasa ke semasa agar terus mendapat sambutan dari

para pembeli yang terdiri daripada pelajar-pelajar,guru-guru dan staf-staf sokongan.

3.3 Kawalan bahan

Oleh kerana produk kami dihasilkan menggunakan bahan-bahan kering seperti kain felp

dan dawai. Bahan-bahan ini dapat dikawal dengan mudah dan efisyen. Bahan-bahan ini disimpan

di bilik PUM dan sentiasa diperhatikan oleh ahli-ahli PUM yang lain secara bergilir-gilir apabila

bukan waktu penghasilan produk tersebut.

3.4 Kos dan matlamat keuntungan

Kos yang digunakan adalah rendahuntuk kain dan beberapa bahan-bahan yang lain untuk

membuat “brooch”.Matlamat keuntungan yang telah kami sasarkan melebihi 50% daripada kos

pengeluarannya. Selain itu, keuntungan daripada produk ini juga sudah dapat meningkatkan

keuntungan keseluruhan syarikat kami iaitu Syarikat Azora Sdn.Bhd.

7

Page 8: Anugerah produk terbaik

4.0 PEMASARAN

4.1 Sasaran pasaran

Syarikat Aozora Sdn.Bhd telah mempromosikan produk pasaran kami dengan

menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedah yang telah kami gunakan ialah mengedarkan

risalah kepada para pelajar,guru-guru dan staf sokongan. Kami juga telah mengadaka

pengumuman dari semasa ke semasa dan menampal poster di papan kenyataan di asrama putera

dan puteri.

4.2 Sambutan pelanggan

Sepanjang berlansungnya promosi dan pemasaran produk kami, sambutan daripada para

pelanggan amat menggalakkan. Ini telah dapat menaikkan semangat para ahli syarikat untuk

terus menghasilkan produk yang lebih banyak, berkualiti tinggi dan menepati cita rasa remaja

masa kini yang meminati barangan yang cantik dan comel terutama pelajar perempuan.

4.3 Promosi

Kami telah mengadakan jualan murah pada hari pertama produk kami dipasarkan iaitu

sebanyak 20% seunit. Perkara ini telah berjaya menarik minat para pelajar dan pembeli untuk

membeli produk jualan kami.

8

Page 9: Anugerah produk terbaik

4.4 Penentuan harga

Harga bagi seunit produk yang dijual ditentukan mengikut bahan yang digunakan dan

saiz sesuatu produk tersebut. Semakin kecil produk tersebut,semakin rendah harganya. Semakin

tinggi kos pengeluaran bagi sesebuah produk tersebut, semakin tinggi harga bagi produk itu.

9

Page 10: Anugerah produk terbaik

KOLEKSI GAMBAR SEWAKTU PENGHASILAN PRODUK “HOME MADE BROUCH”

10