“Meneroka Peluang, Meningkatkan...

28
I-KPKT “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan” PROGRAM KEPIMPINAN TERTINGGI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SIMPOSIUM KERAJAAN TEMPATAN PERINGKAT KEBANGSAAN : KE ARAH PEMERKASAAN PEMULIHARAAN m/s 6 m/s 9 m/s 8 ASIA-PACIFIC URBAN FORUM 7 (APUF7) I-KPKT INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN EDISI 3/2019 BULETIN

Transcript of “Meneroka Peluang, Meningkatkan...

Page 1: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

I-KPKT

“Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”

PROGRAM KEPIMPINAN TERTINGGIPIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

SIMPOSIUM KERAJAAN TEMPATAN PERINGKATKEBANGSAAN : KE ARAH PEMERKASAAN

PEMULIHARAAN

m/s 6

m/s 9

m/s 8ASIA-PACIFIC URBAN

FORUM 7 (APUF7)

I-KPKT

INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

EDISI 3/2019

BULETIN

Page 2: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

SENARAI KANDUNGAN

Sorotan Istimewa

Info I-KPKT

Kerjasama Strategik

Kursus I-KPKT

Article Write-up

Perkongsian Global

Sorotan Muhibah

APC

Santai I-KPKT

Lensa Kelab

Nukilan

04 - 05

06 - 09................................................................................

................................................................................

10 - 11................................................................................

12 - 17................................................................................

18 - 19................................................................................

20................................................................................

21................................................................................

22................................................................................

23 - 24................................................................................

25 - 26................................................................................

27................................................................................

Page 3: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PENAUNGNor Azalina Yusnita Abdul Rahman

PENASIHATNor Mazlan Mohd Yunus

EDITORFadli AzizWan Nurnajwa Wan Husin

SIDANG PENGARANG

Kursus Pengurusan Strata : Konsep dan Pengurusan Yang Efektif Property Talk : A�ordable House vs A�ordability Munirah Hasan

Kursus Asas Drone PenguatkuasaAziera Md Yuso�

Bicara Santai @ I-KPKT Nurul Atiqah Nazir Rudin

Kursus Pengukuhan Integriti Penguatkuasa PBT Izzatul Huda Zahid

Kursus Hiasan Bunga Majlis RasmiWan Auni Sabihah Wan Mustafa

Kursus Ekonomi Sekular – Transformasi Sisa Sebagai SumberMuhammad Firdaus Yusoh @ Yuso�

PENERBITMerah Print & Supply Sdn. Bhd

SIDANGREDAKSI

Page 4: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

SOROTAN ISTIMEWA

SEULASPINANG

............................................................................................................................................

NOR AZALINA YUSNITA BINTI ABDUL RAHMANPengarah

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan

BULETIN I-KPKT

4

Dalam era yang serba canggih dan moden ini, terdapatnya persaingan

yang hebat khususnya dalam bidang latihan dan penyelidikan di seluruh

dunia. I-KPKT sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk

membangun serta melaksanakan latihan dalam bidang pengurusan

bandar di negara ini perlu peka dan berani untuk menerjah

ke hadapan bagi meneroka peluang baru untuk meningkatkan kualiti

perkhidmatan.

Umum mengenali I-KPKT sebagai pusat latihan, sepanjang tahun 2019

telah menyaksikan pelbagai bidang baru telah mula diterokai oleh

I-KPKT bagi memperkenalkan bidang baru yang diterokai serta usaha

memaklumkan kepada umum tentang peranan terkini I-KPKT.

Melalui kepelbagaian penganjuran dan penglibatan program I-KPKT mula dikenali oleh kelompok industri baru

seterusnya menerima lawatan serta cadangan kerjasama bagi program akan datang. Melalui kerjasama ini akan

meningkatkan kualiti Modul Latihan serta program yang bakal dilaksanakan.

Kampus I-KPKT yang terletak di Berjaya Hills Resort, merupakan sebuah institusi yang menyediakan kemudahan

latihan, pembangunan dan pelaksanaan latihan, penyelidikan dan penerbitan dalam Bidang Pengurusan Bandar

dan Kerajaan Tempatan di negara ini. Melalui kerjasama yang diwujudkan dengan agensi dalam dan luar negara

institut ini akan kian berkembang dan akan meneroka apa sahaja peluang yang bukan sahaja memberi

faedah kepada I-KPKT bahkan juga memberi manfaat kepada peserta atau pemegang taruh yang terlibat.

Page 5: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

............................................................................................................................................

DARI MEJAPENASIHAT

NOR MAZLAN MOHD YUNUSKetua Pusat Pengajian

Perancangan Bandar dan Urbanisasi

SOROTAN ISTIMEWA

BULETIN I-KPKT

5

As salam dan Salam Sejahtera,

Buletin I-KPKT Edisi Ketiga meneruskan legasi produksinya yang

sarat dan padat dengan pelbagai aktiviti dan pencapaian I-KPKT

pada sekitar Julai hingga Disember 2019. Saya memanjatkan

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah di atas keizinanNya

untuk sidang redaksi berkarya lagi demi kelangsungan I-KPKT

sebagai sebuah hub latihan yang terunggul di KPKT dan

khususnya kepada semua PBT di Malaysia. I-KPKT sentiasa

mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki prestasi dan

reputasi agar kewujudannya sentiasa relevan dengan arus

perkembangan perdana yang kian mencabar dari masa ke semasa.

Selain daripada menuju ke arah sebuah pusat latihan yang terunggul dan berdaya saing, I-KPKT telah

mula mengintai peluang untuk mencari rakan strategi yang boleh membantu dan berganding dengan

pelbagai usahasama yang dimetrai dengan perjanjian secara formal mahu pun tidak formal demi kelangsungan

dan kesinambungan I-KPKT pada masa hadapan. Ruang dan peluang perlu dicari, rakan kongsi dan

rakan strategi perlu dikenalpasti serta program-program anjuran I-KPKT perlulah sentiasa berubah-ubah,

dinamik, komprehensif, menarik, bertepatan dengan isu semasa, futuristik serta berfikiran di luar kebiasaan

atau konvensional.

Saya mendoakan agar I-KPKT terus melangkah gagah ke hadapan dengan pelbagai program dan aktiviti

yang terkini yang sentiasa mendapat sambutan dan penglibatan yang maksimum daripada kumpulan

sasaran. Saya juga berdoa agar usaha I-KPKT ini akan didukung sepenuhnya oleh semua warga

I-KPKT dan Pengurusan Tertinggi KPKT. Semoga dengan lahirnya produksi buletin ini dari satu edisi ke

edisi yang seterusnya akan mampu melakar dan mencatat lebih banyak pencapaian dan kejayaan I-KPKT

pada masa akan datang.

Page 6: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) buat julung kalinya telah menganjurkan

Simposium Kerajaan Tempatan Peringkat Kebangsaan dengan tagline “Ke Arah Pemerkasaan Pemuliharaan

Bangunan Usang Sebagai Aset PBT” di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) pada 12 – 13 November 2019 yang lalu. Bertujuan untuk memartabat dan mengekalkan warisan budaya

tempatan terutamanya dari konteks Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dihadiri seramai lebih 350 orang

peserta termasuk pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya, Arkitek, Perancang

Bandar, NGOs, Konservator, ahli akademik dan pelajar univesiti awam dan swatsa.

Program selama dua hari ini juga telah mengetengahkan 16 pembentang dari pelbagai latar belakang melalui

empat tema dan kluster yang berbeza bagi mengupas isu-isu semasa berkaitan pemuliharaan bangunan warisan.

Antaranya tema yang telah dibentangkan ialah:

Di akhir simposium ini, satu resolusi telah dibentangkan oleh Pengarah I-KPKT yang mengandungi enam

intipati yang utama iaitu pemerkasaan warisan negara melalui penguatkuasaan perundangan, pelaksanaan

pemeliharaan aset warisan negara berasaskan mekanisme terbaru dan berdayalaksana, menjadikan warisan

itu sebagai roh dan jati diri sesebuah kawasan atau lokasi, penglibatan komuniti dan pihak swasta di dalam

melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan, penguatkuasaan

undang-undang, garis panduan, kaedah serta suntikan dana yang memberangsangkan untuk kesinambungan

warisan negara dan yang terakhir ialah peranan ahli akademik di dalam membuat penyelidikan dan

dokumentasi berkaitan dengan warisan negara.

SIMPOSIUM KERAJAAN TEMPATAN PERINGKAT KEBANGSAAN:KE ARAH PEMERKASAAN PEMULIHARAAN BANGUNAN

USANG SEBAGAI ASET PBT

TEMA01

TEMA02

TEMA03

TEMA04

Pemerkasaan Pemeliharaan Aset Warisan Negara berdasarkan Perspektif

Perundangan

Pelaksanaan Pengurusan Aset Warisan Negara di Pihak Berkuasa

Tempatan

Pemerkasaan Pemeliharaan Aset Warisan Negara daripada Perspektif

Ahli Akademik

Pengkongsian Pengalaman di dalam Penyelidikan dan Pelaksanaan

Projek-Projek Konservasi

INFO I-KPKT

BULETIN I-KPKT

6

Page 7: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

BULETIN I-KPKT

7

INFO I-KPKT

Page 8: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

ASIA-PACIFIC URBAN FORUM 7 (APUF7)

Persidangan Asia-Pacific Urban Forum Ke-7 (APUF7) telah diadakan pada 15 – 17 Oktober 2019 bertempat

di Setia Spice Arena Convention Centre, Pulau Pinang dengan kerjasama pihak United Nations Economic

and Social Commission for Asia and the Pacific (UN-ESCAP) dan United Nations Human Settlements

Programme (UN-Habitat), Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Persidangan yang telah melibatkan penyertaan negara-negara asia pasifik terdiri daripada ketua delegasi

negara dari 53 buah negara anggota, ahli akademik, pakar perbandaran, badan bukan kerajaan dan orang

awam ini telah mengetengahkan tema “Future of Asia and Pacific Cities: Transformative Pathways to

Achieve the 2030 Agenda for Sustainable Development” menyediakan platform untuk membincangkan

dan menganalisis status, cabaran dan peluang pelaksanaan Agenda Bandar Baru, Rangka Kerja untuk

Pengurangan Risiko Bencana dan Agenda 2030 di rantau ini.

I-KPKT juga telah mengambil bahagian dalam booth pameran di dalam persidangan kali ini. Matlamat

utama penyertaan I-KPKT adalah untuk memperkenalkan I-KPKT kepada umum sebagai institut latihan

kepada penjawat awam kursusnya Pihak Berkuasa Tempatan. I-KPKT juga turut memperkenalkan core business

I-KPKT dan kursus-kursus yang dijalankan di I-KPKT.

BULETIN I-KPKT

8

INFO I-KPKT

Page 9: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PROGRAM KEPIMPINAN TERTINGGIPIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

kerajaan tempatan kerana 70% penduduk Malaysia

merupakan penduduk bandar seterusnya menyusun

dan memantapkan pengurusan bandar melalui

pentadbiran kerajaan yang cemerlang dan berdaya

saing.

Kursus Asas Perundangan dan Kepimpinan Pengurusan

Kerajaan Tempatan juga telah dijalankan sebanyak tiga

siri ini pada 19 – 20 Ogos 2019 (siri 1), 26 – 27 Ogos

2019 (siri 2) dan 30 – 31 Oktober 2019 (siri 3) telah

melibatkan seramai 145 orang dari 62 PBT bagi

ketiga-tiga siri. Tujuan penganjuran kursus ini adalah

untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada

ahli majlis PBT berkaitan dasar serta polisi kementerian

terhadap pengurusan kerajaan tempatan. Selain

daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk

meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan

fungsi Ahli Majlis di setiap Pihak Berkuasa Tempatan.

BULETIN I-KPKT

9

INFO I-KPKT

Bagi memberi latihan kepada pengurusan tertinggi Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), I-KPKT telah menganjurkan

program Executive Talk Kepimpinan Tertinggi Pihak

Berkuasa (PBT) dan Kursus Asas Perundangan Dan

Kepimpinan Pengurusan Kerajaan Tempatan.

Program Executive Talk Kepimpinan Tertinggi Pihak

Berkuasa (PBT) telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian

Kerajaan Tempatan, I-KPKT di tiga zon utama iaitu Zon

Selatan, Zon Timur dan Zon Utara. Program dengan

kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Negeri

ini telah berlangsung pada 5 Ogos 2019 di Zon

Selatan, 12 September 2019 di Zon Timur dan 19

September 2019 di Zon Utara. Tujuan utama

pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan

kualiti pengurusan meningkatkan kualiti pengurusan

PBT di Malaysia, memberi pendedahan dan kefahaman

dasar dan sasaran kementerian terhadap pengurusan

Page 10: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PROPERTY TALK (AFFORDABLE HOUSEvs AFFORDABILITY)

Program Property Talk merupakan program

kerjasama strategik antara Pusat Pengajian

Pengurusan Perumahan, Institut Latihan Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) bersama Jabatan

Pengurusan Hartanah, Universiti Teknologi Mara

(UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program yang diadakan pada 1 Oktober 2019 telah

melibatkan seramai 110 orang peserta yang terdiri

daripada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan,

Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, ahli akademik,

persatuan pemaju bumiputera, anak syarikat

kerajaan seperti PKNS, PKNP, PASDEC, Lembaga

Perumahan, Setiausaha Kerajaan Negeri, REHDA,

MIEIA, SEDA serta pelajar universiti awam

dan swatsa.

Program yang bertemakan A�ordable House vs

A�ordability ini melibatkan barisan pembentang dari

Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UiTM Shah

Alam, UiTM Perak dan Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia. Beberapa sesi pembentangan telah

dijalankan bagi perkongsian informasi, forum

dan juga hasil penyelidikan dalam isu perumahan

di Malaysia. Melalui program ini, para peserta

dapat berkongsi pendapat, bertukar-tukar

pandangan dan membincangkan mengenai isu

berbangkit mengenai isu perumahan negara.

BULETIN I-KPKT

10

KERJASAMA STRATEGIK

Page 11: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

BULETIN I-KPKT

11

KERJASAMA STRATEGIK

PROGRAM OFF-CAMPUS ANJURANI-KPKT DI IKWAS

Program O�-Campus anjuran I-KPKT di INTAN Kampus Wilayah Selatan telah Berjaya dianjurkan

pada 19 hingga 21 Ogos 2019. Program ini telah melibatkan tiga pusat pengajian I-KPKT iaitu Pusat

Pengajian Pengurusan Landskap, Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan dan Pusat Pengajian Pemahaman dan

Penguatkuasaan Undang-Undang. Kursus-Kursus ini juga dilaksanakan secara usahasama I-KPKT Bersama

Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek KPKT, IKRAM Paves Sdn. Bhd dan Persatuan Arkitek

Landskap Malaysia (PALMA).

Kursus-kursus yang dilaksanakanadalah seperti berikut:

Bengkel Landscape Plan Submission

Bengkel Road Condition Assessment

Bengkel Pengurusan Kontrak dan Pengurusan Projek Kerajaan

Page 12: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERUMAHAN

BULETIN I-KPKT

12

KURSUS I-KPKT

Seiring dengan tujuan kursus ini, para peserta diberi

pendekatan secara hands on di mana peserta telah

dibawa untuk melihat pembangunan strata dan

pengurusan oleh Perbadanan Pengurusan atau

Perbadanan Pengurusan Bersama di sesebuah

kawasan pemajuan. Hasil dapatan daripada sesi

lawatan tapak ini, para peserta dapat melihat

dengan lebih jelas lagi mengenai cara pembangunan

dan pengurusan strata di sesebuah kawasan

penempatan serta dapat mengaplikasikan setiap

teori yang telah dipelajari di dalam kelas dalam

bentuk praktikal.

Kursus Pengurusan Strata: Konsep dan Pengurusan yang Efektif

Pengurusan strata merupakan pengurusan dan

penyenggaraan skim strata dan harta bersama

di dalam suatu skim strata. Skim strata pula

merupakan suatu pembangunan hartanah yang

membahagikan bangunan atau tanah kepada

petak-petak, petak aksesori dan harta bersama.

Hakmilik strata adalah hakmilik individu yang

dipegang ke atas setiap petak strata.

I-KPKT melalui Pusat Pengajian Pengurusan

Perumahan telah menganjurkan Kursus Pengurusan

Strata: Konsep dan Pengurusan yang Efektif pada

22 hingga 24 Oktober 2019 yang bertempat di

Pusat Latihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kursus

ini merupakan kerjasama di antara I-KPKT dan

Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kursus ini

merupakan platform bagi pihak I-KPKT bagi

memberi pendedahan mengenai pengurusan strata

di negara ini. Selain itu, para peserta juga

berpeluang untuk mengetahui peranan pesuruhjaya

bangunan (COB), isu dan cabaran pengurusan

strata dalam bidang tugas COB.

Page 13: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN TEMPATAN

BULETIN I-KPKT

13

KURSUS I-KPKT

Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan telah menganjurkan dua siri Kursus Asas Drone untuk

penguatkuasaan bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kursus yang bermula

pada 06 – 08 ogos 2019 dan seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang dijalankan

selama 3 hari.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penggunaan drone

kepada seluruh PBT. Barisan penceramah yang telah dijemput bagi berkongsi ilmu kepada para peserta

adalah En. Muhammad Husni Faiz Bin Khamarudin dan Encik Mohd Die Shuhainie Bin Ibrahim

dari BIP Studio.

Kursus Asas Drone Untuk Penguatkuasaan

Page 14: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PUSAT PENGAJIAN PERANCANG BANDAR & URBANISASI

BULETIN I-KPKT

14

KURSUS I-KPKT

Bicara Santai @ I-KPKT

Program Bicara Santai dengan tajuk Pemajuan

Di Atas Lot-Lot Kecil @ Lot Lidi - pengalaman

PBT telah dipengerusikan oleh Ketua Pusat

Pengajian Perancang Bandar dan Urbanisasi,

Encik Nor Mazlan Bin Mohd Yunus diadakan

pada 1 Ogos 2019. Objektif bicara santai ini

ialah sebuah platform yang mengupas isu-isu

semasa berkaitan dengan perancangan,

pembangunan, warisan, kelestarian alam sekitar

dan kesejahteraan komuniti bersama panel

jemputan yang berpengalaman di dalam profesion

masing-masing. Dijalankan secara santai agar

ia menjadi lebih bersahaja dan padat dengan

isu-isu semasa yang dikupas berdasarkan ilmu

dan pengalaman.

Tiga ahli panel iaitu Tuan haji Hamzah dari

Majlis Perbandaran Kulim, Encik Eddy @ Ismail

Hashim dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

dan Puan Norashikin dari Majlis Perbandaran

Batu pahat yang bersama menjayakan

program ini.

Page 15: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PUSAT PENGAJIAN PEMAHAMAN &PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

BULETIN I-KPKT

15

KURSUS I-KPKT

Kursus yang telah melibatkan barisan penceramah

daripada Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan

Integriti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini telah

dihadiri oleh 40 orang pegawai dan kakitangan

penguatkuasa dari PBT seluruh semenanjung

Malaysia. Antara pengisian program sepanjang 3 hari 2

malam ini adalah melibatkan aktiviti secara dalam

dan luar kelas seperti latihan kawad kaki, penerangan

tugas dan tanggungjawab, pemantauan dan

pelaksanaan tatatertib, kesalahan-kelasahan yang

menjejaskan integriti penguatkuasa serta sesi

perbincangan dan perbentangan dalam kumpulan

mengenai sesuatu topik yang berkaitan dengan isu

penguatkuasaan di PBT masing-masing.

Pada 1 hingga 3 Oktober 2019, Pusat Pengajian

Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang

telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Integriti

Penguatkuasa PBT bertempat di Institut Latihan

Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Melalui kursus

ini peserta dapat mengukuhkan integriti dalam

melaksanakan tugas sebagai pegawai penguatkuasa

seterusnya membangun pelan tindakan diri untuk

memastikan satu pasukan kerja yang berkesan dapat

diwujudkan di PBT masing-masing.

Kursus Pengukuhan Integriti Penguatkuasa PBT

Page 16: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

16

KURSUS I-KPKT

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN LANDSKAP

Pusat Pengajian Pengurusan Landskap telah menganjurkan Kursus Hiasan Bunga Majlis Rasmi dengan

kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 31 Julai hinnga 2 Ogos 2019 yang lalu. Kursus

yang telah melibatkan penceramah dari Jabatan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

serta 36 orang peserta dari seluruh PBT ini bertujuan untuk memberi latihan kepada para peserta

mengenai pengenalan hiasan bunga majlis rasmi dan tidak rasmi di PBT dan penyelenggaraan hiasan

yang telah dihasilkan.

Modul telah diterapkan dalam penganjuran kursus kali ini iaitu secara teori di dalam kelas dan amali

praktikal. Sesi pembelajaran secara teori telah mendedahkan peserta kepada dua modul iaitu tatacara dan

amalan pemilihan tepat hiasan bunga majlis dan prosedur keselamatan ketika membuat kerja-kerja hiasan

di istana dan bangunan kerajaan. Manakala sesi amali praktikal telah dijalankan dengan jayanya di

Nurseri DBKL, Jinjang Kuala Lumpur.

Kursus Hiasan Bunga Majlis Rasmi

BULETIN I-KPKT

Page 17: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL& KESIHATAN PERSEKITARAN

BULETIN I-KPKT

KURSUS I-KPKT

17

Kursus Ekonomi Sekular - Transformasi Sisa Sebagai Sumber

Kursus Ekonomi Sekular – Transformasi sisa sebagai

sumber ini bertujuan memberi pendedahan

berkenaan pengenalan terhadap konsep ekonomi

kitaran (circular economy) yang mana prinsip

transformasi sisa pepejal sebagai sumber boleh

dimanfaat sebagai sumber dan teknologi yang boleh

perbaharui. Ianya juga memberi pendedahan kepada

peserta dapat mengetahui tentang sisa pepejal

dapat menjana ekonomi disamping menjadikan

sebagai sumber teknologi boleh diperbaharui .

Kursus ini telah berlangsung pada 2 hingga 4

Julai 2019 di Institut Latihan Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) yang melibatkan

seramai 32 orang peserta dari PBT berserta

seorang penceramah dari UNIVERSITI MALAYA

iaitu Professor Dr. Sumiani Binti Yuso� selaku

Chairperson Secretariat UM Eco Campus &

UM Living Lab. Selain itu, kursus ini juga telah

menjalankan satu perbincangan kumpulan dan

juga pembentangan berkenaan dengan ekonomi

sekular – transformasi sisa sebagai sumber

bagi memberikan cadangan dan bertukar pendapat

daripada hasil pembentangan untuk memberikan

impak yang positif berkenaan sisa pepejal

dalam menjana ekonomi dan peningkatan teknologi.

Page 18: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

18

ARTICLE WRITE-UP

BULETIN I-KPKT

IMPLEMENTATION OF DEVELOPMENT CHARGE: THE PROCEDURAL ISSUES

approval and the work procedure.

Moreover, the overlapping of the existing written laws

might cause issues if thedevelopment charge is

introducing without proper studies (Judith & Brian, 1999).

In the Malaysia scenario, the development charge

imposition is high, which many developers or applicants

show protest and appealto lower the rate imposed.

Harris (2016) suggests that the local governments review

the charge impose conferring to the applicant category;

whether the applicant is an individual or developer.

A focus group discussion is used for data collection in

order to discern the issues in the policies and legal

matters after the implementation of development

charge by the authorities. The characteristics of focus

group discussion are focused on therespondents’

experiences regarding the research topic. The

respondents involved in this research originated from

Federal, State and Local authorities from westernand

southern regions of Malaysia, namely Kuala Lumpur,

Selangor, Pahang and Perak governments.

An interview using a focus group was conducted to

identify issues after the implementation of the

development charges.

Findings from the focus group have discovered five (5)

main issues; namely duration, the collection of data,

individual application, payment method, and

unstandardized rate. Details on the issues found were

tabulate below; dardized rate. Details on the issues

found were tabulate below;

Development charge is not a new tool to control land

development. In USA, this tool has been implemented

since 1920 and laterwas gazetted in Standard Planning

Enabling Act 1922. The implementation of development

charge also known as Impact Fees (USA), Betterment

Fees (Britain), New South Wales’ Developer

Contribution (Australia) are widely used by the local

governments from various countries. According to

Collin Crawford (2017), this toolis popular among the

local governments around the globe in reducing the

cost to provide infrastructures and public amenities. In

Malaysia, development charge was first introduced and

implemented by Kuala Lumpur Town Hall (DBKL) in

1970. The chargewas implemented with accordance to

Emergency (Essential Powers) Ordinance No. 46, 1970.

The provision is also provided in Federal Territory

(Planning) Act 1982 (Act 267). Under Section 32 of

Town and Country Planning Act 1976 (Act 172), this

charge is levied to the developers if the project is

approved for either the conversion of land use, the

increment of plot ratios or density,which increases the

land value. Up to the present time, seven (7) states have

implemented the development charges at their local

authorities. Each state has adi�erent interpretation of the

policy, framework and development charges practices.

As discussed above, there are several written laws

that govern developmentcharges such as the Act 172,

Act 267, National Land Code 1965 and several

state enactments (Faizah Ahmad, 2014).

With di�erent written laws, issues might arise in the

implementation, the process of planning permission

Nor Azalina Yusnita Abdul Rahman, Mohamad Haizam Mohamed Saraf, Siti Fairuz Che Pin,

Asma Senawi

Insitut Latihan Perumahan dan Kerajaan TempatanFaculty of Architecture, Planning and Surveying, UiTM Perak Branch

Page 19: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

Some of the local government only involve

executive members in making decision to make

the duration of the planning approval becomes

shorter. On the other hand, these findings are

relevant to improve the e�ciency of local

governments to control land development through

the implementation of a development charge. In

consequence, for further research, it is suggested

that a study is done to propose adecent work

procedure that is technically e�cient and legally

permissible based on the focus group findings.

Overall, the payment process and duration of the

development procedure are the most significant

issues. There isuncertainty of how long it takes to

complete one application; as di�erent governments

have di�erent working procedure. On another

aspect, the work procedure as in the policy involves

various parties such as developer, contractor,

individual as well as local governments. In Selangor

and Kedah, local governments have di�erent

policies in the issuance of planning approval.

BULETIN I-KPKT

ARTICLE WRITE-UP

19

Process of Payment

Duration

Individual Application

Collection of Data

Unstandardized Rate

The payment of development charge has a weakness which no standard method of

payment applied by all local governments. In planning approval application, the developer is

allowed to pay only part of the full payment. Therefore, the developer can commence

the development although the payment is stillin due. In some local governments, the

planning approval is only issued after full settlement of the development charge. With that,

the issuance of planning approval will take longer than the usual duration.

The duration to process the development charge, specifically time given to the developer

to make payment is not ample. Further added, the process of development charge is di�erent

from one local government to other local governments which resulted di�erent duration

of payment.

For estate duty purpose, the individual applicant or the registered proprietor need also to pay

development charge if it involves withpartition or subdivision of the land. The charge is

generally high and lead to a burden for the individual applicant or the registered

proprietor to pay.

The valuation department normally faces di�culty to get full cooperation with the developer,

as they need information regarding the cost of development for charge estimation. Some

developers do not provide su�cient cost details during the application, which often resulted

to protest or objection of the imposed development charge. Besides, location, comparable

properties are hard to obtain due to fewer data of the transaction.

The imposition of premium by land o�ce and development charges by local government

is di�erent. Thus, people can question the unstandardized rates although the purpose is

the same, which is the conversion of land use. This will lead to protest that will prolong

the process of development charges.

Page 20: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

Perbentangan kertas Kerja Development Charges: Issues And Challenges In Local Authorities’ Practices

di 9th Asia Pacific International Conference On Environment- Behaviour Studies 3 - 4 July 2019

20

BULETIN I-KPKT

PERKONGSIAN GLOBAL

Keurusetiaan Hari Habitat Sedunia 2019 dengan tema

Waste To Wealth “Habitat Awareness” oleh I-KPKT

dan Bahagian Keurusetiaan Strategik Hari Habitat

Sedunia 2019 dan kolaborasi Majlis Bandaraya Ipoh,

Persatuan Arkitek Landskap Awam (PALMA),

UPM, UTM, UITM, USM dan UKM pada 28

September 2019.

PERKONGSIAN GLOBAL

Page 21: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

BULETIN I-KPKT

21

SOROTAN MUHIBAH

SOROTAN MUHIBAH

9 DISEMBER 2019 : KUNJUNGAN I-KPKT KE

UUM.

Delegasi I-KPKT yang diketuai oleh Pengarah I-KPKT

bersama empat pegawai I-KPKT telah berkunjung ke

School of Government di Universiti Utara Malaysia

(UUM), Sintok, Kedah bagi mendapatkan pandangan

serta bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan lagi

kandungan dan modul kursus yang berkaitan dengan

Kerajaan Tempatan.

UUM sangat terkenal dan mahir di dalam

pembangunan subjek dan kepakaran berkaitan dengan

Kerajaan Tempatan. Hasil daripada pertemuan ini

UUM telah sudi untuk berkolaborasi dengan I-KPKT

di dalam pembangunan dan pemantapan Pusat

Pengajian Kerajaan Tempatan yang akan disusuli

dengan termeterainya MOU di antara kedua-dua

belah pihak pada masa yang akan datang.

18 – 20 OKTOBER 2019 : PROJEK CSR

LUKISAN MURAL OLEH UIAM

Projek CSR oleh Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) di I-KPKT telah disertai oleh 60

orang pelajar dan empat orang pensyarah dari

Kulliyyah of Architecture and Environmental Design

(KAED), UIAM. Aktiviti yang dijalankan sepanjang

projek ini berlangsung adalah membuat lukisan

mural di beberapa ruang dinding di I-KPKT.

Page 22: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

22

BULETIN I-KPKT

APC

Anugerah ini bukanlah hasil

usaha saya seorang tetapi ia

merupakan hasil kerjasama

seluruh warga I-KPKT kepada

saya dalam menguruskan

kewangan dan akaun Jabatan

Encik Mohd Firdaus bin Abdul ThaniPenolong Akauntan KananUnit Kewangan dan Akaun

Fikir, Syukur, Sabar

Encik Mohd Saharizal bin Mohd Redzian Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Majlis Penyampaian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 pada 6 Februari 2020 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Puan Hajah Zuraidah

binti Kamaruddin.

Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan KPKT kepada pegawai yang telah menunjukkan prestasi

yang cemerlang sepanjang tahun 2019. Seluruh warga I-KPKT mengucapkan syabas dan tahniah kepada

pegawai di atas penganugerahan ini.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019

Page 23: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

6 November 2019 : Majlis Sekalung Budi kepada

Encik Muhammad Aiman bin Maarof (Penolong

Pendaftar) yang telah bertukar ke INTAN

Bukit Kiara.

BULETIN I-KPKT

23

SANTAI I-KPKT

4 hingga 6 September 2019 : Unit Pentadbiran

dan Perkhidmatan telah menganjurkan Kursus

Pembangunan Modal Insan I-KPKT (Team Building)

di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Wilayah Utara, Tronoh Perak.

MAJLIS SEKALUNG BUDI

KURSUS PEMBANGUNAN MODAL INSAN

I-KPKT (TEAM BUILDING)

Page 24: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

24

BULETIN I-KPKT

SANTAI I-KPKT

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK I-KPKT 2019

"GEMBIRA DI PERPUSTAKAAN”

17 Disember 2019 : Unit Perpustakaan, I-KPKT telah menganjurkan Pertandingan Mewarna

Kanak-Kanak I-KPKT dengan tema “Gembira di Perpustakaan” untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun

ke bawah bagi menggalakkan orang ramai, khasnya golongan kanak-kanak datang ke perpustakaan dan

mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

FIRE DRILL I-KPKT

19 Disember 2019 : Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan oleh Unit Penyelenggaraan

I-KPKT dan pihak pengurusan fasiliti EMF Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia Daerah Bentong. Pihak JBPM Bentong telah mengadakan taklimat dan demonstrasi bagi

tujuan bagaimana untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran, mencegah kebakaran serta

asas memadam kebakaran.

Page 25: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

LENSA KELAB

BULETIN I-KPKT

25

8 Ogos 2019 : Ahli Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi I-KPKT telah mengadakan Program Menyantuni

Anak-Anak Yatim di Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik. Antara program yang telah dijalankan adalah

Solat Maghrib & Isyak secara berjemaah, Bacaan Surah Yasin dan jamuan makan malam.

PROGRAM MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM DI BADAN AMAL NUR ZAHARAH

12 Oktober 2019 : Kejohanan Badminton Peringkat I-KPKT sempena Bulan Sukan Negara 2019

telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Sosial Dan Rekreasi I-KPKT dan disertai oleh staf I-KPKT, EMF Energy

Sdn. Bhd dan Wise Star Security.

PERTANDINGAN BADMINTON I-KPKT

20 Oktober 2019 : Pahang Halal Fun Run anjuran Jabatan Agama Islam Pahang yang berlangsung di

Kampung Janda Baik, Pahang telah disertai oleh staf I-KPKT, Encik Fadli Aziz dan Encik Che Wan Mohd Hazrul

Shahmir Che Wan Azlan.

PAHANG HALAL FUN RUN

Page 26: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

LENSA KELAB

26

BULETIN I-KPKT

6 November 2019 : Kelab Kebajikan Sosial Dan Rekreasi I-KPKT telah mengadakan sambulan hari lahir

staf I-KPKT bagi bulan Jun hingga Disember.

SAMBUTAN HARI LAHIR

21 November 2019 : Kelab Sukan dan Rekreasi I-KPKT telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Jamuan

Makan Tengah Hari di Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik bagi memberi penghargaan kepada

semua urus setia yang telah bertugas dalam menjayakan program Simposium Kerajaan Tempatan

Peringkat Kebangsaan : Ke Arah Pemerkasaan Pemuliharaan Bagunan Usang Sebagai Aset PBT yang telah

berlangsung pada 12 hingga 13 November 2019.

MAJLIS APRESIASI DAN JAMUAN MAKAN TENGAH HARI

Page 27: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

NUKILAN

BULETIN I-KPKT

27

“Peluang yang besar itu datang secara tiba tiba, Datang tidak menentu masa,

Datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu kerana peluang yang

besaritu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu”

-Prof Dr. Hamka-

Page 28: “Meneroka Peluang, Meningkatkan Persaingan”ikpkt.kpkt.gov.my/storpdf/buletin/BULETIN_IKPKT3.pdf · melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan,

INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (I-KPKT)

KM 48, Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak,

28700 Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel : +609-222 9000/9001/9002

Faks : +609-222 9014/9015

Emel : [email protected]

I-KPKT

ikpkt.kpkt.gov.my facebook/ikpkt twitter/ikpktinstagram/ikpkt I-KPKT Channel