Apa Ada Pada Bulan Zulhijjah

download Apa Ada Pada Bulan Zulhijjah

of 21

description

bulan Zulhijjah

Transcript of Apa Ada Pada Bulan Zulhijjah

APA ADA PADA BULAN ZULHIJJAH

Sejarah telah merakamkan berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam. Antara peristiwa penting yang berlaku ialah:-

A.Pengorbanan Nabi Ismail a.s.- Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah.

B.Bai'tul Aqabah- Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib ( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah.

C.Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal )- Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

D.Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai pengganti- Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk ( pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin Affan sebagai khalifah ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

E.Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat- Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui ibadah Haji dan Wukuf di padang Arafah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa,dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya. Selain itu,kita disunnatkan berpuasa pada 9 hari pertama termasuk pada hari Arafah ( kecuali bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji ).Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :"Puasa pada hari Arafah,saya mengharap agar Allah akan menghapuskan ( dosa ) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang" ( Muslim ). Kita juga disunnatkan bertakbir ( Allahu Akbar ) dan berzikir padanya, Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :"Dan supaya mereka menyebut namaAllah pada beberapa hari yang termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah,di antaranya :" Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illah Allah ),takbir ( Allahu Akbar ) dan Tahmid ( Alhamdulillah )".Perkara Sunnat lain adalah :

1. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.Semoga dengan amalan baik ini dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.

2. Memperbanyakkan amalan soleh ( baik ) terutama amalan-amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, membaca Al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

3. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu sama ada pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardhu lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji', takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) dan bagi yang menunaikannya,takbir bermula pada waktu Zohor Hari Raya Haji ( 10 Zulhijjah ), kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ketiga belas (13)Zulhijjah.

4. Disyariatkan melakukan korban ( menyembelih haiwan ternakan ) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s yang kemudian ditebus atau digantikan dengan seekor kibas untuk disembelih.

5. Menunaikan solat hari raya secara berjamaah,mendengar khutbah serta pengajaran daripadanya.

6. 29 Zulhijjah : membaca doa akhir tahun setelah selesai solat Asar hingga sebelum masuk waktu maghrib..

Berkata sebahagian ulama' "Sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu :

1. Berkat pada umurnya

2. Bertambah hartanya

3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin

4. Membersihkan dirinya daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu.

5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda

6. Allah akan memudahkan di saat kematiannya

7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh

8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di padang mahsyar

9. Selamat daripada jatuh kedudukan di dunia

10. Martabatnya akan dinaikkan di sisi Allah

Maka selaku umat Islam hendaklah kita memperbetulkan kefahaman kita bahawa bulan Zulhijjah bukanlah sekadar bulan haji sahaja yang di sambut ala kadar sebagaimana biasa bahkan bulan Zulhijjah sebenarnya adalah bulan yang penuh keberkatan.

Disediakan oleh:

Bahagian Dakwah, JAIS

Sumber: Majalah Sinar Rohani, JAKIM

SEJARAH HAJI SECARA RINGKASDari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud : Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk.Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam.Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.Rasulullah S.A.W Menunaikan HajiNabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan Hijjatul Wada/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat.Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam. Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ. Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat.Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.Peristiwa Semasa Hijjatul Wada'Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah.3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan Apakah itu Haji ?. Sabdanya yang bermaksud Haji itu berhenti di Arafah. Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud : Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamiDaripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.QurbanQurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-Anam) pada hari raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sangup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Syarat-syarat sah Ibadat Qurban.

1. Berniat qurban ketika menyembelih.

2. Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepagalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

3. Penyembelih orang Islam.

4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.

5. Binatang ternakan yang halal dimakan.

6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan qurban adalah seperti berikut;

Binatang Umur

a. Biri-biri 1 tahun atau lebih

b. Lembu / kerbau 2 tahun atau lebih

c. Unta 5 tahun atau lebih

Pembahagian daging qurban

a. 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin

b. 1/3 dimasak untuk jamuan ramai

c. 1/3 orang yang berqurban

Lebih afdal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya. Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir samada dalam keadaan mentah ataupun masak. Harus disedekahkan kepada orang kaya. Qurban nazar haram dimakan dagingnya oleh orang yang bernazar.

Perkara sunat ketika ibadah qurban1. Membaca basmallah atau takbir

2. Selawat kepada Nabi

3. Menyembelih pada waktu siang

4. Memilih binatang yang gemuk dan sihat

5. Binatang hendaklah dibaringkan di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat

6. Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban

7. Menggunakan alat sembelihan yang tajam

Hikmah-hikmah qurban1. Melatih diri sanggup berkorban pada perkara kebaikan

2. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak

3. Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah

4. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah

5. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.

6. Menggembirakan fakir miskin dengan menikmati juadah daging qurban

7. Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

Hadith AqiqahSetiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama. (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah adalah sembelihan binatang anam (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri dan kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Waktu aqiqah1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan.

2. Bagi ibu-bapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Syarat-syarat melakukan aqiqah1. Syarat-syarat untuk binatang sembelihan aqiqah adalah sama seperti binatang sembelihan korban iaitu mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.

2. Aqiqah anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.

3. Sekiranya kurang berkemampuan, untuk aqiqah anak lelaki memadai dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seeko (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan.

4. Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

5. Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

Hikmah melakukan aqiqah1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata.

2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.

3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata.

5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW.

PinterestZulhijjah & IdilAdha :Beberapa Isu & HukumOlehZaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.Disebutkan oleh Nabi SAW :"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).Allah SWT pula berfirman : "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMAManakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya:-a)Zikir: Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.b)Berpuasa: Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.c)Melakukan lain-lain amalanseperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.d)Menjauhi maksiatdan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.e)Bertakbir: Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaantakbirbermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.f) Berkorban: Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut : Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)Sebuah hadis menyebut : Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBANHukum berkorban adalahsunatmuakkad(yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :- Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.TIDAKDIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.Firman Allah : Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)KONGSI LEMBUHarus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.[3]Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban : Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"BINATANG TERBAIK UNTUK KURBANYang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.PEMBAHAGIAN DAGINGDaging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.Ia berdasarkan firman Allah SWT : Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah : Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA.[4]Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.[5]DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIRUlama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib.[6]Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANGBolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya.Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula TERKORBAN', hubungan persaudaraan terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban.Demikian pandangan ringkas saya.KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?Jawab ringkas saya:"tidak boleh !"Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.APAKAH HAJI AKBAR ?Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah[7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".Kesimpulannya: Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alamSekianDoha, Qatar27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H - Saudi)KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )