APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

9
1 APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN Disampaikan semula oleh Muhammad Nizam bin Shaari APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? 1 Madha Ya’ni Intima’i Lil-Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) ialah kitab terjemahan yang dikarang oleh ilmuan Islam yang terkemuka kelahiran Lubnan iaitu Dr. Fathi Yakan. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah Islamiah, memimpin gerakan Islam dan banyak menulis buku serta karya ilmiah. Bergerak aktif dalam Jama’ah Islamiyyah di Lubnan. Buku ini memberi gambaran yang sangat jelas tentang pengertian seseorang itu menganut Islam dan tuntutan-tuntutan ke atasnya. Ia merangkumi beberapa perkara dan sudut di mana tuntutan Islam terhadap seorang Muslim iaitu dari sudut akidah, ibadat, akhlak, berkeluarga, mengawal diri dan masa hadapan di tangan Islam. Ramai daripada kita menjadi Muslim kerana tradisi atau warisan iaitu apabila kedua-dua ibu bapa kita beragama Islam, maka kita dilahirkan dalam keadaan “sedia Islam”. “Sedia Islam” tidak bermakna kita akan otomatik memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Lahir dalam Islam adakah bermakna kita telah sedia memahami tuntutan-tuntutan Islam? Apa-apa yang sering berlaku ialah kesediaan lahir dalam Islam atau “Islam warisan” telah menyebabkan timbulnya rasa selesa (complaisant) sehingga menyebabkan kita tidak belajar dan mendalami Islam dengan sesungguhnya. Buku ini menerangkan sifat-sifat penting yang wajib ada kepada diri seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Penggabungan diri dengan Islam bukan boleh dibuat secara warisan, hobi atau penggabungan secara zahir sahaja. Penggabungan yang dimaksudkan ialah “penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.” 1 Sebuah rumusan dan ulasan yang ditulis semula oleh Muhammad Nizam bin Shaari dengan tujuan diperdengarkan semula dalam sesi Tazkirah Jumaat di pejabat Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 25 Mac 2016.

Transcript of APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

Page 1: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

1

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?

FATHI YAKAN Disampaikan semula oleh

Muhammad Nizam bin Shaari

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?1 Madha Ya’ni Intima’i Lil-Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) ialah kitab terjemahan yang dikarang oleh ilmuan Islam yang terkemuka kelahiran Lubnan iaitu Dr. Fathi Yakan. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah Islamiah, memimpin gerakan Islam dan banyak menulis buku serta karya ilmiah. Bergerak aktif dalam Jama’ah Islamiyyah di Lubnan.

Buku ini memberi gambaran yang sangat jelas tentang pengertian seseorang itu menganut Islam dan tuntutan-tuntutan ke atasnya. Ia merangkumi beberapa perkara dan sudut di mana tuntutan Islam terhadap seorang Muslim iaitu dari sudut akidah, ibadat, akhlak, berkeluarga, mengawal diri dan masa hadapan di tangan Islam.

Ramai daripada kita menjadi Muslim kerana tradisi atau warisan iaitu apabila

kedua-dua ibu bapa kita beragama Islam, maka kita dilahirkan dalam keadaan “sedia Islam”. “Sedia Islam” tidak bermakna kita akan otomatik memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Lahir dalam Islam adakah bermakna kita telah sedia memahami tuntutan-tuntutan Islam? Apa-apa yang sering berlaku ialah kesediaan lahir dalam Islam atau “Islam warisan” telah menyebabkan timbulnya rasa selesa (complaisant) sehingga menyebabkan kita tidak belajar dan mendalami Islam dengan sesungguhnya.

Buku ini menerangkan sifat-sifat penting yang wajib ada kepada diri seseorang

bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Penggabungan diri dengan Islam bukan boleh dibuat secara warisan, hobi atau penggabungan secara zahir sahaja. Penggabungan yang dimaksudkan ialah “penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.”

1 Sebuah rumusan dan ulasan yang ditulis semula oleh Muhammad Nizam bin Shaari dengan tujuan

diperdengarkan semula dalam sesi Tazkirah Jumaat di pejabat Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 25 Mac 2016.

Page 2: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

2

SATU – SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKIDAH Syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam ialah “berpegang dengan akidah yang benar lagi murni.” Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mesti beriman dengan perkara-perkara berikut:

1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun.

2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta

segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.

3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan Rasul-Rasul dan diturunkan kepada mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali.

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali

Allah ‘Azza wa jalla seperti mana yang Allah Subhanahu Wata’ala sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepada-Nya dan mengabdikan diri kepada-Nya.

5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang Mukmin yang taat kepada

Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka.

6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan

kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku melainkan dengan taufik dan inayah daripada Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan daripada Allah tetapi ia termasuk dalam batasan keizinan dan kehendak-Nya.

7. Saya mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah

hak mutlak Allah Subhanahu Wata’ala. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelakanginya.

8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak

bagi kemuliaan-Nya.

Page 3: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

3

9. Saya mestilah merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan

tentang Zat-Nya.

10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan-Nya (Uluhiyyah-Nya).

11. Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih

utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah.

12. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak

menyengutukan dengan yang lain.

13. Saya juga mestilah takut hanya kepada-Nya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-larangan-Nya.

14. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut nama-Nya untuk

menjadikan diam saya itu dalam keadaan berfikir dan bercakap adalah kerana berzikir.

15. Saya juga wajib mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta.

16. Saya mesti bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan

menyandarkan segala urusan kepada-Nya.

17. Saya mesti mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya.

18. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah.

Instighfar itu membersihkan diri daripada dosa di samping memperbaharui taubat dan iman.

19. Saya juga mesti sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan)

dengan Allah SWT dalam keadaan terang mahu pun sembunyi.

Page 4: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

4

DUA – SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT IBADAH Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak kepatuhan dan kerendahan diri kepada Allah. Ibadah merupakan perhubungan manusia dengan Tuhannya.

1. Saya mestilah memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah. Inilah martabat ihsan dalam ibadah.

2. Saya mestilah melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat

merasai kelazatan dan kemanisan malah mendatangkan kekuatan kepada saya.

3. Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia serta hiruk-pikuknya.

4. Saya mesti beribadah dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak berasa

cukup dan kenyang. Saya perlu menghampiri Allah dengan amalan-amalan sunat.

5. Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadah qiamullail (sembahyang

malam) serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi kebiasaan. Qiamullail ialah sumber kekuatan yang memantapkan iman.

6. Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan

cara merenungi maksud dan pengajarannya.

7. Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah dalam setiap urusan hidup.

TIGA – SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKHLAK Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah daripada keimanan. Seseorang yang tidak berakhlak dikira tidak beriman. Dalam Islam akhlak lahir daripada ibadah yang khusyuk dan mantap. Ibadah yang betul dan khusyuk menjadikan seseorang Muslim itu baik.

Page 5: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

5

Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat. Seorang Muslim mesti menjauhkan diri daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah dan perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat).

2. Memelihara penglihatan. Pelihara pandangan daripada perkara-perkara yang

diharamkan oleh Allah SWT.

3. Memelihara lidah. Tidak menuturkan perkara-perkara tidak berfaedah, perbualan buruk dan kotor, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu-domba.

4. Bersifat pemalu. Pemalu dalam setiap keadaan. Namun sifat itu bukan

penghalang menyatakan kebenaran. Tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri dan tidak meninggikan suara.

5. Bersifat lemah lembut dan sabar.

6. Bersifat benar dan jujur. Tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri

sendiri kerana takut kepada Allah.

7. Bersifat rendah diri. Bersifat tawaduk terhadap saudara-saudara Muslim dengan cara tidak membezakan layanan.

8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat. Jauhi mengintai-ngintai keburukan

orang lain.

9. Bersifat pemurah. Sanggup berkorban dengan jiwa dan raga serta harta-bendanya pada jalan Allah.

10. Qudwah hasanah (suri teladan yang baik). Mesti menjadikan diri contoh ikutan

yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah laku adalah gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya.

Page 6: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

6

EMPAT – SAYA MESTILAH BERSIFAT SEORANG MUSLIM TERHADAP AHLI KELUARGA SAYA Adalah memadai saya menjadi Muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan kerana di antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya dalam jiwa manusia. Tanggungjawab Sebelum Berumahtangga

1. Saya mestilah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah. Membina rumah tangga Muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih dan menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah.

2. Tujuan perkahwinan adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan dan bertaqwa kepada Allah.

3. Memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan

menjadi teman dalam perjuangan.

4. Memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya.

5. Berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah.

Tanggungjawab Selepas Berumahtangga

1. Berlaku baik terhadap isteri dan memuliakannya dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai.

2. Hubungan dengan isteri tidak terbatas kepada hubungan di tempat tidur. Hubungan itu mestilah menjalin persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang.

3. Hubungan mestilah tidak terkeluar dari batas syariat. Tidak menjatuhkan nama

baik Islam.

Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak Kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang solehah dan membentuk hubungan yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham besar dalam membantu pendidikan anak-anak.

Page 7: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

7

Sebarang pertentangan suami isteri dalam perkahwinan akan memberi kesan kepada pendidikan anak-anak. Oleh itu perkahwinan mestilah dalam acuan Islam, berumahtangga cara Islam dan mewujudkan biah solehah. LIMA – SAYA MESTILAH DAPAT MENGUASAI DIRI Di dalam kehidupan manusia bertarung dengan dirinya sendiri. Ada kalanya ia menang, ada kalanya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Tiga Golongan Manusia Menghadapi Hawa Nafsunya

1. Golongan yang terpelihara dari melakukan kejahatan dan dosa.

2. Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka. Mereka hidup dengan penuh keseronokan duniawi dan ingin kekal dengannya. Golongan ini melupai kebesaran Allah.

3. Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.

Golongan ini ada yang mencapai kemenangan dan ada kalanya mereka kecundang. Apabila mereka terlibat dengan kesalahan, mereka segera bertaubat.

Sendi-sendi Kekuatan Dalam Memerangi Nafsu

1. Hati. Hati tempat letaknya iman. Iman akan menjadi benteng paling kuat memerangi nafsu sekiranya hati itu lembut, bersih dan hidup.

2. Akal. Akal berupaya memahami sesuatu, mampu membezakan dan menyimpan kefahaman dari ilmu-ilmu.

Tanda-tanda Ketewasan Jiwa Manusia tewas apabila hatinya mati atau menjadi keras. Apabila cahaya hati manusia telah padam dan tidak bersinar lagi maka terbukalah pintu-pintu kemasukan syaitan. Syaitan akan meresap dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran darah dalam tubuhnya. Apabila benteng pertahanan lemah, kekuatan manusia juga runtuh dan syaitan akan kembali menjadi teman karibnya.

Page 8: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

8

Terdapat satu penyakit berbahaya dalam ketewasan jiwa iaitu penyakit was-was. Syaitan akan menyebabkan mereka was-was dalam setiap urusan dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah. 10 Pintu Syaitan Masuk Dalam Diri Manusia

1. Berburuk sangka. 2. Cinta kehidupan dunia dan panjang angan-angan. 3. Cinta kerehatan dan kemewahan. 4. Kagum dengan diri sendiri (ujub). 5. Memandang rendah orang lain. 6. Hasad (dengki). 7. Riya’ dan sukakan pujian. 8. Bakhil (kedekut). 9. Takabbur (membesarkan diri). 10. Tamak haloba.

Tiga Cara Menghadapi Godaan Syaitan

1. Jangan terlalu kenyang apabila makan meski pun makanan itu baik dan halal.

2. Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan kepada-Nya.

3. Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang pekerjaan.

ENAM – SAYA WAJIB MEYAKINI BAHAWA MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM Keimanan saya dengan Islam sewajarnya sampai ke darjah yakin bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Saya mestilah yakin bahawa Islam paling ampuh dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Islam adalah cara hidup (the way of life).

1. Manhaj Islam bersifat rabbani. Islam kekal relevan dan menyumbang dalam setiap zaman, tempat dan peringkat.

Page 9: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? FATHI YAKAN ...

9

2. Manhaj Islam bersifat alamiyyah (universal). Islam bersifat sejagat dan terbuka. Ia merentasi kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya.

3. Manhaj Islam bersifat anjal (murunah). Islam bersifat fleksibel, berdaya upaya menghadapi aneka permasalahan dalam hidup yang datang silih berganti.

4. Manhaj Islam bersifat syumul atau menyeluruh.

RUMUSAN Buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam?” ini memberikan panduan hidup mengikut agama Islam secara komprehensif dan tersusun. Ia menghuraikan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim. Sifat-sifat itu perlu difahami untuk benar-benar menjadi seorang Muslim. Ia menjadikan kita lebih fokus dan faham mengenai Muslim dan tuntutannya. Kita tidak mahu menjadi Muslim yang hanya mengaku pada lafaz tetapi tidak disertakan dengan perbuatan dan keseluruhan anggota tubuh. Seorang Islam mestilah ‘selesai’ pemahaman hatinya terhadap Allah dan Rasul serta Islam. Akidah yang jelas dan mantap akan melahirkan perbuatan, pemikiran dan percakapan yang Islami. Ia menjadi asas dalam ibadah seorang Muslim. Melakukan ibadah tanpa ada kefahaman akidah yang jelas ibarat perbuatan yang sia-sia. Seterusnya apabila seseorang telah ‘selesai’ bab akidah yang jelas dan ibadah yang sahih, pastinya seorang Muslim itu akan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini kerana akhlak yang baik hanya akan dizahirkan melalui hikmah dan manfaat/ kesan ibadah yang baik. Kemudian, apabila kita telah menganut agama Islam, kewajipan telah jatuh ke atas diri kita untuk menjadi pendakwah. Langkah pertama ialah menjadikan rumah tangga sebagai rumah tangga Muslim. Kita wajib menyampaikan ajaran Islam kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Sebagai seorang Muslim, kita juga mestilah dapat menguasai diri supaya sentiasa istiqamah dalam acuan dan perjuangan Islam. Kita mesti sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu. Akhirnya sebagai seorang Muslim kita mestilah meyakini bahawa dengan keimanan kita dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan ialah milik Islam dan Islam satu-satunya manhaj kehidupan yang sesuai dengan semua manusia. Wallahu’aklam.