Apa Itu Bilik Seni

2
APA ITU BILIK SENI ? PENDAHULUAN Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-murid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu digunakan bagi tujuan pengajaran adalah bilik seni. Kebiasaannya kemudahan bilik seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru. Bilik Seni merupakan sebuah tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik Seni juga adalah lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Boleh dikatakan bilik seni ini juga adalah sebuah bilik darjah iaitu tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana bilik seni adalah sebuah tempat yang membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berlangsung maka peranan guru pendidikan seni visual dalam membina suatu persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan mata pelajaran itu adalah amat penting. Semua guru pendidikan seni hendaklah sentiasa berusaha bersama untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panitia perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek- aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, pelbagai aspek

Transcript of Apa Itu Bilik Seni

Page 1: Apa Itu Bilik Seni

APA ITU BILIK SENI ?

PENDAHULUAN 

Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan

pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk

berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-murid melalui

dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu digunakan bagi tujuan

pengajaran adalah bilik seni. Kebiasaannya kemudahan bilik seni memang disediakan oleh

kerajaan untuk kemudahan guru.

Bilik Seni merupakan sebuah tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan

di ajar. Bilik Seni juga adalah lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan

persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Boleh dikatakan

bilik seni ini juga adalah sebuah bilik darjah iaitu tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh kerana bilik seni adalah sebuah tempat yang membolehkan proses

pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berlangsung maka peranan guru

pendidikan seni visual dalam membina suatu persekitaran pembelajaran yang sesuai

dengan mata pelajaran itu adalah amat penting. Semua guru pendidikan seni hendaklah

sentiasa berusaha bersama untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham

bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan

pelawat.

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panitia perlu mewujudkan bilik seni

yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik

dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, pelbagai aspek

seperti dari segi fizikal, sosial dan emosi harus diambil kira bagi mewujudkan suatu

persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di dalam bilik seni itu sendiri.

Menurut penulis artikel ‘Pengurusan bilik darjah berkesan’ yang dipetik daripada ruangan

Minda Pendidik dalam Berita Harian, berpendapat bahawa bagi menjadikan bilik darjah

lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat

pengurus yang baik agar dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif

untuk menggalakkan pembelajaran.

Page 2: Apa Itu Bilik Seni

Bilik seni yang ada di sekolah juga mampu berperanan sebagai tempat untuk

memupuk minat dan memperkembangkan bakat murid yang dapat dikenal pasti melalui

aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik ini. Mel Silberman dalam bukunya yang

berjudul Pembelajaran Aktif – 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek seperti yang

diterjemahkan oleh Zainab Ahmad, memetik kata-kata yang digunakan oleh Konfusius lebih

2400 tahun dahulu dengan menyatakan bahawa,

Apa yang saya dengar, saya lupa.

Apa yang saya lihat, saya ingat.

Apa yang saya buat, saya faham.

Ungkapan ini menjelaskan bahawa murid-murid perlu mengalami dan terlibat secara

aktif di dalam aktiviti yang dirancang oleh guru bagi membolehkan mereka memahami

dengan mendalam sesuatu perkara dan ini seterusnya menjadikan pembelajaran mereka itu

bermakna.