Apa itu denggi

7

Transcript of Apa itu denggi

Page 1: Apa itu denggi
Page 2: Apa itu denggi

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejalapenyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis inijuga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama sepertidemam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala sepertitekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berakberdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia seringmenyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera

Page 3: Apa itu denggi

Pembawa Agen Penyakit Denggi

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu carapenyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisapdarah sebanyak 2 hingga 4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenalidengan tanda belang hitam dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu :

Ciri-ciri : Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala. Nyamuk Aedes Aegyptiberterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Iabertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

Ciri-ciri: Garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. NyamukAlbopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Iabiasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luarrumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekasbuatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiahseperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dannenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Page 4: Apa itu denggi

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidupdan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeramanselama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkansekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggiia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedangmenghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengansegera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalambelalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpamemerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.

Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularantransovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripadaserangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasiberikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkanvirus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukansahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agenpenyakit.

Page 5: Apa itu denggi

Tanda Serangan Denggi :

Demam kuat secara mengejut dan berterusan

Ruam pada kulit

Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala

Hilang selera makan

Muntah-muntah

Sakit Perut

Pendarahan pada badan, hidung dan mulut

Page 6: Apa itu denggi

Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Rawatan Demam Denggi Klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantungkepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) danmengelakkan dari perdarahan berlaku

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntahmenyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebihbanyak.

Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, olehitu demam patut dikawal dengan antipiretik.

Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesanawal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.

Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokritmeningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Page 7: Apa itu denggi

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih didalam dan di luar rumah.Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

Di dalam rumahIa membiak di dalam piring alas pasu bunga.Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.Perangkap semut.

Di dalam tayar buruk.Saluran air hujan.Tin-tin kosong atau botol.Bata bangunan atau kawasan pembinaanCawan getahLubang pokokTunggul buluhKetiak daun seperti -pandan dan nenas