Apa Itu Islamic State

4
APA ITU ISLAMIC STATE (IS)? KUMPULAN militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq. Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media dari negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerang kubu kumpulan itu di Iraq. Matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama. Walaupun pada masa ini IS masih beroperasi di Iraq dan Syria, kumpulan itu telah berjanji akan memperluaskan jajahan ke Jordan dan Lebanon serta membebaskan Palestin. Ia menerima sokongan militan Islam dari seluruh dunia dan menuntut semua ahlinya bersumpah setia kepada ketuanya, Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai, atau lebih dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi. 1

description

artikel

Transcript of Apa Itu Islamic State

APA ITU ISLAMIC STATE (IS)?

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq.Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media dari negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerang kubu kumpulan itu di Iraq.Matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama.Walaupun pada masa ini IS masih beroperasi di Iraq dan Syria, kumpulan itu telah berjanji akan memperluaskan jajahan ke Jordan dan Lebanon serta membebaskan Palestin.Ia menerima sokongan militan Islam dari seluruh dunia dan menuntut semua ahlinya bersumpah setia kepada ketuanya, Ibrahim Awad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai, atau lebih dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi.Penubuhan IS boleh dikaitkan dengan kumpulan Tawhid wa al-Jihad yang diwujudkan oleh seorang lelaki Jordan, Abu Musab al-Zarqawi pada 2002. Setahun selepas pencerobohan AS di Iraq, Zarqawi menyokong Osama Laden, ketua kumpulan pejuang Al-Qaeda di Afghanistan.Zarqawi kemudian menubuhkan kumpulan Al-Qaeda di Iraq (AQI) yang menjadi kumpulan utama dalam pemberontakan terhadap pencerobohan AS.Selepas kematian Zarqawi pada 2006, AQI mewujudkan pertubuhan penaung, Negara Islam di Iraq (ISI). Kumpulan ini bagaimanapun berjaya dilemahkan oleh serangan AS dan penubuhan Majlis Sahwa oleh pemimpin puak Arab Sunni yang menolak keganasan ISI. Selepas menjadi pemimpin kumpulan itu pada 2010, al-Baghdadi membina semula keupayaan ISI. Menjelang 2013, ia sekali lagi melancarkan puluhan serangan dalam tempoh sebulan di Iraq. Ia juga menyertai pemberontakan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dengan menubuhkan Barisan al-Nusra.Pada April 2013, al-Baghdadi mengumumkan penggabungan tenteranya di Iraq dan Syria serta penubuhan Negara Islam di Iraq dan Jajahannya (ISIL). Pada 2014, ISIL berjaya menakluki bandar Mosul di Iraq dan menuju ke arah Baghdad. Akhir bulan itu, selepas menggabungkan pegangannya terhadap puluhan bandar dan pekan, ISIL mengisytiharkan pembentukan negara khalifah dan menukar namanya kepada Negara Islam (IS).Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf al Qardhawi menegaskan, pengumuman khilafah islamiah oleh ISIS, menyalahi apa yang digariskan oleh Islam dan realiti.Kesatuan ini menyarankan agar seluruh dunia islam agar memahami prinsip kefahaman Islam dan keluhurannya diantara manusia.Bagaimanakah umat Islam hendak menyokong IS yang mana mereka naik atas perbuatan kejam? Tambahan pula mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai khalifah tanpa menghiraukan pemimpin-pemimpin Islam yang ada sedangkan dunia sekarang sudah ada peraturan mengenai cara-cara berkerajaan.Dalam meneliti fakta-fakta yang berlaku di Iraq dan Syria serta sebagai panduan memahami pergolakan Irqa-Syria di masa akan datang, kita boleh mengambil beberapa kesimpulan :a.IS mempunyai asal-usul dari al Qaeda in Iraq (aQI). Walaupun alQaeda sendiri sudah dianggap pelampau dan ekstrim, IS telah menjadi lebih ekstrim hinggakan alQaeda sendiri menjauhkab diri dari mereka.b.Selain nama yang bersandar Islam, IS tidak menunjuk sebarang karakter perjuangan Islam dari segi akhlak, kefahaman, pendekatan syariat, kasih-sayang, adab di medan perang, teliti dalam menghukum dan sebagainya.c.Penonjolan IS sebagai kumpulan yang terlampau ekstrim, hanya memberi keburukan kepada Islam amnya dan kepada perjuangan membebaskan Syria dan Iraq khususnya.d.Strategi IS hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Syria dan Iraq. Imej militan ekstrim IS menjadi alasan untuk campurtangan kuasa asing seperti Amerika dan Rusia bahkan Iran dalam urusan Syria dan Iraq. Beralasankan menentang pengganas, mereka memasuki Iraq dan Syria; tetapi yang ditentang bukan pengganas bahkan revolusi rakyat.e.IS ditolak oleh semua pihak, samada yang sepatutnya menjadi kawan apalagi lawan. Samada golongan Islam mahupun sekular.f.Kejayaan yg dinisbahkan kepada IS yang berlaku secara tiba-tiba dan begitu cepat menimbulkan pelbagai tanda-tanya; apakah kejayaan itu betul milik IS ataukah mereka memang sengaja diberi laluan oleh pihak tertentu dan berkepentingan.g.Kejayaan membebaskan utara dan barat Iraq terutama daerah Sunni Ninawa dan al Anbar bukan milik IS bahkan hasil kebangkitan rakyat Iraq terharap kerajaan Syiah Nuri Maliki. Protes besar-besaran terharap kerajaan Maliki telah bermula sejak akhir 2013 bukannya bermula dengan penaklukan Mosul pada Jun 2014.h.Dakwaan bahawa ISIS ciptaan pihak luar yang sengaja ingin memburukkan Islam dan perjuangan rakyat atau sekurang-kurangnya telah diresapi oleh anasir jahat sukar ditolak kerana tindakan ISIS hanya merugikan Islam dan menguntungkan musuh Islam.

RUJUKAN:1. Artikel tulisan Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, J/kuasa Pembelaan Ummah, Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor.2. http://www.sinarharian.com.my/nasional/apa-itu-kumpulan-is-1.3267143. http://www.malaysiakini.com/columns/2799904. http://www.harakahdaily.net/index.php/global/29583-awasi-pergerakan-dan-tindakan-isis5. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-cadang-pengenalan-akta-baharu-tangani-keganasan-isis6. http://www.eramuslim.com/berita/dunia-islam/persatuan-ulama-dunia-kecilkan-maksud-tujuan-isis-berperang.htm#.VQEyvkeUe-0

1