Apa Itu Nuklear

3
Apa itu nuklear? Menerusi sumber daripada Utusan Malaysia, istilah 'nuklear' merujuk kepada asas dalaman atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.(Utusan Malaysia, 14 Julai 2008). Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion). Melalui sumber daripada Kamus Dewan, nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke-4) Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran teknologinya. Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear. Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan uranium, penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan dalam loji janakuasa nuklear. Kemudian diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear terpakai, sebelum diproses menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan pelupusan akhir sisa nuklear aras tinggi. Manfaat 1. Meningkatkan kecekapan bidang perubatan cth: - CAT scan, laser, sinar -x - digunakan untuk diagnosis penyakit atau

description

nuclear

Transcript of Apa Itu Nuklear

Page 1: Apa Itu Nuklear

Apa itu nuklear? Menerusi sumber daripada Utusan Malaysia, istilah 'nuklear' merujuk kepada asas dalaman atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.(Utusan Malaysia, 14 Julai 2008). Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion). Melalui sumber daripada Kamus Dewan, nuklear bermaksud tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke-4)

Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran teknologinya. Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear. Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan uranium, penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan dalam loji janakuasa nuklear. Kemudian diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear terpakai, sebelum diproses menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan pelupusan akhir sisa nuklear aras tinggi.

Manfaat

1. Meningkatkan kecekapan bidang perubatan cth:- CAT scan, laser, sinar -x - digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman.- Kobalt 60 - rawatan kanser- Radioisotop fosforus - rawatan tumor otakTanpa nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.

2.Memajukan bidang pertanian.

Page 2: Apa Itu Nuklear

- Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food) - ditemui dengan kaedah nuklear - menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca.- sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak.- berguna dalam R&D pertanian - cth dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.

3. Membantu kelangsungan dan kemajuan industri.- mengesan kebocoran paip bawah tanah- mengesan kehausan enjin. - pelancaran satelit dan klemajuan telekomunikasi

4.Tenaga alternatif.- alternatif kepada petroleum dan arang batu - lebih murah- logi tidak perlukan kawasan yang luas- tenaga yang dihasilkan lebih efisen - berguna untuk industri berat., 

5. Memodenkan pertahanan.- kapal selam tenaga nuklear lebih lama dapat menyelam, laju- kapal pengangkut - senjata nuklear - berguna untuik pertahanan negara daripada ancaman asing.

Kesan Buruk

1. Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia.- risiko kemalangan/ bencana alam atau bencana nuklear bolah menyebabkan kebocoran radioaktif- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan  terdedah kepada radiasi.- radiasi menjejaskan kesihatan semua benda hidup- manusia boleh mati akibat penyakit  kronik yang berpunca daripada radiasi. seperti kanser  - mutasi genetik - ini menyebabkan kecacatan- tanah-tanih yang tercemar dengan radiasi - tidak berguna lagi.

2. Perlumbaan senjata nuklear.- dunia diancam peperangan  senjata kimia dan bom atom- senjata nuklear memusnahkan dunia dalam skala besas - dikenali sebagi WMD ( Weapon of Mass Destruction)- ini ancaman kepada tamadun dan kelangsungan hidup manusia sejagat.