Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru.docx

4
Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru Bellicose Leo 23 days ago PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang

description

paper work

Transcript of Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru.docx

Page 1: Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru.docx

Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru

 Bellicose Leo  23 days ago

PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK

(Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus

kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan

berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim

perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti

dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan

garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu

kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and

Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan

selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Page 2: Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru.docx

Penilaian Kompetensi dan Penilaian KeberhasilanPenilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian

Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-

masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian

Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

Nilai profesional Pengurusan aktiviti Sumbangan Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

Keberhasilan PdP Keberhasilan kaunseling Keberhasilan kejurulatihan

Profil PPB Individu (File PPPB)Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB

Individu (File PPPB).Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa

maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam

sebuah File.

Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

(PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian

itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan

Page 3: Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru.docx

sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah

merahmati warga guru.

— Hootoh

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut

akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada

semua guru untuk menyediakanProfil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses

penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang

Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

Item dan Isi Kandungan Profil PPB Individu GuruBahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu

Nama: 

Jawatan:

Tempat Bertugas: 

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab

1. Vitae Kurikulum

2. Falsafah Pendidikan Negara

3. Skop Kerja

4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional

1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan

2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan

3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi

1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd

Page 4: Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru.docx

3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan

1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik

2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian

1. Anugerah Perkhidmatan

2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain

3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan

1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan

2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan

3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

PBPPP: Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan PendidikanBagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Penilaian Bersepadu

PBPPP, Instrumen PBPPP, Bahan-Bahan Profil PPB Individu Guru dan

sebagainya sila Bookmark Halaman ini. Kerana Link Download dan Informasi

Terkini mengenai PBPPP akan dikemaskini di halaman ini dari masa ke semasa. In Sha

Allah semoga Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru dapat membantu dan bermanfaat

untuk warga pendidik semua.