Apa Itu Produktiviti

9
Apa Itu Produktiviti Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang diberikan mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber ( seperti pekerja, teknologi, sistem dan pengurusan dan lain-lain ) secara optimum dan menukar input kepada output berguna. Produktiviti mengukur jumlah output yang boleh dihasilkan dengan input yang diberikan pada mana-mana tempoh masa tertentu atau teknologi. Produktiviti adalah nisbah output yang dihasilkan kepada input digunakan. Ia boleh dinyatakan oleh formula:

description

Education

Transcript of Apa Itu Produktiviti

Page 1: Apa Itu Produktiviti

Apa Itu Produktiviti

Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang

diberikan ≈ mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber

( seperti pekerja, teknologi, sistem dan pengurusan dan lain-lain ) secara optimum dan

menukar input kepada output berguna.

 

  

Produktiviti mengukur jumlah output yang boleh dihasilkan dengan input yang diberikan

pada mana-mana tempoh masa tertentu atau teknologi. Produktiviti adalah nisbah

output yang dihasilkan kepada input digunakan. Ia boleh dinyatakan oleh formula:

 

 

Page 2: Apa Itu Produktiviti

Produktiviti yang lebih tinggi menunjukkan kecekapan dan keberkesanan penggunaan

input yang menyumbang ke arah kos yang lebih rendah dalam menjalankan perniagaan

dan pada masa yang sama mewujudkan standard taraf hidup yang lebih baik dan

meningkatkan daya saing.

 

Untuk memahami lebih lanjut mengenai produktiviti sila tonton video ini:

 

 

Perbezaan pandangan tentang Produktiviti :

 

Page 3: Apa Itu Produktiviti

Keperluan Untuk Mengukur Produktiviti

 

Aktiviti pengukuran produktiviti merupakan satu instrumen yang digunakan untuk memantau tahap produktiviti dan mengaitkan

petunjuk kepada objektif strategik yang lain dalam sesebuah organisasi. Sistem pengukuran produktiviti membolehkan organisasi

untuk menyediakan anggaran yang lengkap dan tepat berkaitan kecekapan keseluruhan dan sasaran tahap produktiviti yang

dicapai.

 

Pengukuran produktiviti kualitatif membolehkan syarikat memantau perkembangan,

memberikan maklum balas, menilai prestasi pengurusan dan menetapkan objektif

produktiviti yang boleh diukur. Satu pengukuran produktiviti yang boleh dilihat dan telus

dapat membantu organisasi untuk mewujudkan kesedaran dan menyediakan maklumat

penting yang boleh dicapai untuk memantau prestasi dan membantu mengenalpasti

isu-isu yang memerlukan perhatian pengurusan.

 

Pengukuran produktiviti membolehkan syarikat mengenalpasti tahap produktiviti

ataupun prestasi dan memberi ganjaran kepada pekerja sewajarnya.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk mengenalpasti pendekatan yang berbeza

dalam pengukuran produktiviti berdasarkan keperluan kepada objektif yang berbeza-

beza. Ia juga memudahkan proses mengintegrasikan pengukuran produktiviti ke dalam

organisasi dalam tempoh seperti belanjawan, perancangan dan pengawalan.

Free Joomla 2.5 Extensions Joomla module Joomla

Page 4: Apa Itu Produktiviti

Kaedah Meningkatkan Produktiviti

 

 Pada asasnya, terdapat lima cara untuk meningkatkan produktiviti iaitu:

 a) Pengurangan Kos

Kaedah ini menunjukkan bahawa sesebuah syarikat boleh mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan jumlah

input tetapi mengekalkan jumlah output. Sebagai contoh, sebelum ini dengan 10 unit input, syarikat berjaya menghasilkan

1000 unit output. Melalui kaedah ini, syarikat boleh menghasilkan 1000 output dengan hanya 9 unit input.

 b) Mengurus Pertumbuhan

Di bawah kaedah ini, syarikat boleh menguruskan pertumbuhan dengan meningkatkan jumlah output lebih daripada jumlah

input. Sebagai contoh, jika input meningkat sebanyak 10%, pengeluaran perlu ditingkatkan sebanyak 20 %.

Page 5: Apa Itu Produktiviti

 c) Kerja Secara Bijak

Di bawah kaedah ini, syarikat boleh meningkatkan jumlah output tanpa mengubah jumlah input. Ini menunjukkan bahawa

syarikat mampu memotivasikan pekerja-pekerja untuk meningkatkan produktiviti dalam penggunaan input secara berkesan.

 d) Tujuan Menurunkan

Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat mengurangkan input sebanyak 20 %, tetapi hanya mengurangkan output sebanyak

10 % . Ini menunjukkan bahawa, syarikat telah meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja.

 e) Kerja Secara Effektif

Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat mampu meningkatkan produktiviti secara drastik disebabkan output meningkat

walaupun input berkurangan.

Free Joomla 2.5 Extensions Joomla module

Page 6: Apa Itu Produktiviti

Kepentingan Produktiviti

 

Mengapa produktiviti penting untuk negara?

1. Produktiviti adalah berkaitan bagaimana manusia menggabungkan sumber-sumber

yang ada untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan. Untuk negara pula, ia lebih

kepada mewujudkan lebih banyak daripada sumber yang sedia ada seperti bahan-

bahan mentah, buruh, kemahiran, modal, peralatan, tanah, harta intelek, keupayaan

pengurusan dan modal kewangan. Dengan pemilihan yang tepat, peningkatan

pengeluaran, nilai tambah dan pendapatan yang lebih tinggi boleh dicapai daripada

setiap jam bekerja.

2. Semakin tinggi produktiviti sesebuah negara, semakin tinggi taraf hidup dan lebih

banyak pilihan yang boleh dipilih untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera.

Kesejahteraan boleh ditingkatkan melalui beberapa perkara seperti kesihatan dan

pendidikan; jalan raya dan infrastrukur yang berkualiti; komuniti yang lebih selamat;

memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan; dan meningkatkan tahap

persekitaran yang lebih baik.

Page 7: Apa Itu Produktiviti

Mengapa produktiviti penting untuk syarikat?

1. Produktiviti membantu syarikat menetapkan matlamat dan mewujudkan

kesedaran  :

1.

a. Tetapkan matlamat keseluruhan produktiviti untuk syarikat anda

b. Meningkatkan kesedaran dan komitmen daripada kakitangan

2. Produktiviti membolehkan anda tahu di tahap mana anda berada:

a. Menilai prestasi semasa syarikat anda

b. Mengenalpasti jurang dan bidang yang perlu diperbaiki

3. Produktiviti merancang hala tuju syarikat :

a. Menetapkan sasaran dan merangka strategi

b. Melaksanakan tindakan-tindakan tertentu

4. Produktiviti memantau dan mengukuhkan prestasi syarikat:

a. Akaun untuk pihak berkepentingan

b. Mengenalpasti jurang dan tempat yang perlu diperbaiki

c. Menggabungkan usaha dan ganjaran untuk memotivasikan pekerja.

 

Mengapa produktiviti penting kepada pekerja?

1. Faedah kepada pelanggan

Produktiviti di tempat kerja sering diterjemahkan kepada interaksi dan khidmat

pelanggan yang baik, di mana menjadi kunci kepada kepuasan pelanggan. 

Kebanyakan syarikat yang tinggi produktivitinya di seluruh dunia menggunakan faedah

ini dengan menarik pelanggan yang setia menggunakan produk tersebut. Dengan

adanya pelanggan tetap ini, secara tidak langsung ianya akan berkongsi kepada orang

lain tentang produk yang digunakan. Ini membantu syarikat meningkatkan pemasaran

dan produktiviti syarikat.

Page 8: Apa Itu Produktiviti

2. Syarikat

Pekerja sendiri adalah satu pelaburan oleh syarikat dan sama seperti mana pelaburan

yang lain, yang mana ianya menghasilkan pulangan yang sihat atau memberi feadah

kepada syarikat. Oleh itu, pekerja yang sangat produktif membolehkan syarikat  dapat

mencapai matlamatnya dari pelaburan yang mereka lakukan.

3. Sumber tenaga kerja atau pekerja

Syarikat yang mempunyai produktiviti tinggi akhirnya akan berjaya dan insentif perlu

disediakan kepada pekerja. Ini termasuklah, kenaikan upah, bonus, dan insuran

perubatan dan sebagainya. Ianya juga akan memberikan motivasi kepada pekerja dan

menawarkan mereka lebih banyak peluang pekerjaan kerana syarikat tersebut

berkembang. 

Free Joomla 2.5 Extensions

BAGAIMANA MENGAITKAN PRODUKTIVITI DENGAN UPAH

1. Produktiviti bermaksud output dibahagikan dengan input. Sekiranya produktiviti meningkat,  pertambahan gaji yang diterima merupakan insentif untuk pekerja terhadap peningkatan produktiviti.

2. Upah dan produktiviti adalah saling berkait rapat. Semakin produktif seseorang pekerja itu maka semakin tinggi upah yang akan diperolehinya.

3. Melalui PLWS, peningkatan upah yang seiring dengan produktiviti yang lebih tinggi boleh meningkatkan daya saing syarikat.

4. Produktiviti memberi kesan yang positif kepada pekerja. Pekerja digalakkan untuk lebih produktif dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dan sebagai ganjarannya mereka akan menerima insentif yang adil daripada syarikat di atas usaha mereka.

5. Produktiviti yang tinggi akan membentuk situasi menang-menang diantara pekerja dan majikan dan kerjasama yang terjalin itu boleh meningkatkan lagi prestasi syarikat.

Page 9: Apa Itu Produktiviti

6. Upah mewakili sebahagian besar elemen yang penting dalam hubungan pekerjaan dan ianya mempunyai kepentingan yang sama pada majikan, pekerja dan kerajaan kerana:

a.a. Di pihak majikan, ia mewakili sebahagian besar dari kos operasi dan

menjadi semakin penting untuk produktiviti pekerja dan daya saing syarikat serta juga boleh mempengaruhi keupayaan majikan untuk menggaji dan mengekalkan tenaga kerja yang berkualiti;

b. Di pihak pekerja pula, ia merupakan asas kepada taraf kehidupan dan boleh menjadi ukuran terhadap nilai perkhidmatan dan produktiviti yang diberikan; dan

c. Di pihak kerajaan pula, ia boleh memberi kesan terhadap aspek kestabilan makro-ekonomi seperti pekerjaan, inflasi, kuasa beli dan pembangunan sosio-ekonomi secara umum