A.P.A System

12
PANDUAN PENULISAN AKADEMIK (SISTEM A.P.A.) Spesifikasi Teknikal Jenis dan Saiz Font Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi mestilah menggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz font dalam jadual, gambarajah dan grafik mengikut kesesuaian. Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Manakala nama- nama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam bentuk tulisan condong (italic). Jidar (Margin) Pada amnya jidar kiri mestilah sekurang-kurangnya 1.5 inci manakala jidar kanan, atas dan bawah mestilah sekurang- kurangnya 1 inci. Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat seperti kepala teks dan gambarajah termasuk nombor muka surat hendaklah dalam lingkungan penulisan. Langkau Baris (Spacing) Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau dua (double spacing) manakala jarak antara perenggan mestilah langkau empat. Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu (single spacing) :

Transcript of A.P.A System

PANDUAN PENULISAN AKADEMIK (SISTEM A.P.A.)

Spesifikasi Teknikal

Jenis dan Saiz Font

Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan

bibliografi mestilah menggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz

font dalam jadual, gambarajah dan grafik mengikut kesesuaian.

Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Manakala nama-

nama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam

bentuk tulisan condong (italic).

Jidar (Margin)

Pada amnya jidar kiri mestilah sekurang-kurangnya 1.5 inci

manakala jidar kanan, atas dan bawah mestilah sekurang-

kurangnya 1 inci. Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan

penjilidan. Semua maklumat seperti kepala teks dan gambarajah

termasuk nombor muka surat hendaklah dalam lingkungan

penulisan.

Langkau Baris (Spacing)

Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau dua (double

spacing) manakala jarak antara perenggan mestilah langkau

empat. Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu

(single spacing) :

(i) petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan.

(ii) bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/

rujukan).

(iii) keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang

mengandungi lebih daripada satu baris.

(iv) lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dan

(v) tajuk dan subtajuk.

Kriteria Kertas

Hasil PROJEK hendaklah ditaip di atas kertas putih 80 gm dan

bersaiz A4 (210 mm x 297 mm). Manakala kulit depan gunakan

kertas warna yang telah ditetapkan mengikut program masing-

masing berpandukan para 10.1.8 (i-xi).

Penjilidan

Hasil PROJEK hendaklah dijilid dengan cara tape-binding.

Paparan Muka Surat (Page Layout)

Hasil PROJEK hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali

jadual

dan gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape.

` Penomboran Muka Surat

Semua muka surat hasil PROJEK hendaklah dinomborkan. Nombor

muka surat hendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah

setiap muka surat. Penggunaan kurungan atau sebarang bentuk

lain tidak dibenarkan.

Format Penulisan Akademik

Halaman Pengakuan

Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang

keaslian PROJEK. Ia hendaklah ditandatangani oleh

penulis. Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi

dinomborkan dengan huruf roman

Halaman Judul (Title Page)

Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan.

Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi

dinomborkan dengan huruf roman

Penghargaan

Penghargaan biasanya mengandung kata-kata penghargaan

atas tunjuk ajar dan bantuan daripada individu dan institusi,

tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan

huruf roman

Senarai Kandungan

Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan

yang berpadanan dengan nombor muka surat yang

mengandung semua topik dan subtopik, tidak dikira sebagai

muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman

Kerangka Utama Penulisan (Body of Text)

Kerangka utama penulisan PROJEK hendaklah

mengandung bahagian-bahagian berikut:

(i) Pendahuluan

(ii) Topik-topik/subtopik yang berkaitan

(iii) Perbincangan/Rumusan/Cadangan

Perincian kandungan kerangka utama PROJEK perlulah

dibincangkan bersama-sama dengan pensyarah

pembimbing bagi memenuhi kehendak tugasan.

Tajuk Jadual/Gambarajah/Graf Dalam Teks

Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya

hendaklah diletak di atas jadual tersebut. Manakala

gambarajah dan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah

dan graf tersebut

Petikan Dalam Teks (Citations)

Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang

berasingan. Jika petikan mengandungi kurang daripada 40

perkataan, hendaklah dimasukkan perkataan tersebut ke

dalam teks dan kurungkan petikan dengan tanda petikan (“

“). Sekiranya petikan tersebut mengandungi lebih daripada

40 0erkataan, maka indenkan petikan setengah inci

daripada jidar kiri. Pada akhir perkataan, catatkan sumber

dari muka surat atau perenggan dalam kurungan.

(Publication Manual APA, 2010) Petikan yang ditulis dalam

bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong (italic).

Contoh cara menulis petikan dalam teks :

Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau

singkatannya COCOMO menyediakan model empirik bagi

menganggar perisisan. Bagaimanapun, Boehm (1981)

sendiri telah memberi pandangan beliau tentang COCOMO :

Today, a software cost estimation model is doing well if it

can estimate software development costs within 20% of

actual costs, 70% of the time, and on its own turf (that is

within the class of projects to which it has been

calibrated)……..That is not as precise as we might like, but it

is accurate enough to provide a good deal of help in

software engineering economic analysis and decision

making.

Boehm, B. (1981). “Software Engineering

Economics.” Prentice-Hall.

Format Penulisan Rujukan

Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan

itu telah diterbitkan atau tidak, hendaklah direkodkan.

Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan senarai

rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalam

hasilan PROJEK format yang perlu digunakan adalah

Sistem APA (American Psychological Association).

Kaedah Menulis Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku

Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks

hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa

nama ringkasannya) seperti berikut :

(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas

nama pengarang yang dirujuk. Contoh :

“Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang

menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan

bidang tersebut ialah kerana kurang menerima

pengiktirafan”.

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat,

maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan.

Contoh :

“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang

menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan

bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan

(Brown, 2005)”.

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh

dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang.

Contoh :

“Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu

program pendidikan khas hanya akan dapat

dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru

pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu

bapa”.

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas

nama pengarang pertama. Contoh :

“Antara suasana tugas yang dialami oleh guru

pendidikan khas dalam program percantuman

masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi

kesan pada pencapaian akademik murid adalah

pengiktirafan (Podemsky et al, 1995)”.

(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti

dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama

dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh :

“Contoh perisian yang menggunakan bahasa

pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver oleh

Puget dan Albert (1994a)”.

“Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam

pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan

Albert, 1994b)”.

Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain daripada Buku :

(i) Jurnal Contoh jurnal : Valesky, T.C. & Hirty, M.A. (1992). Special Education Knowledge Requirements for school Administrators. Exceptional Children, 58 (5) : 399 – 406.

Cara menulis dalam teks : Menurut, Valesky & Hirty (1992)………………..

(ii) Tesis Contoh tesis : Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). “Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer, “ Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ph.D.

Cara menulis dalam teks : Ahmad Zaki (1998), mengatakan bahawa ………………. (iii) Bahan dari halaman web Contoh web :

Autor, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.

Cara menulis dalam teks : ……………………………………….. (Autor, 1999).

Format Penulisan Bibliografi Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut : (i) mengikut turutan abjad

(ii) mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang,

tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit

(iii) baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)

Cara penulisan tersebut dijelaskan seperti dalam contoh-contoh

penulisan bibliografi yang disenaraikan.

(a) Manual

American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in the social sciences and education.)

(b) Buku

Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City: Publisher.

(c) Sebahagian daripada buku Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley,

S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-37). City:Publisher.

(d) Kertas kerja yang diterbitkan Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a

published proceedings. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of the Society of Experimental Results (pp. 49-78). City: Publisher.

(e) Kertas kerja yang tidak diterbitkan Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an

unpublished paper presented at a meeting. Paper presented at the 103rd annual meeting of the Society of Experimental Results, City of Meeting, ST.

(f) Artikel dalam jurnal Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of

Experimental Results, 1(3), 1-22.

(g) Artikel dalam majalah

Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article. Magazine of Today, pp. 6-12.

(h) Artikel dalam akhbar Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper

article. The Star, pp. 1, 6-8. (i) Laporan Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report

(Report No. 90-1428). City : Publisher. (j) Tesis Miller, G. M. (2005). This is the title of a master’s thesis.

Unpublished master’s thesis, University Malaya, City, ST. (k) Laman web Autor, Y. M. (1999). This is the title of a Web Page.

http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.

Lampiran

Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat

memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak

mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk rajah,

jadual, carta, atur cara perisian, gambar dan lain-lain. Semua

bahan-bahan lampiran hendaklah dilabelkan dan dinomborkan.

Penomboran lampiran hendaklah dihitamkan (bold) dan ditulis di

sudut atas sebelah kanan.

BIBLOGRAFI Dewey, J. (1975). How we think. Henry Regney, Chicago : 9 Hanipah Hussin (1999). Learning to be reflective : The content and nature of

primary student teachers’ thinking during field experience in Malaysia. Unpublised PhD Thesis. Universiti of Sydney, Australia.

Knowles, J. G., Cole, A. L. & Pressword, C. S. (1994). Through Preservice

Teacher’s Eyes : Exploring Field Experiences Though Narrative and Inquiry. New York : Merrill

Oja, S. (1990). Developmental theories and the professional development of

teacher. Paper presented at the annual meeting of the America Educational Research Association, Boston (ERIC Document Reprod. Serv. No ED352-351)

Reid, (1993). “But we are doing it already”. Exploring a response through the

reflective practice in order to improve its facilitation. Nurse Ed Today 13 : 305 - 306

Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner. How professionals think in action.

New York : Basic Books. Senne, (1997). The Interactive Teaching Portfolio. A Developmental Approach to

Promoting Proffesional Development in Physical Education Student Teachers. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh

Watson, (1995). Early Field Experiences in Teacher Education. A Developmental

Model. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh.