Apakah Itu Glog

download Apakah Itu Glog

of 2

description

glog

Transcript of Apakah Itu Glog

APAKAH ITU GLOG?Glog ialah satu platform visual interaktif yang membolehkan pengguna membuat "poster atau laman web" yang mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, imej, grafik, lukisan dan data (http://edu.glogster.com/what-is-glogster-edu/)Glogster EDU merupakan platform pendidikan global yang utama untuk mengungkapkan pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam dan di luar kelas. Ia memperkasakan pendidik dan pelajar dengan teknologi untuk membina GLOG - poster multimedia dalam talian-menggunakan teks, gambar, video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data dan sebagainya.FAEDAH MENGGUNAKAN GLOGSTERBagi Guru/Pensyarah:Satu saluran digital yang inovatif, dinamik, dan kreatif yang menarik rasa teruja pelajar untuk mencipta sesuatu di internet, mengekalkan perhatian mereka pada kandungan kursus, serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok.Satu platform persendirian dan selamat yang dipantau secara langsung oleh guru.Satu alat pengajaran penting dan berguna yang menggabungkan subjek asas termasuk matematik, sains, sejarah, fotografi, muzik dan lain-lain untuk portfolio setiap pelajar, penilaian alternatif yang unik, dan aktiviti pengajaran yang berbeza.Bagi Pelajar:Pengalaman pembelajaran yang kukuh, seronok dan penuh imaginasi yang menggalakkan ekspresi diri secara bebas dan kreatif, hubungan positif antara pelajar dengan guru, serta kerjasama berkumpulan dalam projek kelas.Pengalaman pebelajaran yang cergas menggunakan pelbagai deria, dengan menggabungkan pengetahuan dan kemahiran ke dalam subjek yang biasanya berorientasikan teks, serta merangsang keinginan pelajar untuk meneroka topik-topik yang kurang diminati sebelum ini.Faedah-faedah lain:Pengalaman pembelajaran yang seronokCara baru untuk meluahkan kreativitiKelas maya yang selamat dan bercorak persendirian yang diawasi oleh guruMendorong minat terhadap subjek yang kurang diminati sebelum iniMenambah aspek audiovisual kepada subjek yang biasanya berorientasikan teksMenggalakan kerjasama berkumpulan dengan rakan sekelasMeningkatkan keinginan untuk menjadi kreatif secara bebasHayat simpanan tidak terhadMemperbaik hubungan antara pelajar dengan guru apabila mereka bersama-sama meneroka web 2.0 dan konsep-konsep pembelajaranGuru dan pelajar dapat mengikuti perkembangan terkini teknologi modenCARA MENGGUNAKAN GLOGSTERGlogster ialah satu alat unik untuk guru dan pelajar membuat poster secara dalam talian menggunakan hiperpautan kepada lain0lain laman web, video, imej, gambar dan audioGlogster membolehkan guru memberikan tugasan yang kreatif dan bermakna.Guru boleh menugaskan pelajar untuk mengkaji sesebuah negara dan membuat satu risalah perlancongan.Pelajar boleh memuat naik video Youtube mengenai perbualan penduduk tempatan dalam bahasa ibunda mereka, memuat naik muzik tradisional/popular negara itu, serta memberikan fakta-fakta, maklumat perlancongan dan destinasi-destinasi popular di negara tersebut.MAKLUMAT LANJUTLaman web Glogster, klik diSINITutorial Glogster, klik diSINIVideo tutorial Glogster, klik diSINIWikipedia, klik diSINI