Apakah Itu Projek 1BestariNet

5
Apakah itu projek 1BestariNet? 1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami. Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu? Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu. Apakah itu Frog VLE? Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru- guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Kenapa perlu menggunakan Frog? Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat

description

Projek 1Bestarinet

Transcript of Apakah Itu Projek 1BestariNet

Page 1: Apakah Itu Projek 1BestariNet

Apakah itu projek

1BestariNet?

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan

dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek

ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di

Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet

berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya

yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi

serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai

Kami.

Apakah maksud

Penyelesaian

Bersepadu?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan

dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang

membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan

pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran

Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh

diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya

sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan

lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.

Apakah itu Frog

VLE?

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog

VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial

untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia

adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang

menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan

konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru

boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya,

sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah

mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui

Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-

guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar

sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE

boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan

adanya sambungan Internet.

Kenapa perlu

menggunakan

Frog?

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah

memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka

khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom

dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog

memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan

guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE

juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat

Page 2: Apakah Itu Projek 1BestariNet

pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps

untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan

lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia,

penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat

dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-

organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem

pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau

Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha

untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah

tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh

menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui

lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan

pembelajaran dengan menonton video-video ini!

Bagaimanakah

saya boleh

mengakses Frog

VLE?

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan

membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap

sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log

masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila

klik di sini.

Bagaimanakah

cara untuk saya

mendapatkan ID

Yes 1BestariNet

saya?

ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila

berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes

1BestariNet anda.

Apakah lagi yang

boleh saya perolehi

dengan ID Yes

1BestariNet saya?

Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses

Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada

Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh

mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.

Bagaimanakah

Frog VLE

mempertingkatkan

pengajaran dan

pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya.

Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta

bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan

pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru

alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti

merancang pengajaran, menandakan tugasan dan

menguruskan kalendar akademik.

Page 3: Apakah Itu Projek 1BestariNet

Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan

para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka

berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah

berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh

dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah,

disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan,

beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang

mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari

kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber

pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web,

tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru

menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan

menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran

berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai

rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih

700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia.

Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan

rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa,

termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan

Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan

pembelajaran.

Bagaimanakah

guru dan pelajar

diberi sokongan

sepanjang

pelaksanaan

projek

1BestariNet?

Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang

yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru

melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan

serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka

memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman

Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea

baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita

kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di

seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan

berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan

sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai

kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam

forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut

menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan

inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal

Page 4: Apakah Itu Projek 1BestariNet

pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia

menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh

Frog Student Champions dan membantu mereka untuk

memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama

pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan

untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan

pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui

tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame.

Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan

rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di

dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang

memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat

mereka.

Adakah ibu bapa

akan diberi akses

Frog VLE?

Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses

Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log

masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak

mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah,

butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-

borang penting dan dokumen.

Mengapakah

sekolah saya tidak

mendapat liputan

sambungan lagi?

Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah

mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran

sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember

2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan

menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang

akhir tahun 2013.

Bilakah Frog VLE

akan tiba di

sekolah saya?

Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda

hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi

Frog VLE selesai dilaksanakan.

Di sekolah saya

sudah terdapat

sambungan

internet, tetapi

mengapakah

sambung VLE

belum tersedia

lagi?

Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan

internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE.

Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda

hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi

Frog VLE selesai dilaksanakan.

Page 5: Apakah Itu Projek 1BestariNet

Saya terlupa

alamat VLE

sekolah saya.

Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah

anda di sini.

Saya menghadapi

masalah dengan

sambungan

internet atau VLE.

Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila

berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda

adalah pentadbir Frog, kami mempunyai Portal Penjagaan

Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog

diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan

teknikal.