Apakah Kemahiran Saintifik

22
Apakah Kemahiran Saintifik? Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Oleh itu kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara sistematik. Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2. Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif Bersepadu Asas

description

dst

Transcript of Apakah Kemahiran Saintifik

Page 1: Apakah Kemahiran Saintifik

Apakah Kemahiran Saintifik?

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan

sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan

projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri

daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Oleh itu kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan

memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta

membuat keputusan secara sistematik. Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran

Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan

Rajah 2.

Rajah 2 Komponen-komponen Kemahiran Saintifik

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif

BersepaduAsas

Page 2: Apakah Kemahiran Saintifik

Komponen-komponen Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills)

Kemahiran Proses Sains bolehlah didifinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh

dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan

pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta

pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Kemahiran Proses Sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenal dunia

sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Guru-guru perlu mengetahui dan

menguasai kemahiran proses sains terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat

diajarkan kepada murid. Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan

dan eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-kemahiran proses sains.

Seterusnya, kemahiran berfikir juga akan dipertingkatkan.

Terdapat 12 KPS yang harus diperkembangkan dalam kurikulum Sains adalah:

Memerhati

Mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramal

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Mentafsirkan data

Mendifinisikan secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berdasarkan Teori Peringkat Perkembangan Kognitif, KPS dapat dibahagikan

kepada dua peringkat utama iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran

Proses Sains Bersepadu (KPSB).

Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Asas (Basic Process Skills)

mampu mengembangkan logik dan memahami konsep pengabadian serta dapat membuat

Page 3: Apakah Kemahiran Saintifik

pengelasan berasaskan lebih daripada satu ciri pada satu masa. Lazimnya, pelajar yang

mempunyai KPSA adalah golongan murid sekolah rendah yang berusia antara 7 hingga 11

tahun (Peringkat Operasi Konkrit).

Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Integrated Process

Skill) pula lebih matang dan dapat menguasai pemikiran yang lebih abstrak serta memahami

keperluan untuk mengawal pemboleh ubah apabila menjalani suatu eksperimen. Rata-rata

pelajar yang mempunyai KPSB merupakan pelajar yng berusia antara 11 hingga 15 tahun.

(Peringkat Operasi Formal).

Kemahiran-kemahiran Proses Sains Asas ialah:-

1. Memerhati

Memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena

menggunakan sebahagian atau semua deria. Ianya boleh dilakukan secara kualitatif

dan kuantitatif. Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran

pemerhatian yang dibuat.

Petunjuk Memerhati:-

Menggunakan deria rasa, penglihatan,bau, pendengaran dan sentuhan.

Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep.

Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.

Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani

Memperihal akan perubahan yang berlaku

Mengenal pasti tertib sesuatu kejadian yang berlaku

Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

2. Mengelas

Mengelas ialah proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan

antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Mengasingkan dan

mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing.

Petunjuk Mengelas:-

Kenal pasti ciri umum sekumpulan item

Beri nama kepada kumpulan item itu

Page 4: Apakah Kemahiran Saintifik

Kenal pasti ciri lain

Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil

Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu

kumpulan

3. Berkomunikasi

Berkomunikasi ialah kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih

dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.

Petunjuk Berkomunikasi

Kenal pasti ciri umum sekumpulan item

Bercakap, mendengar atau menulis atau menjelaskan idea atau makna

kepada rakan

Merekod maklumat daripada kajian

Meneliti maklumat yang ingin disampaikan

Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuain

Menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaian

Menggunakan bahan rujukan

Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

4. Meramal

Meramal ialah proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan

berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang

boleh dipercayai.

Proses Meramal

Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang

mungkin berlaku.

Menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan.

Menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan.

Mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas.

Membezakan ramalan daripada tekaan.

Page 5: Apakah Kemahiran Saintifik

5. Menyukat dan menggunakan nombor

Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan

alat piawai.

Petunjuk Mengukur dan Menggunakan Nombor

Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang

berlainan

Menggunakan nombor untuk merekod fenomena

Membandingkan objek-objek menggunakan nombor

Menggunakan alat dengan betul

Mencatat bacaan dengan tepat

Mencatat unit dengan betul

Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul

Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan

Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor

Menentukan kejituan ukuran tertentu

Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

6. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu

objek dan perubahannya mengikut masa.

Petunjuk Menggunakan Perhungan Masa dan Ruang

Memperihalkan lokasi dengan masa

Memperihalkan perubahan arah dengan masa

Memperihalkan bentuk dengan masa

Memperihalkan perubahan saiz dengan masa

Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi

Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar

perubahan

Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam

ruang

Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainan

Menerangkan perhubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak

7. Membuat Inferens

Page 6: Apakah Kemahiran Saintifik

Membuat inferens ialah proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan

peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan

sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini

mungkin benar atau tidak.

Petunjuk Inferens

menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan

awal yang munasabah

membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian

mengenal had-had inferens

menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan

menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Asas ialah :-

Memerhati : memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada tumbuhan

Mengelas : mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu, bersisik,

berkaki, berkepak.

Berkomunikasi : menyatakan kepentingan kitar semula

Membuat inferens : menyatakan sebab kenapa daun pada sebatang pokok

menjadi layu

Perkaitan ruang dan masa : mengukur dan membanding pergerakan dua objek

yang berbeza dengan jarak masa yang ditetapkan.

Mengukur dan menggunakan nombor : mengukur suhu bagi cecair yang

dipanaskan.

Meramal : meramal keadaan yang akan berlaku pada pokok dalam pasu yang

diletakkan dalam kotak tanpa cahaya matahari.

Kemahiran-kemahiran Proses Sains Bersepadu ialah:-

1. Mentafsir Data

Ianya ialah kebolehan member penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau

pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.

Petunjuk Mentafsir Data

Page 7: Apakah Kemahiran Saintifik

• Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang

maksudnya

• Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh

• Menyatakan hubungan di antara maklumat

• Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan

2. Mendifinisi Secara Operasi

Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan

perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Petunjuk Mendifinisi Secara Operasi

Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman

sendiri.

Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

3. Mengawal Pemboleh Ubah

Pemboleh ubah boleh jadi satu factor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah

dalam suatu kejadian atau system yang dikaji. Pemboleh ubah dimanipulasikan untuk

menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua (pemboleh ubah bergerak

balas). Pemboleh ubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan

(pemboleh ubah dimalarkan)

Petunjuk Mengawal Pemboleh Ubah

Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan

Menentukan pemboleh ubah yang akan

- dimanipulasi (tak bersandar),

- bergerak balas (bersandar)

- dimalarkan.

Menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan keatas pemboleh ubah

yang dimanipulasikan

Page 8: Apakah Kemahiran Saintifik

4. Membuat Hipotesis

Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens,

untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Merupakan suatu ramalan mengenai

hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Boleh diuji untuk membuktikan

kesahihannya.

Petunjuk Membuat Hipotesis

mengenal pasti pemboleh ubah

membuat inferens yang munasabah

menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens

5. Mengeksperimen

Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan

kemahiran proses sains peringkat tinggi.

Petunjuk Mengeksperimen

Membuat pemerhatian

Mengemukakan soalan serta membuat inferens

Membuat hipotesis yang boleh diujikan

Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasi

Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen

Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data

Menganalisis dan mentafsir data

Membuat kesimpulan

Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Bersepadu:-

Mengenalpasti dan mengawal pembolehubah : membuat ujikaji tentang factor-faktor

pengaratan besi.

Mendifinisi secara operasi : menyatakan maksud proses penyejatan, pembekuan,

kondensasi, peleburan.

Page 9: Apakah Kemahiran Saintifik

Menjalankan eksperimen : menjalankan eksperimen tentang keperluan asas

haiwan.

Membentuk dan menguji hipotesis : menguji hipotesis tumbuhan memerlukan

cahaya matahari untuk hidup.

Mentafsir data : membina jadual pertumbuhan biji benih selama 30 hari dan

membuat kesimpulan dari data yang diperoleh.

Rajah 3 : Jadual berikut memberikan definisi bagi komponen-komponen KPS yang telah

diterangkan di atas.

Page 10: Apakah Kemahiran Saintifik

Keseluruhan Proses Sains adalah seperti Rajah 4 di bawah:-

Rajah 4

KEMAHIRAN

PROSES SAINS

Memerhati

Mengelas

Mengukur dan menggunakan

nombor

Membuat inferens

Meramal

BerkomunikasiMenggunakan

perhubungan ruang dan masa

Mentafsir maklumat

Mendifinisi secara operasi

Mengawal pemboleh

ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Page 11: Apakah Kemahiran Saintifik

KPS Definisi

Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan

mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan

cirri yang sama.

Mengukur

menggunakan

nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan

menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau

alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang

mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan

sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu

atau berdasarkan data.

Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan

mempersembahkan maklumat atau idea dalam

bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Menggunakan

perhubungan

ruang dan masa

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi,

arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan

masa.

Mentafsirkan data Memberi penerangan yang rasional tentang objek,

peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

Mendifinisikan

secara operasi

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan

menyatakan perkara yang dilakukan dan

diperhatikan.

Mengawal

pemboleh ubah

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan,

pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah

yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu

pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan

hubungannya dengan pemboleh ubah yang lain

dimalarkan.

Membuat hipotesis Membuat satu pernyataan umum tentang hubungan

antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi

menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.

Page 12: Apakah Kemahiran Saintifik

Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan

kesahihannya.

Mengeksperimen Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk

menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data,

mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan

daripada penyiasatan itu.

Kemahiran Manipulatif Sains (KMS)

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psokomotor yang diperkembangkan

melalui penyiasatan dalam Sains. Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat

mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan betul,

selamat, cermat dan tepat.

Kemahiran ini diaplikasikan apabila pelajar menggunakan dan mengendalikan

peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan sains dengan betul dan

selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan specimen

dengan betul dan cermat dan yang terakhir sekali ialah melakar specimen, peralatan dan

bahan sains.

Antara contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Manipulatif ialah:

Menggunakan kanta tangan untuk melihat bilangan kaki haiwan yang kecil.

Menggunakan forsep untuk mengutip haiwan.

Membersihkan forsep, piring petri dan peralatan makmal.

Tidak mencederakan dan merosakkan specimen.

Menyimpan peralatan dan bahan makmal di tempat yang selamat dan betul.

Rajah 4 Gambar menunjukkan Kemahiran Pulatif diaplikasikan oleh pelajar.

Page 13: Apakah Kemahiran Saintifik

Strategi Mengajar Kemahiran Saintifik di Sekolah Rendah

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains

sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan

pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan

menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.

Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku

apabila konsep dan pronsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

Walaubagaimanapun di peringkat sekolah rendah, murid menentukan bimbingan dan

panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan

ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam

menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian

masalah.Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesui digunakan

dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih

sesuai didedahkan secara langsung oleh guru.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing

murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan

nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan

bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi

dan projek.

Eksperimen menguji hipotesis melalui penyiasata. Ini melibatkan murid mengawal

pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Perbincangan murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan

yang sahih mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

Simulasi aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi

yang utama ialah main peranan, permainan dan pengunaan model. Dalam main peranan,

murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang

telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi.

Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses

membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.

Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip

yang dipelajari. Projek aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

Page 14: Apakah Kemahiran Saintifik

mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau

waktu pembelajaran yang formal.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah

Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara

berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. Pemilohan kaedah atau

gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan

pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman,

kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan, iaitu:

i. Kaedah heuristic

Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-

bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. Peranan guru

menjadi pebimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

ii. Kaedah induktif

Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran

yang konkrit dan abstrak. Khusus kepada umum dan daripada contoh kepada

hukum am. Kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri kes dan

beberapa kes lain yang serupa.

iii. Kaedah diduktif

Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek

umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.

iv. Kaedah dogmatic

Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula.

Latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu

dalam situasi yang berperingkat.

v. Kaedah projek

Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan

dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar

rujuk dan penilai.

Page 15: Apakah Kemahiran Saintifik

vi. Kaedah amali

Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian

mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang

disediakan oleh guru. Peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar,

penasihat, pakar rujuk dan penilai.

vii. Kaedah lawatan

Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu di luar bilik

darjah dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

viii. Kaedah sintesis

Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum

diketahui berdasarkan data yang ada. Pelajar merumus kesimpulan.

ix. Kaedah topic

Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topic sehingga lengkap,

sekaligus menghubungkaitkan dengan topic-topik berkaitan.

x. Kaedah Simulasi

Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan

situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan sebagai individu

lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan

sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang

mereka boleh mainkan. Keberkesannya bergantung kepada kelebihan dan

kefahaman peranan yang diaminkan itu.

xi. Kaedah Cerita

Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang

boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Page 16: Apakah Kemahiran Saintifik

xii. Kedah Perbincangan

Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada

dalam kumpulan besar ataupun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat

rujukan atau kajian.

xiii. Kaedah Modular

Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara.

Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan

pelbagai aktiviti seperti membuat latihan, menyelesaikan masalah dan

menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar

mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

xiv. Kaedah Soal Jawab

Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan

itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas, dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah

pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar

sekolah rendah.

Page 17: Apakah Kemahiran Saintifik

RUJUKAN

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm

http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html

http://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.html

http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains

http://cikgufarizal.com/category/kurikulum/sains/kemahiran-proses-sains/

http://www.longwood.edu/cleanva/images/sec6.processskills.pdf

http://library.unesco-iicba.org/English/SECONDARY_SCIENCE_SERIES/science_lessons/2_process_skills.htm

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm

The American Association for the Advancement of Science

Charlesworth R.. (2006). Math & Science For Young Children 5th Edition. New York: Thomson Delmar Learning

Zaeydee b. Omar.(2013).Science Process Skill Year 4 : Problem Solving.MYBOOK.COM SDN. BHD,Selangor.

Poh Swee Hiang.(2000).Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Petaling Jaya.