Apakah Teknik Sq3r Itu

download Apakah Teknik Sq3r Itu

of 2

Transcript of Apakah Teknik Sq3r Itu

  • 8/4/2019 Apakah Teknik Sq3r Itu

    1/2

    APAKAH TEKNIK SQ3R ITU? Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagimeningkatkan kemahiran belajar pelajar.

    Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemaksemula

    APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?

    SurveyMurid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi

    bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadapbahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol,ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialahteknik skimming dan scanning.

    2.Soalan (Question) Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telahdilakukan.

    Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaituwhat (apa?),

    when (bila?),where (di mana?),why (mengapa?),who (siapa?)how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapanbagi soalan-soalan yang dibina.

    3. MEMBACA (READ)

    Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks.Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-muridtentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yangberkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapansebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

    4. 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)

  • 8/4/2019 Apakah Teknik Sq3r Itu

    2/2

    Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingatkembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlumenyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawabsemua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga bolehmengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat

    dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

    5. 5. REVIEW (MENYEMAK)Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yangditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakanoleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlumempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumatdalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasanpada peringkatquestion (menyoal)

    TUJUAN SQ3R

    Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebutuntuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.

    Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkaratambahan yang belum diketahui lagi .