apat adat perpatih ada temenggung

download apat adat perpatih ada temenggung

of 1

description

sejarah adat di tanah melayu. aadat perpatih adat temenggung. sejarah latar belakang ciri-ciri perbezaan kebaikan dan keburukan.

Transcript of apat adat perpatih ada temenggung

Masyarakat Melayu tradisional amat terikat dengan adat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan secara turun temurun sehingga ianya merupakan hukum yang dipatuhi oleh semua. Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal sahaja oleh Ketua Adat. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu tradisional.

Kawasan dan Pengasasan Kedua-dua adat ini berasal dari Utara Sumatera. Menurut Terombo atau "Lagu asal usul adat", Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera, diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan, menjaga kawasan pesisiran pantai dan laut. Adat ini dibawa ke Melaka pada awal kurun ke-15 lagi. Diamalkan oleh semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Perpatih pula berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang, menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau. Adat ini dibawa oleh orang Minangkabau ke negeri Sembilan pada kurun ke-17.

Bentuk dan Pelaksanaan

Adat Temenggungdilaksanakan di keseluruhan negeri-negeri Melayu kecuali di negeri Sembilan. Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu; adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutama dalam Undang-undang Manu. Apabila Islam berkembang, adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut mazhab Shafie. Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain dengan nama yang berlainan tetapi mempunyai fungsi yang sama. Di Johor adat ini dikenal sebagai Undang-undang Johor, di Kedah sebagai Undang-undang Kedah, di Pahang sebagai Undang-undang Pahang, dan di Perak sebagai Undang-undang 99 Perak. Adat Temenggung dihafal dan diingati serta dilaksana oleh Tok Sidang, Penghulu atau Penggawa.

Adat Perpatihmerupakan adat yang tidak bertulis. Ia adalah pepatah yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat dikenal sebagai tambo atau perbilangan adat. Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu resam atau adat turun temurun yang diwarisi dan hukum syarak yang dipatuhi dari mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.