Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

30
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT) “APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH” Disediakan oleh : Nama : ROSIADI BIN TAJUDIN No. Matrik : L20081002254 Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBI No. Matrik : L20081002255 Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : SITI FATIMAH BINTI NOR DIN No. Matrik : L20081002253 Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : AZMA HANIM BINTI ABDUL AZIZ No. Matrik : L20081002256 Program : AT46D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER) Nama : AFZAN BINTI MUSTAFA No. Matrik : L20081002257 Program : AT47D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER) Pensyarah:

description

Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru untuk mengkaji latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.

Transcript of Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Page 1: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT)

“APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH”

Disediakan oleh :

Nama : ROSIADI BIN TAJUDIN

No. Matrik : L20081002254

Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama : NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBI

No. Matrik : L20081002255

Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama : SITI FATIMAH BINTI NOR DIN

No. Matrik : L20081002253

Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama : AZMA HANIM BINTI ABDUL AZIZ

No. Matrik : L20081002256

Program : AT46D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)

Nama : AFZAN BINTI MUSTAFA

No. Matrik : L20081002257

Program : AT47D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)

Pensyarah:

EN. IKHSAN OTHMAN

KUMPULAN (DPLI) SEMESTER 1, 2008

Page 2: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 PENGENALAN 1 – 2

2.0 LATARBELAKANG PENGURUSAN BILIK DARJAH

2.1 Pengenalan3

2.2 Konsep Bilik Darjah3 – 4

2.3 Guru Dan Peranannya

5 – 7

2.4 Pelajar Dan Peranannya 7 - 8

2.5 Pengurusan Fizikal, Sumber Dan Organisasi9 – 10

2.6 Persekitaran dan Aplikasi Bilik Darjah10 – 11

2.7 Pengurusan Murid

11 – 13

2.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran14 – 15

3.0 TEORI-TEORI SOSIOLOGI

3.1 Teori Struktural-Fungsional 16 – 17

3.2 Teori Interaksionisme 17 – 18

4.0 APLIKASI TEORI SOSIOLOGI DALAM MENANGANI ISU KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

4.1 Guru Kurang Berfungsi 19

4.2 Wujud Kumpulan Tertentu 19 – 20

4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan 20 – 21

4.4 Wujudnya Halangan Komunikasi 21 – 22

4.5 Kawalan Kelas Yang Longgar 22 – 23

4.6 Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar 23 – 25

5.0 RUMUSAN 26 - 27

BIBLIOGRAFI

Page 3: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

1.0 Pengenalan.

Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam

menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik

darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam

pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek

utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru untuk mengkaji

latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah

dapat dicapai dengan jayanya.

Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurus

sebuah bilik darjah, maka dalam kajian ini penulis cuba mengkaji “Aplikasi Sosiologi

Dalam Pengurusan Bilik Darjah”. Skop kajian lebih tertumpu kepada mengkaji

struktur sosial di dalam bilik darjah iaitu guru dan pelajar.

Kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu; bahagian pertama,

mengkaji latarbelakang pengurusan bilik darjah; bahagian kedua, mengkaji teori-teori

sosiologi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan bilik darjah dan bahagian

ketiga, menghuraikan mengenai aplikasi teori sosiologi dalam menangani isu

pengurusan bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialah rumusan.

Dalam bahagian pertama, huraian kajian lebih memfokuskan kepada komuniti

di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah, latarbelakang dan peranan setiap

anggota komuniti. Dalam konteks ini, subjek yang dikaji terdiri daripada guru dan

pelajar. Selain itu, teknik-teknik pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh seorang

guru di dalam bilik darjah turut diterangkan.

Dalam bahagian kedua pula, tumpuan kajian adalah mengenai teori-teori

sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah.

Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas dan aplikasi pengunaannya

diterangkan secara mendalam dalam bahagian yang seterusnya.

Manakala, dalam bahagian ketiga pula huraian menjurus kepada pengunaan

teori sosiologi dalam menangani isu-isu pengurusan bilik darjah. Dalam bahagian ini

kajian juga menumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

pengurusan bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampir keseluruhan sub topik yang

dihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topik dalam bahagian pertama.

Page 4: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Bahagian terakhir pula ialah rumusan. Bahagian ini memberi kesimpulan

keseluruhan mengenai tajuk dan skop kajian yang dikaji. Semoga hasil daripada

kajian ini akan dapat digunakan oleh para guru dan juga para pelajar bidang

perguruan dalam memahami konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke

arah menghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah dengan lebih berkesan.

Page 5: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

2.0 Latar Belakang Pengurusan Bilik Darjah

2.1 Pengenalan

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan

campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak

kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan

mengawal. Dalam topik perbincangan aplikasi ilmu sosiologi dalam pengurusan bilik

darjah ini penulis mengemukakan pendapat dan hujah betapa pentingnya seorang

guru atau pengurus mengambil perhatian terhadap aspek sosiologi dalam sebuah

bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek sosiologi

yang disentuh akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan guru di dalam bilik darjah.

Apabila kita membincangkan aspek sosiologi itu dalam konteks bilik darjah,

maka perkara khusus yang perlu dikaji ialah komuniti yang terdapat dalam

lingkungan bilik darjah tersebut. Adalah penting untuk dibincangan dalam perkara ini

tentang maksud bilik darjah itu sendiri, siapa guru dan pelajar dari segi sejarah,

biografi, peranan dan struktur, teknik dan cara pengurusan bilik darjah yang

berkesan dengan merujuk kepada aspek sosiologi serta faktor-faktor yang

mempengaruhi keberkesanan pengurusan sebuah bilik darjah tersebut.

2.2 Konsep Bilik Darjah

Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan

pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi

arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar

dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam

sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk

sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai

untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai

suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan

pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam

kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.

Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya telah

wujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah mengikut

perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman dahulu,

pembelajaran dilakukan di bawah pokok dengan bilangan pelajar yang kecil sekitar

Page 6: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

lima hingga enam orang, dan ini boleh dianggap sebagai satu bilik darjah. Begitu

juga dengan surau atau pondok yang menjadi tempat kanak-kanak Melayu mengaji

al-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilik darjah. Oleh itu, boleh

dikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itu disampaikan tempat tersebut boleh

dianggap sebagai bilik darjah.

Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi

pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik atau

ruang yang mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasan seorang guru,

sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang

sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal sains serta pendidikan yang

diadakan di pusat sumber boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.

Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi dengan

kemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta yang paling

utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yang sama di

bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat

mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang mempunyai

matlamat dan harapan yang sama.

Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini

boleh mengalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan

dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan

tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara guru

menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan,

menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar.

Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna

untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,

merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan

perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah

pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani

dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan

strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang,

kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran,

Page 7: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan

mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

2.3 Guru dan Peranannya

Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah, yang lazimnya terdiri

daripada guru, pelajar dan sumber pembelajaran. Guru sebagai individu yang terlibat

secara langsung dalam menerajui pembelajaran. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai

peranan masing-masing bagi membolehkan sebuah bilik darjah berfungsi dengan

baik dan mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak sekolah.

Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih

tua usianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagi sekolah

kerajaan, guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruan serta

mendapat kelayakan untuk menjadi seorang guru sama ada dalam bentuk sijil,

diploma ataupun ijazah. Guru di sekolah merupakan satu fenomena moden di mana

mereka mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu dan dibayar gaji.

Pengurusan guru-guru sekolah awam di letakkan di bawah tadbiran Kementerian

Pelajaran Malaysia dan mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Manakala guru-guru

sekolah swasta pula dibayar oleh majikan masing-masing. Dalam skim penjawatan

guru sekolah Malaysia, secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

guru siswazah dan guru bukan siswazah.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras

kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga

berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar dalam

melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara peranan

guru yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yang

mulia, pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya serta mahir dalam beberapa

kemahiran khususnya yang akan diajarkan kepada pelajarnya. Menurut

Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalam konteks pengurusan bilik darjah.

Katanya, “Pembelajaran terganggu dalam iklim yang kucar-kacir atau destruktif;

adalah menjadi tanggungjawab guru menolong pelajar bertingkah laku dengan cara

meningkatkan hormat pada diri sendiri dan mewujudkan cohesiveness kumpulan”.

Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorang

guru. Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlu

mempunyai keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapat

Page 8: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya. Hal ini menuntut sifat profesionalisme

yang tinggi. Guru haruslah mempunyai disiplin yang cemerlang seperti bekerja keras,

menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin

kendiri yang utuh. Semua hal ini penting untuk menarik minat pelajar terhadap guru

yang mengajar kerana pelajar akan lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai guru yang mengajarnya.

“Segala-galanya yang dilakukan oleh guru daripada merancang jadual harian

sehingga membantu murid menyelesaikan perbalahan adalah mempengaruhi

keberkesanan guru sebagai pendisiplin” (Rohaty Mohd. Majzub, T. Subahan, Maerah

Faridah Karim, Ahmad Jeffiri Hassan, 1991. Persatuan Pendidikan Malaysia, 48)

Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amat

penting terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadi

kenyataan. Menurut Kamarudin Husin (2004:384), peranan seorang guru dapat

diringkaskan seperti berikut:

1. Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik

darjah berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam

bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

2. Pengerak pembelajaran dengan menjadi pembimbing kepada pelajar

supaya mereka berusaha belajar secara individu atau secara

berkumpulan.

3. Pengurus bilik darjah seperti menguruskan jadual tugas bilik darjah,

menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan serta

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

4. Menjadi ibu bapa kepada pelajar, terutamanya dalam menjaga

keselamatan dan kebajikan mereka.

5. Bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan disiplin

pelajar.

6. Model hidup yang akan menjadi ikutan dan contoh kepada pelajar.

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapi

masalah dalam pelajaran atau peribadi.

8. Menjadi penasihat kepada aktiviti ko-kurikulum.

9. Menjadi pemeriksa dan penilai kepada aktiviti pembelajaran.

10. Menjadi seorang pelajar, dengan sentiasa mengikuti kursus

peningkatan keilmuan profesionalisme.

Page 9: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

11. Menjadi pembantu pentadbir sekolah dan pegawai perhubungan antara

pengetua dengan pelajar serta antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilah

menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segala

kemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar ini

menjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata masyarakat.

Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar guru yang mendukung satu falsafah

keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia, iaitu:

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan

saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung

warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu

dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik

dan berdisiplin”

2.4 Pelajar dan Peranannya

Gelaran pelajar atau murid diberikan kepada seseorang apabila mereka memasuki

alam persekolahan diperingkat sekolah tadika, sekolah rendah mahupun sekolah

menengah. Walaupun kedudukan pelajar dalam carta hierarki organisasi sekolah

terletak paling bawah, namun mereka juga memainkan peranan penting, sesuai

dengan keupayaan dan kedudukan mereka.

Setiap pelajar adalah berbeza dari segi perwatakkan, tingkah laku, bangsa,

budaya dan agama. Mereka juga berasal dari latar belakang ekonomi keluarga yang

berbeza serta tahap pengetahuan yang berlaianan. Oleh itu, adalah amat sukar

melayan kerenah mereka kerana semua hal yang disebutkan mempengaruhi

perkembangan mereka serta penerimaan mereka terhadap pelajaran. Adalah

penting bagi seorang guru dan kakitangan sekolah mengetahui tentang latar

belakang dan status pelajar dari setiap sudut sama ada sejarah, ekonomi, dan

keluarga supaya mereka tidak terasa tersisih dan kesamarataan dapat dirasai antara

semua pelajar.

Dalam konteks kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada pelajar peringkat

sekolah menengah yang berada dalam lingkungan usia remaja. Menurut Dorothy

Roger dalam Muhd Mansur Abdullah (1988:37), perkataan remaja berasal daripada

perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksud tumbuh dan berkembang ke arah

Page 10: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

kematangan. Manakala dari segi definisinya pula, Cyril Simmons dan rakan-

rakannya mentakrifkan remaja sebagai jangka masa ketika pengakhiran zaman

kanak-kanak dan permulaan zaman dewasa (1984:16). Secara teorinya remaja

adalah satu tempoh masa daripada bermulanya baligh (umur 10 ataupun 11 tahun

bagi perempuan dan 12 ataupun 13 tahun bagi lelaki) sehingga mencapai dewasa

sepenuhnya daripada segi fizikal, sosial, undang-undang dan ekonomi. Manakala

menurut Jean-Jacques Rousseau pula, umur remaja boleh di anggap berada pada

usia 15 hingga 20 tahun. Dan demikian juga menurut undang-undang, umur remaja

adalah antara 10 hingga 18 tahun.

Jika kita melihat kepada pentakrifan usia remaja, secara kasarnya semua

takrifan berada pada usia pelajar peringkat sekolah menengah (13 hingga 18 tahun).

Maka tidak hairanlah, mengapa pelajar pada usia ini perlu untuk diberi perhatian

kerana mereka sedang mengalami satu tempoh peralihan yang mencabar ke arah

menempuh alam dewasa dan kematangan. Menurut Crow and Crow, umur yang

meningkat membawa kepada perubahan dalaman penyatuan emosi dan cara

bertindak balas dibangkitkan (1983:102). Pada tahap ini mereka mengalami

pelbagai perubahan fizikal, emosi dan sosial. Mereka akan lebih mudah terpengaruh

dengan rakan sebaya dan ingin mencari satu identiti dalam kehidupan mereka. Di

sinilah dilihat peri pentingnya tugas seorang guru dalam membantu pelajar

memainkan peranan mereka yang sepatutnya dan bukannya goyah dengan tarikan

dunia luar ataupun rakan sebaya.

Setiap pelajar yang hadir ke sekolah mesti belajar. Sudah menjadi lumrah

tugas sebagai seorang pelajar adalah untuk menghadirkan diri ke sekolah dan

menuntut ilmu. Pelajar haru melihat, mendengar, meneliti, memahami dan

mengekalkan apa sahaja yang diajar oleh gurunya. Pelajar perlu tahu bagaimana

untuk menyeimbangkan dirinya dengan segala perubahan dan kemajuan yang

terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab pelajar

untuk mematuhi setiap peraturan sekolah, menjalin kemesraan dengan guru dan

rakan sebaya, berusaha mengawal diri dan perasaan, serta sentiasa bersedia untuk

memberikan kerjasama dan komitmen jika diperlukan.

Dalam menjalani alam persekolahan, sememangya tidak dinafikan bahawa

pelajar sebenarnya membentuk pelbagai hubungan secara tidak langsung.

Hubungan yang wujud ini banyak membantu pelajar menyesuaikan diri mereka

dengan persekitaran persekolahan. Pelajar membentuk hubungan dengan kumpulan

rakan sebaya mereka dan hubungan ini melibatkan aktiviti pelajar yang berorganisasi

Page 11: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

sama ada di dalam atau di luar sekolah. Rakan sebaya di alam persekolahan adalah

kumpulan rujukan pelajar yang memberi ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti diri

dan pembentukkan imej (Fomberi, 1990; Mahmood, 1991). Oleh itu, pelajar adalah

cenderung ke arah pengaruh kumpulan umurnya berbanding dengan orang dewasa.

Kebiasaannya pelajar mudah terpengaruh kepada gaya pakaian, pertuturan,

orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan sebagainya. Situasi di sekolah

mengizinkan pembentukan kumpulan rakan sebaya. Secara tidak langsung, pelajar

dapat membentuk struktur sosial mereka sendiri di mana mereka akan mempunyai

kedudukan dan memainkan peranannya.

Begitulah serba sedikit tentang siapa pelajar dan peranan yang seharusnya

dimainkan oleh pelajar.Guru harus mengetahui latar belakang pelajar dengan baik

supaya penumpuan boleh diberikan kepada mereka dan teknik pengajaran dan

pembelajaran dapat disesuaikan dengan latar belakang pelajar yang berbeza-beza.

Menurut Farington (1990), walaupun mereka mungkin berasal dari kampung yang

sama tetapi kecetekkan akal yang muda menyebabkan mereka lebih bertindak

mengikut hati dan perasaan dan bukannya mengikut pertimbangan akal yang waras.

2.5 Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi

Bilik darjah merupakan sebuah tempat yang menempatkan para pelajar untuk

menerima dan menimba ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar yakni guru

secara terus melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pada zaman

kecanggihan ledakan teknologi maklumat dan penggunaan multimedia terutama

dalam bidang perkomputeran, penggunaan bilik darjah sebagai wadah penyampaian

ilmu mulai ada penggantinya iaitu melalui sistem pembelajaran secara ‘online’ .

Namun tahap yang dapat dicapai melalui pembelajaran sistem ini hanya lebih

praktikal kepada pelajar yang senior sahaja terutama di peringkat menengah  dan ke

atas. Atas perkara ini, kita masih lihat kepentingan bilik darjah dalam penyampaian

ilmu masih lagi terus relevan kerana pembelajaran dalam bilik darjah adalah lebih

mudah dan tidak banyak masalah yang remeh untuk diselesaikan.

Konsep bilik darjah berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari

semasa ke semasa. Bilik darjah selalunya mempunyai peralatan asas seperti papan

hitam, papan kenyataaan, meja dan kerusi untuk guru dan pelajar, almari yang

dilengkapi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar

serta peralatan sokongan yang dihiasi untuk keceriaan dan kebersihan persekitaran

Page 12: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

untuk ruang pembelajaran. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-

baiknya di atur untuk kemudahan para pelajar bagi mengadakan aktiviti

pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan aktiviti berkumpulan. Pelajar mudah

berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah yang

berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan seramai 40 orang pelajar. Sistem

pencahayaan yang baik serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan

peredaran udara yang secukupnya diperolehi.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu pembelajaran, jadual

bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran dan sudut

bacaan boleh melahirkan suasana bilik darjah yang kondusif. Hasilnya persekitaran

pembelajaran yang harmonis boleh menceriakan dan meningkatkan semangat para

pelajar dan guru untuk berada lebih lama di bilik darjah kerana proses pengajaran

dan pembelajaran seolah-olah berada di dalam sebuah rumah sendiri. Selain itu,

wujudnya perasaan saling bekerjasama dan semangat kekitaan disamping berdikari

untuk bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Pelajar sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi pelajar yang

berpengetahuan dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan

strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea atau fasilitator bagi

melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi semua bidang kemahiran

sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang

kondusif dan kreatif akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

berfokus. Kejayaan guru menguruskan fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang

kondusif memberi gambaran bahawa guru telah berjaya membentuk budaya yang

positif dikalangan pelajar yang melambangkan sebahagian daripada rukun negara

yang diterapkan.

2.6 Persekitaran dan Aplikasi Bilik Darjah

Suasana bilik darjah yang harmoni dapat membantu meningkatkan kualiti proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Guru memainkan peranan

penting dalam membentuk suasana dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya

kepimpinan yang berwibawa seperti mengurangkan arahan untuk pelaksanaan tugas

kepada pelajar dalam bilik darjah boleh dianggap sebagai kepimpinan berasaskan

demokratik. Selain dapat merapatkan jurang komunikasi antara guru dan pelajar,

hubungan mesra dan semangat bekerjasma di kalangan pelajar boleh diwujudkan.

Berbeza dengan kepimpinan berasaskan Laiissez-faire yang memberi arahan-

Page 13: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu

persoalan yang ditimbulkan atau yang telah sedia ada.

Pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal suasana dalam bilik

darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan pelajar. Suasana bilik darjah yang

baik biasanya dikaitkan dengan penglibatan dan penghayatan pelajar bersama guru

dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang akan

lebih bersedia menerima dan menghormati setiap pelajar dalam pengawasannya di

samping menekankan terhadap perubahan ke arah yang lebih baik. Apabila keadaan

ini berlaku guru sebagai pendidik dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi

dan pertumbuhan kendiri para pelajar serta bersikap keterbukaan dalam perkara-

perkara yang boleh membawa ke arah kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan

diuruskan dengan berkesan. Segala tugasan yang diberikan kepada setiap pelajar

sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan budaya bertanggungjawab dan

bekerjasama di kalangan mereka. Guru hanya berperanan sebagai pembantu dalam

menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar dalam

merealisasikan suasana bilik darjah yang baik.

Secara umumnya pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri

yang bersesuaian dengan proses pembelajaran pelajar seperti persediaan suasana

pembelajaran yang berkesan atau penubuhan organisasi pengajaran yang dapat

membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih

aktif dan produktif. Penggunaan teknik motivasi dan penyelesaian konflik juga boleh

menampakkan keberkesanannya. Oleh itu, peranan dan pengorbanan guru

mengubah suasana bilik darjah yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih

kondusif dapat dilihat sebagai jambatan utama proses pembelajaran yang

memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan pelajar.

2.7 Pengurusan Murid

Pelajar adalah aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap

guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka

perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik. Terdapat perbezaan

antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru

Page 14: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah

adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajar terlebih dahulu

supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah

pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalam

cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui penggunaan alat-

alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Apabila seorang guru

menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan terhadap pelajarnya,

secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih

dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu

dapat diterap dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang

berkesan kepada pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru

Penyayang” yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan

dengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan

mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada pelajarnya

terlaksana.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu

aspek penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan

penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya

menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang dengan

menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan apabila mereka

mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat proses

pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping kertas berbentuk surat

pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah mampu untuk

menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi anak didik mereka.

Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan

mewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniah pelajar

dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segala tingkah-laku

negatif. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada menggunakan pendekatan yang

bertentangan dengan norma kemanusiaan yang boleh menggalakkan pelajar untuk

tidak menghargai pertumbuhan pengetahuan dan kemahiran diri.

Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukan

nilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru.

Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari

Page 15: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

kalangan pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat

diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru

dan rakan sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahap disiplin yang terkawal melalui

tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang. Ini dapat

memberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri

mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan

permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang

berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah

bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas

tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang ditunjukkan

oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan “bilik

darjah ku, rumah ku”.

Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru

tidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik

darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi

seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala

permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar

yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya

menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran dalam bilik darjah.

Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan

penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca

permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata.

Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih

dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan

tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak

berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan

dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah-

lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu

diterapkan dengan cara yang berhemah yang boleh menampakkan bahawa

ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi sebagai pengajaran sekiranya

pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang

menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan

Page 16: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa

yang agak lama.

Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-

laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar

sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan

sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati

masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu.

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap

pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudian

diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosanan

pelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran

tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran

dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar

melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru

yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi

disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dan

tidak membosankan.

2.8 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas

utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku

dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran

tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu

disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian dari aspek kekuatan,

kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima

tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu selaras dengan perancangan

strategi sekolah.

Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek

kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi

pembelajaran, kebolehan mencorak suasana persekitaran dalam bilik darjah,

kebolehan mencorak perkembangan pelajar termasuk perkembangan akademik,

sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan

perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dengan

Page 17: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin pelajar. Oleh itu guru berperanan

sebagai pendidik, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang dan pendorong ke arah

kecemerlangan pelajar. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti

dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta penghasilannya.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir,

berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda

pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan

perkembangan tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum

pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping

memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa

membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu

mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan

datang.

Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam

menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan ialah kemahiran

interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam

mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam mencapai objektif

pembelajaran yang berkesan.

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses

mendapatkan maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan

pandangan dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan

pengetahuan bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya

mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi

seperti penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang

tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran

dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses pendengaran dan

pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti pembelajaran.

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata

dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan

pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi

tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru yang

pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif,

pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-Ghazali

Page 18: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati terhadap

setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan lagi, seorang

guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan pelajar. Guru

juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap

pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak memaksa mereka mencapai sesuatu

di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami,

jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar mereka.

3.0 Teori - Teori Sosiologi

3.1 Teori Struktural-Fungsional

Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan bermanfaat

dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya dalam bidang

pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh awal

seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh

terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini

terdiri atas dua elemen iaitu struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini,

struktur sosial dan fungsi sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang

terdiri daripada bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk

mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga banyak

mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam kegiatan-kegiatan

yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya yang mana khusus

merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap sebagai satu tubuh badan

manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi-

fungsinya yang tersendiri yang mana merujuk kepada individu yang wujud dalam

pelbagai lapisan umur dalam masyarakat. Bahagian-bahagian ini juga dikenali

sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikan mengenai organisasi sosial dan

menerangkan bagaimana sesuatu organisasi boleh dikekalkan.

Dengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepada

penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yang wujud

dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistem sosial

memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosial tidak

berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang.

Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori

Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza. Durkheim melihat

Page 19: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realiti kehidupan

tersendiri. Keseluruhan yang dimaksudkan oleh Durkheim ialah keperluan atau

fungsi-fungsi tertentu yang perlu dipenuhi oleh bahagian-bahagian yang menjadi

anggotanya agar sentiasa berada dalam keadaan yang teratur.

Menurut teori ini, masyarakat akan dikaji dari segi perjalanan sistem sosial

atau perhubungan mereka yang telah wujud. Struktur-struktur sosial yang dibentuk

akan membantu kelancaran perjalanan atau keharmonian sesuatu masyarakat.

Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli

fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merujuk kriteria penilaian

yang utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat

dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur

dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula

menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui

proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan yang mana sekaligus akan

menyebabkan sesuatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat dihapuskan.

Struktural-Fungsionalisme sering menggunakan konsep sistem ketika membahas

struktur atau lembaga sosial. Ianya terdiri dari bahagian yang rapi, sesuai, teratur

dan saling bergantungan. Seperti sebuah sistem, maka struktur yang terdapat dalam

masyarakat akan berkemungkinan untuk selalu berubah. Perubahan yang berlaku

akan terus berjalan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia.

Berdasarkan teori ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan setiap individu

yang terlibat dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah memainkan

peranan yang penting dalam mewujudkan suasana sosial yang sesuai untuk

peningkatan dan kemajuan dalam melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

3.2 Teori Interaksionisme

Teori ini lebih merujuk kepada pendekatan mikro iaitu bagaimana seseorang

menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam

masyarakat di mana peranan individu itu di lihat dalam sesuatu sistem sosial yang di

wujudkan. Setiap perlakuan atau aksi individu bersifat subjektif ditafsirkan dan

diperjelaskan akan maknanya. Manusia tidak pasif dan menekankan bahawa

interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Blumer (1969) telah memberikan tiga

huraian penting mengenai konsep makna.

Page 20: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

1) Kepentingan dalam memahami makna.

2) Makna meningkatkan kemesraan

3) Makna boleh dirundingkan

Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana

individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. David

Hargreaves melihat kendiri, persepsi dan peranan individu sebagai interaksionisme

simbolik. Setiap tindakan yang di ambil adalah berdasarkan pandangan diri sendiri

dan juga pandangan dari orang lain. Dalam bilik darjah pendekatan

interaksionalisme diaplikasikan dengan sebaiknya, dimana hubungan yang

melibatkan guru dengan guru, guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar

berlaku sepanjang masa. Hargreaves mengatakan guru berkuasa menentukan

pelajar-pelajar menerima situasi yang telah ditetapkan dalam bilik darjah. Walaupun

beliau mencadangkan tiga jenis konsep diri yang ada pada guru iaitu si ’penjinak

singa’, si ’penghibur’ dan si ’romantik’ tetapi ketiga-tiga jenis konsep ini bukanlah

sesuatu yang tetap kerana guru mempunyai pelbagai sifat. Bagi pelajar–pelajar pula

mereka menganggap pentingnya bagi mereka untuk mengembirakan guru, dalam

erti kata lainnya, mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri untuk berhadapan

dengan guru yag berlainan. Menurut Hargreaves (1975: 105) lagi, pelajar-pelajar

merasakan mereka perlu mengembirakan hati guru tetapi pada masa yang sama

mereka kecewa dan bosan. Beliau juga berpendapat terdapat situasi konflik dalam

bilik darjah tetapi tidak bersifat terbuka. Pelajar mempunyai sedikit kuasa untuk

membantah situasi yang tidak sesuai dengan mereka. Rundingan merupakan jalan

terbaik, apabila guru boleh memoderasi setengah kehendak mereka sebagai balasan

kepatuhan pelajar terhadap permintaan dari guru. Guru dan pelajar mempunyai

pelbagai strategi untuk mencapai matlamat masing-masing. Guru menggunakan

teknik seperti pecah dan perintah, ancaman dan amaran dan merujuk kepada pihak

atasan. Manakala pelajar pula merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti

ibu bapa dan sebagainya. Interaksi saling mempengaruhi antara guru dan pelajar

menjadikan suasana bilik darjah lebih teratur dan menggalakkan perkembangan

proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori ini, hubungan sosial di

antara para pelajar dan guru penting dalam mewujudkan pengurusan sesuatu bilik

darjah itu dilakukan secara berkesan.

Page 21: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

4.0 Aplikasi Teori Sosiologi Dalam Menangani Isu Keberkesanan

Pengurusan Bilik Darjah.

Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar

tahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar. Apabila kadar tahap

pembelajaran menurun, para pelajar tidak lagi berminat untuk meneruskan

persekolahan. Mereka merasakan meneruskan persekolahan adalah sia-sia kerana

mereka tidak lagi berminat untuk belajar. Kebanyakan bilik darjah masih

mengamalkan sistem pembelajaran konvensional, menyebabkan pelajar terlalu

bergantung kepada pengajaran guru dan ini menghalang mereka untuk

mengembangkan potensi pembelajaran masing-masing dengan cara yang

tersendiri. Isu ini berlaku adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhinya

seperti berikut :

4.1 Guru Kurang Berfungsi

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara dan

menjamin perkembangan. Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang

paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan

sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun

menengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan ilmu

pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya untuk

menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tumpuan yang

sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam sesebuah kelas akan

mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku mahu pun persepsi dan minat

pelajar terhadap pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan

pelajar yang melebihi tahap maksima, kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak

mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang

ramai.

Di samping itu juga, guru tidak dapat mengenal pasti mana pelajar yang

pandai dan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas.

Oleh yang demikian, guru tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yang

kurang pandai di dalam kelas tersebut. Selain itu, guru tidak dapat mengajar secara

berkesan kepada pelajar kerana pengabaian secara tidak formal berlaku di dalam

kelas tersebut.

Page 22: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

4.2 Wujud Kumpulan Tertentu

Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya

kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elit yang mempunyai

prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan pelajar

yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka

ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama dan merasa rendah diri terhadap rakan

yang lebih baik dari mereka. Golongan ini akan membentuk dua situasi kumpulan

yang berbeza dari segi ideologi pembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan.

Hubungan silaturahim antara mereka juga akan terjejas kerana mereka

hanya berkawan dengan pelajar yang tertentu sahaja. Contohnya, pelajar yang

mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi akan berkawan sesama mereka sahaja.

Manakala pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendah akan terasa

tersisih. Selain itu juga, mereka tidak dapat meningkatkan tahap pembelajaran

mereka kerana pelajar yang tahap pembelajaran tinggi tidak berkawan dengan

pelajar yang lain. Di samping itu, boleh mewujudkan pergaduhan apabila wujudnya

kumpulan tertentu dalam satu bilik darjah. Akhirnya suasana bilik darjah akan

menjadi tempat untuk mereka mengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran

dengan pendirian mereka dalam pelajaran.

4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

Mengajar adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia memerlukan

persediaan lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang sedia ada

pada pelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihi

tahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan

memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelas dalam

jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnya masa yang

diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin berkurangan dan ini

akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan

mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkau kepada topik-topik yang

dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja.

Tahap kecerdasan dalam kajian ini dikategorikan kepada tiga, iaitu tinggi,

sederhana, dan rendah. Analisis data menunjukkan majoriti subjek kajian berada

dalam lingkungan kecerdasan sederhana, iaitu sebanyak 75%. Manakala bagi

pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berkecerdasan rendah, perbezaan

peratusannya adalah rendah iaitu 12.7% pelajar berkecerdasan tinggi dan 13%

Page 23: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

pelajar berkecerdasan rendah. Taburan tahap kecerdasan pelajar yang sebegini

adalah normal kerana subjek kajian ini dipilih secara rawak, iaitu tahap kecerdasan

subjek tidak ditentukan terlebih dahulu. Berdasarkan dapatan ini dapat dibuat

kesimpulan bahawa tahap kecerdasan pelajar adalah berbeza-beza. Walaupun

kebanyakan pelajar berada dalam kategori kecerdasan sederhana, namun

kewujudan pelajar yang mempunyai kecerdasan tinggi dan juga kecerdasan rendah

perlu diberi perhatian. Guru perlu peka tentang kewujudan tahap kecerdasan pelajar

yang berbeza-beza ini kerana dapat membantu mereka merancang bahan dan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.4 Wujudnya Halangan Komunikasi

Komunikasi adalah elemen dalam kehidupan yang berlaku sepanjang masa sama

dan bersifat dinamik. Ia berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sama

ada dalam situasi formal atau tidak formal dan tidak dapat dielak. Corak komunikasi

yang wujud di dalam bilik darjah antara guru dengan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa komunikasi guru dan pelajar berlaku

dalam suasana separa formal. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa guru adalah

faktor kepada permulaan komunikasi yang berkesan atau sebaliknya. Guru juga

sebagai pendorong dan pemberi semangat.

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah satu proses yang berterusan di

dalam bilik darjah. Guru-guru yang memiliki asas dan teknik pengajaran yang baik

dapat menarik minat pelajar dalam proses P&P tersebut. Abdullah Hassan dan Ainon

Mohd (2002) menyatakan bahawa apabila seorang guru menyampaikan pengalaman

dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu namanya berkomunikasi. Oleh

sebab itu, guru diberi banyak penekanan tentang kepentingan menguasai kemahiran

komunikasi dengan baik. Kemahiran menyampai dan berkongsi maklumat mencipta

makna dalam berkomunikasi.

Apabila seorang guru berkomunikasi, dia bukan sahaja mencari perkataan

yang tepat untuk menyampaikan makna tetapi boleh menggabungkan elemen-

elemen lain seperti intonasi, pertembungan mata (eye-contact), dan komunikasi

bukan lisan bagi memberikan kesan maksimum semasa proses P&P (Kauffman,

Mostert, Trent, & Hallahan, 1998). Selain itu, guru yang mempunyai kemahiran

komunikasi dapat mengesan dan memahami tingkah laku murid melalui tindak balas

bukan lisan dan melalui interaksi yang berlaku sepanjang proses P&P di dalam bilik

darjah (Emmer et al., 2003).

Page 24: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Tidak semua guru boleh berkomunikasi dengan baik. Ada yang petah

berkata-kata tetapi sering melukai hati muridnya. Ada pula yang pendiam dan tidak

pandai pula menjadi pendorong yang baik. Ada guru pula yang sering berleter dan

memberikan nasihat sehingga murid menjadi jemu dan menganggap guru sebagai

kaki leter. Oleh sebab itu, guru perlu memahami konsep komunikasi dalam erti kata

yang lebih luas. Berkomunikasi di dalam bilik darjah bukan sekadar menyampaikan

ilmu tetapi membina hubungan agar dapat memudahkan proses P&P.

Pelajar pada kebiasaannya akan mengadu hal tentang tidak 

fahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajarinya. Untuk itu, bilangan kelas

yang ramai  akan mendatangkan kesan pada mereka kerana wujud rasa malu untuk

bertanya pada guru sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan lain memahami

akan pengajaran guru. Golongan ini juga akan berasa malu untuk bertanya rakan

sebaya seperti kumpulan elit tidak mahu berdiskusi dengan pelajar yang lemah dan

ini akan mendatangkan kewujudan halangan berkomunikasi antara guru dan pelajar

atau pelajar dengan pelajar sendiri.

Kemahiran berkomunikasi adalah aspek yang seharusnya diberikan

pendedahan yang lebih kepada guru kerana gurulah orangnya yang akan

menentukan sama ada komunikasi yang berlangsung akan terjadi dalam keadaan

yang ceria atau sebaliknya. Murid dalam hal ini hanyalah golongan yang menunggu

sama ada situasi pembelajaran akan menjadi menarik, membosankan atau

menakutkan. Guru yang ceria semasa tiba di muka pintu bilik darjah akan

mengundang keceriaan pelajar-pelajar dan suasana pembelajaran akan menjadi

lebih ceria.

Guru yang masuk ke bilik darjah dalam riak wajah yang hambar akan

menyebabkan situasi pembelajaran turut menjadi hambar. Dan sekiranya guru

masuk ke bilik darjah dengan wajah yang bengis, pelajar tentulah akan memberikan

reaksi yang negatif terhadap riak wajah yang sedemikian. Komunikasi akan menjadi

hambar dan proses P&P tidak lagi menarik. Walau bagaimanapun, kesemua ini

mempunyai pelbagai faktor penentu yang membolehkan guru merubah keadaan

daripada hambar kepada ceria atau daripada ceria kepada hambar.

4.5 Kawalan Kelas Yang Longgar

Dengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini, guru

terpaksa untuk mengawal tingkah laku pelajar yang datang dari pelbagai latar

belakang sama ada dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada

Page 25: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi ekonomi,

kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dan sebagainya. Ini

mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kawalan

kelas.  Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner,

“dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar

bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada

pelajarnya”.

Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas

adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan

pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya

memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini

membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan sistem

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat di mana

pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap

sesuatu ilmu yang dipelajari.

4.6 Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar

Bagi mengimbangi struktur organisasi di dalam bilik darjah, guru dan pelajar tidak

harus mengamalkan diskriminasi dan tidak memperlihatkan sikap perkauman antara

satu sama lain. Dengan kata lain diskriminasi adalah perumpaan untuk pilih kasih

atau berat sebelah yang membawa maksud di mana dalam satu keadaan yang

melibatkan dua pihak atau lebih dalam suatu kawasan, apabila keputusan atau

penghargaan dibuat akan lebih berpihak kepada satu pihak sahaja, manakala satu

pihak lagi diabaikan atau dipinggirkan (Difinisi mengikut Kamus Dewan). Hal sebegini

tidak sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah sama ada di antara guru dengan

pelajar atau pelajar dengan pelajar.

Untuk mengelakkan semua ini berlaku, kesamaan peluang kepada semua

lapisan masyarakat dan individu adalah perlu. Dapat dilihat di sini antara diskriminasi

yang ingin diselesaikadan adalah terhadap kualiti pelajaran orang kurang upaya di

dalam bilik darjah. Pelajar kurang upaya atau diistilahkan pelajar khas pula terdiri

daripada mereka yang mengalami masalah fizikal, ` sensory ’, intelek, pembelajaran

dan kesihatan yang mengganggu kemampuan mereka berfungsi dalam kehidupan

seharian, tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau

sebahagian daripada keperluan biasa seorang individu atau tidak dapat hidup

bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau

mental dan sama ada ianya berlaku semenjak lahir atau kemudian termasuklah

Page 26: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

kebolehan berfungsi dalam persekitaran sekolah. (Difinisi dari Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia)

Bukti sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di abad ke-19 menganggap

keadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh yang

mengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi. Kini,

kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah sama seperti

individu normal dan mereka perlu disepadukan dalam masyarakat dan menerima

hak-hak yang sama tanpa diskriminasi.

Kewujudan sistem pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakui

wujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas

untuk belajar. Dan juga merupakan keperihatinan kerajaan dalam memberikan

kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan individu. Pelbagai

kemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkan antaranya penyedian

infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan, memperluas

dan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu

pengurusan pelajar yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif,

menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar dengan

badan sukarela dan Kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk

pelajar kurang upaya.(Bab 7 PIPP Merapatkan Jurang Pendidikan) Seterusnya, guru

di dalam bilik darjah pula memainkan peranan penting agar pembelajaran di dalam

bilik darjah berlansung dengan baik dan tiada lagi diskriminasi terhadap orang

kurang upaya didalam bilik darjah kerana pendidikan adalah cara yang paling

berkesan untuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupan

yang bahagia.

Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua

bahagian yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau

tidak berfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yang

ada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan kehendak

mereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihat sejauh mana

keberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat dua perbezaan yang dikenali

sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah fungsi yang

menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai seorang guru untuk mengajar

dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang tidak disedari berlaku atau tidak

menjangka untuk berlaku.

Page 27: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagai

tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting walaupun

kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan penggunaan penggunaan

komputer sebagai alat penyampaian ilmu terkini. Untuk menghasilkan suatu

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bilik darjah harus mempunyai suatu

suasana yang tenteram selaras dengan jiwa manusia dan tatacara untuk menimba

ilmu. Justeru, pihak yang bertanggungjawab haruslah peka dalam menyediakan

infrasrtuktur dalam bilik darjah dan pembuat polisi pula haruslah menentukan

kaedah penetapan yang perlu dalam meletakkan para pelajar agar kesesakan tidak

berlaku dan pembelajaran yang lebih efisien dapat dicanang selaras dengan

keinginan perdana menteri kita yang menginginkan sebuah masyarakat yang

berilmu pengetahuan secara realistik. Punca kewujudan permasalahan ini

sebenarnya boleh di atasi dengan pihak atasan membina banyak lagi kelas dan

sekolah agar kesesakan bilik darjah dapat di atasi sebaiknya.

Selain itu agihan pelajar perlu untuk setiap sekolah dalam daerah-daerah

atau negeri-negeri seluruhnya. Dengan ini masalah yang berbangkit akan dapat di

atasi dan ini menyebabkan wujudnya sebuah bilik darjah yang dapat melahirkan

pelajar yang cemerlang seperti yang kita lihat pada negara maju masa kini.

Permasalahan seperti ini sepatutnya di atasi dengan kadar segera agar para pelajar

khususnya dapat menumpukan aktiviti pembelajaran sepenuhnya dengan tumpuan

maksima dan para pendidik juga dapat menyalurkan sumber ilmu dengan keadaan

yang selesa serta mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi

oleh pelajar. Selain daripada itu, pendekatan bilik darjah perlu diubah tambah bagi

memastikan keselesaan dalam bilik darjah di atasi selari dengan kehendak

masyarakat yang berfungsi dalam sebuah kelas. Apa yang paling penting ialah hasil

yang akan di dapati pada akhirnya membawa input yang besar kepada generasi

penentu negara pada masa akan datang.

Page 28: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

5.0 Rumusan

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkan

bahawa, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana

seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh

dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah

menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat

kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumber dan mengarahkan

kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkan

pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai

peranan masing-masing. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori fungsionalisme

yang melihat fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang

menyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer,

masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk

mereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya,

padang permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang

wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang

positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap

bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.

Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin

sebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalam

keadaan begini seorang guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijak

menguruskan bilik darjah agar situasi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins (2005) dalam bukunya bertajuk

Classrooms as Learning Communities para pengkaji mendapati 3 perkara yang

memantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat di dalam sebuah bilik

darjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru dan pelajarnya dan pengaruh

pembelajaran dan pelajar. Bilik darjah dan proses pembelajaran perlu dilihat dari

pelbagai dimensi. Ini kerana pelajar–pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang

dan minat yang berbeza. Dalam masa yang sama mereka juga perlu mempelajari

kandungan matapelajaran yang telah ditentukan oleh pengurusan sekolah.

Kepelbagaian ini juga membawa erti seorang guru perlu berhadapan dengan

pelbagai karenah dan dilema pelajarnya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik

darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan

peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana

harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik

darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung

Page 29: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan

organisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar lebih bersedia untuk

belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar.

Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar

berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selain

mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormat

menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu

meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus

dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Page 30: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam Pengurusan Bilik Darjah

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional Publishing.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.

Asmah Hj. ahmad. 1990. Pedagogi 1. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?. Routledge Taylor & Francis Group.

Edaris Abbu Bakri. 2004. Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Sharifah Alawiah Alsagoff. 1985. Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Heinemann.

Yogendra K. Sharma. 2003. Sociological Philosophy Of Education. Kanishka Publishers, Distributors.

Chin Sik Sean. Menganalisis Isu Pendidikan Berdasarkan Teori Sosiologi. http://nextlevel.com.sg/global.js (akses 02 Februari 2008)

Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang Harmoni. http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 05 Februari 2008)