Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

37
Tajuk : Huruf Hijaiyah Tunggal (Iqra’ 1) Huruf Bersambung (Iqra’ 2) Membaca Huruf Pelbagai Baris : i. Kasrah (Iqra’ 3) ii. Dhommah (Iqra’ 3) iii. Tanwin (Iqra’ 4) Tahun : 1 Gamma Kaedah : Talaqqi Musyafahah Teknik : a. Teknik A i. Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal/ bersambung berbaris fathah / kasrah / dhommah / tanwin melalui kad imbasan. ii. Guru menyebut satu persatu bunyi huruf tersebut dengan jelas diikuti dengan sebutan murid. iii. Guru membunyikan huruf-huruf tersebut menggunakan nyanyian agar lebih jelas perbezaan bunyi huruf. b. Teknik B i. Guru menayangkan huruf hijaiyah tunggal/bersambung berbaris fathah / kasrah / dhommah / tanwin menggunakan slide yang berasingan dengan paparan grafik yang menarik ditambah dengan ikon beranimasi. ii. Apabila guru menekan butang simbol speaker, ada 1.0 APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK TILAWAH QURAN

description

-

Transcript of Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Page 1: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Tajuk : Huruf Hijaiyah Tunggal (Iqra’ 1)

Huruf Bersambung (Iqra’ 2)

Membaca Huruf Pelbagai Baris :

i. Kasrah (Iqra’ 3)

ii. Dhommah (Iqra’ 3)

iii. Tanwin (Iqra’ 4)

Tahun : 1 Gamma

Kaedah : Talaqqi Musyafahah

Teknik : a. Teknik A

i. Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal/ bersambung

berbaris fathah / kasrah / dhommah / tanwin melalui kad

imbasan.

ii. Guru menyebut satu persatu bunyi huruf tersebut dengan jelas

diikuti dengan sebutan murid.

iii. Guru membunyikan huruf-huruf tersebut menggunakan

nyanyian agar lebih jelas perbezaan bunyi huruf.

b. Teknik B

i. Guru menayangkan huruf hijaiyah tunggal/bersambung

berbaris fathah / kasrah / dhommah / tanwin menggunakan

slide yang berasingan dengan paparan grafik yang menarik

ditambah dengan ikon beranimasi.

ii. Apabila guru menekan butang simbol speaker, ada suara yang

akan kedengaran membunyikan huruf tersebut.

iii. Murid-murid mengikut suara bacaan tersebut secara beramai-

ramai.

iv. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk

segmen kuiz.

v. Guru menguji seorang demi seorang untuk menyebut bunyi

huruf hijaiyah tunggal/bersambung. Untuk memastikan samada

1.0 APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK TILAWAH

QURAN

Page 2: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

betul atau tidak sebutan mereka, suara tadi akan dimainkan

semula. Kumpulan yang mempunyai markah tertinggi adalah

juara.

c. Teknik C

i. Bagi murid-murid yang aktif, guru sebagai pemudah cara dan

hanya memberikan contoh sahaja.

ii. Murid yang cerdas boleh membantu rakan yang masih lemah.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid dapat mendengar cara sebutan huruf yang betul dan

jelas daripada guru.

ii. Murid bersemangat apabila dikehendaki menyanyi beramai-

ramai.

b. Teknik B

i. Murid sangat teruja melihat paparan power point yang menarik

ii. Setiap darpada murid-murid bersungguh-sungguh sewaktu

ingin menyebut huruf yang terpapar semasa kuiz dijalankan.

c. Teknik C

i. Murid aktif dapat membaca Iqra’ seterusnya dengan cepat

tanpa menunggu rakan lain.

ii. Murid yang lemah mendapat lebih masa bimbingan dengan

bantuan murid cerdas.

Kelemahan :

i. Murid yang lemah ingatan mudah terlupa akan bunyi huruf

yang telah dipelajari.

ii. Mereka memerlukan masa yang panjang untuk mengingat

bentuk dan bunyi huruf dengan tepat.

iii. Murid mudah keliru dengan huruf yang mempunyai persamaan

rupa bentuk.

Page 3: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Tajuk : Membaca Bacaan Panjang :

i. Mad Asli (Iqra’ 2)

ii. Mad Silah (Iqra’ 3)

iii. Mad A’ridh Lissukun (Iqra’ 5)

Tahun : 1 Gamma

Kaedah : Talaqqi Musyafahah, Tasmik

Teknik : a. Teknik A

i. Guru membawa murid ke makmal komputer untuk masing-

masing mendengar bacaan kalimah mad dengan betul.

ii. Guru mengumpulkan murid di ruang utama untuk menerangkan

cara penggunaan perisian bacaan Iqra’.

iii. Selepas sesi itu, murid-murid pergi ke komputer masing-

masing. Kalimah dipilih dan suara bacaan diperdengarkan.

Murid mengikut secara individu.

iv. Guru sentiasa memantau aktiviti murid agar tiada yang

membuat aktiviti lain.

b. Teknik B

i. Guru menerangkan panjang mad secara berperingkat

mengikut minggu.

ii. Guru mencadangkan kiraan harakat huruf menggunakan

kiraan jari tangan bagi mengelakkan kesilapan kadae panjang.

iii. Guru mentasmik murid secara individu. Sebarang kesalahan

akan ditegur secara langsung.

iv. Di akhir pembelajaran mad, kuiz dijalankan. Guru membaca

potongan kalimah, murid-murid meneka bilangan harakat.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid dapat mendengar cara sebutan huruf yang betul dan

jelas daripada komputer.

ii. Murid lebih fokus kerana mereka memakai headphone.

b. Teknik B

Page 4: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

i. Murid tidak keliru kerana hukum mad diajar mengikut minggu.

ii. Setiap daripada murid-murid bersungguh-sungguh sewaktu

ingin menjawab semasa kuiz dijalankan.

Kelemahan : i. Murid masih keliru bilangan harakat yang perlu dibaca bagi

setiap hukum mad.

ii. Jika murid tidak dapat menguasai huku Mad Asli dengan betul,

ini akan membawa kepada kegagalan mereka menguasai

hukum mad yang lain.

Tajuk : Membaca Bacaan Bertajwid :

i. Mim Sakinah (Iqra’ 4)

ii. Nun Sakinah (Iqra’ 4)

iii. Qalqalah (Iqra’ 4)

iv. Alif Lam Qamariah (Iqra’ 5)

Sifat dan Makhraj Huruf (Iqra’ 4)

Tahun : 1 Gamma

Kaedah : Talaqqi Musyafahah

Teknik : a. Teknik A

i. Guru mula memperkenalkan huruf dan baris kerana sebelum

ini, murid hanya tahu membunyikan tanpa mengenal huruf dan

baris.

ii. Dengan menggunakan slide power point, huruf diperkenalkan

mengikut hukum tajwid yang dipelajari.

iii. Bagi memudahkan murid mengingat, singkatan huruf

digunakan bagi mewakili setiap hukum. Contohnya bagi huruf

Qalqalah disingkatkan sebagai جد قطب

b. Teknik B

i. Guru menerangkan cara bacaan dengan menggunakan tajwid

dan makhraj yang betul.

Page 5: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

ii. Murid mengikut bacaan guru secara perlahan-lahan. Selepas

itu, murid membaca secara beramai-ramai mengikut alunan

yang dibaca oleh guru.

iii. Guru perlu menyemak pembacaan murid-murid secara individu

untuk memastikan ketepatan bacaan.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid dapat melihat dengan jelas huruf-huruf yang terlibat

untuk setiap hukum tajwid yang dipelajari.

ii. Murid mudah mengingat apabila singkatan huruf tajwid

dicadangkan oleh guru.

b. Teknik B

i. Murid dapat memahami dengan jelas cara bacaan bertajwid

yang diperdengarkan oleh guru.

ii. Minat murid bertambah apabila dikehendaki membaca ayat

dengan alunan.

Kelemahan : iii. Ada murid yang masih tidak peka dengan hukum tajwid. Ini

menyebabkan bacaan mereka seringkali tersalah.

iv. Apabila membaca secara beramai-ramai, ada murid yang

lemah ketinggalan.

Page 6: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Tajuk : Hafazan Surah al-Kafirun

Hafazan Surah al-Kautsar

Tahun : 2 Alpha, 2 Gamma

Kaedah : Tikrar / Mulazamah

Teknik : a. Teknik A

i. Guru menceritakan tentang perihal orang-orang kafir Makkah

yang menentang dakwah nabi Muhammad s.a.w.

ii. Guru memperdengarkan bacaan surah melalui paparan LCD.

iii. Murid mengikut bacaan guru satu persatu.

iv. Seorang murid dipanggil untuk membaca dengan diikuti murid-

murid lain.

v. Murid dikehendaki berpasangan dengan rakan untuk

menghafaz bersama-sama satu demi satu ayat surah al-

Kafirun.

b. Teknik B

i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum qari terkenal.

ii. Murid mengikuti bacaan tersebut satu persatu.

iii. Guru membaca dan murid mengikut bacaan itu.

iv. Murid dikehendaki membaca ayat satu persatu mengikut giliran

tempat duduk di kelas. Sementara yang lain mengikut.

v. Murid dikehendaki menghafaz satu ayat demi satu ayat dalam

tempoh yang ditetapkan.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid tampak berminat mendengar kisah perjuangan nabi

Muhammad s.a.w.

ii. Murid mudah menghafaz apabila mengetahui latar belakang

surah tersebut.

b. Teknik B

i. Murid berasa seronok membaca surah mengikut alunan

tarannum yang diperdengarkan.

ii. Murid lebih bermotivasi untuk menghafaz ayat menggunakan

Page 7: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

alunan tarannum.

Kelemahan : i. Murid yang masih di tahap Iqra’ mengalami kesukaran semasa

proses menghafaz kerana tidak mampu membaca teks ayat

secara sendiri. Mereka hanya bergantung kepada bunyi bacaan

oleh audio, guru dan rakan-rakan lain.

ii. Murid yang kurang fokus dan lemah ingatan mengalami

kesukaran menghafaz.

Tajuk : Surah al-Baqarah (Ayat : 1-286)

Surah ali-‘Imran (Ayat : 1-45)

Tahun : 2 Alpha, 2 Gamma

Kaedah : Tadarus, Tasmik

Teknik : a. Teknik A

i. Murid-murid membuat halaqah besar. Sesi bacaan Al-Quran

dimulakan dengan memilih seorang untuk membaca sepotong

ayat. Kemudian diikuti dengan murid lain.

ii. Rakan lain mendengar. Guru menegur bacaan murid yang

mempunyai kesalahan dan membetulkan.

b. Teknik B

i. Guru memanggil seorang murid yang sudah lancar membaca

untuk ke hadapan. Murid tersebut membaca dan bacaan

tersebut diikuti oleh murid lain.

ii. Ini diikuti dengan giliran murid cerdas yang lain.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid akan membaca ayat Al-Quran dengan berhati-hati bagi

mengelakkan kesalahan dalam bacaan.

ii. Murid lain dapat mencontohi bacaan rakan yang baik sambil

memerhatikan kesalahan agar tidak mengulangi perkara yang

sama.

Page 8: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

b. Teknik B

i. Murid yang lemah dapat mencontohi bacaan murid yang cerdas

dan cuba memperbaiki bacaan sendiri.

Kelemahan : i. Terdapat murid yang membaca dengan suara yang perlahan

sehingga tidak dapat didengari oleh guru. Ini menyukarkan guru

untuk mengenalpasti jika terdapat kesalahan bacaan.

ii. Murid yang telah membaca mula membuat bising sewaktu

rakan lain membaca Al-Quran.

iii. Murid cerdas gemuruh apabila membaca di hadapan. Ini

menyebabkan mereka seringkali membuat kesalahan semasa

membaca potongan ayat.

Tajuk : Surah an-Nisa’ (Ayat 24 - 186)

Surah al-Maidah (Ayat 1 - 120)

Surah al-A’araf (Ayat 1- 67)

Tahun : 3 Alpha, 3 Beta, 3 Gamma

Kaedah : Tasmik

Teknik : a. Teknik A

i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum untuk silibus ayat

pada minggu tersebut.

ii. Murid diingatkan untuk memerhatikan tajwid dan makhraj huruf

pada bacaan yang didengari.

iii. Selepas mendengar, seorang demi seorang akan pergi kepada

guru untuk memperdengarkan bacaan dengan betul dan

bertajwid.

iv. Guru memperbetulkan bacaan yang salah secara terus.

v. Guru juga turut bertanya hukum tajwid bagi sesetengah

potongan ayat yang dibaca.

b. Teknik B

Page 9: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum untuk silibus ayat

pada minggu tersebut.

ii. Murid diingatkan untuk memerhatikan tajwid dan makhraj huruf

pada bacaan yang didengari.

iii. Guru memilih calon-calon murid turus dan mentasmik mereka.

Selepas puas hati dengan bacaan mereka, guru mengarahkan

beberapa orang murid membaca surah sambil ditasmik oleh

murid turus. Sebarang kesilapan bacaan akan diperbetulkan

oleh murid turus tersebut sambil dipantau oleh guru.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid tertarik dengan bacaan taranum yang diperdengarkan.

ii. Murid lebih fokus mendengar bacaan sambil memerhati tajwid

yang betul.

b. Teknik B

i. Murid turus membantu guru menumpukan perhatian kepada

murid-murid yang lemah.

ii. Murid mudah menerima pengajaran daripada rakan sebaya

kerana mereka lebih rapat berbanding dengan guru.

Kelemahan : i. Tanpa bantuan murid turus, guru tidak cukup masa untuk

menyemak murid-murid di bawah tanggungjawabnya.

ii. Peratusan murid turus yang betul-betul menguasai bacaan

dengan betul adalah kecil berbanding mereka yang masih

lemah dalam bacaan Al-Quran.

Page 10: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Tajuk : Surah at-Taubah (Ayat : 94 - 129)

Surah Yunus (Ayat 1 - 109)

Surah Hud (Ayat 1 - 123)

Surah Yusuf (Ayat 1 - 111 )

Surah ar-Ra’d (Ayat 1 - 43)

Surah Ibrahim (Ayat 1 - 52)

Surah al-Hijr (Ayat 1 - 79)

Surah an-Nahl (Ayat 1 - 128)

Surah al-Isra’ (Ayat 1 - 111)

Page 11: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Tahun : 4 Gamma

Kaedah : Tasmik

Teknik : a. Teknik A

i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum daripada seorang

Qari cilik terkenal untuk silibus ayat pada minggu tersebut

dengan menggunakan laptop.

ii. Murid dikehendaki memerhati cara bacaan Qari dengan teliti.

iii. Guru memanggil seorang demi seorang untuk ditasmik.

iv. Sebarang kesalahan bacaan yang berlaku akan diperbetulkan

oleh guru.

b. Teknik B

i. Halaqah kecil dibentuk. Setiap murid dikehendaki membaca

satu ayat mengikut giliran.

ii. Ketua halaqah akan membaca terlebih dahulu kemudian diikuti

murid lain. Tugas ketua adalah memerhati bacaan rakan lain

sambil membetulkan jika terdapat kesilapan dalam bacaan.

iii. Guru sebagai pembimbing akan memantau aktiviti ini.

c. Teknik C

i. Murid dibahagi secara berpasangan. Salah seorang mesti lebih

baik bacaannya.

ii. Murid yang lebih baik bacaannya akan membimbing rakannya

dengan menyemak bacaan sewaktu dia membaca.

iii. Guru sentiasa memantau aktiviti ini sambil mentasmik murid

yang lemah dalam bacaan.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid lebih bermotivasi apabila melihat contoh bacaan Qari cilik

yang jauh lebih baik kualiti bacaannya berbanding mereka. Ini

dapat menaikkan semangat mereka untuk membaca dengan

lebih baik selepas ini.

b. Teknik B

ii. Memupuk sikap bertanggungjawab dan berani dalam diri

Page 12: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

seorang murid untuk menegur kesalahan rakannya sendiri.

c. Teknik C

i. Murid tiada masa bersembang kerana masing-masing

dikehendaki membaca sambil disemak oleh rakan.

Kelemahan : i. Masalah akan berlaku apabila murid yang dianggap cerdas itu

memberi tunjuk ajar yang salah kepada rakannya.

ii. Sekiranya ketua halaqah tidak berani menegur, bacaan

rakannya akan berterusan salah.

Tajuk : Surah al-Mukminun (Ayat 1 - 118)

Surah an-Nur (Ayat 1 - 64)

Surah al-Furqan (Ayat 1 - 77)

Surah as-Syu’ara (Ayat 1 - 227)

Surah an-Naml (Ayat 1 - 93)

Surah al-Qasas (Ayat 1 - 88)

Surah al-Ankabut (Ayat 1 - 69)

Surah ar-Rum (Ayat 1 - 60)

Page 13: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Surah Luqman (Ayat 1 - 34)

Surah as-Sajadah (Ayat 1 - 30)

Surah al-Ahzab (Ayat 1 - 73)

Surah as-Saba’ (Ayat 1 - 31)

Tahun : 5 Gamma

Kaedah : Tadarus

Teknik : a. Teknik A

i. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.

Murid turus dilantik sebagai ketua kumpulan tadarus.

ii. Setiap kumpulan ditentukan silibus bacaan.

iii. Setiap masa guru memantau aktiviti tadarus ini.

b. Teknik B

i. Guru menulis beberapa ayat dalam manilakad dan dilekat di

papan putih.

ii. Guru membaca sambil menunjukkan huruf dan baris yang

terlibat. Guru juga menerangkan hukum tajwid yang terdapat

dala ayat tersebut.

iii. Sesekali guru akan bertanya murid tentang bunyi bacaan

kalimah tertentu.

iv. Selepas selesai, guru menyemak bacaan secara individu.

c. Teknik C

i. Guru memperdengarkan murid dengan bacaan ayat Al-Quran

yang terkandung dalam surah tertentu.

ii. Beberapa sampul diberi kepada setiap murid. Di dalamnya

terdapat nombor ayat yang perlu dibaca. Terdapat juga soalan

mengenai hukum tajwid. Murid perlu mengeluarkan satu contoh

hukum tajwid seperti yang dikehendaki oleh soalan.

iii. Murid membaca secara kuat, sementara itu guru dan murid lain

menyemak.

Kekuatan : a. Teknik A

Page 14: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

i. Tadarus dapat membantu guru memperbetulkan bacaan murid

yang lemah.

b. Teknik B

i. Perhatian murid dapat diperolehi apabila semua murid

bertumpu ke arah guru semasa guru menunjukkan teks ayat di

hadapan kelas.

c. Teknik C

i. Aktiviti cabutan ayat ini menarik perhatian murid untuk

membaca Al-Quran dengan penuh minat.

Kelemahan : i. Teguran guru kepada bacaan murid yang lemah akan

mengurangkan masa yang diperlukan oleh guru untuk

menyemak bacaan murid lain.

Tajuk : Surah at-Thur (Ayat 1 - 45)

Surah an-Najm (Ayat 1 - 62)

Surah al-Qamar (Ayat 1 - 55)

Surah ar-Rahman (Ayat 1 - 78)

Surah al-Waqiah (Ayat 1 - 96)

Surah al-Hadid (Ayat 1 - 29)

Juzu’ 28

Juzu’ 29

Page 15: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Juzu’ 30

Tahun : 6 Alpha

Kaedah : Tasmik, Pertandingan

Teknik : a. Teknik A

i. Guru memperdengarkan bacaan Al-Quran melalui laptop.

ii. Murid dikehendaki menyemak Al-Quran masing-masing

sementara bacaan dimainkan.

iii. Guru menghendaki murid membaca surah yang sama secara

bergilir.

iv. Guru menegur apabila terdapat kesalahan dalam pembacaan

mereka.

b. Teknik B

i. Guru mengadakan pertandingan membaca Al-Quran

ii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

iii. Mereka diberi masa 15 minit untuk memilih rakan yang terbaik

bacaan Al-Qurannya untuk mewakili kumpulan masing-masing.

iv. Semasa pertandingan dijalankan, setiap murid dikehendaki

menyemak Al-Quran masing-masing bagi memerhatikan

bacaan rakan yang bertanding

c. Teknik C

i. Guru membahagikan murid berpasangan.

ii. Salah seorang mempunyai bacaan yang lebih baik menyemak

bacaan rakannya.

iii. Sementara guru secara berkala akan memanggil murid yang

lemah untuk disemak bacaannya.

Kekuatan : a. Teknik A

i. Murid tertarik dengan bacaan Al-Quran oleh Qari terkenal. Ini

menambah fokus mereka semasa merujuk Al-Quran.

b. Teknik B

i. Murid teruja untuk menjadikan kumpulan mereka menang. Jadi,

Page 16: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

semasa sesi latihan seboleh mungkin mereka akan pastikan

tiada kesalahan yang dilakukan semasa bacaan. Ini dipastikan

melalui proses semakan bacaan oleh semua anggota kumpulan

terhadap wakil pembaca Al-Quran Mereka.

c. Teknik C

i. Murid lebih tenang membaca apabila disemak oleh rakannya

sendiri.

Kelemahan : i. Terdapat segelintir murid yang gemar bersembang apabila

duduk berdekatan dengan rakan.

2.1 Pendahuluan

Al-Quran adalah mukjizat teragung yang telah dianugerahkan kepada junjungan nabi

Muhammad s.a.w sebagai panduan umat Islam sepanjang zaman. Al-Quran menurut

bahasa membawa pengertian bacaan atau himpunan. Manakala dari segi istilah Al-

2.0 PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN MASHAF AL-QURAN

PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN B. AFFAN

Page 17: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Ditulis

dalam mushaf, dipindahkan dari satu generasi ke generasi secara tawatir dan akan

mendapat pahala apabila membacanya. Oleh kerana ia menjadi rujukan sepanjang

zaman, Al-Quran mesti dipelihara isi kandungannya agar tidak hilang ditelan zaman.

Oleh yang demikian, langkah pengumpulan dan pembukuan dilaksanakan agar umat

akan datang masih mewarisi mukjizat teragung ini tanpa sebarang kecacatan.

2.2 Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah

Sewaktu hayat nabi, Al-Quran sudah mula ditulis oleh para sahabat. Mereka menulis

pada pelepah tamar, tulang-tulang unta dan biri-biri yang telah kering, kulit-kulit

binatang, kulit-kulit atau daun kayu dan sebagainya. Penulisan ini sebenarnya

menguatkan hafazan ayat Al-Quran para sahabat.

2.3 Pengumpulan Al-Quran pada zaman Abu Bakar as-Siddiq

Pada zaman Abu Bakar as-Siddiq, telah berlaku perang Yamamah (ar-Riddah) yang

mengorbankan seramai 70 orang para penghafaz Al-Quran. Akibat daripada

kebimbangan ini, Saidina Abu Bakar telah mengarahkan Zaid Bin. Tsabit mengetuai

kumpulan mengumpulkan Al-Quran dengan dibantu oleh Ali bin Abi Talib, Ubai bin

Ka’ab dan Uthman bi. Affan.

Sumber tulisan Al-Quran adalah terdiri daripada simpanan Rasulullah sendiri.

Kepingan-kepingan yang tertulis padanya Al-Quran diteliti satu persatu. Untuk

memastikan kesahihan ayat, para huffaz dipanggil untuk melakukan semakan.

Setelah Abu Bakar meninggal dunia, mushaf Al-Quran disimpan oleh Saidina Umar.

Selepas kewafatannya ia kemudian disimpan oleh puterinya iaitu Hafsah binti Umar.

2.4 Pengumpulan Al-Quran zaman Uthman b. Affan

Pengumpulan al-Quran pada zaman ini merupakan pengumpulan peringkat ketiga.

Usaha pengumpulan dan penulisan pada peringkat ini menjadi suatu yang serius sekali

berikutan isu-isu yang berlaku pada zaman tersebut. Faktor-faktor yang mendorong

kepada pengumpulan semula al-Quran pada tahap ketiga ialah :

i. Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat

Page 18: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

ii. Perbezaan Qiraat Yang Membawa Kepada Pertikaian Umat Islam

2.4.1 Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat

Selain Mushaf Abu Bakar, terdapat juga di kalangan para sahabat lain yang menulis

Al-Quran sebagai rujukan dan simpanan. Antara mushaf-mushaf yang masyhur ialah

mushaf Abdullah bin Mas’ud, mushaf Ubai bin Kaab, mushaf Abu Musa al-Asyari dan

lain-lain lagi.

Sesetangah mushaf ditulis adalah untuk tujuan peribadi. Ada yang ditambah dengan

catatan sendiri tentang maksud dan peringatan mengenai sesuatu ayat. Terdapat juga

mushaf yang tidak lengkap susunan ayat-ayat atau surah-surahnya. Hal ini berlaku

kerana tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan penurunan ayat-ayat Al-

Quran dan ada yang tidak sempat memperolehinya secara terus daripada Rasulullah

s.a.w atau para sahabat yang lain.

2.4.2 Perbezaan Qiraat Yang Membawa Pertikaian Umat Islam

Pada waktu ini, empayar Islam telah berkembang luas. Tentera Islam berjaya

menakluki beberapa buah negara di sekitarnya. Ramai penduduknya yang ditawan

memeluk Islam. Oleh yang demikian para sahabat telah dihantar ke negara-negara

tersebut untuk mengajar Al-Quran.

Permasalahan berlaku apabila masing-masing menggunakan wajah Qiraat yang

berbeza untuk diajarkan kepada penduduk sekeliling. Mereka hanya mengajar qiraat

yang mereka tahu sahaja. Disamping itu mereka tidak mengajar qiraat yang tujuh

kepada penduduk tempatan. Tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf

umum untuk dijadikan rujukan sekiranya mereka menghadapi masalah. Ekoran

daripada itu, maka berlakulah perbezaan bacaan atau sebutan di kalangan penduduk

pelbagai wilayah tersebut sehingga menyebabkan mereka saling berselisih faham dan

menyalahkan bacaan pihak lain.

Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia

dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para

sahabat prihatin terhadap masalah ini kerana khuatir jika perbezaan ini menimbulkan

penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran

Page 19: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu

dengan bacaan yang tetap pada satu huruf.

2.5 Al-Quran Rasm Uthmani

Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh empat

dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Proses penyalinan Al-Quran dibantu oleh

beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang Al-Quran antaranya Zaid b

Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris.

Akhirnya terhasillah sebuah naskhah mushaf Uthmani dan ianya disalin sebanyak 5

kali dan ini menjadikan jumlahnya 6 naskhah menurut pendapat yang muktamad. di

hantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang

mewakili Qiraat-qiraat tertentu. Uthman telah mengeluarkan perintah agar selainnya

dibakar dan hanya bertumpu kepadanya.

Abu Amr Ad-Dani menyatakan  jumlah naskh Mushaf Uthmani itu ada enam. Ianya

dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq dan satu lagi di Madinah.

Manakala Jalaluddin As-Suyuti pula menyatakan jumlah naskhah Mushaf Uthmani yang

dikirim itu ada lima iaitu untuk Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq, Madinah. Dan beliau

menambah, ada satu lagi mushaf sebagai simpanan Khalifah Uthman yang dinamakan

”Al-Mushaf Al-Imam.” Di namakan sebagai Mushaf Imam kerana mushaf tersebut

adalah mushaf pertama yang ditulis. Daripada Mushaf Imam itulah dibuat salinan

mushaf-mushaf yang lain.

Mushaf tersebut bukan sahaja dikirim dan dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di

wilayah-wilayah tersebut, bahkan dihantar seorang imam (qari) yang adil dan mutaqin di

dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:

Abdullah bin As-Saib r.a. dihantar ke Mekah

Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a. dihantar ke Syam

Abdul Rahman Abdullah bin Habib A-Sulaimi r.a. dihantar ke Kufah

’Amar bin Qais r.a. dihantar ke Basrah

Zaid bin Thabit  r.a. di Madinah. 

Page 20: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Mushaf Uthmani yang berasal daripada beberapa naskhah itu telah berkembang

percetakannya dengan pesat. Naskhah-naskhah Al-Quran yang dicetak kemudian ini

degelar dengan ”Al-Quran Mushaf Uthmani” atau ”Al-Quran Rasm Uthmani” sebagai

memperingati jasa beliau yang amat agung itu.

Antara ciri utama Mushaf  Uthmani ialah ia ditulis bersesuaian dengan perbezaan

bacaan ”Tujuh Qiraat”. Ia juga meliputi ciri-ciri al-Quran yang dibaca oleh Rasululah

s.a.w  di hadapan Malaikat Jibril a.s.pada tahun terakhir hayat baginda.

2.6 Kaedah-kaedah Rasm Uthmani

Mushaf-mushaf Uthmani memilikki kaedah-kaedah penulisan tertentu. Para pakar di

bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam enam kaedah dasar:

1. Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan (Hazaf)

2. Kaedah Ziyadah Atau Tambahan.

3. Kaedah Penggantian Atau Pertukaran (Ibdal.)

4. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)

5. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.

6. Kaedah penulisan huruf hamzah.

i. Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan (Hazaf)

Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu

dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah

alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan

(fawatih) surah tertentu Al-Quran.

a. Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:

i. Alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak

باسمالله

باسم

Page 21: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

الله

باسمالله

ii. Alif “Al-Takrif” yang didahului huruf lam untuk ta’kid atau “jar”

لالذى

iii. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai

pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’ contohnya;

أاالن

)Yunus 51(

أالله

)Yunus 59(

أأتي

)Al-Baqarah 17(

iv. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya;

فسئلا

وا

)Al-Anbiyaa 007 (

و

Page 22: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

سئلا )Yusuf 082(

فسئلا

)Al-Muminun 113(

v. Alif ya kata seruan (ya al-nida’) contohnya

يا أيها

)Al-Baqarah 021 (

يا أدم

)Al-Baqarah 033 (

ياعباد

ي

)Az-Zumar 053 (

vi. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat

أيها

)An-Nur 031 (

أيها

)Az-Zukhruf 049 (

أيها

vii. Alif “domir marfuk” yang bersambung dengan “domir maful” contohnya;

Page 23: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

فأنجيناكم

)Al-Baqarah 050 (

علمناه

)Ya-Sin 069 (

أنشأناهن

)Al-Waqi’a 035 (

viii. Alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya;

يأتيانها

)An-Nisaa 016 (

هاذان

)Ta-Ha 063 (

فذانك

)Al-Qasas 032 (

ii. Kaedah ziyadah atau tambahan.

Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah

tertentu Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua

keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.

a. Ziyadah huruf wau pada ;

Page 24: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

i. Kalimah “سأوريكم” pada

ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di

bawah ;

)Al-Anfal 075 (

)At-Talaq 004 (

)Al-i-'Imran 119 (

)Al-Baqarah 005 (

)Al-Qamar 043 (

b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;

)Al-Anbiyaa 034 (

)Ta-Ha 130 (

)Ash-Shura 051 (

(Al-A’raf 145)

Page 25: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

)Al-Qalam 006 (

Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah berikut

)Hud 097 (

iii. Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)

ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada

kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima

keadaan berikut iaitu;

a. Pertukaran huruf alif kepada wau

b. Pertukaran alif kepada ya

c. Pertukaran nun kepada alif

d. Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka

e. Pertukaran thulathi wau kepada alif.

i. Pertukaran huruf wau kepada alif berlaku pada lapan kalimah-

berikut “ ” , الصلوة " ,” " , ” " ,” “ , ” “ , ” النجوة”, “ كمشكوة الغدوة الحيوة الربوة الزكوة

المنوة" ”

ii. Pertukaran tersebut tidak berlaku pada tempat-tempat tertentu di

dalam Al-Quran. Contohnya ayat 35 surah Al-Anfal ditulis dengan

alif pada kalimah "صالتهم" .

iv. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)

berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain yang

lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan penulisan

dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai. Contohnya

penggabungan penulisan lafaz “an” dengan “lan” pada ayat 3 surah Al-Qiyamah

dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan pemisahan penulisan lafaz “anna” dengan

“ma” pada surah luqman ayat 30 dan Al-Haj ayat 62.

Page 26: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

v. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.

Dalam kaedah ini bila memungkinkan sesuatu kalimah yang mempunyai wajah-

wajah qiraat tertentu ditulis dalam bentuk tulisan yang sama maka pola

penulisannya sama dalam setiap mushaf Othmani. Contohnya kalimah “maliki”

dalam surah fatihah. Jika tidak memungkinkan kalimah tersebut ditulis dalam

pola yang sama maka ditulis dalam mushaf Uthmani dalam bentuk Rasm

mushaf yang berbeza. Contohnya kalimah “ووصى” pada ayat 132 surah baqarah

pada sebahagian mushaf ditulis "وأوصى" dan pada sebahagian mushaf lain

ditulis dan dibaca "ووصى"

vi. Kaedah penulisan huruf hamzah.

kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara

kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang

bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada “fiel” selepas Istifham pada tujuh

tempat iaitu;

)أاتخذتم(

)Al-Baqarah 080 (

(Al-Maryam 78)

)Saba 8(

)Saffat 153(

)Sad 63(

Page 27: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

)Sad 75(

)Al-Munafiqun 6 (

2.7 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani Sebagai Kaedah Penulisan Yang Istimewa.

Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani

banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya:

a. Dapat mengetahui baris asal sesuatu huruf.

Contohnya “إيتاءي” ditambah huruf ya selepas huruf hamzah untuk menunjukkan

hamzah sebelumnya berbaris kasrah, “سأوريكم” ditambah huruf wau selepas huruf

hamzah menunjukkan baris huruf hamzah ialah dhommah, “وألاوضعوا” pula

ditambah alif selepas hamzah untuk menunjukkan bahawa hamzah berbaris

fathah.

b. Menggambarkan sesuatu makna.

Contohnya ziyadah huruf ya pada kalimah “بأييد” untuk memperteguhkan lagi

mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah yang mencipta langit atau cakarwala

dengan begitu kukuh dan sempurna.

a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah.

Contohnya kalimah “الصلوة” (jamak “الصلوات”) dan seumpamanya dituliskan dengan

huruf wau menggantikan huruf alif disebabkan wau merupakan sebahagian

daripada huruf dalam struktur asal kalimah tersebut. Begitu juga kalimah “ دان الهدى

ditulis dengan huruf ya menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya adalah ”فتلقى

huruf asal daripada kalimah tersebut.

a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat.

Keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.

Keistimewaan huruf-huruf Ibdal

Keistimewaan hazaf

Page 28: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Contohnya “ طلعت إذا الشمش اليمين تزوروترى ذات كهفهم عن ” kalimah تزور dibaca

dengan tiga wajah ( ور Hتز دان IرJتزاو ور، Hتز) .

b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus.

Contohnya dihazaf wau pada kalimah " االنسن untuk memperkukuhkan "ويدع

kenyataan bahawa doa seoarng hamba sangat mudah dan cepat sampai kepada

Allah.

a. Kalimah-kalimah Al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara terpisah dan

ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari segi makna

terdapat perbezaan contohnya “ يمشى “ dengan ”أمن يكون من apabila ditulis ”أم

terpisah bermakna “بل” tetapi jika bersambung bermakna "أو

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri

sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan

dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.

Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di

kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang

wajib dan dipelihara dan diamalkan.

Keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).

Page 29: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Pengenalan

Al- Quran adalah kalam Allah yang juga merupakan mukjizat teragung yang telah

dikurniakan oleh Allah kepada junjungan Rasulullah s.a.w. Ia menjadi panduan hidup

umat sepanjang zaman. Justeru, ilmu Al-Quran telah menjadi sesuatu yang wajib

dipelajari oleh setiap muslim di dunia ini. Tanpa mengetahui sesuatu tentang mukjizat

teragung ini, seolah-olah hidup ini tanpa arah dan pedoman.

Ilmu tentang Al-Quran ini dipanggil sebagai Pendidikan Al-Quran. Ia merupakan

salah satu bidang yang terdapat di dalam Pendidikan Islam. Pendidikan Al-Quran

mempunyai bilangan masa yang paling banyak berbanding bidang lain. Ini

menunjukkan betapa pentingnya ilmu Al-Quran itu kepada murid-murid.

Pendidikan Al-Quran penting kepada murid-murid kerana ia merupakan landasan

bagi umat Islam memahami kandungan Al-Quran itu sendiri seterusnya mengamalkan

segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhkan diri daripada larangan

Allah. Melalui Al-Quran Allah menyampaikan khabar gembira, peringatan, sejarah umat

lampau dan peraturan hidup.

Oleh itu, para guru mestilah memahami intipati yang terdapat di dalam

Pendidikan Al-Quran agar ilmu yang ingin disampaikan kepada murid dapat difahami

dan dihayati sepanjang perjalanan hidup mereka. Keupayaan dan kebolehan murid

untuk membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baik perlu mendapat pujian dan

dorongan daripada guru dan ibubapa. Bukan mudah untuk menguasai Al-Quran di usia

mereka ini, namun pada waktu inilah yang paling sesuai untuk ibubapa dan guru

menerapkan ilmu Al-Quran dalam dada mereka.

Justeru guru-guru perlu berganding tenaga dan usaha menyusun strategi

bagaimana cara memartabatkan lagi Pendidikan Al-Quran di sekolah seterusnya di

kalangan masyarakat dan negara. Al-Quran merupakan warisan junjungan besar Nabi

Muhammad s.a.w kepada umatnya. Jika kita tidak berpegang padanya atau terus

meninggalkannya, maka sesatlah kita tanpa bimbingan.

Page 30: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Rumusan dan Penutup

Pemeliharaan Al-Quran telah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w diikuti

pada zaman Abu Bakar as-Siddiq seterusnya pada zaman Uthman bin Affan. Proses

pengumpulan dan penulisan Al-Quran pada zaman Uthman memberi impak yang besar

dalam sejarah Islam. Tanpa langkah bijak para sahabat pada zaman tersebut, umat

Islam pasti berpecah dan berkelahi sesama mereka.

Usaha ini perlu dihargai dan diingati. Justeru penghargaan tersebut perlu ditunjukkan

melalui penguasaan umat terhadap ilmu Al-Quran kini. Umat Islam perlu sentiasa

menambah pengetahuan mengenai Al-Quran dan kandungannya kerana di dalamnya

mengandungi pelbagai ilmu yang amat luas. Sehingga kini tiada siapa yang dapat

menandingi kitab Al-Quran dari segi bahasa, isi kandungan dan sebagainya.

Sesungguhnya turunnya Al-Quran itu merupakan rahmat kepada manusia. Melaluinya

manusia menemui penyelesai masalah hidup dan jawapan kepada segala

permasalahan. Sehingga kini juga, manusia masih mengkaji kehebatan Al-Quran

bahkan orang bukan Islam turut tidak ketinggalan untuk menyelidikinya. Maka, tidak

hairanlah dengan pengkajian ini, orang-orang bukan Islam tersebut tertarik dengan Al-

Quran seterusnya ia menjadi penyebab untuknya memasuki Islam.

Betapa hebatnya mukjizat Al-Quran kepada manusia sejagat. Justeru tidak rugi

mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Pendidikan Al-Quran perlu diperkasakan

lagi. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan agar ilmu ini sering ditagih tidak

dipandang remeh oleh murid-murid dan masyarakat.

Page 31: Aplikasi Kaedah Dan Teknik Tilawah Quran[1]

Bibliografi

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pendidikan Al-Quran Minor j-QAF

Modul 2. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah :

Panduan Kursus Pendidikan Islam Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pendidikan Islam Major j-QAF Modul

1/3. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Draf Kurikulum Standard Sekolah

Rendah : Modul Teras Asas Pendidikan Islam Tahun 2. Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum.