Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar

5
Kemahiran melayan dan mendengar : Kemahiran ini membuatkan saya lebih banyak mendengar masalah murid bermula dari awal. Murid-murid banyak menceritakan masalah mereka sekiranya pendengar melayan dan mendengar dengan teliti terhadap perkara yang mereka cuba sampaikan. Kemahiran melayan murid perlu diaplikasikan sebelum kita memulakan sesi kaunseling lagi. Kemahiran ini saya aplikasikan semasa sedang menunggu murid yang berjumpa dengan saya untuk menceritakan masalahnya. Melalui pemerhatian saya, murid tersebut sangat pasif semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan. Kemudian, untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan, saya telah memantau murid tersebut diluar waktu pengajaran sama ada semasa rehat mahupun semasa guru tidak masuk ke kelas. Saya mulakan dengan menunggunya diluar bilik guru lagi. Apabila dia terlihat saya, pertama sekali yang saya lakukan adalah melontarkan senyuman menunjukkan kemesraan dan kesediaan saya menerimanya. Kemudian, saya mempelawa dia duduk dan mula bertanyakan tentang permasalahannya Saya : Shukri sepanjang cikgu mengajar kelas 5 Cerdik, cikgu lihat kamu kelihatan seperti tiada ‘mood’ untuk belajar. Boleh kamu beritahu cikgu apa masalah kamu? Shukri : Saya tiada masalah cikgu. Saya : Kalau tiada masalah, kenapa kamu tidak mengambil bahagian semasa rakan lain melakukan tugasan? Jadi, itu jelas menunjukkan kamu mempunyai masalah. Ceritalah pada cikgu.

Transcript of Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar

Page 1: Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar

Kemahiran melayan dan mendengar :

Kemahiran ini membuatkan saya lebih banyak mendengar masalah murid bermula

dari awal. Murid-murid banyak menceritakan masalah mereka sekiranya pendengar

melayan dan mendengar dengan teliti terhadap perkara yang mereka cuba

sampaikan. Kemahiran melayan murid perlu diaplikasikan sebelum kita memulakan

sesi kaunseling lagi. Kemahiran ini saya aplikasikan semasa sedang menunggu

murid yang berjumpa dengan saya untuk menceritakan masalahnya.

Melalui pemerhatian saya, murid tersebut sangat pasif semasa aktiviti di

dalam kelas dijalankan. Kemudian, untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan,

saya telah memantau murid tersebut diluar waktu pengajaran sama ada semasa

rehat mahupun semasa guru tidak masuk ke kelas.

Saya mulakan dengan menunggunya diluar bilik guru lagi. Apabila dia terlihat

saya, pertama sekali yang saya lakukan adalah melontarkan senyuman

menunjukkan kemesraan dan kesediaan saya menerimanya. Kemudian, saya

mempelawa dia duduk dan mula bertanyakan tentang permasalahannya

Saya : Shukri sepanjang cikgu mengajar kelas 5 Cerdik, cikgu lihat kamu

kelihatan seperti tiada ‘mood’ untuk belajar. Boleh kamu beritahu cikgu apa

masalah kamu?

Shukri : Saya tiada masalah cikgu.

Saya : Kalau tiada masalah, kenapa kamu tidak mengambil bahagian semasa

rakan lain melakukan tugasan? Jadi, itu jelas menunjukkan kamu

mempunyai masalah. Ceritalah pada cikgu.

Shukri : Cikgu, kawan-kawan saya tidak mahu berkawan dengan saya kerana

mereka kata saya jahat.

Saya : Kenapa mereka kata kamu jahat? Kamu pernah membuat kesalahan?

Shukri : Saya pernah bergaduh dengan rakan sekelas saya sebab dia kata

saya busuk dan gelakkan saya. Saya marah dia kerana sangat sakit hati.

Kemudian, kami bergaduh. Tapi, selepas itu kami bermaafan semula

setelah dibawa berjumpa kepada guru disiplin. Tapi semasa di dalam

Page 2: Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar

kelas, dia cuba mengejek saya lagi, saya pun menangis sebab kawan yang

lain turut mengejek saya. Lama kelamaan barulah mereka berhenti.

Sehingga sekarang saya tidak mahu berkawan dengan mereka. Mereka

jahat sebab gelakkan saya.

Saya : Emm...macam itu rupanya. Jadi, mereka juga tidak mahu berkawan

dengan kamu lagi?

Shukri : Ada yang mahu berkawan tapi saya yang tolak.(Katanya sambil

mengerutkan wajahnya seperti berasa menyesal.)

Saya : Baiklah Shukri. Sekarang cikgu faham situasi kamu. Kamu sebenarnya

masih lagi berasa marah terhadap kawan-kawan kamu. Sekiranya kamu

teruskan sikap seperti ini, kamu akan kesunyian dan akan mengalami

kebosanan. Kamu kena tahu, kalau kamu tidak mahu berkawan dengan

orang lain dan selalu berseorangan, sekiranya kamu dalam kesusahan,

tiada siapa yang sudi membantu kamu. Pernahkah kamu mengalami

peristiwa di mana tiada seorang pun yang sudi menolong kamu semasa

kamu dalam kesusahan?

Shukri : Pernah. Peristiwa itu berlaku semasa saya terlupa membawa duit

belanja ke sekolah. Saya lapar tetapi tiada seorang pun yang mahu

memberikan wang kepada saya.

Cikgu : Kalau macam itu, kamu seharusnya sedar tindakan yang kamu ambil

ini adalah kurang tepat. Sekiranya kamu mudah memaafkan kesalahan

orang lain, hidup kamu bahagia kerana hati kamu tidak timbul perasaan

benci. Ini juga sekaligus akan membantu kamu kekal ceria sepanjang hari

dan selalu melibatkan diri dengan aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dijalankan oleh guru kamu. Sekiranya itu berlaku, kamu

bukan sahaja ramai kawan bahkan kamu berpeluang menjadi pelajar yang

pintar kerana pelajar-pelajar yang pintar mempunyai hati yang baik kerana

selalu memaafkan orang lain. Kamu mahu menjadi pelajar pintar?

Page 3: Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar

Shukri : Nak.(sambil menganggukkan kepalanya).

Cikgu : Kalau begitu, apa yang perlu kamu lakukan sekarang?

Shukri : Saya perlu berkawan semula dengan mereka dan melupakan segala

kesalahan mereka kepada saya.

Cikgu : Bagus. Betul itu Shukri.

Selepas saya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada Shukri, dia mula

mempunyai kawan-kawan di dalam kelas khasnya. Ini membuatkan dia kelihatan

lebih bersemangat semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas. Perkara yang paling mengejutkan, dia juga memperoleh keputusan

yang baik. Dia menunjukkan peningkatan baik menyebabkan guru kelasnya sungguh

kagum dengan Shukri.

Semasa membuat kaunseling individu terhadap murid tersebut, saya telah

mengaplikasikan SHOVELER (di bawah kemahiran mendengar dan melayan).

Memandang terus ke arah murid tersebut. Merespon terhadap perkara yang

diceritakan dengan anggukan kepala. Kemudian memperbetulkan kedudukan badan

dengan mencondongkan badan ke hadapan bagi menunjukkan saya sedang fokus

kepada masalah mereka. Selain itu, kontek mata juga perlu melihat secara terus

agar kepada murid tersebut agar dia dapat merasakan yang saya memang betul-

betul tengah fokus mendengar luahan hatinya.

Semasa menjalankan kaunseling ini, saya tidak memberikan hukuman terus

kepada murid tersebut sekalipun diperakui bahawa dia sendiri yang menolak untuk

berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya. Tapi, sebaiknya kita mendengar

sehingga habis dan memberikan cadangan agar dia dibimbing untuk berfikir dan

menilai baik dan buruk. Lagipun, cikgu perlu tahu keseluruhan cerita agar tidak

memberikan tindakan yang salah.

Page 4: Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar

Semasa Shukri menceritakan masalahnya kepada saya, saya juga

mengaplikasikan kemahiran interpretasi tingkahlaku non-verbal Shukri. Saya

perhatikan gerak-gerinya serta raut wajahnya kerana perasaan dan emosi lebih

mudah ditafsirkan dengan tindakan non-verbal. Ternyata Shukri sangat marah

terhadap tindakan rakan-rakannya. Ini dibuktikan dengan tangannya yang

menggenggam kain seluar menunjukkan dia sedang geram dan marah.

Dorongan minima dan anggukan kepala antara kemahiran yang acap kali

saya lakukan kerana mudah dan tidak menganggu fokus murid semasa sedang

menceritakan masalahnya kerana percaya saya masih dengar luahan mereka.

Dorongan minima yang saya ucapkan umpamanya “hmm...” dapat dilihat melalui

dialog di atas.

Kemahiran mengenalpasti masalah diaplikasikan semasa murid sedang

menceritakan masalah-masalahnya. Saya cuba mengingati maklumat-maklumat

yang dia sampaikan dan cuba membandingkan atau mengimaginasikan dengan

maklumat-maklmat yang saya kumpul melalui pemerhatian sebelum berjumpa

dengannya untuk memberikan kaunseling. Kemudian, saya juga melakukan

pemerhatian terhadap rakan-rakan sekelasnya.

Akhir sekali, saya memberikan saranan dan cadangan kepada Shukri agar

dapat menerima dan memaafkan kawan-kawannya yang melakukan salah dan silap

kepadanya.