APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI...

21
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012 75 APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN Suziela Bte Md. Tahir Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Dr. Shahrir Affandi Bin Daud @ Mohamed Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ABSTRAK Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti elemen kreativiti dalam mempelbagaikan dan penambahbaikan penggunaan bahan sumber pengajaran melalui inovasi. Pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif digunakan. Kajian dijalankan di sebuah Institusi Pendidikan. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru dalam perkhidmatan dan guru-guru pelatih sepenuh masa. Instrumen kajian terdiri daripada senarai semak pemerhatian, refleksi, nota lapangan dan temu bual tidak berstruktur. Prosedur pengumpulan data dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi tujuan melakukan penambah baikan secara berterusan. Data dianalisis secara kualitatif dengan menentukan pola dan pengkodan data yang dikelaskan mengikut tema. Analisis kuantitatif digunakan dengan menentukan nilai min. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam membuat penambahbaikan berterusan melalui kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempelbagaikan penggunaan bahan sumber yang dibina. Sampel menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan inovasi yang baik melalui idea-idea yang boleh dibangunkan melalui hasil cipta sedia ada. Proses pemindahan pembelajaran dapat dilakukan oleh sampel dengan menyuntik elemen-elemen inovasi dan kreativiti dalam mempelbagaikan penggunaan bahan sumber pembelajaran sedia ada. Kata kunci : Kreativiti, inovasi. pantulan, inkuiri penemuan PENDAHULUAN Masa depan bidang pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi harapan dan matlamat semua pihak di mana perkara ini secara tidak langsung melibatkan peranan guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dan dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru masakini perlu membebaskan diri daripada pemikiran dan kaedah lama yang membelenggu mereka dalam menyampaikan pengajaran. Kaedah tradisional seperti `chalk and talk‟

Transcript of APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI...

Page 1: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

75

APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI PENDEKATAN INKUIRI

PENEMUAN

Suziela Bte Md. Tahir

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Dr. Shahrir Affandi Bin Daud @ Mohamed Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti elemen kreativiti dalam mempelbagaikan dan penambahbaikan penggunaan bahan sumber pengajaran melalui inovasi. Pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif digunakan. Kajian dijalankan di sebuah Institusi Pendidikan. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru dalam perkhidmatan dan guru-guru pelatih sepenuh masa. Instrumen kajian terdiri daripada senarai semak pemerhatian, refleksi, nota lapangan dan temu bual tidak berstruktur. Prosedur pengumpulan data dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi tujuan melakukan penambah baikan secara berterusan. Data dianalisis secara kualitatif dengan menentukan pola dan pengkodan data yang dikelaskan mengikut tema. Analisis kuantitatif digunakan dengan menentukan nilai min. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam membuat penambahbaikan berterusan melalui kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempelbagaikan penggunaan bahan sumber yang dibina. Sampel menunjukkan tahap pemikiran kreatif dan inovasi yang baik melalui idea-idea yang boleh dibangunkan melalui hasil cipta sedia ada. Proses pemindahan pembelajaran dapat dilakukan oleh sampel dengan menyuntik elemen-elemen inovasi dan kreativiti dalam mempelbagaikan penggunaan bahan sumber pembelajaran sedia ada.

Kata kunci : Kreativiti, inovasi. pantulan, inkuiri penemuan

PENDAHULUAN

Masa depan bidang pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi harapan dan matlamat semua pihak di mana perkara ini secara tidak langsung melibatkan peranan guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dan dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru masakini perlu membebaskan diri daripada pemikiran dan kaedah lama yang membelenggu mereka dalam menyampaikan pengajaran. Kaedah tradisional seperti `chalk and talk‟

Page 2: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

76

menurut Mahasan Mahmood, (2003) adalah sudah tidak relevan lagi buat masa kini.

Arus perubahan dalam dunia semasa menjadikan pendidikan bertambah kompleks menadikan matlamat utama pendidikan masa kini ialah ke arah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan semasa. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas sebagai pendidik yang berkesan.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid perlu diberi peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui pendekatan bahan sumber yang menarik. Murid dapat mempelbagaikan pengalaman pembelajaran melalui kemahiran berfikir apabila proses pemindahan pengetahuan dapat dijanakan dengan sempurna. Kefahaman konsep sains dapat dibina melalui pengalaman sebenar apabila mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang berlaku melalui penerokaan sains yang sistematik. Apabila murid mempelajari sains melalui pendekatan inkuiri-penemuan, mereka dapat menyiasat konsep sains yang wujud di sebalik sesuatu fenomena secara lebih bermakna. Hal ini disebabkan mereka sendiri akan mencari maklumat dan memberi maknanya secara saintifik. Oleh sebab itu, Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001) menyarankan pendekatan inkuiri-penemuan sebagai salah satu pendekatan utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan menekankan pada proses mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan yang telah dilalui oleh murid-murid semasa meneroka sesuatu fenomena sedia ada. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri melalui penerokaan aktif. Sains sebagai inkuiri-penemuan merupakan satu proses pembelajaran yang mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains melalui penyiasatan yang dibuat. Melalui pendekatan inkuiri-penemuan, murid-murid bertanya soalan dalam usaha mencetuskan idea, menerang kejadian sebab dan musabab sesuatu perkara itu berlaku, menguji idea sedia ada berdasarkan konsep awal yang dibina serta berkomunikasi dalam membincangkan maklumat yang dipelajari. Melalui pendekatan ini, maka murid-murid yang berketrampilan dan mantap dari sudut pengetahuan dan kemahiran sains dapat dihasilkan melalui: (i) Penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (ii) Membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (iii) Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan, dan (iv) Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal. Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking),

penyiasatan dan membina pengetahuan.

Page 3: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

77

Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan penerokaan maklumat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, pencetus soalan, perangsang rasa ingin tahu, pencabar idea murid dan sumber rujukan. Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kepada semua pihak sekolah supaya melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan di negara ini. Namun demikian, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan dalam bab sorotan kajian didapati bahawa terdapat halangan bagi guru-guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aspek halangan yang telah dikenalpasti adalah seperti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru, faktor-faktor yang menjadi halangan dalam melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga peluang atau galakan kepada guru-guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, satu kajian dijalankan keatas empat aspek halangan tersebut bagi mengenal pasti punca-punca masalah yang menyebabkan sesuatu inovasi itu mengalami kesukaran serta tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti proses pemindahan konsep sains dalam melaksanakan aktiviti melalui pendekatan inkuiri-penemuan.

ii. Menentukan kesan pendekatan inkuiri-penemuan terhadap perubahan tingkahlaku sampel.

Page 4: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

78

SOALAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menjawab dua persoalan kajian seperti berikut:

i. Sejauh manakah proses pemindahan konsep sains boleh berlaku melalui pelaksanaan aktiviti inkuiri-penemuan?

ii. Adakah berlaku perubahan kesan tingkahlaku terhadap sampel setelah melalui aktiviti P&P inkuiri-penemuan?

Bagaimana Intervensi Inkuiri-Penemuan Dilakukan? Dalam kajian ini strategi inkuiri-penemuan merujuk kepada satu proses pengajaran pembelajaran dimana sampel memainkan peranan aktif dalam menyiasat konsep sains dan menemuinya dengan sendiri. Peranan penyelidik hanyalah sebagai fasilitator, penanya soalan dan pembimbing murid untuk memahami konsep sains berkenaan. Dalam hal ini, sampel akan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan satu bahan sumber yang disediakan. Melalui aktiviti ini, mereka akan membuat refleksi bagi menyuntik elemen inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan kepelbagaian fungsi bagi bahan sumber tersebut. Proses penambahbaikan dilakukan melalui pengubahsuaian yang dicadangkan oleh setiap kumpulan.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini berhasrat untuk memberi implikasi yang penting terhadap proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan reka bentuk bahan sumber ini membantu dalam meningkatkan minat murid terhadap pelajaran sains. Selain itu, hasil kajian amat berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi proses penggubalan kurikulum baru berdasarkan kepentingan nilai kreativiti dan inovasi. Selain itu, Inovasi ini juga boleh diubah suai mengikut punca-punca masalah yang dikenal pasti sebelum dilaksanakan secara menyeluruh. Hasil kajian juga dapat menyedarkan para pendidik terhadap kepentingan inovasi dalam pendidikan bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perubahan dunia masa kini.

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian tindakan berfasa digunakan bagi membimbing penyelidik ke arah menghasilkan satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan standard kandungan serta mempunyai asas kualiti yang kukuh. Pendekatan kajian menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Reka bentuk kajian tindakan ini digambarkan seperti rajah di bawah:

Page 5: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

79

Rajah 1 : Proses Kepastian Kualiti Bahan Sumber melalui

Gelungan Kajian Tindakan Pendekatan kualitatif digunakan dalam mengenal pasti kreativiti

dan fleksibeliti bahan sumber yang dihasilkan. Manakala pendekatan kuantitatif pula digunakan dalam mengumpulkan maklumat berkaitan dengan persepsi sampel terhadap impak penggunaan bahan tersebut.Tinjauan terhadap penerimaan sampel adalah penting bagi mengenal pasti kekuatan bahan sumber di lapangan bagi memastikan matlamat pendidikan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bagi memastikan kualiti bahan yang dihasilkan mencapai matlamat kajian.

Proses pengujian dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan konsep sains yang diaplikasikan melalui inovasi tidak menyebabkan miskonsepsi. Pada masa yang sama nilai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dapat ditingkatkan. Semua idea yang dikemukakan oleh sampel diuji dan diuji semula. Melalui pendekatan ini kualiti idea dapat dikukuhkan dan aktiviti yang dilaksanakan mantap Hal ini dilakukan melalui proses yang ditunjukkan pada rajah di bawah:

Page 6: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

80

Rajah 2 : Proses Kepastian Kualiti Bahan Sumber melalui Gelungan Kajian Tindakan

Pendekatan kualitatif digunakan dalam mengenal pasti kualiti bahan sumber yang dihasilkan. Manakala pendekatan kuantitatif digunakan dalam mengumpulkan maklumat berkaitan dengan persepsi pengguna.Tinjauan terhadap penerimaan sampel adalah penting bagi mengenal pasti kekuatan bahan sumber dalam pelaksanaan di lapangan. Menurut Mohd Najib (2003), kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal selidik banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat.

Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada bakal guru dan guru-guru yang mengikuti latihan dalam perkhidmatan. Sampel diklasifikasikan mengikut kumpulan guru berdasarkan tema pembelajaran dan kumpulan sasaran. Bahan sumber inovasi yang dibangunkan berfokus pada fleksibiliti bahan yang boleh diubah suai mengikut subjek. Penekanan kajian diberikan terhadap strategi pengajaran berdasarkan kreativiti merancang aktiviti yang bersesuaian. Jadual di bawah menunjukkan sampel kajian yang digunakan sepanjang pelaksanaan pengumpulan data.

Prototaip 2

Prototaip 1

Pemurnian dan Uji Semula

Bina / Laksana

Pengujian Refleksi & Ubah suai

Nilai

Page 7: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

81

Jadual 1 : Sampel kajian

No Kumpulan Sasaran Bilangan Catatan

1 Guru Pendidikan Pra Sekolah Swasta

Kumpulan 1

20 orang Latihan Pra Sekolah

2 Guru Pendidikan Pra Sekolah Swasta

Kumpulan 2

20 orang Latihan Pra Sekolah

3 Guru Pelatih DPLI 21 orang Kursus Sepenuh Masa

Instrumen Kajian Instrumen kajian terdiri daripada senarai semak pemerhatian, refleksi, nota lapangan dan temu bual tidak berstruktur. Proses pengumpulan data dijalankan secara berfasa mengikut tujuannya. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada setiap sampel di akhir fasa bagi mengukur keberkesanan penghasilan bahan sumber inovasi tersebut. Menurut Syed Arabi (1992), pemilihan kaedah ini amat sesuai digunakan, praktikal, berkesan dan menjimatkan masa.

HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Pada peringkat awal kajian, peserta kursus berasa puas hati dengan proses pemindahan konsep yang dilakukan dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan konsep pantulan melalui aktiviti permainan dapat merangsang minat sampel belajar. Proses ini dilihat amat menarik dan mempunyai kelainan dalam aspek teknik penyampaian. Sampel berasa teruja dan mencuba secara berulang dalam permainan tersebut yang melibatkan konsep pantulan imej dalam cermin. Pada masa yang sama, kemahiran berfikir dapat dijanakan dalam kalangan sampel melalui aktiviti permainan ini. Hal ini dibincangkan seperti di bawah.

Page 8: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

82

Rajah 3 : Konsep Pantulan dalam Prototaip 1

Rajah 4 : Aplikasi Pantulan Dalam Permainan

Berdasarkan dapatan kajian, didapati peserta mengambil masa yang agak lama untuk mengaplikasikan konsep pantulan bagi menyelesaikan masalah. Konsep jarak objek dan jarak imej sukar difahamkan pada peringkat awal. Namun begitu, setelah kefahaman dibentuk melalui pemerhatian langsung, konsep ini telah dapat dibina dalam pemikiran mereka. Namun apabila pengembangan konsep dibincangkan melalui inovasi lain yang boleh

Objek Imej

1. *Imej dicermin menunjukkan bola pingpong jauh ke belakang

2. *Maka joran perlu digerakkan ke depan. Hal ini memenuhi konsep Jarak Objek = Jarak Imej Cermin satah

1

2

3

Page 9: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

83

diaplikasikan, didapati mereka tidak dapat mengemukan idea-idea baru yang boleh dilaksanakan. Tumpuan hanya diberikan terhadap permainan sedia ada. Mereka hanya menjadi pengguna aktif tetapi gagal untuk menjana idea dalam memanipulasikan konsep sedia ada. hal ini dibincangkan seperti keratan temubual di bawah.

“Seronok bah permainan ni…saya suka. Next time saya boleh buat di sekolah. Mesti murid saya suka. Macam-macamlah cikgu punya idea. Kenapalah saya tidak terfikir mahu buat begini. Nanti… pasti saya akan buat. Saya akan bincang dengan guru-guru lain untuk buat games ini…” “Saya buat macam inilah…serupa macam ini. Pancing bola dengan gunakan cermin. Kalau mahu ubahpun saya akan gantikan kain dengan lukisan pokok-pokok supaya lebih real…yang lain…saya tidak fikir pula. Mungkin besin air ini saya akan gantikan dengan swimming pool budak-budak supaya lebih ramai boleh main…”

Dapatan menunjukkan peserta kursus lebih memberi fokus terhadap keseronokkan permainan yang dijalankan dan menerima secara keseluruhan pakej permainan yang diperkenalkan. Tidak ada sebarang penambahbaikan dan pengembangan idea yang dicadangkan dalam aspek konsep. Persetujuan total terhadap keberkesanan bahan pembelajaran sedia ada menunjukkan mereka tidak dapat melihat konsep dalam skop yang lebih luas. Dapatan kajian menunjukkan bagi kumpulan 1 dan kumpulan 2, pembinaan konsep tidak menjadi fokus utama. Mereka lebih menumpukan terhadap aplikasi sedia ada dan menerimanya sebagai satu pembelajaran baru. Kemahiran berfikir dalam mengembangkan idea secara inovatif dan kreatif tidak muncul pada kumpulan ini. Elemen afaktif menjadi fokus utama dan perkara ini dapat dikesan sepanjang aktiviti dijalankan. Hal ini ditunjukkan melalui keratan refleksi di bawah:

“Seronok saya main permainan ini cikgu. Saya tidak pernah main. Mulanya saya rasa sangat mudah untuk mendapatkan itu bola ping pong…tapi bila buat, rupanya susah mahu dapatkan itu bola. Saya lihat dekat, jadi sayapun tarik ini pancing…rupanya bola itu di belakang. Itu cermin sangat mengelirukan… seronok bah cikgu. Saya akan buat di sekolah saya nanti…mesti budak-budak suka”

PK/GPS/K1-15/K/140711

“Seronoknya…! Best bah cikgu ini games. Saya boleh buat dengan murid saya nanti di sekolah. Tidak terfikir saya mahu mengajar begini. Mesti murid saya suka nanti.”

PK/GPS/K1-3/C/140712

Page 10: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

84

“Hahaha… seronoknya main ni. Saya ingat senang mahu angkat, tapi susah jugak. Bengong saya dibuatnya. Bagus juga idea ini. Nanti saya akan buat di sekolah saya. Tentu murid saya suka. Tidaklah bosan sangat kalau ada permainan macam ini…‖

PK/GPS/K1-8C/140912 “Bagusnya cikgu permainan ni… Seronoknya saya. Tidak terfikir saya mahu buat permainan macam ini. Lepas ini saya akan buat dengan murid saya di sekolah. Mesti mereka suka.”

PK/GPS/K2-5C/140912

KONSEP AWAL

Pada peringkat awal, adaptasi konsep pantulan diperkenalkan melalui aktiviti permainan menyelesaikan masalah. Konsep ini diperkenalkan bagi membolehkan guru pelatih melakukan proses pemindahan pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif. Melalui permainan ini, kemahiran berfikr dapat dibangunkan melalui permainan yang dijalankan dan penyelesaian masalah sebagai aktiviti pembelajaran. Mereka akan mengaplikasikan konsep pantulan dan kedudukan imej dalam cermin satah. Hal ini ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Rajah 5 : Aplikasi Konsep Pantulan Tahap 1 menggunakan Satu Cermin

Berdasarkan analisis refleksi, didapati kesemua sampel kumpulan 1 dan 2 menunjukkan perubahan dalam aspek afektif semata-mata. Hal ini tidak membantu ke arah pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini digambarkan seperti pada Rajah 6 di bawah.

Page 11: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

85

Rajah 6 : Tingkahlaku Sampel setelah Melalui Aktiviti 1

Triangulasi melalui refleksi pengkaji, didapati perkara yang sama diperolehi. Pengkaji melihat sampel lebih seronok melakukan aktiviti yang disediakan. Tidak terdapat sampel yang cuba memahami konsep disebalik permainan itu. Pengkaji dapati konsep sains yang cuba diterap melalui aktiviti itu tidak mencapai matlamatnya. Pencetusan idea yang diharapkan melalui aktiviti itu juga tidak berjaya seperti yang diharapkan. Mereka terlalu seronok sehingga hilang fokus terhadap matlamat pengajaran dan pembelajaran yang digariskan. Hal ini ditunjukkan melalui keratan refleksi seperti di bawah.

“Sepanjang masa mereka asyik ketawa sahaja. Mereka berasa sangat teruja dan seronok melakukan aktiviti tersebut. Saya cuba fahamkan konsep sains di sebalik aktiviti itu, namun mereka masih lagi seronok dan ketawa. Saya tahu mereka terlalu suka, namun saya ingin mereka berfikir bagaimana hendak memperbaiki aktiviti yang ada. Saya cuba meneroka pemikiran mereka, namun tidak ada sebarang tindak balas…mereka masih lagi mencuba dan bermain dengan aktiviti tersebut.”

PK/P/140912

Penambahbaikan 1: Aplikasi Tahap 2

Di peringkat ini, sampel telah mencadangkan satu penambahbaikan bagi meningkatkan tahap kesukaran penggunaan bahan sumber pengajaran. Penggunaan dua cermin dicadangkan bagi meningkatkan aras kesukaran dan mencetuskan kemahiran berfikir semasa menyelesaikan masalah. Aplikasi

pantulan dapat diterapkan oleh sampel melalui aktiviti susulan. Hal ini bertujuan untuk memberikan cabaran yang lebih tinggi semasa aktiviti permainan ini dilaksanakan. Cadangan ini diutarakan semasa sesi

Af5

Af3

AFEKTIF KOGNITIF

Seronok

Bagus

Suka

Tidak bosan

Best

Page 12: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

86

perbincangan dijalankan oleh setiap kumpulan. Hal ini ditunjukkan melalui refleksi di bawah:

“Saya rasa dalam permainan awal kami sukar nak pancing bola pingpong…bola tempat lain tapi imej tempat lain…itu yang buat keliru, naik tarik depan atau tolak belakang…” “….apa kata kalau kita guna dua cermin supaya lebih banyak imej terbentuk… jadi makin keliru, makin mencabar. Jadi kemahiran berfikir akan lebih meningkat…”

Kod: K3/S3/P/24072012/0945

Rajah 7 : Aplikasi Konsep Pantulan Tahap 2 Menggunakan Dua Cermin

Page 13: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

87

Rajah 8 : Konsep Pantulan Tahap 2 Menggunakan Dua Cermin

Penambahbaikan konsep pantulan menggunakan dua cermin yang dicetuskan oleh responden DPLI telah memberi impak yang lebih baik. Tahap kesukaran meningkat dan kemahiran berfikir tahap tinggi dapat dicetuskan untuk menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka teruja dan mencadangkan penambahbaikan kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kuasa kesukaran dalam aktiviti tersebut. Hal ini dibincangkan seperti di bawah.

Penambahbaikan 2: Aplikasi Tahap 3

Proses pembelajaran berterusan apabila sampel DPLI berjaya memindahkan kemahiran dan kefahaman konsep pantulan dengan memperkayakan kaedah penggunaannya dalam bilik darjah. Mereka telah mencadangkan penggunaan multi cermin bagi meningkatkan bilangan imej yang terbentuk dan pada masa yang sama meningkatkan lagi kemahiran berfikir tahap tinggi. Pemindahan pembelajaran berlaku melalui kreativiti pemikiran dan inovatif yang mampu digerakkan. Hal ini dibincangkan seperti di bawah:

Page 14: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

88

Rajah 9 : Aplikasi Konsep Pantulan Tahap 3 Menggunakan Multi Cermin

Rajah 10 : Konsep Pantulan Tahap 3 Menggunakan Multi Cermin

Melalui eksplorasi konsep pantulan, didapati sampel DPLI telah mula dapat memikirkan proses pemindahan pembelajaran. Mereka boleh menyuntik elemen kreativiti dan inovasi dalam mengaplikasikan konsep pantulan bagi melahirkan satu idea baru. Penggunaan multi cermin dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama elemen afektif dikekalkan.

Pembentukan multi imej terbentuk melalui pantulan. Ini memberi impak terhadap KBKK dalam menyelesaikan masalah. Pemindahan pembelajaran berlaku melalui kreativiti dan inovatif.

Page 15: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

89

Bagaimana menambah baik Idea Sedia Ada?

Walaupun aktiviti ini menyeronokkan, namun saya dapati terdapat sampel yang mampu melaksanakannya dalam tempoh yang singkat. Dapatan menunjukkan perubahan perlu mengambil kira penggunaan bahan inovasi. Hal ini ditunjukkan pada keratan nota lapangan di bawah.

Rajah 11 : Pencetusan idea bagi Inovasi 2

Pada peringkat ini, selepas aktiviti 2 menggunakan 2 cermin dilaksanakan dalam kalangan sampel DPLI, pengkaji dapati mereka mempunyai strategi yang baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka Cuma perlu menumpukan pada satu imej sahaja bagi mengelakkan kecelaruan fokus. Melalui pendapat ini, pengkaji melihat saiz cermin yang digunakan perlu diubah suai. Saiz imej yang besar menyebabkan kedudukan imej berada pada jarak yang jauh dan masalah kekeliruan tindanan imej tidak berlaku. Maka inovasi perlu mengambil kira aspek ini bagi meningkatkan keberkesanan fungsinya. Hal ini ditunjukkan melalui keratan nota lapangan seperti di bawah.

Rajah 12 : Idea Penambahbaikan Inovasi 2

Page 16: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

90

Pada masa yang sama, sampel juga mencadangkan penggunaan beberapa buah cermin untuk meningkatkan tahap kekeliruan berdasarkan penambahan pantulan yang berlaku. Idea ini sangat baik dan kami telah cuba melaksanakannya. Namun, masalah yang sama dihadapi iaitu ketiadaan cermin bersaiz kecil. Walau bagaimanapun, idea ini sangat baik dan boleh dilaksanakan. Hal ini ditunjukkan melalui keratan nota lapangan seperti di bawah.

Rajah 13 : Idea bagi melaksanakan Inovasi 3 Melalui uji cuba dan perbincangan yang dilakukan, banyak idea-idea kreatif telah muncul daripada sampel. Proses ini hanya memerlukan cetusan idea awal bagi membolehkan mereka berfikir. Pengkaji mendapati, kreativiti boleh diterbitkan apabila sampel dapat memindahkan pengetahuan sedia ada ke satu bentuk aplikasi yang sama dengan sedikit sentuhan kreativiti. Idea ini boleh dikembangkan dengan pelbagai cara, semuanya bergantung kepada kreativiti individu dalam menginovasikan idea sedia ada. Setiap individu mempunyai potensi untuk menghasilkan idea baru sekiranya peluang disediakan untuk mereka berfikir.

Kesan Perubahan di akhir Intervensi Setelah melalui fasa-fasa pelaksanaan secara berperingkat, didapati perubahan ketara yang jelas berdasarkan latar belakang sampel kajian. Penekanan terhadap aspek pengalaman dan latar belakang perlu dijadikan asas utama dalam membina perancangan aktiviti. Bagi kumpulan Pra Sekolah, aspek afektif menjadi fokus utama, manakala bagi kumpulan DPLI ,pemindahan pembelajaran dari aspek kognatif dilihat sebagai pencetus inovasi. Hal ini ditunjukkan pada rajah di bawah.

Page 17: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

91

Rajah 14 : Perubahan Sampel Setelah Melalui Aktiviti 1

Kefahaman Terhadap Elemen Inovasi Berdasarkan proses yang telah dilalui, pandangan sampel terhadap elemen inovasi ditunjukkan seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Persepsi sampel terhadap produk inovasi yang dilaksanakan

1 2 3 4 5 6 7 8 Nota

Pra1/S5 / / / / / / x x 1 : Mudah di bawa

2 : Fleksibel 3 : Kos Murah 4 : Mudah dibawa 5 : Mudah disimpan 6 : Mudah digunakan 7: Pembangunan Konsep Sains 8:Pemindahan Pembelajaran Konsep

x : Tidak wujud

/ : Wujud

Pra1/S8 / / / / / / x x

Pra1/S12 / / / / / / x x

Pra2/S4 / / / / / / x x

Pra2/S6 / / / / / / x x

Pra2/S11 / / / / / / x x

DPLI/S4 / / / / / / / /

DPLI/S15 / / / / / / / /

DPLI/S18 / / / / / / / /

Af5

Af3

Page 18: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

92

Analisis di atas menunjukkan sampel Pra sekolah Swasta tidak melihat aktiviti yang dijalankan melalui aspek sains. Proses pemindahan pengetahuan yang telah dipelajari tidak berlaku. Mereka hanya melihat aktiviti ini sebagai satu permainan yang menarik dan boleh mencetuskan minat murid. Aktiviti dilihat sebagai satu proses baru dan bukannya aplikasi konsep sedia ada. Perkaitan antara permainan dengan konsep sains tidak dapat dihubungkait. Hal ini ditunjukkan seperti keratan refleksi di bawah.

“...permainan ini menarik dan seronok. Saya boleh gunakan masa mengajar murid saya. Mesti mereka seronok bermain. Di sekolah kami tidak ada ajar tajuk ini…ini hanya permainan yang menyeronokkan. Kita boleh buat kalau kita ada idea…”

Kod: K3/S3/P/24072012/1005

Namun, perkara ini berbeza pada sampel DPLI yang melihat aktiviti adalah sebahagian daripada konsep sains. Mereka menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dan mengaplikasikannya secara kreatif bagi menimbulkan satu pendekatan inovatif dalam aspek amalan. Hal ini ditunjukkan melalui keratan refleksi di bawah:

“Kita boleh ubah suai dengan gunakan dua cermin. Kalau guna dua cermin, akan terdapat dua imej yang akan terbentuk. Mesti lebih sukar untuk memancing bola…makin keliru sebab banyak imej…”

Kod: DPLI/S015/P/24072012/820 “Boleh juga kalau kita guna lebih banyak cermin…lebih banyak pantulan berlaku…lebih banyak imej terbentuk. Mesti lebih sukar…”

Kod: DPLI/S08/P/24072012/820

“Kalau guna banyak cermin mesti lagi bagus sebab lebih banyak imej terbentuk. Tapi saiz cermin tu mestilah kecil sikit supaya pantulan lebih dekat. Cermin tu kita susun mereng-mereng sikit biar lebih banyak pantulan berlaku…hahaha...mesti lebih susah…”

Kod: DPLI/S012/P/24072012/820

Berdasarkan soal selidik penyemakan elemen inovasi, perubahan kesan dapat dilihat melalui persepsi sampel. Hal ini ditunjukkan pada jadual 2 di bawah.

Page 19: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

93

Jadual 2 : Analisis Senarai Semak Perancangan dan Pelaksanaan Uji Cuba

No Perkara (Penilaian pada skala 5)

Pembinaan Prototaip 1

Pemurnian Prototaip 2

Pemurnian Prototaip 3

1 Sesuai dengan tema yang dipelajari 3.45 4.35 4.72

2 Sesuai dengan standard kandungan sains 3.91 4.49 4.83

3 Bahan mudah diperolehi 3.55 4.56 4.86 4 Sesuai dengan strategi

inkuiri penemuan 3.52 3.95 4.80 5 Bahan mudah disediakan 3.45 3.94 4.72 6 Boleh mencapai dengan

objektif 3.27 4.73 4.92 7 Boleh dilaksanakan dalam

kumpulan 4.68 4.82 4.94 8 Boleh dilaksanakan secara

individu 3.45 3.23 3.30 9 Meningkatkan konsep sains 3.27 3.95 4.43 10 Boleh merentas kurikulum 3.45 3.93 4.34 11 Boleh melibatkan KMD 3.41 3.68 4.26 12 Mencetuskan daya kreativiti 3.45 3.64 4.83 13 Melibatkan unsur inovasi 3.32 3.95 4.94 14 Melibatkan KBKK aras

tinggi 3.32 4.18 4.69 15 Meningkatkan kemahiran

komunikasi 3.45 3.85 4.30 16 Melibatkan kemahiran

interpersonal 3.32 3.82 4.35 17 Melibatkan kemahiran

intrapersonal 3.27 4.28 4.63 18 Melibatkan kemahiran

linguistik 3.32 3.45 3.45 19 Melibatkan kemahiran

muzikal 3.55 3.86 3.86 20 Melibatkan kemahiran

kinestatik 3.36 3.95 4.83 21 Melibatkan kemahiran logik

matematik 3.45 4.05 4.52 22 Melibatkan kemahiran

visual ruang 3.91 4.09 4.43

Page 20: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

94

Matlamat kajian ini adalah untuk melihat proses pemindahan ilmu dalam melahirkan inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan bakal-bakal guru. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji bagaimana proses pemindahan ilmu berlaku dalam proses pembelajaran yang dilalui. Daripada dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa pengamalan memberi kesan terhadap inovasi yang boleh dihasilkan daripada sesuatu konsep yang telah dipelajari. Menurut Sharil et al., (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan ilmu dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Pada masa yang sama, latar belakang pendidikan juga memberi kesan terhadap keupayaan sampel berfikir bagi memindahkan konsep yang telah dipelajari. Hal ini disokong oleh Saipo (2001), yang menyatakan pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa kepada perubahan seseorang. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggung jawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Guru harus memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya. Kenyataan ini selari dengan pendapat Hamdan et al., (2004) mengatakan bahawa dengan adanya penyusunan strategi terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan membolehkan seseorang guru itu memastikan setiap objektif pengajaran tercapai, guru lebih bersedia dengan kaedah-kaedah, bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar dan guru juga dapat membuat jadual masa yang cukup bagi tempoh isi pengajarannya. Kita penentu perubahan dalam pendidikan kerana kita yang mencorakkannya.

Puan Suziela Md. Tahir adalah pensyarah Sains di IPG Kampus Kent. Telah menghasilkan penulisan berunsurkan inovasi. Beliau dihubungi di alamat e-mail: : [email protected]

Dr. Shahrir Affandi bin Daud adalah pensyarah Sains di IPG Kampus Gaya. Mempunyai kepakaran dalam menjalankan Kajian Tindakan. Beliau adalah Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi IPGK Gaya. Boleh dihubungi di alamat e-mail : [email protected]

RUJUKAN

Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan

Untuk Jurulatih. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Mahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK

Yaacob Latif Jalan Peel Kuala Lumpur.

Page 21: APLIKASI PANTULAN: INOVASI PENEROKAAN SAINTIFIK MELALUI ...ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/6.pdf · Kaedah tradisional seperti ... pendidik terhadap kepentingan

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012

95

Margetson (1991). Educational Change in Malaysia: A Case Study Of The Implementation Of Curriculum Innovation. Ph.D. Thesis. University Of Kentucky.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Inkuiri Penemuan dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Sains. Kementerian Pendidikan Malaysia Saifo (2001). Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab

Perguruan Islam. Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia,

Ssorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Taylor, P.H., Reid, W.A., Holley, B.J. & Exon, G.(1974). Purpose, Power and

Constraints in The Primary School Curriculum. London:Macmillan Education.