APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian...

7
823 APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE 21 Fazurin Binti Baharudin 1 dan Azlin Norhaini Mansor 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan pemberian latihan dan sokongan yang berfokus kepada guru Bahasa Inggeris di sekolah untuk menggalakkan penggunaan VLE-Frog dengan menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di sekolah mereka. Kajian ini adalah satu projek yang dinamakan “Leap of Faith” yang diharapkan dapat memberi kesedaran perubahan kepada komuniti pembelajaran tentang kepelbagaian cara aplikasi Pembelajaran Abad ke- 21(PAK21) yang digaubungjalin dengan VLE-Frog. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru Bahasa Inggeris dari 5 buah sekolah di sekitar Teluk Gadong. Kajian ini menggunakan Teori perubahan Terancang oleh Paul C. Nutt (1992). Dapatan kajian mendapati, terdapat perubahan penerimaan sikap untuk menggunakan aplikasi Vle-Frog kepada pentadbir, guru dan murid iaitu guru dan murid semakin mahir dalam mengaplikasikan VLE-Frog dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) sekaligus menjadi daya penarik terhadap subjek Bahasa Inggeris. Nilai kajian ini menunjukkan bahawa gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM) telah berjaya melahirkan guru yang mengaplikasikan ICT dan kemahiran pengajaran abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kata kunci VLE-FROG, ICT, PAK21, PDP PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pelaburan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi Frog VLE sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali dengan nama Frog Virtual Learning Environment (VLE), merupakan inisiatif KPM untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efisyen kepada guru, ibubapa dan juga murid khususnya (Noraini, 2010). Sejak tertubuhnya Frog VLE ini prasarana di sekolah juga semakin meningkat dengan infrastuktur yang lebih baik, yakni sekolah dilengkapi dengan makmal komputer dan kemudahan internet serta chrome book kepada murid dan juga guru. Ini kerana, menurut Bayrei (2008) dan Dnyaneshwar (2011), kemudahan infrastruktur yang mencukupi diperlukan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam PdP seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer. Oleh itu, setiap guru juga dibekalkan dengan telefon bimbit untuk memudahkan guru menggunakan sistem Frog VLE. Justeru, menjadi persoalan adakah setiap kemudahan yang disediakan oleh KPM kepada guru diguna pakai dalam PdP atau di biar sepi begitu tanpa mengambil berat jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk mewujudkan sekolah yang mengintegrasikan pendidikan. Frog VLE yang diperkenalkan di sekolah di Malaysia adalah satu sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar universiti-universiti di Malaysia. Sistem ini mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Menurut Munir dan Halimah (2000), pembelajaran berbantukan komputer menggunakan Frog VLE ini didefinisikan sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan murid secara aktif serta membolehkan maklum balas. Guru-guru, khususnya guru Bahasa Inggeris perlu mengembangkan kemahiran teknologi murid dan mengajar murid untuk bertanggungjawab atas proses pembelajaran mereka bersesuaian dengan kehendak pendidikan abad 21. Turut di sokong oleh Zarina, (2012) setiap guru perlu membina pemikiran yang kritis dan kreatif dikalangan pelajar dalam proses PdP. Seterusnya, guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran dan susanana yang kondusif kepada pelajar untuk belajar tanpa rasa tekanan. Pengunaan sistem Frog VLE merupakan idea yang sangat bagus dimana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan secara tidak langsung pelajar akan lebih berkemahiran menggunakan teknologi dengan menggunakan forum, menyiapkan tugasan dengan mencari bahan di atas talian, melihat keputusan melalui VLE dan sebagainya.

Transcript of APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian...

Page 1: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

823

APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Fazurin Binti Baharudin1 dan Azlin Norhaini Mansor2

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan pemberian latihan dan sokongan yang berfokus kepada guru Bahasa Inggeris di sekolah untuk menggalakkan penggunaan VLE-Frog dengan menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di sekolah mereka. Kajian ini adalah satu projek yang dinamakan “Leap of Faith” yang diharapkan dapat memberi kesedaran perubahan kepada komuniti pembelajaran tentang kepelbagaian cara aplikasi Pembelajaran Abad ke-21(PAK21) yang digaubungjalin dengan VLE-Frog. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru Bahasa Inggeris dari 5 buah sekolah di sekitar Teluk Gadong. Kajian ini menggunakan Teori perubahan Terancang oleh Paul C. Nutt (1992). Dapatan kajian mendapati, terdapat perubahan penerimaan sikap untuk menggunakan aplikasi Vle-Frog kepada pentadbir, guru dan murid iaitu guru dan murid semakin mahir dalam mengaplikasikan VLE-Frog dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) sekaligus menjadi daya penarik terhadap subjek Bahasa Inggeris. Nilai kajian ini menunjukkan bahawa gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM) telah berjaya melahirkan guru yang mengaplikasikan ICT dan kemahiran pengajaran abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Kata kunci – VLE-FROG, ICT, PAK21, PDP

PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pelaburan yang tinggi terhadap penggunaan teknologi Frog VLE sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali dengan nama Frog Virtual Learning Environment (VLE), merupakan inisiatif KPM untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efisyen kepada guru, ibubapa dan juga murid khususnya (Noraini, 2010).

Sejak tertubuhnya Frog VLE ini prasarana di sekolah juga semakin meningkat dengan infrastuktur yang lebih baik, yakni sekolah dilengkapi dengan makmal komputer dan kemudahan internet serta chrome book kepada murid dan juga guru. Ini kerana, menurut Bayrei (2008) dan Dnyaneshwar (2011), kemudahan infrastruktur yang mencukupi diperlukan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam PdP seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer. Oleh itu, setiap guru juga dibekalkan dengan telefon bimbit untuk memudahkan guru menggunakan sistem Frog VLE. Justeru, menjadi persoalan adakah setiap kemudahan yang disediakan oleh KPM kepada guru diguna pakai dalam PdP atau di biar sepi begitu tanpa mengambil berat jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk mewujudkan sekolah yang mengintegrasikan pendidikan.

Frog VLE yang diperkenalkan di sekolah di Malaysia adalah satu sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar universiti-universiti di Malaysia. Sistem ini mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Menurut Munir dan Halimah (2000), pembelajaran berbantukan komputer menggunakan Frog VLE ini didefinisikan sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan murid secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Guru-guru, khususnya guru Bahasa Inggeris perlu mengembangkan kemahiran teknologi murid dan mengajar murid untuk bertanggungjawab atas proses pembelajaran mereka bersesuaian dengan kehendak pendidikan abad 21. Turut di sokong oleh Zarina, (2012) setiap guru perlu membina pemikiran yang kritis dan kreatif dikalangan pelajar dalam proses PdP. Seterusnya, guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran dan susanana yang kondusif kepada pelajar untuk belajar tanpa rasa tekanan. Pengunaan sistem Frog VLE merupakan idea yang sangat bagus dimana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan secara tidak langsung pelajar akan lebih berkemahiran menggunakan teknologi dengan menggunakan forum, menyiapkan tugasan dengan mencari bahan di atas talian, melihat keputusan melalui VLE dan sebagainya.

Page 2: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

824

Seterusnya penggunaan Frog VLE juga dapat menerapkan cara komunikasi maya beretika terhadap pelajar dengan mengadakan perbincangan secara maya yang di kawal oleh guru untuk mangajar murid untuk menjadi pengguna teknologi yang bertanggungjawab. Selain itu, guru juga boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan menanda tugasan secara atas talian dimana jua pada bila-bila masa.

Objektif projek ini adalah di harapkan guru akan dapat mempelajari kemahiran penggunaan teknologi khasnya pembinaan halaman pengajaran Frog VLE dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif. Untuk murid pula, diharapkan akan dapat mempelajari kemahiran menggunakan teknologi khasnya pembinaan pembelajaran halaman Frog VLE, belajar dengan kadar kendiri/ Pembelajaran akses kendiri , belajar secara kolaboratif melalui forum, chat dan email untuk perbincangan melalui komunikasi maya, dan berfikiran kreatif dan kritikal untuk menghasilkan halaman pembelajaran menggunakan bahan-bahan yang di cari atas talian.

Akhir sekali, melalui projek ini, diharapkan guru-guru Bahasa Inggeris di lima buah sekolah yang terpilih supaya menggunakan halaman Frog VLE sebagai medium pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (PAK21) ke arah kecemerlangan sekolah.

KONSEP, TEORI PERUBAHAN Model perubahan terancang oleh oleh Paul C. Nutt (1992), digunakan sebagai model rujukan untuk projek perubahan ini. Ini kerana projek ini melibatkan beberapa peringkat sebelum, semasa proses bengkel di jalankan di sekolah dan selepas bengkel.

Berdasarkan model proses perubahan terancang oleh Paul C. Nutt (1992), dalam kerangka teori ini menunjukkan terdapat 5 fasa penting dalam proses perubahan terancang yang dimulai oleh rangsangan sebagai medium utama yang menjadi pengerak kepada fasa I perumusan , fasa II- pembangunan konsep, fasa III- perincian , fasa IV penilaian dan fasa v- implementasi.

Ransangan bagi perubahan bermula daripada tuntutan persekitaran sistem pendidikan untuk berubah, tuntutan untuk menjadikan murid dan guru menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran PdP yang telah di buat oleh PPPM dalam anjakan ke 7 di realisasikan di dalam setiap buah sekolah.

Rajah 1.0 Model Proses Perubahan Terancang oleh Paul C. Nutt (1992)

Page 3: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

825

Teori yang berkaitan dengan proses perubahan terancang yang di kemukakan oleh Nutt (1992) telah dijadikan sebagai asas dalam perlaksanaan projek LOFF ini di 5 lima buah sekolah terpilih. Kajian rintis telah dijalankan bagi melihat hasil dan keberkesanan ke atas perubahan penggunaan program LOFF di sekolah Teluk Gadong. Projek LOFF ini dilaksanakan telah mengikut proses-proses dan fasa sebelum, semasa dan selepas. Justeru, terdapat kesinambungan antara teori Nutt dengan projek perubahan yang ingin di jalankan.

Berdasarkan rajah 1 diatas, fasa I atau fasa perumusan dijalankan untuk menetukan arah sesuatu perubahan terancang, bagi membina arah maka akan wujudnya permasalahan yang mana yang akan dikaji dengan lebih mendalam bagi mengenalpasti objektif proses kepada perubahan secara terancang. Setiap permasalahan yang dibincangkan di Pejabat Pendidikan Daerah menjadi faktor penting untuk sebarang tindakan yang akan berlaku terhadap perubahan terancang.

Fasa II atau fasa pembangunan konsep adalah fasa kepada pilihan dan alternatif yang dicipta dan dibangunkan sebagai respon kepada masalah dan mengenalpasti objektif semasa fasa perumusan. Pendekatan yang di anjurkan semasa fasa ini ialah merancang program LOFF kepada guru Bahasa inggeris serta mengadakan bengkel khusus pertama sekali kepada pegawai dan penyelaras yang terlibat dan kepada murid dan juga guru supaya mereka diberi pendedahan serta pengalaman dalam pembinaan site LOFF tersebut. Fasa III atau fasa perincian dilakukan bertujuan memperhalusi dan memperincikan segala prosedur , latihan dan tindakan yang diperlukan, melalui fasa ini kajian rintis telah di adakan bagi melihat hasil dan keputusan terhadap keberkesanan menggunakan LOFF di sekolah. Justeru, bengkel bersama guru Bahasa Inggeris dan murid telah dilaksanakan bagi melihat refleksi antara murid dan juga guru berlaku saat bengkel berlansung.

Seterusnya, fasa IV atau fasa penilaian merupakan fasa yang digunakan sebagai penaksiran sama ada setiap pilihan yang dipilih berpadanan atau tidak dengan kriteria dan objektif yang telah digariskan pada sebelum ini. Bagi fasa penilaian ini melibatkan kos, keuntungan serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi penerimaan setiap pilihan. Maklumat dalam penilaian menyediakan asas untuk memilih pilihan-pilihan atau menyingkirkan yang tidak boleh diterima. Berdasarkan fasa penilaian bagi projek perubahan LOFF ini telah membangkitkan isu-isu yang berlaku sepanjang bengkel berlangsung dan mencari solusi terhadap permasalahan yang berlaku didalam fasa ini.

Akhir sekali fasa V iaitu fasa implementasi diaplikasikan untuk memastikan perubahan yang dirancang itu berlaku, melalui fasa ini pelaksanaan LOFF telah dijalankan bagi melihat keberkesanan serta hasil daripada bengkel LOFF yang di sertai oleh guru-guru Bahasa Inggeris dan juga murid. Oleh yang demikian, bengkel LOFF telah berjalan dengan lancar sesuai dengan kerangka teori Nutt sebagai sumber untuk menggerakkan projek perubahan LOFF.

METODOLOGI DAN ANALISIS DATA

Rajah 2.0 : Aktiviti projek mengikut Model Proses Perubahan Terancang Paul C. Nutt (1992)

Page 4: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

826

Dalam merancang pelaksanaan projek Leap of Faith (LOFF), Model Pengurusan Terancang oleh Paul C. Nutt (1992) telah digunakan. Model pengurusan perubahan ini mempunyai lima fasa seperti yang dipaparkan di dalam rajah 2.0. Model ini menggunakan pendekatan mengarah dan mempengaruhi dalam mengurus proses perubahan terancang (Mohd Izham & Sufean, 2015). Dalam konteks projek LOFF, rangsangan menggunakan Frog VLE adalah berbentuk arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang yang mempengaruhi guru untuk menggunakan Frog VLE di dalam kelas mereka.

Walaubagaimanapun, dalam Fasa 1 projek ini, rumusan Dialog Prestasi PPD Klang mendapati penggunaan Frog VLE masih di tahap yang tidak memuaskan. Maka di Fasa II projek, proses pembangunan kemahiran penggunaan Frog VLE dikalangan pegawai yang terlibat, penyelaras dan penyelaras bersama projek dilakukan untuk mencari inovasi yang bersesuaian dalam mengatasi masalah guru-guru yang tidak menggunakan Frog VLE. Di fasa 2 projek Leap of Faith ini, inovasi penggunaan Frog VLE adalah dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan beban tugas guru kerana guru-guru merasakan penggunaan Frog VLE memerlukan banyak persediaan. Maka murid dilibatkan untuk membantu guru dalam penggunaan Frog VLE di dalam kelas. Fasa 3 iaitu perincian projek dilaksanakan melalui kajian rintis di sebuah sekolah untuk mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku dan apakah langkah penambah baikan yang boleh dilaksanakan.

Gambar 1.0 : Fasa 3 Perincian Projek menggunakan kajian rintis.

Gambar di atas menunjukkan kajian rintis (fasa 3) yang telah dilaksanakan di SMK Telok Gadong. Intervensi kajian berbentuk bengkel telah dilaksanakan bersama seorang guru Bahasa Inggeris dan 2 orang murid tingkatan 2 di luar waktu kelas. Guru dilatih untuk membina halaman Frog VLE menggunakan widget yang bersesuaian. Guru juga kemudian diajar untuk membina halaman Frog VLE yang boleh dikongsi dan diedit oleh murid. Kemudian, murid diberi tunjuk ajar oleh guru tentang pembinaan halaman Frog VLE menggunakan widget yang bersesuaian.

Guru memberi tugasan kepada murid untuk menghasilkan halaman Frog VLE berkenaan dengan tajuk pelajaran yang diperlajari untuk dibentangkan dihadapan kelas. Peranan guru kini adalah sebagai fasilitator untuk menggalakkan murid menggunakan Frog VLE. Maka proses persediaan bahan mengajar dihasilkan dan dibentang oleh murid dan guru sebagai pembimbing. Bengkel projek ini adalah bertujuan untuk melatih guru dan murid mahir menggunakan Frog VLE dan memanipulasikan alat teknologi ini untuk proses pembelajaran yang lebih bermakna menggunakan aplikasi pembelajaran Abad ke 21 tanpa membebankan guru.

Fasa 4 projek pula membincangkan dapatan kajian rintis yang telah dilaksanakan. Dapatan kajian rintis mendapati terdapat 3 masalah utama yang dihadapi oleh guru ketika menggunakan Frog VLE di dalam kelas iaitu masalah capaian internet ketika semua murid menggunakan komputer dan cuba mengakses Frog VLE pada waktu yang sama. Kedua, murid tidak mempunyai akses internet ketika dirumah untuk membuat persediaan sebelum pembentangan dan

Page 5: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

827

menghasilkan halaman Frog VLE, dan ketiga buku latihan murid tidak digunakan kerana murid menggunakan Frog VLE sebagai latihan.

Gambar 2.0 : Refleksi guru selepas kajian rintis.

Maka fasa keempat projek ini adalah untuk proses penilaian pelaksanaan kajian rintis dan langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan implementasi projek ini dapat dijalankan dengan lancar. Antara cadangan untuk mengatasi masalah capaian internet ialah supaya guru tidak bergantung kepada hanya satu sumber internet (modem) dan menggunakan dongle yang juga berfungi sebagai modem. Setiap sekolah telah dibekalkan dengan dongle dan boleh didapati dari guru penyelaras ICT.

Untuk mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai akses kepada internet dirumah, adalah dicadangkan supaya makmal komputer dibuka dan boleh di akses oleh murid sebagaimana mereka boleh mengakses pusat sumber di sekolah . Masalah kurang penggunaan buku latihan murid pula boleh diatasi dengan guru memberi tugasan yang perlu di salin di dalam buku latihan murid. Nota-nota dan soalan latihan boleh dimuat naik ke dalam halamamn Frog VLE dan murid perlu menyalin atau menjawab soalan di dalam buku latihan mereka.

Maka diharapkan setelah langkah penambahbaikan dilaksanakan di fasa 4, implimentasi projek LOFF di Fasa 5 dapat dijalankan dengan berkesan untuk menggalakkan perubahan guru menggunakan Frog VLE di dalam kelas mereka.

Page 6: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

828

SEBELUM SELEPAS

Persepsi guru yang menganggap membina halaman Frog VLE adalah sukar dan menjadikan pelbagai kekangan seperti masa, kemahiran sebagai alasan untuk tidak meneroka Frog VLE

Guru hanya menggunakan power point, video dan lagu (penggunaan teknologi sehala).

Guru perlu menyediakan bahan mengajar untuk setiap sesi pengajaran.

Murid hanya boleh melihat halaman Frog VLE dan membuat latihan.

Guru sudah boleh membina halaman Frog VLE dan mengaplikasikan pembinaan halaman itu dalam kelas mereka.

Penggunaan teknologi dua hala di mana murid juga menggunakan teknologi bukan hanya guru.

Guru memberi tugasan kepada murid untuk mengakses bahan bantu mengajar dan berkongsi dengan rakan-rakan.

Murid boleh mengakses halaman Frog VLE, menyimpan serta menyediakan maklumat pembelajaran, mendekorasi halaman dan bertindak sebagai agen perubahan kepada murid-murid lain dengan perkongsian ilmu yang dimiliki supaya pembelajaran alam maya ini dapat diaplikasikan sewaktu di dalam mahupun diluar kelas.

PERBINCANGAN IMPLIKASI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN Pelaksanaan perubahan terhadap sesuatu perkara dalam organisasi mahupun dalam perancangan program akan memberikan impak kepada sesuatu keputusan. Oleh hal demikian, perlaksanaan projek “Leap of Faith” ini juga memberikan impak yang positif kepada pihak-pihak berkenaan.

Implikasi dari aspek yang pertama adalah boleh dilihat melalui peranan yang perlu dimainkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah sebagai agen perubahan iaitu perancangan sesuatu program untuk perubahan amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru terutama berkaitan dengan teknologi perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara berfokus dan berperingkat mengikut tahap kesediaan guru di sekolah. Sebagai contoh sebelum ini penganjuran Latihan Dalam Perkhidmatan Vle-Frog dijalankan dengan jumlah bilangan guru yang ramai tanpa mengambil kira keperluan dan kesediaan guru di sekolah dan menjadikan kemahiran yang ingin disampaikan tidak berfokus. Melalui projek ini diharapkan kemahiran teknologi pembinaan halaman Frog VLE ini menjadi berfokus dan dapat disampaikan kepada guru dengan berkesan.

Seterusnya implikasi dari aspek sekolah pula merangkumi golongan pentadbir dan golongan guru. Pentadbir memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah projek atau pengurusan pentadbiran itu berjalan lancar. Oleh yang demikian, pentadbir perlu melantik dan melatih seorang guru Frog VLE bagi setiap mata pelajaran bagi membantu Jurulatih Utama (JU) Frog VLE di sekolah. Pelantikan ini membantu guru-guru matapelajaran lain untuk sama-sama menggunakan program ini mengikut keperluan dan kepentingan subjek yang ingin diajar.

Selain itu, sekolah juga perlu memastikan peralatan- peralatan teknologi seperti komputer, komputer riba, chrome book, donggle, zoom mudah diakses oleh semua guru dan mempunyai capaian internet yang baik. Manakala guru pula hendaklah berkongsi amalan terbaik serta mengintegrasi teknologi dengan semua panitia atau ketua bidang sama ada dalam mata pelajaran teras mahupun mata pelajaran elektif. Guru-guru yang berkemahiran juga perlu berfungsi sebagai agen perubahan bagi mewujudkan peluang kepada murid untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran dengan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan site VLE- Frog bagi melahirkan insan-insan yang kreatif dan inovatif selaras dengan aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Page 7: APLIKASI PROJEK LOFF VLE FROG DALAM AKTIVITI · PDF fileKajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tindakan. Kajian ini dijalankan melibatkan 10 orang guru ... Untuk mengatasi

829

Dalam nada yang berbeza, murid juga memainkan peranan sebagai agen perubahan terhadap keberjayaan program ini. Setelah diberikan kemahiran asas penggunaan site oleh guru, murid yang terpilih perlu bertanggungjawab atas proses pembelajaran dengan mengakses Frog dan membina bahan pembelajaran serta berkongsi dengan rakan-rakan. Murid selaku agen perubahan ini juga perlu mendapat bimbing oleh guru yang berkemahiran untuk menggunakan teknologi dengan beretika untuk proses pembelajaran.

Untuk cadangan penambahbaikan, Program Leap of Faith ini boleh dikembangkan lagi kepada matapelajaran lain. Ini kerana setiap matapelajaran berbeza cara pengajaran dan pembelajaran. Melalui kepelbagaian cara pengajaran, diharap dapat mengumpul input projek ini dengan lebih meluas sekaligus dapat menampung kekurangan projek.

RUJUKAN Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. 2016. Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam

Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 31, 115–129, 2

Mohd Izham Mohd Hamzah & Sufean Hussin. 2015. Pengurusan Perubahan Terancang dalam pembestarian sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Izham Mohd hamzah & Mohammed Sanni Ibrahim. 2012 Pengurusan Perubahan Makro Dalam Pendidikan. Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Azlah Mohd Jaafar dan Fariza Khalid. 2014. Keberkesanan Kemahiran Komunikasi di Kalangan Guru Dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE). Tesis Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelanpembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025. Diakses pada 14 Jun 2017.

Razali, Nor Zaira, Zolkefli Bahador, & Mohd Kasri Saidon. 2017. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan vle frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceedings of the ICECRS 1.1

Shahfiezul Shahaimi &Fariza Khalid 2015. Persekitaran pembelajaran maya frog (vle-frog) di sekolah-sekolah di malaysia: pelaksanaan dan cabaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5

Zurina Bt Hamid &Sanitah Bt Mohd Yusof 2014. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE bagi mata pelajaran bahasa melayu di sekolah rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan pendidikan.