APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1)...

16
1 APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB Mat Nawi Mat Jusoh, 1 Hakim Zainal, 2 Kaseh Abu Bakar, 3 [email protected] 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, 2,3 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak: Beberapa kajian berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia melaporkan bahawa, antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab adalah kerana kesukaran menguasai kaedah nahunya. Justeru, kajian ini mengemukakan pendekatan rumus dalam memudahkan penguasaan terhadap nahu. Fokus utama kajian ini adalah untuk meletakkan rumus sebagai antara metode dalam pembelajaran nahu bahasa Arab. Metode kajian yang digunakan ialah developmental research, iaitu membina sebuah modul untuk pengajaran dan pembelajaran nahu bahasa Arab berasaskan rumus. Objektif kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya yang berkaitan dengan rumus. Matlamat utama adalah untuk membina satu kaedah baharu pembelajaran nahu bahasa Arab yang cepat, mudah dan kekal dalam ingatan. Sampel bagi kajian ini adalah pelajar sekolah menengah yang telah mempelajari perkara asas dalam nahu bahasa. Pengkaji juga mendatangkan beberapa kaedah rumus yang diguna pakai dalam modul yang berasaskan rumus. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan pelajar dalam mempelajari nahu bahasa Arab menggunakan kaedah rumus dengan nilai minnya sebanyak 4.11. Hasil kajian ini diharap dapat berfungsi sebagai cara yang mudah dan senang untuk memahami dan menguasai nahu bahasa Arab. Para pengkaji berharap agar kaedah yang dikemukakan ini dapat merealisasikan objektif pembelajaran nahu bahasa Arab untuk para pelajar di Malaysia secara mudah dan berkesan. PENGENALAN Nahu Arab mula diperkenal dan diajar kepada penduduk rantau ini sejak lama dahulu dan berkemungkinan besar kemunculannya bersama-sama kedatangan Islam. Ia bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat di Malaysia khususnya bagi mereka yang berbangsa Melayu (Ishak, 1992: 225). Namun, usia bahasa Arab (BA) di Tanah Melayu yang telah menjangkau 500 tahun, bermula pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka masih lagi menjadi perbahasan hangat dalam kalangan pencinta bahasa ini. Inti kepada perbincangan tersebut adalah penguasaan ilmu nahu yang dikatakan sangat susah untuk dipelajari, khususnya oleh para pelajar Melayu. Ekoran daripada itu, para pengkaji membincangkan pendekatan pengajaran nahu hendaklah diberi penekanan utama supaya ia membentuk tabiat berbahasa yang berteraskan Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza ISBN 978-967-5478-78-9

Transcript of APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1)...

Page 1: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

1

APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB

Mat Nawi Mat Jusoh,1 Hakim Zainal,

2

Kaseh Abu Bakar,3

[email protected] 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,

2,3 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak: Beberapa kajian berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia

melaporkan bahawa, antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab adalah

kerana kesukaran menguasai kaedah nahunya. Justeru, kajian ini mengemukakan pendekatan

rumus dalam memudahkan penguasaan terhadap nahu. Fokus utama kajian ini adalah untuk

meletakkan rumus sebagai antara metode dalam pembelajaran nahu bahasa Arab. Metode

kajian yang digunakan ialah developmental research, iaitu membina sebuah modul untuk

pengajaran dan pembelajaran nahu bahasa Arab berasaskan rumus. Objektif kajian ini adalah

untuk melihat kesesuaian penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya

yang berkaitan dengan rumus. Matlamat utama adalah untuk membina satu kaedah baharu

pembelajaran nahu bahasa Arab yang cepat, mudah dan kekal dalam ingatan. Sampel bagi

kajian ini adalah pelajar sekolah menengah yang telah mempelajari perkara asas dalam nahu

bahasa. Pengkaji juga mendatangkan beberapa kaedah rumus yang diguna pakai dalam modul

yang berasaskan rumus. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan

pelajar dalam mempelajari nahu bahasa Arab menggunakan kaedah rumus dengan nilai

minnya sebanyak 4.11. Hasil kajian ini diharap dapat berfungsi sebagai cara yang mudah dan

senang untuk memahami dan menguasai nahu bahasa Arab. Para pengkaji berharap agar

kaedah yang dikemukakan ini dapat merealisasikan objektif pembelajaran nahu bahasa Arab

untuk para pelajar di Malaysia secara mudah dan berkesan.

PENGENALAN

Nahu Arab mula diperkenal dan diajar kepada penduduk rantau ini sejak lama dahulu dan

berkemungkinan besar kemunculannya bersama-sama kedatangan Islam. Ia bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat di Malaysia khususnya bagi mereka yang berbangsa

Melayu (Ishak, 1992: 225).

Namun, usia bahasa Arab (BA) di Tanah Melayu yang telah menjangkau 500 tahun,

bermula pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka masih lagi menjadi perbahasan

hangat dalam kalangan pencinta bahasa ini. Inti kepada perbincangan tersebut adalah

penguasaan ilmu nahu yang dikatakan sangat susah untuk dipelajari, khususnya oleh para

pelajar Melayu.

Ekoran daripada itu, para pengkaji membincangkan pendekatan pengajaran nahu

hendaklah diberi penekanan utama supaya ia membentuk tabiat berbahasa yang berteraskan

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

2

kemahiran bahasa secara wazīfī (fungsian), bukannya sekadar mengajar secara tradisional

yang lebih menekankan definisi dan muhtawayātnya (isi kandungan) semata-mata. Menurut

Rushdi Τuᶜaymah (2001:25) semasa mengariskan kurikulum pengajaran BA bagi murid-

murid sekolah, katanya:

".التجرد من النظرة التقليدية لتدريس النحو العربي"

Maksudnya: Menghindari pengajaran nahu Arab yang dibayangi cara tradisional.

Nahu wazīfī berkonsepkan bahasa sebagai alat tutur bicara. Penutur pula memiliki

kemampuan bertutur untuk berkomunikasi. Manakala binaan ayat adalah sama dan boleh

distrukturkan mengikut pola-pola tertentu. Menurut Ahmad Mutawakkil (1985),terdapat

keperluan untuk mempolakan nahu Arab kepada bu’rah (subjek) dan mihwar (predikat).

Menerusi pandangan praktikal ini, ia mampu merangsang para pelajar untuk membina

seberapa banyak ayat lain berdasarkan pola ini.

Sistem ini akan memberi metode baharu kepada nahu Arab untuk dipelajari di pusat-

pusat pengajian yang menawarkan mata pelajaran tersebut di negara kita, terutamanya kepada

murid-murid peringkat sekolah.

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Para pengkaji BA mengakui pentingnya nahu bagi menguasai sesuatu bahasa. Hasil usaha

para sarjana terdahulu telah membuka lembaran baharu dalam mempelajari BA. Namun,

penguasaan nahu itu masih perlu dikaji dan dikupas lantaran perbahasannya agak merumitkan

bagi generasi kini. Menurut Kamal Syahin (2002: 181) terdapat lima ciri kesukaran dalam

penulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) tiada penjelasan terhadap kaedah yang

digunakan, (3) ada pengecualian, (4) terpisah-pisah dan (5) tidak tersusun.

Justeru, penguasaan nahu Arab hendaklah dijelmakan dalam bentuk yang mudah dan

mesra pelajar. Berdasarkan pengalaman salah seorang pengkaji yang mengendalikan kelas

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) mendapati, purata pencapaian

pelajar dalam nahu BA berada di tahap 60% semasa ujian akhir semester pertama pengajian

mereka. Meskipun mereka telah melalui proses pembelajaran BA sewaktu di alam

persekolahan.

Tahap kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan para pelajar yang telah

menamatkan pengajiannya di sekolah menengah adalah rendah. Mereka masih gagal untuk

membaca dengan betul dari segi tatabahasa, sebutan huruf dan tidak mampu membina ayat

yang betul mengikut kaedah sebenar BA (Ishak 1992).

Sebenarnya, isu inilah yang dibangkitkan kembali oleh Mat Taib Pa (2007: 24) ketika

membicarakan realiti pengajaran nahu Arab di Malaysia, kerana masih ada dalam kalangan

guru yang mengajar secara tradisional di samping banyak menekankan aspek definisi dan

i’rab secara terperinci. Meskipun terdapat percubaan untuk membuat perubahan kepada cara

pengajaran BA amnya dan pengajaran nahu khususnya, tetapi apabila dilihat kepada

kurikulum dan buku teks berkaitan, ia masih lagi dibayangi oleh cara tradisional tersebut.

Berikut adalah antara isu yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan:-

Page 3: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

3

1. Persepsi Pelajar

Dapatan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap penguasaan nahu BA dapat ditunjukkan

menerusi Jadual 1 di bawah:

Konstruk N Ya Tidak

Bahan pengajaran yang ringkas, mudah dan menarik

membantu untuk menguasai nahu BA

94 93

(98.9%)

1

(1.1%)

Sesiapa yang menguasai nahu, maka senanglah

mempelajari BA

94 88

(93.6%)

6

(6.4%)

Saya seronok belajar BA 94 87

(92.5%)

7

(7.5%)

Penambahbaikan kepada bahan p&p yang sedia ada

perlu dilakukan

94 87

(92.5%)

7

(7.5%)

Kesukaran menguasai nahu berpunca daripada bahan

pengajaran yang disediakan.

94 53

(56.4%)

41

(43.6%)

Saya dapat menguasai nahu dengan mudah 94 23

(24.5%)

71

(75.5%)

JUMLAH 71.84% 22.16%

Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Nahu BA Mengikut Keutamaan

Berdasarkan Jadual 1 di atas, persepsi pelajar mengenai bahan pengajaran yang ringkas,

mudah dan menarik dapat membantu untuk menguasai nahu BA berada pada kedudukan yang

teratas dengan nilai peratusnya 98.9% (93). Manakala persepsi pelajar mengenai penguasaan

nahu dengan mudah pula berada pada tahap yang paling rendah dengan nilai peratusnya

24.5% (23). Namun begitu, secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap penguasaan

nahu BA berada pada tahap yang tinggi, iaitu nilai peratusnya 71.84%.

2. Persepsi Guru

Seramai enam daripada tujuh orang (6/7) memilih cara-cara untuk meningkatkan penguasaan

nahu BA ialah melalui pembinaan bahan pengajaran yang mudah, ringkas dan bersistematik.

Dari segi penambahbaikan bahan pengajaran yang sedia ada, didapati semua guru (7/7)

bersetuju mengenainya. Dapatan ini menunjukkan bahawa suatu usaha perlu dilakukan bagi

mengenalpasti permasalahan yang timbul dan cara penyelesaian yang perlu diambil.

Menyentuh tentang format bahan pengajaran yang diharapkan oleh para guru, dapatan

kajian menunjukkan ciri-ciri bahan pengajaran itu hendaklah membicarakan kaedah nahu

Page 4: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

4

secara mudah dan ringkas (6/7), ada peta minda (4/7), juga perlu mempunyai latihan yang

pelbagai aras beserta contoh (3/7).

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DILAKSANAKAN

Aplikasi Rumus

Rumus ini terdiri daripada huruf atau huruf-huruf yang mewakili sesuatu perkataan.

Perkataan tersebut terdapat secara langsung dalam pembelajaran nahu BA. Sebagai

contohnya, kata nama (اسم) dilabelkan dengan huruf (س) dan begitulah seterusnya contoh-

contoh yang lain sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut:

رمزها الكلمة

س االسم

مذ المذكر

مؤ المؤنث

مف المفرد

مث المثنى

ون-ج جمع المذكر السالم

Jadual 2: Rumus bagi Kata Nama

Peranan Rumus

Rumus yang telah diwakilkan itu digunakan untuk menghuraikan setiap kaedah nahu yang

terdapat dalam tajuk pembelajaran nahu BA. Jadual 3 di bawah dapat menjelaskan keadaan

demikian.

اإلعراب الجملة (2)س (1)س عدد

(منع –نع ) تلميذ مطيع (-) (-) 1

التلميذ المطيع (ال) (ال) 2

(خ –م ) التلميذ مطيع (-) (ال) 3

(مضا –مض ) تلميذ المدرسة (ال) (-) 4

Jadual 3: Contoh Aplikasi Rumus bagi Jumlah Ismiah

Page 5: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

5

Rumus dalam jadual 3 ini menjelaskan bahawa apabila sin 1 (kata nama) itu dikuti dengan sin

2 dalam sesuatu ayat, maka kaedah nahunya dapat dilihat dalam tiga keadaan: sama ada naᶜat

dan mancūt atau mubtada’ dan khabar ataupun juga mudhaf dan mudhāf ilayh.

Pembinaan Modul Berasaskan Rumus

Rajah 1 di bawah menerangkan model kajian dengan menggunakan kaedah rumus.

Kesediaan

Luaran

Murid

Pra

Dalaman

Mentalis

Membangun

Mekanis

Rumus

Interaksi

Kaedah Pendekatan

Semasa Pengajaran

Rumus

Contoh

Page 6: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

6

Pelaksanaan

Ulangan

Latihan

Pasca Penilaian dan

Pelajar

Penambahbaikan

Rumus

Rajah 1: Model Modul

Penjelasan Model

Langkah 1: Bahan Pengajaran (Modul)

Modul ini merupakan kombinasi pendekatan mentalis, mekanis dan juga interaksi.

(1) Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada Siri 1

modul ini membantu murid untuk menguasai nahu BA secara mudah untuk difahami

dan diingat berasaskan pendekatan rumus.

(2) Mekanis – Setelah itu, murid akan berada pada Siri 2 iaitu latihan dan ulangan yang

menjurus ke arah pengguasaan tajuk nahu tersebut sehinggalah ia menjadi satu

kebiasaan dan terhindar dari melakukan kesilapan semasa penggunaannya.

(3) Interaksi – Seterusnya murid didedahkan dengan Siri 3 yang lebih memberi

penekanan kepada penggunaan rumus dalam kehidupan harian mereka.

Langkah 2: Kesediaan Murid

Kesediaan murid bermaksud setiap murid yang mengikuti subjek yang diajar hendaklah

memiliki persiapan diri dari segi dalaman dan luaran.

(1) Kesediaan Dalaman - Sebelum masuk ke kelas, murid perlulah memperbetulkan

niatnya, mampu mengawal emosinya, menghindarkan diri daripada segala sifat keji,

seperti dendam, benci dan irihati, sama ada kepada subjek, kawan-kawan dan lebih-

lebih lagi kepada guru.

(2) Kesediaan Luaran – Murid tersebut menunjukkan penampilan diri yang kemas,

membuat persiapan alatan belajar yang mencukupi, membantu dalam mewujudkan

suasana pembelajaran yang harmoni dan kondusif.

Langkah 3: Pendekatan Pengajaran

Page 7: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

7

Pembelajaran yang berkualiti bermula dari kaedah pengajaran yang berkesan. Untuk itu,

maka guru mengambil beberapa pendekatan dalam menjayakan kaedah pengajaran yang

berasaskan rumus ini.

(1) Membina Hubungan Baik – Ini bagi memastikan murid yang hadir ke kelas tersebut

disedari oleh guru. Kehadiran mereka amat diharapkan dan penglibatan mereka dialu-

alukan.

(2) Membina Peraturan Kelas – Guru bersama murid akan berkongsi idea dan kemahuan

bagi mencapai objektif masing-masing. Guru berobjektifkan ilmunya sampai kepada

murid dan murid pula inginkan kepuasan dalam mempelajari ilmu tersebut.

(3) Menetapkan Objektif Diri – Ini dilakukan supaya masa yang digunakan bersama

murid-murid itu amat bermakna, maka guru hendaklah meminta murid-muridnya

menetapkan sasaran diri masing-masing.

Langkah 4: Pengukuhan

Langkah ini menuntut murid tersebut melakukan apa yang telah dibincangkan dengan guru.

Ia berlaku dalam tiga keadaan yang berbeza, namun saling lengkap melengkapi antara satu

sama lain.

(1) Rumus - Ia dilaksanakan secara huraian dan pemahaman rumus yang digunakan.

Sebagai membantu murid, maka murid dibekalkan dengan satu set mudah yang

merangkumi semua rumus dan diletakkan di sisi murid tersebut semasa proses

pemahaman dilaksanakan.

(2) Ulangan - Murid didedahkan dengan contoh-contoh yang dekat dalam kehidupan

harian mereka. Proses ulangan (drill) ini membantu murid untuk mengingati rumus

secara tidak langsung.

(3) Latihan – Latihan ini bertindak sebagai pengukuhan terhadap apa yang telah

dipelajari. Ini juga mendedahkan murid terhadap tahap penguasaan tajuk yang diajar.

Latihan ini berbentuk lisan dan juga bertulis.

Langkah 5: Hasil Pembelajaran

Langkah ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar agar

tindakan susulan yang sesuai dapat dilaksanakan. Hasil pembelajaran ini dapat dilihat

berdasarkan prestasi atau perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti

pembelajaran yang telah mereka pelajari. Untuk itu, hasil pembelajaran ini dapat dinilai

dalam dua keadaan:

(1) Formatif – Ia dilaksanakan secara tidak formal (pemerhatian dan soal jawab) atau

formal (ujian kertas-pensel dalam masa yang singkat). Cara ini digunakan bagi

mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk terus membaiki kelemahan itu

dengan serta merta.

(2) Sumatif – Ini akan dilaksanakan secara formal dalam jangkaan masa yang sesuai

sebaik sahaja sesi pembelajaran bagi sesuatu unit itu selesai. Jenis ini dapat memberi

maklumat untuk mengred dan menempatkan pelajar serta mengubahsuai modul yang

diajar.

Langkah 6: Penambahbaikan

Setelah murid melakukan sesuatu yang baik, guru perlu memberi pengiktirafan kepada murid

atas kejayaannya, walaupun ia adalah suatu yang kecil terhadap peningkatan diri yang murid

Page 8: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

8

tersebut lalui. Walaupun begitu, guru tidak perlu merasa kecewa dan menganggap murid

tersebut tidak boleh berubah. Ini memerlukan muhasabah dan penambahbaikan terhadap:

(1) Murid - Melihat pengaruh ke atas murid tersebut. Ini termasuklah pengaruh

persekitaran , latar belakang keluarga ataupun juga rakan sebaya.

(2) Modul – Melihat tahap kesahan dan kebolehgunaan serta tahap kesesuaian dengan

aras keupayaan murid yang diajar. Rujukan pakar dan maklumat bacaan adalah

amat diperlukan bagi menangani permasalahan tersebut.

Kandungan Modul

المفعول به: الدرس األول -1

المفعول المطلق: الدرس الثاني -2

المفعول ألجله: الدرس الثالث -3

المفعول معه: الدرس الرابع -4

المفعول فيه: الدرس الخامس -5

الحال: الدرس السادس -6

Panel Semakan Modul

BIL PANEL JAWATAN

1. PN. MAIMUN BTE AZIZ Pensyarah Cemerlang (DG54)

Tempoh Berkhidmat: 25 Tahun

Bidang: Pendidikan Islam dan Psikologi

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

2. UST. MOHD. RIZUAN BIN HJ.

ABD. RASIP

Ketua Jabatan (DG48)

Tempoh Berkhidmat: 22 Tahun

Bidang: Bahasa Arab

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

3. DR. ABD RAZAK BIN ABU

CHIK

Pensyarah Kanan (DG52)

Tempoh Berkhidmat: 21 Tahun

Bidang: Bahasa Arab

IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan

4. UST. WAN MOHARANI BIN

MOHAMMAD

Pensyarah Kanan (DS52)

Tempoh Berkhidmat: 12 Tahun

Bidang: Bahasa Arab

Universiti Sain Islam Malaysia (USIM)

5. UST. MOHD. EZANI BIN

YAACOB

Guru Kanan (DG44)

Tempoh Berkhidmat: 20 Tahun

Bidang: Bahasa Arab

SABK Tarbiah Islamiah, Kelantan

6. UST. SABRI BIN ALI Guru Pen. Kanan HEM (DG44)

Tempoh Berkhidmat: 17 Tahun

Bidang: Bahasa Arab

SMKA Maahad Muar, Johor

7. UST. ZAMRI BIN ABDUL

RAHIM

Penolong Pengarah (DG44)

Tempoh Berkhidmat: 17 Tahun

Bidang: Pendidikan Islam

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya

8. UST. ZULHAZMI BIN ANWAR Penolong Pengarah (DG44)

Page 9: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

9

Tempoh Berkhidmat: 8 Tahun

Bidang: Bahasa Arab

Bahagian Pendidikan Islam, Cyberjaya

Proses Pendedahan Modul

Modul yang telah siap dibangunkan akan diuji bagi melihat kesesuaiannya kepada pelajar. Ini

setelah mengambil kira prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia. Begitu juga, setelah mengambil kira dan membuat penambahbaikan berdasarkan

cadangan dan ulasan dari tenaga pengajar bahasa Arab dan mereka yang pakar dalam bidang

tersebut.

Berikut adalah Jadual Pendedahan Modul seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.

Lokasi : Sek. Men. Keb. Agama Tun Perak, Jasin, Melaka.

Sasaran : Pelajar Tingkatan empat

Bilangan : 19 orang pelajar

Anggota : 3 orang

Kos : Tiada

Nama Modul : Pengajaran Nahu Bahasa Arab Berasaskan Rumus.

Tajuk : al-Mansubat

Cadangan Waktu Mengajar: 10 jam

Tempoh Ujian Awalan dan Akhiran: 1 jam 30 minit

Tarikh Pendedahan: 5hb. dan 6hb. April 2013 (Jumaat & Sabtu)

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

1. Konstruk Kesesuaian Modul Menurut Pelajar

Dapatan kajian mengenai kandungan modul berasaskan rumus membantu penguasaan pelajar

dalam menguasai nahu BA dapat ditunjukkan menerusi Jadual 5 di bawah:

Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan

Piawai

Peta minda 19 3.80 5.00 4.27 0.466

Mesra pelajar 19 3.33 5.00 4.27 0.602

Latih tubi 19 3.25 5.00 4.17 0.580

Kandungan 19 3.50 5.00 4.15 0.530

Teks pelajaran 19 3.28 5.00 4.12 0.615

Rumus nahu 19 3.17 5.00 4.11 0.564

Page 10: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

10

Min Keseluruhan 4.18

Jadual 4: Konstruk Kesesuaian Modul Menurut Pelajar

Berdasarkan Jadual 4 di atas, peta minda berada pada kedudukan yang teratas dengan nilai

minnya 4.27. Manakala rumus nahu berada pada tahap yang paling rendah dengan nilai

minnya 4.11. Namun begitu, secara keseluruhannya, nilai min bagi kandungan modul

berasaskan rumus dapat membantu penguasaan pelajar dalam menguasai nahu BA tetap

berada pada tahap yang tinggi, iaitu nilai minnya 4.18.

2. Rumus Nahu

Dapatan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi rumus nahu iaitu 4.11 berada pada

tahap yang tinggi, meskipun pada kedudukan yang paling bawah seperti dalam Jadual 5.

Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan

Piawai

Rumus nahu mudah saya fahami 19 3.00 5.00 4.11 0.658

Rumus nahu senang saya pelajari 19 3.00 5.00 4.21 0.631

Rumus nahu jelas 19 3.00 5.00 4.26 0.562

Saya kuasai rumus dengan cepat 19 3.00 5.00 3.68 0.582

Rumus menarik minat saya 19 3.00 5.00 4.21 0.535

Rumus mengekalkan motivasi saya 19 4.00 5.00 4.21 0.419

Min Keseluruhan 4.11

Jadual 5: Konstruk Rumus Nahu

3. Konstruk ciri-ciri modul berasaskan rumus berdasarkan ulasan pakar

Maklum balas dalam soal selidik berdasarkan ulasan pakar menunjukkan nilai min

keseluruhan modul berada pada tahap yang tinggi, iaitu 4.55. Ini dapat ditunjukkan menerusi

Jadual 6 di bawah:

Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan

Piawai

Peta minda 8 3.80 5.00 4.75 0.487

Ujian 8 3.86 5.00 4.61 0.537

Mesra pelajar 8 4.00 5.00 4.61 0.506

Muka tajuk 8 4.00 5.00 4.60 0.474

Page 11: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

11

Teks pelajaran 8 3.71 5.00 4.57 0.564

Rumus nahu 8 4.00 5.00 4.50 0.469

Latih tubi 8 3.67 5.00 4.48 0.589

Muka depan 8 3.75 5.00 4.31 0.573

Min Keseluruhan 4.55

Jadual 6: Konstruk Kesesuaian Modul Menurut Pakar

Konstruk peta minda menduduki tahap teratas dengan nilai min 4.75. Manakala konstruk

muka depan pula berada pada tahap yang terendah, iaitu nilai min 4.31 dengan beza minnya

sebanyak 0.44 seperti yang ditunjukkan Rajah 2 di bawah:

Rajah 2: Min Kesesuaian Modul Menurut

Pakar

4. Rumus Nahu Menurut Pakar

Melalui analisis data soal selidik dalam bab ini, boleh dirumuskan bahawa pakar meletakkan

nilai min keseluruhan berada pada aras yang tinggi, iaitu 4.50. Ini dapat ditunjukkan menerusi

Jadual 7 di bawah:

Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan

Piawai

Rumus menarik minat pelajar 8 4.00 5.00 4.88 0.354

Rumus nahu jelas 8 4.00 5.00 4.62 0.518

Rumus nahu mudah difahami 8 4.00 5.00 4.50 0.535

Rumus mengekalkan motivasi 8 4.00 5.00 4.50 0.535

Page 12: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

12

Rumus nahu senang dipelajari 8 4.00 5.00 4.38 0.518

Pelajar kuasai rumus dengan cepat 8 4.00 5.00 4.13 0.354

Min Keseluruhan 4.50

Jadual 7: Konstruk Rumus Nahu

Analisis juga telah memperlihatkan konstruk rumus mampu menarik minat pelajar berada

pada tahap yang teratas, iaitu 4.88. Manakala konstruk pelajar dapat menguasai rumus

dengan cepat berada pada aras yang terendah, iaitu nilai minnya 4.13 dengan beza minnya

sebanyak 0.75 seperti yang ditunjukkan Rajah 3 di bawah:

KEADAAN SELEPAS PELAKSANAAN MODUL BERASASKAN RUMUS

1. Prestasi Pencapaian Pelajar Meningkat

Merujuk kepada ujian pra dan pasca yang dijalankan ke atas kumpulan eksperimen seramai

19 orang yang menerima modul nahu BA berasaskan rumus, markah perolehan dapat

ditunjukkan dalam Jadual 8 di bawah:

Konstruk PMR

2012

Ujian Awalan

(100)

Ujian Akhiran

(100)

+/-

Pelajar 1 C 33 60 27

Pelajar 2 D 35 38 3

Pelajar 3 D 35 43 8

Pelajar 4 D 35 43 8

Page 13: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

13

Pelajar 5 D 40 33 (7)

Pelajar 6 C 35 43 8

Pelajar 7 C 45 58 13

Pelajar 8 C 43 63 20

Pelajar 9 B 38 43 5

Pelajar 10 C 60 68 8

Pelajar 10 C 33 53 20

Pelajar 12 C 35 25 (10)

Pelajar 13 C 35 50 15

Pelajar 14 C 35 38 3

Pelajar 15 C 50 63 13

Pelajar 16 D 43 55 12

Pelajar 17 D 33 50 17

Pelajar 18 D 30 28 (2)

Pelajar 19 D 43 55 12

Min 38.74 50.10

JADUAL 8: Markah Ujian Pra dan Pasca

Berdasarkan Jadual 8 di atas mendapati seramai 7 orang yang lulus (7/19) pada ujian pra

berbanding 14 orang pada ujian pasca (14/19) . Nilai min pada ujian pra iaitu 38.74,

manakala pada ujian pasca ialah 50.10.

Jumlah peningkatan nilai min sebanyak 11.36 seperti yang ditunjukkan menerusi

Rajah 4 di bawah:

Page 14: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

14

RAJAH 4: Min Pencapaian Pelajar Ujian Pra dan Pasca

Manakala bilangan pelajar yang lulus seramai 14 orang berbanding 7 orang pada ujian pra.

Pertambahan sebanyak 50% (7/14).

2. Kekuatan Rumus Menurut Pakar

Berdasarkan ulasan pakar, kekuatan rumus yang digunakan di dalam modul ini mampu

memberikan kemudahan kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan nahu BA, sekaligus

dapat membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran serta mengekalkan ingatan terhadap

seseuatu topik yang dipelajari.

3.Kesan Penggunaan Rumus Kepada Mahasiswa

Satu kajian yang berasingan telah dijalankan ke atas sekumpulan mahasiswa Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapati nilai minnya telah meningkat daripada 4.11 kepada

4.46 dengan peningkatan sebanyak 0.35 seperi yang diterangkan dalam Jadual 10 di bawah.

Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan

Piawai

Rumus menarik minat saya 19 4.00 5.00 4.71 0.460

Rumus nahu senang dipelajari 19 4.00 5.00 4.61 0.497

Rumus nahu mudah difahami 19 4.00 5.00 4.46 0.508

Huraian rumus nahu jelas 19 3.00 5.00 4.39 0.567

Saya kuasai rumus dengan cepat 19 3.00 5.00 4.11 0.497

Min Keseluruhan 4.46

Jadual 9: Konstruk Rumus Menurut Mahasiswa UPSI

Jumlah peningkatan nilai min sebanyak 0.35 seperti yang ditunjukkan menerusi Rajah 5 di

bawah:

Page 15: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

15

Rajah 5:Peningkatan Nilai Min Antara Pelajar dan Mahasiswa

KESIMPULAN

Ringkasnya, aplikasi rumus dalam penguasaan nahu BA dalam kalangan pelajar

menunjukkan peningkatan dan kesannya dapat dilihat pada pencapaian pelajar dan minat

yang mereka tunjukkan. Ini menerangkan bahawa penggunaan rumus sesuai diaplikasikan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bagi mengelak daripada timbulnya

rasa bimbang dan takut untuk mempelajari BA. Bahkan pula, pelajar akan berasa seronok dan

berkeyakinan tinggi untuk menguasai bahasa Arab tersebut.

RUJUKAN

Ahmad Mutawakkil. 1985. al-Wazā’if al-tadawuliyah fi al-lughah al-ᶜarabiyah. Dar al-

Baida’: Dar Al-Thaqafah.

al-Anbāri, Abu al-Barakat. 1957. Asrar al-ᶜarabiyah. Suntingan Muhammad Bahjah al-

Baytar. Dimashq: t.pt.

Chomsky, N. (a) 1971. Syntactic structures. 9th Ed. Paris: The Hague.

Chomsky, N. (b) 1981. Lectures on government and binding. Holland: Foris Publications

al-Fihri, ᶜAbd al-Qadir al-Fāsi. 1985. al-Lisaniyat wa al-lughah al-ᶜarabiyah. 1 ed. al-

Maghribi: Dar al-Tubqal li al-Nashr.

al-Fihri, ᶜAbd al-Qadir al-Fāsi. 1990. al-Bina’ al-muwāzi. 1 ed. al-Maghribi: Dar al-Tubqal li

al- Nashr.

Fu’ad Niᶜmah. t.th. Mulakhkhas qawaᶜid al-lughah al-ᶜarabiyah. Dimashq: Dar al-Hikmah.

Ishak M.R. 1992. Suntingan Ismail Ab. Rahman. Masalah yang dihadapi oleh sekolah-

sekolah menengah kebangsaan agama di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ibn ᶜAqil. t.th. Sharh ibn ᶜAqil. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Jinni, Abu al-Fath ‘Usman. 1952-1956. al-Khasā’is. Suntingan Muhammad ᶜAli al-

Najjar. al-Qahirah: Dar al-Kutub al-Misriyah.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). 2004. Resolusi seminar jawi, al-Quran,

bahasa Arab dan fardu ain, peringkat kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 16: APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU · PDF filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) ... Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada

16

Kamarul Shukri Mat Teh. 2009. Penggunaan Strategi Pembelajaran bahasa Arab Dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Kamarulzaman Abdul Ghani & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2005. Menilai

kebolehbacaan buku teks

Bahasa Arab Tinggi: Ke arah meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Prosiding

wacana pendidikan Islam siri 4, hlm. 345-354

Kamus Dewan Edisi Ke-4. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Taib Pa & Mohd Rosdi Ismail. 2007. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di

Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Safiah Karim. 1988. Sosiolinguistik bahasa Melayu dan pengajaran. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2009. Teori Bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran

tatabahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Muhammad Rahimi Nik Yusof , Kamaruzzaman Abd. Ghani & Muwaffaq Abdullah al-

Qusyairi. 2008. Fann tadris al-lughah al-ᶜarbiah li ghair al-ᶜArab. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rushdi Τuᶜaymah. 2001. Manāhij tadrīs al-lughah al-ᶜarabiyah bi al-taᶜlim al-asāsi.

Kaherah: Darul al-Fikri al-Arabī.

al-Usayli, ᶜAbd ᶜAziz ibn Ibrahim. 2008. Min khasā’is al-lughah al-ᶜarabiyah. al-Riyad: al-

Jamᶜiah al-ᶜIlmiyah al-Sucudiyah li al-Lughah al-ᶜArabiyah.