apresiasi muzik

23
Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK 2.3 APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan. Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley (1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut. Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan bahawa “Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4). Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank- kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bergerak. 2.3.1 Definisi Pergerakan Kreatif Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan sebagai asas untuk

Transcript of apresiasi muzik

Page 1: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.3 APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan

secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara

spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun)

melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan.

Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa

dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan

mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui

pergerakan.

Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley

(1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan

perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan

pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai

kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan

fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada

pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui

pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi

spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut.

Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai

ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan

bahawa “Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan

perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama

mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4).

Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan

tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka

bergerak.

2.3.1 Definisi Pergerakan Kreatif

Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada

pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif

serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk

Page 2: apresiasi muzik

Apabila memperkatakan tentang pergerakan kreatif, bagi setengah orang akan membayangkan di fikiran mereka gambaran penari-penari yang menari mengikut rentak muzik dengan menggunakan selendang atau sebagainya. Pada hakikatnya, pergerakan kreatif adalah lebih dari itu kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang memerlukan pertimbangan dan persediaan yang secukupnya seperti yang dilakukan terhadap kursus geraktari yang lain. (m.s.31)

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan

sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-pengalaman pergerakan yang akan

membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan mereka yang unik.

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Dengan

lain perkataan, setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan

pemikiran, idea atau perasaannya. Tujuannya antara lain ialah untuk berhubung.

Komponen pergerakan kreatif terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya (atau

tenaga).

Pergerakan kreatif adalah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan (Salmah Ayob, 1992).

Pergerakan kreatif bukanlah satu siri “langkah” atau “rutin” yang diajar dan dikenakan

kepada pelajar oleh guru. Dunkin (1998) menyatakan bahawa,

Pergerakan kreatif mendedahkan hubungan-hubungan antara dalaman kendiri dan

realiti luaran. Ia mempertajamkan daya persepsi dan membuat manusia lebih peka

terhadap apa yang mereka dengar, rasa dan lihat. Peranan pergerakan kreatif

adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang

berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan

gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman,

mengintegrasikan motor dan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan

pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses

pendidikan muzik.

Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan membantu mencapai matlamat-matlamat

perkembangan individu, membantu membina tubuh badan, meransang daya

imaginasi dan mencabar keupayaan intelek, membantu menyemai apresiasi

terhadap keindahan dan memantap serta memperhaluskan sifat-sifat emosi.

Page 3: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.3.2 Unsur-unsur Pergerakan Kreatif

Semua aktiviti fizikal melibatkan unsur-unsur tubuh badan, masa, ruang dan daya.

Unsur-unsur ini digunakan secara spontan dalam aktiviti-aktiviti harian dan juga

sebagai asas untuk membina pengalaman-pengalaman pergerakan kreatif.

Mengikut Salmah Ayob (1992), terdapat empat unsur pergerakan iaitu :

i) Badan

Badan merupakan satu instrumen atau alat yang digunakan untuk

melahirkan idea, pemikiran atau perasaan. Organ-organ dalam tubuh

badan seperti jantung, paru-paru dan organ-organ yang lain sentiasa

bergerak dan bertindak tanpa kesedaran kita. Bahagian luar tubuh badan

seperti kepala, bahu, lengan, tangan, jari-jari, kaki, tapak kaki, hujung

kaki, lazimnya menguasai daya sedar untuk bergerak. Idea-idea

pergerakan dilahirkan dengan menggunakan bahagian-bahagian tubuh

badan, permukaan-permukaan (depan, belakang, sisi kiri dan kanan) dan

bentuk yang digayakan oleh tubuh manusia.

ii) Masa

Masa menyatakan tempo (bagaimana cepat atau perlahan pergerakan itu

dipersembahkan), rentak (ritma dasar yang berterusan seperti degupan

jantung), tekanan (accent) (rentak yang lantang atau kuat dalam sesuatu

pola ritma), jangkamasa (durasi) (panjang pendeknya setiap rentak).

Pola-pola ritma merupakan satu kombinasi tempo, rentak, tekanan dan

jangkamasa.

iii) Ruang

Ruang merujuk kepada ruang kawasan peribadi atau ruang diri dan ruang

am atau ruang persekitaran. Ruang peribadi atau diri ialah ruang

sementara yang mengelilingi individu yang tidak bergerak. Ruang diri

menjangkau sejauh mana seseorang individu dapat membongkok dan

melenturkan badan sebarang arah. Ruang am atau persekitaran

merangkumi keseluruhan kawasan bilik darjah, gimnasium atau padang

permainan di mana aktiviti-aktviti pergerakan diteruskan. Arah (depan,

sisi, belakang, pepenjuru), aras (tinggi, sederhana, rendah), jarak (dekat,

jauh) saiz (besar, kecil), laluan (berlengkok, lurus, bersiku keluang-zig-

zag), bentuk (sempit, luas, bersiku-siku, berkitaran, lurus) dan tumpuan

Page 4: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

mata (arah mata memandang), merupakan faktor-faktor yang digunakan

dalam aspek ruang.

iv) Daya / Aliran

Daya digunakan dalam setiap gerakan dan dikategorikan kepada halus-

ringan (kurang daya) dan berat-kuat (bertenaga). Jumlah tenaga yang

dikeluarkan dalam sesuatu pergerakan menunjukkan impak tenaga atau

kekurangan tenaga.

“Semua pergerakan boleh diubah dengan meminda aliran daya,

bergantung kepada impak (mendadak atau tenang), beban (berat atau

ringan), kekuatan (kukuh atau lemah) dan aliran (bebas, terikat atau

dalam imbangan)” (Joyce, 1980,m.s. 4).

Aliran berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila

melakukan pergerakan. Pergerakan badan boleh menjadi bebas, terikat

atau berada dalam imbangan. Pergerakan bebas atau yang tidak terikat

mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan berterusan. Pemberhentian

adalah sukar dilakukan dengan pergerakan-pergerakan bebas.

Pergerakan-pergerakan yang terikat adalah terkawal, terimbang dan

terbatas. Pemberhentian adalah mudah dilakukan dengan pergerakan-

pergerakan terikat. Imbangan menunjukkan kedudukan di antara

pergerakan bebas dan pergerakan terikat.

2.3.3 Pertimbangan Penting Dalam Pergerakan Kreatif

Dalam kebanyakkan budaya, aktiviti-aktiviti geraktari merupakan sebagai suatu

bentuk seni dan rekreasi. Ia terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Dalam kurikulum pendidikan di sekolah, aktiviti-aktiviti pergerakan adalah penting

dalam membina keupayaan mengawal gerak-geri fizikal dan sebagai landasan untuk

melahirkan perasaan dalaman serta daya kreativiti. Kanak-kanak pada umumnya

mempunyai minat semulajadi terhadap rentak irama dan pergerakan mereka sering

memperlihatkan unsur-unsur dan gaya berirama. Bagaimana kualiti-kualiti tersebut

dapat dimantapkan dengan lebih intensif lagi bergantunglah kepada sejauh mana

kesempatan diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melahirkan

citarasa mereka melalui aktiviti pergerakan.

Page 5: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan

pembelajaran pergerakan kreatif. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah

seperti berikut :

a) Tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea.

Penggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea

adalah konsep penting dalam pergerakan kreatif.

b) Penggunaan bahan Rangsangan.

Bahan ransangan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik,

lukisan, riben dan apa sahaja objek yang digunakan untuk

memperkembangkan daya imaginasi murid. Jika bahan rangsangan yang

bersesuaian, menarik dan berkesan digunakan untuk sesuatu peringkat usia

dan jantina yang dipilih, maka adalah mudah bagi murid memberi tindak

balas untuk sesuatu pergerakan kreatif.

c) Daya Cipta Kreatif.

Kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea

menggalakkan daya cipta kreativiti. Tindak balas yang berbeza dalam setiap

bentuk pergerakan terhadap rangsangan yang diberikan menunjukkan daya

cipta kreatif. Ini dapat dilihat dalam jenis-jenis pergerakan yang ditunjukkan.

d) Kesedaran Ritma.

Kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi atau suara. Tetapi ritma

semulajadi dalam pergerakan adalah satu daya kreatif.

e) Semangat Berkumpulan.

Aspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu

konsep penting dalam pergerakan kreatif terutama perkaitan antara seorang

individu dengan pasangan atau kumpulannya. Selain daripada kedudukan

dan bentuk fizikal, perkaitan ini dilihat dalam bentuk pengucapan atau luahan

perasaan dengan semangat berkumpulan semasa melakukan pergerakan.

f) Olahan Kreatif

Pergerakan kreatif yang terancang (koreagraf) yang dihasilkan bersama-

sama oleh murid-murid dalam satu kumpulan, bertindak sebagai komunikasi

idea individual. Rangkaian pergerakan yang dihasilkan merupakan olahan

Page 6: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

kreatif berasaskan sesuatu tema atau sub tema sangat diberi tumpuan.

Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.

g) Persembahan dan Penilaian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif, persembahan dan

penilaian pergerakan atau olahan kreatif digalakkan. Kedua-dua aktiviti

merupakan tugasan yang diberi oleh guru. Pemerhatian aktif untuk penilaian

atau refleksi atau kritik sangat digalakkan di mana murid dikehendaki

memerhati atau menilai sesuatu untuk penambahbaikan.

Pergerakan kreatif memberi kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif. Bincangkan kepentingan pergerakan kreatif dalam perkembangan kanak-kanak. Apakah peranan guru untuk mewujudkan suasana yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan gerakan ?

2.3.4 Penerokaan Bunyi

Pergerakan kreatif pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea,

perasaan, emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan.

Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri,

menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan

memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka

fikirkan tanpa batasan dan had yang ditetapkan oleh guru.

Pergerakan kreatif memberikan kebebasan menggunakan anggota badan dengan

memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan. Ia boleh

dilakukan di mana sahaja. Seterusnya ia dapat meningkatkan tahap kesediaan murid

dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

2.3.5 Iringan Untuk Aktiviti Pergerakan Kreatif

Ada pelbagai jenis iringan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan

kreatif. Muzik merupakan jenis iringan yang pertama biaanya digunakan dalam

aktiviti tersebut. Muzik daripada bahan-bahan multimedia seperti audio cd/vcd/dvd,

rakaman kaset adalah mudah diperolehi. Anda seharusnya mendengar terlebih

dahulu semua muzik dan membuat keputusan sama ada muzik-muzik yang

didengari itu sesuai atau tidak untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

yang telah dirancang.

Page 7: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Muzik popular merupakan satu lagi sumber untuk iringan. Biasanya muzik

instrumental adalah lebih sesuai, walaubagaimanapun sesetengah lagu berserta lirik

juga sesuai. Harp, gamelan, loceng, alat-alat muzik yang menggunakan arus angin

dan alat-alat lain, menawarkan latar belakang muzik yang menarik untuk mencipta

pergerakan kreatif.

Muzik tradisional di Malaysia juga boleh dijadikan muzik itingan untuk aktiviti-aktiviti

pergerakan kreatif. Kebanyakkan daripada muzik tradisional itu mempunyai rentak

yang sederhana dan baik disamping memperkenalkan muzik Malaysia kepada

murid-murid.

Iringan alat-alat muzik paluan termasuk gendang, alat-alat perkusi, tepukan atau

sebarang alat yang mengeluarkan bunyi apabila dipalu juga biasa digunakan dalam

aktiviti pergerakan kreatif. Alat-alat ini juga boleh dihasilkan sendiri oleh murid-murid

dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, tin-tin kosong, bekas-

bekas plastik dan sebagainya. Pemilihan iringan seharusnya menarik dan boleh

mewujudkan suasana menggembirakan di dalam kelas.

2.4.6 Props dan Penggunaan Rangsangan-rangsangan Lain Dalam

Pergerakan Kreatif

Penggunaan props adalah satu cara yang baik untuk memperkenalkan pergerakan

kreatif kepada murid-murid. Props mencakupi objek-objek yang boleh diuruskan dan

dimanipulasi oleh seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Uncang-uncang

kacang, skaf, reben, gelang rotan, belon dan sebagainya adalah beberapa contoh

props yang boleh digunakan untuk membentuk pola-pola pergerakan yang menarik

selari dengan penggunaan ruang. Dengan menggunakan props, murid-murid akan

mempelajari cara-ara memanipulasikan props dan menjalin hubungan dengannya

dan juga kepadanya.

Deria-deria penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran dapat memberi

rangsangan-rangsangan yang boleh dijadikan asas untuk aktiviti kreatif. Rangsangan

ideasional dan emosional juga menjadi saluran-saluran untuk pernyataan kreatif.

Alam semulajadi dan persekitaran; mud dan emosi; hubungan manusia, peristiwa-

peristiwa bersejarah, legenda atau peristiwa-peristiwa semasa dan juga sastera

boleh bertindak sebagai rangsangan untuk pergerakan. Aktiviti pergerakan

Page 8: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

menyeluruh boleh dibentuk berdasarkan perasaan riang, sedih, marah, takut atau

emosi-emosi lain.

Carta, simbol dan gambarajah juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan

pergerakan kreatif. Simbol-simbol bertulis dan juga corak-corak merupakan satu lagi

rangsangan untuk memperkembangkan lagi idea pergerakan kreatif. Bahasa, baik

dalam bentuk bertulis mahupun lisan, mengandungi ritma dan emosi yang boleh

digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti pergerakan kreatif. Rima kanak-kanak,

puisi, lagu-lagu rakyat dan kata-kata boleh digabungkan ke dalam pengajaran dan

pembelajaran pergerakan kreatif. Semuanya berdasarkan kreativiti guru untuk

mengolahkannya menjadi satu pergerakan yang menarik.

AKTIVITI

1. Mengecam bunyi daripada pelbagai sumber dan alam sekitar;

alat-alat muzik yang didengar bunyi haiwan bunyi alam

2. Meniru rentak atau irama yang menggunakan anggota badan;

melengkapkan rangkaian irama soal sahut rangkai irama

3. Menyatakan perasaan terhadap muzik yang didengar;

sedih riang bersemangat

2.4 MUZIK DENGAN PERGERAKAN

Page 9: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid menggunakan tubuh

badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan

kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melhirkan ekspresi diri melalui

ransangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama

dan ekspresi. Pergerakan dapat diperindahkan dan menjadi lebih menyeronokkan

jika diiringi dengan alunan muzik. Proses pergerakan tersebut dapat meningkatkan

lagi kepekaan, daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai pembelajaran

yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. Sebagaimana

muzik begitu juga dengan tarian. Di samping itu tarian etnik, tarian tradisioal, tarian

istana mahupun tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian

tersebut. Oleh yang demikian semestinya tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya

di sekolah-sekolah di Malaysia sebagai cabang kerjaya kelak.

2.4.1 Pergerakan-pergerakan Asas

Pergerakan merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan-

pergerakan bukan lokomotor dilakukan setempat dan tumpuan diberi kepada

keseluruhan tubuh badan, iaitu :

Membongkok - menggerakkan bahagian badan ke depan supayamenghadap ke lantai.

Meregang - pemgembangan penuh sebarang bahagian badan.

Memulas - sesuatu bahagian badan bergerak dengan memusing mengelilingi satu pusat (berputar).

Berpusing - seluruh badan bergerak mengelilingi satu pusat (berkisar ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang).

Menaik - menaikkan badan dari tempat (posisi) yang rendah ketempat yang tinggi (contohnya daripada posisi baring di atas lantai kepada dudk dan seterusnya berdiri).

Merebah - menurunkan badan dari tempat yang tinggi kepada tempat yang rendah.

Menghayun - menggerakkan satu bahagian tubuh badan dalam bentuk bulatan.

Sati daripada tujuan program muzik dengan pergerakan di pra sekolah ialah untuk

membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran

yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini

Page 10: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan-

pergerakan lokomotor dilakukan dengan cara menggerak dan membawa badan

melalui ruang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Contoh-contoh

pergerakan lokomotor ialah :

Berjalan - pergerakan badan yang menunjukkan arah dengan memindahkan berat badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain. Langkahnya adalah lebih perlahan dari berlari.

Berlari - pergerakan badan yang menunjukkan arah, majudengan langkah yang lebih cepat dari berjalan.

Meloncat / Melonjak - lanjutan dari pergerakan berlari.

Melompat - melonjak dan mendarat dengan dua belah kaki.

Berskip - pergerakan badan yang menunjukkan arah atau haluan. Mula melangkah dan meloncat dengan menggunakan kaki yang sama. (Melangkah dan melompat dengan kaki kanan, selepas itu teruskan melangkah dan melompat dengan kaki kiri). Teruskan pergerakan dengan menyelang-nyelikan kaki kiri dan kanan. Ini akan menghasilkan ritma yang tidak sama.

Bergalop - kaki ke depan dengan pola kaki langkah bersama. Kaki yang sama mendahului setiap pola pergerakan dan diikuti dengan kaki yang satu lagi. Ini menghasilkan satu ritma yang tidak sama.

Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan

badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran

berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi dan kontur bunyi. Pergerakan bukan lokomotor

dan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan kreatif di mana kanak-

kanak dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam melakukan

sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar dan otot halus perlu

diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap

kesediaan kanak-kanak.

Melalui pergerakan, kanak-kanak belajar bergerak, berfikir dan merasai sesuatu

secara langsung. Mereka akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan

efektif. Melalui akitviti ini juga mereka akan dapat mempelajari tentang diri sendiri,

iaitu:

Apa yang mampu dilakukannya ?

Bagaimana seseorang itu boleh mengawal diri ?

Page 11: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Bagaimana kita dapat mengawal sesuatu yang berada di sekeliling kita ?

Bagaimana kita dapat menyesuaikan dan menghubungkan diri kita dengan

alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan tidak

bernyawa) ?; dan

Bagaimana kita dapat melahirkan perasaan dan idea?

AKTIVITI

1. Sejauh manakah anda boleh gerakkan sebelah tangan anda ?

2. Berapa pantaskah tangan boleh digerakkan ?

3. Bolehkah anda menghayun sebelah tangan anda ke depan,

belakang dan dalam bentuk bulatan ?

4. Cuba gerakkan tangan sebelah lagi dengan pantas kemudian

perlahan. Hayun ke depan , ke belakang dan buat bulatan.

5. Sila ambil 4 langkah ke depan dalam bulatan.

6. Hulur tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang.

7. Bongkok dan hulurkan 2 tangan ke hadapan perlahan-lahan.

8. Berhenti . Pegang lutut, tegakkan badan dan angkat 2 tangan ke

atas.

9. Lompat empat kali secara bebas tetapi tidak merempuh rakan

anda.

10. Perlahan-lahan pulas badan dan rendahkan diri ke lantai (buat

sekadar kemampuan anda)

11. Pusingkan badan anda ke kiri tanpa menggerakkan kaki.

12. Pusing badan ke kanan. Kaki tidak bergerak.

TIP PERGERAKAN

SOALAN BERIKUT BOLEH MEMBANTU MERANCANG PERGERAKAN KREATIF

1. Apakah yang patut digerakkan ?

2. Ke mana badan atau bahagian badan dapat digerakkan ?

3. Dengan siapa melakukan aktiviti ini ?

4. Dengan apa anda menggerakkan anggota badan anda?

5. Bagaimana bahagian badan anda boleh bergerak ?

JENIS-JENISPERGERAKAN

JENIS-JENISPERGERAKAN

Page 12: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Senaraikan jenis-jenis pergerakan di atas mengikut kategori pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan lokomotor.

2.4.2 Eurhythmics

BerjalanBerjalan

MenggelongsorMenggelongsor

BerpusarBerpusar

BerlariBerlari

MeluncurMeluncur

BerayunBerayun

MengusapMengusap

Menepuk tangan

Menepuk tangan

MemantulMemantul

SkipSkip

Petik jariPetik jari MembengkokMembengkok

Membuat bulatan

Membuat bulatan

BerjalanBerjalan

MerangkakMerangkak

MengetukMengetuk

MenarikMenarik

BergalopBergalop

MeregangMeregang

MenolakMenolak

KetingtingKetingting

MenghayunMenghayun

MelompatMelompat

Menghentak kakiMenghentak kaki

Berbuai-buaiBerbuai-buai

MerayapMerayap

BergolekBergolek

Page 13: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

“Eurhythmics” telah diperkenalkan oleh seorang pendidik muzik yang terkenal Emile

Jaques-Dalcroze. Beliau telah memperkenalkan satu pandangan yang unik dalam

pendidikan muzik pada zamannya iaitu muzik adalah berasaskan irama yang boleh

didapati daripada irama semulajadi tubuh badan manusia.

Asas pendekatan eurhythmics ialah untuk menghayati ritma melalui pergerakan

badan. Denyutan jantung dan pernafasan manusia merupakan ritma semulajadi

manusia. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap muzik melalui pergerakan

badan iaitu menepuk dan menari. Pergerakan ritma secara semulajadi merupakan

satu kaedah asas dalam kelas permulaan pembelajaran eurhythmics. Mengikut

Dalcroze, guru-guru tidak boleh mempelajari kaedah muzikal dari buku-buku dan

skor muzik. Penglibatan diri dalam kelas-kelas latihan adalah satu cara yang paling

berkesan untuk mempelajari kaedah muzikal. Sambutan terhadap muzik dan

kebolehan untuk melahirkan perasaan dalam muzik tidak boleh dipelajari melalui

buku. Pengalaman muzik itu adalah sangat penting seperti mana seseorang kanak-

kanak belajar merangkak dan kemudiannya dapat berjalan.

Eurthythmics bermula dengan pergerakan spesifik dan biasa iaitu skip, berlari,

berjalan, menghayun dan sebagainya. Dalam aspek eurthythmics, kita boleh

menggalakkan individu untuk bertindak balas kepada kedua-dua ritma dan dinamik.

Setiap konsep ini bergantung sepenuhnya pada pergerakan dan kekuatan tubuh

badan. Pertukaran dalam tempo dan dinamik boleh dilahirkan melalui pergerakan

tubuh badan. Tempo yang mudah ditunjukkan dengan pergerakan badan iaitu cepat

dan lambat dan variasi di antaranya. Tahap dinamik pula boleh dilahirkan melalui

badan. ‘Perlahan’ boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang kecil, manakala ‘kuat’

boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang besar. Kedua-dua idea boleh

digabungkan dengan pergerakan murid untuk menunjukkan kedua-dua ‘cepat’

(tempo) dan ‘perlahan’ (dinamik). Dalcroze bermula dengan konsep yang mudah dan

menambahkan konsep-konsep lain ke atas konsep ini. Kombinasi pelbagai elemen

dalam muzik menggalakkan murid melahirkan konsep secara semulajadi supaya

mereka dapat pengalaman apakah sebenarnya muzik.

Mengikut kajian Dalcroze, tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau

konsep muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk, tempo dan lain-lain di

kalangan murid telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan

dengan muzik. Ia boleh memantapkan persepsi pendengaran (aural) individu untuk

Page 14: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif yang seterusnya membawa

kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan murid.

Eurthythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. Ia

melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara menyeluruh di

mana individu perlu :

mendengar

merasai

berimaginasi kuat (strong imagination)

menginterpretasi bunyi

bertindak / respon / bergerak

untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk

mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan

badan yang bertindak berpandukan ransangan/stimulus dalam bentuk bunyi, gerak

isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian

dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara perkara penting yang boleh diinterpretasikan

ialah :

lagu yang berasaskan lirik

unsur / konsep muzik

contoh; irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi,

dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik sedia ada dan darinya

jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh menghasilkan satu

bentuk koreografi yang kreatif.

Tujuan eurthythmics ialah supaya murid mendengar, menganalisis, menghayati dan

menjadikannya satu cabang muzik. Tubuh badan menjadi satu alat muzik semulajadi

yang paling utama.

2.4.3 Aplikasi Konsep Muzik Dalam Pergerakan.

a) Irama

- menepuk patah perkataan atau sukukata dan akhirnya dapat

menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi.

b) Meter dan tekanan

Page 15: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

- gunakan meter lazim dua dan empatan dahulu kemudian meter

tigaan. Skip, bergalop dan hayun untuk meter tak lazim (6/8).

c) Melodi

- gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk

menunjukkan bila masanya bunyi pic lebih tinggi, lebih rendah atau

pada kedudukan sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau

terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga

dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau

kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.

d) Bentuk

- pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan

frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan

pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

e) Harmoni

- dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan

dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

f) Ekspresi

- pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai

berjingkit bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat.

Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan

pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

g) Warna ton

- pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet

atau oboe.

h) Jalinan

- pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu

bentuk atau fomasi.

Page 16: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut

perkembangan dari mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti

berikut :

Gerakan mengikut lirik lagu

Gerakan mengikut konsep muzik

Interpretasi muzik dengan gerakan

Gerakan bebas dengan muzik; dan

Bahagikan kelas kepada lima kumpulan mengikut lima jenis kegiatan pergerakan di atas dan buat satu persembahan muzik dengan gerakan. Masa yang berikan untuk setiap persembahan ialah enam hingga sepuluh minit.

Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

Rumusan

MUZIK DENGAN GERAKAN

JENIS

Berjalan, berlari, melompat, bergalop, meluncur, merangkak, hentak kaki, dll.

Ikut lirik, bebas, asas, interpretasi, bercerita, ikut tema, ekspresif dan kreatif, konsep muzik

RUANG

Tinggi, rendah, besar, kecil, dekat, jauh, luas, sempit(dalam kelas / di padang / dewan)

KONSEP MUZIK

Ada Mesej (maksud)

Tiada Mesej

Page 17: apresiasi muzik

Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

Rujukan

Findlay Elsa (1971). Rhythm and movement aplications of dalcroze eurthythmics. Summy-Birchard Musia Princenton, New Jersey.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Sukatan pelajaran pendidikan muzik (Pra Sekolah) minor. Bahagian Pendidikan Guru.

Khairul Bariah Haroen (2006). Pengenalan pendidikan muzik. Pengalaman muzikal. Open University Malaysia.

Salmah Ayob (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J : Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif. Panduan pengajar. P.J : Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob (1996). Strategi, teknik dan pengajaran pendidikan pergerakan kreatif. P. J : Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Sukatan Pelajaran Muzik KBSR (2000) : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Herrold, R. M. (2001). New approaches to elementary classroom music (3rd ed). New Jersey: Prentice Hall.

Tempo, panjang, pendek, dinamik, lebut, kuat, masa, kiraan

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

SERONOK / BERKESAN

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

SERONOK / BERKESAN