Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah

21
APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH (Prosa Modem-DRAMA) Oleh: Mohamad AriFf Hairizal Abdul Rahman

description

drama

Transcript of Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH

RENDAH

(Prosa Modem-DRAMA)

Oleh:Mohamad AriFfHairizalAbdul Rahman

PENGERTIAN DRAMA Istilah drama berasal dari bahasa yunani

droomai yang bermaksud gerak . DRAMA = Dialog, Ruang, Aksi,

Manifestasi – gambaran kehidupan, Art – seni sastera; kreatif imaginatif (SASTERA)

Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia.

Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. 

STURKTUR DRAMA Tema Alur/plot Bahasa Perwatakan Latar Adegan dan Babak Amanat

TEMA Ialah idea atau persoalan utama

yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita.

Persoalan utama ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh  penulis dalam skripnya.

Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai menonton lakonan drama. 

PLOT Plot sangat penting dalam

pembinaan struktur drama.  Maksud alur plot adalah rangkaian

peristiwa dari awal hingga akhir dalam suatu drama.

Biasanya ia dimulai dengan perkenalan, pertikaian, klimaks, peleraian dan penyelesaian.

BAHASA Bahasa juga menggerakkan plot dan

alur cerita. Bahasa juga menjelaskan latar belakang dan suasana cerita.

Melalui bahasa yang diucapkan oleh para tokoh cerita, kita mengetahui tentang tempat, waktu atau zaman dan keadaan di mana cerita itu terjadi.

Bahasa pun sangat penting hubungannya dengan tokoh. Di samping oleh perbuatannya, watak tokoh cerita dilukiskan melalui apa yang dikatakannya.

PERWATAKAN Perwatakan adalah ciri karakter atau sifat tokoh

dalam drama. Dalam sesebuah drama terdapat watak

utama dan watak sampingan. Sesebuah drama mempunyai dua jenis

watak,  iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis).

Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.

LATAR Maksud latar adalah suatu gamabaran

tentang tempat, waktu dan keadaan suatu cerrita dalam drama.

ADEGAN DAN BABAK Babak

Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

AdeganAdegan merupakan pecahan

dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

AMANAT Adalah pesan / pelajaran yang dapat diambil

dari suatu drama.

Amanat drama atau pesan disampaikan melalui peran para tokoh drama.

http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1

FUNGSI DRAMA Drama berfungsi sebagai sarana

menyampaikan informasi baik dan buruk dalam bentuk pertunjukan kelompok.

Sebagai sarana hiburan. Sebagai medium kritikan. Sebagai sarana pendidikan.

Mencermati kembali apa yang terjadi dalam kehidupan masyarakat pada umumnya. Sesuatu yang baik menjadi suri tauladan untuk semua penonton yang melihatnya.

Selain itu drama berfungsi sebagai media ekspresi dan komunikasi. Bagaimana ekspresi marah, sedih, gembira, cemas, sombong dan ramahdapat dikeluarkan melalui kegiatan berolah drama. Dengan demikian apa yang keluar dari dalam lubuk hati dapat dipahami oleh penonton.

1. Memupuk kerja sama yang baik dalam pergaulan sosial.

2. Memberikan kesempatan kepada murid untuk melahirkan daya kreativiti masing-masing.

3. Mengembangkan emosi yang sihat kepada murid

4. Menghilangkan sifat malu, gugup, gementar, takut, dll.

5. Mengembangkan apresiasi dan sikap yang baik.

6. Menghargai pendapat dan pangdangan orang lain.