Apresiasi Tekstur,Harmoni,Bentuk,Warna Ton
-
Upload
effe-fizfe -
Category
Documents
-
view
127 -
download
1
description
Transcript of Apresiasi Tekstur,Harmoni,Bentuk,Warna Ton
-
186 OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK Lim Zek Chew
PENGENALAN
Topik ini adalah lanjutan dari Topik 9. Di sini anda akan pelajari konsep-konsep muzik seperti tekstur, harmoni, bentuk dan warna ton. Pemahaman terhadap konsep muzik amat penting dalam apresiasi muzik.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menganalisis dan membanding beza muzik yang bertekstur monofoni, homofoni dan polifoni secara pendengaran;
2. mengenal pasti kord-kord konsonan dan dissonan;
3. menjelaskan pembentukan triad;
4. membanding beza kaden-kaden di akhir frasa;
5. menjelaskan teknik-teknik mencipta bentuk;
6. membanding beza bentuk-bentuk muzik; dan
7. mengenal pasti warna-warna ton suara manusia dan alat perkusi.
-
187OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
10.1 TEKSTUR
Apa itu TEKSTUR?
Tekstur merujuk kepada bilangan lapisan bunyi yang didengari pada satu masa. Apakah
jenis melodi dan harmoni serta bagaimana lapisan bunyi ini berkait antara satu sama lain.
Tekstur boleh dijelaskan seperti lutsinar, padat, nipis, tebal, berat atau ringan. Pencipta
muzik menggunakan variasi tekstur dalam ciptaan mereka untuk membentuk perbezaan
ekspressi pendengar.
-
188 OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
Cuba rasa kain baju yang anda sedang pakai dan bandingkan dengan baju kawan anda. Apakah perkaitan tekstur ini dengan muzik?
10.1.1 Tekstur Monofoni
Tekstur satu baris melodi tanpa iringan muzik dipanggil tekstur monofoni, bermaksud satu
bunyi. Bila anda menyanyikan sebuah lagu seorang tanpa iringan, anda sedang menyanyi
muzik monofoni. Sekumpulan alat muzik atau koir menyanyi atau memainkan muzik
secara unison, mereka menghasilkan muzik yang lebih kaya dengan bunyi tetapi itu masih
muzik tekstur monofoni.
Aktiviti 10.1
1. Nyanyikan lagu NegaraKu secara unison tanpa iringan muzik.
2. Dengar nyanyian tersebut. Terdapat berapa lapis muzik yang anda
dengar?
3. Fikirkan contoh-contoh situasi di mana muzik tekstur monofoni dapat
didengari.
10.1.2 Tekstur Polifoni
Bila muzik mempunyai dua atau lebih lapis dinyanyi atau dimainkan bersama, ia membentuk tekstur polifoni, bermaksud banyak lapisan bunyi. Dalam lagu tekstur polifoni, setiap lapisan melodi mempunyai ciri-ciri dan kepentingan yang tersendiri. Walaupun tersendiri, mereka menyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik tersebut.
Muzik polifoni pada kebiasaannya mempunyai ciri-ciri imitasi di mana suara satu lapisan di ulangi oleh lapisan suara yang lain. Ia seperti permainan follow the leader. Kumpulan pertama bermula nyanyi lagu, kumpulan kedua akan menyanyikan lagu yang sama tetapi mereka bermula lambat satu atau dua bar kemudian dan diikuti oleh kumpulan ketiga. Bentuk ini dipanggil round song. Cuba aktiviti di bawah.
Aktiviti 10.2
1. Nyanyikan lagu Row Row Row Your Boat.
2. Bahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan nyanyikan lagu ini
secara pusingan 3 bahagian. Dengar nyanyian ini.
3. Dapatkah anda dengar 3 lapisan muzik yang berbeza dinyanyikan
bersama?
4. Pilih lagu KBSR yang sesuai dan nyanyikan dalam pusingan 3 suara.
-
189OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
Tekstur Homofoni
Sebuah lagu yang mempunyai satu baris melodi, dinyanyi atau dimainkan dengan iringan kord dikatakan mempunyai tekstur homofoni. Tumpuan utama bila pendengar mendengar muzik ini ialah pada melodinya. Melodi ini disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alat-alat muzik atau suara nyanyian. Contoh muzik tekstur homofoni ialah apabila seorang penyanyi menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan permainan gitar.
Latihan 10.1
1. Nyanyikan lagu Sejahtera Malaysia tanpa iringan muzik. Apakah teksturnya?
2. Nyanyikan lagu Sejahtera Malaysia dengan iringan gitar atau piano? Apakah teksturnya?
3. Nyanyikan lagu Sejahtera Malaysia dalam tiga suara. Apakah teksturnya?
Latihan 10.2
1. Mainkan Farandole dari LArlesienne Suite No. 2 oleh Geroge Bizet. Anda boleh download lagu ini dari
http://www.emusic.com/album/10874/10874200.html atau
http://www.music-scores.com/bizet/composer.php jika anda tiada rakamannya.
2. Dengar ciptaan ini beberapa kali. Selepas itu, bincang bersama rakan tentang tekstur dan bagaimana tekstur mempengaruhi mud pendengar.
3. Anda digalakkan membaca latar belakang muzik dan penciptanya.
4. Sebahagian skor lagu ini ada di Lampiran A.
10.2 HARMONI
Seorang penyanyi memperkayakan melodi nyanyiannya dengan mengiringi lagu dengan
piano atau gitar. Ini dipanggil pengharmonian di mana lagu melodi disokong oleh
harmoninya.
10.2.1 Konsonan dan Dissonan
Ada kord yang memberi perasaan stabil dan tenang kepada pendengarnya, ada pula kord
yang kurang atau tidak stabil dan tegang. Kombinasi ton yang memberi perasaan stabil
dipanggil kord konsonan dan sebaliknya kord yang memberi perasaan tidak stabil
dipanggil dissonan. Kord dissonan kebiasaannya perlukan resolution, satu penyelesaian di
mana ia perlu kembali ke kord konsonan untuk mendapatkan rasa stabil.
-
190 OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
10.2.2 Triad
Kord memberikan perasaan yang pelbagai kepada sesebuah muzik. Ada kord yang
mudah, komplek, tenang, tegang, cerah dan gelap. Ia bergantung kepada pencipta muzik
tersebut. Kord yang paling mudah ialah kord yang terdiri dari 3 not, dipanggil triad. Triad
mempunyai 3 not yang terdiri dari not pertama, ketiga dan kelima skel sebuah skel.
Triad yang dibentuk dari not tonic, mediant dan dominant skel dipanggil triad tonik (do-me-
so). Triad ini ialah triad yang paling stabil yang paling utama. Kebiasaannya (tradisi) triad
ini merupakan triad permulaan dan triad terakhir dalam ciptaan muzik.
Ada triad yang tidak bermula dengan not tonik skel. Contohnya triad yang bermula dengan
not kelima skel, ia dinamakan triad dominan. Triad ini merupakan triad yang kedua penting
selepas triad tonik. Kord dominant memberi perasaan tegang kepada pendengar dan
kebiasaannya ia perlu di resolusi dengan kord tonik.
Contoh pergerakan kord dominan ke kord tonik.
Ini ialah kaden perfek
-
191OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
Pergerakan satu kord ke kord yang satu lagi di akhir frasa dipanggil kaden. Kaden
bermaksud tempat berehat pada akhir frasa. Pergerakan kord dominan diikuti kord tonik di
atas dipanggil kaden perfek. Kaden perfek memberi pendengarnya perasaan tamat
kepada muzik tersebut.
Selain dari kaden perfek, terdapat kaden imperfek, kaden plagal dan kaden interupted.
Kesemua kaden ini mempunyai fungsi yang berbeza.
10.3 BENTUK
Apa yang ada di fikiran anda?
10.3.1 Teknik dalam Mencipta Bentuk
(a) Ulangan
Teknik ulangan digunakan dengan kerap dalam ciptaan lagu. Ia penting untuk mengikat
atau menyalut ciptaan tersebut. Dengan adanya ulangan pendengar dapat memahatkan
melodi ke dalam memorinya. Ciptaan juga akan menjadi seimbang dan simetri dengan
adanya ulangan.
Contoh ulangan dalam lagu.
(i) Lagu Burung dan Suasana.
Bar kedua adalah ulangan bar pertama.
-
192 OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
(b) Kontrast
Kontrast memberi perasaan konflit, perubahan mud dan pergerakan ke hadapan sesuatu
muzik. Pencipta boleh memberi penegasan kepada sesuatu idea dengan
mengkontrastkan bahagian tersebut, perubahan dari lembut ke kuat, cepat ke lambat,
major menjadi minor dan banyak lagi.
(c) Variasi
Dalam variasi idea muzikal, kebiasaannya setengah idea di kekalkan dan yang lain
diubah. Contohnya, melodi lagu dikekalkan tetapi iringannya berbeza. Atau pic melodi
dikekalkan tetapi corak iramanya diubah. Satu ciptaan boleh terdiri dari satu idea muzikal
tetapi idea ini di variasikan dalam berbagai cara.
10.3.2 Jenis-jenis Bentuk
(a) Dua-bahagian (Binari) A B
Nama bentuk ini menunjukkan ciptaan muzik mempunyai dua bahagian yang utama.
Bahagian pertama di label sebagai A dan bahagian kedua sebagai B. Muzik dua-bahagian
memberi perasaan pernyataan (A) dan kounter pernyataan (B). Ciptaan yang mempunyai
bentuk A B boleh dibentuk dari A A B atau A B B atau A A B B. Ini bergantung kepada saiz
muzik tersebut. Kadang kala bahagian A dan B berbeza panjang dan terbahagi kepada
banyak bahagian yang kecil.
Latihan 10.3
Nyanyikan lagu di bawah. Dengar dan cari di mana dua bahagian yang
berbeza iaitu A dan B.
Senaraikan 5 lagu KBSR yang mempunyai bentuk binari.
(b) Tiga-bahagian (Tenari) A B A
Nama bentuk ini menunjukkan ciptaan muzik mempunyai tiga bahagian yang utama.
Bahagian pertama di label sebagai A, bahagian kedua sebagai B dan bahagian ketiga
sebagai A semula. Ini adalah kerana bahagian ketiga merupakan ulangan bahagian
pertama. Mengulangi bahagian ketiga menolong memberi perasaan kesamaan dan
keseragaman. Bahagian B pula dicipta untuk memberi kontrast dan variasi kepada lagu
tersebut.
Bahagian pertama adalah seperti satu pernyataan (A), bahagian 2 sebagai kontrast atau
pelepasan (B) dan bahagian ketiga sebagai kembali (A). Jika bahagian ketiga berbeza
sedikit dari bahagian pertama, bentuk ini ditulis sebagai A B A.
Bentuk Tenari A B A boleh dibahagi lagi menjadi seperit berikut.
A
a b a
B
c d c
A
a b a
-
193OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
Setiap bahagian A dibahagi kepada tiga bahagian yang lebih kecil iaitu a b a, dan
bahagian B dibahagi kepada tiga bahagian iaitu c d c.
Aktiviti 10.3
1. Dengar lagu Dance of the Reed Pipes dari Nutcracker Suite oleh Peter
Ilyich Tchaikovsky.
2. Kenal pasti bentuk muzik.
Latihan 10.4
Nyanyikan lagu di bawah. Dengar bentuk lagu ini. Tandakan di skor
dengan A B A pada permulaan frasa setiap bahagiannya.
Senaraikan 5 lagu KBSR yang mempunyai bentuk tenari.
(c) Rondo
Rondo ialah satu bentuk muzik yang dibentuk oleh ulangan idea-idea muzikal. Berikut
adalah bentuk rondo.
tema Idea yang
kontrast
tema Idea yang
kontrast kedua
tema
A B A C A
Aktiviti 10.4
Anda boleh jalankan aktiviti berikut dengan murid-murid di bilik darjah.
Dengan menggunakan drum untuk menetapkan detik, minta murid-murid
berjalan keliling bilik darjah. Bila arahan diberi, murid diminta mengubah
arah perjalanan mereka. Contohnya berpusing balik, bergerak ke tepi,
atau berjengket. Bila arahan kedua diberi, mereka diminta kembali
bergerak mengikut arah asal.
(d) Fugue
Fugue ialah satu lagi bentuk muzik yang dibentuk oleh ulangan dan kontrast. Bahagian
pertama fugue dikenali sebagai exposition. Dalam exposition, idea muzikal yang
dinyatakan pada baris pertama muzik akan diulangi pada baris kedua. Idea ini akan
berulang beberapa kali di baris yang berbeza beza.
Selepas exposition, bahagian yang membentuk kontrast kepada idea muzikal ialah
episodes. Episode memberi variasi kepada muzik dan ulangan idea muzikal memberi
penyatuan kepada muzik tersebut.
-
194 OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
10.4 WARNA TON
Mengapa pic C tengah yang dimainkan oleh violin berbeza dengan bunyi C tengah yang dimainkan oleh piano?
Ton
Ton-ton muzik dapat dibezakan antara satu sama lain oleh kualiti bunyi yang dihasilkan
oleh alat muzik tersebut. Dalam muzik ini dipanggil warna ton atau timber. Kita dapat
bezakan bunyi trumpet dari bunyi flute walaupun mereka memainkan tone yang sama
pada aras dinamik yang sama. Kualiti bunyi yang dihasilkan yang menolong kita
membezakannya. Kita boleh menggambarkan warna ton dengan diskripsi seperti terang
(bright), gelap (dark), gemerlap (brilliant), dan sebagainya.
Sama seperti dinamik, perubahan pada ton warna akan membawa variasi dan konstrat
kepada muzik. Melodi yang sama dimainkan oleh alat muzik yang berbeza akan
membawa ekspresi yang berbeza kerana ton warna mereka berbeza. Warna ton boleh
diguna untuk mengistimewakan melodi dengan menggunakan alat muzik yang berbeza
contohnya, melodi yang dimainkan oleh violin dimainkan oleh oboe selepasnya. Ini akan
menghasilkan satu konstrast yang ketara.
Warna ton bukan hanya terdapat pada alat muzik. Suara manusia juga mempunyai warna
ton yang berbeza.
Aktiviti 10.5
1. Gunakan bahan-bahan sekitar anda dan ciptakan sebuah alat muzik.
Mainkan alat muzik anda dan bincang bersama rakan tentang warna
ton yang dihasilkan.
Baca tentang homemade instrument dari laman web berikut. Ini akan
menolong anda mendapat idea baru dalam mencipta alat muzik. http://www.nancymusic.com/PRINThomemade.htm
2. (a) Dengar beberapa bunyi warna ton vokal lagu yang sama yang dinyanyikan oleh rakan anda. Bincang tentang warna ton suara mereka.
(b) Dengar juga rakaman nyanyian penyanyi lelaki dan wanita. Fikirkan diskripsi yang sesuai untuk menjelaskan warna ton suara lelaki dan wanita.
(c) Dengar rakaman menyanyi dari pelbagai negara seperti China, India dan Africa. Bincang tentang warna ton suara mereka.
-
195OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
RUMUSAN
Untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang kandungan di atas, anda perlulah
x Membuat bacaan yang lebih mendalam dari buku-buku muzik tentang konsep tekstur, harmoni, bentuk dan warna ton;
x Mendengar lagu-lagu dan membaca skornya untuk menghayati lagu tersebut; x Mendengar lagu-lagu dan membaca skornya untuk menghayati lagu tersebut;
GLOSARI
Tempo kelajuan muzik atau pergerakan (cepat atau lambat)
Corak Irama satu urutan bunyi dalam jangka masa yang berubah-ubah.
Kontour bentuk pergerakan melodi.
UJIAN 1
1. Baca dan dengar skor Little Fugue in G minor. (Anda boleh download skor dari http://www.sibeliusmusic.com/cgi-bin/show_score.pl?scoreid=10292#parts)(Muzik ini ada dalam CD)
2. Senaraikan bahagian-bahagian bentuknya (exposition, episode) dan nyatakan bilangan bar bila bahagian ini berubah.
3. Tandakan bila anda dapat mendengar subject atau idea muzikal.
-
196 OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
UJIAN 2
1. Lihat skor lagu Betik di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.
(a) Apakah bentuk lagu ini? (b) Letakkan tanda frasa di tempat yang sesuai. (c) Bincang dengan rakan anda ulangan yang terdapat pada lagu ini. Tandakan
dengan kurungan ulangan pada skor.
-
197OUM
TOPIK 10 APRESIASI MUZIK
LAMPIRAN A