April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai...

5
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita melaksanakan kerja- kerja yang telah dirancang dengan jayanya. Jabatan Perikanan Malaysia telah menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Tahun 2010. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada tuan/puan yang telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Penganugerahan ini dibuat sebagai satu tanda pengiktirafan Jabatan Perikanan Malaysia dan Kerajaan terhadap prestasi kerja yang cemerlang yang telah disumbangkan oleh tuan/puan sekalian. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus dipupuk dan menjadi contoh kepada warga kerja lain di Jabatan Perikanan Malaysia. Sebagai penerima anugerah, tuan/puan semua bukan sahaja menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang, tetapi juga hadiah prestasi sebanyak RM1,000 dan insentif-insentif lain seperti peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus di luar negara, seminar serta dicalonkan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran. Justeru, besarlah harapan saya agar anugerah ini akan menjadi satu suntikan motivasi dan pembakar semangat kepada tuan/puan semua agar mempertingkatkan lagi usaha, prestasi kerja dan kualiti penyampaian perkhidmatan tuan/puan sebagai menghargai pengiktirafan yang telah diberikan. Seramai 187 warga Jabatan Perikanan Malaysia telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, iaitu peningkatan seramai empat penerima dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah dipilih menerusi Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria seperti markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus dan ke atas, telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada akhir tahun penilaian dan sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi khususnya Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri dan negara secara amnya. Pemilihan APC ini juga dibuat berdasarkan pembahagian kuota yang mengambil kira semua kumpulan perkhidmatan dari Kumpulan Sokongan II hingga ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Bilangan penerima APC bagi setiap PPN dan PTJ pula tidak boleh melebihi lapan peratus daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada hujung tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi. Semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang diadakan bagi memilih penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, didapati sebanyak 76.66 peratus daripada 2,313 pegawai Jabatan Perikanan Malaysia telah memperoleh markah purata LNPT 85% ke atas. Ini menunjukkan bahawa jumlah bagi mereka yang layak dipertimbangkan adalah melebihi daripada jumlah kuota yang ditetapkan. Ini bermakna, ramai calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sebenarnya. Namun di dalam pemilihan, pasti ada persaingan untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Justeru, sebagai warga kerja yang terbaik, tuan/puan haruslah sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas bekerja tanpa mengharapkan pengiktirafan semata-mata. Keikhlasan di dalam bekerja sebenarnya merupakan satu amalan yang baik dan jika ia dapat difahami, sudah tentu ia dapat melahirkan keseronokan bekerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam. Suka saya mengingatkan diri saya dan saudara saudari semua bahawa tugas sebagai penjawat awam pada masa kini menuntut pengorbanan demi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa relevan. Cabaran kita sebagai penjawat awam kini semakin besar bagi memenuhi ekspektasi stakeholders yang semakin kompleks. Namun, jika kita sentiasa mempraktikkan dan menitikberatkan prinsip asas bekerja seperti ketepatan masa, ketepatan fakta, teliti dan berdisiplin serta willing to go extra miles dalam memenuhi ekspektasi pelanggan, insya-Allah, Jabatan Perikanan Malaysia mampu menghasilkan modal insan dan sistem penyampaian yang terbilang. April 2010 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Transcript of April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai...

Page 1: April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan ... dapat dinilai dengan kata-kata.

Assalamualaikum

warahmatullah

hiwabarakatuh,

salam sejahtera

dan salam 1 Malaysia.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi

kerana dengan limpah kurnianya dapat kita melaksanakan kerja-

kerja yang telah dirancang dengan jayanya. Jabatan Perikanan

Malaysia telah menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang dan Jasamu Dikenang Tahun 2010. Pada kesempatan

ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada

tuan/puan yang telah terpilih sebagai penerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang ini.

Penganugerahan ini dibuat sebagai satu tanda pengiktirafan

Jabatan Perikanan Malaysia dan Kerajaan terhadap prestasi kerja

yang cemerlang yang telah disumbangkan oleh tuan/puan

sekalian. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus

dipupuk dan menjadi contoh kepada warga kerja lain di Jabatan

Perikanan Malaysia. Sebagai penerima anugerah, tuan/puan

semua bukan sahaja menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang,

tetapi juga hadiah prestasi sebanyak RM1,000 dan insentif-insentif

lain seperti peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya

seperti menghadiri kursus di luar negara, seminar serta dicalonkan

untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran. Justeru,

besarlah harapan saya agar anugerah ini akan menjadi satu

suntikan motivasi dan pembakar semangat kepada tuan/puan

semua agar mempertingkatkan lagi usaha, prestasi kerja dan

kualiti penyampaian perkhidmatan tuan/puan sebagai menghargai

pengiktirafan yang telah diberikan.

Seramai 187 warga Jabatan Perikanan Malaysia telah dipilih

sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun

2010, iaitu peningkatan seramai empat penerima dibandingkan

dengan tahun sebelumnya. Pemilihan Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang ini adalah dipilih menerusi Mesyuarat Panel

Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria

seperti markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85

peratus dan ke atas, telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun

pada akhir tahun penilaian dan sumbangan anggota berkenaan

kepada organisasi khususnya Perkhidmatan Awam, komuniti,

daerah, negeri dan negara secara amnya.

Pemilihan APC ini juga dibuat berdasarkan pembahagian kuota

yang mengambil kira semua kumpulan perkhidmatan dari

Kumpulan Sokongan II hingga ke Kumpulan Pengurusan dan

Profesional. Bilangan penerima APC bagi setiap PPN dan PTJ

pula tidak boleh melebihi lapan peratus daripada jumlah anggota

yang sedang berkhidmat pada hujung tahun penilaian berkenaan.

Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinya

dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi.

Semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang

diadakan bagi memilih penerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang ini, didapati sebanyak 76.66 peratus daripada 2,313

pegawai Jabatan Perikanan Malaysia telah memperoleh markah

purata LNPT 85% ke atas. Ini menunjukkan bahawa jumlah bagi

mereka yang layak dipertimbangkan adalah melebihi daripada

jumlah kuota yang ditetapkan. Ini bermakna, ramai calon yang

layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang

sebenarnya. Namun di dalam pemilihan, pasti ada persaingan

untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Justeru,

sebagai warga kerja yang terbaik, tuan/puan haruslah sentiasa

menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas bekerja tanpa

mengharapkan pengiktirafan semata-mata. Keikhlasan di dalam

bekerja sebenarnya merupakan satu amalan yang baik dan jika ia

dapat difahami, sudah tentu ia dapat melahirkan keseronokan

bekerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam.

Suka saya mengingatkan diri saya dan saudara saudari

semua bahawa tugas sebagai penjawat awam pada masa kini

menuntut pengorbanan demi memastikan sistem penyampaian

perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa relevan. Cabaran kita

sebagai penjawat awam kini semakin besar bagi memenuhi

ekspektasi stakeholders yang semakin kompleks. Namun, jika kita

sentiasa mempraktikkan dan menitikberatkan prinsip asas bekerja

seperti ketepatan masa, ketepatan fakta, teliti dan berdisiplin serta

willing to go extra miles dalam memenuhi ekspektasi pelanggan,

insya-Allah, Jabatan Perikanan Malaysia mampu menghasilkan

modal insan dan sistem penyampaian yang terbilang.

April 2010http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan ... dapat dinilai dengan kata-kata.

24 Februari 2010Majlis Penyerahan Bot Peronda Laju Aluminium 10 Meter (PL111) oleh wakil

Syarikat Kay Marine Sdn. Bhd. (kiri) kepada Pn. Thalathiah Bt. Hj. Saidin, Pengarah

Bahagian Perlindungan Sumber, Ibu Pejabat Perikanan di pejabat Syarikat Kay

Marine, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Terengganu.

2

11 Mac 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia menyampaikan elaun sara hidup nelayan sempena Majlis Pecah Tanah

Projek Penempatan Nelayan Tok Bali dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan

Kawasan Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

16 Mac 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan

40 Tahun MARDI di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor.

27 Mac 2010Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah

menyampaikan sumbangan kepada Usahawan Industri Asas Tani Negeri Sabah

sempena Majlis Perasmian Mini MAHA Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

2 April 2010Y.B. Dato’ Yunus Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian,

Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan

menandatangani poster Spesies Penyu dan Ikan Terancam Di Malaysia sempena

Majlis Perasmian Pameran Penyu dan Spesies Ikan Terancam di Malaysia di

Muzium Negeri Sembilan.

3 April 2010Y.Brs. Encik Salehan Bin

Lamin, Pengarah Bahagian

Pengurusan Maklumat

Perikanan, Jabatan Perikanan

(kanan) melancarkan program

pelepasan ikan ke tasik oleh

kanak-kanak sempena Aktiviti

Hujung Minggu di Taman

Pameran Pertanian Malaysia

(MAEP), Serdang, Selangor. 6 April 2010Y.Brs. Tuan Haji Suhaili Bin Haji Lee, Timbalan Ketua Pengarah

(Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia berucap di Majlis Taklimat

Khas Pengenalan Kepada Convention of International Trade inEndangered Species (CITES) dan Pelaksanaan Akta Perdagangan

Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) di

Putrajaya.

9 Mac 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua

Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

menyampaikan taklimat di Forum Kompetens

Malaysia – Norway sempena Lawatan rasmi

Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota

Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit ke

Malaysia di Kuala Lumpur.

Page 3: April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan ... dapat dinilai dengan kata-kata.

Tujuan kerajaan memperkenalkan Laporan Nilaian Prestasi

Tahunan (LNPT) adalah bagi menentukan prestasi kerja penjawat

awam dapat diukur dengan lebih adil dan objektif. Seperti

yang tuan/puan maklum, markah LNPT ini juga digunakan

sebagai salah satu kriteria bagi mempertimbangkan calon untuk

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Di dalam hal ini, saya ingin

mengingatkan agar sistem pemarkahan yang diberikan hendaklah

berpatutan, wajar dan memberi gambaran yang sebenar terhadap

prestasi pegawai yang dinilai berdasarkan kepada pencapaian

hasil kerja, pengetahuan, kemahiran, kualiti peribadi serta

sumbangan pegawai di dalam tahun yang dinilai. Terdapat

markah yang terlalu ekstrem diberikan sehingga menghampiri

markah 100 peratus sedangkan masih terdapat banyak ruang

untuk pegawai yang dinilai tersebut memperbaiki diri dan prestasi

kerjanya. Pertimbangan terhadap penilaian juga haruslah objektif

dan realistik.

Kita sedia maklum bahawa Kerajaan hari ini telah memberi

penekanan menyeluruh terhadap penghijrahan minda ke arah

mentaliti kelas pertama yang berasaskan kepada tiga perkara

pokok iaitu ketangkasan kerja, ketepatan dan keberhasilan bagi

memperbaiki sistem penyampaian awam. Hasil kerja dilihat bukan

lagi berdasarkan output atau bilangan kerja yang dihasilkan tetapi

lebih kepada outcome iaitu kesan signifikan yang dihasilkan yang

memberi nilai tambah dan peningkatan secara berganda kepada

prestasi jabatan. Oleh itu saya menyeru kepada tuan-tuan

dan puan-puan agar melipat gandakan lagi usaha bagi

mempertingkatkan lagi kualiti kerja, prestasi dan produktiviti

tempat kerja masing-masing. Jadikanlah penganugerahan ini

sebagai satu pemangkin untuk tuan/puan semua agar lebih

berdaya saing, kreatif dan inovatif di dalam memberi sumbangan

terhadap Perkhidmatan Awam dalam usaha mencapai status

perkhidmatan bertaraf dunia.

Saya begitu berbangga dan berbesar hati kerana majlis pada kali

ini turut meraikan anggota Jabatan Perikanan Malaysia yang telah

dan akan bersara daripada perkhidmatan. Jasamu dikenang,

itulah ungkapan yang sering kita luahkan kepada mereka yang

pernah menumpahkan bakti dan budi kepada sesebuah

organisasi. Pada tahun 2010, seramai 30 orang anggota Jabatan

akan bersara wajib terdiri daripada pelbagai perkhidmatan dan

gred. Sesungguhnya jasa dan budi tuan-tuan dan puan-puan tidak

dapat dinilai dengan kata-kata. Semoga tuan-tuan dan puan-puan

dikurniakan dengan kesihatan yang baik, hidup bahagia dan terus

berbakti kepada negara.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi

Jawatan Kuasa Pengelola Majlis ini, Y. Brs. Tuan Hj. Suhaili bin

Hj. Lee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan semua ahli

jawatan kuasanya yang telah bekerja keras untuk menjayakan

majlis berkenaan.

Sekian. Wassalam.

(DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010

Tajuk: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai

Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

memaklumkan keputusan Kerajaan untuk memberi

kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai

perkhidmatan Awam yang menderma organ.

Tarikh: 2 Februari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2010

Tajuk: Pelaksanaan Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan

Ganjaran - Submodul Pengurusan Cuti

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan

tindakan yang perlu diambil dalam melaksanakan Modul

Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran – Submodul

Pengurusan Cuti dalam sistem Maklumat Pengurusan

Sumber Manusia (HRMIS) mengikut Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005.

Tarikh: 19 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010

Tajuk: Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi

Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-negeri

Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat

Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan

memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung dengan

penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi

semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri

yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat.

Tarikh: 23 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran JPA(BPM)(S) 223/4/7(23)

Tajuk: Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri dan

Pengakuan Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen dan Ahli

Dewan Undangan Negeri Serta Tanggungan Mereka

Secara Online (e-GL) Di Hospital-hospital Kementerian

Kesihatan Malaysia Melalui Aplikasi Human ResourceManagement Information System (HRMIS).

Tujuan: Surat edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah

memutuskan agar kemudahan surat pengesahan diri dan

pengakuan pegawai secara online (e-GL) diperluaskan

penggunaannya kepada Anggota Pentadbiran, Ahli

Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta

tanggungan mereka di hospital-hospital Kementerian

Kesihatan Malaysia melalui aplikasi HRMIS.

Tarikh: 8 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

(sambungan dari muka surat 1)

3

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

(bersambung ke muka surat 4 )

Page 4: April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan ... dapat dinilai dengan kata-kata.

v) Surat Edaran JPA/PEN(S)228/25/5-11(22)

Tajuk: Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan

Persaraan Pilihan

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

Kerajaan telah memutuskan persaraan pilihan anggota

Sektor Awam (iaitu pegawai Perkhidmatan Awam

Persekutuan atau Negeri serta pekerja Pihak Berkuasa

Berkanun atau Tempatan) akan diluluskan dengan

syarat anggota bersetuju dibayar 20% daripada

ganjaran atau RM10,000 mengikut mana yang lebih,

ketika bersara dan selebihnya akan dibayar pada tarikh

yang akan ditetapkan oleh Kerajaan, tidak melampaui

tarikh anggota mencapai umur bersara wajib. Walau

bagaimanapun, wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat

(GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya

mengikut peruntukan undang-undang pencen.

Tarikh: 25 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

vi) Surat Edaran JPA(S)TT 233/2 Jld.2(1)

Tajuk: Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan

Waktu Bekerja Pegawai Awam

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sering menerima

aduan orang ramai berkenaan sikap segelintir pegawai

awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di

tempat-tempat makan saperti kantin atau kafeteria

mahupun ditempat-tempat awam lain seperti pusat

membeli-belah semasa waktu bekerja. Ketidakpatuhan

waktu bekerja ini adalah bertentangan dengan Perintah

Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan

Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah

Peraturan 4, peraturan-peraturan yang sama.

Tarikh: 27 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran JPA(S)(K)173/18 Klt. 17(40)

Tajuk: Penambahan Terma dan Syarat Di Dalam Borang

Perjanjian Pegawai Kontrak (Contract of Service)

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

tempoh perkhidmatan pegawai kontrak akan berakhir

sebaik sahaja tamat tempoh perkhidmatan kontrak

yang ditetapkan, kecuali terdapat keperluan untuk

menyambung perkhidmatan tersebut atas keperluan

agensi. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan

pegawai di jawatan kontrak tersebut tidak boleh

dijadikan jaminan untuk pegawai dilantik ke jawatan

tetap.

Tarikh: 28 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

viii) Surat Edaran JPA (S) 63/57/2 Klt. 8(97)

Tajuk: Kelayakan Pemberian Bantuan Sara Hidup Kepada

Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mengikuti

Kursus/Cuti Belajar Jangka Panjang

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

Kerajaan telah bersetuju agar Pegawai Perkhidmatan

Awam yang mengikuti kursus / cuti belajar jangka

panjang adalah layak dibayar Bantuan Sara Hidup

(BSH) mengikut lokasi institusi pengajiannya.

Bagi tujuan bayaran BSH kawasan Sabah, Sarawak dan

Wilayah Persekutuan Labuan adalah dikategorikan di

bawah Kawasan A iaitu dengan kadar RM300

sebagaimana diperuntukan di bawah Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007.

Peraturan ini berkuat kuasa mulai 1 Februari 2010.

Tarikh: 8 Februari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

ix) Surat Edaran JPA(S)(K) 134/8/56 Klt. 3(42)

Tajuk: Urusan Pemangkuan Jawatan Pembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi) [PT(P/O)] Gred N17

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Ke Gred N22.

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bercadang

melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu

Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Perkhidmatan

Gunasama Persekutuan ke Gred N22. Walau

bagaimanapun, urusan pemangkuan ini adalah tertakluk

kepada kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat mengikut

Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Awam 1986.

Calon-calon juga perlu bersedia untuk ditempatkan di

pelbagai jabatan di seluruh Malaysia sekiranya berjaya.

Tarikh: 8 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

x) Surat Edaran JPA(S)(K)173/18/30-7 Klt.5

Tajuk: Pelaksanaan Arahan Penempatan Dalaman Pegawai-

pegawai Awam Di Pelbagai Kementerian/Jabatan dan

PSUK Negeri

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil. 3

Tahun 2007 mengenai ‘Penurunan Kuasa Urusan

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Gunasama

Persekutuan‘ yang dilaksanakan di pelbagai

kementerian/jabatan dan PSUK Negeri. Sebagai

panduan dan penambahbaikan kepada pelaksanaannya

serta selari dengan hasrat kerajaan untuk

mempercepatkan tempoh membuat keputusan, semua

urusan penempatan dalaman hendaklah dibuat dalam

masa 3 hari bekerja. Bagi jabatan atau agensi yang

menyediakan kursus pengenalan atau kursus asas bagi

pegawai-pegawai lantikan baru, keputusan penempatan

tersebut bolehlah disampaikan tidak lewat pada hari

terakhir kursus berkenaan.

Tarikh: 8 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

(bersambung ke muka surat 5

(sambungan dari muka surat 3)

4

Page 5: April 2010 Amanat Ketua Pengarah ... · Pemilihan Anugerah Perkhidmatan ... Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan ... dapat dinilai dengan kata-kata.

Menurut kajian terbaru, asid lemak omega-3 daripada minyak ikan mempunyai

kesan secara langsung dalam proses penuaan biologi seseorang.

Menurut laporan FishfarmingXpert, minyak ikan menjadi keperluan untuk kelihatan

muda berdasarkan penemuan terbaharu ke atas kesan penuaan biologi. Asid lemak

omega-3 daripada minyak ikan dapat mengekalkan “fius” genetik yang menentukan

tempoh jangka hayat sel-sel, kata saintis Amerika Syarikat. Penemuan ini diperolehi

daripada kajian yang dijalankan ke atas pesakit jantung yang mendakwa kesihatan

mereka lebih baik setelah menggunakan omega-3.

Amalan pengambilan minyak ikan sebagai makanan tambahan dikatakan dapat

melindungi dari serangan jantung, meningkatkan jangka hayat pesakit jantung,

menurunkan kadar kemerosotan mental pada usia tua dan mencegah penurunan

kualiti penglihatan pada usia tua. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa jangka

hayat tikus menjadi satu pertiga lebih panjang setelah diberi makanan yang

diperkaya dengan omega-3 dari ikan.

Kajian terkini telah dijalankan kepada 600 orang lelaki dan wanita yang merupakan

pesakit jantung. Telomeres mereka diukur dan ujian darah dijalankan untuk

mengukur kuantiti kandungan omega-3 di dalam darah mereka. Kebanyakan kajian

hanya bertanyakan pesakit berapa banyak ikan yang mereka makan, menyebabkan

keputusan yang tidak tepat.

Bila telomeres mereka diukur lagi selepas enam tahun kemudian, pakar mendapati

telomeres pesakit yang mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi, mengalami

proses pengecutan yang paling rendah.

Maklumat ini telah disebarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika yang

mengesyorkan bahawa sebatian dari asid lemak ini boleh melindungi sistem

penuaan dan kerosakan yang disebabkan oleh penyakit jantung.

Dari meja berita TheFishSite.

Panggilan Hormat Bagi Mereka Yang Dilantik Ke JawatanDalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas)

Minyak Ikan MelambatkanSistem Penuaan

5

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Betulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan Anda

xi) Surat Edaran JPA(S)TT 343 Jld.2(67)

Tajuk: Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Awam Yang

Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu atau Meminda

Sijil Cuti Sakit

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan

bahawa bagi membendung isu pegawai awam yang

mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau meminda

Sijil Cuti Sakit, Jabatan perlu mendapatkan

pengesahan Sijil Cuti Sakit yang dikemukan oleh

pegawai daripada hospital atau klinik yang berkenaan

sekiranya terdapat keraguan jika ada.

Tarikh: 26 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

xii) Surat Edaran JPA.BK(S)241/82/1 Jld.3(1)

Tajuk: Pelaksanaan Kaedah Pusat Penilaian Khas Bagi

Pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan Yang

Berkhidmat Selama 15 Tahun Ke Atas dan Akan

Bersara Dalam Tempoh Dua Tahun

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan

bahawa keputusan Kerajaan supaya Pegawai

Kumpulan Sokongan yang berkhidmat 15 tahun dan

lebih serta masih berada di gred lantikan boleh

dipertimbangkan kenaikan pangkat secara Khas

Untuk Penyandang (KUP) satelah memenuhi syarat

seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya

berkuat kuasa mulai 1 Julai 2009. Satu kaedah yang

dikenali Pusat Penilaian Khas digunakan untuk

pegawai-pegawai kumpulan sokongan yang masih

belum lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang

ditetapkan.

Tarikh: 29 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

xiii) Surat Edaran JPA.(S)TT.71/12/1 Jld. 6(15)

Tajuk: Penetapan Harta Di Bawah Subperaturan 10(8)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993

Tujuan: Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan

bahawa untuk meningkatkan tahap integriti

perkhidmatan awam, Kerajaan telah bersetuju supaya

kenderaan bermotor dijadikan sebagai harta alih yang

perlu diisytiharkan tanpa terikat dengan syarat harga

belian atau nilai RM10 ribu mengikut mana yang

terendah. Kerajaan telah mengeluarkan penetapan

harta yang baru melalui P.U.(B)104/2001 iaitu

Penetapan Harta Di Bawah Subperaturan 10(8)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan

dan Tatatertib) 1993 yang berkuat kuasa pada

11 Mac 2010.

Tarikh: 29 Mac 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

(sambungan dari muka surat 4)

Bil. Pangkat/Gelaran Panggilan Hormat

1. Ketua Hakim Negara Rakyat Biasa:

Yang Amat Arif (Y.A.A)

Kerabat Diraja:

Yang Amat Arif Mulia Tengku / Tuanku /

Engku / Ungku / Raden / Datu .....

2. Hakim/hakim Besar Rakyat Biasa:

Yang Arif (Y.A)

Kerabat Diraja:

Yang Arif Mulia Tengku / Tuanku /

Engku / Ungku / Raden / Dato’ ....

3. Ketua Turus Angkatan Yang Amat Setia (Y.A.S)

Bersenjata Malaysia

i. Ketua Turus Angkatan Darat i. Yang Amat Setia Jeneral / Leftenan /

ii. Ketua Turus Angkatan Laut Jeneral / Mejar Jeneral ....

iii. Ketua Turus Angkatan Udara (gelaran, nama) Ketua Turus

Angkatan Darat

ii. Yang Amat Setia Laksamana Laut /

Laksamana Madya Laut ....

iii. Yang Amat Setia Komodor Udara /

Komodor Muda Udara ....

4. Ketua Polis Negara Yang Amat Setia Ketua Polis Negara ....

5. Pegawai Kanan Polis dan Tentera Yang Setia (Y.S)

6. Ketua Setiausaha Negara Yang Berbahagia (Y.Bhg.)

Peguam Negara,

Ketua Pengarah,

Pengarah,

Setiausaha,

Pengurus Besar,

Pengurus,

Pegawai Daerah,

Penghulu, Orang Kaya-Kaya,

Sidang, Pengetua, Guru Besar

dan lain-lain.

7. Pengerusi Majlis Yang Mulia Pengerusi Majlis