‘AQAL INTEGRASI DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI DALAM ... · ... Kedudukan dan Fungsi Dalam...
Transcript of ‘AQAL INTEGRASI DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI DALAM ... · ... Kedudukan dan Fungsi Dalam...
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 1
‘AQAL INTEGRASI:
DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI
DALAM MEMBINA PERIBADI UNGGUL UNTUK MENGGALAS KERJA
DAKWAH
“Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran),
tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka” Al-Mulk:10
Awwalu ma khalaqallah al „aqlu – al-Hadith
DASAR
AL-QUR’AN
1. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang yang ber„aqal-ulil albab. Ali „Imran:190. Dan mereka
bertafakkur mengenai kejadian langit dan bumi… Aali „Imraan:191.
2. Dan di dalam diri kamu tidakkah kamu memperhatikan (tubsirun) – Az-Zaariyaat:21.
AL-HADITH
1. Sabda Nabiyy s„aw: Wahai manusia, berfikirlah kamu mengenai Rabb kamu, dan
berpesanlah agar orang berfikir, kerana dengan itu kamu akan mengenal apa yang
diperintahkan kepada kamu dan apa yang dilarang daripadanya. Ketahuilah bahawa
(berfikir) ini dihargai di sisi Allah. Dan ketahuilah, orang yang ber„aqal-berfikir ialah
orang yang menta„ati Allah, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah
dan pakaiannya tidak sempurna. Adapun orang yang jahil ialah yang mendurhakai Allah
Ta„ala, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi,
perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi lebih ber„aqal di
sisi Allah Ta„ala dari orang yang durhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh
sanjungan ahli dunia kepada kamu, kerana sesunguhnya mereka adalah dari orang-orang
yang rugi. (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-„Aqlu dari Hadith Abu Hurayrah r „a.
Hadith da„if).
2. Sabda Baginda s„aw lagi: Yang awal-awal dijadikan oleh Allah ialah al-„aql. Lalu Allah
berfirman kepadanya: menghadaplah (kepada-Ku) dan iapun menghadap. Kemudian
dikatakan kepadanya: (pusing) belakang, maka ia pun (pusing) belakang. Kemudian Allah
„Azza wa Jalla berfirman: Demi Kemuliaan-Ku dan Keagungan-Ku, tidaklah Aku
mencipta makhluk yang lebih mulia ke atas-Ku, darimu; denganmu Aku ambil
(tanggungjawab) dan denganmu Aku beri dan dengan mu Aku berikan pahala dan
denganmu pula Aku siksa. (HR al-Tabaraniyy dalam al-Awsat dari Abu Umamah r „a dan
HR Abu Nu„aym dari Hadith „Aisyah r „a h. Kedua-dua da„if).
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 2
3. Dari Anas r „.a dari Nabiy s „aw: “Para Sahabat memuji seorang (Sahabat) lain di sisi
Nabiy s „aw sehingga berlebihan, lalu Nabiy s‟aw bertanya: “Bagaimana „aqal lelaki
tersebutnya?” Mereka (Para Sahabat) menjawab: “Yang kami beritahu Tuan ialah
mengenai kerajinannya beribadat dan amal-baiknya, sedangkan Tuan bertanya mengenai
„aqalnya!” Nabiy s „aw bersabda: “Orang ahmaq-bodoh menimbulkan kerosakan dengan
kebodohannya lebih banyak dari dosa orang yang durhaka, dan adapun ketinggian
darajat hamba Allah di Hari Kemudian dalam mendekati Tuhan adalah menurut qadar
„aqal mereka.” (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-„Aqlu. Al-Tarmizi dan al-Hakim
dalam Nawaadir).
4. Dari „Umar r.„a., sabda Rasulullah s„aw: “Tidaklah mendapat (yang bernilai dan utama)
bagi seseorang lelaki seperti keutamaan „aqal yang menunjukkannya ke jalan yang betul
dan mengembalikannya dari keburukan dan belumlah sempurna iman seorang hamba
serta belum tetap agamanya sehingga sempurna „aqalnya.” (HR Dawud bin Mukhabbir
dalam al-„Aqlu. Da„if).
5. Dari Abu Sa„id Al-Khudry r.„a. Sabda Nabiy s„aw: “Segalanya mempunyai tiang, tiang
seorang Mukmin ialah „aqalnya; maka (berdasarkan) qadar „aqalnyalah ia ber„ibadat.
Tidakkah kamu dengar keluhan orang durhaka di Neraka: “Kalaulah kami dengar atau
berfikir, tidaklah kami masuk ke dalam Neraka-Sa„ir.” (HR Dawud bin Mukhabbir. Da
„if).
6. Sabda Nabiyy s„aw: “Kesempurnaan „aqal kamu (adalah) bersangatan kamu takut
kepada Allah Ta„ala dan paling baik dalam hal yang diperintah kepada kamu dan yang
dilarang daripadanya, walaupun kamu kurang „ibadat sunat”. (HR Dawud bin
Mukhabbir dari Hadith Abi Qatadah r „a. Da „if).
DEFINISI ‘AQAL
„Ulama berbeda pendapat mengenai definisi „aqal dan hakikatnya. Kata „aqal ini digunakan untuk
empat pengertian. (al-Ghazzaliy: Ihya‟).
Pertama: „Aqal sebagai sifat yang membedakan manusia dari haiwan, yang memberinya persediaan
untuk menerima teori-teori „ilmu, dan mengatur cara berfikir. Inilah yang dikehendaki oleh Al-Harith
bin Asad Al-Muhasiby rh dengan ucapannya mengenai definisi „aqal iaitu: “inilah naluri yang
memberikan kesanggupan untuk mengenal teori-teori „ilmu.” „Aqal ini bagaikan cahaya di dalam
kalbu, yang dalam terangnya, manusia sanggup mengenal segala-segalanya. Bukanlah „aqal seperti ini
memastikan adanya „ilmu, kerana orang-orang yang belum berilmu seperti orang yang sedang tidur
mempunyai „aqal naluriyah, walaupun masih kosong dari „ilmu.
Kedua: „Aqal ialah pengertian yang terbit pada kanak-kanak dalam lingkungan usia mumayyiz yang
dapat membezakan mengenai yang jaiz-harus dan yang mustahil.
Ketiga: „Aqal ialah „ilmu yang didapat dari ujian dan pengalaman. Orang yang melalui pengalaman
pada kebiasaannya dikatakan ber„aqal.
Keempat: „Aqal ialah kekuatan naluri yang tumbuh menjadi kesanggupan untuk mengenali akibat dari
segala perbuatan dan sanggup pula mengendalikan nafsu kelazatan yang segera dan dapat
menguasainya. Apabila berhasil, maka orang ini dinamakan ber„aqal.
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 3
Yang Pertama adalah sumber dan akar; yang Kedua ialah dahan utama; yang Ketiga adalah ranting
dari yang pertama dan kedua, kerana dengan kekuatan naluri dan kecerdasan didapatilah pengalaman;
dan yang Keempat adalah buah yang bernas, dan inilah tujuan terakhir. Yang pertama dan kedua
diperolehi secara „alamiah-semulajadi, sedangkan yang ketiga dan keempat harus dicapai dengan
usaha-kasab. Yang diperolehi secara „alamiah inilah yang dimaksud dalam sabda Nabi s.„a.w.:
Tidaklah ada makhluk Allah „Azza wa Jalla yang diciptakan-Nya, lebih mulia kepada-Nya, daripada
„aqal (HR al-Tirmizi dan al-Hakim dari al-Hasan dari ramai Sahabah - Da„if). Ini adalah kerana dalam
„aqal telah tersedia Nur Ilahiyyah. Yang didapat dengan usaha-kasab, ialah yang dimaksud dengan
sabda Nabi s.a.w.: Jika manusia mendekatkan diri kepada Tuhan dengan pintu-pintu kebaikan dan
„amal-„amal solih, maka anda dengan „aqal anda. (HR Abu Nu„aym dalam al-Hilyah dari hadith
„Aliy - Da„if). Ini adalah kerana dengan usaha-kasab, „aqal dapat mencari „ilmu dan kebenaran dan
dengan itu memandu ia ke arah mendekatkan diri kepada Allah; dan… walaupun di mata dunia ia
dipandang hina (HR Dawud bin Mukhabbir – da„if).
Inilah fakta yang jelas bagi orang-orang yang memiliki basirah tetapi mungkin gelap bagi orang yang
hanya suka mengekor tanpa fikir dan kerananya menjadi salah dalam memahami Nas dengan
bermacam-macam tafsiran kosong.
Begini pulalah akibatnya buta-hati, bahkan lebih besar bahayanya, kerana jiwa adalah laksana
penunggang dan tubuh adalah bagaikan kuda tunggangan. Buta si penunggang adalah lebih berbahaya
dari butanya kuda tunggangan!
Dapat disimpulkan bahawa dari keterangan nas di atas menunjukkan bahawa „aqal mengandungi
berbagai-bagai fungsi dan kedudukan dan ia dapat diintegrasikan secara „adil dan qist sehingga
menjadi „Aqal Integrasi-„Aqal Kamil. „Aqal Integrasi ialah „aqal yang di dalamnya mengandungi
segala cabang „aqal yang jika digunakan secara seksama akan dapat membentuk suatu peribadi unggul
dan dapat pula memikul tanggungjawab melaksanakan dakwah dengan baik.
KEDUDUKAN ‘AQAL
Dari nas-nas di atas ternyata bahawa „aqal mempunyai kedudukan yang mulia lagi tinggi. Ia adalah
organ untuk mengenali Allah dan Kebenaran. Ia dapat membawa manusia kepada dekat-jauh dengan
Allah dan dapat membawa manusia ke Syurga atau sebaliknya. Kedudukan „aqal bergantung kepada
kesanggupan untuk mengendalikan nafsu. Kadang-kadang seorang yang berakal dapat menundukkan
suatu nafsu, tetapi tidak dapat mengalahkan nafsu yang lain. Seorang pemuda kadang-kadang tidak
kuat menahan nafsu untuk berzina, tetapi setelah ia berumur dan „aqalnya semakin sempurna, nafsu ini
dapat dikuasainya. Sebaliknya nafsu cari nama – riya‟ dan ingin terkemuka - semakin tua semakin
menjadi! Berbeda-bedanya kesanggupan ini timbul oleh kerana berkurang berlebihnya „ilmu mengenai
akibat nafsu itu. Maka „alim yang sebenar akan lebih sanggup menghindarkan perbuatan yang berdosa
dari orang jahil. Yang kita maksudkan ialah orang „alim yang sebenar-benar „alim, bukan orang yang
hanya berpredikat „ulama dan pandai bercakap. Perbedaan tentang deras tidaknya arus nafsu, tidaklah
menyebabkan berbedanya „aqal, tetapi kerana berbedanya taraf „ilmu, kerana „ilmu dapat memperkuat
„aqal. Jadi perbedaan nafsu adalah berada pada „aqal sendiri, kerana semakin kuat daya-„aqal ini,
semakin gagah pula kuasanya untuk mengalahkan syahwat. Seperti sabda Nabiyy s„aw bahawa:
Maruah adalah terletak pada „aqalnya (HR Ibn Hibban dan al-Bayhaqiy).
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 4
Dari perspektif kedudukan „aqal, manusia terbahagi kepada tiga golongan, Pertama ialah yang boleh
tahu dan mengerti sendiri; Kedua ialah yang boleh tahu dan mengerti, setelah diajar; dan Ketiga ialah
yang tidak boleh mengerti sekalipun diajar. Berbedanya tingkatan „aqal dan kefahaman dapat
difahami dari Hadith al-Qudsi riwayat Dawud bin Mukhabbir dari Hadith Anas r „a mengenai
pertanyaan Sahabi „Abdullah bin Salam r „a bahwa (Allah berfirman): …. Ada manusia yang Ku-beri
(„aqal) sebutir, ada yang Ku-beri dua butir, ada yang Ku-beri tiga atau empat butir. Ada yang Ku-
berikan segenggam, ada yang Ku-beri 60 gantang, dan ada yang Ku-beri lebih dari itu. (lihat juga al-
Tirmizi dan al-Hakim – Nawaadir ).
Oleh kerana isi „aqal ialah „ilmu, maka dengan ringkas diterangkan mengenai „Ilmu. Berbagai-bagai
pembahagian „Ilmu dibuat oleh „Ulama, antaranya, „ilmu terbahagi dua: Pertama „Ilmu Allah Yang
Qadim lagi Azali. Kedua „Ilmu manusia. „Ilmu manusia terbahagi dua juga iaitu daruri dan muktasab.
„Ilmu daruri terbahagi dua juga iaitu badihi dan hissi. Dan „ilmu badihi terbahagi dua juga iaitu badihi
fi ‟l ithbat dan badihi fi ‟l nafiyy. Dan „Ilmu al-Nazariyah (termasuk dalam „Ilmu manusia) terbahagi
dua juga iaitu „ilmu „aqli dan „ilmu Syar„i iaitu „ilmu yang wajib diusahakan untuk mendapatkanya.
Lihat Usuluddin, „Abdul Qahir al-Baghdadiy. Lihat huraian yang berbeza dalam Mizanu ‟l „Amal
karya al-Ghazzaliy rh. Juga lihat al-Tamhid, Abu Bakar al-Baqillaniy rh dalam bab al-Kalam fi al
Haqiqah al-„ilmn wa ma‟nahu.
1
Dari keterangan Nas di atas menunjukkan bahawa „aqal merupakan sarana penting yang dapat
menyelamatkan dan menjayakan manusia Dunia dan Akhirat. „Aqal yang dimaksudkan di sini ialah
„aqal Syar „i. „Aqal Syar„i dibina atas asas dan sistem „ilmu ASWJ yang bersumberkan al-Kitab, al-
Sunnah, al-Ijma‟ dan al-Qiyas serta atas beberapa asas lain yang tidak bertentangan dengan dasar ini
seperti huraian Salaf serta golongan al-rasikhuna fi ‟l „ilm yang memiliki matahati. Justeru „aqal yang
dibina atas „aqal semata-mata yang berpandukan rasio-diabolik seperti „aqal Mu‟tazilah, „aqal
Khawarij, „aqal Syi„ah dan seumpamanya tidak dialu-alukan dalam „alam pemikiran Islam. Insya
Allah, berikut akan diterangkan dengan ringkas cabang-cabang „Aqal Syar „i.
2
„AQAL SYAR„I. „Aqal Syar„i mengandungi berbagai-bagai jenis „aqal dengan kepelbagaian nama,
sifat dan fungsi seperti yang dihuraikan „ulama antara lain al-Ghazzaliy rh., seperti „Aqal Tawhidi,
„Aqal „ Ubudiyah, „Aqal Tamyizi, „Aqal Istibsaar, „Aqal Khuluqiyyah, „Aqal Tadabbur, „Aqal
Tafakkur, „Aqal Tazakkur, „Aqal Ta`ammul, „Aqal I‟tibar, „Aqal Nazari, „Aqal Hikmah, „Aqal Mazid,
„Aqal Gharizi, „Aqal Muktasab, „Aqal Strategi dan beberapa „aqal lain yang semuanya jika
dicantumkan secara „adil dan qist, akan menjadi alat yang berkesan dalam membina peribadi dan
jama„ah yang unggul untuk menggalas tugas Risalah.
3
„AQAL TAFAKKUR. Untuk memulakan perbincangan elok disebut bahawa „aqal adalah sebagai
bekas untuk menerima „ilmu. „Ilmu ini akan diproses melalui mekanisme tafakkur-tazakkur dan lain-
lain. „Ilmu yang ditafakur-tazakkurkan itu akan menetap dan menjadi al-fikr dan al-fikr ini pula
apabila sudah tetap dan menetap, maka ia akan menikmati wajd dan wajd ini pula, insya Allah akan
melimpah ruah keluar untuk manfa„at manusia. „Aqal Tafakkur ialah salah satu organ untuk
mengenali Allah baik secara tafakkur melalui „ilmu Usuluddin-Tawhid atau melalui qaedah yang lain.
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 5
Tumpuan tafakkur terawal ialah mengenai Tawhid, kerana awal-awal Agama ialah mengenal Allah.
Ini amat tepat dan benar kerana hubungan manusia dengan Tuhannya amat central. Oleh itu tema
Tawhid ini merupakan tema yang paling asas dalam aktiviti tafakkur. Natijahnya, insya Allah akan
terrealisasilah la ilaha illallah dalam bentuknya yang paling sempurna. Ada di kalangan masyarakat
bertafakkur melalui macrocosm - tafakkaru fi khalqillah, ini juga wajar jika mereka mempunyai
kemampuan untuk berbuat demikian kepada ayat-ayat cekerwala-al-kawn seperti pada ayat-ayat 6 dan
7 dalam surah Qaf dan lain-lain atau pun metacosm - bukan kepada Zat Yang Maha Tinggi tetapi pada
Asma‟ dan Sifat Yang Maha Agung itu. Namun dalam hal ini, adalah lebih utama dan berkesan
tumpuan tafakkur diberi kepada kepada microcosm kerana fi anfusikum afala tubsiruun. (al-
Zaariyaat:21). (Lebih detil lihat al-Ghazzaliy rh: al-Hikmah fi Makhluqati‟llah). Ia akan menjadi lebih
berkesan kepada pembinaan diri kerana ia menekankan kepada perkara-perkara kejadian diri.
Demikian juga tafakkur kepada perkara-perkara Muhlikat dan hal-hal Munjiyad dan lain-lain.
Tafakkur kepada perkara-perkara Muhlikat terutamannya dalam kes menekan hawa nafsu jahat yang
mengajak kepada kemaksiatan dan kejahatan dengan cara mu„atabah iaitu mencela sifat-sifat diri yang
jahat dengan sehabis-habis celaan kepadanya sehingga menimbulkan kesedihan dan keinsafan akan
dosa dan „azab Allah, adalah amat utama dan daruri. Dengan rahmat Allah, semuga kesan dari
kesedihan dan keinsafaan ini akan membangkitkan himmah untuk beramal – dengan sebenar-benar
„amal – sidqu ‟l „amal - dengan perkara-perkara yang boleh menyelamatkan – Munjiyat. Kesedihan
tanpa diiringi oleh „amal solih adalah sia-sia. Hendaknya pula ia senantiasa mengawasi dirinya supaya
berada dalam kedudukan raja‟ dan khauf dan tidak berasa aman dari terjerumus ke dalam lubuk
maksiat. Namun tidak putus asa dari rahmat Allah dan bersangka baik terhadap-Nya dan dengan ini
akan membangkitkan lagi himmah untuk beramal dan mencintai iman. Untuk lebih berfaedah, „Aqal
Tafakkur wajar diiringi oleh „Aqal Tazakkur iaitu keadaan yang menghadirkan „ilmu yang benar
dengan mengulang-ulang dalam hati apa yang diketahui supaya ia menjadi tetap dan mendalam
kesannya pada hati. Pendeknya Tafakkur, Fikir dan Tazakkur merupakan sayap-sayap penting yang
membawa insan ke destinasi tertinggi ke Hadhrat Rabb al-Jalil.
4
„AQAL „UBUDIYYAH. Atas kesedaran yang mendalam dan tahqiq, „Aqal Tawhidi akan membentuk
„Aqal „Ubudiyyah. „Aqal ini akan diproses menjadi penuh-melimpah dengan kesedaran dan tahqiq
mengenai Tawhid, yang mana „aqal yaqiniyyahnya itu akan membentuk „aqalnya menjadi padat-lekat
dengan sifat-sifat „Ubudiyyah dalam pengertiaan yang paling sempurna seperti yang diisyaratkan oleh
al-Qur‟an sebagai qalbun salim – „aqlu ‟s- salim - sejahtera dari segala aghyar. Dalam „aqalnya itu
tidak ada langsung tergambar, lintasan, ingatan ataupun perancangan untuk membuat jenayah,
pendurhakaan dan dosa. Segala aktiviti „aqalnya berfungsi dan ditumpukan semata-mata kepada niat
untuk berbuat yang baik dan ke arah memproses hidupnya menjadi hamba Allah yang solih dalam
segala tindakan dan kehidupan. Ini adalah selaras dengan firman Allah SwT dalam surah al-Mujadalah
ayat 9: …janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada
Rasul. Dan berbicaralah tentang membuat kebajikan dan taqwa (birri wa ‟t taqwa). Ia memproses
dirinya menjadi „abid pada dirinya dan memberi manfa„at kepada persekitarannya. Seluruh hidupnya
adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah. Dan dengan kualiti yang ada pada dirinya itu, ia
akan bertindak membentuk jama„ahnya menjadi sebuah jama„ah yang mementingkan kebaikan dan
keutamaan berdasarkan kepada pembentukan „ilmu yang manfa„at, perihatin terhadap kualiti iman dan
amal dengan menekankan kepada proses peningkatan kedua-duanya. Masa yang ada padanya
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 6
digunakan untuk berfikir dan bekerja demi memajukan usaha-usaha dakwah dan islah serta amar
makruf-nahiy munkar.
5
„AQAL TAMYIZI. „Aqal Tamyizi ialah „aqal yang berfungsi bagi membezakan yang benar dari yang
salah, yang halal dari yang haram, yang lebih utama dari yang utama dan seterusnya, berdasarkan Nas,
hukum, nazar, pengalaman dan sebagainya dalam lingkungan Syari„at. Dalam proses membentuk
kualiti diri, „aqal Tamyizi berperanan meneliti dan menilai serta memilih untuk meletakkan dirinya
pada taraf yang dikehendakinya dalam susunan hairaki Syari „at. Ia boleh memilih dengan iradah dan
qudratnya untuk berada dalam syukur atau kufur (al-Insan:3) dan sebagainya. Dalam konteks dakwah,
„Aqal Tamyizi digunakan untuk memilih jalan yang sebenar dengan kaedah Syar„i untuk
memartabatkan Islam, bukan jalan yang terpisah dari jalan Mursalin dengan kaedah-kaedah diabolik.
Ia dapat mengenali sesiapa yang membuat fasad dari muslih (al-Baqarah:220).
Dalam memilih yang terbaik, „Aqal Tamyizi yang jernih dari keledak hawa nafsu itu dan dengan
penglihatan yang tajam, mampu membuat satu keputusan yang paling baik kerana Allah kasih kepada
„aqal penglihatan yang tajam (al-Hadith). Bersama dengan „Aqal „Ilmi, ia dapat bertindak
membebaskan diri dari „aqal khurafat jenis klasik maupun khurafat-khayalan jenis moden, dalam
urusan Ugama, perencanaan dakwah, politik, kehidupan dan sebagainya. Adalah menjadi satu
halangan besar kepada pembentukan peribadi yang murni dan pembinaan usaha dakwah yang kukuh
dan berwibawa jika sekiranya halangan ini iaitu suka menjadi pak turut, tidak dibuang. Dengan adanya
„Aqal Tamyizi ini dan berfungsi dengan baik, maka dapatlah disusun satu strategi yang sempurna
dalam melaksanakan kerja-kerja pembentukan peribadi dan pembinaan dakwah.
Dalam kehidupan seorang Muslim „Aqal Tamyizi mesti digunakan untuk: yamiiza ‟l khabiitha mina ‟t
toyyib (Ali „Imran:179), dan layamiiza‟l Lahu‟l khabiitha mina‟t toyyib (Al-Anfal:37). Nas ini jelas
menerangkan bahawa Allah SwT telah membezakan kehidupan jelek-Munafiq-Kuffar dari kehidupan
yang baik-Mukmin dan seterusnya memisahkan kedua-dua jenis kehidupan tersebut. Justeru „Aqal
Tamyizi wajib digunakan dalam kehidupan seorang Muslim untuk membeza dan seterusnya
memisahkan unsur-unsur nifaq dan Jahiliyyah dari diri. Dengan ini natijahnya ia dapat membentuk diri
menjadi bekas untuk menerima ni‟mat bersama-sama dengan golongan yang mendapat anugerah
ni‟mat oleh Allah dari kalangan Nabi-Nabi, Siddiqin, Syuhada‟ dan Solihin (al-Nasa‟:69).
6
„AQAL HIKMAH. Dalam al-Qur‟an, Allah SwT telah menerangkan kepada kita banyak tempat
mengenai Hikmah dengan makna yang berbagai-bagai dalam konteks yang berbagai-bagai juga.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 269, Allah SwT berfirman: Allah menganugerahkan al-Hikmah (yakni
kefahaman yang luas mengenai al-Qur‟an dan al-Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki; dan
barangsiapa yang dianugerah al-Hikmah itu, ia benar-benar telah di anugerah kurnia yang banyak
(khayran kathiiran); dan hanya orang-orang yang ber„aqal (ulu‟l albab) sajalah yang dapat
mengambil pelajaran (dari firman Allah itu). Ayat yang mulia ini, menerangkan kepada kita
mengenai betapa pentingnya Hikmah, yang mana apabila Hikmah sudah tercapai, maka terbuka
luaslah segala macam kebaikan. Dan dalam konteks dakwah maka ia merupakan anugerah Allah untuk
memudahkan perjalanan dakwah tersebut.
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 7
Dalam Surah Sodd ayat 20, Allah SWT berfirman: Dan Kami-Allah, kuatkan kerajaannya ( Dawud),
dan Kami-Allah beri kepadanya Hikmah (kenabian, kesempurnaan „ilmu dan ketelitian „amal) dan
kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan (fasla ‟l khitaab). Ayat ini memberitau kita bahawa
Allah memberi Hikmah kepada Nabi Dawud „as kerana hendak menguatkan kerajaannya dan
menguruskannya dengan sempurna. Maka dalam kerja-kerja dakwah, para da„i lebih-lebih lagi
memerlukan Hikmah jenis ini untuk mengurus, menguat dan memperkasakan Jama„ah.
Dalam Surah al-Qamar ayat 5, Allah SwT awal-awal lagi - dalam Surah Makkiyah ini - sudah
menerangkan kepada kita satu jenis Hikmah yang Allah namakan sebagai hikmah baalighah. Berbeza
dari kedua-dua Hikmah yang terdahulu, Hikmah baalighah ini menerangkan kepada kita supaya kita
mentadabbur al-Qur‟an mengenai jenayah-dosa kaum terdahulu yang saiz tubuh badan mereka besar-
besar dan kuat-kuat belaka tetapi akibat mendurhaka kepada Risalah, mereka mendapat „azab-
hukuman berat dari Allah. Peristiwa hukuman Allah tersebut adalah sebagai suluhan kepada diri kita
mengenai dosa-dosa yang dilakukan.
Dalam Surah ini juga, Allah memberitahu kita, bahawa Dia-Allah telah memudahkan al-Quran untuk
manusia mengambil pelajaran dan keinsafan sehingga Allah mengulanginya sebanyak empat kali! Dan
demi sesungguhnya, Kami-Allah telah memudahkan al-Qur‟an itu li‟z zikri-untuk di mengerti, diingat
dan mengambil pelajaran; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan-pelajaran
daripadanya? Ayat yang mulia ini menerangkan kepada kita, bahawa al-Qur‟an amat mudah difahami
dan ajarannya adalah sesuai dengan „aqal dan ruhaniyy manusia dan mudah pula dihayati. Namun,
manusia kerana kesombongan-keiblisannya ingkar dan selalu membantah bahkan ada yang
menolaknya sama sekali atau kerana berlalunya masa yang panjang hati mereka menjadi keras (al-
Hadid:16) sehingga al-Qur‟an yang mulia itu, sudah tidak berguna kepada mereka. Allah
mengingatkan manusia supaya menggunakan „Aqal Hikmah Baalighah untuk mengambil i‟tibar dari
sejarah kaum yang durhaka kepada ajaran Rasul mereka dan bagaimana kesudahan hidup mereka.
Dari Nasyang mulia di atas, kita memerlukan ketiga-tiga jenis Hikmah ini untuk melaksana tugas
dakwah dengan berkesan dan dalam masa yang sama membebaskan diri dari dosa yang boleh
mendapat hukuman dari Allah.
Dari satu sisi lain, „Aqal Hikmah ialah „aqal yang dapat menerima „Ilmu Daruriyah dan „Ilmu
Nazariyah dan dengan ini ia dapat mengatur kehidupan menurut Syari„at dan keutamaan. Orang yang
tidak prihatin kepada „ilmu terutamanya „ilmu yang dapat menyelamatnya dari kerosakan „Aqidah,
yang dapat mensejahterakan „ibadatnya, yang dapat mensucikan akhlaqnya, yang dapat mengamalkan
hukum-hakam terutama untuk dirinya, bukan sahaja dia tidak memiliki „aqal Hikmah bahkan tidak
memiliki apa-apa „aqal langsung, walaupun dia memiliki segala-galanya (lihat Hadith terdahulu).
Dari „Aqal Hikmah ini terbit pula „Aqal Khuluqiyyah. „Aqal Khuluqiyyah ialah satu seni kemahiran
menyusun tindakan dan menyusun keutamaan „aqal yang dengannya ruh dapat mengatur kekuatan
ammarah dan kekuatan syahwah dan dapat menguasainya sesuai dengan kadar yang wajib dalam
keadaan duka dan gembira (al-Ghazzaliy: Mizan al-„Amal). Demikian „Aqal Hikmah akan melahirkan
siyasah yang solih, yang mana di dalamnya terkandung hikmah yang berbagai-bagai dan bertingkat-
tingkat darjatnya. Ia adalah pekerjaan yang mulia dan utama (al Ghazzaliyy: Mizan al-„Amal dengan
penyesuaian). Siyasah ialah nama bagi satu entiti dan aktiviti dan cabang bagi Syari„at
Muhammadiyah yang quddus. Ia yang berpandukan kepada siyasah Nabawiyyah itu adalah
bertungjangkan „aqal yang sempurna dari suluhan Nur Ilahiyah dan berperanan membersihkan
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 8
masyarakat dari keledak hawa nafsu jahat (al-Ghazzaliyy:Mizan al-„Amal dengan penyesuaian).
Hikmah ini didapati melalui kekuatan „aqal „ilmi dan tajribah.
Jadi, „ilmu dalam erti proses untuk mendapatkan Hikmah dalam melaksanakan kepimpinan, adalah
merupakan usaha-pekerjaan dan dari satu segi lain, adalah „ibadah kepada Allah dan dari segi yang
lain lagi ialah melaksanakan kepimpinan (berdasarkan „ilmu dan Hikmah) yang ditugaskan oleh Allah.
Melaksanakan kepimpinanan yang ditugaskan oleh Allah itulah merupakan kepimpinan yang paling
luhur lagi agung (al-Ghazzaliyy: Mizan al-„Amal). Inilah „Aqal yang memiliki salah satu cabang dari
Hikmah Ilahiyyah. Oleh yang demikian Islam menolak sekeras-kerasnya doktrin syirik Kuasa Rakyat
– semua urusan kembali kepada Allah: wa lillahi „aaqibatu ‟l umuur- al-Hajj:41; wa lillahi turja „ul
umuur – al-Hadid:5.
7
„AQAL ISTIBSAAR. „Aqal Istibsaar adalah „aqal yang terang dan nyata yang dapat memahami
perkara yang sebenar, mengenali kebenaran dan haqiqat segala sesuatu, tajam dan kreatif. Ia dapat
mengenali Allah SwT dengan sebenar dan „melihat‟Nya - ka annakatara hu - dengan basirah. Namun
begitu, jika „Aqal Istibsaar ini tidak digunakan dan tidak berfungsi dengan sewajarnya, maka Allah
yang „hampir‟ dengan dirinya itu tidak dapat di „lihat‟nya – wa lakin laa tubsiruun (al-Waaqi„ah:85 ).
Terdapat juga di kalangan golongan mustabsiruun-cerdik ini, yang oleh kerana mereka terlalu
berbangga dengan jolokan manusia, maka mereka menjadi kelabu dan terpesong dalam memahami
kebenaran tersebut. Mereka sudah terkena penyakit ruhaniy-sombong dan ingkar kepada Syari„at.
Lalu Syaiton menghiasi „amal dan aktiviti mereka dengan pakaian syaitoniyyahnya yang tebal
sehingga mereka memandang perbuatan keji mereka sebagai baik (al-„Ankabuut:38) – padahal
mereka: wa kaanuu mustabsiriin. Allah memberitau kita bahawa golongan cerdik jenis inilah yang
telah membuat makar-jahat dalam tamaddun Nabiy-Nabiy terdahulu seperti tis„atu rahtin yufsiduu fi ‟l
ardh (al-Namli:48), atau golongan akaabira mujrimiha liyamkuru fiiha (al-An„am:123). Kisah yang
Allah jelaskan kepada kita ini, sewajarnya menjadi i‟tibar kepada Gerakan Islam dengan „Aqal
Tamyizi mengenali peribadi-peribadi seperti tis„atun rahtin tersebut yang akan membuat makar, agar
usaha untuk memartabatkan Islam tergendala atau musnah sama sekali.
Justeru para pendakwah wajar pandai menilai dan meneliti dengan „Aqal Istibsaar terhadap fenomena
diabolik dalam gerakan dakwah. Ini sesuai dengan ajaran al-Qur‟an yang meminta Ummah memahami
dan mengenali sifat-sifat dan peribadi-peribadi seperti yang diterangkan Allah baik sifat yang mulia
atau pun sebaliknya.
Islam dan Gerakan Dakwah memerlukan genius-mustabsiriin yang beriman dan beramal solih yang
sebenar untuk pengislahan. (Syarat utama ialah „ilmu - lihat al-Ghazzaliyy: Minhaj al-„Abidin). Dalam
memperkukuhkan kerja-kerja dakwah, golongan Mustabsiriin yang solih ini, berfungsi
memperkasakan dakwah. Islam dan Gerakan dakwah tidak mengalu-alukan mustabsiriin diabolik
kerana mereka menjadikan syaiton dan hawanafsu sebagai ilah (al-Jaathiyah:23) yang menjahanamkan
„aqidah dan Ummah seluruhnya (Shahrastani: al-Milal). Mereka adalah musuh yang bekerja siang-
malam menyusun strategi untuk melemah bahkan untuk menghapuskan langsung Islam dari dunia ini
(al-Taubah:32, al-Saff:8).
Ummat Islam juga kena berwaspada terhadap pemikiran yang bercanggah dengan ASWJ dalam
persekitaran dakwah mereka. Golongan ini akan merosakkan Gerakan Dakwah dari dalam, sementelah
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 9
mendapat sokongan moral dan material dari luar. Pemikiran Islam Liberal dari berbagai-bagai lapis
wajar dikenali dengan „Aqal Istibsaar. Kuffar tidak perlu mendesak orang Islam mengistihar keluar
dari Islam – jika mereka enggan - tetapi pemikiran si Muslim tadi yang bertepatan dengan pemikiran
mereka, sudah memadai buat satu tahap. Pengalaman dakwah dan Gerakan Dakwah di Nusantara
menyaksikan hal ini berlaku. Tidak dapat dinafikan pasti ada golongan yang tercicir, yang
kemudiannya mereka menjadi musuh dakwah bahkan musuh Islam (Lihat al-Mutasaaqituun, Fathi
Yakan rh). Fenomena orang-orang yang tercicir dari kumpulan dakwah ini, tidak akan melemahkan
gerakan dakwah yang menjadikan Allah sebagai wali, tempat bergantung dan penolong - bukan
bergantung kepada peribadi seseorang - akan bertambah kuat kerja dakwah mereka dan semakin
kukuh iman dan tawakkul mereka!.
8
„AQAL KHULUQIYYAH. „Aqal Khuluqiyah ialah „Aqal yang penuh kesedaran mengenai keperluan
berakhlaq dengan akhlaq yang tinggi dan mulia. Ia berfungsi mendidik dan mengarahkan seluruh
anggotanya supaya berakhlaq dengan akhlaq Allah - takhallaqu bi akhlaqillah dan akhlaq Rasul s„aw -
„alaykum bi sunnatiy
Bertakhalluq dengan Akhlaq Allah bermakna mengenali nilai-nilai utama yang berpaksikan kepada
makna-makna dari pengertian nama-nama Allah – al Asma‟ Allah al-Husna - yang dijadikan fokus
dalam pembentukan dan pembinaan diri dengan Nama dan juga Sifat-Sifat Allah seperti al-Rahman,
al-„Alim dan sebagainya pada paras makhluq, kecuali sifat-sifat khusus-Nya. Demikian juga
bertakhalluq dengan sifat-sifat Nabiy s „aw seperti Sidq, Amanah, Tabligh, Fatonah serta sifat utama
lain yang menjadi ibu kepada beberapa sifat kemulian yang lain seperti al-Hikmah-kebijaksanaan, al-
Syaja„ah-keberanian, al-„Iffah-kemuliaan dan pemeliharaan diri, al-„Adaalah-keseimbangan dengan
segala cabang-cabangnya (Lihat al-Ghazzaliy: Mizan al-„Amal), yang mana dengan bertakhalluq
dengan sifat-sifat ini, akan menjadikan manusia berakhlaq dengan akhlaq mulia yang layak mendapat
nusrah Allah dan kejayaan di dua negeri - Dunia dan Akhirat.
Selain dari sifat-sifat tadi yang berkaitan dengan takhalluq dengan sifat Nabiyy s„aw yang perlu diberi
perhatian serius ialah sifatnya yang siraajan muniira seperti yang termaktub dalam al-Qur‟an (al-
Ahzab:46). Ia wajar diberi perhatian khusus untuk melaksanakan Tadabbur dan takhalluq. Peribadi
yang membawa panji-panji Nubuwwah semestinya menggarap sifat ini, agar ia menjadi penyuluh
kepada kegelapan jahilliyyah-„aqliyah-ruhaniyyah. Maka peribadi-peribadi yang memiliki kualiti
seumpama ini akan membawa limpahan makna dan rahmah, dari kelam „alam dunia kepada nur-
cahaya Pencipta „alam dengan rahmah-Nya. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kekufuran
kepada nur-cahaya keimanan dan dari kelam kemaksiyatan kepada nur-cahaya keta„atan, dari suram
kelalaian kepada nur-cahaya kesedaran, dari gelap indera jasmani kepada nur-cahaya ruhaniy.
Kecenderungan mengenepikan atau lalai dari bertakhalluq dengan sifat sirajan munira adalah akibat
dari kegagalan „aqal berfungsi seperti semestinya. Akibat segera yang timbul dari sikap tersebut ialah
hati menjadi keras seperti batu ka ‟l hijaarah (al-Baqarah:74) dan mereka menjadi musuh dan
menghalang Gerakan Dakwah: saddun „an sabilillah (al-Baqarah:217) dengan cara yang berbagai-
bagai.
Dari satu sisi lain, dengan bertakhalluq dengan Sifat dan Asma‟-Asma‟ yang baik itu, maka insan
benar-benar akan dapat memikul tanggungjawab dakwah dan menjadi Khalifah Allah yang mampu
membina Tamaddun Rabbaniy.
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 10
MUAFAKAT sebagai Gerakan Dakwah wajar meneliti berkaitan dengan pembinaan akhlaq yang
mulia ini. Kedudukan seseorang itu bergantung kepada akhlaqnya (HR Ibn Hibban dan al-Bayhaqiy).
9
„AQAL DIABOLIK. Dalam al-Qur‟an yang mulia, berulang kali Allah menjelaskan dengan sejelas-
jelasnya mengenai Iblis-Syaitan dan peranannya. Namun, kebanyakan manusia termasuk para da „I,
tidak memberi perhatian serius kepada perkara ini, seolah-olah mereka kebal dari sentuhan Iblis-
Syaitan tersebut. Amaran Allah berkaitan dengan Iblis-Syaitan yang menjadi musuh keturunan Adam
itu tidak relevan dalam hidup dan kerja-kerja dakwah. Mereka tidak berminat untuk mengenali
peribadi Iblis-Syaiton dan tenteranya dari kalangan faasiqiin dan mujrimiin seperti yang diterangkan
Allah dalam al-Qur‟an. Mereka lebih cenderung melihat dan memahami al-Qur‟an secara retorik
berbanding meneliti peribadi yang dilaknat Allah itu. Di tangan golongan Mujrimiin inilah,
Tamaddun Mursaliin dijahanamkan dengan munkaraat-diabolik mereka - antaranya Tamaddun „Aad,
Thamud, (al-Furqan:38, Qaf:12); Ashhabu ‟Rassi, Firaun, Ikhwanu Luth, Ashhabu ‟l Aikah, Qawm
Tubba‟ (Qaf:13-14) dan banyak lagi. Semua ini adalah gejala Iblis-Syaiton yang menyelimuti
kehidupan mereka dengan pakaian sombong, ingkar, berfoya-foya, ghaflah dan mengenepikan
Risalah.
Gejala diabolisme tidak akan berhenti selagi ada Iblis-Syaitan. Al-Imam, Sayyiduna Abu Hasan al-
Ash„ariy rh, mencatat dengan detil pemikiran diabolik di kalangan orang yang mengaku Islam seperti
ajaran Mu‟tazilah, Syi „ah, Khawarij, Murji`ah dan sebagainya dalam Maqalatnya. Modus berfikir
mereka yang membelakangi kaedah dan sistem „ilmu dan berfikir ASWJ, telah menjerumuskan
mereka ke perangkap Iblis-Syaitan seperti disebut Syahrastini lewat al-Milalnya. Gejala diabolik-
murtad ini sepanjang masa menyerang Ummat Islam dalam berbagai-bagai cara (lihat al-Nadwi rh,
Sa„id Hawwa rh antara lain).
Seperti golongan diabolik zaman Klasik, pada zaman ini, secara sistematik, mereka menyerang doktrin
yang paling asas dalam Islam yang berkaitan „Aqidah. Seperti saudara mereka Syi „ah Imamiyyah
yang menyatakan al-Qur‟an mushaf „Uthman tidak lengkap, golongan Diabolik-Kuffar-Liberal ini
dengan bahasa yang berbunyi akademik, menganjurkan supaya al-Qur`an al-Karim disemak dan
dinilai semula: apakah benar al-Qur`an itu Kalam Allah? Mereka menganjurkan supaya al-Qur‟an
dinilai mengikut kaedah Kristian menilai Bible! (bandingkan dengan doktrin Mu‟tazilah mengenai al-
Qur`an). Mereka juga mahu memberi interpretasi semula kepada erti Islam – iaitu Islam dalam erti
serah, menyerah, maka tidak perlu melaksanakan „ibadah. Ini sama dengan doktrin saudara mereka
yang kufur di zaman Klasik dahulu iaitu Murji`ah aliran Jahmiyyah-Solihi; mereka mahu konsep
pahala-dosa dirongkai semula; mahu konsep Nubuwwah dirombak dengan tidak ada khaatam ‟ul
anbiya‟, tidak mu‟jizat dan sebagainya. Cabang dari pemikiran ini timbullah kenyataan kufur dengan
kata-kata seperti al-Qur‟an sebagai kitab porno (Ab. Rahman Wahid); Pindah Agama Tidak Murtad,
Ahmadiyah-Qadyani sama dengan kita (Dawam Rahardjo); Qur`an adalah perangkap Quraisy
(Sumanto Qurtuby); semua Agama dalam inti yang paling mendalam adalah sama…, tidak ada tuhan
melainkan Tuhan, kerana Allah adalah Dewa Air, Iblis kelak akan masuk syurga bahkan di tempat
yang tertinggi (Nurcholish Madjid); orang yang berbuat baik dalam setiap komunitas
beragama…layak memperoleh pahala..(Alwi Shihab); Islam itu memang pluralis, Islam itu banyak
(Azyumardi Azra); Semua agama benar (Jalaluddin Rahmat); Sebahagian kaum Muslimin meyakini
al-Quran merupakan kata-kata Allah…..keyakinan semacam itu … lebih merupakan … angan-angan
teologis ...(Luthfi Saukani); Semua agama sama….Islam bukan yang paling benar…, Nabiy s‟aw
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 11
banyak kekurangan (Ulil Abshar); dan gerakan memperjuangkan kahwin sejenis dan mereka
menerbitkan buku „Indahnya Kawin Sesama Jenis‟. Ini adalah sekelumit pemikiran diabolik di
kalangan orang yang mengaku Islam dan memperjuangkan Islam.
Di Malaysia sudah ada usaha dari kumpulan orang Islam sendiri ke arah pemurtadan seperti di
Indonesia itu. Terdapat lontaran pemikiran secara sistematik ke arah membentuk religious pluralism –
bukan political pluralism - yang menganggap semua agama sama kerana semua manusia datang dari
Tuhan (baca: Allah) dan akan kembali kepada Tuhan (baca: Allah) dan du„a orang bukan Islam juga
akan dimakbul. Ada di kalangan mereka pernah berkata: ….it is morally unacceptable to say to people
of other faiths: We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what
you believe in is wrong. Ucapan-kata ini jelas bertentangan dengan „Aqidah Islam! Bukankah Allah
Jalla Jalaaluh hanya mengiktiraf Islam sahaja yang benar dan diterima-Nya? Inna ‟d Diina „inda
‟lLahi ‟l Islaam - Aali „Imran:19; Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali
tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya… Aali „Imran:85;…. wa radiitu lakumu ‟I Islaama
diina - Al-Maidah:3. Banyak lagi kata-kata yang bercanggah dengan ajaran Islam, yang terkeluar dari
mulut dan tulisan golongan ini. Kumpulan ini yang mendapat sponsor kewangan dari pertubuhan anti-
Islam antarabangsa untuk pemurtadan, sedang menunggu momentum politik untuk bergerak lebih laju-
terbuka-agresif-ofensif!
Adalah menjadi kewajipan Ummah Islamiyyah mengenali „aqal diabolik, kata-kata diabolik dan
peribadi diabolik dengan neraca „ilmu berdasarkan piawai dan huraian ASWJ serta menolaknya
dengan „Aqal Tamyizi. Ummah juga wajar mengenali suara-suara saut ‟ul hamiir – suara keldai (al-
Luqman:19) dalam kumpulan yang menamakan mereka sebagai pejuang Islam. Dalam menafsirkan
ayat yang mulia ini, al-Khazin (W:725 H) menyatakan bahawa Sautu ‟l-hamiir ialah suara ahli Neraka
iaitu suara zafiir dan suara shahiiq (lahum fiihaa zafiirun wa shahiiqun- Hud:106;... laha shahiiqan -
al-Mulk:7). (ada Mufassir mengatakan suara Neraka itu sendiri). Semasa di dunia mereka berperangai
jahat lagi munkar dengan sifat-sifat sombong, bercakap bohong, pemarah tidak tentu fasal, cakap
takabbur, banyak cakap, berlebihan dalam percakapan, cakap besar lagi tidak beradab, tidak amanah
dalam menyampaikan „ilmu, berbuat maksiyat dan lain-lain. Suara-suara munkaraat ini adalah suara
Neraka dan ahli-ahlinya – Allahumma sallimna wal Muslimiin. Semuanya ini adalah manifestasi
„suara kaldai‟ – dalam bentuk percakapan dan perbuatan – yang ditempelak Allah. Islam menyuruh
Ummatnya bersuara dengan kalimah toyyibah - yang baik iaitu qaulan kariman itu perkataan yang
mulia (disebut sekali dalam al-Isra‟:23); qaulan ma‟rufan iaitu kata yang baik (empat kali al-
Baqarah:235; al-Nisa‟:5,8 dan al-Ahzab:32); qaulan layyinan iaitu kata-kata yang lemah lembut
(disebut sekali dalam Toha:44); qaulan balighan iaitu kata-kata yang boleh memberi kesan kepada
hati (disebut sekali dalam al-Nisa‟:63); qaulan sadidan iaitu perkataan yang betul yang menepati
kebenaran al-Qur‟an yang ditujukan kepada kita supaya bercakap benar (di sebut dua kali iaitu al-
Nisa;9 dan al-Ahzab:70); qaulan maysuran iaitu kata-kata yang menyenangkan hati (sekali saja iaitu
dalam al-Isra‟:28); qaulan thaqilan iaitu kata-kata yang berat yang di dalam al-Qur‟an disebut sekali
sahaja iaitu merujuk kepada Nabiyy s„aw sebagai persediaan untuk menerima wahyu (al-
Muzammil:5); qaul al-thabit iaitu perkataan yang tetap-teguh (satu ayat sahaja iaitu surah Ibrahim:27).
Allah melarang kalimah khabithah-yang jahat dan buruk iaitu qaulan „aziman yakni perkataan batil
(sekali iaitu dalam al-Isra‟:40) yang didakwa oleh orang-orang Kafir.
Dalam konteks dakwah Islamiyyah di Malaysia, kita dapati pada peringkat permulaan dakwah, kerja-
kerja dakwah berjalan dengan baik dan tidak ada yang bercanggah dengan „Aqidah dan Syari„ah
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 12
Islamiyyah, ertinya tidak kedengaran saut ‟ul hamiir ini. Ini mungkin strategi pemimpin kumpulan
tersebut untuk membina kepercayaan pengikutnya dahulu yang kemudiannya barulah saut „ul hamiir
ini dizahirkan. Ini dapat dilihat dalam kes al-Arqam dan beberapa kumpulan lain. „Aqal, kata-kata dan
peribadi diabolik serta saut ‟ul hamiir tidak boleh dibiarkan dalam Jama„ah Islam kerana ia akan
menghalang kelajuan pergerakan dakwah bahkan akan merosakkan Jama„ah itu seperti anai-anai
memakan kayu!
KESIMPULAN
1. „Aqal adalah nadi bagi diri individu dan masyarakat dan dakwah seperti syaikh bagi
kaumnya. Ia perlu senantiasa dicanai agar menjadi cerdas dan berfungsi dengan
sewajarnya. Kesempurnaan „Aqal – al-„Aqlu al-kaamil – akan membentuk tasawwur yang
sempurna mengenai Islam.
2. „Aqal terbentuk berdasarkan kepada kualiti „ilmunya (al-Hadith terdahulu). „Ilmunya akan
membentuk „amalnya (al-Hadith) dan „amalnya bergantung kepada tahqiqnnya (al-Qur‟an
- mukhlasin). Ini dapat dijayakan dengan kerjakuat: fal ya‟ma ‟l „aamiluun (Saffat:61).
3. „Aqal Integrasi - al-„aqlu al-kaamil, dapat membentuk tawaazun dan wahdah dalam
peribadi manusia. Islam menolak „aqal juz`i dan „aqal diabolik, kerana kedua-duanya
akan membawa kepada kemusnahan peribadi.
4. Dalam konteks Dakwah, pembinaan „Aqal Integrasi - al-„aqlu al-kaamil, amat daruri
kerana ia akan memberi keseimbangan dalam berfikir dan bertindak. Ketiadaan „aqal jenis
ini menyebabkan kerja-kerja dakwah lemah dan senget. Ia sudah tidak diberi perhatian
serius lagi oleh para pendakwah seperti mana mereka meninggalkan rabbaniyyah dan
siddiqiyyah. Dan yang malang lagi, ada sesetengah da„i, dibuai Iblis-Syaitan, mengenai
khayalan masa lalu dan angan-angan kosong (al-Nisa‟:119) masa depan dan ditipu syaitan
(al-Nisa‟: 120). Konsep al-Waqt tidak dimanfa„at.
5. „Aqal Integrasi – al-„aqlu al-kaamil dalam pengertian sebenar akan dapat membawa
kepada keta„atan dan mendekatkan kepada Allah dan menghindar dari maksiat dan
kemungkaran serta akan membawa kepada kesempurnaan iman. Ia merupakan tiang
ugama paling kukuh dan sebagai kenderaan dalam mujahadah. Ia juga menyebabkan takut
kepada Allah, yang akan membawa kepada kesempurnaan „amal dan akan dikasihi-Nya.
6. MUAFAKAT perlu menjana pembentukan „Aqal Integrasi -„Aqal al-kaamil, kerana „aqal
inilah saja yang dapat membentuk peribadi yang unggul yang nantinya akan melimpah
keluar dan membentuk persekitaran yang solih yang menjadi bekas turunnya rahmat Ilahiy
dalam menggalas kerja Dakwah. Amiin.
wa ma tawfiqi illa billah
Haji Ismail Mina Ahmad
Mac 2010 (kemaskini 8 April 2010)