Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'Irah

5
Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'irah by Hasdi Ben on Saturday, July 24, 2010 at 4:04pm Sumber: Al-Subki.com Pada kurun ketiga hijrah lahirlah al-Imam Abu Hassan al- Asy’ary .Beliau bertanggung jawab mengumpul dan merumuskan dengan rapi Aqidah Ahli Sunnah Wa al Jamaah.[1] AHLI SUNNAH AL-ASYA'IRAH. Golongan yang bera’qidah mengikut apa yang telah dirumuskan oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari dikenali sebagai Asya’irah.Kalimah Jama’ Asy’ari. Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu Tauhid, walaupun begitu terdapat setengah golongan yang ingkar berpunca dari kejahilan mereka tentang hakikat mazhab Asyai’rah terutama dalam memahami sifat-sifat khabariah.[2] Al-Asyairah : mereka adalah merupakan tokoh-tokoh pembawa panji- panji kebenaran daripada Ulama’Muslimin yang ilmu mereka memenuhi bumi dari timur sampai ke barat.[3] Diantara mereka yang disebutkan oleh Sayyed Muhammad Alawi Al- Maliki sebagai tokoh-tokoh Ulama’ yang ilmunya memenuhi muka bumi ini : 1-Shaikh al-Islam Ahmad ibn Hajar al-Asqalany, pengarang kitab Fath al-Bary ala syarh al-Bukhary. 2-Al-Imam Al-Nawawy , pengarang kitab syarkh sahih muslim. 1

Transcript of Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'Irah

Page 1: Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'Irah

Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'irah

by Hasdi Ben on Saturday, July 24, 2010 at 4:04pm

Sumber: Al-Subki.com

Pada kurun ketiga hijrah lahirlah al-Imam Abu Hassan al-Asy’ary .Beliau bertanggung jawab mengumpul dan merumuskan dengan rapi Aqidah Ahli Sunnah Wa al Jamaah.[1]

AHLI SUNNAH AL-ASYA'IRAH.

Golongan yang bera’qidah mengikut apa yang telah dirumuskan oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari dikenali sebagai Asya’irah.Kalimah Jama’ Asy’ari.

Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu Tauhid, walaupun begitu terdapat setengah golongan yang ingkar berpunca dari kejahilan mereka tentang hakikat mazhab Asyai’rah terutama dalam memahami sifat-sifat khabariah.[2]

Al-Asyairah : mereka adalah merupakan tokoh-tokoh pembawa panji-panji kebenaran daripada Ulama’Muslimin yang ilmu mereka memenuhi bumi dari timur sampai ke barat.[3]

Diantara mereka yang disebutkan oleh Sayyed Muhammad Alawi Al-Maliki sebagai tokoh-tokoh Ulama’ yang ilmunya memenuhi muka bumi ini :

1-Shaikh al-Islam Ahmad ibn Hajar al-Asqalany, pengarang kitab Fath al-Bary ala syarh al-Bukhary.

2-Al-Imam Al-Nawawy , pengarang kitab syarkh sahih muslim.

3-Shaikh al-Mufassirin al-Imam al-Qurtuby pengarang kitab al-Jami’ li ahkami al-Quran.

4-Shaikh al-Islam Ibn Hajar al-Haitamy pengarang kitab al-Zawajir an iqtiraf al-kabair.

5-Shaikh al-Fiqh wa al-hadith al-Imam al-Hujjah Zakariyya al-Ansyary.

6-Al-Imam Abu Bakar al-Baqillany.

7-Al-Imam al-Asqalany.

8-Al-Imam al-Nasafy.

1

Page 2: Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'Irah

9-Al-Imam al-Syarbiny.

10-Abu Hayyan al-Nahwy.

Mereka ini semuanya adalah dari Imam-Imam Asya’irah yang diperakui kebenaran ilmu yang dibawa.[4]

IMAM ABU HASSAN Al-ASY’ARI

Nama beliau ialah Ali bin Ismail .

Lahir di Basrah pada 260h/270h.

Kemudian wafat di Baghdad dan disemadikan di antara Karkh dan Bab al-Basrah pada 324h/333h/330h pada usia 64 tahun.

Beliau bernasabkan dari sahabah jalil Abu Musa al-Asy’ary.

Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir menyatakan beliau adalah mujaddid kurun yang ke-3 selepas Imam Shafe’.

Mempunyai karangan melebihi 200 judul, sebahagiannya sampai kepada kita dan sebahagiannya hilang.

Terdapat sebahagian kitab-kitab beliau ditahrif oleh golongan Mujassimah/Musyabbihah seperti al Ibanah .

Pada awalnya beliau berguru dengan Abi ‘Ali al-Jubai yang berfahaman Mu’tazilah.Kemudian Allah memberi hidayah sehingga beliau meninggalkan fahaman tersebut dan menjadi benteng yang kuat untuk mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah.[5]

PERSAKSIAN PARA ULAMA

Terdapat terlalu banyak persaksian para ‘Ulama’ terhadap kebenaran golongan ‘Asya’irah , sebahagiannya:

1- Kitab Ittihaf Sadat al-Muttaqin oleh Imam al-Zabidy (syarkh Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazaly).[6]

“Apabila disebutkan golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham ‘Asy’ary dan faham Abu Mansur al-Maturidy”.

2

Page 3: Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'Irah

Ini satu isyarat yang jelas dari Imam Zabidi berhubung siapakah Ahli Sunnah wa al Jamaah yang tulin!!

Golongan ini sebenarnya tidak menyenangi banyak kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Ihya’ Ulumuddin kerangan Imam Ghazali kerana tidak memihak kepada apa yang mereka perjuangkan.

Lalu mereka berusaha keras mencari dalil sebagai bahan bukti untuk mengendorkan kenyakinan umat Islam dengan mempersenda-sendakan tulisan al Imam yang agung ini seperti mengatakan terdapat banyak hadith-hadith dha’if dan maudhu’.

Tetapi kalau kenyataan didalamnya memihak dengan apa yang mereka perjuangkan ,pastinya mereka akan memuja dengan keterlaluan sebagaimana mereka memuja Ibnu Taymiyyah al Harrani dan mereka yang sealiran dengannya.

2- Kitab Risalah al Mu’awanah wa al muzaharah wa al muazarah oleh Abdullah ‘Alawy al Haddad.[7]

“Kebenaran itu jelas terpancar pada golongan yang dikenali sebagai al ‘Asy’ariyyah….. “

3- Kitab al Bayan oleh al Ustaz al Doktor ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir ).

“…’Aqidah Nabi s.a.w dan para sahabah adalah ‘aqidah Asya’irah .[8]

Dikatakan kebanyakkan qiraat Nabi s.a.w dalam membaca al Quran adalah qiraat Nafe’ walaupun Nabi tidak pernah bertemu Nafe’.Namun ulama’ menisbahkan bacaan Nabi dengan qiraat Nafe’.

Kalau begitu tidak lah menjadi kesalahan untuk menisbahkan aqidah Nabi dan para sahabah dengan aqidah Imam Asy’ary.

Ini kerana aqidah yang dirumuskan oleh Imam al Asy’ary adalah aqidah yang menjadi pegangan Nabi s.a.w dan para Sahabah.

4- Dr Sa’ed Ramadhan al Buthy dalam khutbahnya yang dipaparkan di laman web beliau yang bertajuk “al Asya’irah wa al Maturidiyyah” [9]

“Siapakah Asya’irah dan Maturidiyyah?mereka adalah lisan yang menterjemahkan “Aqidah sawad al a’zam”(mejoriti Ulama’) dan Rasul s.a.w memerintahkan umatnya agar berpegang dengan pegangan majoriti.[10]

Dari penjelasan Dr Saed Ramadhan al Buty jelas beliau menyatakan yang dimaksudkan didalam hadith Rasulullah s.a w sebagai “sawad l a’zam” (majoriti Ulama’) adalah “Asya’irah dan Maturudiyyah”.

3

Page 4: Aqidah Ahlus Sunnah Al-Asya'Irah

Beliau juga menekankan betapa dharurahnya kita berpegang dengan “sawad al a’azam” berdasarkan perintah Rasulullah s.a.w yang menyebutkan “’alaikum bi al sawad al a’azam” yang bermaksud :hendaklah kamu berpegang dengan amalan menjoriti ulama’.

[1] I’tiqad Ahlussunnah wal-jama’ah-K.H Sirajuddin Abbas,halaman 2.

[2] Al-Bayan-Dr Ali Jumaah, halaman 131.

[3] Mafahim Yajib An Tusahhah-Sayyid Muhammad Alawi al_Maliki, halaman 54.

[4] Al-Mafahim yajib an tusahhah-Sayyed Muhammad Alawy Al-Maliky.,halaman 55

[5] Aqidah al Imam al Asya’ary-Mustafa Alawy al Attas, Maktabah Dar al Usul ,Jumhuriyyah al Yamaniyyah Trim Hadr Maut.

[6] Ittihaf Saddat al Muttaqin-Ghazali , halaman 6 , jilid 2.

[7] Risalah Mu’awanah…halaman 41.

[8] Al Bayan lima Usyghil al- Azhan –Dr Aly Jum’ah, halaman 138.

[9] Khutbah Jum’at –Dr Sa’ed Ramadhan al Buty, web , www.buty.com.

[10] www.buty.com

Semoga kita semua memperoleh Taufik dan Hidayah dari Allah SWT dan ilmu yang bermanfaat dari ini.

4