ARAB SA ‘UDI MODEN.pptx

download ARAB SA ‘UDI MODEN.pptx

of 42

Transcript of ARAB SA ‘UDI MODEN.pptx

ARAB SA UDI MODEN:

ARAB SAUDI MODEN:KEMUNCULAN, PEMBANGUNAN & PENGARUH BARAT

Oleh Prof. Madya Hj. Fadhlullah Jamil

PETA ARAB SAUDI MODEN DAN JIRAN-JIRANNYA

PETA ARAB SAUDI TEMPAT-TEMPAT YANG PENTING

Pengenalan:Arab Saudi moden diasaskan oleh Amir Abdul Aziz ibn Abdul Rahman al-Saudi (bergelar Ibn Sa ud). Berketurunan Amir Muhammad ibn Saud, pengasas Dinasti Sa udi yang pertama.Namun, pihak Eropah menggelarkannya Ibn Sa ud & ini menjadi ikutan seluruh dunia hingga kini.Negara moden ini ditegakkan selepas runtuhnya Kerajaan Arab Sa udi kedua yang digulingkan oleh Dinasti Rashidi, wakil Sultan Turki Uthmaniyyah.Amir Abdul Aziz dilahirkan pada 1880 di al-Riyadh, Nejd atau Arabnya disebut, Nejed (wilayah Arab Tengah).Semasa, beliau masih muda, ayahnya telah digulingkan oleh al-Rashidi dari Hail, Nejed. Al-Rashidi adalah wakil kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul.

Keluarga Saudi telah berlindung di istana Shaikh Mubarak al-Sabah (sebut, as-Sabah), Raja Kuwait.1901 - dia (21 tahun) bersama 40 orang pengikutnya keluar dari Kuwait dengan azam untuk menakluki kembali bekas kerajaan keluarganya.Dalam suatu serangan mengejut pada waktu malam, dia berjaya menakluki al-Riyadh dan membunuh gabenornya (ahli keluarga al-Rashid).1905 beliau berjaya mengukuhkan kuasanya di Nejed Tengah kerana Empayar Uthmaniyyah telah menjadi semakin lemah diasak oleh kuasa-kuasa Eropah yang diketuai oleh Great Britain. Britain & sekutunya mahu hancurkan kuasa Islam & Uthmaniyyah sekali gus.Selepas berjaya menundukkan para pemimpin kabilah, Ibn Saud telah membentukkan beberapa Hijrah (perkampungan) yang serba lengkap.

Hijrah (jamanya, hujjar) adalah perkampungan yang didirikan bagi menukarkan kehidupan kaum Badwi yang berpindah randah kepada kehidupan tetap (bermukim). Ia juga bermakna berpindah daripada keadaan buta huruf (illiterate) kepada celek huruf (literate) seperti yang dituntut oleh Islam!Sebanyak 200 buah hujjar telah didirikan di Nejed.Tujuannya - utk. memperkukuhkan gerakan membela Islam dan juga kuasa Saudi dalam perikatan (kerjasama) antara keluarga Saud dengan keluarga Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Sh. Ibn Abdul Wahhab - seorang mujaddid (reformis ) Islam.Ajaran Wahhabi (Wahhabiyyah):Keyakinan & Amalan Islam mengikut ajaran Ibn Abdul Wahhab (Wahhabi) sahaja yang perlu ditegakkan! Huraian Islam yang lain adalah sesat!

Wahhabi sebenarnya tidak sesat! Hanya tegas (keras) dalam pendekatannya dan menekankan beramal ikut al-Quran dan Sunnah secara ketat (rigid @ syadid). Adakala, ia utamakan soal furu (ranting agama). Dia mengira yang utama soal Tauhid, tiada kompromi, yakni seperti ajaran Islam yang sebenarnya! Oleh itu, Wahhabi tolak amalan al-istiazah (ajaran mencari perlindungan dan menaruh harapan kepada pihak selain Allah); menolak bid ah (rekaan dalam aqidah dan ibadat) sebagai sesat!Jadi, ia tolak pemujaan para wali dan menziarah kubur (maqam) para tokoh Sufi. Lawat kubur hanya boleh (dibenarkan) untuk ingat Allah dan hakikat kematian (ingat balasan Akhirat, supaya manusia jadi baik). Sumpah hanya kerana Allah sahaja, tidak boleh minta bantuan wali, bomoh, perantaraan (medium) dan sebagainya. Bertindak bukan kerana Allah = kafir, iaitu syirik, melainkan seseorang itu kembali bertaubat!

Ibn Abdul Wahhab umat Islam boleh selamat dan maju jika mengikut al-Quran & Sunnah dalam segala hal agama, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.Umat Islam boleh jadi kafir atau hampir kepada kekafiran jika mereka menolak ajaran Tauhid atau secara sedar mengamalkan bid ah dalam hal ibadat.Kubur mesti dibina secara sederhana, tanpa hiasan tembok atau struktur yang melambangkan kemegahan (kebesaran) seseorang itu.Umat Islam mesti tolak tahayyul & khurafat dan sebaliknya mengamalkan ijtihad (gunakan akal) dalam menyelesaikan masalah muamalat (transaksi masyarakat). Namun, ijtihad mesti ditangani oleh ulama bukan sesiapa sahaja.Umat Islam mesti laksanakan amar ma ruf (menyuruh yang baik) dan nahyu anil mungkar (mencegah yang mungkar). Contohnya, Islam menekankan salat berjemaah dan pembayaran zakat (amalan baik); mengharamkan rokok dan dadah (amalan buruk serta sesat).

Tidak boleh memuja para wali (saints) atau orang suci (holy men). Golongan Wahhabi hanya berbeza dengan mazhab Ahli Sunnah (Sunni ) yang lain dalam hal furu (ranting agama) dan bukan dalam soal asas (fundamental). Jadi, ia tidak sesat. Tetapi, Syi ah memangnya sesat!Sebelum mewujudkan perkampungan, Ibn Saud telah membentuk kumpulan Ikhwan (pejuang Islam yang terikat dengan Wahhabisme). Golongan Wahhabi (Ikhwan) yang asalnya Badwi ini dididik agar taat kepada Ibn Sa ud dan Islam semata-mata.1913: dengan bantuan Ikhwan, Ibn Sa ud telah menakluki al-Ahsa (al-Hasa) membuka negaranya kepada perdagangan antarabangsa dan juga hubungan dengan luar negeri melalui Teluk Parsi.

Penaklukan al-Ahsa juga penting kerana kemudiannya di wilayah itu dijumpai hasil minyak (1930-an) yang seterusnya memperkayakan Arab Sa udi hingga kini.Juga dengan perluasan kuasanya ke al-Ahsa, Ibn Sa ud mula berhubung dengan British (penjajah) yang berminat untuk mengukuhkan kuasanya di kawasan Teluk Parsi dan negara-negara Timur seperti Iran, India dan seterusnya hingga ke Asia Tenggara dan kepulauan di Nusantara serta Hong Kong. British mesti agung & kuat (supreme).

British lebih suka bersahabat dengan Ibn Sa ud berbanding dengan Empayar Uthmaniyyah kerana bimbang terhadap kekuatan kerajaan itu & pengaruh Jerman, sekutu Uthmaniyyah, akan menjadi kuat dan mencabar kuasanya.

1921: Ibn Sa ud akhirnya menewaskan musuhnya Ibn Rashid dan menghapuskan pengaruh Uthmaniyyah di Nejd. British membantu dengan wang & senjata (1,300 senapang). Wakil British (Sir Percy Cox) menentukan garis perbatasan antara Arab Sa udi dengan Kuwait, Bahrain, Negara-Negara Teluk & Yaman (ikut kepentingan British sendiri). British membantu juga Ibn Sa ud menewaskan penentangnya, Duwaish Jiluwi dari Nejed yang anti-Barat.

Ibn Saud juga menumpukan tenaganya untuk menghapuskan pengaruh keluarga Sharif (Sharif Husain) di Hijaz yang bersekongkol dengan British dalam menentang Kerajaan Uthmaniyyah. Umat Islam umumnya menolak Sharif Husain kerana dia (belot) bekerjasama dengan British dalam memerangi Sultan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama (1914 1918). Sharif Husain menggerakkan Pemberontakah Arab pada 1917 dengan dokongan British.Sementara itu, perang telah berlaku antara Ibn Sa ud dengan Sharif Husain (yang dinasihati Lawrence of Arabia, wakil British).

1925: dengan persetujuan British secara senyap, Ibn Sa ud (yang dibantu Captain William Shakespeare, agen British) berjaya mengalahkan Sharif Husain (Gabenor Makkah) dan mengusirkan keluarga Sharif (Hasyimiyyah) keluar dari Tanah Arab buat selama-lamanya.

Tapi, untuk kepentingan penjajahan, British juga membantu (menaungi) Keluarga Hasyimiyyah untuk menegakkan negara-negara baru, iaitu Jordan (Urdun) dan Iraq moden. Dalam semua hal ini British yang untung dan umat Islam yang rugi!.

Kuasa umat Islam dihancur dan dikekang! Palestine diuruskan British (1922) untuk pihak Yahudi Zionis dengan kerjasama Liga Negara-Negara (kawalan U.S.), minyak dikuasai mula pada 1930-an dan lantaran itu kawalan politik, tentera serta ekonomi ditegakkan!Perang Dunia Pertama wilayah-wilayah Islam buat pertama kali dikucar-kacirkan dan dikuasai oleh Barat (British, Perancis, Itali dan sebagainya).Kini (abad ke-21) dgn. cara sama (dalam fasa ketiga), Amerika dan sekutu Eropahnya serta Israel menganyang & memotong negara-negara Islam seluruhnya untuk kepentingan mereka sendiri!

Selepas menewaskan Sharif Husain, Ibn Saud menegakkan kuasanya di Hijaz dan prestijnya berkembang. Misalnya, sebagai Khadim Haramain (Penjaga Dua Bandar Suci, iaitu Makkah & Madinah) dia mengetuai seluruh umat Islam & beroleh kekayaan melalui tugas mengurus Haji serta perdagangan yang datang bersamanya. Pada waktu yang sama, hubungan Sa udi dgn. dunia luar menjadi semakin luas.

Namun, suasana baru, menjadikan Arab Sa udi bersikap lebih prakmatik dan membuat perubahan yang adakalanya bertembung dengan ajaran Islam dan aspirasi Wahhabi yang sebenarnya. Sejak itu, bermulalah pertembungan kuasa dengan Ikhwan.Pihak Ikhwan marah kerana Ibn Saud mula berkompromi dengan Kafir (British)dan bertoleransi dengan umat Islam dari luar (Syiah) dan Qadiani (India/Pakistan) yang sebenarnya sesat.Namun, pemberontakan puak Ikhwan telah dihancurkan oleh Ibn Sa ud pada 1930. Setelah berjaya melumpuhkan kekuatan Ikhwan, Ibn Saud memenangi hati saki bakinya dengan bantuan material. Walau bagaimanapun, penentangan ala Ikhwan tetap muncul semula sekitar tahun 1970-an dan kemudiannya dengan gerakan al-Qaedah.

Modernisasi, Ketegangan dan Kontradiksi

Bermula 1921, Ibn Sa ud menggunakan gelaran Sultan di Nejed. Berikutnya, baginda menumpukan perhatiannya kepada pembangunan dan modernisasi.Walaupun, Wahhabiyyah diisytiharkan sebagai mazhab pegangan negara dan al-Quran diproklamasikan sebagai asas Perlembagaan dan Sunnah juga diterima sebagai panduan negara, namun pindaan tetap dibuat dalam aspek politik, ekonomi dan sebagainya. Hal ini, memang tidaklah pernah diakui dan Arab Saudi juga cuba memperlihatkan gambaran Islamnya dengan menunaikan beberapa aspek hudud dan pengurusan Haji.

Melalui cengkaman kuasa dengan bantuan kaum keluarga Sa udi dan konco-konconya yang diberi kemewahan dan pangkat (suatu bentuk rasuah) dan juga kawalan tentera melalui kerjasama sekutu Baratnya British dan berikutnya Amerika, Ibn Saud berjaya menegak & mengekalkan kuasa serta membuat perubahan yang dia sendiri mahu.Perubahan dapat dibuat selepas Ibn Sa ud berjaya mengatasi penentangan ulama dan pasukan Ikhwan. Ulama diatasi melalui perbincangan (yg diputar-belit) , manakala Ikhwan dihancurkan sama sekali.

Antara Pembaharuan yang dibuat:Penggunaan kereta sbg. pengangkutan di Riyadh, ibu negeri Sa udi, pada akhir 1920-an. Lebih bagi kerajaan.Ibn Sa ud juga guna kereta (motor-car) untuk pergi memburu di kawasan padang pasir & menyelesaikan soal-soal pentadbiran yang dilakukan bersama para pegawainya di kem-kem rehat yang sering bertukar. Biasanya, fail-fail dan surat-surat rasmi di bawa untuk perbincangan di kem-kem itu. Tiada pejabat yang tetap. Motor-kar juga bukan untuk pengangkutan rakyat kemewahan Ibn Sa ud & penyokongnya!Hanya selepas Perang Dunia Kedua, barulah Ibn Sa ud mempunyai sebuah arkib untuk menyimpan dokumen-dokumen dan surat-surat rasminya. Jadi pentadbiran pada mulanya tidak teratur!

Kementerian-kementerian bercorak moden hanya dibina kemudiannya secara berperingkat-peringkat.Biasanya, pihak raja bertemu rakyat dalam majlis untuk berbicara seolah-olah rakyat diberi peluang untuk mengeluarkan pandangan mereka. Tetapi, hakikatnya pihak raja yang membuat segala keputusaan. Kedudukan Ibn Sa ud menjadi kuat dengan sokongan para pembesar dan pemimpin kabilah yang diikatkannya dgn. baginda melalui perkahwinan, kenduri (jamuan) diraja, pemberian pencen dan hadiah-hadiah lumayan.Jadi, demokrasi sebenarnya tidak berfungsi, meskipun syura diadakan di kalangan keluarga Sa udi hanya utk. ambil hati rakyat.Raja seterusnya berkuasa secara mutlak dgn. dokongan keluarganya dengan segala kemewahan. Begitulah sistem politik Saudi hingga kini (bercorak feudal Arab), walaupun mereka bercakap tentang Islam & dasar Wahhabi. Keadilan yang sebenarnya tidak terjamin.

1932 - Kerajaan Di Raja Arab Saudi (Al-Mamlakah al- Arabiyyah as-Saudiyyah) telah diisytiharkan dgn perlindungan British.Dgn, itu juga, sebuah Komite Politik telah dibentuk terdiri drp. Raja (al-Malik), segelintir amir (putera di raja) dan beberapa orang penasihat asing serta pegawai utk. urus hal ehwal negara.Antara penasihat asing itu Hafiz Wahbah (Mesir), Khalid al-Hakim & Yusuf Yasin (Syria), Fuad Hamzah (Lubnan), & St. John Philby (Abdullah, seorang Inggeris Muslim yang asalnya agen British). Namun, soal kewangan Ibn Sa ud bincang sendiri (secara tertutup) dgn. Penasihat utamanya, Abdullah b. Sulaiman (Menteri Kewangan). Gerakan Ikhwan dihancurkan dgn. sokongan kewangan para peniaga kaya yg. mempunyai hubungan rapat dengan Ibn. Sulaiman (Menteri Kewangan)! Peniaga kaya tidak kukuh pegangan agama (kira untung, yakni keduniaan).

Di Arab Saudi menjadi tradisi yang para peniaga kaya patut membiayai apa sahaja keperluan keluarga di raja. Sokongan kewangan bererti ta at!Pada 1920-an & 1930-an zakat dipungut sbg. cukai utama.Selain itu, ekon. Sa udi dikuatkan dengan kutipan 8% cukai ke atas barang-barang perniagaan dari al-Ahsa dan Hijaz.Di bawah Ibn Sa ud, hanya beberapa kementerian telah diasaskan.1932: selain Komiti Politik, hanya terdapat Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Luar. Pada 1944, baru wujud Kementerian Pertahanan sepenuhnya.1930-an, tiada Kementerian Hal Ehwal Agama. Ibn Sa ud hanya berbincang dengan ulama dalam Majlis Syura mingguan. Melalui persidangan ini banyak isu diselesaikan antaranya, penggunaan kereta, kapal terbang, talipon dan kedatangan misi Amerika utk. mencari-gali minyak pada tahun 1933.

Secara ini, ulama (yang lemah) telah menerima pendapat Ibn Sa ud dan keadaan ini umumnya terus berlaku dalam masyarakat Saudi hingga kini.Perang Dunia Kedua (1939 - 1945): Perkembangan ekonomi negara Sa udi mula mendapat banyak cukai drp. minyak. Orang luar Amerika dan Barat yang lain masuk secara beramai-ramai bagi mengurus hal minyak dan memberi khidmat teknikal. Arab, malangnya tiada ilmu yang lengkap, meskipun Islam menekankan pentingnya ilmu dalam setiap aspek kehidupan! Malangnya, tidak ramai antara mereka yang mahu belajar! Kadar buta huruf tinggi! Dgn perkembangan yang baru itu - materialisme (suatu produk dari tamadun Barat) & sekularisme terus menular ke Arab Sa udi, terutamanya di kota-kota besar seperti Jiddah dan Dahran!

Salah satu masalah yang dihadapi oleh Ibn Sa ud pada awal pemerintahannya ialah pemberontakan Ikhwan yang tidak bersetuju dengn program-program pembaharuan.

Misalnya, mereka menentang usaha beliau memperkenalkan mesin-mesin baru & peralatan seperti perkhidmatan taligraf, talipon, radio dan sebagainya. Ikhwan juga menentang keras segala perundingan yang diadakan oleh pihak kerajaan Sa udi dengan kafir, iaitu penjajah British yang berpengaruh di sekitar kawasan Teluk Parsi dan daerah utara Semenanjung Tanah Arab.

Dalam hal ini, Ikhwan sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan. Ibn Sa ud juga turut bersalah!

Ikhwan dalam pendidikan mereka tidak terdedah kepada hal ehwal dunia moden, sedangkan Islam menuntut supaya semua umat Islam perlu didedahkan kepada ilmu fardhu ain & fardhu kifayah. Meskipun Ibn Sa ud sering bercakap bahawa Islam adalah sebuah agama dan cara hidup yang sempurna, namun beliau tidak berusaha untuk memajukan sebuah sistem pendidikan yang kemas lagi jitu mengikut acuan Islam yang sebenarnya.Sebaliknya, sistem feudal & dan pengalaman hidup cara Badwi yang ditonjolkannya, walaupun dia lebih cerdik & dan bijak berbicara berbanding dengan rakyat Badwi (Ikhwan) tempatan.Mengenai hal ini, Muhammad Asad (asalnya, Leopold Weiss, Yahudi), seorang tokoh ilmuan Muslim dan diplomat terkemuka, telah menyatakan bahawa kekeliruan telah wujud dalam fikiran Ikhwan tentang maksud bid ah (innovasi atau ciptaan baru).

Ini kerana mereka diberi ilmu yang minima, melibatkan aqidah, jihad dan ibadat-ibadat (ritual) dan tiada faham tentang soal dunia dan perkembangan yang sedang berlaku di luar Tanah Arab.

Ikhwan tidak dididik dan dilatih dengan sempurna untuk hidup dalam dunia moden. Yang ditekankan ialah hanya asas-asas Islam dan taat setia kepada Ibn Sa ud.

Dalam Islam, Allah menegaskan dengan jelasnya:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al-Qasas: 77).

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:Sebaik-baik manusia ialah seorang yang benar-benar beriman dan dia bekerja untuk kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Sunan Ibn Majah, vol.2, hlm. 725).Umat Islam mesti hidup mengikut acuan Islam dan dididik menurut al-Quran & Sunnah dan bukan dikongkong dengan adat tempatan yang adakalanya sesat dan merugikan atau ikut kesesatan Barat.Pada mulanya tiada masalah kerana Ikhwan terlibat hanya dengan jihad (dalam konteks perang fizikal) memerangi kabilah-kabilah di gurun pasir dan menguatkan kedudukan Ibn Sa ud.Masalah mula timbul dengan penaklukan Hijaz antara tahun 1924 25 yang menyebabkan rakyat Sa udi berhubung dengan dunia luar, termasuk orang kafir.

Keadaan ini membawa perubahan dan perkembangan baru yang mencetuskan cultural shock (kejutan budaya) kepada rakyat Saudi (termasuk Ikhwan) yang hanya biasa dengan corak hidup tradisional (Badwi) yang sempit dan tertutup.Dengan pendidikan yang terhad & condong ke arah penafsiran Islam yang literal dan semangat jihad yang berkobar-kobar menyebabkan golongan ini bukan sahaja menolak pembangunan moden, malah melihat segala perkembangan baru itu dengan rasa jijik & bahaya kepada iman.Dengan itu, mereka bertindak ganas tanpa sebarang kesabaran apabila mereka melihat amalan-amalan baru yang adakalanya bersifat tidak Islami atau jelek di Jordan dan Iraq sehingga membawa masalah kepada pihak British dan Ibn Sa ud sendiri.

Dalam pada itu, Ibn Sa ud juga gagal membina sebuah masyarakat Islam yang benar-benar tersusun dengan persamaan (equality @ musawah) dan keadilan (justice @ al- adl) menurut tuntutan Islam.

Perhambaan masih wujud pada zamannya dan hanya dihapuskan secara rasmi oleh penggantinya yang kedua, al-Malik Faisal, pada tahun 1964. Rakyat Muslim asing, termasuk Melayu, tidak dilayan dengan penuh mesra sebagai saudara Islam yang sepatutnya. Hak mereka tidak sama dengan warga Arab.

Kabilah-kabilah yang menyokongi kerajaan monarki Sa udi dan yang terikat dengan Ibn Saud melalui perkahwinan atau keturunan (kabilah yang sama) memangnya menerima layanan yang istimewa. Misalnya, keluarga Saudi dan Sudairi mempunyai kedudukan politik & sosial yang paling tinggi. Tetapi, mereka yang lain, termasuk penduduk kota-kota yang berketurunan bukan Arab, ada masanya menghadapi diskriminasi dan gangguan serta layanan kasar polis-polis Sa udi. Hal ini, ada juga berlaku kadangkalanya pada masa kini bagi orang yang melakukan umrah.

Al-Malik Abdul Aziz (Ibn Saud) juga mengabaikan pendidikan bagi putera-puteranya sendiri, meskipun Islam mewajibkan pendidikan bagi semua penganutnya & menuntut agar pendidikan serta latihan diberi kepada umat Islam supaya mereka menjadi hamba-hamba Allah yang berilmu lagi berguna dan berakhlak mulia dalam menjaga pergaulan antara sesama manusia. Allah telah berfirman dalam wahyu-Nya yang pertama: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Islam (lelaki mahupun wanita). Riwayat Bukhari dan Muslim).Dan, Yang paling baik antara manusia sekelian ialah dia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. (al-Hadith).Golongan wanita juga, termasuk keluarganya sendiri, tidak diberi sebarang pendidikan, selain asas-asas agama & tiada diberi peluang untuk berperanan dalam masyarakat. Adat yang begini memangnya tidak selari sama sekali dengan kehendak Islam. Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. cukup cerdik dan berperanan dalam masyarakat Khadijah menasihati Nabi & berniaga, Aisyah & Hafsah pernah mengajar sebagai guru & menjadi rujukan, termasuk lelaki dalam hal hukum-hakam.

Ibn Sa ud juga tidak menyediakan para puteranya untuk memimpin dengan baik sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Daripada semua anak-anaknya, iaitu serama 40 orang, hanya Amir Faisal yang kemudiannya menjadi al-Malik (Raja) Sa udi (1964 1975) yang menunjukkan kepimpinan yang berkesan dan berkaliber serta bermoral seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Sejak zaman mudanya, Amir Faisal yang berpendidikan agama secara mendalam melalui bimbingan datuknya daripada sebelah ibunya sendiri, telah terlibat dengan politik tempatan dan antarabangsa.Dalam hal politik memangnya mengejutkan kerana Faisal yang tidak pernah terdedah kepada pendidikan Barat dapat menjalankan perbincangan dan menjalankan tugasnya dengan baik sebagai wakil kepada bapanya dalam beberapa siri persidangan antarabangsa dengan kuasa-kuasa Barat.

Ibn Sa ud juga banyak membazirkan harta dan mengawal segala kekayaan negara, termasuk minyak, seperti harta milik bapanya sendiri. Hal ini sama sekali berlawanan dengan tuntutan Islam yang menghendaki segala kekayaan yang diperolehi digunakan secara saksama bagi menjaga kepentingan umat Islam, terutamanya yang miskin dan melarat. Allah telah berfirman:

...supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang yang kaya sahaja antara kamu. (al-Hasyr:7).

Pembaziran berlaku apabila kenduri besar-besaran diadakan di istana dan di daerah-daerah luar dari Riyadh bagi menarik sokongan ketua-ketua kabilah dan melalui hadiah-hadiah (rasuah) kepada para penyokongnya. Istana-istana & kekayaan untuk ahli keluarga & penyokong.

Sistem monopoli seperti dalam pemerintahan feudal dan kapitalisme Barat adalah haram dan dilarang sama sekali oleh Islam. Bagi Islam semua orang mempunyai hak yang sama asalkan perkara yang dikehendaki (dituntut ) itu sah & halal di sisi Allah!

Walau bagaimanapun, penafsiran yang terlalu ketat (rigid) dan literal mengenai Islam seperti yang dilakukan oleh sebahagian besar ulama Saudi menyebabkan ajaran Wahhabi menjadi tidak popular, malah ditakuti, di luar negara Sa udi sendiri pun. Barat & musuh juga buat fitnah!

Selanjutnya, terdapat sebahagian ulama Sa udi yang terlalu fanatik hingga enggan mengakui ajaran-ajaran mazhab Sunni (Ahlus Sunnah) yang lain dan terus mengutuk semuanya habis-habisan. Ini adalah keterlaluan kerana ulama lain pun memutuskan sesuatu hal mengikut al-Quran & Sunnah dan melakukan ijtihad yang diterima sebagai sah oleh majoriti (jumhur) ulama.

Dengan sebab sikap yang sempit itu, maka golongan ini tidak dapat mengadakan hubungan yang baik lagi sihat dengan para ulama yang mutabar dan dihormati daripada kalangan para tokoh Sunni di Mesir, Syria dan sebagainya.Lantaran itu, hingga kini ulama Sa udi lebih ramai yang dicengkam oleh sifat jumud (beku) kerana sedikit sahaja soal ijtihad dalam isu-isu Zaman Moden yang disentuh (dikendalikan) oleh mereka. Misalnya, soal-soal ekonomi seperti Bank Islam, takaful (insuran Islam), ar-rahnu (pajak gadai Islam) dan sebagainya, isu-isu perkhidmatan perubatan seperti perubatan moden dan juga perubatan herba (homeopathy) amat sedikit yang disentuh oleh ulama Wahhabi.

Sebaliknya, kita dapati ulama Mesir seperti Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, dan Prof. Dr. Muhammad al-Ghazali, Prof. Muhammad Abu Zaharah dan ulama Syria seperti Prof. Dr. Sa id Ramadhan al-Buthi, Prof. Anas Zarqa dan Dr. Wahbah az-Zuhaily telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan Ilmu Fiqh (Fiqah) pada Zaman Moden. Mereka ini alhamdulillah menyentuh soal-soal politik, sosial, ekonomi, sains dan perubatan moden & menangkis kepalsuan-kepalsuan yang disebarkan oleh Yahudi dan Kristian Barat.

Tanpa sumbangan yang demikian, umat Islam di seluruh dunia akan tinggal dalam keadaan beku atau tersangkut (tersekat) kemajuannya dalam menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku sekeliling dunia & terus dijajah.

Keadaan yang demikian, tentu sekali amat dialu-alukan oleh pihak kafir Barat & konconya Zionis Israel yang sesat lagi durjana dan mengukuhkan dakwaan mereka yang sesat dan jahat ini bahawa Islam adalah tidak relevan sama sekali dengan Dunia Moden. Islam tetap hebat & unggul!

Sungguhpun, terdapatnya kegiatan yang melampau dan tercicir daripada ajaran Islam dalam amalan kaum Wahhabi di bawah pimpinan kerajaan Saudi, namun mazhab ini tidaklah sesat atau menjadi kafir seperti ajaran Syi ah. Hanya reformasi perlulah dilakukan dan Dinasti Sa udi perlulah ditukar kepada sebuah kerajaan yang lebih Islami.

Sementara itu, dengan berkembangnya industri minyak & pembangunan ekonomi moden ala Barat, kerajaan Sa udi di bawah kepimpinan Ibn Saud yang tidak mempunyai persediaan apa-apa menjadi terus terperangkap dengan cengkaman kuasa-kuasa imperialis Barat moden dan tersedut ke dalam sistem kapitalis (riba) yang haram di sisi Islam. Kini, U.S. menguasai dasar rejim Arab Sa udi minyak, ekonomi, pertahanan. Itulah hakikat dan trajedinya apabila sebuah kerajaan Arab lebih mengutamakan kehendak dinastinya sendiri dan mengutamakan tradisi Arab lebih daripada menjunjung perintah Allah dan berjuang untuk Islam yang sebenarnya. Namun, Ibn Sa ud hanya berjaya menyatu dan mengamankan wilayah pemerintahannya serta mengaturkan urusan haji dengan baik. Selain itu, pengaruh Barat berkembang, bermula dengan British, diikuti dengan Amerika yang dominan hingga kini, Perancis dan Jerman. Sains & teknikal - Barat kuasai!

U.S. mendapat konsesi minyak sejak 1933. Standard Oil Company of California (kini Caltex) mendapat konsesi selama 60 tahun. 1934 -Syarikat ini bertukar menjadi Arabian Oil Company.1944- Arab-American Oil Company (Aramco) dibentuk. Amerika mengawal kerana ia kuasai bidang sains & teknologi, kewangan dan pengangkutan serta komunikasi.Saudi juga pinjam wang dari U.S, tersedut ke dalam sistem kapitalisme (riba) dan kemudiannya menyertai IMF! Sejak 1943, Amerika sudah menggunakan pengkalan udaranya di Arab Sa udi & hal ini berterusan hingga kini! Dominasi ketenteraan berlaku!

Moga-moga golongan Islam yang lebih baik dan berkemampuan dapat bertapak di Arab Sa udi, insya Allah. Begitu juga bagi dunia Islam! Dengan itu juga, agar pengaruh Barat yang negatif dapat ditamatkan. Perkara yang positif dari Barat mahupun Timur sentiasa diterima oleh Islam, agama Allah yang sebenarnya. Islam adalah untuk kebaikan & keselamatan manusia sendiri bagi dunia & akhirat.

Arab Sa udi bercakap yang ia membela Palestine yang dikuasai & dizalimi Israel, tetapi dia tidak berani mengecam Britain mahupun U.S.A. sejak awal itu lagi (zaman Ibn Sa ud) dan ia berniaga serta menjaga kepentingan Britain mahupun Amerika di dunia! Rakyat Palestine juga tidak dibantu. Jelasnya, Arab Sa udi menjalankan dasar double standard & tidak benar-benar mengikut Islam!

Bibliografi:Almana, Muhammad, Arabia Unified: The Potrait of Ibn Sa ud, London, Hutchinson Benham, 1980.As ad Abu Khalil, The Battle for Saudi Arabia, An Open Media Book, Seven Stories Press, New York, 2004.Badri Yatim, Dr., Sejarah Sosial Keagamaan Tanah Suci, Hijaz (Mekah dan Madinah), 1800 1925, Logos Wacana Ilmu, Jakarta, 1999.Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan, Karisma Publications Sdn. Bhd., Shah Alam, 2007.Holden, David & Johns, Richard, The House of Saud, Pan Books, London & Sydney, 1982.Iqbal, Sheikh Muhammad, Emergence of Saudi Arabia, Srinagar, Saudiyah Publishers, 1977.

- ,The Arab Glory, The Arab Grief, Idarah-i Adabiyat-i Delli, Delhi, 1977.Madawi al-Rasheed, A History of Saudi Arabia, Cambridge University Press, New York, 2002.http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=357078, hlm. 1 8.http://www.fsmitha.com/h2/ch17arab.html, hlm. 1 2.http://www.mykhilafah.com/sautunnahdhah/2694-sn252-arab-saudi-dan-pengkhianatan-keluar..., hlm. 1 4.