Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

12
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ARAHAN AM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2011 GARIS PANDUAN PELANTIKAN DAN PERANAN LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SWASTA MENGIKUT AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 [AKTA 586] TUJUAN 1. Tujuan Arahan am ini adalah untuk memaklumkan garis panduan pelantikan dan peranan lembaga pelawat hospital swasta mengikut kehendak Akta 586. LATAR BELAKANG 2. Akta 586 mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006. SUMBER KUASA 3. Seksyen 104, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk - 3.1. melantik Lembaga Pelawat bagi setiap hospital swasta mengikut peruntukan; 3.2. menentukan terma atau syarat pelantikan Lembaga Pelawat termasuklah pengerusinya, kewajipan dan fungsi mereka dan tatacara Lembaga Pelawat; dan 1/12

Transcript of Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

Page 1: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ARAHAN AM MENTERI KESIHATAN MALAYSIABILANGAN 1 TAHUN 2011

GARIS PANDUANPELANTIKAN DAN PERANAN LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SWASTA

MENGIKUT AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAANKESIHATAN SWASTA 1998 [AKTA 586]

TUJUAN

1. Tujuan Arahan am ini adalah untuk memaklumkan garis panduan pelantikandan peranan lembaga pelawat hospital swasta mengikut kehendak Akta 586.

LATAR BELAKANG

2. Akta 586 mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006.

SUMBER KUASA

3. Seksyen 104, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta1998 [Akta 586] memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk -

3.1. melantik Lembaga Pelawat bagi setiap hospital swasta mengikutperuntukan;

3.2. menentukan terma atau syarat pelantikan Lembaga Pelawat termasuklahpengerusinya, kewajipan dan fungsi mereka dan tatacara LembagaPelawat; dan

1 /12

Page 2: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

, ", \

3.3. menentukan apa-apa elaun bagi kehadiran dan perbelanjaan perjalananmelalui pemberitahuan dalam Warta.

4. Seksyen 102, Akta 586 memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untukmemberi arahan-arahan am yang konsisten dengan peruntukan Akta initentang perjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pegawai yangberkenaan.

PEMAKAIAN

5. Semua hospital swasta yang dilesenkan dengan 50 katil atau yang bersamaandengannya dan ke atas, dan Lembaga Pelawat yang dilantik perlu mematuhiArahan ini.

TATACARA

6. Pencalonan dan Pelantikan Lembaga Pelawat Hospital Swasta

6.1. Keahlian Lembaga Pelawat Hospital Swasta

6.1.1.

6.1.2.

6.1.3.

Keahlian Lembaga Pelawat bagi setiap hospital swastatersebut adalah di antara 5 hingga 25 orang mengikut bilangankatil atau bersamaan dengannya seperti berikut:

No.Bilangan Katil Dilesenkan Bilangan Ahli Lembaga

atau Bersamaan Dengannya Pelawat

(a) 50-99 5 -10 orang

(b) 100-199 6 -15 orang

(c) 200-299 8 - 20 orang

(d) 300 ke atas 10 - 25 orang

Sebaik-baiknya Lembaga Pelawat hospital swasta, hendaklahterdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang pengamalperubatan dan pelbagai bangsa mengikut kesesuaian.

Lembaga Pelawat hospital swasta hendaklah turut disertai olehseorang ahli ex-officio yang terdiri daripada Ketua PegawaiEksekutif hospital swasta atau setaraf dengannya atau wakil

2/12

Page 3: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

. ,,"

. ", ,

tetapnya (tidak termasuk dalam bilangan ahli Lembaga Pelawatseperti perenggan 6,1,1, di atas),

6,2, Kriteria Pencalonan

6.2.1.

6.2.2.

6.2.3.

6.2.4.

6.2.5.

6.2.6.

6.2.7.

Warganegara Malaysia, berumur tidak melebihi 65 tahunsemasa tarikh pencalonan serta sihat fizikal dan mental;

Tiada sebarang rekod jenayah termasuk tidak disabitkan diMahkamah Syariah;

Tidak diisytihar bankrap;

Bukan seorang wakil rakyat (Ahli Parlimen atau Ahli DewanUndangan Negeri);

Bukan staf hospital swasta yang berkenaan atau penjawatawam yang berkepentingan;

Terdiri daripada mereka yang sedia memberi sumbangantenaga secara sukarela dan mempunyai kelapangan masaserta mampu memberi teguran yang membina dan berfaedah;dan

Menteri Kesihatan boleh mencalonkan dan seterusnya melantikahli Lembaga Pelawat hospital swasta yang difikirkan sesuai.

6.3. Syarat-Syarat Pelantikan

6.3.1.

6.3.2.

6.3.3.

6.3.4.

Keahlian Lembaga Pelawat bagi setiap hospital swasta dilantikoleh Menteri Kesihatan.

Tempoh sah keahlian Lembaga Pelawat hospital swasta bagisetiap lantikan adalah tiga (3) tahun.

Keahlian Lembaga Pelawat hospital swasta boleh disambungdengan persetujuan Menteri Kesihatan berdasarkansumbangan yang aktif dan memuaskan.

Seseorang itu boleh dilantik bagi satu Lembaga Pelawat sahajasama ada untuk Lembaga Pelawat bagi kemudahan jagaankesihatan awam atau swasta.

3/12

Page 4: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

6.3.5. Setiap ahli Lembaga Pelawat hendaklah membuat pengakuanmengenai kepentingan mereka terhadap hospital swasta yangberkenaan supaya tidak bercanggah dengan kepentinganhospital swasta yang berkenaan.

6.4. Tatacara Pelantikan

6.4.1.

6.4.2.

6.4.3.

6.4.4.

6.4.5.

6.4.6.

6.4.7.

Pemegang lesen hospital swasta boleh mengemukakan namacalon-calon ahli Lembaga Pelawat bagi hospital swastaberkenaan yang difikirkan layak kepada Bahagian AmalanPerubatan, Kementerian Kesihatan dengan menggunakanborang pencalonan seperti di Lampiran 1A.

Bilangan calon ahli Lembaga Pelawat Lembaga Pelawathospital swasta yang boleh dikemukakan oleh hospital swastaadalah tidak melebihi bilangan minimum keahlian LembagaPelawat hospital swasta seperti yang dinyatakan di para 6.1.1.

Menteri Kesihatan juga boleh terus mengemukakan namacalon-calon ahli Lembaga Pelawat hospital swasta yangdifikirkan sesuai untuk lantikan menggunakan borangpencalonan seperti di Lampiran 1B.

Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan akanmemproses dan mengemukakan nama calon-calon ahliLembaga Pelawat hospital swasta yang diterima untukpemilihan dan kelulusan Menteri Kesihatan.

Menteri Kesihatan boleh menolak mana-mana calon yangdifikirkannya tidak sesuai untuk menjadi ahli Lembaga Pelawathospital swasta.

Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan dengankerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan KementerianKesihatan akan menyediakan kad pengenalan/surat pelantikanahli Lembaga Pelawat hospital swasta untuk ditandatanganioleh Menteri Kesihatan.

Kad pengenalan ahli Lembaga Pelawat hospital swasta yangtelah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan akan dihantar olehPejabat Menteri Kesihatan kepada Bahagian AmalanPerubatan, Kementerian Kesihatan.

4/12

Page 5: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

6.4.8. Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan akanmenghantar kad pengenalan/surat pelantikan ahli-ahliLembaga Pelawat hospital swasta tersebut berserta dengansesalinan Garis Panduan Pelantikan dan Peranan LembagaPelawat Hospital Swasta kepada hospital swasta yangberkenaan untuk diedarkan kepada setiap ahli LembagaPelawat yang telah dilantik.

6.4.9. Setiap hospital swasta hendaklah memberikan taklimat kepadaahli Lembaga Pelawat bagi hospital swasta berkenaan danmenyenggarakan satu daftar atau rekod pelantikan ahliLembaga Pelawat hospital swasta yang akan dikendalikan olehurusetia Lembaga Pelawat Hospital Swasta.

6.4.10. Carta aliran proses pelantikan ahli Lembaga Pelawat hospitalswasta adalah seperti di Lampiran 2.

6.5. Elaun Bagi Kehadiran dan Perbelanjaan Perjalanan

6.5.1. Hospital swasta hendaklah membayar elaun sebanyakRM100.00 yang termasuk elaun kehadiran dan perbelanjaanperjalanan bagi kehadiran ahli Lembaga Pelawat sepertimanayang diwartakan kepada setiap ahli Lembaga Pelawat (tidaktermasuk ahli ex-officio) bagi hospital swasta berkenaan untuksetiap kehadiran dalam mesyuarat Lembaga Pelawat.

6.6. Penamatan Keahlian

Keahlian boleh ditamatkan setelah dipersetujui oleh Menteri Kesihatandengan alasan dan tatacara berikut:

6.6.1. Ahli Lembaga Pelawat yang ingin berhenti daripada menjadiahli Lembaga Pelawat hospital swasta hendaklah memberitahuhospital swasta yang berkenaan dan Menteri Kesihatan(merujuk kepada pihak yang mencalonkan ahli tersebut) secarabertulis tidak kurang dari 30 hari dari tarikh pemberhentiansupaya tindakan untuk mencadangkan nama calon penggantidapat dibuat segera;

6.6.2. Keahlian seseorang ahli Lembaga Pelawat hospital swastayang telah dilantik boleh ditamatkan jika didapati sebarangmaklumat yang dinyatakan dalam Borang Pencalonan AhliLembaga Pelawat Hospital Swasta adalah palsu;

5/12

Page 6: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

.,,;-

6.6.3.

6.6.4.

6.6.5.

Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta yang gagal menghadirimesyuarat Lembaga sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpaalasan yang munasabah boleh dilucutkan keahliannya;

Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta yang melanggar apa-apa peruntukan yang ditetapkan dalam Garis PanduanPelantikan dan Peranan Lembaga Pelawat Hospital Swastayang ditetapkan boleh dilucutkan keahliannya; atau

Menteri Kesihatan boleh menamatkan keahlian mana-manaahli Lembaga Pelawat hospital swasta dengan atau tanpamemberikan apa-apa alasan bagi penamatan itu.

7. Kewajipan, Fungsi dan Tatacara Lembaga Pelawat

7.1. Kewajipan dan Fungsi

Kewajipan dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Lembaga Pelawathospital swasta ialah seperti berikut:

7.1.1. Penghubung antara Hospital Swasta dan Komuniti

(a) Bertindak sebagai penghubung untuk mengeratkanhubungan antara hospital swasta dengan komuniti.

(b) Menjalankan peranan perhubungan awam yang positifdengan memberikan penerangan yang jelas kepadaorang awam mengenai -

(i) kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan olehhospital swasta yang berkenaan; dan

(ii) masalah-masalah yang dihadapi oleh hospitalswasta berkenaan dalam memberi perkhidmatankepada orang ramai.

(c) Menjadi salah satu saluran penerimaan aduan bagi pihakhospital swasta untuk dikemukakan kepada pegawaiperhubungan pesakit atau mana-mana pegawai yangdipertanggungjawabkan oleh pihak hospital swasta untukmenjalankan tatacara ketidakpuasan hati.

6/12

Page 7: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

(d) Memperbaiki imej dan peranan hospital swasta disamping Lembaga Pelawat hospital swasta tersebutdapat memberi sumbangan yang memberi manafaatkepada kedua-dua pihak; hospital swasta dan komuniti.

7.1.2. Mengadakan Lawatan ke Hospital Swasta

Mengadakan lawatan ke hospital swasta untuk memahami danmendapat maklum balas mengenai perkhidmatan yangdiberikan oleh hospital swasta yang berkenaan, masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital swasta, pesakit danwaris pesakit berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikanoleh hospital swasta berkenaan dan kebajikan yang bolehdilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris.

7.1.3. Melibatkan Diri dalam Aktiviti Hospital Swasta

(a) Melibatkan diri dalam aktiviti hospital swasta yangberkenaan bersama masyarakat seperti kempenmenderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya.

(b) Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta boleh membantumengatur dan menjayakan program-program yangmembina bagi pihak hospital swasta.

(c) Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta boleh membantupihak hospital swasta dalam memberikan mana-manasatu atau gabungan lebih daripada satu sumbangansosial atau sumbangan kebajikan yang diwajibkanmengikut kemampuan hospital swasta yang berkenaanselaras dengan peruntukan subseksyen 105(3), Akta 586ke atas hospital swasta berkenaan. Contoh sumbangansosial atau sumbangan kebajikan yang diwajibkan adalahseperti di Lampiran 3.

7.1.4. Kewajipan dan Fungsi Lain

(a) Bersikap saksama serta tidak memihak kepada mana-mana pihak (imparlial).

(b) Mematuhi garis panduan yangKementerian Kesihatan MalaysiaLembaga Iklan Ubat.

dikeluarkantermasuk

oleholeh

7/12

Page 8: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

(c) Tidak mengganggu urusan pentadbiran hospital danrawatan pesakit.

(d) Tidak membawa apa-apa maklumat mengenai urusanpentadbiran hospital, rawatan pesakit hospital danpenemuan-penemuan semasa lawatan Lembaga Pelawatke hospital swasta berserta laporan keluar daripadahospital swasta berkenaan.

7.2. Pengerusi dan Mesyuarat Lembaga Pelawat Hospital Swasta

7.2.1.

7.2.2.

Pengerusi Lembaga Pelawat hospital swasta hendaklahmerupakan seorang ahli Lembaga Pelawat hospital swastayang dipilih dalam mesyuarat Lembaga di mana kehadirannyatidak kurang dua pertiga daripada keahliannya.

Sekiranya ketiadaan Pengerusi, seorang ahli lain boleh dilantikdi kalangan ahli Lembaga Pelawat hospital swasta sebagaipengganti untuk menjadi pengerusi mesyuarat LembagaPelawat hospital swasta berkenaan.

7.2.3. Pengerusi Lembaga Pelawat bagi hospitalbertanggungjawab memastikan kelicinan perjalananmesyuarat Lembaga Pelawat hospital swastadipengerusikannya.

swastasetiapyang

7.2.4.

7.2.5.

7.2.6.

Mesyuarat Lembaga Pelawat hospital swasta perlu diadakansekurang-kurangnya dua (2) kali setahun tetapi tidak melebihilapan (8) kali setahun.

Selain daripada ahli ex-officio, pemegang lesen atau salahseorang daripada ahli Lembaga Pengarah pertubuhanperbadanan atau ahli perkongsian atau Pemegang JawatanPertubuhan yang memegang lesen hospital swasta berkenaan(sebaik-baiknya seorang pengamal perubatan berdaftar) perluturut menghadiri mesyuarat Lembaga Pelawat hospital swastaberkenaan.

Sebarang pertikaian mengenai keputusan mesyuarat LembagaPelawat hospital swasta boleh dirujuk kepada BahagianAmalan Perubatan, Kementerian Kesihatan untukperbincangan ke arah penyelesaian.

8/12

Page 9: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

7.2.7. Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan bolehmerujuk kepada Menteri Kesihatan. Keputusan atau saranansebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan adalahmuktamad dan konklusif.

7.3. Urusetia Lembaga Pelawat bagi Hospital Swasta

7.3.1.

7.3.2.

Urusetia Lembaga Pelawat bagi hospital swasta dipilih olehpemegang lesen hospital swasta yang berkenaan.

Tugas-tugas Urusetia Lembaga Pelawat bagi hospital swastatermasuklah -

(a) menyenggara rekod keahlian Lembaga Pelawat hospitalswasta;

(b) menguruskan perjalanan mesyuarat Lembaga Pelawathospital swasta;

(c) berbincang dengan Pengerusi Lembaga Pelawat hospitalswasta bagi menyediakan jadual lawatan;

(d) mengaturkan lawatan dan mesyuarat Lembaga Pelawathospital swasta;

(e) mengambil nota-nota lawatan dan mesyuarat LembagaPelawat hospital swasta;

(f) mengedarkan salinan nota-nota, laporan lawatan danminit mesyuarat Lembaga Pelawat hospital swastakepada pihak-pihak yang berkenaan;

(g) mendapatkan semula kad pengenalan ahli LembagaPelawat hospital swasta yang masih dalam tempohberkuatkuasa daripada ahli yang telah ditamatkankeahliannya untuk dikembalikan kepada BahagianAmalan Perubatan, Kementerian Kesihatan; dan

(h) memaklumkan kekosongan dan mengemukakanpencalonan ahli baru bagi Lembaga Pelawat hospitalswasta yang dicalonkan oleh hospital swasta berkenaankepada Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian

9/12

Page 10: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

','

7.3.3.

Kesihatan atas sebab tamat tempoh pelantikan atauperletakan jawatan.

Surat untuk ahli Lembaga Pelawat hospital swasta bolehmenggunakan alamat (d/a) hospital swasta yang berkenaan.

7.4. Peraturan-Peraturan Lawatan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Swasta

7.4.1.

7.4.2.

7.4.3.

7.4.4.

7.4.5.

7.4.6.

7.4.7.

Jadual Lawatan perlu diselaraskan mengikut tarikh dan masamesyuarat Lembaga Pelawat hospital swasta yang akandiadakan.

Lawatan tambahan boleh dijadualkan mengikut kemampuanLembaga Pelawat hospital swasta.

Jadual lawatan perlu diedarkan terlebih dahulu kepada semuaahli Lembaga Pelawat hospital swasta dan Ketua PegawaiEksekutif hospital swasta atau setaraf dengannya sebelummana-mana lawatan dibuat.

Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta tidak dibenarkanmenghantar wakil dalam apa juga keadaan.

Lawatan ahli-ahli Lembaga Pelawat hospital swasta hendaklahdisertai bersama oleh seorang. ahli ex-officio yang terdiridaripada Ketua Pegawai Eksekutif hospital swasta atau setarafdengannya atau wakil tetapnya.

Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta boleh memeriksa danmembuat lawatan ke mana-mana Jabatan dan Unit dalamhospital termasuklah wad-wad pesakit. Lawatan tersebuthendaklah tidak mengganggu dan menghalang tugaspemeriksaan dan perawatan pesakit-pesakit di hospital swastayang berkenaan.

Kawasan atau ruang yang boleh dilawati oleh ahli LembagaPelawat hospital swasta hanya dihadkan kepada kawasan atauruang jagaan pesakit dan hendaklah tidak termasuk berikut:

(a) Dewan pembedahan;

(b) Dewan/Bilik bersalin;

10/12

Page 11: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

(c) Bahagian kesucian hama;

(d) Wad pengasingan;

(e) Wad/Unit rawatan kritikal/intensif/high dependency; dan

(f) Stor perubatan dan lain-lain stor.

7.4.8. Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta boleh mendapatkanmaklumat-maklumat daripada pesakit yang datang ke hospitalswasta untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakityang di dalam wad mengenai makanan, kebersihan, layananstaf-staf hospital swasta, pakaian, tempat tidur dan lain-lainkemudahan yang diberi.

7.4.9. Catatan-catatan dan rekod bagi setiap pesakit dan rekod-rekodlain hospital swasta hospital swasta tidak boleh diperiksa olehLembaga Pelawat.

7.4.10. Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta tidak bolehmembincangkan selok-belok dan teknik rawatan dengan mana-mana pesakit.

7.4.11. Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta adalah dilarangmembawa media serta membuat sebarang kenyataan dalamakhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.

7.4.12. Hasil lawatan hendaklah dibentang dan dibincangkan di dalamMesyuarat Lembaga Pelawat Hospital Swasta.

7.5. Laporan Lawatan Lembaga Pelawat Hospital Swasta

7.5.1.

7.5.2.

Ahli Lembaga Pelawat hospital swasta hendaklahmenyediakan laporan dan ulasan selepas setiap lawatan danmembincangkannya dalam Mesyuarat Lembaga Pelawat sertamemaklumkannya kepada pemegang lesen hospital swastayang berkenaan untuk tindakan dan direkodkan. Contoh formatlaporan lawatan adalah seperti di Lampiran 4.

Tindakan yang akan diambil oleh pihak hospital swastahendaklah mengikut kemampuan hospital swasta berkenaan.

11 112

Page 12: Arahan Am Menteri Kesihatan Malaysia Bil 1/2011

,:'...

7.5.3. Pemegang lesen hospital swasta hendaklah mengemukakanlaporan lawatan dan ulasan Lembaga Pelawat hospital swastaberserta tindakan yang telah atau akan diambil kepadaBahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan dansesalinan kepada Pengarah Kesihatan Negeri dalam tempohdua (2) minggu dari tarikh mesyuarat Lembaga Pelawatdiadakan.

PEGAWAI YANG DILANTIK

8. Pegawai dan urusetia yang dilantik untuk mengendalikan borang pencalonandan pelantikan ahli Lembaga Pelawat di Kementerian Kesihatan Malaysiaterdiri daripada pegawai-pegawai di Cawangan Kawalan Amalan PerubatanSwasta, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

TARIKH KUAT KUASA

9. Arahan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

Dato' Sri Liaw Tiong LaiMenteri Kesihatan, Malaysi

v

12/12