Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

6
PEJABAT KETUA PENDAFTAR Office of the Chief Registrar MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA Federal Court of Malaysia !STANA KEHAKIMAN PRESINT 3 Telefon 03-8880 3500 Fa ks 03-8880 3886 62506 PUTRAJA YA Laman Web : http://www.kehakiman.gov.my Pengarah Mahkamah Negeri Seluruh Malaysia Semua Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Semua Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Ruj. Tuan : Ruj. )dlm.JK/MP 38 Jld.6 Tarikh September 2013 ARAHAN AMALAN BIL. 8 TAHUN 2013 KEMUDAHAN PEMFAILAN KAVEAT SECARA ONLINE MELALUI SISTEM E-FILING DAN BIRO PERKHIDMATAN Adalah saya telah diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa suatu kemudahan pemfailan kaveat secara online yang beroperasi 24 jam melalui sistem e-Filing dan Biro Perkhidmatan akan dilaksanakan. 2. Sistem kemudahan pemfailan kaveat secara onlirie ini akan menggantikan tatacara pemfailan kaveat secara manual di semua Mahkamah Tinggi di Semenanjung Malaysia. Tujuan utama penggantian ini adalah untuk memudahkan pemfailan dengan memanjangkan masa perkhidmatan iaitu 24 jam sehari dan 7 hari seminggu serta untuk mempercepatkan pemprosesan dokumen kaveat yang akan membolehkan keputusan Borang C dikeluarkan dengan segera. 3. Bagi mewujudkan kaedah pemfailan kertas kausa yang cepat dan selamat, satu pemusatan pemfailan ke Mahkamah Tinggi Sahagian Sivil Kuala Lumpur sahaja akan dilaksanakan. Tatacara ini akan menggantikan tatacara lama maka selepas ini apa-apa permohonan untuk memproses dokumen kaveat di Mahkamah Tinggi lain di Semenanjung Malaysia tidak lagi akan diterima. 4. Sehubungan dengan itu, satu unit khas iaitu Unit Kaveat diwujudkan di Sahagian Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengendalikan dan memproses pemfailan kaveat yang telah dibuat melalui e-filing secara online atau Biro Perkhidmatan di seluruh Semenanjung Malaysia. 1 (Si/a nyatakan rujukan kami apabila menjawab surat ini)

Transcript of Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

Page 1: Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

PEJABAT KETUA PENDAFTAR Office of the Chief Registrar

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA Federal Court of Malaysia !STANA KEHAKIMAN PRESINT 3

Telefon 03-8880 3500

Fa ks 03-8880 3886

62506 PUTRAJA YA Laman Web : http://www.kehakiman.gov.my

Pengarah Mahkamah Negeri Seluruh Malaysia

Semua Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

Semua Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Ruj. Tuan :

Ruj. K~"*5 )dlm.JK/MP 38 Jld.6

Tarikh ~5" September 2013

ARAHAN AMALAN BIL. 8 TAHUN 2013 KEMUDAHAN PEMFAILAN KAVEAT SECARA ONLINE

MELALUI SISTEM E-FILING DAN BIRO PERKHIDMATAN

Adalah saya telah diarahkan oleh Y AA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa suatu kemudahan pemfailan kaveat secara online yang beroperasi 24 jam melalui sistem e-Filing dan Biro Perkhidmatan akan dilaksanakan.

2. Sistem kemudahan pemfailan kaveat secara onlirie ini akan menggantikan tatacara pemfailan kaveat secara manual di semua Mahkamah Tinggi di Semenanjung Malaysia. Tujuan utama penggantian ini adalah untuk memudahkan pemfailan dengan memanjangkan masa perkhidmatan iaitu 24 jam sehari dan 7 hari seminggu serta untuk mempercepatkan pemprosesan dokumen kaveat yang akan membolehkan keputusan Borang C dikeluarkan dengan segera.

3. Bagi mewujudkan kaedah pemfailan kertas kausa yang cepat dan selamat, satu pemusatan pemfailan ke Mahkamah Tinggi Sahagian Sivil Kuala Lumpur sahaja akan dilaksanakan. Tatacara ini akan menggantikan tatacara lama maka selepas ini apa-apa permohonan untuk memproses dokumen kaveat di Mahkamah Tinggi lain di Semenanjung Malaysia tidak lagi akan diterima.

4. Sehubungan dengan itu, satu unit khas iaitu Unit Kaveat diwujudkan di Sahagian Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengendalikan dan memproses pemfailan kaveat yang telah dibuat melalui e-filing secara online atau Biro Perkhidmatan di seluruh Semenanjung Malaysia.

1

(Si/a nyatakan rujukan kami apabila menjawab surat ini)

Page 2: Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

5. Melalui penambahbaikan ini, pemfailan kaveat, pembaharuan kaveat dan penarikan balik kaveat kini boleh dibuat secara online menerusi capaian laman sesawang http://efiling.kehakiman.gov.my atau dengan mengunjungi sendiri ke salah satu daripada 13 lokasi Biro Perkhidmatan di seluruh Semenanjung Malaysia. Sila rujuk Lampiran A yang dilampirkan bersama-bersama dengan Arahan ini yang menyenaraikan lokasi Biro Perkhidmatan di seluruh Semenanjung Malaysia.

6. Bagi tujuan mengekstrak dokumen yang difailkan, pengguna yang membuat pemfailan melalui Biro Perkhidmatan boleh merujuk kepada "extraction code" yang dilampirkan pada Notis Bayaran. Pengguna yang membuat pemfailan secara atas talian pula boleh merujuk kepada "extraction code" yang tersedia pada "Filing Histo,.Y'.

7. Setiap kaveat yang difailkan di Unit Kaveat Sahagian Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan didaftarkan mengikut format berikut:

Contoh:

KA VEAT-1-06/2013

8. Arahan ini berkuat kuasa secara retrospektif mulai 15 Jun 2013.

Sekian , terima kasih .

s.k :

Y AA Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

2

Page 3: Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

Y AA Presiden Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Y AA Hakim Besar Malaya Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Y AA Hakim Besar Sabah dan Sarawak Mahkamah Tinggi Kuching SARAWAK

YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

YA Hakim-Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi SELURUH MALAYSIA

Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Mahkamah Tinggi Kuching SARAWAK

3

Page 4: Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pengarah Sahagian Pengurusan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Ketua Sahagian Dasar, Latihan dan Perancangan Strategik Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak Mahkamah Sesyen Kuching SARAWAK

Ketua Sahagian Teknologi Maklumat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Ketua Sahagian e-Kehakiman Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Ketua-Ketua Sahagian lstana Kehakiman PUTRAJAYA

Pustakawan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia lstana Kehakiman PUTRAJAYA

4

Page 5: Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

Presiden Majlis Peguam Malaysia 13, 15 dan 17 Leboh Pasar Besar 50050 KUALA LUMPUR

Pengerusi Persatuan Undang-Undang Sabah Tingkat 2, 58, Jalan Pantai Hainan Association Building 88000 Kata Kinabalu SABAH

Pengerusi Persatuan Peguambela Sarawak Bilik Peguam, Kompleks Mahkamah Kuching Jalan Gersik, Petra Jaya 93050 Kuching SARAWAK

5

Page 6: Arahan Amalan Bil.8 Tahun 2013

LAMPIRAN A

LOKASI BIRO PERKHIDMATAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1 . Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

2. Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam

3. Kompleks Mahkamah Tinggi Johar Bahru (Menara Cyberport)

4. Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

5. Kompleks Mahkamah Tinggi lpoh

6. Kompleks Mahkamah Melaka

7. Kompleks Mahkamah Muar

8. Kompleks Mahkamah Seremban

9. Kompleks Mahkamah Tinggi Alor Star

10. Kompleks Mahkamah Kota Bharu

11 . Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu

12. Kompleks Mahkamah Kuantan

13. Kompleks Mahkamah Temerloh