Arahan Kerja Kursus SCE3143 PPG S8

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 14 FEBRUARI 2015 TARIKH HANTAR 28 MAC 2015 Hasil Pembelajaran: 1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat. 2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu sains, teknologi dan masyarakat 3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian 4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek sains, teknologi dan masyarakat. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Tugasan: Pelajar akan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek untuk memahami, menjelaskan dan menghayati enam isu berikut: 1. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunan 2. Pemuliharaan alam sekitar 3. Tenaga dalam biosfera 4. Kemampanan sumber tenaga 5. Bahan tambah dalam makanan 6. Pencemaran dan kesannya terhadap bumi 1 TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENDIDIKAN GURU NAMA PELAJAR : TAJUK KURSUS : SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT KOD KURSUS: SCE3143 SEMESTER : 8 AMBILAN: 2011

description

ppg

Transcript of Arahan Kerja Kursus SCE3143 PPG S8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARTUGASAN PROJEKTAJUK PROGRAM :

PROGRAM PENDIDIKAN GURUNAMA PELAJAR :

SEMESTER : 8AMBILAN: 2011TAJUK KURSUS : SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKATKOD KURSUS: SCE3143

TARIKH MULA14 FEBRUARI 2015TARIKH HANTAR28 MAC 2015

Hasil Pembelajaran:1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat.2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu sains, teknologi dan masyarakat3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek sains, teknologi dan masyarakat.Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Tugasan:Pelajar akan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek untuk memahami, menjelaskan dan menghayati enam isu berikut:1. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunan2. Pemuliharaan alam sekitar3. Tenaga dalam biosfera4. Kemampanan sumber tenaga5. Bahan tambah dalam makanan6. Pencemaran dan kesannya terhadap bumiTugasan (100%)Tugasan ini menekankan konsep Sains yang diaplikasikan dalam teknologi untuk pembangunan masyarakat. Adalah diharapkan pelajar dapat memahami konsep teknologi dengan menjelaskan aplikasi Sains dalam teknologi untuk kesesuaian dan keselesaan kehidupan manusia.Ia juga akan meningkatkan kompetensi pelajar dalam amalan penyiasatan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Tugasan ini melibatkan tiga komponen sahaja, iaitu:1. Penghasilan produk (50%) Merujuk kepada senarai isu di objektif projek, setiap pelajar dikehendaki memilih satu isu sahaja mengikut Unit/Kelas masing-masing seperti berikut:(a)Unit Sains 1:(i)Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunan(ii)Pemuliharaan alam sekitar(b)Unit Sains 2:(i)Tenaga dalam biosfera(ii)Kemampanan sumber tenaga(c)Unit Sains 3:(i)Bahan tambah dalam makanan(ii)Pencemaran dan kesannya terhadap bumiBagi tajuk isu yang dipilih itu, hasilkan satu persoalan atau masalah untuk dibuat kajian projek. Kajian ini boleh berdasarkan pembinaan satu model, eksperimen atau kajian perpustakaan untuk menyelesaikan isu soalan secara inovatif dan kreatif tetapi mestilah berasaskan konsep Sains.Format kajian seharusnya seperti berikut:(a) Pengenalan kajian Penyataan isu atau masalah(b) Pelaksanaan kajian (atau pembinaan model) Nyatakan prosedur atau langkah-langkah kajian Jika perlu tunjukkan rajah atau gambar foto(c) Pemerhatian dan perbincangan Paparkan sebarang data atau maklumat yang dikumpul Perbincangan analisis ke atas maklumat/data yang dikumpul Perbincangan perkaitan Sains, Teknologi dan Masyarakat(d) Cadangan penyelesaian isu Bincangkan sebarang cadangan yang inovatif, kreatif dan logik.2. Pembentangan (20%): Hasil kajian dalam tugasan 1 dibentangkan secara individu mengikut format kajian seperti di atas. Pembentangan hendaklah menggunakan paparan slaid.3. Ulasan jurnal (20%):Pelajar dikehendaki memilih beberapa penulisan jurnal (minimum tiga) yang telah dibincangkan dalam objektif tugasan . Ulasan tidak lebih daripada 2000 perkataan. Jurnal yang telah dipilih hendaklah ditulis Rujukan/Bibliografi.

4. Ujian bertulis (10%):Satu kuiz akan dikemukakan yang meliputi mana-mana enam isu Sains, Teknologi dan Masyarakat.Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan kumpulan.. 2. Muka surat hadapan ditaip dengan butiran berikut:(a) Logo IPGKRM(b) Nama program(c) Tajuk tugasan(d) Nama pelajar(e) Kumpulan/Unit(f) Angka giliran(g) Nombor kad pengenalan(h) Nama kursus dan kod(i) Nama pensyarah kursus(j) Tarikh serahan3. Laporan bertaip menggunakan format berikut:(a) Font Arial(b) Saiz huruf - 11 (c) Langkau baris 1.5 4. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association) 5.Amalan plagiat tidak dibenarkan 6.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%7.Tarikh muktamad mesti dipatuhi. Penalti pengurangan markah akan dikenakan jika laporan lambat dihantar.

Format Laporan ProjekTugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:1. Dalam pembentangan, setiap pelajar dalam kumpulan harus menunjukkan kefahaman yang betul dan tepat tentang konsep Sains dan aplikasi konsep Sains dalam Teknologi. 2. Dalam penulisan laporan harus menunjukkan kajian yang bertepatan dan sesuai yang berkaitan dengan isu. Setiap pelajar dalam kumpulan dapat menjelaskan konsep Sains dan teknologi serta dapat menghuraikan kegunaan dan kesan kepada masyarakat.3. Penulisan laporan yang menunjukkan perbincangan dan cadangan ke atas isu yang dipilih yang melibatkan kefahaman konsep Sains, aplikasi Sains dalam teknologi dan kesan kepada masyarakat.

Kriteria PentaksiranTugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh __________________(Che Azmi Bin Harun)Penyelaras Kursus SCE3114Jabatan SainsIPGK Raja MelewarDisahkan oleh

________________________(Dr. Zainol Badli Bin Budiman)Ketua Jabatan SainsJabatan SainsIPGK Raja MelewarDisemak oleh:

______________________(Hjh Rugayah bt Tambi) Pakar bidang (SME)Jabatan SainsIPGK Raja Melewar

4

PERATURAN MEMBERI MARKAHKURSUS: SCE 3114 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

1. Pembentangan (30%)Cemerlang(30 - 25)Baik(24 - 19)Memuaskan(18 - 13)Tidak Memuaskan(12 - 7)Lemah(6 1)

Pembentangan berkumpulan. . Bertepatan dengan persoalan dan mengikut format. Maklumat meluas dengan sokongan rujukan. Menguasai pengetahuan Sains untuk menjelaskan teknologi. Terdapat cadangan yang inovatif dan kreatif Bertepatan dengan persoalan dan mengikut format. Maklumat meluas dengan rujukan Kurang pengetahuan Sains untuk jelaskan teknologi Tiada cadangan inovatf dan lkreatif Bertepatan dengan persoalan tetapi kurang mengikut format. Maklumat kurang meluas Kurang pengetahuan Sains untuk jelaskan teknbologi Tiada cadangan inovatf dan lkreatif Kurang bertepatan dengan persoalan. Maklumat kurang meluas. Kurang pengetahuan Sains untuk jelaskan teknbologi Tiada cadangan inovatf dan lkreatif Tidak bertepatan dengan persoalan Maklumat yang dibentangkan kurang meluas. Kurang pengetahuan Sains untuk jelaskan teknbologi Tiada cadangan inovatf dan lkreatif

2. Penulisan (30%)Cemerlang(30 - 25)Baik(24 - 19)Memuaskan(18 - 13)Tidak Memuaskan(12 - 7)Lemah(6 1)

Penulisan esei tidak melebihi 2,500 patah perkataan

Analisis konsep Sains dan Teknologi tepat dan menyeluruh. Perbincangan sepenuhnya aplikasi dan kesan Sains & Teknologi kepada masyarakat. Kandungan laporan berdasarkan maklumat yang tepat, relevan dan menyeluruh yang merujuk kepada berbagai sumber. Cadangan penyelesaian yang kreatif dan inovatif menunjukkan penghayatan kemahiran berfikir beraras tinggi (KBAT) Analisis konsep Sains dan Teknologi kurang menyeluruh. Perbincangan kurang penuh aplikasi dan kesan Sains & Teknologi kepada masyarakat Kandungan relevan dan menyeluruh. Kandungan laporan berdasarkan maklumat yang relevan merujuk kepada beberapa sumber. Cadangan penyelesaian yang kreatif dan inovatif yang sedia ada Analisis konsep Sains dan Teknologi secara umum. Perbincangan umum aplikasi dan kesan Sains & Teknologi kepada masyarakat Kandungan relevan secara umum. Kandungan laporan berdasarkan maklumat relevan yang merujuk kepada satu atau dua sumber sahaja. Kurang cadangan penyelesaian yang kreatif dan inovatif Kurang analisis konsep Sains dan Teknologi. Kurang perbincangan aplikasi dan kesan Sains & Teknologi kepada masyarakat Kandungan laporan mempunyai maklumat yang kurang relevan Kandungan laporan mempunyai maklumat yang kurang rujukan sumber. Cadangan penyelesaian yang umum sahaja Tiada analisis konsep Sains dan tidak dikaitkan dengan Teknologi. Tidak membincangkan aplikasi dan kesan Sains & Teknologi kepada masyarakat Kandungan laporan mempunyai maklumat yang tidak relevan Kandungan laporan mempunyai maklumat yang kebanyakan tidak ada rujukan sumber. Tiada cadangan penyelesaian

3. Penghasilan produk(20%)Cemerlang(20 17)Baik(16 13)Memuaskan(12 9)Tidak memuaskan(8 5)Lemah(4 1)

Rumusan hasil penerokaan dalam bentuk grafik i-think yang sesuai Grafik i-think lebih daripada 5 jenis. Grafik yang digunakan bersesuaian, bertepatan dan menyeluruh dengan kandungan Menjelaskan sepenuhnya aplikasi konsep Sains dalam Teknologi. Kandungan merujuk kepada berbagai sumber maklumat. Grafik i-think lebih daripada 5 jenis. Grafik yang digunakan bersesuaian dan relevan dengan kandungan. Menjelaskan apliukasi konsep Sains dalam Teknologi. Ada rujukan kepada sumber maklumat. Grafik i-think dikemukakan 5 jenis sahaja. Grafik yang digunakan sesuai dan relevan dengan kandungan. Kurang penjelasan tentang aplikasi Sains dalamTeknologi. Kurang rujukan sumber maklumat. Grafik i-think dikemukakan kurang daripada 5 jenis.. Grafik yang digunakan kurang sesuai tetapi masih relevan dengan kandungan. Tiada penjelasan tentang aplikasi Sains dalamTeknologi. Tiada rujukan sumber maklumat. Grafik i-think dikemukakan kurang daripada 5 jenis.. Grafik yang digunakan tidak sesuai dan tidak relevan dengan kandungan. Tiada penjelasan aplikasi Sains dalamTeknologi. Tiada rujukan sumber maklumat.

4. Ujian bertulis (20%)Cemerlang(20 - 17)Baik(16 - 13)Memuaskan(12 - 9)Tidak Memuaskan(8 - 5)Lemah(4 1)

Soalan kuiz beraras tinggi.Berdasarkan skema ujian bertulisBerdasarkan skema ujian bertulisBerdasarkan skema ujian bertulisBerdasarkan skema ujian bertulisBerdasarkan skema ujian bertulis

Jumlah Markah Projek ini = 100 markahWajaran Sebenar Projek = 50%5