ARKIB

15
ARKIB : 28/09/2009 Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services9 Plagiat jejas imej, integriti pendidikan Oleh MADZLINA NORDIN AKTIVITI plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari. Aktiviti plagiarisme seperti yang dilaporkan di media massa ketika ini bukanlah perkara baru di dalam sejarah penulisan dan pendidikan negara, namun begitu perhatian dan tindakan serius perlu diambil bagi menangani epidemik intelektual ini agar tidak terus menular. Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata- kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak. Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya. Meringkas dan memparafrasakan dengan mengutip secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memparafrasakan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya. Manakala hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau parafrasa pendapat orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya. Aktiviti plagiarisme adalah melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran sewajarnya kepada hasil penulisan orang lain sewajarnya.

description

bika

Transcript of ARKIB

Page 1: ARKIB

ARKIB : 28/09/2009Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services9

Plagiat jejas imej, integriti pendidikanOleh MADZLINA NORDIN

AKTIVITI plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.

Aktiviti plagiarisme seperti yang dilaporkan di media massa ketika ini bukanlah perkara baru di dalam sejarah penulisan dan pendidikan negara, namun begitu perhatian dan tindakan serius perlu diambil bagi menangani epidemik intelektual ini agar tidak terus menular.

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.

Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.

Meringkas dan memparafrasakan dengan mengutip secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memparafrasakan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.

Manakala hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau parafrasa pendapat orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya.

Aktiviti plagiarisme adalah melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran sewajarnya kepada hasil penulisan orang lain sewajarnya.

Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing.

Page 2: ARKIB

Walaupun masalah ciplak atau plagiat yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar universiti negara ini masih kecil, namun mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras. Ini adalah penting bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benarbenar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan.

Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah kronik dunia intelektual ini.

Pihak universiti mesti tegas dan mengambil tindakan terhadap penuntut yang menggunakan penulis professional untuk menyiapkan tesis atau kajian akademik mereka, tidak kira sama ada dari universiti awam atau swasta.

Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan di dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.

Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secara profesional menyiapkan tesis mereka.

Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga nama baik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.

Semua pihak perlu memandang serius gejala ini dan kegagalan menanganinya boleh menjejaskan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan serantau di samping reputasi, imej dan integriti universiti tercemar dan jatuh merudum dengan isu serius ini.

Dalam menangani aktiviti ini, kebanyakan kes penipuan dikenal pasti oleh pihak ketiga yang menggunakan kajian terdahulu sebagai rujukan. Biasanya pensyarah-pensyarah boleh kenal pasti apabila merujuk kajian-kajian terdahulu yang telah dibuat oleh graduan dalam penghasilan tugasan seperti kertas kerja dan kajian ilmiah.

Ini adalah kerana negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing.

Banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak bergantung kepada kajian-kajian universiti.

Sehubungan itu, melihat kepada bahaya dan kesan negatif budaya plagiarisme di dalam korpus intelektual dan pendidikan negara, maka usaha untuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif.

Page 3: ARKIB

Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini perlu didedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolah menengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah di dalam IPT.

Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT, budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri.

Ini jika tidak dikawal akan memberi kesan yang tidak baik kepada proses pembelajaran mereka dan tabiat buruk ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan kelak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0928&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2OjOQg1WC © Utusan Melayu (M) Bhd 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0928&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm dicapai pada 27 mac 2013-03-27

ARKIB : 25/09/2009Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services1

Atasi plagiarisme di universitiSAYA mengalu-alukan pandangan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim tentang kekhuatiran beliau terhadap kewujudan ijazah sarjana dan PhD segera oleh institusi � �yang tidak bertauliah.

Sehubungan itu, saya juga ingin menyuarakan kebimbangan saya terhadap gejala plagiarisme di universiti tempatan.

Saya adalah doktor pakar yang telah selesai mengikuti kursus sarjana di sebuah universiti tempatan. Terdapat beberapa pemerhatian terhadap pensyarah-pensyarah muda di sana yang mahukan gelaran profesor madya secara mudah tanpa berusaha sendiri dengan jujur untuk menghasilkan kertas penyelidikan.

Mereka mengambil jalan mudah untuk menggunakan pelajar sarjana yang menyiapkan tesis supaya meletakkan nama mereka dalam kertas saintifik tersebut.

Pelajar-pelajar sarjana yang baru masuk juga diberi amaran supaya meletakkan nama-� �nama mereka pada kertas tesis yang diterbitkan atau dibentangkan dalam persidangan.

Jika tidak, mereka akan dihukum semasa peperiksaan akhir. Kalau pun amaran seperti � �ini tidak diberikan secara langsung, ia dapat diperhatikan daripada tingkah laku pensyarah-pensyarah yang nama mereka tidak diletakkan dalam kertas penyelidikan.

Page 4: ARKIB

Mereka tidak mahu membantu, malah keras apabila tiba masa peperiksaan. Mereka � �juga berupaya menjadikan hidup pelajar sarjana satu penyiksaan dalam situasi � �sebegini.

Telah menjadi trend yang semakin menjadi-jadi sekarang ini yang mana pensyarah-� �pensyarah berkenaan akan menelefon pelajar yang telah menyiapkan tesis mereka untuk mengambil hasil kajian mereka untuk ditulis bagi tujuan penerbitan.� �

Walaupun pensyarah-pensyarah ini tidak terlibat dalam penyelidikan tersebut, mereka akan meletakkan nama mereka di hadapan sekali apabila kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal. Ini adalah cara yang amat mudah tetapi tidak jujur untuk mendapatkan nama.

Ada kalanya, apabila saya menyertai persidangan-persidangan antarabangsa, saya memerhatikan pensyarah-pensyarah ini membentangkan kertas penyelidikan dengan meletakkan nama mereka di hadapan dan nama yang empunya tesis di belakang (nama di tempat pertama seharusnya menjadi pemilik tesis tersebut kerana usaha dan jerih perihnya menghasilkan tesis).

Malah nama pensyarah senior yang lain yang sebenarnya terlibat dalam kajian adakalanya ditinggalkan.

Ada juga k� omplot yang mana pensyarah-pensyarah muda ini berpakat sesama sendiri � � �untuk meletakkan nama mereka dalam semua kertas penyelidikan yang dihasilkan walaupun tidak terlibat langsung dalam penyelidikan yang dijalankan.

Ini juga adalah cara mudah untuk mendapat lebih banyak point untuk dinaikkan pangkat. Jadi mereka bantu membantu supaya semua nama muncul dalam jurnal � �walaupun mereka sendiri tidak tahu kandungan kajian yang diterbitkan.

Semua gejala ini tidak lagi menjadi rahsia, malahan diketahui umum di kalangan ahli akademia universiti. Malah ia menjadi dilema jika didedahkan, ada orang yang akan �terasa pedas.

Malangnya, ia semakin menjadi-jadi apabila gejala ini mula meresap dan menjadi biasa� � di kalangan pensyarah-pensyarah.

Saya bimbang, apabila tiba masanya, pelajar-pelajar yang teraniaya ini mula membawa kes-kes sedemikian untuk perhatian akademia dunia.

Seperti politik wang, gejala sebegini harus dikekang dari sekarang sebelum terlambat. Saya tidak sanggup melihat akademia tempatan lain yang jujur dan bekerja keras mendapat nama yang buruk hanya kerana apa yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah sebegini.

Pun begitu, saya percaya kita harus berlaku adil terhadap pensyarah-pensyarah yang mempunyai minat tulen terhadap penyelidikan dan berusaha keras dan amat etikal dalam kerja penyelidikan mereka. Mereka ini harus disanjung dan berhak untuk diberikan ganjaran yang wajar.

Page 5: ARKIB

Masih belum terlewat untuk pentadbir-pentadbir universiti tempatan memberikan saranan-saranan supaya pensyarah-pensyarah muda ini bersifat etikal dalam kerja-kerja penyelidikan.

Saya percaya, sekiranya kita mendidik ahli akademik kita untuk jujur dan bersifat tulen untuk menghasilkan penyelidikan sendiri, negara kita akan maju dalam erti kata yang sebenarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

ARKIB : 23/09/2009

Isu plagiarisme di UPMSARANAN Datuk Salleh Majid yang dimuatkan pada halaman 10 Utusan Malaysia, Sabtu 19 September 2009 amat menarik dan ada kebenarannya. Namun hanya melibatkan amat segelintir warga IPT yang mempunyai lebih 24 ribu pegawai akademik di IPTA dan angka yang hampir sama di IPTS.

Seperti Malaysia dilabel dunia sebagai pengeksport pengganas, disebab seorang dua mungkin keterlaluan, namun apa yang berlaku amat mengecewakan kita semua. Kita semua tidak boleh menerima budaya negatif tersebut dan harus menanganinya dengan segera.

Bagi kes UPM, ia patut dilihat sebagai langkah positif pengurusan tertinggi UPM yang mengambil tindakan wajar berteraskan klausa yang terdapat dalam Akta 605 bagi Badan Berkanun.

Ia telah memberi isyarat yang jelas kepada pensyarah, pelajar dan warga terpelajar menangani plagiarisme. Plagiat merupakan dosa besar dalam dunia akademik dan � �Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memandang serius dan amat prihatin dengan isu tersebut.

Malah, pembudayaan akademik melalui agenda kritikal Akademia KPT adalah langkah positif dan lebih bermakna ke arah membudayakan budaya kecemerlangan di IPT. Ia perlu usaha berterusan dan sokongan semua pihak.

Rata-rata kebanjiran maklumat masa kini berlaku di mana-mana dengan wujudnya � �Internet dan pengaruh globalisasi. Kini maklumat dihujung jari.

Adalah menjadi cabaran dan dugaan kepada pelajar, pensyarah dan orang ramai ialah untuk tidak mengambil jalan singkat dan sentiasa mengamalkan etika berilmu.

Jujur kepada ilmu adalah salah satu hasil pembelajaran yang dengan sengaja diterapkan kepada pelajar dan para akademia di IPT. Malah ia adalah nilai universal yang perlu dipupuk dan dibudayakan semua.

Page 6: ARKIB

Penguasaan bahasa Inggeris (BI) yang dibangkitkan merupakan isu negara yang semua kita ketahui. Berdasarkan penilaian empirikal Jabatan Pengajian Tinggi terhadap atribut kemahiran insaniah pelajar (Generic Student Attributes-GSA) baru-baru ini, mendapati tahap penguasaan BI ketika bergraduat masihlah di peringkat sederhana.

Ini disebabkan penguasaan BI pelajar di peringkat kemasukan yang masih rendah khususnya pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman.

Natijahnya penguasaan di peringkat keluaran masih perlu diperbaiki meskipun peningkatan ketara telah berlaku disebabkan penukaran kaedah pembelajaran dari pembelajaran berpusatkan pensyarah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar yang menjadi arus perdana di IPT sekarang.

Namun ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Pengantarabangsaan pengajian tinggi merupakan inisiatif yang giat dilakukan kerana ia mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam bahasa Inggeris.

Cadangan untuk overhaul universiti amatlah dialu-alukan. Malah transformasi pengajian tinggi sedang giat berlaku sekarang dengan wujudnya Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara PSPTN. Tujuh teras strategik dan 21 Agenda Kritikal telah dibangun dan dilaksanakan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Negara melalui pengajaran dan pembelajaran berkualiti serta penyelidikan yang membawa impak kepada ekonomi berteraskan inovasi. Asas kepada kejayaan PSPTN adalah pembudayaan budaya kecemerlangan di IPT khususnya di kalangan pelajar dan akademia.

KPI yang dibangunkan adalah berteraskan piawaian antarabangsa dan kini telah disejajarkan dengan NKRA. Petunjuk prestasi kualiti graduan adalah skor GSA yang memenuhi piawaian minimum diakhir pengajian, kebolehdapatan kerja dan indeks kepuasan majikan.

Malah, ia akan menjadi rating system SETARA yang akan diumumkan awal 2010 nanti. Ia juga menjadi KPI setiap Naib Canselor IPT yang dilantik.

Kementerian juga sedang di peringkat akhir membangunkan satu lagi instrumen untuk mengukur kesarjanaan pensyarah.

Indeks kesarjanaan ini akan melibatkan aspek pembudayaan ilmu, kecemerlangan akademik, impak mereka kepada mesyarakat dan negara serta kebolehlihatan mereka di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan pemeriksaan kesihatan yang objektif bagi menentukan sama ada IPT berada di landasan yang betul. Ini bermakna usaha gigih perlu dilakukan oleh IPT supaya budaya ilmu, kesarjanaan dan keintelektualan menyerlah di semua peringkat.

KPT mengambil pendekatan mengurus outcomes dan memberi ruang, autonomi dan flexibility kepada IPT untuk melaksanakannya secara inovatif.

Page 7: ARKIB

Ringkasnya KPT juga prihatin dengan apa yang utarakan dan telah menjadikannya agenda perdana mentransformasi IPT di negara ini.

Keseimbangan dari keperluan memberi akses kepada pengajian tinggi dan keperluan mempastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan adalah menjadi tonggak utama KPT di samping membudayakan budaya kecemerlangan, budaya cinta dan jujur kepada ilmu di kalangan pensyarah dan pelajar.

Di samping itu kesinambungan sistem pembelajaran IPT dengan sistem pendidikan sekolah dititikberatkan.

Penglibatan dan komitmen semua pihak dalam meningkatkan keterampilan keibubapaan (parenting), pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education), sekolah dan IPT perlu diintegrasikan.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dan tidak hanya menyerahkan kepada kerajaan.

Pembudayaan tersebut perlu dilihat secara holistik bukan secara silo atau melibatkan satu satu agensi sahaja.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0923&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

ARKIB : 14/09/2004Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services0

Budaya plagiat cemarkan IPTASaudara Pengarang,SEJAK sekian lama, saya sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan kerap memerhatikan satu budaya pelajar kita yang agak sukar dikikis iaitu budaya meniru dan menciplak atau sinonim dengan nama `plagiarisme'.

Secara umumnya budaya plagiarisme adalah menginterpretasi sesuatu idea atau karya orang lain sebagai idea atau karya sendiri.

Jenayah dalam akademik ini merupakan satu kesalahan yang besar dan boleh menyebabkan seseorang pelajar tidak layak menerima ijazah, atau jika dia sudah mempunyai pangkat dan jawatan seperti profesor, doktor atau profesor madya, dia boleh dilucutkan daripada jawatan itu secara automatik jika didapati bersalah menciplak karya orang lain.

Melalui pemerhatian, saya dapati sesetengah individu yang terlalu ghairah untuk merebut jawatan dan pangkat dalam akademik ini sanggup menjadi `pencuri intelektual'.

Mereka tidak lagi menghargai ketinggian ilmu dan matlamat asal untuk masuk ke universiti tetapi lebih suka untuk merebut segulung ijazah yang mungkin menjanjikan pendapatan lumayan.

Page 8: ARKIB

Kontradiksinya di sini, kita dapat lihat universiti dipandang sebagai suatu kilang yang memprodukkan tenaga kerja negara dan bukan lagi tempat untuk melahirkan cendiakawan-cendiakawan dalam pelbagai bidang.

Saya ingin melahirkan rasa kebimbangan saya terhadap institusi pendidikan yang akan dipandang dari sudut materialistik, bukan lagi dari sudut intelektual.

Saya amat berharap agar semua pihak kembali memartabatkan fungsi institusi pendidikan tinggi supaya menjadi satu tempat yang mulia dan benar-benar mampu melahirkan warganegara yang intelek, progresif dan unggul. - PENSYARAH SENIOR, Bangi, Selangor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0914&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm#ixzz2OjPn286h © Utusan Melayu (M) Bhd 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0914&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

\Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian tinggi yang

diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan. Biarpun segelintir pihak menganggap budaya berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik warga institusi pengajian tinggi hingga boleh dipersoalkan masyarakat. Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain? Atau kerana sikap sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej warga terpelajar. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu ‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.

Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak jujur? Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak memalukan diri sendiri dan institusi.

Page 9: ARKIB

Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data, ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.

Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata, mahasiswa dan pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya, sebahagian besar hanya melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri semata-mata memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai. Mereka tolak ke tepi nilai ilmu yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan karya perlu dilakukan dengan penuh teliti. Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah pemikiran baru selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum diiktiraf.

Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama. Meskipun universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus semata-mata memastikan misi tercapai. Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual.

Page 10: ARKIB

Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenal pasti bahagian diciplak penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan merencanakan perjalanan kejayaan masing-masing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci yang ada untuk mencapai kejayaan. Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya.

INFO UNTUK ANDA

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.

Wikipedia pula mendefinisikan, plagiarisme adalah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.

Perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin dan Scan My Essay banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.

Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan. Biarpun segelintir pihak menganggap budaya berkenaan sebagai

Page 11: ARKIB

terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik warga institusi pengajian tinggi hingga boleh dipersoalkan masyarakat. Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain? Atau kerana sikap sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej warga terpelajar. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu ‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.

Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak jujur? Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak memalukan diri sendiri dan institusi. Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data, ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.

Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata, mahasiswa dan pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya, sebahagian besar hanya melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri semata-mata memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai. Mereka tolak ke tepi nilai ilmu yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan karya perlu dilakukan dengan penuh teliti. Menurutnya

Page 12: ARKIB

kajian atau penulisan bertujuan mencambah pemikiran baru selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum diiktiraf.

Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama. Meskipun universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus semata-mata memastikan misi tercapai. Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual.

Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenal pasti bahagian diciplak penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan merencanakan perjalanan kejayaan masing-masing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci yang ada untuk mencapai kejayaan. Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya.

INFO UNTUK ANDA

Page 13: ARKIB

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.

Wikipedia pula mendefinisikan, plagiarisme adalah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.

Perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin dan Scan My Essay banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.