Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
-
Upload
khairul-islam -
Category
Documents
-
view
239 -
download
0
Transcript of Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
1/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
99 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes
Teaching School, IPTAR
Oleh
John BrodiJabatan Ilmu Pendidikan, IPTAR
ABSTRAK
Dalam era ledakan maklumat serta dunia tanpa sempadan proses pemerolehan
ilmu merupakan asas utama untuk menjana pembangunan sumber manusia yang
merupakan aset utama dalam menentukan kekuatan sesebuah negara atau masyarakat.
Selaras dengan itu pelbagai cara penerapan ilmu diusahakan bagi memaksimumkan
pemindahan ilmu di kaqlangan pelajar sekolah. Kajian ini cuba meneliti suatu konsep
belajar secara projek yang menumpukan kepada aspek kesesuaian, pengelolaannya serta
nilai tambah ilmu yang mungkin diperolehi. Melalui maklumbalas daripada pensyarah,
guru dan murid yang terlibat dalam kajian kes ini maka beberapa dapatan diperolehi.
Dari segi pengurusan pembelajaran berasaskan projek ini dianggap memerlukan
perancangan rapi yang juga melibatkan kos bagi pengelolaannya. Didapati kaedah ini
dapat memberi motivasi kepada murid untuk belajar. Sehubungan itu juga Pembelajaran
Berasaskan Projek (Project Based Learning/PBL) membantu dari segi aspek pelbagai
cara belajar ; pembelajaran berasaskan dunia sebenar atau secara langsung. Ia juga dapat
memberi tahap kefahaman yang mendalam tentang isi serta melibatkan pelbagai cara
komunikasi. Cara ini membolehkan murid bertanggungjawab ke atas pembelajaransendiri.
PENDAHULUAN
Proses pemerolehan ilmu adalah tonggak kepada pembangunan sumber
manusia dalam sesebuah Negara. Sumber manusia yang berilmu,
progresif dan inovatif merupakan aset utama yang perlu dijana bagi
membentuk kekuatan Negara tersebut. Dalam menyahut cabaran ini
pelbagai pendekatan serta teknik pengajaran serta pembelajaran perlu
bagi memberi input yang paling optima dalam persekitaran generasi
muda yang pesat berkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
2/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
100 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Pengajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/PBL)merupakan
suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang
dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara gurudan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara
penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)
mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti
yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak
melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu
kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek
memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang
sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai.
Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitankeperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek
bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada
murid serta sumbangan kepada pembelajaran.
Objektif Kajian
Secara spesifik kajian ini cuba untuk melihat keperluan dan keberkesananpelaksanaan projek dari segi:
a. Mengenalpasti keperluan perancangan, pengurusan dankesesuaian pelaksanaan projek.
b. Mengenalpasti sumbangan projek kepada kaedah dan prosespengajaran dan pembelajaran.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
3/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
101 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
c. Mengenalpasti sumbangan projek dalam meningkatkan keyakinandiri dan motivasi murid.
Objektif pertama kajian ini ialah cuba menyelidiki aspek perancangan
dan pengurusan bagi pelaksanaan kaedah projek dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah untuk menentukan keperluan perancangan dan
pengurusan yang mantap dan sistematik sebelum dan semasa projek
dijalankan. Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian
projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal inimerangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah
lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba
mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah
dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran
sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan
peralatan dalam pelaksanaan projek.
Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenalpasti sumbangan projek
kepada kaedah dan proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang
diselidiki termasuk nilai tambah dari segi kepelbagaian cara
pembelajaran dan kaitan pelajaran murid dengan dunia sebenar.
Objektif yang ketiga dalam kajian ini ialah untuk mengenalpasti
sumbangan projek dalam meningkatkan keyakinan diri dan motivasi
murid. Ini melibatkan penelitian tentang minat, penglibatan dan
kepuasan murid dalam melaksanakan aktiviti projek.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
4/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
102 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
TINJAUAN LITERATUR
Dalam menghasilkan kajian ini beberapa penelitian tentang hasil kajianserta penulisan terdahulu berkaitan Pembelajaran Berasaskan Projek.
Ianya dibuat dengan merujuk kepada dapatan dan maklumat melalui
media bertulis, pandangan pakar yang berkaitan dan melalui media
elektronik. Tinjauan ini bagi mengkaji pelbagai aspek yang perlu
diselidiki dan perkaitannya dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan
Projek. Ia juga sebagai input penting bagi memberi ulasan, perbandinganserta rumusan yang akan dibuat pada akhir kajian.
Definisi Pengajaran Berasaskan Projek
Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang
menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi
ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalanpenerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai
tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada
matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan
murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga
boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid
atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskanprojek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau
bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook- Project Based
Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang
membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
5/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
103 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini
melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di
lapangan atau dunia sebenar.
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan
murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan
beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:
a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagaib. Berorientasikan dunia sebenar.c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan
pembelajaran.
d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi.e. Menggunakan kaedah pengalaman hands-on.f. Memberi pemahaman yang tinggi.g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan
sendiri.
k. Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna denganmenghubungkan yang baru dengan yang lama.
l. Pembelajaran melibakan data semasa.m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek.n. Pembelajaran merentasi kurikulum.o. Guru sebagai fasilitator.p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
6/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
104 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Amalan Pengajaran Berasaskan Projek
Di Singapura kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999
sebagai susulan daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu danekonomi dunia (Murphy, 2003.110). Ini menunjukkan pelaksanaan
kaedah projek dalam pembelajaran di Singapura telah lama ditekankan.
Ia menunjukkan kepentingannya sebagai penjana ilmu ke arah
pembangunan ekonomi dan masyarakat negara tersebut.
Di Negara Malaysia kaedah ini juga mendapat perhatian yang mendalamdalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan
usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah
meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan
kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu
membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan
bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan negara.Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif
RECSAM_SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun
bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia,
Biologi, Bahasa Inggerisi , Matematik dan Matematik Tambahan bagi
peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil Pelajaran Malaysia dari
tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong & Michael, 2000mukas surat 61-62). Dalam sukatan matapelajaran di sekolah banyak
unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan komponen kerja
kursus oleh pelajar.
Melalui penelitian tentang kajian-kajian serta tulisan-tulisan yang lalu
didapati kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bersaskan Projek ini
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
7/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
105 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
memang telah lama diamalkan dan merupakan kaedah yang semakin
dititikberatkan. Kaedah ini didapati amat sesuai dalam konteks demokrasi
dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajaruntuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan.
Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi
bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia memberi
bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan
keupayaan berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini melibatkan beberapa alat serta cara pengumpulan data dan
analisis kajian untuk mendapatkan dapatan bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian. Secara am kajian ini melibatkan instrumen pengukuran
data melalui soalselidik ke atas responden dan juga pemerhatian serta
pengukuran tahap prestasi subjek kajian bagi menghasilkan rumusanpada akhir kajian.
Tempat kajian ini dijalankan ialah Santubong Resort, Kuching, Sarawak.
Tempat ini dipilih berdasarkan kesesuaian lokasinya untuk menjalankan
pelbagai projek atau siasatan yang melibatkan beberapa matapelajaran
iaitu Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu.
Kajian ini merupakan kajian kes yang berasaskan kaedah penelitian data
kuantitatif. Sumber utama data ialah maklumbalas daripada soalselidik ke
atas peserta (pensyarah, guru dan murid) program Teaching School,
IPTAR dengan SK Dato Traoh, Kota Samarahan.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
8/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
106 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Kajian ini melibatkan pemerolehan data sekunder melalui bahan-bahan
bercetak, orang perseorangan serta bahan daripada media elektronik.
Ulasan daripada kajian atau tulisan yang berkaitan dengan tajuk kajianditeliti dan diambil sebagai input kajian.
Data primer dikumpul sebagai teras dapatan kepada kajian ini. Antara
data yang dikumpul termasuk melalui borang soalselidik kepada
responden kajian. Responden yang terlibat adalah para pensyarah, guru
dan murid yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskanprojek yang dikelolakan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan, IP Tun Abdul
Razak, Kota Samarahan Sarawak . Projek ini melibatkan para pensyarah
dari IPTAR, guru-guru dari SK Dato Traoh dan murid-murid Tahun 4 SK
Dato Traoh. Persampelan dibuat secara keseluruhan ke atas kesemua
peserta yang terlibat yang terdiri daripada sembilan orang pensyarah dan
guru serta 14 orang murid.
Soal selidik yang digunakan mempunyai dua bahagian. Bahagian A
merupakan maklumat demografi responden dan Bahagian B adalah
maklumat yang berkaitan dengan Pembelajaran Berasaskan Projek. Item-
item dalam Bahagian B menggunakan skala lima poin: 1 sebagai
Sangat tidak setuju; 2 sebagai Tidak setuju; 3 sebagaiTidak pasti ; 4 sebagai Setuju; dan 5 sebagai Sangat
setuju. Soal selidik yang ditadbirkan kepada responden yang terdiri
dari pensyarah dan guru adalah berbeza dengan soal selidik yang
ditadbirkan ke atas murid-murid. Bagaimanapun terdapat item-item yang
berkaitan dalam kedua set soal selidik ini.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
9/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
107 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS.
Analisis ini melibatkan data soslselidik yang diberi kepada para guru,
pensyarah dan murid yang terlibat. Analisis kekerapan dijalankan bagimenentukan kecenderungan dapatan kajian. Melalui perisian SPSS
analisis min serta peratusan juga dijalankan bagi menentukan pola
maklumbalas responden.
DAPATAN KAJIAN
Perancangan, Pengurusan dan Kesesuaian Pelaksanaan PBLAnalisis tentang perancangan, pengurusan dan kesesuaian pelaksanaan
merangkumi masa perancangan dan pelaksanaan, beban kerja dalam
pengurusan projek, serta penglibatan pihak luar dalam pelaksanaan
projek. Dapatan yang berkaitan dengan aspek ini dinyatakan dalam
Jadual 1.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
10/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
108 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 1: Min dan Sisihan Piawai Persepsi Pensyarah/guru terhadap
Perancangan, Pengurusan dan Kesesuaian Pelaksanaan
PBL
Perkara Min Sisihan Piawai
Perancangan memerlukan masa 4.00 1.22
yang panjang
Perancangan memerlukan kerja 3.78 1.20
yang banyak
Kos perancangan adalah tinggi 3.22 1.20
Kos mengendalikan projek adalah tinggi 3.22 1.20
Masa pelaksanaan projek adalah panjang 3.44 1.13
Pelaksanaan projek melibatkan orang/ 4.11 .93
organisasi lain
Pembelajaran berasaskan projek sesuai 4.33 .87dengan semua jenis sekolah
Pembelajaran berasaskan projek sesuai 4.22 .83
di semua persekitaran sekolah
Pengelolaan aktiviti sesuai dengan
keperluan murid 4.33 .71
Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi di mana
respons antara bersetuju dan sangat bersetuju adalah untuk lima item
seperti berikut: (i) Perancangan memerlukan masa yang panjang (Min =
4.00, SP= 1.22), (ii) Pelaksanaan projek melibatkan orang/ organisasi lain
(Min = 4.11, SP= .93), (iii) Pembelajaran berasaskan projek sesuai
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
11/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
109 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
dengan semua jenis sekolah (Min = 4.33, SP= .87), (iv) Pembelajaran
berasaskan projek sesuai di semua persekitaran sekolah (Min = 4.22, SP=
.83), dan (v) Pengelolaan aktiviti sesuai dengan keperluan murid (Min =4.33, SP= .71).
Dapatan kajian juga menunjukkan respons antara tidak pasti dan
bersetuju untuk empat item seperti yang dinyatakan di bawah ini:
(i) Perancangan memerlukan kerja yang banyak (Min = 3.78, SP = 1.20),
(ii) Kos perancangan adalah tinggi (Min = 3.22, SP =1.20), (iii) Kosmengendalikan projek adalah tinggi(Min = 3.22, SP = 1.20) dan (iv)
Masa pelaksanaan projek adalah panjang (Min = 3.44, SP = 1.13).
Secara keseluruhan kesemua responden bersetuju Pembelajaran
Berasaskan Projek sesuai untuk semua jenis sekolah dan sesuai untuk
dilaksanakan di semua persekitaran sekolah. Selain dari itu pengelolaan
aktiviti dalam PBL dikatakan sesuai dengan keperluan murid.
Bagaimanapun, perancangan projek ini memerlukan masa yang panjang
serta melibatkan orang/ organisasi lain. Dapatan kajian juga
mempamerkan bahawa responden agak bersetuju yang proses merancang
PBL melibatkan kerja yang banyak di samping memerlukan masa yang
panjang. Selain dari itu kos merancang dan mengendalikan projek ini
adalah tinggi serta memerlukan masa pelaksanaan yang panjang.
Sumbangan Projek kepada Kaedah dan Proses Pengajaran danPembelajaran.
Sumbangan yang buat oleh PBL terhadap kaedah dan proses pengajaran
dan pembelajaran dilihat dari dua perspektif; (i) Dari perspektif
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
12/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
110 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
pensyarah dan guru, dan (ii) Dari perspektif murid. Dapatan dari dua
perspektif ini digambarkan dalam Jadual 2 dan Jadual 3.
Jadual 2: Min dan Sisishan Piawai Persepsi Pensyarah/guru
terhadap sumbangan PBL dalam proses P & P
Perkara Min Sisihan Piawai
Melibatkan pelbagai cara belajar 4.56 .53
Pembelajaran berasaskan dunia sebenar 4.78 .44
Melibatkan perkara sebenar atau secara 4.67 .71
langsung
Terdapat penggabungjalinan kaedah 4.33 1.00
pengajaran/ pembelajaran
Penilaian selaras dengan isi serta arahan 4.56 .53
Pembelajaran berkaitan pengalaman dan 4.22 .83
prestasi masa lalu
Pembelajaran melibatkan pengumpulan 4.22 .97
data dan pembuatan rumusan
Pembelajaran melibatkan pelbagai 4.22 1.20
disiplin ilmu
Guru adalah pemudah cara proses 4.56 .73
pembelajaran
Melibatkan pelbagai cara komunikasi 4.67 .50
Memberi tahap kefahaman yang 4.33 .87
mendalam tentang isi
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
13/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
111 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, tahap
persetujuan pensyarah dan guru adalah sangat tinggi dalam menyatakan
pembelajaran melalui kaedah PBL adalah berasaskan dunia sebenar (Min= 4.78, SP = .44). Selain dari itu respons dari persepsi pensyarah dan
guru juga sangat bersetuju yang pengajaran dan pembelajaran berasaskan
projek melibatkan perkara sebenar atau secara langsung serta melibatkan
pelbagai cara komunikasi. Responden juga sangat bersetuju yang PBL
melibatkan pelbagai cara belajar dan membuat penilaian yang selaras
dengan isi serta arahan. Guru bukan lagi berperanan sebagai pemberimaklumat secara spoon feeding tetapi lebih berperanan sebagai
pemudah cara semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Kaedah PBL seperti yang dipersetujui dalam dapatan kajian turut
mengakui terdapat penggabungjalinan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Ianya berkemampuan untuk memberi tahap kefahamanyang mendalam kepada murid tentang isi pelajaran. Tahap persetujuan
pensyarah dan guru adalah paling rendah (Min = 4.22) untuk tiga item
berikut: Pembelajaran berkaitan pengalaman dan prestasi masa lalu,
pembelajaran melibatkan pengumpulan data dan membuat rumusan serta
pembelajaran melibatkan pelbagai disiplin ilmu. Walaupun begitu tahap
persetujuan secara keseluruhan pensyarah dan guru terhadap sumbanganPembelajaran Berasaskan Projek adalah sangat tinggi dalam julatsetuju
hingga sangat setuju.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
14/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
112 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Jadual 3: Min dan Sisishan Piawai Persepsi Murid terhadap
sumbangan PBL dalam proses P & P
Perkara Min Sisihan Piawai
Melibatkan pelbagai cara belajar 3.57 .51
Pembelajaran berasaskan dunia sebenar 3.43 .65
Melibatkan perkara sebenar atau secara 3.57 .51
langsung
Memberi tahap kefahaman yang 3.36 .63
mendalam tentang isi
Melibatkan pelbagai cara komunikasi 3.93 .62
Penilaian selaras dengan isi serta arahan 3.57 .85
Pembelajaran berkaitan pengalaman dan 3.64 .63
prestasi masa lalu
Pembelajaran melibatkan pengumpulan 3.43 .76
data dan pembuatan rumusan
Guru adalah pemudah cara proses 3.93 .62
pembelajaran
Secara perbandingan dapatan kajian menunjukkan persepsi murid
terhadap sumbangan PBL dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
mempamerkan tahap persetujuan yang lebih rendah berbanding dengan
tahap persetujuan pensyarah/guru. Tahap persetujuan dari persepsi murid
adalah dalam julat tidak pasti hingga bersetuju sahaja. Min yang
paling tinggi (3.93) adalah untuk dua item: Melibatkan pelbagai cara
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
15/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
113 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
komunikasi dan Guru adalah pemudah cara proses pembelajaran. Min
yang paling rendah (Min = 3.36, SP = .63) adalah untuk item Memberi
tahap kefahaman yang mendalam tentang isi.
Sumbangan PBL dalam Meningkatkan Keyakinan Diri dan Motivasi
Murid.
Sumbangan yang buat oleh PBL dalam meningkatkan keyakinan dan
motivasi murid dilihat dari dua perspektif; (i) Dari perspektif pensyarah
dan guru, dan (ii) Dari perspektif murid. Dapatan dari dua perspektif ini
digambarkan dalam Jadual 4 dan Jadual 5
Jadual 4: Min dan Sisishan Piawai Persepsi Pensyarah/guru
terhadap sumbangan PBL dalam meningkatkan
keyakinan diri dan motivasi murid.
Perkara Min Sisihan Piawai
Dapat berfikir lebih mendalam 4.56 .73
Murid digalakkan membuat penilaian 4.11 1.36
sendiri
Murid bertanggungjawab ke atas 4.11 1.27
pembelajaran sendiri
Murid merasa pembelajaran adalah 4.33 .87
miliknya
Pembelajaran /projek dihargai 4.33 .87
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
16/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
114 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan pensyarah/guru amat
bersetuju terhadap sumbangan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam
meningkatkan keyakinan dan motivasi murid. Antara lain pensyarah.guruamat bersetuju PBL mampu menggalakkan murid berfikir lebih
mendalam dan membuat penilaian kendiri. Selain dari itu PBL juga
mampu untuk mencetus rasa tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
dan menghargai pembelajaran yang diperolehi.
Jadual 5: Min dan Sisishan Piawai Persepsi Murid terhadapsumbangan PBL dalam meningkatkan keyakinan diri dan
motivasi murid.
Perkara Min Sisihan Piawai
Murid rasa seronok belajar 4.00 .55
Murid dapat belajar dengan lebih 3.86 .66
berkesan
Murid dapat menumpukan penuh 3.71 .47
perhatian
Murid rasa lebih yakin bertanya 4.07 .47
dan bercakap
Dapat berfikir lebih mendalam 3.86 .53
Murid digalakkan membuat penilaian 3.71 .99sendiri
Pembelajaran /projek dihargai 3.93 .62
Murid merasa pembelajaran 3.64 .63
adalah miliknya
Murid bertanggungjawab ke atas 3.79 .70
pembelajaran sendiri
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
17/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
115 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Dari persepsi murid, dapatan kajian menunjukkan murid juga amat
bersetuju terhadap sumbangan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam
memberikan keseronokan belajar di kalangan murid (Min = 4.00,SP= .55) dan menjadikan murid lebih yakin untuk bertanya dan bercakap
(Min = 4.07, SP = .47).
Dapatan kajian juga menunjukkan murid agak bersetuju yang PBL dapat
membantu mereka untuk belajar dengan lebih berkesan serta dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pengajaran danpembelajaran yang dijalankan. Murid juga agak bersetuju PBL mampu
menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam dan membuat
penilaian kendiri. Selain dari itu PBL juga mampu untuk mencetus rasa
tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dan menghargai
pembelajaran yang diperolehi. Dapatan kajian juga menunjukkan murid
agak bersetuju yang PBL dapat mencetuskan rasa yang pembelajaranadalah milik mereka.
Secara keseluruhan dapatrn kajian menunjukkan Pembelajaran
Berasaskan Projek mampu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid
dari persepsi pensyarah/guru dan murid. Bagaimanapun dapatan
menunjukkan pensyarah/guru mempunyai persepsi yang lebih positifberbanding dengan persepsi murid. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi
perbezaan min antara dua kumpulan ini seperti yang dipaparkan dalam
Jadual 2, Jadual 3, Jadual 4 dan Jadual 5.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
18/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
116 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Perancangan, Pengurusan dan Kesesuaian Pelaksanaan PBL
Berdasarkan maklumbalas oleh guru/pensyarah didapati PBLmemerlukan komitmen kerja yang agak mencabar iaitu dari segi jumlah
kerja yang banyak yang memerlukan masa yang panjang serta kos
pengendalian yang tinggi. Oleh hal yang demikian perlu diberi perhatian
tentang aspek perancangan dan pengelolaan apabila mengendalikan
projek. Guru haruslah bijaksana membuat perancangan dan pengelolaan
projek berdasarkan situasi sekolah dan pelajar.
Faedah dan Sumbangan PBL dalam Konteks Pengajaran dan
Pembelajaran.
Analisis soalselidik menunjukkan jelas kepuasan dan keseronokan sambil
belajar oleh pelajar. PBL membantu dari segi aspek pembelajaran;
melibatkan pelbagai cara belajar ;pembelajaran berasaskan dunia sebenar;melibatkan perkara sebenar atau secara langsung; memberi tahap
kefahaman yang mendalam tentang isi; melibatkan pelbagai cara
komunikasi; murid bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri;
murid merasa pembelajaran adalah miliknya ;pembelajaran berkaitan
pengalaman dan prestasi masa lalu; pembelajaran melibatkan
pengumpulan data dan pembuatan rumusan; pembelajaran /projekdihargai; murid rasa seronok belajar; murid dapat belajar dengan lebih
berkesan; murid dapat menumpukan penuh perhatian serta murid rasa
lebih yakin bertanya dan bercakap. Pemerhatian semasa aktiviti
pembelajaran juga menunjukkan penglibatan aktif serta keseronokan
dalam pembelajaran pelajar.
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
19/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
117 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
Peranan Projek dalam Meningkatkan Keyakinan dan Motivasi Murid
Daripada dapatan kajian projek berperanan memberi motivasi kepada
pelajar untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar mendapatiPBL menjana kefahaman tentang aspek; murid merasa pembelajaran
adalah miliknya; pembelajaran /projek dihargai; murid rasa seronok
belajar; murid dapat belajar dengan lebih berkesan; murid dapat
menumpukan penuh perhatian serta murid rasa lebih yakin dalam
komunikasi. Ini selaras dengan dapatan kajian oleh Randler dan Hulde
(2007) yang mendapati pelajar yang diajar dengan cara penglibatandalam aktiviti menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap
pembelajaran mereka.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapatan daripada para pensyarah, guru dan murid
yang terlibat mendapati lebih banyak kesan positif hasil daripada PBL.
PBL dapat membantu menjadikan cara pembelajaran yang aktif, dinamik
dan menyeronokkan bagi pelajar. Ini selaras dengan kenyataan Hung dan
Chen (2007) yang menegaskan bahawa dalam melaksanakan projek di
mana pelajar terlibat dalam aktiviti dan guru sebagai pemudahcara tahap
penyesuaian pelajar dalam pembelajaran adalah tinggi. Dapatan juga
menunjukkan pembelajaran PBL meningkatkan keyakinan dan
penglibatan murid. Namun demikian dalam mengelolakannya PBL
memerlukan komitmen kerja yang agak mencabar iaitu dari segi jumlah
kerja yang banyak yang memerlukan masa yang panjang serta kos
pengendalian
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
20/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
118 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008
RUJUKAN
Abbas, J.& Bradshaw A. C. (2006). Project-Based Learning in An
Internship Program: A Qualitative Study of Related Roles andTheir Motivational Attributes. Educational Technology Research
and Development. Vol. 56. No. 3. June 2008. Norwell, MA,
Springer. (pp. 329-359).
Baggott, L. et al. (2007). Teaching and Learning with ICT within the
Subject Culture of Secondary School Science. Research in
Sciencfe and Technological Education. Vol. 25, No. 3, Nov.2007.
London, Routledge. (339-349).
Educational Technology Division, Ministry of Education (2006).
Project-Based Learning Handbook. Kuala Lumpur,
Communications and Training Sector Smart Educational
Development Educational Technology Division, Ministry of
Education (1-56).
Elliot, J. and Kushner, S. (2007). The Need for a Manifesto for
Educational Programme Evaluation. Cambridge Journal of
Education. Vol. 37, No. 3, September 2007. London, Routledge.(pp. 321-336).
Gerber, S. & Scott, L. (2006). Designing a Learning Curriculum and
Technologys Role in It. Educational Technology Research and
Development. Vol. 55. No. 5. October 2007. Norwell, MA,
Springer. (pp. 461-478).
Hajira Bee Abdul Rahman, Ong Eng Tek, Michael Liau Tet Lok:
RECSAM_BAINUN Cooperative School Project (REBACOS).Dalam Classroom Teacher. Jilid 5 Bil 1. Inst Pnyldkn, pndkn
Sains Mt Malaysia.
Hung, D. & Chen, D. T. V. (2007). Context-Process Authenticity in
Learning: Implications for Identity Enculturation and Boundary
Crossing. Educational Technology Research and Development.
Vol. 55. No. 2. April 2007. Norwell, MA, Springer. (pp.147-
167).
-
8/7/2019 Article 5 99-119 21 pages John Brodi- JIP
21/21
Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,
IPTAR
Kraft, N. (2005). Criteria for Authentic Project-Based Learning.
http://pbl-online.org/. Retrieved on 03/09/07
Meija, A. & Molina, A. (2007). Are We Promoting CriticalAutonuomous Thinking? A Discussion on Conversational Genres
and Whether They Can Help Us Answer This Question.
Cambridge Journal of Education. Vol. 37, No. 3, September
2007. London, Routledge. (pp. 409-426).
Murphy, J. (2003). Teaching Practice. Conversations. Plans Action and
Performance. Singapore. Pearson. Prentice Hall. 110-113.
Poh Swee Hiang, (2003). Pedagogy of Science 2: Science Teaching andLearning Strategies. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd. 76-78.
Randler, C.and Hulde, M. (2007). Hands-on versus teacher-centered
Experiments in Soil Ecology. Research in Sciencfe and
Technological Education. Vol. 25, No. 3, Nov.2007. London,
Routledge. (329-338).
Shiang, K. W. & Reeves, T. C. (2006). The Effects of Web-BasedLearning Environment on Student motivation in a High School
Earth Science Course. Educational Technology Research and
Development. Vol. 55. No. 2. April 2007. Norwell, MA,
Springer. (pp. 169-192).
Song, L. Hannafin, M. J. & Hill, J. R. (2006). Reconciling Beliefs and
Practices in Teaching and Learning. Educational Technology
Research and Development. Vol. 55. No. 1. Februaryl 2007.
Norwell, MA, Springer. (pp. 27-50).
Tarhan, L. and Acar, B. (2007). Problem Based Learning in an
Eleventh Grade Chemistry Class: Factors Affecting Cell
Potential. Research in Sciencfe and Technological Education.
Vol. 25, No. 3, Nov.2007. London, Routledge. (351-369).
http://pbl-online.org/.%20Retrieved%20%20on%2003/09/07http://pbl-online.org/.%20Retrieved%20%20on%2003/09/07http://pbl-online.org/.%20Retrieved%20%20on%2003/09/07http://pbl-online.org/.%20Retrieved%20%20on%2003/09/07http://pbl-online.org/.%20Retrieved%20%20on%2003/09/07