Article Peta Minda

download Article Peta Minda

of 9

description

artikel mind map

Transcript of Article Peta Minda

KEBERKESANAN PETA MINDA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANOlehRinawati Binti Hussin

PENGENALANPeta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan pada awal 1960an. Ia digunakan untuk membantu pelajar membuat nota dengan hanya menggunakan kata kunci dan juga imej. Ianya lebih pantas dibuat kerana kualiti visualnya lebih mudah untuk dilihat dan diingati. Sifatnya yang tidak berstruktur memudahkan fakta-fakta di dalamnya dihubungkaitkan. Sebagai penulis dan juga kosultan pendidikan, Tony Buzan (1942) mengutarakan teknik peta minda dan literasi mental. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif . Mata pelajaran bahasa Melayu sendirinya harus menggunakan peta minda dalam pembelajaran kerana peta minda memudahkan para pelajar untuk mendapatkan isi-isi penting sebelum merangka sesuatu ayat contohnya dalam penulisan karangan. Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang penjaringan, merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dengn hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.

OBJEKTIFKajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda kepada murid-murid sekolah rendah, dimana pada tahap inilah mereka mula berjinak-jinak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bolek diaplikasikan pada tahap-tahap mereka seterusnya pada masa akan datang.

KAJIAN TINDAKANMenurut kajian yang telah dilakukan oleh Nurlain Binti Joher dalam kajiannya iaitu Penggunaan Peta Minda Untuk Menulis Karangan, kajian tindakan beliau ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaanpeta mindabagi membantu meningkatkan penulisan isi karangan jenis fakta dalam bahasa Melayumurid tahun lima. Responden terdiri daripada tiga puluh lapan orang murid tahun lima dari sebuah sekolah di Selangor. Tinjauan masalah dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih terperinci. Menerusi tinjauan yang dilaksanakan, didapati 90% murid berdepan dengan masalah untuk mengembangkan, menghuraikan dan menyusun isi karangan yang mereka bina. Penyelidik telah menggunakan ujian dan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data kajian. Hasil dapatan kajian dianalisis dan didapati kesemua responden menunjukkan peningkatan dari segi mencari, menyusun dan menghuraikan isi karangan mereka. Ini dibuktikan apabila responden menunjukkan peningkatan gred A sebanyak 30%, gred B sebanyak 60%, gred C sebanyak 10% dan gred D sebanyak 0% selepas Ujian Akhir dilaksanakan. Berdasarkan hasil dapatan yang dijalankan oleh penyelidik, didapati bahawa hasil dapatan dapat menjawab persoalan kajian.Penggunaan peta mindadapat membantu murid menulis karangan jenis fakta dan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam penulisan isi karangan bahasa Melayu tahun lima. Kajian yang seterusnya adalah berteraskan kepada pembelajaranpenulisan isi karangan menggunakan peta mindayang berwarna bagi menarik minat, merangsang minda dan meningkatkan motivasi murid untuk menguasai kemahiran menulis ini di samping menggalakkan faktor ingatan mereka. Kata kunci untuk kajian ini ialah meningkatkan penulisan isi karangan jenis fakta dan penggunaan peta minda. Amiruniza binti kamil PISMK-OUM-KPM IPG Miri Sarawak telah membuat kajian mengenai peta minda dalam Respon Murid Terhadap Penggunaan Peta Minda Bagi Meningkatkan Minat Belajar Murid Terhadap Pelajaran Kajian Tempatan. Kajian tindakan yang dibuatadalah berfokuskan kepada meningkatkan minat murid Tahun Empat untuk belajar Bahasa Melayu dengan menggunakan peta minda sebagai rangsangan utama dalam sesi pembelajaran. Kajian ini hanya menumpukan kepada respond yang akan diberikan oleh murid Tahun Empat yang dijalankan selama 5 minggu. Kajian ini dilakukan kepada seramai 19 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Dari segi kaum, terdapat 27 orang murid adalah melayu, 3 orang murid india dan 5 orang murid Melanau. Kajian ini menunjukkan 100% murid suka belajar tentang peta minda. Lebih daripada 50% murid menyatakan mereka suka menggunakan peta minda kerana dapat melukis dan mewarna. Sebab-sebab lainnya ialah buku tidak kelihatan kosong, mereka mudah mengingat apa yang dipelajari dan mudah mendapat ilmu pengetahuan. Kajian yang seterusnya ialah kajian dari Baizela binti Sapingi@Shapiee dalam kajian tentang Penggunaan Peta Minta dan Kata Tanya Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Jenis Fakta Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan terhadap salah seorang murid Tahun Empat Matahari di SK Sesuci Hati(nama samaran) yang memang lemah dalam penulisan karangan di kelas. Tindakan kajian telah dilakukan dalam beberapa waktu yang berbeza iaitu semasa proses p&p dijalankan di dalam bilik darjah dan semasa luar p&p. Tempoh perlaksanaan bermula daripada 24 Mac 2012 hingga 24 April 2012. Kajian ini lebih memfokuskan tentang karangan jenis fakta sahaja. Murid tersebut telah di ajar langkah demi langkah dari latihan pertama, latihan kedua, latihan penulisan di dalam kelas dan ujian bertujuan untuk murid tersebut lebih tahu tentang cara membuat peta minda dengan betul. Langkah demi langkah telah diajar dan latihan yang sama di awal tindakan awal telah diberi untuk memastikan murid tersebut berjaya menguasai tentang penggunaan peta minda. Kajian ini menunjukkan kejayaan yang mana pada latihan pertama murid tersebut hanya mendapat markah pengolahan isi 6/10 dan mendapat markah keseluruhan 15/30%. Pada latihan kedua pula sedikit peningkatan dapat dilihat kerana murid tersebut mendapat markah pengolahan isi sebanyak 8/10 membuatkan dia mendapat markah keseluruhan sebanyak 18/30%. Pada latihan penulisan di dalam kelas, murid tersebut tidak dapat menunjukkan prestasi peningkatan yang baik seperti latihan-latihan yang di beri sebelumnya kerana markah keseluruhan untuk latihan dalam kelas murid tersebut hanya memperolehi 16/30 markah. Terdapat sedikit pencapaian yang baik pada Ujian di mana murid ini daoat mengolah kan isi dengan lebih baik dan mendapat markah keseluruhan sebanyak 20/30%. Walaupun murid tersebut tidak menunjukkan prestasi yang tidak konsisten, namun peta minda berjaya membantu murid tersebut memperbaiki tahap penulisan karangan. Selain itu Lim Kui Lik juga telah mengkaji tentang Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan Murid Tahun Empat Dalam Subjek Sains yang di buat pada Januari 2009. Kajian ini telah menggunakan tiga orang murid Tahun Empat Intan sebagai responden untuk kajian tindakan ini. Kumpulan responden tersebut terdiri daripada dua orang lelaki dan satu orang perempuan yang mana dipilih mengikut tahap yang berbeza. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda ke atas tiga orang murid Tahun Empat Intan SK Cemerlang dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan. Satu daripada murid tersebut merupakan murid aktif dan dua daripadanya ialah murid pasif. Kajian dilakukan melalui ujian pra dan ujian pos. Kaedah peta minda yang di perkenalkan kepada responden-responden membawa kesan yang positif kepada ketiga-tiga responden dari segi kefahaman terhadap topik Sains yang di ajar. Secara keseluruhan, semua responden bersetuju bahawa mereka lebih faham tentang apa yang telah diajar selepas diperkenalkan dengan kaedah peta minda. Keputusan ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan terutamanya kepada murid pasif. Murid pasif yang lemah dalam sains telah menunjukkan peningkatan daripada 0%(ujian pra) hingga 60%(ujian pos) dan 70%(ujian pos).

Zalekha Binti Haji Elie juga telah membuat satu kajian tentang penggunaan peta minda iaitu Meningkatkan Prestasi Murid Tahun 5 Jaya Dalam Penulisan Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2005. Kajian tindakan ini disasarkan kepada 6 orang murid tahun Lima di S.K Abang Aing iaitu Alina, Azrul, Eliza, Farina,Ikmal dan Rosma . Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran 6 orang murid mengemukakan isi-isi penting dalam penulisan Bahasa Melayu. Kajian ini telah dirancang untuk dilaksanakan bermula dari awal bulan Febuari 2005 hingga penghujung bulan Mei 2005. Pengajaraan telah dilaksanakn menggunakan kaedah Peta Minda dan kata soal. Masa yang diambil untuk kajian ini adalah 2 waktu (60minit) pada setiap hari Khamis untuk melaksanakan p&p menggunakan kaedah ini, 1 waktu(30minit) untuk perbincangan dan 1 waktu yang lainnya untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Penilaian terhadap keberkesanan kaedah ini dapat dilihat dengan mengadakan ujian pada setiap hujung bulan dalam tempoh kajian. Berdasarkan analisis markah ujian, didapati Alina meningkat daripada gred C dalam ujian yang pertama kepada gred B dalam ujian-ujian yang seterusnya. Azrul telah mendapat gred B dalam keempat-empat ujian walaupun markahnya menurun sedikit tetapi pencapaiannya masih konsisten. Markah Eliza telah meningkat daripada gred C dalam ujian pertama kepada gred B dalam ujian-ujian berikutnya.. Farina pula menunjukkan peningkatan markah yang lebih baik iaitu dari gred c ke gred B dalam ujian berikutnya. Pencapaian Ikmal pula kurang memuaskan kerana masih mendapah markah yang sama dalam ketiga-tiga ujian iaitu gred C. Rosma juga merupakan murid yang mendapat pencapaian yang baik dalam ujian ini. Secara keseluruhannya pencapaian beberapa orang murid menunjukkan peningkatan yang positif biarpun bukan cemerlang semenjak mempelajari tentang penggunaan peta minda.

PERBINCANGANKelima-lima kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat berguna. Ini kerana, murid-murid dapat belajar dengan cepat dan senang untuk mendapatkan isi-isi penting dalam setiap mata pelajaran. Kajian-kajian yang dibuat telah membuktikan bahawa peta minda ini adalah salah satu alat berfikir yang hebat dan dapat diaplikasikan oleh murid di sekolah rendah dan juga menengah. Terdapat banyak kegunaan peta minda peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi. Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenakan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear.Kepentingan peta minda dapat dihubungkan dengan perkara di bawah:a) Menghasilkan notaSetiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas, mudah diasimilasikan dan diingat otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber.

b) Ingat kmbaliSetiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang terlintas dalam fikiran dicatat dengan pantas dalam keadan terurus. Catatan tidak perlu dibuat dalam ayat yang enuh.

c) KreativitiSetiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebeaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bertambah dengan lebh baik.

d) Penyelesaian MasalahSetiap kalai seseorang berhadapan dengan permasalahan peta minda membantu individu untuk mangenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga mambantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dangan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.

e) PerancanganSetiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat yang berkaitan dengan mudah.

f) PembentanganPeta minda membantu seseorang menyediakan topic dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memveri satu gambaran menyeluruh secara visual salam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas.

g) Penggunaan Otak Kiri dan Kanan SerentakPeta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar

h) Membuat sinopsisPeta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk synopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap.

KESIMPULANPenggunaan peta minda begitu signifikan dengan objektif yang hendak dicapai oleh Kementerian Pendidikan. Kemahiran Berfikir yang diterapkan kedalam kurikulum sekolah dihasratkan agar para murid dapat mengadaptasikan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian, berdasarkan keperluan tersebut menunjukkan kepentingan para guru untuk memberikan latihan-latihan khusus seperti bengkel atau kursus singkat mengenai penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran pada murid. Dengan adanya latihan berkenaan akan dapat memberi peluang kepada guru untuk mengimplementasikan P&P dengan lebih berkesan. Selain didedahkan dengan penggunaan peta minda tradisional(lakaran tangan), guru juga perlu didedahkan dengan penggunaan peta minda secara interaktif agar P&P lebih menyeronokkan. Pendedahan guru terhadap peta minda secara interaktif memberikan deminsi baru kepada pengajaran iaitu meletakkan elemen-elemen multimedia dalam P&P. Pendedahan ini adalah perlu bukan sahaja bagi menjamin aspek meningkatkan kemahiran menulis tetapi mampumeningkatkan tahap profesionalisme para guru itu sndiri. Manakal dalam konteks kokurikulum, buku-buku sekolah hendaklah mengandungi boring-borang pengurusan grafik yang telah tersedia bagi tujuaan untuk memudahkan dan membantu murid dalam pelajaran.

BIBLIOGRAFI

Buzan, T. (1991). Use both sides of your brain. New York:Plume Printing.Buzan, T. (2005).Buzan, T. (1991). The ultimate book of mind maps. London: Thorsons.

Nurulain Binti Joher. http://didikhibur.blogspot.com/2011/12/penggunaan-peta-minda-untuk-menulis.html

Zalekha binti Haji Elie. Meningkatkan Prestasi Murid Tahun 5 Jaya Dalam Penulisan Bahsa Melayu Menggunakan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal. Prosiding Seminar Penyeidikan Tindakan Tahun2005.

Amiruniza binti kamil PISMK-OUM-KPM IPG MIRI SARAWAK. http://www.slideshare.net/ChinWei1/respon-murid-terhadap-penggunaan-peta-minda-bagi-meningkatkan-minat-belajar-murid-terhadap-pelajaran-kajian-tempatan

Baiziela binti Sapingi @ Shapiee. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/1%20ARTIKEL%20BAIZIELA%20SHAPIEE.pdfLim K. L. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/5.%20LIM%20KUI%20LIK.pdf