Artikel 153

download Artikel 153

of 7

Transcript of Artikel 153

  • 8/8/2019 Artikel 153

    1/7

    Artikel 153 & Ketuanan Melayu

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia,

    secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana

    kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan

    kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia

    juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya

    dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu kepercayaan orang Melayubahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

    Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang

    Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan

    istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak

    dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

    (2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada

    peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah

    menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan

    mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayudan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan

    perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

    Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong

    daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu

    Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan

    yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh

    Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-

    undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka,

    tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan

    lesen itu.

    (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi

    orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-

    jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan

    pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am

    yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya

    Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan

    dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan

    pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak

    berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

  • 8/8/2019 Artikel 153

    2/7

    (4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang

    persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh

    melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya

    atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau

    latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

    (5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

    (6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen

    dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-

    Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-

    apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang

    dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu,

    sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran

    daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara

    Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-

    Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan

    sewajarnya.

    (7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau

    memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-

    mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh

    orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit

    atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen

    kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau

    pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa

    keadaan.

    ( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-

    undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa

    pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi

    perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan

    anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang

    sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu

    (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan,

    permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati

    atau dipegang oleh orang itu; atau

    (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-

    manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris,

    pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau

    pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin

    semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang

    mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya

    apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu;

    atau

  • 8/8/2019 Artikel 153

    3/7

    (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan

    atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada

    mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang

    telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula

    berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-

    mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-manapermit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-

    mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,

    pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut

    perjalanan biasa keadaan.

    (8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana

    Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas

    Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang

    ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti,

    Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian

    adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka

    adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa

    arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa

    perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana

    antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-

    Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan

    sewajarnya.

    (9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat

    perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu

    dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

    (9A) Dalam Perkara ini ungkapan anak negeri berhubung dengan Negeri Sabah atau

    Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

    (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan

    (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

    Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel

    153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa

    orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana

    hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

    Ketuanan Melayu

    Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah

    tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di

    Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan

    terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu

    menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia

    sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

    Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagaipengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang

  • 8/8/2019 Artikel 153

    4/7

    Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro

    quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan

    Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu

    Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang

    Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orangMelayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep

    atau fahaman ini.

    Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan

    Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an.

    Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan

    kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan

    orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu

    mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk

    menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan.

    Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu,

    diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura yang merupakan negeri

    Malaysia dari 1963 hingga 1965 dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupunbegitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas

    rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan

    hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga

    menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai

    UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan orang asalMalaysia iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

    Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentanganyang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

    Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan

    Malaysia oleh PAP.

    Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura)

    Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti

    Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153

    dalam Parliamen, dan menyeru satu Malaysian Malaysia. Mempersoalkan kontrak sosial

    ,Lee telah menyatakan: Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk

    berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu.

    Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara

    perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato Syed Jaafar Albar,

    yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh

    tahun.

    Kontrak Sosial

    Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan

    negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro

    quo melalui Perkara 1418 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraanMalaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak

  • 8/8/2019 Artikel 153

    5/7

  • 8/8/2019 Artikel 153

    6/7

    merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh

    dipertikaikan.

    Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti

    awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar meritokrasi. Bagaimanapun, sistem baru

    ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanyamemanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang

    menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera

    terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori,

    orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada

    hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai

    berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar

    terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

    Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam

    laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat

    sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan.

    Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya

    hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan

    kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia

    yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh

    perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan.

    Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat,

    tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa

    sebarang peristiwa.

    Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia

    bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam

    Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera

    dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak

    kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun

    kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-

    warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu.

    Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan

    ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada

    pembangkang-pembangkang.

    Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian

    menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa apabila kami

    (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan

    hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana

    mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah

    mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada

    negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang

    bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika

    kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan

    orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akanmenghadapi banyak masalah pada masa hadapan. Bagaimanapun, dia

  • 8/8/2019 Artikel 153

    7/7

    menambah bahawa Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka

    terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai

    orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka

    akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang

    Melayu.

    Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik

    sejak kebelakangan ini. Semangat muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal

    negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin

    parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh

    pemimpin bukan melayudi mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari

    pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama

    terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini

    dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu

    juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang

    belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak

    kita terpaksa mengharungi keperitan untuk survive di masa hadapan sedangkan kitatelah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini

    adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan

    kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai.

    Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya

    Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin

    parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih

    gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep

    Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti

    PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan

    Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsepKetuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??

    Terkini:

    Istilah Ketuanan Melayu perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu

    sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka

    (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini

    juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu

    terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan Ketuanan Melayu darisegi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. Ketuanan

    Melayu dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang

    Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu,

    konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan

    bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.