Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

17
1 MODUL PENDIDIKAN MUALLAF: PENGHAYATAN ISLAM Oleh; Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Pendidikan Muallaf melalui penghayatan adalah satu metode bimbingan yang sangat berkesan untuk menerapkan konsep Islam kepada golongan Muallaf. Kertas kerja ini melihat satu modul pendidikan Islam kepada golongan Muallaf melalui kaedah penghayatan dari perkara yang paling asas iaitu penghayatan melalui Rukun Iman dan Rukun Islam. Setiap perkara dari dua rukun tersebut dibincangkan secara terperinci untuk memberikan satu gambaran yang jelas berkaitan akidah Islam kepada golongan Muallaf. Hasilnya, golongan Muallaf dapat mempelajari Islam melalui penghayatan perkara yang menjadi tunjang kepada agama Islam Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Penghayatan Islam, Rukun Iman, Rukun Islam, Metode Bimbimgan PENDAHULUAN Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Namun, adakalanya kebenaran Islam terhijab dan terlindungi disebalik sikap umat Islam yang tidak memahami apa itu Islam. Oleh sebab akhlak umat Islam yang tidak menggambarkan akhlak yang mulia, maka golongan bukan Muslim tidak tertarik pada Islam. Selain dari itu juga, usaha dalam menghayati Islam itu juga perlu dipupuk sejak kita lahir atau menganut agama Islam untuk membina asas keyakinan kita terhadap Islam. Oleh kerana itu, usaha untuk menarik kembali umat Islam khususnya mereka yang baru memeluk agama Islam untuk memahami serta menghayati apa itu Islam sangat diperlukan. Dalam kertas kerja ini, kami telah merangka modul penghayatan Islam bagi Muallaf. Ini bertujuan, supaya mereka (Muallaf) timbul kesedaran untuk menghayati serta memahami apa itu Islam. Di dalam kertas kerja ini, kami telah ketengahkan isu yang menjadi asas atau tunjang dalam agama iaitu akidah. Akidah itu merujuk kepada rukun Islam dan rukun Iman. Kami cuba untuk membahas tajuk ini, selari dengan tahap Muallaf agar mereka mudah fahami berkaitan dengan Iman dan Islam. Modul ini, kami rangka dengan harapan, ia mudah untuk diterima dan difahami di kalangan Muallaf dan mungkin boleh menimbulkan minat untuk menghayati apa itu Islam. PENGHAYATAN ISLAM MELALUI RUKUN ISLAM Pengertian Islam

description

pendidikan muallaf melalui penghayatan kepada konsep-konsep islam

Transcript of Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

Page 1: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

1

MODUL PENDIDIKAN MUALLAF: PENGHAYATAN ISLAMOleh;

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

AbstrakPendidikan Muallaf melalui penghayatan adalah satu metode bimbingan yang sangat berkesan untuk menerapkan konsep Islam kepada golongan Muallaf. Kertas kerja ini melihat satu modul pendidikan Islam kepada golongan Muallaf melalui kaedah penghayatan dari perkara yang paling asas iaitu penghayatan melalui Rukun Iman dan Rukun Islam. Setiap perkara dari dua rukun tersebut dibincangkan secara terperinci untuk memberikan satu gambaran yang jelas berkaitan akidah Islam kepada golongan Muallaf. Hasilnya, golongan Muallaf dapat mempelajari Islam melalui penghayatan perkara yang menjadi tunjang kepada agama Islam

Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Penghayatan Islam, Rukun Iman, Rukun Islam, Metode Bimbimgan

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Namun, adakalanya kebenaran Islam terhijab dan terlindungi disebalik sikap umat Islam yang tidak memahami apa itu Islam. Oleh sebab akhlak umat Islam yang tidak menggambarkan akhlak yang mulia, maka golongan bukan Muslim tidak tertarik pada Islam. Selain dari itu juga, usaha dalam menghayati Islam itu juga perlu dipupuk sejak kita lahir atau menganut agama Islam untuk membina asas keyakinan kita terhadap Islam.

Oleh kerana itu, usaha untuk menarik kembali umat Islam khususnya mereka yang baru memeluk agama Islam untuk memahami serta menghayati apa itu Islam sangat diperlukan. Dalam kertas kerja ini, kami telah merangka modul penghayatan Islam bagi Muallaf. Ini bertujuan, supaya mereka (Muallaf) timbul kesedaran untuk menghayati serta memahami apa itu Islam. Di dalam kertas kerja ini, kami telah ketengahkan isu yang menjadi asas atau tunjang dalam agama iaitu akidah. Akidah itu merujuk kepada rukun Islam dan rukun Iman. Kami cuba untuk membahas tajuk ini, selari dengan tahap Muallaf agar mereka mudah fahami berkaitan dengan Iman dan Islam.

Modul ini, kami rangka dengan harapan, ia mudah untuk diterima dan difahami di kalangan Muallaf dan mungkin boleh menimbulkan minat untuk menghayati apa itu Islam.

PENGHAYATAN ISLAM MELALUI RUKUN ISLAM

Pengertian Islam

Dari segi bahasa, Islam diambil dari perkataan Arab iaitu salima yang bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian. Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Islam berbeza dengan agama lain yang ada di muka bumi ini kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu, golongan mahupun tempat-tempat tertentu. Menurut istilah syarak, Islam ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah S.W.T dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. (Ezad Azraai et.al. 2006:4) Berdasarkan pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa rukun Islam ialah tiang

Page 2: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

2

yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna (Ismail Kamus 2009)

Rukun Islam mempunyai lima rukun di bawahnya iaitu:

1. Mengucap dua kalimah syahadah2. Solat lima waktu3. Berpuasa di Bulan Ramadhan4. Mengeluarkan zakat5. Mengerjakan haji (bagi yang mampu)

Hal ini jelas dinyatakan dalam hadith yang mafhumnya : Didirikan Islam itu atas lima perkara asas. Mengakui bahawa tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan mengerjakan haji dan puasa di Bulan Ramadhan. (Akhmal Hj Mohd Zain.1999:101)

Penghayatan Islam melalui Kalimah Syahadah

Bacaan dua kalimah syahadah

الله رسول محمدا أن وأشهد الله إال إله ال أن أشهد

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan NabiMuhammad itu adalah pesuruh Allah.”

Rukun syahadah

1. Syaahid - iaitu orang yang mengangkat ikrar pengakuan.2. Masyhuud Lahu - iaitu yang mesti diakui, iaitu Allah dan Rasul-Nya.3. Masyhuud Bihi - iaitu kesaksian yang diberikan, ialah kebenaran ke Esaan Allah dan

kerasulan Muhammad S.A.W.4. Sighah - iaitu lafaznya yakni lafaz dua kalimah syahadah.

Pembahagian syahadah

a. Syahadah Tauhid

“Aku naik saksi tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah”

Dalam ayat ini dengan jelas dapat kita ketahui, bahawa kita telah mengangkat sumpah. Di mana dengan penuh kesedaran kita telah mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah, yang wajib ada, yang wajib diminta pertolongan-Nya, yang Maha Berkuasa dan maha Berkehendak melainkan Allah. Lafaz ini dipanggil lafaz tauhid kerana pengakuan terhadap keEsaan Allah.”

Page 3: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

3

b. Syahadah Rasul

“Dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

Dengan wujudnya pengakuan ini, bukanlah bermakna kita menafikan kerasulan yang lain, iaitu rasul-rasul yang diutus Allah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi pengakuan ini untuk mengikrarkan dengan jelas bahawa kita dengan sepenuh hati telah mengakui akan kerasulan Nabi Muhammad itu dan membuktikan bahawa kita adalah ummat Nabi Muhammad S.A.W serta meyakini bahawa tiada lagi Rasul sesudah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. (Akhmal Hj Mohd Zain.1999: 102-103)

Penghayatan Islam melalui Solat Lima Waktu

Pengertian Solat

Dari segi bahasa, solat bermakna doa. Manakala dari segi istilah pula ialah perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Hikmah Solat

Selain merupakan kewajipan kita kepada Allah, solat juga mempunyai beberapa hikmah. Antaranya ialah :a. Mengingati Allah untuk menimbulkan perasaan taat dan takut akan azab-Nya. Selain itu

juga menimbulkan perasaan mengagungkan-Nya yang tiada bandingan di alam ini.b. Menjadi penghalang untuk melakukan perkara-perkara mungkar. Segala pembacaan

dan perlakuan yang dilakukan di dalam solat adalah menghidupkan perasaan mengakui Allah sahaja Yang Maha Agung, Maha Mulia, Maha Mengetahui dan sebagainya. Dengan itu kita sentiasa tunduk dan taat serta tidak melanggar peraturan-Nya.

c. Melatih dan mendidik diri kita supaya berdisiplin, menjaga waktu dan menurut perintah Allah. Ini dapat dilihat dari segi masa yang ditetapkan untuk melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti menunaikan solat.

d. Solat merupakan didikan yang istimewa dalam membentuk peribadi sebagai seorang yang baik

e. Solat boleh mendatangkan kesihatan jasmani dan rohani. Segala peraturan kebersihan dan gerak geri kita dalam mengerjakan solat itu dapat membawa kesan baik kepada rohani kita, dengan syarat kita memahami apa yang kita baca.

Hukum Solat

Hukum menunaikan solat adalah Fardhu ‘Ain (Wajib) dilakukan oleh setiap individu Muslim. Menurut tinjauan para ulama’ terdapat lebih daripada 37 tempat di dalam al-Quran yang memerintahkan kita menunaikan solat.Dalam Surah Taha ayat 14 ada menyebut maksudnya: “Sesungguhnya Aku Ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain aku, Maka sembahlah Aku dan Dirikanlah solat untuk mengingat Aku”

Page 4: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

4

Oleh itu, sesiapa yang tidak melakukan solat atau meninggalkannya bererti dia telah melakukan dosa besar. Menurut sebahagian keterangan, dosanya sama dengan dosa membunuh orang. Sesiapa yang meninggalkan atau tidak mengerjakan solat, dia dianggap sebagai peruntuh agama. (Akhmal Hj Mohd Zain.1999: 126-128)

Keistimewaan Ibadat Sembahyang

Ibadat sembahyang memiliki keistimewaannya tersendiri. Ibadat sembahyang diwajibkan secara langsung terus daripada Allah kepada Nabi Muhammad melalui peristiwa Isra Mikraj. Ini berbeza dengan amalan-amalan yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diwajibkan melalui wahyu allah oleh malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad.

Selain itu, ibadat sembahyang adalah amalan pertama disoal pada hari akhirat kelak. Malah ibadat ini dikira sebagai neraca piawaian kepada seluruh amalan yang dilakukan oleh setiap individu Muslim. Kedudukan suatu amalan baik dan kebajikan bergantung sepenuhnya kepada baik atau buruknya ibadat sembahyang. Ini berdasarkan kepada hadis nabi Muhammad s.a.w yang maksudnya: “Perkara pertama sekali dihitung pada hamba pada hari kiamat nanti ialah sembahyang. Jika sembahyang itu dilakukan dengan baik, maka baiklah keseluruhan amalnya. Jika sembahyang itu rosak dan ada kecacatan, maka akan turut rosak dan cacatlah keseluruhan amalannya”.(Hadis riwayat oleh Nasa’I dan Tirmizi)

Bertitik tolak daripada ini, ibadat sembahyang memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Perkataan sembahyang disebut berulang kali sebanyak hampir 1000 kali. Ini menjadi bukti, ibadat sembahyang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersurat dan tersirat bagi sesiapa yang menghayatinya. Justeru, al-Quran menggariskan beberapa keistimewaan untuk direbut oleh setiap Muslim. Mereka perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat sembahyang yang dianggap sebagai permata hati dan penyejuk mata nabi Muhammad ini. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.2008:98)

a. Sembahyang sumber kejayaan

Ibadat sembahyang adalah tonggak kejayaan dan sumber inspirasi bahagia kepada orang-orang yang beriman kepada Allah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Allah di dalam surah al-‘Ala ayat ke 14-15, bermaksud: “Tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya Yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke Dalam neraka)”

b. Sembahyang benteng kejahatan

Antara kelebihan utama ibadat sembahyang kepada umat Islam adalah bagi memelihara individu Muslim daripada amalan keji dan jahat. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45, maksudnya: Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan

Page 5: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

5

Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

Sembahyang mampu bertindak sebagai benteng atau perisai bagi seorang Muslim. Ini berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang dibaca berulang kali di dalam ibadat sembahyang itu sendiri. Ia merupakan petunjuk dan peringatan kepada setiap Muslim mengenai kewajipan Muslim, hukum halal haram, aspek akidah, akhlak dan sebagainya. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.2008: 99)

c. Sembahyang sebagai penawar kesulitan

Ibadat sembahyang merupakan sumber penawar yang paling mujarab bagi seorang Muslimapabila berdepan dengan kesulitan dan kesukaran. Sembahyang bertindak meringankan beban Muslim itu dan seterusnya membantu mengatasi situasi yang genting.

Nabi Muhammad sendiri mengambil berat perkara ini. Ketika beliau berdepan dengan sebarang masalah, beliau mendirikan sembahyang bagi memohon pertolongan dan hidayah daripada Allah. Begitu juga apabila keluarganya ditimpa kesusahan, maka Nabi Muhammad memerintahkan mereka supaya menunaikan ibadat sembahyang. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.2008: 100)

d. Sembahyang menjamin kemenangan

Ibadat sembahyang adalah antara amalan yang menjamin kemenangan dan ada juga mendapat sokongan Allah di alam dunia ini. Allah membantu hambanya yang taat dan patuh kepada segala perintahya. Terutamanya bagi mereka yang menunaikan ibadat sembahyang dengan sebaik-baiknya. Firman Allah dalah surah al-Haj ayat 40-41 bermaksud: Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa41) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”

e. Sembahyang penghapus dosa

Bersesuaian dengan kedudukan ibadat sembahyang sebagai antara amalan yang paling baik dan menduduki darjat yang tinggi di sisi Allah, maka ibadat sembahyang dapat menghapuskan dosa yang berpunca daripada amalan-amalan keji dan jahat. Sepertimana

Page 6: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

6

firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114, bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu Yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat”

Sembahyang tidak ada sebarang pengecualian

Ibadat sembahyang di sisi Allah dimartabatkan dengan melakukannya pada sepanjang masa dan tempat tanpa sebarang pengecualian. Individu Muslim yang sakit tetap diperintahkan mendirikan sembahyang berdasarkan pada kemampuan yang sedia ada. Islam memberikan keringanan dalam solat iaitu rukhsah solat. Berdasarkan kepada keadaan ini, jelaslah bahawa ibadat sembahyang mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah, terutama sekali orang-orang yang sentiasa memelihara sembahyang dan menunaikannya tepat pada waktunya. Di dalam al-Quran, diterangkan orang yang memelihara sembahyang ini adalah orang yang memiliki iman yang kukuh dalam jiwanya. Bekalan amalan baik yang mengisi seluruh hidupnya dan kebahagiaan sejati yang menghiasi setiap detik dan ruang lingkup hidupnya.

Ini adalah antara kelebihan dan keutamaan ibadat sembahyang. Setiap individu Muslim perlu memeliharanya dan seterusnya mendirikannya dengan sebaik mungkin. Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda kepada siapa yang menunaikan ibadat sembahyang yang mencukupi syarat dan rukun di sisi syarak. Dengan ini, setiap Muslim dapat beroleh kejayaan dan sejahtera hidup di dunia dan akhirat seperti yang dijanjikan allah. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.2008: 102-103)

Penghayatan Islam melalui Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan

Pengertian Puasa

Dalam Bahasa Arab, puasa ini disebut Shaum, menurut istilah bahasa Arab ia bermakna menahan dari segala sesuatu. Manakala menurut istilah fiqh Islam, yang dikatakan puasa itu ialah menahan diri dari sesuatu yang membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat dan syarat tertentu.

Pembahagian Puasa

Puasa terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

a. Puasa Wajib (Puasa Ramadhan, Puasa Kifarat atau Denda, Puasa Nazar)b. Puasa Sunatc. Puasa Makruhd. Puasa Haram (Puasa pada Hari Raya Idul Fitri dan idul Adha, 11-13 zulhijjah)(Akhmal

Hj Mohd Zain.1999: 126-128) : 305-306)

Page 7: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

7

Perkara yang Membatalkan Puasa

Terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab terbatalnya puasa seseorang. Antaranya:

Makan dan minum

Orang yang sedang berpuasa tidak boleh makan dan minum sehingga tiba waktu berbuka atau maghrib. Makan dan minum yang membatalkan puasa adalah yang disengajakan sahaja. Adapun yang tidak sengaja, terlupa dan sebagainya adalah sah dan perlu diteruskan. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang biasa seperti telinga, hidung dan lain-lain, ada dua pendapat mengenai hukmunya. Pendapat pertama mengatkan batal kerana mengambil qias bahawa perbuatan tersebut sama dengan makan dan minum. Manakala pendapat kedua pula mengatakan tidak batal kerana hal itu tidak sama dengan makan dan minum. Menurut pendapat kedua, kemasukan air sewaktu mandi, memasukkan ubat melalui lubang selain mulut, bersuntik dan sebagainya tidaklah membatalkan puasa kerana yang demikian tidaklah dinamakan makan dan minum

Muntah dengan Sengaja

Muntah yang disengajakan adalah membatalkan puasa, sekalipun tidak ada yang masuk semula ke dalam mulut. Tetapi muntah yang tidak sengaja, tidaklah membatalkan puasa. Dari Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang terpaksa muntah, tidaklah wajib mengqadha puasanya, dan barang siapa yang mengusahakan muntah dengan sengaja, maka hendaklah ia mengqadha puasanya.”(Hadith riwayat Abu Daud, Nasa’I dan Ibnu Hibban)

Bersetubuh

Bagi orang yang sedang berpuasa dilarang bersetubuh di siang harinya dan dibolehkan melakukannya pada malam hari sahaja. Bagi lelaki yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari Ramadhan, sedang ia adalah tergolong kepada orang yang wajib puasa, maka wajiblah ke atasnya membayar kifarat. Kifarat ini ada tiga peringkat iaitu :a. Memerdekakan seorang hamba atau b. Berpuasa dua bulan berturut-turutc. Bersedekah dengan makanan yang mengenyangkan kepada enam puluh faqir miskin,

tiap-tiap orang diberi sebanyak ¾ cupak beras.

Gila

Jika gila itu datang sedang ia berpuasa, maka batallah puasanya.

Keluar mani

Keluar mani dengan sebab bersetubuh dengan perempuan atau dengan sengaja, adalah membatalkan puasa. Hal ini kerana keluar mani itu adalah matlamat yang hendak dicapai

Page 8: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

8

dalam persetubuhan, maka hukumnya disamakan dengan persetubuhan. Tetapi tiada nas yang menerangkan bahawa orang yang keluar mani diwajibkan membayar kifarat. Adapun keluar mani dengan sebb bermimpi atau berkhayal dans ebagainya tidaklah membatalkan puasa. (Akhmal Hj Mohd Zain. 1999: 312-315)

Hikmah Puasa

Ibadat puasa yang diperintahkan kepada setiap orang Mukmin untuk melakukannya itu ada mempunyai beberapa hikmah :

1) Tanda terima kasih (syukur) kepada Allahkerana semua ibadah mengandung erti terima kasih kepada Allah atas nikmat-Nya yang tiada terkira banyaknya dan tiada ternilai harganya. Kalau manusia cuba menghitung nikmat Allah itu, nescaya tidak akan sanggup yang melakukannya.

2) Didikan kepercayaanSeorang yang telah sanggup menahan makan dan minum dari harta yang halal kepunyaannya ingat akan perintah Allah, sudah tentu orang itu tidak akan meninggalkan sebarang perintah Allah dan tiada pula akan berani melanggar segala larangan-Nya.

3) Didik perasaan belas kasihan terhadap fakir miskinKerana seseorang yang melaksanakan puasa itu akan merasa betapa sakitnya dan pedihnya perut ketika dalam keadaan lapar. Dengan demikian akan dapat pula ia merasakan betapa sakitnya dan pedihnya perut orang miskin yang tiada bahan makanan. Maka sebagai manusia budiman, akan timbul perasaan kasih sayang dan suka memberikan bantuan dan pertolongan kepada fakir miskin yang amat memerlukan bantuan itu.

4) Menjaga kesihatan badan terutama perutSelama sebelas bulan perut manusia selalu bekerja tiada hentinya dan tiba masanya untut perut itu berehat pada siang hari. Di samping itu, berdasarkan pengalaman, penyakit gastrik juga dapat diubati dengan puasa, demikian juga penyakit mandul.(Akhmal Hj Mohd Zain. 1999: 324-325)

Penghayatan Islam melalui Zakat

Allah Ta’ala mewajibkan ke atas tiap-tiap Muslim, apabila berlebih hartanya daripada nisab dan sampai haul (tahunya) yang sempurna, supaya mengeluarkan zakatnay kepada orang fakir atau miskin atau orang musafir atau orang yang mendapat petunjuk kepada agamaIslam atau orang berhutang atau salah satu daripada jalan-jalan Allah.Sesungguhnya Allah telah mewajibkan zakat ke ataz kita, sepertimana Dia mewajibkan sembahyang dan puasa. Ia merupakan suatu rukun Islam yang sangat penting, kerana ia menghiasi umat Islam dengan sifat mahu berkorban dan membuat bakti kerana mengharapkan wajah Allah Taala. Ia meninggalkan dari hati mereka perasaan keangkuhan, cinta diri, sempit dada, pemujaan harta dan sifat-sifat keji.

Page 9: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

9

Sebahagian faedah zakat di dunia ini alah agar umat Islam itu tolong-menolong dan bergotong-royong antara satu sama lain, sehingga tiada yang di antara mereka yang berbogel, yang lapar dan yang terhina.

Adapun orang Muslim, mereka diajar apabila allah menghibahkan rezeki kepada kamu lebih daripada keperluan kamu sendiri, janganlah kamu simpan dalam khazanah, tetapi hendaklah kamu berikan kepada saudara kamu yang ketiadaan harta. Supaya dengan demikian mereka boleh menunaikan keperluannya agar mereka sanggup mengusahakan kehidupan mewah mereka, sebagaimana kamu mengusahakan kehidupan kamu.

Penghayatan Islam dalam Menunaikan Haji

Islam tidak mewajibkan melainkan ke atas mereka yang sanggup pergi ke Mekah yakni orang Islam yang kaya. Ia tidak diwajibkan mereka mengerjakan haji itu melainkan sekali sahaja seumur hidup. Khalilullah, Nabi Ibrahim as. Telah membina sebuah rumah kecil untuk beribadat kepada Allah beberapa ribu tahun dahulu, iaitu rumah yang dapat dilihat di Mekah al-Mukarramah iaitu kaabah. Allah berfirman : “Siapa yang hendak beribadat kepada-Ku hendaklah menyembahi Aku dengan menghadapkan wajahnya ke arah rumah ini dan barangsiapa yang sanggup pergi ke rumah ini hendaklah ia menziarahi sekurang-kurangnya sekali untuk selama hayatnya dan hendaklah ia tawaf sekeliling rumah itu seperti tawaf yang dilakukan oleh hamba dan sahabat-Ku, Ibrahim A.S yang didorong oleh rasa kasih.

PENGHAYATAN ISLAM MELALUI RUKUN IMAN

Penghayatan Islam melalui Keimanan kepada Allah

Beriman kepada Allah adalah asas agama Islam.Ia juga menjadi dasar rukun iman dan Islam. Oleh itu pengakuan “Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah” menjadi bahagian pertama dua kalimah syahadah. Beriman kepada Allah menjadi rukun iman yang pertama.

Kesemua ayat al-Quran menyebut, beriman kepada Allah terletak pada kedudukan yang pertama. Begitu juga dalam hadis yang dilaporkan oleh Umar bin Khattab dan direkodkan oleh Muslim, Rasulullah berkata yang bermaksud : “Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk”.

Semua rukun iman yang lain dinyatakan bersamanya. Kita perlu memberi perhatian beriman kepada Allah bukan sekadar keperluan fitrah manusia sahaja.Manusia juga perlu memberi penekanan betapa perlunya beriman kepada Allah dalam menanamkan keseluruhan akidah yang betul.Penanaman akidah yang betul terhadap keseluruhan rukun iman dan membatalkan segala yang berlawanan dengannya.

Akidah yang betul meningkatkan kedudukan orang Islam itu ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah. Kesempurnaan mengenal Allah ini menentukan peringkat

Page 10: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

10

takwa orang Islam itu.Peringkat takwa individu itu yang menjadi nilai ukuran manusia dan kecintaannya terhadap Allah (Abdul Hadi Awang. 2007).

Jalan Mengenal Allah

Oleh kerana mengenal Allah itu menjadi asas segala yang terkandung dalam ajaran Islam, maka ia menjadi kewajipan pertama bagi setiap Muslim. Hakikat ini disimpulkan oleh ulama tauhid dalam kalimah, “Perkara pertama dalam agama ialah mengenal Allah”.Manakala asas mengenal Allah adalah mempercayai kewujudan dengan sebenar-benarnya. Allah menjelaskan dalam surah Yunus ayat 101, bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa Yang ada di langit dan di bumi dari Segala kejadian Yang menakjubkan, Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, Segala tanda dan Bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan Segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang Yang tidak menaruh kepercayaan kepadaNya.

Itulah anak kunci yang ditunjukkan oleh al-Quran untuk mengenal Allah dan mempercayai kewujudannya. Oleh sebab itu manusia hendaklah menggunakan pancaindera dan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah dengan cara yang betul. Iaitu dengan melihat alam ini, bermula dari melihat kejadian manusia itu sendiri, alam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain serta melihat kejadian bumi dan langit dengan peredaran yang menakjubkan.

Apabila melihat semua ini, kita rasa terpegun dan mustahil ia tercipta dengan sendiri. Oleh sebab itu, kita akan terfikir dan yakin, pasti ada yang menjadikannya, iaitu Allah yang maha suci daripada segala sifat kekurangan.

Kita kembali kepada kitab Allah yang menunjukkan apa yang sepatutnya dilihat dan diperhatikan. Itulah rujukan sepatutnya membawa kita mengenal Allah dengan cara yang betul. Bagi menanam iman yang teguh. Alam ini, termasuk manusia, tidak terjadi dengan sendiri tanpa penciptanya, walaupun dikaji dengan cara yang paling moden. Manusia yang mengkaji segala kejadian alam di sekeliling mereka, dengan menggunakan pancaindera dan akal, pasti meyakini adanya Allah, Tuhan yang menjadikan alam ini (Abdul Hadi Awang. 2007).

Cuba manusia melihat kepada kejadian diri mereka sendiri. Mereka dijadikan daripada air mani yang keluar daripada tulang sulbi bapanya dan tara’ib ibunya, kemudian menjadi seketul darah. Daripada segumpal darah menjadi segumpal daging. Akhirnya menjadi lembaga manusia yang mengendungi tulang, daging dan urat saraf.Sesudah sempurna, disalut pula dengan kulit.Seterusnya, dia mempunyai perasaan dan pancaindera, dapat bercakap, mendengar, melihat dan berfikir.Pada kejadian manusia, kesemua menjadi tanda adanya pencipta.Pencipta yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang wajib wujud.

Perhatikan pula kejadian tumbuhan yang ada di sekeliling kita. Ia mempunyai pelbagai jenis dan sifatnya. Ada tumbuhan yang sama jenis. Ia ditanam pada tanah yang

Page 11: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

11

sama, baja yang sama, disiram dengan air yang sama, tetapi mengeluarkan buah yang pelbagai rupa dan rasa yang berlainan. Seterusnya, kejadian langit dan bumi dengan segala isi yang dapat dilihat.Kesemuanya membawa kita percaya dan beriman kepada Allah yang mencipta sesuatu dengan sebaik-baik kejadian.Allah yang maha berkuasa, maha mengetahui dan segala sifatnya yang maha sempurna.

Jika begitu, syarat Muslim percaya kepada Allah adalah dengan merujuk kepada bukti-bukti kekuasaan-Nya. Akal fikiran dan ilmu yang sebenar menjadi syarat penting bagi memahami bukti-bukti itu. Apabila tidak ada bukti-bukti itu, maka ia tidak akan sampai ke jalan sebenar. Tanpa akal kita tidak mengetahui apakah yang dikatakan bukti-bukti itu. Tanpa fikiran kita tidak tahu adakah penciptanya wujud. Tanpa ilmu pula kita tidak mengenal pencipta yang sebenar.

Pendapat seperti mungkin susah diterima oleh orang yang tidak percaya kepada Allah. Mereka selalunya menggelarkan diri mereka sebagai ahli falsafah atau ahli fikir.Walau bagaimanapun, pendapat mereka tiada dalil yang kukuh dan tidak dapat diterima kerana tidak ada nilai-nilai ilmiah (Abdul Hadi Awang. 2007).

Setiap orang yang mengkaji al-Quran, memahami al-Quran itu memberi penekanan yang sangat banyak, tentang perlunya akal fikiran, ilmu dan tanda-tanda melalui kejadian alam.Ia menjadi jalan penting bagi mengenal Allah.

Penghayatan Islam melalui Keimanan kepada Malaikat

Beriman kepada malaikat merupakan rukun iman yang kedua daripada enam yang lainnya. Sebagai seorang Muslim samada saudara baru atau lebih dikenali sebagai Muallaf atau saudara Muslim yang lama, perkara yang kedua yang disuruh oleh Nabi Muhammad untuk kita iman setelah beriman kepada Allah ialah beriman kepada malaikat. Faedah beriman dengan rukun iman yang paling besar adalah supaya kita dapat membersihkan aqidah kita daripada syirik dan selainnya.

Penghayatan melalui Keimanan kepada Kitab Allah

Beriman kepada kitab Allah ialah kepercayaan yang pasti bahawasannya Allah S.W.T memiliki kitab-kitab yang diturunkan kepada para RasulNya untuk disampaikan kepada para hambaNya, dan bahawa kitab-kitab tersebut adalah kalamullah yang dengannya Allah S.W.T berbicara secara sesungguhnya sesuai untuk diriNya, dan bahawa di dalam kitab-kitab tersebut terdapat kebenaran, cahaya dan petunjuk bagi manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Beriman kepada kitab-kitab Allah S.W.T mencakupi tiga perkara :

i. Beriman bahawa kitab-kitab itu benar-benar diturunkan daripada Allah S.W.T.ii. Beriman kepada apa yang Allah S.W.T namakan daripada kitab-kitabNya, seperti al-

Quranul karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S, injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S.

Page 12: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

12

iii. Mempercayai berita-berita yang benar daripada kitab-kitab Allah S.W.T adalah termasuk dalam rukun iman

Justeru, Allah S.W.T memerintahkan agar kita beriman kepada kitabNya yang diturunkan kepada RasulNya yakni al-Quran, sebagaimana Allah S.W.T juga memerintahkan agar kita beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran.

Keistimewaan Al-Quranul Karim

Sesungguhnya al-Quranul Karim adakah kalamullah (firman Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w . Kerana itu, setiap mukmin sentiasa mengagungkan al-Quran an berusaha berusaha untuk berpegang teguh kepada hukum-hukumnya serta membaca dan merenungkannya. Cukuplah al-Quran itu sebagai petunjuk bagi kita dan sebab kemenangan diakhirat.

Selain itu, al-Quran juga memiliki keistimewaan dan keutamaan yang banyak sekali tidak dimiliki oleh kitab-kitab samawi sebelumnya. Diantara keistimewaan dan keutamaan al-Quran al-Karim adalah :i. Al-Quran telah menghimpunkan ringkasan daripada hukum Allah dan ia datang

sebagai pengukuh dan membenarkan daripada apa yang terkandung dalam kitab-kitab Allah terdahulu yang berisi perintah untuk beribadah kepadaNya semata-mata.

ii. Setiap manusia wajib berpegang teguh kepada al-Quran kerana itu, setiap orang harus mengikuti petunjuk al-Quran dan mengamalkan kepadanya

iii. Allah S.W.T menjamin untuk memelihara al-Quran, kerana itu belum ada tangan yang boleh mengubahnya dan tidak pernah ada.

Penghayatan Melalui Keimanan Kepada Rasul

Pengertian Nabi dan Rasul

Nabi adalah nabi ialah seorang laki-laki yang diberi khabar (wahyu) oleh Allah berupa syari’at yang dahulu (sebelumnya), ia mengajarkan kepada orang-orang di sekitarnya dan umatnyaRasul pula ialah seorang laki-laki merdeka yang diberi wahyu oleh Allah s.w.t. dengan membawa syariat dan ia diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya, baik orang yang tidak ia kenal maupun yang memusuhinya.

Pengertian Beriman dengan Rasul

Beriman kepada Rasul Allah termasuk rukun iman yang keempat dari enam rukun yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. Yang dimaksud iman kepada para rasul ialah meyakini dengan sepenuh hati bahwa para rasul adalah orang-orang yang telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menerima wahyu dariNya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia agar dijadikan pedoman hidup demi memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Page 13: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

13

Perbezaan Nabi dan Rasul

Terdapat beberapa perbezaan antara Nabi dan Rasul, antaranya ialah :i. Kenabian (nubuwah) adalah syarat kerasulan (risalah). Maka tidak boleh menjadi

rasul orang yang bukan nabi. Kenabian lebih umum dari kerasulan. Setiap rasul pasti nabi, tetapi tidak setiap nabi adalah rasul.

ii. Rasul membawa risalah kepada orang (kaum) yang tidak mengerti tentang agama dan syariat Allah s.w.t. atau kepada kaum yang telah mengubah syariat dan agama, untuk mengajari mereka atau mengembalikan mereka ke dalam syariat Allah. Dia adalah hakim bagi mereka. Sedangkan nabi diutus dengan dakwah kepada syariat nabi/rasul sebelumnya.

Penghayatan Islam Melalui keimanan kepada Hari Akhirat

Perkara kelima yang disuruh bagi beriman ialah kepada hari akhirat. Setiap orang mukallaf wajib mempercayai dengan sepenuhnya serta mengi’tiqadkan bahawa hari qiamat itu pasti berlaku, tetapi masanya tidak dapat ditentukan.

Perkara yang wajib dipercayai berkenaan dengan hari akhirat tersebut adalah:a) Allah akan memusnahkan alam dan segala makhluk yang ada di dalamnya pada

suatu hari yang dikenali sebagai hari qiamayb) Kemudian Allah menghidupkan semula mereka, dan mengumpulkan semuanya di

hadapan Allah. Ini adalah perhimpunan dan kebangkitanc) Kemudian, Allah menghadapkan mereka di hadapan mahkamah Allah untuk dinilai

semua pekerjaan mereka, yang baik atau yang jahat selama mereka hidup di dunia , dengan tidak kurang dan tidak lebih.

d) Mereka diampunkan oleh Allah dan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka yang dihukum dimasukkan ke dalam api neraka

Penghayatan Islam Melalui Keimanan kepada Qada’ dan Qadar

Antara rukun iman itu adalah beriman kepada qada’ dan qadar. Semua perkara baik dan buruk berlaku dengan kehendak dan ketentuan daripada Allah yang maha bijaksana dan adil dalam segala ciptaan. Beriman kepada qada’ dan qadar terbahagi kepada dua perkara iaitu :

1. Beriman bahawa Allah mengetahui apa sahaja amalan hambanya dan mengetahui dengan ilmu yang qadim yang menjdai sifatnya. Dia mengetahui segala keadaan hambanya merangkumi taat dan derhaka, rezeki dan ajal, kemudian ditulis pada luh mahfuz apa yang berlaku sehingga hari kiamat. Apa yang ditakdirkan kepada seseorang tidak boleh dielak lagi. Apa yang ditakdirkan tidak berlaku kepadanya, tidak akan terjadi sama sekali.

Page 14: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

14

2. Beriman kepada kehendak Allah dan percaya kepada apa yang dikehendaki dan yang tidak dikehendakinya. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi sama ada yang bergerak atau diam semuanya berlaku dengan kehendak Allah, tidak berlaku jika tidak dengan kehendaknya dan sesungguhnya Allah itu maha berkuasa kepada segala yang ada dan yang tiada.

Semua makhluk yang ada di bumi dan di langit, hanya Allah yang menciptanya.Tiada pencipta selainnya, tiada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat itu melainkan Allah sahaja.Dia yang memerintahkan hambanya supaya taat kepadanya dan kepada rasul-rasulnya dan melarang mereka daripada derhaka kepada-Nya.Allah kasih kepada orang yang bertaqwa, baik dan adil, redha kepada orang-orang yang beriman, beramal soleh tetapi tidak redha kepada orang-orang yang kafir dan fasik, serta tidak mengasihi mereka.

Dia tidak menyuruh kepada kufur dan keburukan, tidak redha berlaku kejahatan kepada mereka.Manusia itu sendiri yang melakukan perbuatan, beramal dengan kuasa yang ada pada mereka dengan kehendak mereka.Allah mencipta mereka dan menciptakan kuasa dan kehendak yang ada pada mereka (Abdul Hadi Awang. 2007).

Baik dan Buruk Berkenaan Qada’ dan Qadar

Sebutan baik dan jahat pada qada’ dan qadar itu disandarkan pada perbuatan manusia menurut usaha dan ikhtiar mereka.Semua yang dinisbah kepada Allah adalah baik kerana mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti jahat dan zalim.Apa yang dimaksudkan jahat tidak sekali-kali termasuk dalam sifat Allah. Segala yang dicipta olehnya termasuk perbuatan jahat yang dipilih dan ikhtiar oleh hamba itu mengandungi hikmah dan tujuan baik yang banyak (Abdul Hadi Awang. 2008).

Contohnya, Allah menciptakan sakit kepada hamba yang mukmin, dimasukkan ke dalam penjara kerana kerjanya untuk Islam.Ia bertujuan untuk memberi pahala yang lebih, menghilangkan dosa dan membersihkan Islam daripada orang munafik. Allah mencipta kufur kepada iblis dan orang yang sepertinya supaya menjadi hujah mereka layak menjadi ahli neraka.Ia menjadi cabaran yang meningkatkan kelebihan kepada golongan Islam.

Apabila ada ayat-ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad yang menyebut perbuatan jahat kepada Allah, ia bermaksud semua yang berlaku itu adalah dalam pengetahuan Allah tetapi dengan pilihan dan kehendak manusia itu sendiri.

Perlu difahami qada’ dan qadar itu berlaku kerana perkara-perkara berikut, pertama iaitu kerana luasnya ilmu Allah yang meliputi perkara yang ada dan yang akan diadakan dan bagaimanakah keadaannya secara teliti dan betapa besarnya kekuasaan Allah yang tidak terhingga dan kehendaknya meliputi perkara yang tidak terhingga juga. Oleh itu, apa yang ia kehendaki mesti berlaku dan apa yang ia tidak kehendaki pasti tidak berlaku.Kedua, kerana semua perkara berada di bawah pemerintahan Allah. Ia tertakluk pada peraturan-peraturan yang ditentukan dan seluruhnya tunduk pada peraturan itu, sama ada di langit atau di bumi. Peraturan semula jadi mesti berlaku kerana ditentukan

Page 15: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

15

oleh Allah. Manusia dikurniakan kelebihan bagi memilih dan berikhtiar (Abdul Hadi Awang. 2008).

Perbincangan Berkenaan Qada’ dan Qadar

Cukup bagi mukmin mengetahui makna qada’ an qadar, darjatnya dan beriman kepada-Nya dengan yakin. Allah iu Maha Mengetahui dan mencipta segala-galanya dengan kehendaknya. Dia Maha Adil, Bijaksana dalam segala ciptaannya dan tiada satu pun yang sia-sia. Cukup sekadar mengetahui apa yang diizinkan Allah kepada kita. Semua perkara yang di luar kemampuan akal, tidak perlu kita bincangkan sehingga membuka ruang yang dapat ditembusi oleh syaitan serta ia boleh membinasakan akidah dan iman merosakkan akal yang terbatas.

Akal yang diberi kepada kita sangat lemah bagi membincangkan perkara-perkara yang di luar kemampuan kita.Manusia tidak perlu berbincang dan berdebat mengenai sifat-sifat Allah, cukup sekadar kita mengetahui dalil-dalil yang dapat dibaca dan dilihat.Manusia tidak dapat mengetahui hakikat yang sebenar, lebih-lebih lagi mengenai zat Allah. Begitu juga dengan qada’ dan qadar, ia menjadi sebahagian daripada Allah, cukuplah sekadar apa yang diberitahu.

Orang yang beriman kepada qada’ dan qadar sentiasa berikhtiar, berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal kepaa Allah dengan penuh yakin.Dia yakin rezekinya adalah kurniaan Allah berdasarkan ilmu, kudrat dan iradat Allah.Tidak ada siapa yang dapat menghalang jika dikurniakan, tiada siapa yang dapat memberi apabila tidak dikehendaki oleh Allah.Kita tidak bergantung pada sebab-sebab makhluk yang lemah sahaja (Abdul Hadi Awang. 2008).

KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan di atas, jelaslah bahawa asas kepada penghayatan Islam itu ialah akidah. Penghayatan Islam itu dapat dirasai dan dihayati jika Islam dijadikan cara hidup yang lengkap dengan kefahaman dan kesedaran yang mendalam tentang Islam.

Perkara-perkara asas inilah yang penting dan merangkumi seluruh kehidupan manusia dari lahir hingga kembali semula kepada penciptanya Allah. Penghayatan Islam ini penting bagi seorang Muslim untuk menjadi diri seorang insan yang bertaqwa kepada Allah.

Dengan adanya penghayatan terhadap Islam melalui Rukun Islam dan Rukun Iman ini akan memberi kesan yang baik untuk seorang Muslim yang hidup dalam suasana yang merasai indahnya hidup di dalam ajaran Islam.

RUJUKAN

Al-QuranAbdul Hadi Awang. 2008. Beriman kepada Qadak & Qadar.Selangor: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Page 16: Artikel 3 modul pendidikan muallaf penghayatan islam

16

Abdul Hadi Awang. 2007. Beriman kepada Allah. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abu a’la Al-Maududi. 1997. Asas-asas Islam.Dewan Pustaka Fajar. Akhmal Hj Mohd Zain. 1999. Asas Pengetahuan Islam. KualaLumpur : Al-Hidayah PublishersEzad Azraai Jamsari et.al. 2006. Pengajian Islam. Selangor:Fajar Bakti.Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Selangor.

Telaga Biru.Mohammad Nidzam. 2011. Fiqh Muallaf antara Tuntutan dan Keutamaan. Telaga Biru.