Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

6
ARKIB : 28/01/2014 Kemelut politik dalam pengurusan sukan Oleh DR. SARIMAH ISMAIL PENULIS ialah Pensyarah Kanan Pengurusan dan Komunikasi Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Bola sepak antara sukan yang paling popular di Malaysia dan rakyat negar a ini menaruh harapan tinggi agar skuad negara berjaya melayakkan diri ke tahap dunia. - Gambar hiasan

description

Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

Transcript of Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

Page 1: Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

ARKIB : 28/01/2014

Kemelut politik dalam pengurusan sukan

Oleh DR. SARIMAH ISMAIL

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Pengurusan dan Komunikasi Sukan, Fakulti Sains Sukan dan

Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Bola sepak antara sukan yang paling popular di Malaysia dan rakyat negara ini menaruh harapan

tinggi agar skuad negara berjaya melayakkan diri ke tahap dunia. - Gambar hiasan

PERSOALAN ke arah mana masa depan sukan negara sentiasa diperkatakan. Kerajaan

memperuntukkan dana yang besar bagi memajukan sukan negara namun penghasilannya tidak

setara dengan modal yang dilaburkan.

Page 2: Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

Hanya tinggal enam tahun lagi untuk Malaysia memasuki era negara maju sebagaimana

matlamat Wawasan 2020. Sebagai negara maju bermakna industri sukan kita juga perlu maju ke

hadapan. Walaupun mungkin tidak setaraf Amerika Syarikat (AS), Jerman, Brazil atau Jepun

namun sekurang-kurangnya kita berada dalam kedudukan ranking terbaik dunia atau pun

berupaya menjana putaran ekonomi sukan untuk negara.

Melihat kepada kejayaan pasukan bola sepak di Britain, Eropah dan Amerika Selatan, ia banyak

bergantung kepada pengurusan atlet yang profesional.

Apakah kita, akhirnya tidak mahu menjadi seperti kelab bola sepak Real Madrid yang menurut

majalah Forbes' sebagai kelab paling bernilai di dunia dengan nilaian sebanyak AS$3.3 bilion

tahun lepas.

Pengurus-pengurus atlet di AS misalnya dilahirkan dari pelbagai bidang termasuk bidang

pengurusan dan sains sukan.

Bidang-bidang ini juga ditawarkan oleh universiti-universiti utama Malaysia termasuk Universiti

Teknologi Mara (UiTM) melalui Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Fakulti itu ditubuhkan bermatlamat untuk melahirkan pengurus-pengurus sukan bertaraf

profesional bagi memimpin persatuan-persatuan dan organisasi sukan termasuk di dalam Majlis

Sukan Negara (MSN) sendiri.

Melihat kepada senario sukan negara, kemelut pengurusan, permasalahan atlet masih menghantui

persatuan-persatuan sukan Malaysia. Permasalahan-permasalahan ini timbul kerana kegagalan

organisasi sukan untuk memahami fungsi dan peranan masing-masing.

Amat ketara apabila orang politik juga ingin mengepalai persatuan-persatuan sukan yang

mungkin mempunyai motif yang berbeza daripada matlamat pembangunan sukan negara.

Sering berlaku konflik akibat campur tangan langsung atau tidak langsung orang politik dalam

persatuan-persatuan sukan. Ini menimbulkan polemik sehingga menjadi perbualan terbuka

media.

Page 3: Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

Perlu diingat pertikaman lidah ini juga diikuti oleh para atlet dan sedikit sebanyak ia menjejaskan

tumpuan dan psikologi mereka.

Perbezaan antara nakhoda ini menyebabkan pelbagai masalah timbul antara persatuan sukan

serta dengan MSN waima dengan Menteri Belia dan Sukan sendiri.

Dalam masa kurang sedekad menuju negara maju semua pihak perlu memahami fungsi

organisasi masing-masing dalam memajukan sukan negara.

Pemahaman fungsi dan matlamat organisasi ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan

pertindihan tugas antara organisasi dengan organisasi yang lain.

Dalam aspek ini, universiti-universiti terutama fakulti sukan perlu bersungguh-sungguh untuk

melahirkan graduan berkualiti bagi berupaya mengepalai pengurusan atau industri sukan negara

secara berkaliber.

Terdapat kekeliruan apabila sesetengah universiti pula memikirkan sebahagian fungsi mereka

ialah melahirkan atlet berprestasi tinggi sedangkan tugas ini sepatutnya disandang oleh MSN

atau persatuan-persatuan sukan di bawah dasar sukan negara.

Tugas fakulti di universiti adalah melahirkan tenaga profesional dalam bidang pengurusan dan

sains sukan, bukan pusat melahirkan atlet.

Namun, sekiranya para siswa dan siswinya terdiri daripada atlet atau bekas atlet, maka hasilnya

akan lebih hebat lagi.

Dalam aspek ini, MSN perlu mencari formula yang lebih berkesan dalam melahirkan atlet-atlet

berbakat terutamanya bagi sukan berprestasi tinggi negara.

Pengesanan bakat (Talent ID) perlu dipergiat dan diperluas ke seluruh negara.

Pergantungan kepada kejohanan sukan sekolah sahaja seperti kejohanan Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia (MSSM) tidak memadai dalam usaha mengesan bakat-bakat baru sukan

negara.

Page 4: Artikel Akhbar Politik Dan Sukan

Pengesanan atlet perlu dibuat melangkaui peringkat sekolah.

Penulis dalam kajiannya pada 2007 di perairan Pulau Mabul, Semporna, Sabah telah meneliti

bakat terpendam di kalangan anak-anak Orang Asli Laut (Bajau Laut) yang mempunyai

keupayaan semulajadi dalam sukan berkaitan air. Sepatutnya bakat-bakat mereka itu dikenal

pasti dan digilap dari peringkat kecil lagi.

Satu kajian baru juga akan dijalankan mengenai penglibatan anak-anak Orang Asli dalam sukan

kriket. Hasil inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia, mereka telah

mengumpul anak-anak Orang Asli di Pahang dan Kelantan untuk program pembangunan.

Kepemimpinan persatuan perlu diterajui oleh mereka yang profesional dan memahami aspek

pengurusan sukan, dan bukan oleh pihak yang mahukan populariti daripadanya.

Jika semua pihak memahami fungsi organisasi masing-masing, sudah pasti Malaysia berupaya

memajukan sukan negara.

Perlu diingat, bidang sukan adalah industri yang bernilai berbilion ringgit jika diuruskan secara

profesional dan hebat.

Ia bukan sahaja melibatkan soal penganjuran dan fasilitas semata-mata, tetapi juga membabitkan

soal hak penyiaran televisyen, pengiklanan, penajaan, perhubungan awam, perubatan sukan dan

sebagainya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-

dalam-pengurusan-sukan#ixzz3FXXHqddv

© Utusan Melayu (M) Bhd