Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

download Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

of 11

Transcript of Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    1/11

    30ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

    TINJAUAN INTERAKSI LISAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN REMAJA

    MALAYSIA DARI SUDUT ETNOGRAFI KOMUNIKASI(A Study of Verbal Interactions Among Malaysia Teenagers Based on the Ethnography

    of Communications)

    GHAZALI LATEH

    Universiti Putra [email protected]

    SHAMSUDIN OTHMAN

    Universiti Putra [email protected]

    Dihantar pada:

    20 Januari 2014

    Diterima pada:

    12 April 2014

    Koresponden:

    [email protected]

    Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2014

    Abstrak: Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Halini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proseskomunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yangdigunakan oleh sampel kajian dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan

    pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Di samping itu kajianini juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan sampelkajian. Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografikomunikasi dan juga teori Relevan. Kajian ini berbentuk kajian lapangan menggunakankaedah rakaman audio terhadap aktiviti interaksi lisan yang disertai oleh golonganremaja dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Empat buah sekolah di daerah Kuala

    Langat telah dijadikan tempat kajian. Rakaman interaksi lisan ditranskripsikan untukdianalisis menggunakan teori etnografi komunikasi Saville-Troike. Menurut teorietnografi komunikasi Saville-Troike, setiap interaksi lisan perlu memenuhi kehendak-kehendak komponen yang disarankan, iaitu genre, topik, tujuan, latar, ragam, pesertainteraksi, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dannorma-norma interpretasi. Remaja telah melakukan pelbagai pertimbangan komunikatifuntuk memastikan interaksi lisan dilaksanakan dengan sempurna. Pada masa yang samadari segi pragmatik pula, input kognitif sampel kajian turut mempengaruhi kemampuaninteraksi lisan dalam situasi formal. Sampel kajian mengaplikasikan pengalamankonteks untuk menyerlahkan pemikiran mereka melalui sesi interaksi yang disertai.

    Kata kunci: Interaksi lisan bahasa Melayu, etnografi komunikasi, kemampuanberbahasa, pragmatik bahasa

    Abstract: The ability of verbal interactions affect human life . This is due to verbal interaction isan important aspect of the communication process . This study focused on the forms of language

    used by youngsters in oral interaction, language skills and communicative considerations in a

    formal conversation. In addition, this study discusses the influence of cognitive aspects of

    adolescent verbal interaction. Discussion of these two aspects are implemented in the framework

    of ethnography of communication and Relevance theory. This study is a field study using audio

    recordings of oral interaction activities participated by the youth in School-Based Oral Test. Four

    schools in the District of Kuala Langat have been used in this study. Verbal interaction recordings

    were transcribed for analysis using ethnographic communication theory Saville-Troike.

    According to the theory of ethnography of communications Saville-Troike, every verbal

    interaction must meet the requirements of the proposed components, ie. genre, topic, purpose,

    background, manners, participant of interaction , forms of the message, the message contents, the

    sequences of speech acts, interaction rules, and norms of interpretation. Teens have been doing a

    variety of considerations to ensure communicative verbal interaction implemented properly.

    From pragmatic concerns, the cognitive inputs also affect the ability of adolescent practicing

    their interaction in formal situations. Youngsters apply the experience of context to highlight theirthinking through interactions that participated.

    Keywords : Malay language verbal interaction, ethnography of communication ,language skills,pragmatic of language communication

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    2/11

    31ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    PENGENALAN

    Interaksi lisan ialah proses yang melibatkanpenyaluran dan pertukaran maklumat melaluipertuturan antara penutur dan pendengar.Maklumat yang disalurkan itu terdiri daripada

    gagasan, perasaan, berita, dan amanat,disampaikan melalui satu sistem simbol yangdikenali sebagai bahasa. Sebagai satu perkarayang melibatkan bahasa, interaksi tidak terbentukdaripada sepatah perkataan atau satu siri

    perkataan semata-mata, tetapi juga melibatkanbeberapa unsur seperti kelancaran pertuturan,kejelasan makna, situasi perbualan, nada suara,dan jarak sosial peserta perbualan. Dalam katalain, aspek interaksi lisan mementingkan bukansekadar aspek linguistik bahasa, malahan jugaaspek-aspek yang melibatkan pragmatik bahasa.

    Pendekatan etnografi komunikasi adalahmerupakan satu cara untuk meninjaukepelbagaian penggunaan bentuk bahasa dalamsesuatu interaksi lisan. Kajian etnografikomunikasi menyentuh aspek budaya masyarakat

    penutur sesuatu bahasa. Selain itu pendekatanetnografi komunikasi juga melihat beberapaaspek yang wujud dalam interaksi seperti tujuan,genre, topik, latar, peserta, urutan lakuan, bentukmesej yang disampaikan, kandungan mesej,

    peraturan interaksi, dan juga norma-normakomunikasi (Saville-Troike, 2003).

    BAHASA DALAM INTERAKSI LISAN

    Raminah (2005) menyatakan bahawa bahasa daninteraksi merupakan dua patah perkataan yangtidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanyamempunyai kaitan yang amat rapat. Apabilamendefinisikan bahasa, kita tidak dapatmengetepikan perkataan interaksi, dan apabilakita mendefinisikan interaksi, kita pun tidak dapatmengetepikan perkataan bahasa.

    Apabila tujuan interaksi seseorang pengguna

    bahasa berubah, bentuk bahasa yang digunakanjuga akan turut berubah. Bentuk bahasa untukmeminta pertolongan berbeza daripada bentuk

    bahasa yang digunakan untuk memberikanarahan. Oleh itu jelaslah bahawa lakuan bahasamerupakan sejenis lakuan yang melibatkan

    pemilihan unsur. Pengguna bahasa perlu memilihunsur-unsur bahasa yang sesuai dengan pelbagai

    pilihan yang ada.

    Zulkifley (2005) memetik pandanganGumperz (1974) yang menyatakan bahawainteraksi linguistik boleh diterangkan dengan carayang paling baik sebagai satu proses membuatkeputusan, iaitu para penutur memilih daripada

    pelbagai kemungkinan yang ada, cara untuk

    menyatakan sesuatu. Oleh yang demikiankhazanah lisan terdiri daripada kesemua cara

    penyampaian yang boleh diterima.

    Etnografi Komunikasi Saville-Troike (2003)

    Kajian ini menggunakan Model EtnografiKomunikasi Saville-Troike (2003) sebagai teoriteras perbincangan. Hal ini demikian keranateori ini didapati sesuai untuk membincangkanaspek interaksi lisan remaja sama ada secaraformal mahupun tidak formal. Menurut Saville-

    Troike (2003) sesuatu proses komunikasimelibatkan sebelas komponen yang telah dikenal

    pasti. Komponen-komponen tersebut termasuklahgenre, topik atau fokus rujukan, tujuan interaksi,latar iaitu lokasi, ragam, peserta, bentuk mesej,kandungan mesej, urutan lakuan, peraturaninteraksi, dan norma-norma interpretasi.

    PERNYATAAN MASALAH

    Kajian pragmatik yang dilaksanakan di negara inilebih cenderung kepada pragmatik orang dewasa

    seperti dalam kajian oleh Nor Hashimah (1990,1992, 1995, 1998), Jamaliah (1995), Sew JyhWee (1996), dan Marsis (1997). Zaitul AzmaZainon (2002) pula menjuruskan kajiannyaterhadap pragmatik kanak-kanak Melayu. Hal inimenunjukkan bahawa kajian pragmatik golonganremaja belum dilaksanakan oleh pengkaji dinegara ini.

    Dalam meninjau pragmatik golongan remaja,sukar untuk ditentukan satu situasi yangmenampilkan remaja berinteraksi dengan

    berlarutan dalam konteks yang tertentu. Dalam

    keadaan biasa, remaja sering bertukar konteksdalam interaksi sosial mereka. Oleh hal yangdemikian, adalah wajar sekiranya satu bentukinteraksi remaja yang agak terancang

    persekitarannya diambil kira untuk dikaji.Dalam konteks penilaian kemahiran lisan,

    pelaksanaan ujian lisan merupakan satu langkahserius yang diambil oleh Kementerian Pelajaranmelalui Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    3/11

    32ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    mempertingkatkan penguasaan bahasa dalamkalangan murid menengah dan rendah. Semua

    pihak yang terbabit perlu menggembleng tenagamembantu usaha untuk memastikan pelaksanaanUjian Lisan Berasaskan Sekolah berkesanmemantapkan penguasaan bahasa secara lisan

    dalam kalangan murid (Berita Harian 25 Ogos2004). Penekanan ini membuktikan bahawaaspek komunikasi berbahasa dalam kalanganmurid merupakan satu perkara yang sangat

    penting dalam sistem pendidikan.Aktiviti lisan juga ada kaitannya dengan

    aktiviti penulisan. Keterampilan berbahasa secaralisan dalam kalangan murid akan membantumereka memperbaiki kemahiran menulis.Penggunaan penanda wacana dalam aktiviti lisanakan membantu murid menggunakannya dengan

    baik semasa menulis. Oleh yang demikian kajian

    terhadap penggunaan penanda wacana adalahwajar.

    Sehubungan dengan itu, masalah yangsering dihadapi oleh murid semasa bertutur ialahtidak dapat menyampaikan fikiran dengan

    berkesan. Hal ini terbukti apabila bertutur secaraspontan, mereka akan menghadapi masalah untukmenyampaikan fikiran mereka secara jelas dalamkonteks yang diharapkan. Tambahan pula latarmasyarakat di negara ini mempunyai etnik yang

    pelbagai memungkinkan wujud masalah sepertikedwibahasaan, gangguan, penukaran kod, dan

    sebagainya (Nik Safiah 1988).

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pastibentuk bahasa yang digunakan oleh sampelkajian semasa berinteraksi.

    METODOLOGI

    Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah utamaiaitu kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan.

    Kaedah lapangan melibatkan pemerhatianterhadap aktiviti-aktiviti ujian lisan yangdilaksanakan di sekolah-sekolah yang dikenal

    pasti. Rakaman aktiviti lisan yang melibatkanaktiviti forum, bercerita, dan wawancara.

    Kaedah lapangan dipilih kerana selama inikajian bahasa lebih bersifat kajian kepustakaan.Menurut Nor Hashimah (2003:6-7), kajian yang

    bersifat kering dan serpihan gagal memberikan

    satu penjelasan yang sahih tentang penerapanteori pada data bahasa Melayu, khususnyasemantik bahasa Melayu. Beliau berpendapat satucara yang paling berkesan ialah denganmengemukakan kajian empiris. Kajian empirisialah kajian yang menitikberatkan pemerhatian,

    penjelasan, dan penghuraian masalah bahasayang dikaji. Data yang dipilih mestilah data yangdikutip melalui kerja lapangan, sementara teoriyang digunakan mestilah teori yang mampumenjelaskan segala masalah yang timbul dalamkajian.

    Kaedah kepustakaan pula digunakan untukmencari teori-teori yang berkaitan dan dapatan-dapatan kajian lampau bagi menyokong kajianini. Rujukan utama kajian ini ialah buku-bukutentang analisis wacana yang ditulis oleh pakar-

    pakar linguistik tempatan dan mancanegara.

    Selain itu, bahan-bahan sokongan yang diaksesmelalui internet juga akan digunakan sebagai

    bahan sokongan untuk memperteguh analisisdalam kajian ini.

    Memandangkan aspek ujaran meng-gambarkan kebolehan manusia untukmenyampaikan idea dan maklumat, aktiviti lisandipilih untuk meneliti keberkesanan strategi

    berbahasa murid sebagai satu kriteria penilaian.Kemampuan murid menggunakan strategi untukmengungkapkan wacana dengan lebih sempurnamerupakan kelebihan dari sudut pandangan

    penilai. Sebaliknya jika mereka mempunyaimaklumat tetapi gagal menggunakan strategiwacana yang terbaik, maka mereka tidak berjayamenyalurkan maklumat itu secara lancar.

    Empat buah sekolah di daerah Kuala Langattelah dijadikan tempat kajian. Populasi kajianterdiri daripada murid-murid tingkatan lima.Sebanyak 34 sampel telah dipilih dari empat buahsekolah di daerah Kuala Langat, (SMK BandarBanting : 8 orang, SMK Banting: 6 orang, SMKTelok Datok : 14 orang, SMK Jugra: 6 orang).Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah

    dengan kadar 10% daripada populasi calonpeperiksaan SPM di sesebuah sekolah yangdikaji.

    Menurut Mohd. Majid (1990:73), pemilihansampel secara rawak mudah merupakan kaedah

    pemilihan yang memberi peluang yang samauntuk dipilih dalam kalangan populasi. Pemilihandilakukan dengan menggunakan Jadual NomborRawak. Oleh itu senarai penuh calon-calon bagi

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    4/11

    33ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    sesebuah sekolah diambil terlebih dahulu untukmemudahkan persampelan. Namun begitu untukaktiviti lisan yang melibatkan kumpulan, kaedahrawak mudah digunakan dengan menjadikansetiap kumpulan sebagai satu unit dalam

    populasi. Jadual Nombor Rawak juga digunakan

    untuk menentukan sampel pilihan. Data yangdiperoleh ditranskripsikan untuk memudahkan

    proses penganalisisan data. Data berkaitanbentuk bahasa yang digunakan dikategorikanmengikut tema yang sesuai.

    DAPATAN DAN PERBINCANGAN

    Penggunaan Bentuk Bahasa dalam Interaksi

    Sampel kajian

    Dalam melaksanakan interaksi lisan, pengkaji

    mendapati bahawa sampel kajian menyalurkanidea dengan menggunakan beberapa strategi yangdikenal pasti. Strategi-strategi ini wujud dalam

    beberapa bentuk bahasa yang dikesan dalaminteraksi lisan sampel kajian.

    Pengulangan

    Sampel kajian menggunakan bentuk pengulangansesuatu perkataan berdasarkan beberapa tujuan.Antaranya adalah untuk menguatkan mesej yangcuba disampaikan. Dengan mengulangi kata atau

    kalimat untuk beberapa kali, penutur yakin mesejyang disampaikan dapat diterima dengan baikoleh pendengar. Dalam hubungan kajian ini,

    pendengar ialah pemeriksa atau guru yangmenjalankan sesi ujian, dan juga rakan-rakan

    panel dalam sesi forum.Beberapa data dari kajian yang dijalankan

    membuktikan wujudnya strategi pengulangankata digunakan oleh sampel kajian ketikainteraksi. Strategi ini digunakan dengan tujuanuntuk memastikan tujuan interaksi lisan itutercapai dengan jayanya.

    Saya bentangkan tentang surat aduan.Surat aduan biasanya ditulis dalamsurat kiriman rasmi. Surat kirimanrasmi

    mempunyai alamat penerima,alamat penulis di sebelah kiri.

    Bentuk pengulangan yang digunakan dalamujaran di atas ialah pengulangan urutan, iaitu

    frasa terakhir dalam ujaran pertama menjadipembuka ujaran yang berikutnya. Frasa surataduan yang mengakhiri ujaran atau ayat pertamadiulang sebagai pembuka ayat yang berikutnya.Begitu juga frasa surat kiriman rasmi diulangdalam bentuk yang sama. Strategi ini berjaya

    memenuhi kehendak proses interaksi iaitu untukmenyampaikan taklimat tentang cara-cara

    penulisan surat rasmi.Selain itu penggunaan bentuk pengulangan

    kata atau frasa dapat memenuhi komponen-komponen lain dalam etnografi komunikasiSaville-Troike (2003). Misalnya, jika dilihat dariaspek tujuan dan fungsi proses interaksi lisantersebut, ternyata bentuk tersebut bertujuan untukmenjelaskan kepada audien tentang cara-caramenulis surat rasmi. Pengulangan kata dan frasaakan mendedahkan maklumat dalam fikiran

    penutur dengan lebih jelas. Di samping itupengulangan menunjukkan penutur berada dalamkeadaan serius untuk membolehkan fikirannyadifahami. Hal ini telah menepati kehendak ragamatau key dalam prinsip etnografi komunikasiyang dijadikan kerangka perbincangan kajian ini.

    Pengulangan Kata Pembuka Ayat

    Terdapat kecenderungan sampel kajianmenggunakan bentuk pengulangan kata atau

    beberapa patah kata ketika memulakan ayat,

    terutamanya ayat pertama dalam setiap sesi soaljawab. Yang berikut ialah beberapa contohpengulangan kata pertama dalam ayat yang seringdigunakan oleh sampel kajian dalam interaksi.

    Kebanyakan, kebanyakan, kebanyakanbidan terjun dalam masakan, dalamrestoren, kebanyakan dia orang takdididik daripada kecil dan lagi.

    Contoh yang dipaparkan telah menunjukkansampel kajian menggunakan pengulangan

    pembuka ayat dalam pertuturan mereka. Dalamujaran di atas kata kebanyakan diulangsebanyak tiga kali sebagai penegasan terhadapmesej yang hendak disampaikan iaitu perihalorang Melayu yang sering menceburkan diridalam bidang perniagaan tanpa persediaan yangkukuh.

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    5/11

    34ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    Pengulangan Urutan dalam Ayat

    Pengulangan urutan bertujuan untukmenunjukkan kesinambungan idea dalam mesejyang dituturkan. Kata atau frasa terakhir dalamujaran awal menjadi kata atau frasa pertama

    dalam ujaran yang berikutnya.

    Kebanyakan peniaga lain daripadapeniaga bangsa asing dia orang semuaada daya saing daripada peniagaMelayu. Peniaga Melayu mempunyai...

    Ujaran yang dipaparkan di atas membuktikansampel kajian cenderung untuk menggunakan

    pengulangan urutan sebagai bentuk bahasa untukmenguatkan mesej yang hendak disampaikan.Saville-Troike (2003) menyatakan dalam

    komponen komunikasi, satu aspek yang tidakkurang penting ialah bentuk mesej. Dalamhubungan ini, bentuk pengulangan menjadi

    pilihan sampel kajian dalam berinteraksi agarfikiran mereka dapat ditanggapi oleh pendengardengan lebih jelas.

    Pengulangan Rawak

    Satu lagi jenis pengulangan yang digunakandengan meluas oleh sampel kajian dalaminteraksi lisan ialah pengulangan rawak.

    Pengulangan jenis rawak merujuk kepadapengulangan perkataan atau frasa yang samadalam mana-mana bahagian dalam sesi interaksi.Pengulangan jenis ini sifatnya tidak begitusistematik tetapi sering digunakan oleh penutursebagai bentuk bahasa yang digunakan dalam

    proses interaksi mereka. Antara contohpengulangan rawak adalah seperti yang berikut:

    Ini menyebabkan ... perkara asas iniyang menjadi kepada pendindingkepada perkara-perkara asas ini

    untuk

    dan menyebabkan mendorong merekadan memudahkan mereka terdorongkepada perkara-perkara seperti dadahini.

    Ujaran di atas menunjukkan perkataan initelah diulang-ulang secara rawak sebanyak empatkali dalam satu ayat yang sama. Perkataantersebut merujuk kepada fokus mesej yang cuba

    disampaikan iaitu isu penyalahgunaan dadahdalam kalangan sampel kajian. Oleh itu

    perkataan ini digunakan untuk merujuk hal-halyang berkaitan dengan isu yang diperkatakan.Pengulangan rawak ini menjadi bentuk rujukan

    penutur, iaitu sebagai gantian konsep yang

    berkaitan. Misalnya ini yang pertama, kedua,dan ketiga dalam ujaran tersebut merujuk kepada

    punca terjadi isu penagihan dadah. Ini yangkeempat pula merujuk kepada suasana masalah

    penagihan dadah pada masa kini.

    Pengulangan Kata di Tengah-Tengah Ujaran

    Satu lagi bentuk pengulangan yang agak ketaradigunakan oleh sampel kajian dalam interaksimereka ialah pengulangan kata di tengah-tengahujaran. Dalam kategori ini, sampel kajian atau

    penutur gemar mengulang-ulang satu kata yangtertentu sebagai penekanan terhadap maklumat

    berkaitan perkataan berkenaan. Dengan caramengulang-ulang kata berkenaan di tengah-tengah ujaran, fokus pendengar dijuruskankepada perkataan yang diulang-ulang itu.

    Sewaktu saya darjah enam sayasentiasa murung sebab waktu itu kamiingin menghadapi peperiksaan UPSR,selalu, selalu, selalu tertekan keranawaktu nenek saya sedang sakit...

    Ujaran yang dipaparkan telah menampakkankecenderungan penutur menggunakan bentuk

    pengulangan kata yang terletak di tengah-tengahujaran. Kata selalu yang diulang tiga kalimenjuruskan perhatian pendengar terhadap

    penekanan yang diberikan oleh penutur. Olehyang demikian pendengar akan menumpukan

    perhatian yang lebih untuk menanti perkataanyang akan digabungkan dengan kata selalu.Jadi, maklumat yang cuba disampaikan oleh

    penutur dapat ditanggapi dengan lebih jelas.

    Pengulangan Suku Kata

    Selain pengulangan kata atau frasa dalam ujaran,penutur turut menggunakan pengulangan sukukata pertama beberapa perkataan dalam ujaranmereka. Jenis pengulangan ini agak ketarameliputi aktiviti individu seperti wawancara dansyarahan, serta aktiviti berkumpulan iaitu forum.

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    6/11

    35ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    Antara contoh pengulangan suku kata pertamaadalah seperti yang berikut:

    Selain itu kita juga boleh me.. bolehboleh men.. melibatkan diri denganbanyak aktiviti...

    Ujaran tersebut menunjukkan penuturmengulang-ulang imbuhan awalan me+Nsebanyak dua kali sebelum meneruskanujarannya. Bentuk sedemikian merupakan carauntuk melengah-lengahkan mesej supaya penuturdapat mencari perkataan yang sesuai untukdigabungkan dengan imbuhan me+N agar

    pemilihan tersebut dapat menjelaskan mesej yangdisampaikan. Penutur menggunakan imbuhanme..., men..., dan akhirnya memilih imbuhanme... untuk dipadankan dengan kata +libatkan.

    Jadi, bentuk pengulangan suku kata seperti yangdigunakan di atas dapat menerbitkan fikiransampel kajian dengan berkesan.

    Penyoalan Kembali

    Satu lagi bentuk bahasa yang sering digunakanoleh sampel kajian dalam pertuturan merekaadalah dengan mengemukakan kembali soalanyang diajukan kepada mereka, sebelummemberikan jawapan sebagai respons kepadasoalan tersebut. Bentuk ini jika dilihat sepintas

    lalu, perkara yang terserlah ialah ketiadaanperhatian terhadap isu yang dibicarakan. Namundemikian, jika dilihat dari sudut strategikomunikasi, penyoalan kembali menampakkanusaha penutur untuk membina satu rantaianmaklumat yang mantap sebelum menjawabsesuatu soalan yang diajukan.

    Guru: Apakah kelebihan mempunyairakan yang baik?

    Murid: Kelebihan?

    Kelebihan dia ialah diasentiasa memberi saya, memberi saya

    memberi saya nasihat

    Ujaran di atas melibatkan sesi wawancaraguru dengan sampel kajian sebagai calon ujianlisan. Data ini turut menunjukkan sampel kajianmenggunakan bentuk penyoalan dalam interaksilisan. Dalam ujaran itu, penyoalan digunakanuntuk memberikan lebih ruang masa kepadanyamemikirkan jawapan yang sesuai terhadap soalan

    guru. Namun masa yang diambil tidak panjang,memandangkan sampel kajian berkenaan terussahaja memberikan jawapan tanpa menantirespons balas guru terhadap soalannya. Dengan

    bertanya kembali, calon sempat memikirkan isi-isi jawapan yang bakal disampaikan sebagai

    mesej dalam sesi interaksi berkenaan.Soalan-soalan yang dikemukakan dalam

    interaksi tidak bertujuan untuk mendapatkanrespons berupa maklumat tambahan atau

    jawapan. Perkara ini dibuktikan denganpenjelasan susulan selepas penyoalandikemukakan oleh sampel kajian yang terbabit.Dilihat dari sudut kecekapan berbahasa lisan,sampel kajian yang terbabit dalam interaksitersebut berjaya mencetuskan kesinambunganwacana dengan mengemukakan soalan. Sebagai

    pengerusi forum, sampel kajian yang diberikan

    peranan tersebut berjaya mewujudkan satu bentukinteraksi yang aktif dan berkesan.

    Penggunaan soalan merupakan satu bentukinteraksi yang sangat berkesan untuk memastikansesi interaksi berjalan dengan lancar dan

    berkembang. Secara amnya, penyoalan yangdigunakan oleh sampel kajian dalam interaksilisan ULBS bertujuan untuk mendapatkanmaklumat, mencetuskan konteks, mendapatkanrespons dan meneruskan kesinambungan wacana.

    Penukaran Kod

    Penukaran atau pencampuran kod merupakansatu fenomena berbahasa dalam sesuatu prosesinteraksi. Spolsky (1998) menyatakan penuturyang menguasai dua bahasa sering menukar

    penggunaan bahasa antara kedua-dua bahasadalam pertuturan mereka. Saville-Troike (2003)

    pula menyokong pandangan tersebut denganmenyatakan fenomena penukaran kod sering

    berlaku dalam satu-satu peristiwa bahasa. Beliauturut menegaskan penukaran kod berlakumengikut situasi, topik, peserta interaksi, dan

    juga masa sesuatu interaksi itu berlaku.Puteri Roslina (2004) menyatakan bahawa

    peralihan kod ialah keupayaan untuk mengekodmaklumat dalam satu bahasa yang diperolehdaripada bahasa yang lain. Kebolehan tersebutmerupakan satu petunjuk kepada kedwibahasaan.Peralihan kod memerlukan keupayaanmelahirkan idea dalam ayat atau ujaran denganmencampurkan dua bahasa.

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    7/11

    36ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    1.

    Pengumuman yang ketiga, muridForm Five yang tidak hadir kelastambahan petang semalam tungguselepas perhimpunan ini...

    2. Begitu juga huraian lain iaitu merekatidak mematuhi peraturan seperti

    tidak || menelefon tanpa menggunakan|||| alat earphone dan membahayakankeselamatan murid-murid yang naik

    bas inilah.

    Jika ditinjau fenomena ini dari sudutkomponen interaksi yang disarankan oleh Saville-Troike (2003), penukaran kod dalam interaksimerupakan sebahagian daripada bentuk mesejyang disampaikan oleh penutur. Dalammelaksanakan proses interaksi penutur cubameningkatkan konteks dan meminimumkan

    usaha memproses mesej oleh pendengar. Untukmeningkatkan tahap kerelevanan maklumat,ketiga-tiga aspek iaitu konteks, kesan konteks,dan kos proses perlu bergerak seiring. Penukarankod yang digunakan bersesuaian dengan konteksiaitu istilah yang dipilih sesuai dengan wacanainteraksi.

    Hentian

    Tindakan berdiam seketika juga mungkin adakaitan dengan perkataan yang dikodkan fikiran

    merupakan sesuatu yang bersifat halus ataumerupakan sesuatu yang penuh dengan pantanglarang. Bahkan berdiam juga berkemungkinan

    berlaku apabila penutur kehilangan kata-katadisebabkan faktor psikologi atau emosi. Dalam

    bahasa Jepun wujud istilah haragei ataukomunikasi tanpa kata (Saville-Troike,2003:117).Dalam kajian bahasa, jika dilihat dari sudutmetodologinya, tindakan berdiam seringkali tidakdiendahkan kerana tidak menarik perhatianseperti yang berlaku kepada bahasa yang bolehdidengar dan aksi interaksi yang boleh dilihat.

    Semasa interaksi lisan sampel kajianberlangsung, ada kalanya tempoh berdiam diri inimelebihi enam saat. Tempoh berdiam ini pula

    bergantung kepada keupayaan sampel kajianberinteraksi terutama dalam keadaan spontan.Pengkaji mendapati tempoh berdiam digunakanoleh sampel kajian untuk mencari perkataan yangsesuai untuk menyalurkan maklumat supayadapat difahami dengan mudah oleh pendengar.

    Sampel kajian akan kembali meneruskaninteraksi apabila memperoleh perkataan atauistilah yang sesuai untuk menggambarkan maknayang ada dalam fikiran mereka. Perkara ini dapatdijelaskan dengan data-data yang berikut:

    Pengumuman yang |||||||| seterusnya,diminta semua murid tingkatan tigatunggu di dewan terbuka selepas

    perhimpunan ini untuk diberi taklimatmengenai PMR.

    Tindakan berdiam diri juga mampumenunjukkan gaya seseorang penutur dalam

    berinteraksi. Perkara ini dapat dilihat dalam datayang berikut:

    Maksudnya sampel kajian juga kena ||

    tahu, jadi sampel kajian yang berfikiranjauh dan yang lebih matanglah, ||||Remaja kini tidak menghormati ibu

    bapa dan orang lebih tua daripadamereka, kurang ajar, begitu kena |||| errr

    banyak ||| mereka terpengaruh daripadaiklan ||| daripada negara luar,dipengaruhi persekitaran, sekolah,

    perumahan.

    Menurut Saville-Troike (2003), tindakanmendiamkan diri selalunya tidak

    didokumentasikan kerana tidak menarik perhatianseperti ujaran yang boleh didengar dan tindakanyang boleh dilihat. Para sarjana linguistik seringkali menganggap tindakan mendiamkan dirisebagai sesuatu yang negatif kerana ketiadaanunsur-unsur lain yang disertakan dalam interaksi.

    Namun demikian, dalam interaksi lisan remaja,tindakan mendiamkan diri sebenarnya mem-

    punyai tujuan yang tertentu. Tujuan tersebutdalam dikesan setelah proses interaksi disambungdengan perkataan-perkataan yang lahir selepastempoh seseorang sampel kajian tersebut

    mendiamkan diri.

    Penggunaan Peribahasa

    Peribahasa merupakan satu wadah yangdigunakan oleh masyarakat Melayu dalammenyampaikan sesuatu maksud dengan cara yanghalus, tersusun, dan indah. Secara umum,

    peribahasa berfungsi sebagai satu media untuk

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    8/11

    37ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    menyampaikan mesej tertentu yangmelambangkan keupayaan berbahasa Melayuseseorang penutur. Peribahasa itu sendirisebenarnya turut melambangkan adab sopan dan

    budi bahasa ketika berinteraksi.Antara bentuk peribahasa yang terdapat

    dalam interaksi lisan sampel kajian ialahsimpulan bahasa. Yang berikut ialah contoh-contoh penggunaan simpulan bahasa dalaminteraksi lisan sampel kajian yang dikaji.

    1.

    Kebanyakan, kebanyakan,kebanyakan bidan terjun dalammasakan, dalam restoran...

    2.

    Jadi macam bangsa dia orang, diaorang tak perlukan bantuan sebab diaorang gunakan daripada diri sendirikerana dia orang tahu itu titik peluh

    dia orang...

    Simpulan bahasa ini membawa maksuddaya usaha yang gigih. Simpulan bahasa inidirujukkan oleh penutur (i) dengan kegigihanorang bukan Melayu dalam perniagaan. Orang

    bukan Melayu melaksanakan perniagaanmenggunakan modal sendiri. Oleh itu merekaterpaksa berusaha dengan gigih agar merekamemperoleh keuntungan daripada usaha tersebut.Simpulan bahasa titik peluh menunjukkansegala kejayaan dari daya usaha sendiri akan

    menyebabkan seseorang peniaga itu berpuas hatidan terus berusaha.

    Jika dilihat dari segi fungsinya, peribahasabertujuan menyatakan sesuatu secara yangberhemah dan penuh adab sopan. Ada kalanyaperibahasa digunakan untuk membidas ataumengkritik dengan cara yang halus. Dalamkajian yang dijalankan, penutur mahu mengkritiksikap bangsa Melayu yang melibatkan diri dalam

    bidang perniagaan. Oleh sebab penutur jugaberbangsa Melayu, penggunaan simpulan bahasabidan terjun itu adalah sebagai alas atau

    pemanis tentang sikap negatif pihak yang dikritik.

    Bunyi Bukan Verbal

    Satu lagi bentuk bahasa yang dapat dikesandalam kajian yang dijalankan ialah bunyi-bunyiyang dihasilkan oleh penutur tetapi tidakmempunyai makna yang khusus. Saville-Troike(2003) mengkategorikan perkara ini sebagai

    backchannel dalam interaksi yang dihasilkansebagai respons peserta-peserta yang dilawan

    bercakap. Dalam interaksi bahasa Inggeris, halini melibatkan bunyi-bunyi seperti mmm,hmm, uh huh, yeah, dan sebagainya.

    Hal ini berbeza dengan bunyi yang

    dihasilkan dalam interaksi sampel kajian. Bunyi-bunyi yang dapat dikesan dalam kajian ini tidakmenampakkan makna seperti backchanneldalam

    bahasa Inggeris. Dalam interaksi lisan bahasaMelayu, wujud unsur bunyi sedemikian terutama

    bagi penutur yang tidak begitu lancar. Malah adajuga penutur yang telah sebati denganpenghasilan bunyi-bunyi ini dan telah menjadisatu gaya pengucapan mereka. Bagi sampelkajian, penggunaan bunyi bukan verbal inimemungkinkan pelbagai implikasi terhadapketerampilan interaksi lisan mereka. Lazimnya

    sampel kajian yang banyak menggunakan bunyisedemikian dalam pertuturan mereka dianggapsebagai memiliki keupayaan interaksi yangrendah.

    Dalam kajian yang dijalankan satu bentukbunyi bukan verbal yang dihasilkan oleh sampelkajian ialah bunyi errr. Sebahagian besarsampel kajian yang dikaji menghasilkan bunyi

    bukan verbal dalam interaksi lisan mereka. Halini lebih ketara dalam aktiviti yang melibatkansampel kajian secara individu dan temu bual.Dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan,

    penggunaan bentuk interaksi ini masih wujudtetapi tidak begitu ketara. Perkara ini dapatdijelaskan dengan data yang berikut:

    Pengaruh barat mempengaruhi remajamelalui tv, radio, cara mereka

    berpakaian, bercakap, dan setengah-setengah errr yang difilemkan atauyang ditayangkan di pawagam errr

    taksepatutnya menjadi tontonan umum.

    Bunyi bukan verbal dalam ujaran di atas

    juga boleh dianggap mempunyai fungsi gantianterhadap konsep yang tidak dapat dicari

    perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya.Dalam kata lain sampel kajian berkenaan tidakdapat mencari kata-kata untuk mewakilkankonsep dalam fikirannya. Mereka menghasilkan

    bunyi-bunyi tertentu untuk meneruskan interaksiwalaupun pada ketika itu kognisi mereka tidakdapat memproses kata-kata yang sesuai untuk

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    9/11

    38ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    menggambarkan maklumat yang ada dalamfikiran.

    Pemilihan Kata Sapaan dan Nama Rujukan

    Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang

    banyak bentuk hormatnya, seperti dalamberbagai-bagai jenis gelar dan pangkat sertasistem panggilannya (Asmah 1980,2004; AmatJohari 1989). Dalam memilih kata sapaan,didapati sampel yang menjadi subjek kajian tidakmenghadapi sebarang masalah. Hal ini demikiankerana tidak terdapat sebarang kejanggalan dalam

    penggunaan kata sapaan mahupun nama rujukandalam kalangan sampel . Perkara ini dapatdibuktikan dengan contoh yang berikut:

    Assalamualaikum Cikgu

    . Saya nak

    membentangkan cara-cara untukmenulis tentang surat kiriman rasmitentang makanan di kantin.

    Ujaran yang dipaparkan di atas menunjukkansampel telah menggunakan kata sapaan ataunama rujukan yang memenuhi keperluankesantunan berbahasa. Dalam interaksi denganguru, sampel menggunakan kata sapaan cikgusecara spontan sebagai strategi kesopanan.Walaupun dalam budaya tempatan, amalanmenggunakan kata sapaan ini dianggap sebagai

    satu perkara yang lazim, namun penggunaan initurut membuktikan sampel menggunakan dengan

    baik dalam pelbagai bentuk interaksi.Kesimpulannya, penggunaan kata sapaan

    dalam kalangan sampel yang menjadi subjek kajitidak menampakkan sebarang masalah. Rata-ratasampel dapat menggunakan kata sapaan atausistem panggilan yang betul dalam interaksi lisanmereka. Sampel yang berinteraksi dalamkumpulan lebih terserlah menampakkan

    penggunaan kata sapaan yang pelbagai dan sesuaidengan situasi formal. Dalam hubungan ini,

    kemampuan interaksi lisan sampel kajianberkenaan adalah baik dan menyerlah.

    Penggunaan Ucap Selamat

    Daripada kajian yang dijalankan, rata-rata sampelyang terlibat dalam interaksi lisan secara formalmenggunakan ucap selamat yang bersesuaian.Data-data kajian menunjukkan sampel tidak

    meninggalkan ucapan selamat dalam setiapmodel pengujian yang dilaksanakan. Dalamhubungan ini, jika dilihat dari sudut etnografikomunikasi, penggunaan ucap selamatmerupakan sebahagian daripada komponenurutan lakuan dalam sesuai proses interaksi lisan.

    Saville-Troike (2003) menjelaskan susunanlakuan interaksi lisan biasanya terlalu rigid dalaminteraksi yang bersifat ritual. Malah dalamsesetengah masyarakat, wujud satu bentuksusunan lakuan yang diterima sebagai satu

    peraturan yang mesti diikuti. Komponen-komponen yang termasuk dalam susunan lakuaninteraksi itu ialah ucap selamat (greeting),memohon diri (leavetaking), penghargaan(complimenting), dan ucapan simpati (condoling).Komponen-komponen yang bergantung kepadafungsi interaksi yang berlaku.

    Dalam kajian ini, ucap selamat merupakansatu strategi yang digunakan oleh sampel dalaminteraksi lisan mereka. Perkara ini dapatdibuktikan dengan data-data yang berikut:

    Assalamualaikum Cikgu. Saya nakmembentangkan cara-cara untukmenulis tentang surat kiriman rasmitentang aduan terhadap perkhidmatan

    bas.

    Dalam kajian etnografi pertuturan, aspek

    kesantunan bahasa terkandung dalam komponenperaturan interaksi (Saville-Troike,2003). Saville-Troike menegaskan bahawa satu contoh peraturaninteraksi ialah ambil giliran dalam perbualan;misalnya dalam kalangan penutur Inggeris, jikaseseorang menyatakan penghargaan, permintaan,atau jemputan, kesantunan diperlukan untukmenunjukkan respons yang bersesuaian.

    Bahasa Melayu Tinggi

    Satu lagi komponen kesantunan yang dapat

    dikesan dalam kajian ini ialah wujudnya unsurkehalusan bahasa. Kehalusan bahasa dalaminteraksi bermaksud penutur menggunakanistilah-istilah atau frasa-frasa yang tertentu untukmewakili sesuatu konsep yang lain. Dalamkajian etnografi, hal ini dianggap sebagai

    peraturan interaksi. Sesuatu kelompok etnikmemiliki garis panduan kehalusan bahasa yangtersendiri.

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    10/11

    39ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    Guru: Apa kesan lumba haram?Murid: Kesan terhadap perlumbaan haram

    ada kemungkinan kehilangan nyawayang tersayang,dan kehilangannyawa diri sendiri juga dan jugakehilangan belia yang akan meneraju

    negara.

    Ujaran penutur tersebut bertujuan untukmemberikan respons terhadap guru didapatimemiliki unsur-unsur kehalusan bahasa. Frasakehilangan nyawa sebenarnya menampakkanunsur kehalusan untuk menggantikan konsepmati. Begitu juga frasa meneraju negaradigunakan oleh penutur bagi menunjukkankonsep memimpin sebuah negara.

    Dia Orang sebagai Kata Ganti Diri Ketiga

    Satu lagi dapatan lain yang tidak kurang pentinguntuk dibincangkan ialah penggunaan frasa diaorang sebagai kata ganti diri ketiga. Penggunaanunsur tersebut bukanlah sesuatu yang gramatiskerana dalam interaksi lisan yang formal, setiapkata yang digunakan mestilah baku. Frasa diaorang merupakan bahasa harian atau bahasa

    basahan yang digunakan dalam situasi tidakformal.

    ... saya nampaklah, bila ke tengah bila

    dia orang dah apa ni, alami kerugiandia orang mula tutup kedai tak seperti

    peniaga Cina peniaga India semua, diaorang

    kalau jatuh lagi dia orang naik...

    Dalam satu ujaran yang pendek, terdapattiga kali pengulangan penggunaan frasa diaorang. Hal ini membuktikan penggunaan unsurini dalam percakapan sampel itu seharian sudahsebati dan sukar untuk dibetulkan. Malah,sampel kajian juga tidak dapat menyesuaikan diridengan situasi interaksi lisan formal kerana

    bahasa yang digunakan merupakan bahasabasahan.

    KESIMPULAN

    Kajian membuktikan terdapat kecekapanberbahasa dalam kalangan sampel yangmenyertai proses interaksi lisan dalam situasiformal. Kecekapan ini ada kaitannya dengan

    konteks dan pemikiran sampel serta aspekbudaya masyarakat tempatan. MasyarakatMelayu khususnya menekankan aspekkesantunan, ketersiratan, dan kehalusan bahasadalam menyampaikan mesej. Semua aspektersebut digunakan oleh sampel dengan berkesan

    dalam interaksi lisan yang disertai.Dalam kajian ini unsur-unsur kesantunan,

    ketersiratan, dan kehalusan jelas terpancarmelalui penggunaan berbagai-bagai bentuk

    bahasa termasuklah peribahasa, puisi, pemilihanperkataan, dan juga aspek pragmatik bahasa yanglain seperti pengulangan dan penyoalan. Disamping itu kecekapan sampel berinteraksisecara lisan dapat diukur berpandukan kreativitimereka mengaitkan proses kognitif dengansumber daripada persekitaran, isu semasa, danaspek psikologi semasa melaksanakan proses

    interaksi.

    RUJUKAN

    Amat Juhari Moain. (1989). Sistem panggilandalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

    Asmah Omar. (1995). Wacana temu duga danwawancara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa& Pustaka.

    Asmah Omar. (2000). Wacana perbincangan,perbahasan dan perundingan. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Hymes, D. (1974). Foundations of

    sociolinguistics: An ethnographic approach

    Kow Yip Cheng. (2000). Strategies employed bypre-school children in communicatingmeaning. PhD Thesis, Faculty of Languagesand Linguistics, University Malaya, KualaLumpur.

    .Philadelphia: University of Pennsylvania.

    Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2002)Pengendalian Ujian Lisan Berasaskan

    Sekolah (ULBS). Putrajaya: Kementerian

    Pendidikan Malaysia.Lembaga Peperiksaan. (2003) Pentaksiran Lisan

    Berasaskan Sekolah (PLBS) Tingkatan 1

    Tingkatan 3. Putrajaya: KementerianPendidikan Malaysia.

    Lyons, J. (1994). Bahasa, makna dan konteks.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

    Halliday, M.A.K & Ruqaiya Hasan. (1976).Cohesion in English.London: Longman.

  • 8/10/2019 Artikel Bertutur Interaksi Lisan.pdf

    11/11

    40ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 30-40

    Maya Khemlani David. (1995). GroupInteraction: Rules of spoken discourse in aclassroom setting. In. Zainab Abdul Majid(Eds.) (1995) Rules of speaking. PetalingJaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

    Md. Sabri Che Man. (2004). Wacana wawancara

    formal Bahasa Melayu: Satu kajian etnografikomunikasi. Tesis PhD, Fakulti BahasaModen dan Komunikasi, Universiti PutraMalaysia, Serdang.

    Nathesan, S. (2001). Makna dalam BahasaMelayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.

    Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik BahasaMelayu dan pengajaran. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

    Nik Safiah Karim. (1990). Beberapa persoalansosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Noor Hasnoor Mohamad Nor. (2001). Perkaitan

    antara kognisi, bahasa dan komunikasi.Disertasi, Jabatan Linguistik, AkademiPengajian Melayu, Universiti Malaya, KualaLumpur.

    Saville-Troike, M. (1991). Etnografi komunikasi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

    Saville-Troike, M. (2003). The ethnography ofcommunication: An introduction (3

    rd

    Saville-Troike, M. (2004). Interaksi remaja:

    Hubungan Pemikiran, Bahasa, dan Wawasan.Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains

    Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Sosialdan Kemanusiaan, Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi, 14-16 Disember 2004.

    edition).Oxford: Blackwell Publishing.

    Jamaliah Mohd. Ali. (2000). Verbalcommunication a study of Malaysian

    speakers. Kuala Lumpur: University ofMalaya Press.

    Juriah Long. (1998). Pengajaran Bahasa Melayusecara interaktif. Dlm. Inovasi dalamperkaedahan pengajaran bahasa, sains sosial

    dan teknologi maklumat. Bangi: PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.