Artikel Kajian Tindakan

17
Menggunakan Teknik 'Smart Divide' Berpandukan Darab Tulang Untuk Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Membahagi Dengan Nombor Satu Digit KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ IPG Kampus SULTAN ABDUL HALIM Abstrak Penyelidikan tondakan ini dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran membahagi dua digit sehingga empat digit dengan satu digit yang dinamakan sebagai teknik Smart Divide hasil gabungan darab tulang dan bahagi tulang. Ia memerlukan murid untuk melukis bentuk darab dan bahagi tulang. Kemudian nombor di isi mengikut di dalam palang bahagi. Seterusnya murid perlu melihat hasil darab yang sesuai dan boleh ditolak dari nombor bahagi. Seterusnya baki bahagi akan dibawa ke bawah bersebelahan dengan nombor bahagi. Hasil bahagi ditulis secara menurun. Peserta kajian yang terlibat adalah seramai lima orang dalam kalangan murid tahun 4. Mereka merupakan murid yang telah memperoleh markah yang terendah dalam ujian diagnostik bagi soalan bahagi. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temubual, pemerhatian dan soal-selidik. Hasil analisis mendapati bahawa kelima-lima orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian markah dalam ujian pasca berbanding markah dalam ujian pra. Manakala temubual dan pemerhatian pula tela menunjukkan peningkatan kemahiran mereka dalam menjawab soalan bahagi. Mereka menyatakan kegembiraan dalam mempelajari kemahiran membahagi menerusi tembual manakala pemerhatian menunjukkan perubahan tingkah laku dari segi minat untuk mempelajari teknik menjawab soalan bahagi. Keputusan kajian menunjukkan teknik ini berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan membahagi melibatkan nombor dua digit, tiga digit dan empat digit dengan satu digit. Kata Kunci : teknik Smart Divide;operasi bahagi,membahagi nombor,Matematik tahun 4 Abstract This step does research conducted to help students master the skills divide two digits to four digits by one digit technique called Smart Divide the result of a combination of multiplication and division bone fracture. It requires students to draw shapes multiply and divide the bone. Then fill in the numbers in the bar part. Next, students should see the appropriate product and can be deducted from the part numbers. Then, the remaining part will be brought down beside the next numbers. The quotient is written down. Participants in this research were five people among the Year 4. They are 1

description

artikel kajian tindakan bahagi

Transcript of Artikel Kajian Tindakan

Page 1: Artikel Kajian Tindakan

Menggunakan Teknik 'Smart Divide' Berpandukan Darab Tulang Untuk Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Membahagi Dengan

Nombor Satu Digit

KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZIPG Kampus SULTAN ABDUL HALIM

Abstrak

Penyelidikan tondakan ini dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran membahagi dua digit sehingga empat digit dengan satu digit yang dinamakan sebagai teknik Smart Divide hasil gabungan darab tulang dan bahagi tulang. Ia memerlukan murid untuk melukis bentuk darab dan bahagi tulang. Kemudian nombor di isi mengikut di dalam palang bahagi. Seterusnya murid perlu melihat hasil darab yang sesuai dan boleh ditolak dari nombor bahagi. Seterusnya baki bahagi akan dibawa ke bawah bersebelahan dengan nombor bahagi. Hasil bahagi ditulis secara menurun. Peserta kajian yang terlibat adalah seramai lima orang dalam kalangan murid tahun 4. Mereka merupakan murid yang telah memperoleh markah yang terendah dalam ujian diagnostik bagi soalan bahagi. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temubual, pemerhatian dan soal-selidik. Hasil analisis mendapati bahawa kelima-lima orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian markah dalam ujian pasca berbanding markah dalam ujian pra. Manakala temubual dan pemerhatian pula tela menunjukkan peningkatan kemahiran mereka dalam menjawab soalan bahagi. Mereka menyatakan kegembiraan dalam mempelajari kemahiran membahagi menerusi tembual manakala pemerhatian menunjukkan perubahan tingkah laku dari segi minat untuk mempelajari teknik menjawab soalan bahagi. Keputusan kajian menunjukkan teknik ini berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan membahagi melibatkan nombor dua digit, tiga digit dan empat digit dengan satu digit.

Kata Kunci : teknik Smart Divide;operasi bahagi,membahagi nombor,Matematik tahun 4

Abstract

This step does research conducted to help students master the skills divide two digits to four digits by one digit technique called Smart Divide the result of a combination of multiplication and division bone fracture. It requires students to draw shapes multiply and divide the bone. Then fill in the numbers in the bar part. Next, students should see the appropriate product and can be deducted from the part numbers. Then, the remaining part will be brought down beside the next numbers. The quotient is written down. Participants in this research were five people among the Year 4. They are students who have obtained the lowest scores in diagnostic tests for Division question. Data were collected through pre-test and post-test, interviews, observations and questionnaires. Results show that the five participant studies have shown improvement in terms of achievement scores in the post test than in the pre test scores. While the interviews and observations also have showed improvement of their skills in answering the question part. They expressed delight at learning the skills divide through interview and observation showed behavioral changes in terms of interest to study the techniques of answering questions divide. The results show that this technique is effective in helping students develop mastery involves dividing the two digit number, three digit and four-digit by one digit.

Keywords: Smart Divide techniques; divide operation, divide numbers, Math 4 years

1

Page 2: Artikel Kajian Tindakan

Pengenalan

Penyelidikan tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Yan, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan juga merupakan sekolah Gred B. Jumlah keseluruhan murid Sekolah Kebangsaan Seri Setia (bukan nama sebenar) ini ialah 92 orang. Sekolah ini dijalankan dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Oleh kerana kekurangan murid, maka setiap aliran hanya terdiri dari satu kelas sahaja. Saya mengajar matapelajaran Matematik kelas tahun 4 iaitu seramai 20 orang murid. Latar belakang keluarga murid di sekolah ini adalah dalam golongan berpendapatan rendah dan majoritinya ialah keluarga nelayan. Kesemua murid dari sekolah ini adalah murid Melayu dan tinggal berdekatan dengan sekolah iaitu di sekitar Kampung Ruat, Yan.

Apabila saya mengajar tajuk bahagi, saya mendapati sebilangan kecil murid saya tidakdapat menguasai kemahiran membahagi. Ini menimbulkan kesukaran kepada saya kerana mereka telah memasuki tahun 4. Ini menjejaskan proses pembelajaran merka. Secara tidak langsung ianya menghalang saya meneruskan pengajaran dalam tajuk bahagi kerana mereka memerlukan bimbingan secara khusus terhadap dari guru. Hasil tinjauan, saya mendapati, mereka kurang membuat latihan di rumah mungkin kerana terlibat dengan aktiviti luar seperti memukat, memungut buah-buahan, menangkap ikan dan sebagainya. Implikasinya akan memberikan kesukaran kepada murid untuk menguasai Matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah teknik yang dapat membantu meningkatkan kemahiran membahagi nombor dengan satu digit dan seterusnya memberi penguasaan kemahiran ini kepada murid dikalangan Tahun 4.

Isu/masalah kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengenal pasti tiga masalah yang telah dihadapi oleh murid-murid Tahun 4. Masalah pertama yang telah saya hadapi ialah murid cuai ketika membuat pengiraan iaitu menyalin nombor yang salah ketika membuat pengiraan. Punca kelemahan murid ini ialah mereka tidak fokus terhadap bentuk dan kehendak soalan. Ini berkemungkinan mereka terlalu tergesa-gesa menjawab soalan sehingga cuai ketika menyalin soalan.

Selain itu, saya juga berhadapan masalah yang melibatkan murid lemah dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah. Melalui penyemakan dalam buku latihan , saya mendapati mereka sering melakukan kesilapan ketika mengenalpasti operasi yang harus dilakukan bagi menyelesaikan soalan tersebut. Ini menyebabkan jawapan yang diperolehi tidak tepat. Namun begitu, hanya tiga orang murid yang melakukan kesilapan tersebut dan ianya tidaklah begitu serius bagi saya kerana ianya jarang berlaku. Namun begitu, mereka harus diberi bimbingan supaya fokus ketika menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah.

Masalah ketiga yang saya hadapi ialah murid lemah dalam menyelesaikan soalan bahagi. Contohnya mereka tidak dapat mengenalpasti apakah perlu dilakukan untuk menyelesaikan soalan ini walaupun ianya hanya menggunakan sifir yang mudah dan telah dihafal oleh mereka. Sebagai contoh 72 ÷ 9.. Manakala 3 orang murid menjawab dengan betul iaitu 12 bagi soalan 24 ÷ 2 akan tetapi cara penyelesaian yang ditunjukkan tidak tepat.

Oleh yang demikian, fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan soalan bahagi dengan satu digit terhadap lima orang murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Kampung Ruat, Yan Kedah.Kemahiran membahagi ini adalah salah satu operasi asas dalam Matematik. Ianya amat penting kerana mereka dapat menggunakan kemahiran membahagi dalam situasi seharian seperti membahagi kumpulan ketika proses PdP, membahagikan hadiah yang diperolehi dalam kumpulan dan sebagainya Selain dari itu, kemahiran bahagi ini perlu dikuasai oleh murid kerana semua topik dalam matapelajaran Matematik melibatkan operasi bahagi. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini, ianya akan memberi masalah kepada mereka untuk menjawab soalan peperiksaan. Penguasaan murid terhadap penggunaan teknik ini memudahkan murid menjalankan operasi bahagi kerana ianya lebih teratur. Selain itu ,murid mendapat jawapan berpandukan darab tulang yang dibuat. Oleh yang demikian ianya memudahkan murid merujuk sifir dan menulis jawapan bagi soalan bahagi. Penguasaan terhadap kemahiran ini akan memberi impak yang positif terhadap pembelajaran murid dan akan menimbulkan minat mereka yang mendalam untuk menjawab soalan-soalan dan latihan yang berkaitan dengan operasi bahagi dalam bentuk ujian mahupun peperiksaan di peringkat sekolah.

2

Page 3: Artikel Kajian Tindakan

Fokus Kajian

Setelah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah membuat keputusan untuk memilih masalah yang ketiga iaitu berkaitan dengan permasalahan murid-murid dalam pengiraan bahagi nombor dengan nombor satu digit. Saya berasa bahawa masalah ketiga ini sangat penting dan memerlukan cara, kaedah atau teknik yang sesuai bagi membantu murid-murid tersebut. Selain itu, saya juga merasakan bahawa murid-murid yang tidak menguasai bahagi akan menghadapi kesukaran dalam menguasai Matematik apabila berada pada peringkat yang lebih tinggi. Ini turut disokong (Zatur Junaida,2004) bahawa Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kefahaman pada peringkat awal pembelajaran sesuatu topik yang diajar dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik yang baru, ini disebabkan pembelajaran Matematik akan bertambah susah kepada para pelajar apabila umur mereka meningkat. Kajian ini dimulakan dengan memberi ujian diagnostik kepada murid-murid dan didapati terdapat murid yang tidak menjawab kesemua soalan Matematik tersebut kerana tidak tahu dan tidak yakin untuk memberikan jawapan. Apabila ditanya, “Mengapakah kamu tidak menjawab soalan-soalan tersebut?”, murid itu mengatakan bahawa, “Saya tidak tahu untuk menjawabnya.”. Saya juga mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam melakukan pengiraan bahagi melalui latihan kerja rumah yang diberikan sebelum ini.

Apabila melihat situasi ini, saya berasa bertanggungjawab untuk membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dalam pengiraan bahagi. Selain itu, saya merasakan bahawa masalah ini boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajari Matematik, seterusnya tidak dapat menguasai kemahiran bahagi dengan baik. Tambahan pula, kemahiran bahagi merupakan salah satu topik yang sangat penting dan akan digunakan bagi peringkat yang lebih tinggi. Oleh demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu murid-murid ini dalam menguasai kemahiran pengiraan bahagi dengan lebih baik.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :i) Mengkaji kesesuaian teknik Smart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran

menjawab soalan bahagi dua digit dengan satu digit. ii) Mengkaji kesesuaian teknik Smart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran

menjawab soalan bahagi tiga digit dengan satu digit.iii) Mengkaji kesesuaian teknikSmart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran

menjawab soalan bahagi empat digit dengan satu digitiv) Mengenalpasti sama ada teknik Smart Divide dapat menarik minat murid-murid tahun 4..

Soalan KajianKajian ini adalah dijalankan bagi menjawab soalan kajian berikut :

i) Adakah teknik Smart Divide dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran membahagi?ii) Bagaimanakah respons murid Tahun 4 terhadap penggunaan teknik Smart Divide untuk menguasai

kemahiran membahagi nombor ?

Tinjauan Literatur

Bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam Matematik, guru hendaklah merancang satu sesi pembelajaran yang bermakna dan mampu menarik minat murid untuk mencintai Matematik. Menurut Mustaqin (2012), pengajaran dan pembelajaran Matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pada pandangan pelajar secara umum, tajuk bahagi merupakan salah satu kemahiran asas yang amat sukar untuk dikuasai oleh murid.

Daripada empat operasi aritmetik, bahagi merupakan operasi yang paling mencabar kepada pelajar dan ada di antaranya berpendapat bahawa pembahagi seharusnya lebih kecil daripada hasil bahagi

3

Page 4: Artikel Kajian Tindakan

(Amar, 2007). Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kefahaman pada peringkat awal pembelajaran sesuatu topik yang diajar dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik yang baru, ini disebabkan pembelajaran Matematik akan bertambah susah kepada para pelajar apabila umur mereka meningkat (Zatur Junaida,2004). Hal ini terbukti apabila murid gagal menguasai kemahiran bahagi semasa tahun 4, dan ia menjadi lebih serius apabila memasuki tahun 5. Dalam kajian ini, ansur maju dalam menyelesaikan soalan bahagi nombor dua digit hingga empat digit dengan satu digit akan digunakan. Ansur maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu, bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya (Tiong Houng Ching, 2005 dalam Eric Ling Tiing Kong, 2011). Menurut Hassan (1971) dalam kajian Tamby Subahan (1999), cara penyampaian yang difikirkan sesuai dengan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai termasuklah kaedah, ujikaji dan gerak kerja, cara menyedia serta menggunakan alat dan urutan tajuk. Justeru itu pengkaji bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah bagi membantu murid mengatasi masalah mereka.

Kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam melakukan pembahagian panjang. Justeru itu, satu kaedah altenatif akan digunakan dalam kajian ini. Ia disokong oleh kajian Azizan (2002) dimana murid-murid yang mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma alternatif. Biasanya informasi yang diterima akan berada dalam ingatan jangka pendek buat beberapa saat. Mengulang sesuatu informasi yang diterima akan meneguhkan informasi itu (M. Balakrishnan, 1994). Pendapat tersebut turut disokong dalam kajian “Bahagi….Oh …. Bahagi” (Sinah anak Robinson,2005) dan Cartamu (Benjamin Kibong,2006), didapati kedua-dua orang penyelidik suka melatih murid-murid secara latih tubi (Christina Lau Yuan Yuan, 2011). Kaedah yang digunakan akan diulang semasa kelas intervensi yang akan dilaksanakan. Latihan berkala juga akan turut diberikan murid lemah. Waktu murid-murid membuat latihan, mereka harus diberi penerangan terlebih dahulu tentang makna atau tujuan arahan soalan yang hendak dijawab dalam latihan-latihan itu (Baharin Shamsudin, 1990).

Hasil daripada pembacaan dan rujukan, saya telah mengambil inisiatif bagi membantu murid-murid yang mempunyai permasalahan dalam kemahiran pengiraan bahagi nombor dengan nombor satu digit menggunakan teknik Smart Divide. Teknik ini dapat membantu mereka menjawab soalan bahagi dengan kaedah alternatif yang muudah difahami, teratur dan sistematik dan seterusnya secara tidak langsung dapat membantu mereka menjawab soalan bahagi.

MetodologiKumpulan Sasaran

Saya telah menjalankan ujian diagostik bagi mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dalam pengiraan yang melibatkan kemahiran membahagi. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya telah mendapati empat orang murid untuk dijadikan peserta kajian. Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pemilihan murid ini juga dilakukan berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, latihan serta lembaran kerja yang diberikan dan skor yang diperolehi dalam ujian diagnostik sepertimana dalam Rajah 1. Mengikut rekod pencapaian murid-murid sewaktu berada di tahun 3, mereka telah mendapat Band 3 iaitu pada tahap sederhana. Daripada pemerhatian saya, mereka sangat memerlukan bimbingan dan perhatian daripada saya. Mereka lebih menunjukkan minat untuk belajar apabila perhatian daripada guru diberikan.

4

Page 5: Artikel Kajian Tindakan

Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E0

20

40

60

80

100

Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik

Rajah 1. Graf markah Ujian DiagnostikMetodologi Pengumpulan Data

Saya telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca, temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Ujian pra ini telah saya lakukan sebelum memulakan kajian tindakan saya manakala ujian pasca sebelum mengakhiri kajian ini. Bagi ujian pra ianya terdiri hanya 6 soalan subjektif manakala bagi ujian pasca terdapat 10 soalan subjektif dikemukan soalan bahgi nombor dengan satu digit dan dijalankan selama 40 minit. Kaedah pengumpulan data ini adalah bertujuan untuk membandingkan markah peserta kajian antara ujian pra dan pasca tersebut.

Temu bual dijalankan sebelum memperkenalkan teknik Smart Divide bersama lima orang peserta kajian. Temu bual ini dijalankan selama 15 minit sahaja. Kaedah ini juga telah dijalankan selepas beberapa sesi P&P bagi mengenalpasti sejauh mana penerimaan peserta dalam penggunaan teknik Smart Divide serta kesan penggunaan teknik ini dalam kemahiran membahagi. Bilangan temu bual yang dijalankan semasa sesi P&P adalah sebanyak sekali iaitu sebelum ujian pasca dijalankan. Kesemua temu bual ini dijalankan secara individu tetapi soalan yang dikemukakan adalah secara individu melibatkan soalan tidak berstuktur..

Pemerhatian tidak berstruktur telah dijalankan sebagai kaedah pengumpulan data dengan membuat nota lapangan. Pemerhatian tidak berstruktur dijalankan semasa sesi intervensi dijalan. Selain itu, sebanyak tiga nota lapangan selepas sesi P&P yang dijalankan bersama-sama dengan lima orang peserta kajian tersebut. Langkah ini bertujuan untuk melihat perkembangan peserta kajian dari segi tingkah laku, maklum balas dan minat mereka terhadap teknik ini. Disamping itu, lembaran kerja semasa sesi intervensi dilaksanakan juga dikumpul bagi menganalisis peningkatan penguasaan peserta kajian terhadap operasi bahagi melibatkan nombor bulat dengan nombor satu digit.

Pelaksanaan Tindakan

Saya telah menjalankan empat fasa secara ansur maju sepertimana yang telah dicadangkan.

Pada peringkat awal saya telah memberikan ujian pra kepada lima orang peserta kajian untuk merekodkan data dan mengenalpasti tahap penguasaan mereka dalam pembahagian. Kemudian, saya telah memulakan pengajaran dengan memperkenalkan terlebih dahulu teknik Smart Divide yang ingin saya gunakan ke atas mereka. Pada mulanya, peserta kajian telah diterangkan tentang konsep bahagi iaitu perkongsian secara sama banyak. Seterusnya, mereka didedahkan dengan bentuk dan cara melukis darab tulang dan bahagi tulang. Penerangan beserta contoh ini amat penting sebagai asas bagi proses menjalankan operasi bahagi menggunakan teknik alternative. Setelah itu, saya memberikan pendedahan kepada murid untuk menjawab soalan bahagi melibatkan bahagi dua digit dengan satu digit berdasarkan sifir 2. Ini bagi membina keyakinan kepada murid apabila mereka menggunakan sifir mudah yang telah dihafal oleh mereka.

Berikut menunjukkan bagaimana teknik Smart Divide dapat diaplikasikan oleh murid lemah tahun 4 dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan satu digit.

Langkah 1

5

Page 6: Artikel Kajian Tindakan

Sebagai permulaan, murid akan diperkenalkan dengan bentuk darab tulang dan bahagi tulang pada kertas berlainan berwana. Ini bagi memudahkan mereka membezakan antara darab tulang dan bahagi tulang. Mereka perlu melukis bentuk teknik Smart Divide seperti rajah 1 di bawah. Mereka dibimbing untuk menulis soalan bahagi mengikut nilai tempat dalam palang. Murid diingatkan bahawa nombor dibawah sekali adalah rumah SA. Soalannya ialah 24 ÷ 2 = _______.

Rajah 1. Bentuk Smart Divide (gabungan darab tulang dan bahagi tulang)

Langkah 2

Seterusnya mereka diajar cara penggunaan bentuk bahagi tulang tersebut berpandukan darab tulang yang telah dibuat. Murid dibimbing untuk melihat hasil darab pada darab tulang iaitu sebelah kanan darab tulang tersebut supaya ianya dapat ditolak dari nombor bahagi iaitu sebelah kanan bahagi tulang. Cara pengiraan tersebut seperti rajah 2.

.

Rajah 2. Cara pengiraan bahagi dua digit dengan satu digit menggunakan Teknik Smart Divide.

Langkah 3

Seterusnya penggunaan teknik ini dperluaskan kepada bilangan digit yang lebih banyak iaitu bahagi tiga digit sehingga empat digit dengan satu digit. Ia bagi membiasakan mereka menjawab soalan melibatkan bilangan digit yang lebih banyak kerana sukatan dalam tahun empat. Contoh penyelesaian seperti rajah 3.Soalannya ialah 846 ÷ 6 = _________ .

6

PULU

SA

Baki 0 di salin

semula sebelah kiri

Jawapan dikenalpasti secara ke bawah

sebelah kiri bahagi tulang iaitu 12

Baki 0

Page 7: Artikel Kajian Tindakan

Rajah 3. Contoh penyelesaian bahagi tiga digit dengan satu digit.

Langkah 4

Bagi aktiviti pengukuhan, murid juga didedahkan dengan teknik Smart Divide melibatkan soalan bhagi empat digit dengan satu digit. Ini bagi membiasakan diri mereka dengan soalan bahagi selaras dengan sukatan pelajaran tahun 4. Langkah pengiraannya adalah sama namun berbeza dari segi bilangan digit. Contoh pengiraan seperti rajah 4. Soalannya ialah 5071 ÷ 5 = _________.

Oleh itu, jawapannya ialah 1014 baki 1.

Rajah 4. Contoh penyelesaian bahagi empat digit dengan satu digit.

Dapatan Dan Refleksi

Soalan Kajian 1 : Adakah teknik Smart Divide dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran membahagi ?

Hasil daripada analisis dan juga dapatan maklumat yang telah saya perolehi, saya mendapati penggunaan teknik Smart Divide ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran membahagi. Ini selaras dengan objektif kajian saya untuk mengkaji kesesuaian teknik Smart Divide dalam membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran menjawab soalan bahagi dua digit hingga empat digit dengan satu digit. Penyataan ini dapat disokong hasil daripada analisis dan dapatan data yang telah saya perolehi daripada tiga pengumpulan data yang telah dilaksanakan iaitu ujian pra dan ujian pasca, temubual dan pemerhatian.

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Merujuk kepada maklumat yang dipaparkan dalam rajah 3, didapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara bagi ketiga-tiga peserta kajian terhadap penguasaan murid dalam kemahiran membahagi dengan nombor satu digit. Murid A, murid B, murid C dan murid D mendapat 0% dalam ujian pra manakala murid E pula telah memperolehi 34% dalam ujian pra. Keputusan ujian pasca bagi murid A,

7

Jawapan ditulis secara ke bawah

iaitu 141

X 51 52 103 154 205 256 307 358 409 45

1 5 – 5 = 00 00 – 0 = 01 07 – 5 = 24 21 – 20 = 1 baki

Page 8: Artikel Kajian Tindakan

murid B dan murid D meningkat sebanyak 80%, murid C menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 100% manakala murid E pula meningkat sebanyak 66%. Markah tertinggi bagi ujian pra adalah 34% dan markah tertinggi bagi ujian pasca adalah 100%. Jika diperhatikan, setiap peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Min markah yang diperolehi peserta kajian semasa ujian pra adalah sebanyak 6.8%, manakala min bagi ujian pasca pula ialah 88%. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca ditunjukkan seperti rajah 5.

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

020406080

100

Ujian Pra (%)Peningkatan (%)Ujian Pasca (%)

Ma

rka

h U

jia

n (

%)

Rajah 5. Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca.Kesimpulannya, berdasarkan perbandingan bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca,

terdapat peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Oleh yang demikian, keputusan ujian pasca telah membuktikan bahawa teknik ini telah membantu murid untuk menjawab soalan bahagi nombor dengan satu digit.

Temubual

Sesi temubual telah dijalankan sebelum ujian pasca dijalankan. Ini bagi menilai sejauh mana kefahaman murid dan respon dari murid terhadap penggunaan teknik ini bagi menjawab soalan bahagi. Semasa saya menjalankan sesi temubual bersama lima orang peserta kajian, saya mendapati mereka memberi respon yang positif terhadap teknik ini seperti “teknik ni....saya rasa mudah nak jawab soalan bahagi dan lebih cepat” dan “teknik ini dia teratur dan duduk dalam palang jadi senang nak tulis nombor ikut rumah”. Dulu saya macam malas nak buat soalan bahagi....la ni tak dah.”

Selain itu, semasa temubual dijalankan juga, mereka ada menyatakan bahawa “saya boleh isi nombor dalam palang. Nampak teratur.” Oleh itu, teknik ini turut membantu peserta kajian untuk menguasai kemahiran menjawab soalan bahagi dengan baik dan berkesan. Ayat seperti “saya rasa teknik ni semua murid senang faham”, “ Ia mudah dan cepat....”, “sekarang ni saya dapat kira jalan kira tulang Smart Divide boleh mencepatkan bahagi” dan “saya rasa suka dan seronok nak buat soalan bahagi sebab dia senang” telah diperkatakan oleh peserta kajian. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik ini mudah untuk difahami dan diaplikasi seterusnya membantu mereka meningkatkan kemahiran menjawab soalan bahagi.

Kesimpulannya, berdasarkan transkrip temubual yang diperolehi menunjukkan bahawa teknik Smart Divide ini dapat membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit.

Pemerhatian

Hasil daripada analisis nota lapangan, dapat diperhatikan bahawa terdapat perubahan positif dari segi pencapaian peserta kajian terhadap menjawab soalan bahagi. Di awal pendedahan, peserta kajian menunjukkan tidak begitu yakin dengan teknik ini kerana mereka sudah biasa dengan penyelesaian dalam bentuk lazim sebelum ini. Namun begitu, perubahan dapat diperhatikan selepas teknik Smart Divide ini didedahkan kepada mereka. Sebagai contoh, sebelum teknik ini diperkenalkan mereka menjawab soalan bahagi menggunakan bentuk lazim yang biasa. Ini memberi bebanan terhadap murid yang tidak dapat mengelaskan nombor mengikut rumah. Oleh yang demikian, apabila teknik ini diperkenalkan, mereka dapat melihat dengan lebih jelas cara menjawab soalan bahagi mengikut rumah dan ianya lebih teratur dan sistematik.

Walau bagaimanapun terdapat seorang peserta kajian yang melakukan kecuaian ketika menyalin nombor soalan. Ini menyebabkan jawapan yang diperolehi salah. Namun begitu murid yang terbabit telah diberi bimbingan dan pembetulan bagi jawapan mereka. Selain dari itu, apabila saya memberikan soalan lembaran kerja untuk disiapkan, mereka dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan lebih-lebih lagi

8

Page 9: Artikel Kajian Tindakan

murid C dan murid E yang meminta soalan tambahan untuk dijawab. In imenunjukkan mereka berminat dan dapat menguasai teknik dengan baik.

Kesimpulannya, dapatan daripada tiga kaedah pengumpulan data yang dijalankan telah menjawab persoalan kaian yang pertama. Hal ini menunjukkan teknik Smart Divide telah membantu murid meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit dalam kalangan peserta kajian.

Soalan Kajian 2 : Bagaimanakah respons murid Tahun 4 terhadap penggunaan teknik Smart Divide untuk menguasai kemahiran membahagi nombor ?

Setelah menjalankan analisis dan interpretasi data, saya mendapati bahawa teknik Smart Divide ini telah dapat membantu minat peserta kajian mempelajari kemahiran membahagi dengan nombor satu digit. Ini bertepatan dengan objektif kajian saya iaitu mengenalpasti sama ada teknik Smart Divide dapat menarik minat murid-murid tahun 4 untuk mempelajari operasi membahagi dengan nombor satu digit. Penyataan ini dapat disokong hasil daripada analisis dan dapatan data yang telah saya perolehi daripada dua kaedah pengumpulan data yang telah dilaksanakan iaitu temubual dan pemerhatian.

Temubual

Hasil daripada sesi temubual, saya mendapati perubahan positif telah diperlihatkan oleh peserta kajian dari segi minat untuk mempelajari teknik Smart Divide ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pada mulanya mereka kurang beminat dengan teknik ini kerana masih lagi biasa dengan kaedah bentuk lazim. Ini kerana mereka sudah biasa dengan kaedah tersebut sejak dari tahun 2 namun begitu masih lagi tidak dapat menyelesaikan soalan bahagi menggunakan bentuk lazim.

Apabila teknik Smart Divide ini diperkenalkan dengan lebih mendalam, mereka mula menunjukkan minat. Ini dibuktikan melalui latihan lembaran kerja yang diberikan. Apabila mereka dapat menjawab soalan bahagi, mereka mula berasa yakin dan seronok menjawab soalan tersebut. Ini dapat dilihat mereka menyatakan bahawa soalan bahagi ini mudah untuk dijawab. Ayat seperti “saya seronok jawab soalan bahagi gunak teknik ini” dan “teknik ni senang...saya suka buat bahagi” serta “dulu masa darjah satu, dua, tiga...saya tak reti bahagi..bila cikgu ajar Smart Divide ni, saya suka buat bahagi”. Merupakan respon yang telah diterima hasil daripada temubual yang dijalankan. Ini menambahkan keyakinan mereka untuk menjawab soalan bahagi. Oleh itu, mereka lebih selesa dan seronok untuk menjawab soalan bahagi menggunakan teknik ini kerana dapat menjawab dengan betul.

Kesimpulannya, berdasarkan dapatan temubual, teknik ini telah membantu menarik minat murid untuk mempelajari kemahiran membahagi nombor dengan satu digit.

Pemerhatian

Tingkahlaku peserta kajian yang menunjukkan minat mereka terhadap operasi bahagi ini dikenalpasti melalui kaedah pemerhatian. Saya telah mencatatkan dan merekodkan nota lapangan bagi melihat perkembanagan tingkah laku peserta kajian. Ternyata peserta kajian menunjukkan perkembangan minat yang positif. Ini dapat ditunjukkan melalui kesungguhan peserta kajian menjawab soalan dengan banyak yang betul dalam masa yang ditetapkan.

Selain itu, peserta kajian juga meminta soalan tambahan apabila soalan yang diberikan dapat diselesaikan lebih awal. Ini menunjukkan minat mereka menjawab soalan bahagi walaupun pada tanggapan awalnya ia merupakan operasi yang sukar. Jika sebelum ini mereka ragu-ragu untuk member jawapan ketika proses PdP akan tetapi setelah mereka mempelajari teknik ini, saya mendapati mereka lebih berkeyakinan untuk memberi jawapan apabila soalan diajukan malahan mereka dengan sukarela hendak menjawab soalan tersebut.

Secara keseluruhannya, berdasarkan daripada dapatan data yang diperoleh dan dianalisis, ia menunjukkan bahawa penggunaan teknikSmart Divide ini dapat membantu murid menjawab soalan bahagi dengan lebih yakin. Mereka menunjukkan minat yang tinggi kerana mereka telah memahami cara pengiraan yang mudah dan sistematik untuk menjawab soaan bahagi.

Refleksi Keseluruhan

9

Page 10: Artikel Kajian Tindakan

Refleksi terhadap murid

Kajian yang telah dilaksanakan ini telah memberi kesan kepada peserta kajian dalam menjawab soalan bahagi.

Secara keseluruhannya, penggunaan teknik Smart Divide telah berjaya membantu murid-murid tahun 5 menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan penguasaan murid terhadap operasi bahagi semasa sesi intervensi dijalankan. Disamping itu, dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos serta temubual yang telah dibuat terhadap setiap peserta turut menunjukkan peningkatan yang positif. Analisis deskriptif secara individu telah dibuat terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut. Hasil daripada analisis ketiga-tiga instrumen tersebut telah membantu menguatkan lagi dapatan kajian yang diperoleh. Berdasarkan daripada ujian pra yang dijalankan ke atas setiap peserta kajian, pengkaji mendapati kesemua peserta kajian menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran bahagi dengan menggunakan kaedah pembahagian panjang walaupun kesemua mereka tidak menghadapi masalah dalam membina sifir. Dapatan ini menyokong pendapat Azizan (2002) dimana murid-murid yang mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma altenatif.

Seterusnya, minat mereka semakin bertambah apabila mereka dapat menguasai teknik Smart Divide ini. Dengan lebih baik. Ini dapat dilihat apabila mereka meminta soalan tambahan setelah selesai menjawab lembaran kerja yang diberikan. Ini dapat dilihat khususnya apabila mereka dapat menjawab soalan yang melibatkan bilangan digit yang lebih banyak iaitu sehingga bahagi empat digit dengan satu digit. Kesimpulannya, teknik Smart Divide ini telah membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit dan dapat menanam minat yang mendalam kepada mereka untuk menjawab soalan bahagi.

Selepas melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa kelebihan apabila teknik Smart Divide ini digunakan bagi menyelesaian operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Hal ini dapat dilihat berdasarkan daripada analisis yang dibuat pada setiap sesi intervensi. Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang baik dalam setiap sesi intervensi. Mereka berjaya menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi dengan betul setelah menjalani sesi intervensi yang dijalankan. Disamping itu,teknik ini juga berjaya membantu murid dalam meminimumkan kesilapan dalam pengiraan dan enkod jawapan. Dengan menggunakan teknik ini, ia akan memudahkan murid untuk mengesan punca kesilapan yang berlaku. Namun begitu, pengkaji mendapati, teknik ini masih lagi memerlukan murid untuk mengingati sifir. Kesimpulannya, kajian tindakan ini telah banyak membantu saya memperoleh imu pengetahuan , input dan pengalaman yang berharga. Saya berharap agar pengalaman ini akan memotivasi diri saya untuk menjadi guru yang berinovasi bagi memajukan system pendidikan negara selaras dengan usaha kementerian bagi menjadikan modal insan masa kini cemerlang, gemilang dan terbilang.

Cadangan Kajian Lanjutan

Saya mencadangkan agar teknik ini dijalankan penambahbaikan dengan melakukan pengubahsuaian terhadap bentuk bahagi tulang tersebut. Ini kerana murid menghadapi kesukaran menolak nombor bahagi secara sisi. Ia akan menyebabkan kesilapan ketika operasi tolak dijalankan Kaedah operasi tolak boleh dilakukan secara ke bawah seperti bentuk lazim. Ini akan mengurangkan kesilapan ketika murid melakukan operasi tolak kerana murid dapat melihat nombor mengikut nilai tempat. Selain itu, teknik ini juga boleh diaplikasikan bagi kemahiran membahagi yang melibatkan nombor yang lebih besar iaitu bahagi dengan dua digit.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, teknik Smart Divide initelah membantu murid meningkatkan kemahiran membahagi nombor dengan satu digit dan menarik minat murid untuk mempelajari kemahiran pembahagian. Secara tidak langsung apabila kemahiran, kefahaman dan minat meningkat, maka murid akan lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bahagi. Dan dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam

10

Page 11: Artikel Kajian Tindakan

kehidupan seharian. Kesannya, mereka lebih memahami keindahan dan kepentingan Matematik dalam kehidupan mereka seharian.

Rujukan

Amar Sadi (2007). Misconceptions In Number. Diperoleh Daripada http://Www.Ugru.Uaeu.Ac.Ae/Ugrujournal/Ugrujournal_Files/SR5/MIN.Pdf pada 20 Februari 2015. Azizan Bt Yeop Zaharie (2000). Algoritma Alternatif Untuk Pendaraban. Jabatan Sains Dan Matematik MPPPP : Pg 3-6

Christina Lau Yuan Yuan (2008) Penggunaan Teknik CRA Untuk Membantu Murid Tahun 5 Menguasai Pembahagian Fakta Asas. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 14-26

Eric Ling Tiing Kong. (2011). Penggunaan Teknik "SPAD" Dalam Membantu Murid-Murid Tahun Empat Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor "4 Digit Dengan 2-Digit" Dalam Bentuk Lazim. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari

11

Page 12: Artikel Kajian Tindakan

2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 1-13 Khoo Phon Sai. (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Berita.

Koh Lee Sing, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, & Seah Ai Kuan. ( 2008). Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah Di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Penyelidikan, Jilid 8: 50

Lisah Binti Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan "Combo Set" Dalam Membantu Murid Tahun Tiga Menjawab Soalan Long Division. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 27-41. Mazuin Binti Kiprawi. (2009). Buku Kecil. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2009, Jilid 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang : 2.

M.Balakrishnan.(1994). Teknik-Teknik Memperbaiki Pencapaian Individu Dalam Proses Pengajaran-Pembelajaran. Maktab Perguruan Kinta. Jurnal Pendidikan Pendeta , 49-51.

Mohamed Isa Bin Khalid. (1994). Pencapaian Matematik: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mengikut Analisis Path. Maktab Perguruan Kinta: Jurnal Pendidikan Pendeta Muhamad Mustaqin Bin Azizan . (2012). Penggunaan Kaedah “Pagar” Membantu Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor Bulat Dengan Nombor 1-Digit Bagi Murid Tahun 5. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato; Razali Ismail.

Muhammad Affiq Bin Mohammad Zain. (2013). Penggunaan Kaedah ‘U-Solve’ Dalam Membantu Murid Lemah Tahun 5 Menyelesaikan Masalah Pembahagian. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail .

Nik Azis Nik Pa Dan Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). Konsepsi Murid Berumur 10 Tahun Tentang Pembahagian Melibatkan Sifar. Diperoleh Daripada Http://Atikan-Jurnal.Com/Wp-Content/Uploads/2011/05/06.Pdf Pada 18 Februari 2015. Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Safinaz, Nellie Dan Oon (2000). Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur: Unit Penyelidikan Dan Pembangunan.

Shafinaz Bt M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan, Oo Boey Lay. (N.D.). Satu Tinjaun Kesilapan Murid Dalam Menyelesaikan Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Diperoleh Daripada Mptkl.Tripod.Com/Rnd/Tajuk00_1.Htm Pada 20 Februari 2015 Zatur Junaida Binti Bandong. (2004). Kesan Pengunaan Latihan Metakognitif Dalam Menyelesaikan Masalah Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak. pg 2

Nor Amirah binti Abdul Hamid, Nik Mohamad bin Nik Jusoh(2014). Penggunaan Kaedah Pindah Rumah Membantu Menyelesaikan Operasi Bahagi Melibatkan Nombor Bulat Dengan Nombor 1 Digit. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail: Jabatan Matematik.

12