Artikel Mewah Bahasa

download Artikel Mewah Bahasa

of 4

Transcript of Artikel Mewah Bahasa

ARTIKEL-ARTIKEL MEWAH BAHASA

Mahu belajar dialek negeri-negeri di Malaysia? Sila rujuk di bawah.

Mewah Bahasa : Kupik Hangik Oleh Prof. Madya Dr. Nor Hisham Osman Bertarikh : 9 Mac 2011 (Berita Harian) SATU pagi di pejabat sebuah syarikat .... Din Lan Din : Staf semua tengah buat collection ni, bagilah sikit. : Collection? Siapa meninggal? : Sara .

Lan : Sara?? ... Sara Ismail, budak comel yang jaga sistem IT tu ke? Isy! ... macam tak percaya pulak, baru dua tiga hari lepas aku jumpa dia dia tolong tengok komputer aku yang buat hal. Innalillah sakit apa? Bila simpan?? Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din : Innalillah?? Eh! Siapa pulak yang meninggal dunia? Aku tak tau pun!! : Siapa pulak lagi ... Sara lah!! Kan ke kau yang buat collection?! : Bila pulak aku ada cakap dia meninggal dunia?! : Yang kau buat collection ni untuk apa? : Bukan meninggal dunia . : Bukan? Bukan mati le yek?! Boleh pulak mati ni jadi tak jadi?! Isy!! Pelik betul, tadi mula-mula kata mati, sekarang dah tak jadi mati pulak. : He he he .... : Eh! Ketawa pulak dia ni perkara serius tau! Perkara hidup mati ni bukan boleh buat main-main!! : Bukan meninggal dunia, tapi meninggalkan kita kat sini ... dia berhenti, berhenti kerja!!

Lan

: Berhenti?! Laa . Siapalah pulak nanti nak tolong kita bila komputer dan sistem buat hal, dia ni senang berkira, tak banyak songeh. Dia nak kawin ke? Siapalah lelaki bertuah yang dapat dia tu Dahle comel, lawa, baik pulak tu hmmm.

Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Lan Din Glosari

: Dia dapat kerja lain bukan kahwin!! : Oooo apat kerja lain. Alhamdulillah ada lagi peluang aku, hehehhe . : Dapat kerja kerajaan, untung le di . Dapat tetap, ada pencen! : Tu la . Bos kita ni kupik hangik!! : Eh! Lan . Mana kau tau kopik dia hangit? Kau pernah cium ke? Kau ada skandal dengan dia yek? : Eh! Kau jangan tuduh aku yang bukan-bukan kang biru biji mata tu aku kerjakan!! : Kau yang kata kopik dia hangitkalau kau tak pernah cium, macam mana kau tau? : Bukan kopiklah!! Kau ni mencarut aje yang kau tau! Aku kata kupik hangik! : Kupik hangik? Apa tu? Bukan bau kopik ke? : Orang kampung aku kata kupik hangit orang macam bos kita ni la, kedekut ya amat! : hahaha .... Orang kedekut ke? Laa apa tak cakap dari awal. Aku ingatkan bos kita tu kekasih gelap kau tadi. Hehehe . : Dia ni memang kupik hangit, tu pasal ramai pekerja tak boleh lama kerja sini, gaji dah le kecil, overtime tak ada perubatan pun tak ada!! Aku pun kalau dapat peluang lain memang cabut punya! : Masa aku minta sumbangan untuk jamuan perpisahan Sara ni kat dia tadi kau tau berapa dia bagi?! : Kau tak bagi tau ... macam mana aku nak tau! : Dia boleh dengan selambanya bagi sepuluh hengget je!! Macam tak percaya aku . : Sepuluh hengget? Hahahaha . Memang sesuailah kita panggil kupik hangik! Hehehhe . : Eh! Kau ni pulak macam mana? : Apa yang macam mana? : Buat-buat tak tau pulak sumbanganlah, nak buat jamuan perpisahan nih! Bagilah sikit boleh buat makan-makan sikit dan beli hadiah untuk dia. : Nah . : Haik!! Sepuluh hengget je?? : Itu yang ada hujung bulan!! : Huh!! Kupik hangik jugok!!

Kupik hangik (dialek Kelantan / Terengganu) - kedekut, sangat kedekut Kopik (dialek Perak) - buah dada Hengget (slanga) - ringgit

Mewah Bahasa: ... Tenggek ayo, bukan kayo Bertarikh :26 Januari 2011 (Berita Harian) ANOM seorang guru yang baru mengajar di Sabah, pulang bercuti ke Semenanjung. Pada suatu hari, beliau melawat rakan semaktabnya yang tinggal di Perak .... Anom : Tak sangka ya?! Imah : Tak sangka apanya? Anom : Yalah ... kau dapat mengajar kat kampung sendiri, aku terpelanting jauh ke Sabah. Imah : Aku pun memang tak sangka, tup-tup dapat kat kampung sendiri. Anom : Kau memang bertuah, senang le sikit, kan?! Dekat dengan mak bapak, tak gaduh nak cari rumah Imah sewa. : Ha ah ... mulanya aku rasa untung, tapi ....

Anom : Tapi apa pulak? Menyesal pulak ke? Imah : Bukanlah menyesal ... tapi kalau kena hantar ke tempat lain aku rasa lagi untung! Macam kau tu .... Anom : Memang ... kau tau tak?! Mula-mula dapat surat penempatan ke Sabah dulu, aku menangis sepanjang malam! Dua tiga hari tak selera makan, he! he! he! .... Imah : Kih! Kih! Kih! ... kau pun tak suka ke? Anom : Tu mula-mulalah! Sekarang ni aku rasa seronok pulak, boleh simpan duit sikit! Imah : Yalah, aku dengar macam-macam elaun dapat. Anom : Tiket kapal terbang setahun sekali pun dapat, bukan tiket penerbangan murah tau! Yang ni ada makan kat atas kapal terbang. Imah : Isy!! Lagut bersembang ... aku ke belakang kejap yea?! Anom : Eh! Nak ke mana pulak tu? Tak payahlah susah-susah .... Imah : Idak susah aih! Aku nak nenggek ayo jap! Duduk le dulu yek .... (Beberapa minit kemudian) Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah Anom Imah : Ai? Cepatnya .... : Buat apa lama-lama, tak ada buat apa pun, nenggek ayo je! : Ai! Kalau dulu, kalau tak ada setengah jam tak sah. : Dulu? : Yalah! Masa kat asrama maktab dulu .... : Mana ada, ... kat asrama tak boleh pun. : Ada ke tak boleh pulak?! Kalau tak boleh, meletup le! He! he!he! .... : Apa yang meletup? Kau cakap apa ni! Aku dah mula tak faham, sejak mengajar di Sabah ni, cara cakap pun dah cara orang Sabah! : Yalah, aku ingat lagi ... masa kat asrama dulu, kalau kau pergi ke bilik air, tak pernahnya yang kejap. Paling tidak pun mau setengah jam!! Tapi ni tadi kejap je .... : Kalau ke bilik air memanglah lama, sama je dulu dan sekarang! He! he! he! .... : Isy! Ya ke?! Tadi kejap je? : Tadi tu aku pergi nenggek ayo, bukannya pergi bilik ayo!! : Tak sama ke? Kan ke itu maksudnya pergi bilik air?? : Ada pulak macam tu! : Eh! Rasanya dulu masa kita duduk sebilik masa di asrama, kau selalu guna perkataan tu untuk ke bilik air. Aku ingat lagi .... : ooo .... itu ke?! Itu bukan tenggek ayo, itu kayo!! Dulu aku selalu guna perkataan kayo untuk maksud pergi bilik air. Perkataan tu sebenarnya ke air, atau pergi ke air, maksudnya pergi ke bilik air. Orang Perak kata ke ayo ... bila cakap laju-laju jadi kayo!! Ini bahasa sopan nak ke jamban! : He! he! he! ... aku dengar sama je ... ada bunyi ayo kat hujungnya, aku ingatkan sama. Abis tu, tenggek ayo tu apa pulak? : Jerang air!! : Jerang air? : Laa ... itupun tak tau?! Masak air lah!! Masak air nak bancuh teh tarik kegemaran kau dulu tu. : Masak air ke? He! he! he! ... aku ingat kau nak ke jamban tadi. Ha!! Ini satu kelemahan orang yang mengajar di tempat sendiri...... : Apa pulak? : Terpengaruh dengan dialek sendiri, kurang mahir bahasa baku! : Isy!! Tak de lah sampai macam tu! Aku cakap macam ni kat rumah je ... kat sekolah guna bakulah! Kalau kat rumah pun cakap baku, peliklah pulak ... macam drama Melayu jadinya! Kih! Kih! Kih! .... : Iyalah tu ... kih!kih!kih!

Mewah Bahasa: 'Moto dalam kereta' Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman Bertarikh : 15 Disember 2010 (Berita Harian) SEPASANG suami isteri yang baru berkahwin pulang bercuti ke rumah orang tua si isteri di sebuah kampung di Kelantan. Selepas makan tengah hari ....

Isteri

: Wah! Berselera betul abang makan tadi ... tiga kali tambah!!

Suami : Tu lah!! ... masakan Kelantan ni sesuai sangat dengan selera abang ni. Isteri : Apa yang sedap sangat tu? Suami : Semua sedap!! Huh! Kalau ikutkan hati ... nak tambah lagi, tapi segan pulak kat mak mentua ... hehehe. Isteri : Tapi bila ayang masak, abang tak makan macam ni? Ayang masak tak sedap ke? Suami : Sedap! Siapa kata tak sedap ... tapi tadi yang lagi sedap, jangan marah yek, hehehe ... ikan bakar cicah budu dengan jeruk petai. Ayang tak pernah masak yang itu. Isteri : Oooo ... yang itu ke?! Itu namanya ike tawa .... Suami : Ketawa?? Isteri : Hehehe ... bukan ketawa, tapi ike tawa ... ikan tawar!! Kat Kolumpo susah nak masak ni ... kena panggang atas bara, tak ada tempat nak buat!! Suami : Ala ... boleh la ... lain kali kita buat, cuba bakar dalam oven, abang rasa boleh. Cicah budu ... sedap!! Isteri : Budu tu sedap sebab campur durian dengan cili padi! Eh!! Tak tau pulak yang abang suka makan Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami Isteri Suami budu .... : Ayang tak pernah tanya pun .... : Tadi mak perasan yang abang suka sangat jeruk petai tu .... : Ha la ... sedap, selalu makan yang mentah je. : Mak cakap tadi ... balik nanti bawalah ke Kolumpo. : Eh! ya ke? ... bawa balik lebih sikit tau, hehehe .... : Ha la ... mak kata bawa balik moto sekali! : Bawa balik moto? : Ha, la .... : Bawa macam mana? : Nak bawa macam mana lagi?! Carilah kotak ... isi dalam kotak, masuk dalam bonet, tak le tumpah .... : Mana nak muat? : Apa yang tak muat? : Moto ... moto mana muat isi dalam bonet! : Apasal tak muat pulak? Bukannya besar sangat ... kalau tempayan budu memanglah tak muat! : Tapi .... : Tapi apa lagi? : Tapi ... nak buat apa moto tu? : Bawa jeruk petai la, nak bawa apa lagi?! Kan abang suka sangat jeruk petai tu ... tu pasal mak bagi bawa balik. : Takkan nak bawa jeruk petai pakai moto? : Ha laa ... bawa jeruk petai pakai moto! : Isy! Siapa nak bawa? : Kita la .... : Macam mana nak bawa? : Macam mana apa pulak lagi?! Isi dalam bonetlah, kan ayang dah cakap tadi ... isi dalam kotak, letak dalam bonet, bukannya besar sangat!! : Huh! Naik pening kepala abang ni memikirkannya!! : Fikir apa pulak ni sampai pening?? Fikir pasal girl-friend lama yek?! : Isy! Ke situ pulak dia ... ni ha! Pasal moto ni. Kenapa kita kena bawa balik moto ke Kolumpo? Abang tak reti bawa la ... Ayang nak pakai moto ke, pergi kerja? Lagi satu yang tak masuk akalnya ... nak letak moto dalam bonet! Moto mainan boleh la .... : Ha! Ha! Ha! .... : Ketawa pulak dia? Orang serius nih! : Apa tak ketawanya ... abang ingat motosikal ya?! He! He! He! ... patutlah muka pun dah kelat semacam je .... : Bukan motosikal ke? : Bukan ... bukan motosikal, tapi moto ... moto tempat isi jeruk petai! Tu ...yang atas almari lauk tu, ambil satu kita bawa balik Kolumpo. : Oooo ... yang itu ke? Botol tu .... Itu balang! Mati-mati abang ingat motosikal tadi, ha!ha!ha! ....