Artikel Pengurusan Pendidikan

download Artikel Pengurusan Pendidikan

of 3

Transcript of Artikel Pengurusan Pendidikan

Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan

PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi " adalah amat bertepatan sekali. Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan.Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah bagi menghadapi situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan mula mengorak langkah dengan menyediakan barisan guru yang mantap dan berpengetahuan luas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuanteknologi maklumat dan komunikasimemerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamat menjadikan negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat.Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak.Menurut Abd. Ghafar Ketua Pengarah Pelajaran (2012), usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja. Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. "Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. "Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu," jelasnya.

RUJUKAN

Rahim Selamat. (1992).Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Maizun binti Jamil. (2009).Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pendidikan Telah Memberi Kesan Positif Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi.Penilaian Tahap Kecekapan. Universiti Putra Malaysia.

Robiah Ridin & Nor Sakinah Mohamad. (2007)ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007).

Peranan guru jana transformasi pendidikan.Oleh Mohd Fadzly Mohd [email protected]