artikel persatuan

9
Artikel Persatuan I. APAKAH ARTIKEL PERSATUAN? A. KONSEP 1. dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat iaitu ianya memperuntukkan maklumat2 mengenai bagaimana syarikat perlu menjalankan urusannya. 2. Semasa pemerbandanan, syarikat tidak perlu menyerahsimpan AOA kecuali bagi syarikat yg dihadkan oleh gerenti. 3. Sek 29: syarikat melainkan syarikat yang dihadkan menurut syer mestilah mendaftarkan artikel persatuan kepada Pendaftar Syarikat. 4. S.30(1) – syarikat boleh menerima pakai kesemua fasal atau mana-mana fasal dlm Table A sebagai AOA syarikat 5. S.30(2) jika AOA tidak didaftarkan semasa pendaftaran syarikat, Table A akan terpakai jika AOA didaftarkan dan AOA syarikat tidak mengecualikan atau mengubah mana-mana fasal fasal-fasal tersebut akan terpakai seolah-olah fasal-fasal tersebut terkandung dlm AOA yg didaftarkan. 1

Transcript of artikel persatuan

Page 1: artikel persatuan

Artikel Persatuan

I. APAKAH ARTIKEL PERSATUAN?

A. KONSEP

1. dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat

iaitu ianya memperuntukkan maklumat2 mengenai bagaimana syarikat perlu

menjalankan urusannya.

2. Semasa pemerbandanan, syarikat tidak perlu menyerahsimpan AOA

kecuali bagi syarikat yg dihadkan oleh gerenti.

3. Sek 29: syarikat melainkan syarikat yang dihadkan menurut syer

mestilah mendaftarkan artikel persatuan kepada Pendaftar Syarikat.

4. S.30(1) – syarikat boleh menerima pakai kesemua fasal atau mana-

mana fasal dlm Table A sebagai AOA syarikat

5. S.30(2) –

jika AOA tidak didaftarkan semasa

pendaftaran syarikat,

Table A akan terpakai

jika AOA didaftarkan dan AOA

syarikat tidak mengecualikan atau

mengubah mana-mana fasal dlm Table

A,

fasal-fasal tersebut akan terpakai seolah-olah fasal-

fasal tersebut terkandung dlm AOA yg didaftarkan.

Jika sesebuah syarikat itu bercadang

utk mempunyai AOA sendiri

AOA akan dimulakan dgn mengatakan bahawa

Table A tidak diterima pakai atau diterima pakai

sebahagian sahaja

B. SUSUNAN A KEPADA JADUAL KE-4: SET CONTOH ARTIKEL PERSATUAN

1. Seksyen 30 – penggunaan Jadual 4 (Table A) : autoritiyang

membenarkan syarikat untuk guna Table A sebagai artikel dorg.

1

Page 2: artikel persatuan

2. Jika Table A hendak diterima pakai sebagai AOA syarikat, AOA tidak

perlu diserahsimpan.

3. Mana2 syarikat adalah bebas meniru sebahagian/ keseluruhan

daripadanya.

4. Jika sesebuah syarikat yang dihadkan menurut syer telah tidak

mendaftar artikelnya sendiri dengan Pendaftar, maka Susunan A akan terpakai

secara automatik.

II. SEK 29 (2) : CIRI-CIRI ARTIKEL PERSATUAN

Dicetak

Dibahagikan kepada perenggan bernombor

Ditandatangani oleh setiap penandatangan kepada memorandum di hadapan

sekurang2nya dua orang saksi

Di dalam kes syarikat yang tidak berhad, syarikat yang dihadkan menurut gerenti dan

syarikat yang dihadkan menurut kedua syer dan gerenti, maka hendaklah mematuhi

peruntukan lain yang terdapat di dalam Sek 29 (3) – (4)

III. KESAN MEMORANDUM DAN ARTIKEL PERSATUAN

A. SEK 33 (1):

1. Peruntukan : “memorandum dan artikel2 hendaklah apabila

didaftarkan, mengikut syarikat dan ahli2nya seolah2 memorandum dan

artikel2 itu masing2 telah ditandatangani oleh setiap ahli dan setiap ahli akan

untuk mematuhi semua peruntukan memorandum dan artikel2 tersebut”

2. Kesan dari Sek 33 (1) yang tepat masih lagi belum diputuskan oleh

mahkamah. Tetapi dari keputusan2 setakat ini kesan Sek ini boleh dikaji dari 3

aspek : -

a) kesan kontrak antara syarikat dengan ahli2

b) kesan kontrak antara ahli sesama ahli

2

Page 3: artikel persatuan

c) perhubungan antara syarikat dengan orang luar

B. KESAN KONTRAK ANTARA SYARIKAT DENGAN AHLI-AHLI

1. Artikel dan memorandum ialah kontrak yang mengikat tiap2 ahli

kepada syarikat.

2. Hickman lwn Kent

Fakta artikel syarikat : “ apabila ada apa2 perselisihan yang wujud di antara

persatuan dan mana2 ahlinya, maka hendaklah perselisihan tersebut dirujuk

kepada timbangtara.”

H, ahli syarikat -mengambil tindakan undang2 terhadap syarikat itu dengan

suatu pertelingkahan mengenai pemecatannya dari syarikat tersebut.

Memandangkan ini adalah pertelingkahan di antara H, ahli syarikat dengan

syarikat mana Syarikat bergantung kepada Artikel berkenaan dan telah

memohon supaya perbicaraan itu diberhentikan.

Keputusan syarikat adalah berhak memberhentikan perbicaraan tersebut kerana artikel itu

adalah merupakan suatu kontrak diantara H dan syarikatnya dan pertelingkahan

sedemikian hendaklah dirujuk kepada timbangtara sebagaimana yang

diperuntukan oleh artikel persatuan tersebut.

C. KESAN KONTRAK ANTARA AHLI SESAMA AHLI

1. Tiap2 ahli terikat kepada ahli2 lain melalui artikel.

2. jika artikel memberikan kepada seseorang ahli suatu hak bersendirian

maka dia boleh menguatkuasakan hak tersebut diantara ahli tanpa pertolongan

syarikat.

3. Rayfield lwn Hands

Fakta artikel persatuan: “ Tiap2 ahli yang berhajat untuk memindahkan syer

hendaklah memberitahu pengarah2 dan mereka akan mengambil syer

tersebut sama banyak diantara mereka dengan harga yang berpatutan.”

Berdasarkan kepada peruntukan artikel ini R, seorang ahli telah cuba

memaksa 3 orang pengarah syarikat tersebut agar membeli syernya tetapi

3

Page 4: artikel persatuan

ketiga-tiga mereka xnak beli syernya.

Keputusan perhubungan yang diwujudkan oleh artikel itu adalah mengikat R dan

pengarah2 syarikat itu sebagai di antara ahli dan ahli dan bukan sebagai di

antara seorang ahli dan pengarah. Dengan itu ketiga-tiga pengarah tersebut

adalah terikat untyk membeli syer R.

4. Wong Kim Fatt lwn Leong & Co. Sdn Bhd

Fakta artikel persatuan : “ pemegang kepada 7/10 daripada modal syarikat

bolehlah bila2 masa membuat permintaan kepada syarikat supaya

menguatkuasakan pemindahan mana2 syer tertentu yang tidak dipegang

oleh peminta…..”.

Dalam kes ini syarikat mempunyai 2 pemegang syer, A dan B.

B memegang 250k syer = pemegang lebih dari 7/10 daripada modal

yang dikeluarkan.

B membuat permohonan untuk mendapatkan syer A berdasarkan

peruntukan artikel tersebut tetapi A enggan menjualnya dan menuntut di

mahkamah yang dia berhak untuk terus memegang syernya.

Keputusan pihak menuntut mestilah terikat kepada kewajipan kontrak yang beliau

telah terima”.

iPersoalan samada adil / tidak sesuatu peruntukan artikel itu, adlah tidak

relevan dalam menentukan samada artikel tersebut boleh dikuatkuasakan

atau tidak. Hak dan tanggungan ahli di bawah artikel adalah merupakan

kewajipan kontrak.

D. PERHUBUNGAN DI ANTARA SYARIKAT DAN ORANG LUAR

1. artikel bukan merupakan satu kontrak di antara syarikat dan orang luar.

2. Raffles Hotel lwn Malayan Banking Bhd

Fakta MBB -tuanpunya tanah di mana Raffles Hotel didirikan. Raffles Hotel -

penyewa kepada tanah tersebut.

Peruntukan artikel persatuan: “ Tuanpunya tanah (MBB) mempunyai kuasa

4

Page 5: artikel persatuan

untuk melantik pengarah di dalam syarikat tersebut”.

So, MBB melantik dirinya sendiri sebagai pengarah di dalam syarikat tu

Raffles Hotel memohon mahkamah mengistiharkan perlantikan tersebut

tidak sah.

Keputusan memandangkan MBB adalah bukan ahli di dalam syarikat tersebut, maka

peruntukan artikel tersbut tidak mewujudkan suatu kontrak yang mengikat

antara Raffles Hotel dan MBB.

IV. PINDAAN ARTIKEL PERSATUAN

A. SEK 311

1. membenarkan sesebuah syarikat tertakluk kepada peruntukan2 lain di

dalam Akta Syarikat 1965 dan juga tertakluk mana2 syarat khas di dalam

memorandumnya, untuk meminda/ menambah kepada artikelnya.

2. Ini hanya boleh dilakukan melalui resolusi khas di dalam mesyurat

agung syarikat.

B. HAD2 PINDAAN ARTIKEL

1. Sek 33 (3): Pemindaan yang mengkehendaki mana2 pemegang2 syer

supaya mengambil syer yang lebih atau yang menambahkan tanggungan

mereka untuk menyumbang kepada modal syer adalah tidak dibenarkan oleh

Akta Syarikat melainkan pemegang syer telah memberikan kebenaran bertulis

sebelum/ selepas pemindaan.

2. Sek 181 : mahkamah mempunyai kuasa yang luas untuk membuat

beberapa jenis perintah apabila seorang pemegang syer/ pemegang debenture

membuat permohonan untuk mendapatkan 1 remedi dengan alasan penindasan

a) Perintah itu termasuklah meminda memorandum/ artikel

syarikat.

5

Page 6: artikel persatuan

b) Jika perintah meminda artikel dikeluarkan, maka syarikat

hendaklah jangan, tanpa kebenaran mahkamah membuat satu pindaan/

tmbhn yang tidak mengikut perintah itu.

3. Pemindaan hak kelas

a) Di mana modal rikat dibahagikan mengikut beberapa kelas

syer, maka pengeluaran kelas2 syer yang berlainan ini akan

mempunyai hak2 yang berlainan juga.

b) Jika hak kelas ini dimasukkan di dalam peruntukan artikel,

maka fasal yang memperuntukkan cara untuk meminda hak kelas ini

dikenali sebagai ‘ fasal variasi’.

c) pemindaan hak kelas tidak boleh dibuat melainkan dengan

mengikut cara yang telah diperuntukan di dalam fasal variasi tersebut

4. prinsip ‘majority rule’,

a) ahli2 majoriti boleh menambah/ meminda artikel sesebuah

syarikat itu namun tidaklah boleh di buat sesuka hati.

b) Undang2 memperuntukan bahawa pemindaan artikel mestilah

di buat secara bona fide untuk kepentingan syarikat secara

keseluruhannya.

6